Trailer FORUM WANITA
Agenda Petualang Umat Islam Terhadap Wanita Dan Kanak kanak
Pemerintah dan Sistem Sekular Mengundang Maksiat dan Murka Allah
Pertandingan Miss World Malaysia 2013 yang dijadual akan diadakan pada 2 Ogos lalu merupakan satu lagi agenda kufur yang telah masuk ke dalam negara umat Islam. Pertandingan ini mengundang kontroversi masyarakat di mana empat peserta beragama Islam iaitu Sara Amelia Bernard, Wafa Johanna De Korte, Miera Sheikh and Kathrina Ridzuan tetap berkeras untuk terus bertanding setelah penyertaan mereka dibatalkan. Pembatalan itu dilakukan selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang telah diwartakan pada 8 Feb 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia dengan ini ingin menegaskan bahawa penganjuran pertandingan ini merupakan satu pelanggaran hukum syarak yang nyata, penghinaan terhadap Islam dan kaum wanita serta melanggar fitrah manusia. Penganjuran ini tidak lain tidak bukan adalah bukti dan natijah daripada keburukan sistem sekularisme yang diamalkan di Malaysia pada hari ini.
Sedangkan Islam memerintahkan umatnya untuk menjaga aurat, kehormatan dan kemuliaan selari dengan lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Rasulullah SAW telah mengangkat martabat wanita di tempat yang tinggi setelah kedatangan Islam sebagaimana Firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 34:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu khuatir melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) asingkanlah mereka di tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan mendidik). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia juga ingin menegaskan bahawa selain mengundang kemaksiatan, penganjuran pertandingan ini juga menghasilkan banyak keburukan seperti:-
1. Meletakkan maruah seseorang wanita ke tempat yang sangat hina. Wanita Islam diperagakan dengan pakaian yang menjolok mata bagi memuaskan hati para juri dan penonton.
2. Meletakkan kecantikan wanita bukan pada tempat yang sepatutnya dengan mengeksploitasi dan membanding-bandingkan kecantikan dan tubuh badan wanita yang diukur dengan kaca mata kapitalis demi meraih manfaat dunia semata-mata.
3. Merosakkan generasi umat Islam dengan membawa masuk dan menyebarluaskan lagi budaya dan cara hidup Barat yang mementingkan hiburan dan menjadikan kaum wanita sebagai 'bahan pameran' dan eksploitasi.
4. Menyuburkan lagi fahaman liberal dan sekular di kalangan masyarakat yakni pemisahan hukum-hakam agama daripada kehidupan.
Oleh yang demikian, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia dengan ini menggesa pihak yang berkuasa untuk membatalkan penganjuran pertandingan ini serta-merta bagi mengelak kemaksiatan dan membendung segala keburukan yang akan terhasil darinya serta menjamin kesejahteraan masyarakat. Jika pihak yang berkuasa tidak bertindak, hal ini sesungguhnya membuktikan betapa jauhnya mereka daripada Islam.
Justeru, kami ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dan pihak kerajaan khususnya, bahawa sekiranya mereka tetap meneruskan penganjuran majlis maksiat ini, mereka sebenarnya telah mengundang murka Allah Azza wa Jalla. Maka tunggulah azab yang akan menimpa mereka baik di dunia mahupun akhirat. Sungguh, umat ini memerlukan seorang Khalifah dan sistem Khilafah yang akan menerapkan dan menjaga hukum Allah, bagi menggantikan pemerintah dan sistem yang bertentangan dengan Islam yang ada sekarang ini.
Aisyah Rahmat
Ketua Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia
www.mykhilafah.com
Di Malaysia sendiri, penerapan sistem demokrasi-kapitalis-sekular dalam pelbagai aspek kehidupan ternyata membawa banyak kerosakan dan malapetaka. Remaja yang sepatutnya menjadi generasi harapan umat untuk memperjuangkan Islam ternyata menjadi mangsa penerapan sistem kehidupan ciptaan penjajah Barat ini.
Meningkatnya penglibatan remaja dalam kes-kes jenayah sukar untuk dibendung. Kes samun, peras ugut, ragut, gangsterisme, ketagihan dadah dan alkohol, rogol, cabul, bunuh, pergaulan bebas, gejala LGBT, budaya fesyen dan hiburan yang melalaikan, semuanya menjadi rutin hidup yang begitu kerap dipaparkan di media massa.
Kementerian Kesihatan melaporkan kes kehamilan luar nikah dan bilangan anak tidak sah taraf semakin mengerikan iaitu seramai 18,652 remaja berusia 10-19 tahun didapati hamil sepanjang 2011 di mana 30% hamil di luar nikah (The Star, 22 September 2012). Seramai 705 bayi terdampar dilaporkan sepanjang lapan tahun semenjak 2004-2011. Pada tahun 2009, kes meningkat sebanyak 15% kepada 91 kes dalam tahun 2010 dan sebanyak 98 kes pada tahun 2011 (sumber: PDRM).
Menurut satu laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, dari tahun 2004-2009, sebanyak 16% bayi yang terdampar ditemui di kawasan pembuangan sampah! Tidak terbayangkan apakah yang bakal menimpa generasi kita di masa hadapan jika sistem demokrasi-kapitalis-sekular ini terus-menerus diterap dan dipertahankan.
Selain Malaysia, umat Islam di serata dunia menderita sekian lama akibat kezaliman dan penganiayaan yang diperlakukan ke atas mereka. Sebagai contoh, peristiwa yang berlaku ke atas Dr. Marwah Al-Syarbani, Muslimah dari Mesir yang telah ditikam oleh seorang Islamofobis semata-mata kerana beliau berhijab dan menunjukkan identiti keIslamannya. Kita juga sukar melupakan peristiwa penangkapan dan pemenjaraan secara kejam yang telah menimpa Dr. Aafia Siddiqui, seorang Muslimah yang bekerja di Amerika. Tanpa alasan dan bukti yang kukuh, beliau dipenjarakan, dirogol dan diseksa dengan begitu kejam.
Terbaru, pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar semata-mata kerana mereka berakidah Islam. Malah umat Islam yang berjuang mempertahankan kemuliaan Rasulullah S.A.W telah dizalimi dan dibunuh dengan kejamnya di Bangladesh. Ini hanyalah secebis realiti menyedihkan yang menimpa kaum Muslimin yang terpapar di media massa. Sementara di luar sana jutaan Muslimin dan Muslimat menderita dalam diam dek kezaliman sistem kapitalis sekular yang menimpa mereka saban hari tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.
“Bahawa Nabi S.A.W datang menziarahinya (Hafsah) sedang bersamanya seorang wanita yang dikenali sebagai Syifa’ yang melakukan ruqyah untuk mengubati “an-namlah”. Lalu berkata Nabi S.A.W, ajarkanlah ia kepada Hafsah”. [Musnad Ahmad no. 25910]. An-namlah ialah sejenis masalah kulit.
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pakar” [TMQ al-Hujurat (49): 13].
Sumber Rujukan:
• ‘Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Dawud kitab At-Thibb – Ruqyah An-Namlah. Ms 298-301.
• Al-Muntaqa Syarah Muwatta’ Malik kitab Solat Al-Jama’ah. M/s 471-472
• Sunan Abi Dawud kitab At-Thibb. No 3887.
• Musnad Ahmad – Baqi Musnad Al-Ansar. No 25910 dan 25911.
• Hawla Ar-Ruqyah li Asy-Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani. http://www.alalbany.net/misc039.php. Dicapai pada 8 April 2013.
• 70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad S.A.W. Abu Azka Al Madani dan Harun Arrasyid Hj Tuskan. Al-Hidayah. Cetakan I. 2010. M/s 359-365.
• Terjemahan singkat Tafsir Ibnu Katsier. H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy. Victory Agencie. Jilid I. 1988. M/s 83.
• Islam Politik dan Spiritual. Hafidz Abdurrahman. Lisan Ul-Haq. Cetakan I. 1998. M/s 17-27.
SERI KEMBANGAN 3 Mac - Dewan
Perdana 1, Hotel Nouvelle, Seri Kembangan, Selangor dipenuhi oleh lebih
700 wanita yang datang daripada seluruh pelosok Malaysia termasuk
daripada Sabah dan Sarawak serta daripada Indonesia dan Bangladesh untuk
bersama-sama menyertai Konferens Wanita yang buat julung-julung kalinya
dianjurkan oleh Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM). Konferens yang
mengangkat tema “Menyongsong Penegakan Syariah & Khilafah” ini telah
menampilkan empat orang pembicara dari dalam dan luar negara. Mereka
terdiri daripada Dr. Ummu Hani binti Mustafa (aktivis MHTM), Ustazah
Aisyah Rahmat (Ketua MHTM), Ustazah Iffah Ainur Rochmah (Jurucakap
Muslimah Hizbut Tahrir Indonesia) dan Ustazah Ummu Kalsom Abu Muhammad
(aktivis MHTM).
Dalam
pembentangannya yang bertajuk ‘Wanita Dalam Daulah Khilafah Pada Masa
Kegemilangan Dan Keruntuhannya’, Ummu Hani selaku panel pertama telah
menjelaskan bahawa umat Islam pernah menjadi umat terbaik selama berada
di bawah pemerintahan Khilafah. Namun, wanita seluruh dunia telah
melalui pelbagai episod duka dalam kehidupan semenjak ia diruntuhkan
pada 3 Mac 1924.

Iffah
Ainur Rochmah pula membentangkan tajuk ‘Cerita Wanita Nusantara dan
Realiti Masa Kini’ yang mengungkap kisah kehidupan wanita Indonesia yang
dibelenggu kemiskinan dan terpaksa keluar negara demi mencari nafkah.
Beliau juga membangkitkan kesedaran peserta bahawa wanita di Indonesia
telah lama bangkit menuntut penerapan syariah dan Khilafah kerana hanya
dengan Islam sahajalah wanita akan hidup sejahtera. Justeru, beliau
menyeru wanita Malaysia untuk turut serta dalam perjuangan ini.













![]() |
| Klik poster di atas untuk maklumat lanjut. Terima kasih. |
Wahai Muslimah!! Marilah beramai-ramai menyahut seruan untuk melenyapkan sistem Kapitalis ini.. AYuh, segera bangkit dari dunia yang penuh kerosakan dan kezaliman!!. Jangan sia-siakan peluang yang ada kerana kitalah yang akan mencorak sistem masa hadapan. Ayuh, berubahlah sekarang!!
Kita sebut saja namanya Weni. Beliau memiliki dua putera. Yang pertama normal dan yang kedua, didiagnosis menderita sakit Down Syndrom. Demi memberikan yang terbaik, Weni dan suaminya membawa kedua anaknya ke Amerika Syarikat.
Biarpun di Indonesia mereka tergolong dalam golongan keluarga berada tetapi di US, sebagaimana di negara-negara maju lainnya, Weni harus mengurangkan sedikit kualiti hidupnya. Tiada lagi pembantu rumah. Tiada lagi pemandu peribadi. Semua kerja harus dilakukan sediri. Dari memasak, menggosok baju, menghantar dan menjemput anak dari sekolah, mengurus rumahtangga dan lain-lain lagi. Ini belum lagi mengurus anak Down Syndrom yang berdaftar sebagai pesakit baru, jadi harus mulakan prosedur dari awal. Appointment dengan doktor. Dirujuk ke doktor specialist kanak-kanak. Dirujuk ke doktor konsultan. Dirujuk ke therapist. Dan seterusnya, dan seterusnya.
Hidup tanpa dikelilingi keluarga besar dan tiada lagi teman baik membuatkan Weni lelah. Dia mulai bosan, jenuh, penat mengurus anak Down Syndrom. Dia malah mula merasakan yang Allah tidak adil.
“Apa salah dan dosaku hingga diberi anak yang menderita Down Syndrome? Bukankah aku selalu berusaha menjalankan perintah-Mu? Ada ribuan bayi yang tidak dikehendaki orang tuanya di luar sana mengapa Allah berikan mereka sihat dan normal? Mengapa bukan padaku Ia memberikan anak yang normal?”
Weni mula membenci anak keduanya itu. Hingga suatu ketika, saat di heath centre demi menghantar puteranya menjalani rutin terapi, dia bertemu Winona dan suaminya yang sedang menghantar keempat anaknya dan keempat-empat anak pasangan ini semuanya adalah penghidap Down Syndrome!
Bagai sungai bermuara ke samudera (jiaaahhh!!!), Weni pun mencurahkan isi hatinya habis-habisan kepada Winona. Dia mengungkapkan kerisauan akan masa depan anaknya bahawa kemungkinan besar anaknya akan bergantung seumur hidup kepada orang lain dan dia merindukan kebebasannya. Dia juga meluahkan tentang rasa malunya memiliki anak Down Syndrom. Soal dia sudah penat, jenuh, bosan, merasa sudah tiak sanggup dan tidak kuat lagi merawat anak Down Syndrome serta luahan hatinya yang lain.
“Bagaimana awak boleh hidup dengan 4 anak Down Syndrome sementara saya dengan satu saja sudah seperti ini?” begitulah luahnya.
Winona menjawab dengan lebih kurang, “Anak adalah anugerah, hadiah, a gift, dari Tuhan kepada orang tua. Seperti kita memberikan hadiah kepada orang lain, semakin istimewa orang yang kita beri hadiah, semakin istimewa pulalah hadiah yang kita pilih. Kita akan memilihkan hadiah yang unik, yang istimewa, untuk orang yang istimewa.”
“Di mata Tuhan semua anak sama. Mereka dilahirkan dengan jiwa yang suci. Demi keperluan administrasi, manusia memberikan definisi anak-anak ini dengan Native/white American, Chinese American, Black American, dan seterusnya. Toh tidak semua boleh didefinisikan. Banyak anak-anak hasil perkahwinan campuran yang sukar digolong-golongkan seperti ini.”
“Begitu juga dengan sebutan anak dengan Down Syndrome, anak dengan Tourette Syndrome, Asperger’s Syndrome, anak autisme, anak dengan Attention deficit/hyperactivity disorder, dan sebagainya. Semua hanya buatan manusia yang terbatas akalnya dalam usahanya menjelaskan keragaman hadiah dari Tuhan ini. Tuhan sendiri tidak pernah melabeli anak dengan sebutan-sebutan itu.”
Di akhir pertemuan, Winona mengatakan, “Saya bangga memiliki anak-anak dengan Down Syndrome. Mereka adalah special children. And special children are for special parents.”
Hati Weni gerimis. Dia tak pernah lagi mengeluhkan keadaan anaknya yang menderita Down Syndrome. Ya, di negara-negara maju, anak-anak yang berkeperluan khusus disebut sebagai special children. Mengasuh anak-anak yang kurang akalnya dan mempunyai keperluan khusus, umum disebut parenting special children. Pendidikan untuk mereka disebut Special Education Needs. Mereka tidak disebut cacat. Mereka adalah anak-anak istimewa.
Weni tidak lagi malu memiliki anak Down Syndrome. Ia aktif membesarkan hati para ibu bapa dengan anak-anak berkeperluan khusus. Di mana-mana sahaja juga di blognya, dia selalu mengulang kalimat Winona, “Anak Down Syndrome adalah anak istimewa. Kerana itu mereka diberikan kepada orang tua yang juga Istimewa. Special children for special parents.”
Ya, special children are for special parents.
Dan tentu saja, a special husband, is for a special wife.
Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat