Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

KitKat Jepun

Saya kirim dengan kawan saya yang pergi Jepun bulan lepas. 
Katanya RM8 setiap kotak. 
Dalam sekotak tu ada 3 pack macam warna biru kat bawah ni. 

Sajalah saya nak try kan. Sedap ke tidak.
Rasanya macam coklat susu (untuk perisa passion fruit) yang ada di pasaran Malaysia tapi tak ingat pula coklat mana satu. :(

 Perisa passion fruit

 Perisa blueberry cheese cake


Ingat nak makan sorang-sorang, tapi rasa macam kejam sangat kan.
Kebetulan 2 orang sepupu cilik saya ada, jadi share dengan mereka berdua.
Alhamdulillah, mereka suka.

Cheese Cake Chocolate Meleleh

Dah bukapun sesi persekolahan setelah 2 minggu budak-budak sekolah bercuti. Seronok bercuti adik-adik? :) Saya ni minggu  nak exam dah. Hari Jumaat petang. Paper klinikal. Doakan saya ya.

Hujung bulan Mei haritu, saya ada try satu kek ni. Selalu nampak kat fb, sis ni promote. Ingatkan dia duk jauh dari rumah saya. Sekali tu, dia cakap dekat dengan Puchong Perdana. Saya apa lagi, orderlah satu untuk mencuba. Harganya oklah dalam RM18. Kalau ikutkan penghantaran, kena caj lagi tapi sebab saya sendiri ke tempat sis ni, so bayar harga kek keju sahaja. :)

Meh saya tunjuk kesedapan cheese cake Mama ni.



Keknya sangat lembut, selembut sutera tau. Kalau tak percaya, you'll boleh try.


Sekarang you'll melelah tak? Mesti terliur kan. Saya pun terliur juga nih. Hehehe

Sesiapa yang nak try, boleh contact Mama ya (MamaAida Ida : https://www.facebook.com/mama.junaida?fref=ts )
Tak rugi mencuba. Memang sedap habis. :D

Nasi Lemak Heejau


Taktaz Restaurant : The Iranian Food in The Town

Well, kita jalan-jalan cari makan pula ya. Saya ni sebenarnya memag suka makanan nih. Sebab tu dalam blog saya ni saya letak Food Review. Asalnya malu juga saya nak post entri macam ni, tapi memandangkan saya pencinta makanan, apa salahnya kan. :)

Ini kisah 3 bulan lepaslah. Bercinta juga saya nak post entri ni sebab 1) gambar ada dalam smartphone, malas sikit nak transfer ke laptop, 2) tiada idea nak menulis. Tapi sekarang tidak lagi. Saya update banyak-banyak senang. :)

You all suka makanan arab? Kalau you all suka, Iranian Cuisine pun sedap juga. Not bad tapi bab kebabnya kurang sikit. Yet, still ok.

Ini antara menu yang disediakan untuk tengah hari. Murah juga.
Tapi kami takdelah order menu dalam ni sebab kami pergi makan malam. :) Jadi, kami order seperti gambar-gambar di bawah ni.

Kami order barbican drink for first time. Rsanya bergas dan saya tak berapa gemar.
Kalau you all nak tahu, barbican drink ni banyak perisa. Saya order perisa peach dan hubby order perisa apa tah, saya pun dah lupa. Huhuhu. Tapi sedapp.

Simple pizza but yummy
Kami porder pizza sebagai pembuka selera. :D Serius, sedap pizza ni walaupun simple tapi tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Ini my hubby punya. Lamb Koobideh Kebab served with Dill Rice

Saya order Negini Kebab (mix lamb and chicken) with Saffron Rice
Saya kalau makanan cenggini saya memang suka terutamanya part nasi. Sangat peroi, wangi dan sedap.. :D

So, you all rasa lapar tak? Pagi-pagi saya post supaya you all tahulah nak makan apa lunch nanti. You all boleh tengok page restaurant ni.



Hanuta : Kernig, Knusprig, Nussig

Ada sesetengah benda memang kita suka sangat-sangat. Lagi best, bila benda yang kita suka juga disukai oleh pasangan kita kan. Adalah beberapa perkara yang kami berdua suka dan kebanyakannya adalah ..............................

You all pernah dengar tak tentang hanuta? Pernah atau tak pernah? Saya first time kenal last year tapi specific date tak berapa ingat. My hubby brought this thing back and gave it to me. And we both love it so much. Sampai birthday my hubby pun colleague my hubby hadiahkan benda yang we both suka. And he is from Germany.



Rasanya macama munchy's muzic nuss. Sama tapi hanuta lagi sedap. Sangat sedap. =)



Wendy's : Quality Fast Foof Made The Way U Want

Lama rasanya tak buat entry Food Review. Hee. Banyak sebenarnya gambar-gambar yang diambil ketika makan di luar atau jalan-jalan cari makan tapi tak rajin sangat nak share kat blog. Huhu.

Ini kalilah saya nak share sikit benda-benda yang dimakan. Almaklumlah Groupon sangat banyak buat promosi makanan. Huhuhu. Tapi untuk entry ini takde ye kaitan dengan groupon, saje test rasa sebab tak pernah datang sini.

Kiranya semasa window shopping/dating bersama hubby bulan lepas di IOI Mall, saja try ajak nak ke Wendy's. Hubby kata ok, saya pun ok jugalah. Sebab dah malam, jadi saya try Chili's set and hubby Jr. Cheeseburger.

Ini set kami.
Harganya sama macam lain-lain fast food restaurant. Sebab nak try, the price is not the big deal. Sebab kalau Subway, lagi mahal. Tapi sandwish berkhasiat di Subway menjadikan duit juga bukan satu masalah bagi kami. Huu.

Fries yang paling sedap
Apa yang menarik tentang fries ini, isinya yang padat, lembut dan awesome. Saya memang suka fries macam ni. Sama macam di The Manhattan Fish Market (later, I'll write about this).

 
Inilah Chili's, macam kuah spagetti sedap sangat. Ada red bean, daun celery dan mined beef.
First time saya tengok menu, saya ingatkan chili yang macam cili giling/ cili boh tu. Saya tanya-tanya kat cashier dan tengok ingredients dalam menu, saya pun order. Memang sedap Chili's ni kalau you'll jenis yang suka spagetti. Saya suka. Hee.

A Tea Break at Secret Recipe


Kebiasaan menikmati sepotong kek di kedai ini, tidak pernah terlintas untuk merasai aroma teh apatah lagi mencubanya. Bagaikan langkah kanan ketika itu, kami mendapat 2 cawan teh dengan pembelian 2 potong kek 'dine-in'. 

Alhamdulillah, dapat menikmati teh yang lazat dan panasnya menyegarkan tekak sambil menjamah sepotong kek pilihan bak menikmati minum petang ala inggeris. :D


Mencuba kek keju coklat untuk mencipta kelainan dalam merasa pelbagai jenis kek.



Kadang-kadang kek kegemaran tetap menjadi pilihan sekiranya mood mencuba makanan tiada ketika itu. Atau memang sifat 'hanya untuk makan makanan kegemaran' sentiasa tersemadi di dalam diri.


Model cilik sentiasa mencuit hati bila di kedai makan.
Teh panas penyeri minum petang yang tidak dirancang. Huhuhu



 English Breakfast Tea and Pure Camomile. Both taste just nice. I love both.

IOI Mall : Darabif Burgers

Assalamualaikum,

Sekarang nih kebanyakkannya sibuk dengan Burger Bakar Kaw Kaw. So, saya dengan Darabif..

Actually, kami makan nih sebab ada Groupon. Separuh harga dapat. Alhamdulillah, merasalah juga sebab dapat bawa si kecil bersama. 


Seperti biasa kalau nak redeem, pergi ke kaunter dan bagi voucher. Then. tunggu mereka prepare the food.




Ada 2 jenis daging: moo and chick. rasa kelakar sangat sebab untuk daging lembu dipanggil 'moo', kan bunyinya macam bunyi lembu. Dan ada 2 jenis saiz daging Darabif: kecil (nipis) dan besar (tebal).


Keterujaannya terserlahkan. 




Alhamdulillah, selesai makan tengahari di Darabif Burgers, IOI Mall pada 22 Mac 2012. ;)


Teaser : I Ate These Today




Seoul Garden : The Table Barbeque People

Assalamualaikum wbt,

After saya baca entri ini, terus rasa macam kempunan nak rasa. Almaklumlah, saya tak minat sangat korea apatah lagi ceritanya. Tapi kalau bab-bab makan nih, saya sentiasa suka. Lama saya memendam rasa sejak tahun lepas. Sebelum dapat makan di situ, 2-3 kali jugalah saya dah lalu kat situ. Alhamdulillah, akhirnya penantian berakhir. Saya di Seoul Garden. Saya dating (21.01.2012) bersama suami di IOI Mall, Puchong.

Saya nih takdelah pandai sangat nak menceritakan tentang makanan nih sebenarnya. Yang pasti, bila dapat hati pasti suka. Hehehe. Kalau nak tahu lebih lanjut kesedapan makan di sini, baca je entri cik adik manis nih. Sure terus rasa hari nih juga harus makan di situ. Apa-apapun, untuk review makan di tempat yang kami pergi, boleh je baca kat sini. Senang.

Last but not least, moh layan gambar-gambar yang tak berapa nak ada nih. ;) Selamat menjamu selera.




Ice cream as dessert

Shiok Kopitiam : Chicken Chops

Seperti yang saya pernah janjikan dulu dalam entri ini, saya akan adakan labels 'Food Review'. Nah, ini pemulanya! Sebab saya suka makan-makan dan jadi tembam-tembam. Takpe, kita tunggu 2 bulan lagi ya, InsyaAllah.

Ok, pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada kakak saya sebab suruh saya beli makanan nih via Groupon Malaysia. Kalau sebelum nih, saya ignore je emel-emel dari Groupon dan delete. Saya tak pernah baca pun sebab saya rasa macam annoying je. Bila kakak saya asyik cakap pasal ini, saya pun try baca deal tersebut dan mujur ada yang berhampiran dengan tempat tinggal saya. So, saya terus beli. Lagipun, masa nih teringin sangat nak makan western. Selepas booking date, maka berdatinglah saya dengan suami di malam gelap :D di Kafe Shiok Kopitiam pada 06.02.2012.


Dessert : Vanilla and Chocolate Ice Cream Lava

Soup of the day (mushroom)


Fried Chicken Chop
Caribbean Chicken Chop (Black Pepper Sauce
)

Grilled Chicken Chop
Aussie Chop (Lemon Plum Sauce)

Asalnya, saya order grilled chicken chop Swiss Chicken Chop (Mushroom Sauce) tapi sebab chef tuh tersilap dengar apa yang pelayan tuh beritahu agaknya. Jadi merasalah saya sos lemon plum. Sangat sedap sebab rasanya manis-manis masam. Awesome! Alhamdulillah.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat