Showing posts with label wm's life. Show all posts
Showing posts with label wm's life. Show all posts

Pink for Ladies

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua. Hari pertama umat Islam di seluruh dunia berpuasa, insyaAllah. Dan semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya. Ketika saya berjalan-jalan menziarahi teman-teman blogger sebentar tadi, saya tertarik akan peringatan ini;

“Oleh kerana itu banyakkanlah yang 4 perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. 2 perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya. 2 perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka.”

Saya tak pasti sumbernya dari mana atau ini hadis ke apa, untuk maklumat lebih tepat, sahabat boleh bertanya kepada Puan Syakila di sini. Semoga hari ini berakhir dengan sabar dan tenteram dalam beribadah dan mengabdikan diri kepadaNya.

Ahad lepas, pertama kali saya menaiki KTM komuter setelah beberapa bulan koc wanita dilancarkan. Saya berpeluang menaiki koc wanita untuk perjalanan pergi dan balik. Segalanya berwarna merah jambu kecuali gerabaknya. Apa yang menarik, semua penumpang berjantina wanita dan mempunyai seorang penjaga lelaki di pintu gerabak. Wah, jelas tampak betapa wanita dijaga di dalam koc tersebut!.


Ada suatu ketika, ada seorang penumpang lelaki memasuki koc tersebut, penjaga koc meminta penumpang lelaki tersebut ke gerabak sebelah. Koc wanita khas buat wanita. Sekali pandang, memang sangat bagus perkhidmatan yang diberikan. Tapi bila difikir-fikirkan balik bagi yang benar-benar ingin berfikir, koc wanita bukanlah khas buat wanita dan keselamatan wanita ada kemungkinan dan berkemungkinan tidak selamat. Mengapa saya berkata sedemikian?

Sebabnya ketika perjalanan pulang, koc wanita telah diisi oleh beberapa orang penumpang lelaki yang pentingkan diri sendiri dan kelihatan tiada penjaga koc seperti perjalanan pergi. Sekarang wanita di dalam koc berkenaan terdedah kepada bahaya gangguan dan keselamatan yang tak terjamin. Anda setuju?

Wanita juga hanya selamat apabila berada di dalam koc wanita. Bagaimanakah pula keselamatan wanita ketika menunggu untuk menaiki koc tersebut dan selepas menaiki koc tersebut untuk ke destinasi masing-masing? Sudah semestinya keselamatan wanita terancam dan sistem yang ada sekarang ini pastinya membuatkan wanita sentiasa menjadi mangsa keadaan lelaki-lelaki yang tidak beriman dan tidak bertanggungjawab.


Koc Merah Jambu, Penyelamat Maruahku? telah mengulas dengan terperinci tentang keselamatan wanita dan koc merah jambu. Sila baca untuk menjernihkan pemikiran dan pemahaman anda. Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari Allah jua tapi disandarkan atas kelemahan saya sebagai seorang hamba.

Wanita Mustanir,
sendirian tenang di 21-1

Bersama Lakukan Perubahan Perangi Rasuah..!!??

Kepada sesiapa yang melalui lebuh raya tol SMART, anda pasti akan terbaca papan elektronik di atas jalan raya. Terbaru, ia menunjukkan "Bersama Lakukan Perubahan Perangi Rasuah". Sekali imbas atau sejenak berfikir, bunyinya sangat bagus bukan? Memang bagus saranan itu. Tapi bagaimanakah caranya itu? Adakah dengan menyokong slogan-slogan atau kempen-kempen anjuran kerajaan semata-mata?

Pernah tak sahabat-sahabat terfikir, kenapa rasuah di negara 1Malaysia ini tak kunjung hilang, bahkan semakin berlambak-lambak kesnya? Bukan sahaja ikan bilis yang ditangkap,bahkan  ikan-ikan jerung juga dicekup. Tetapi itu sahajakah jumlah mereka? Apakah ahli politik tidak menyumbang kepada kes-kes rasuah di Malaysia? Saya nih memang suka melemparkan soalan-soalan cepumas kepada kalian kan. =D Sekadar untuk membuka minda kalian agar kalian bersama-sama berfikir. Begitu juga dengan saya, agar saya sentiasa berfikir. Kalau sahabat nak maklumat lanjut atau sangat-sangat teruja nak penyelesaiannya, sila baca Sautun Nahdhah isu 24 tentang rasuah. Sila klik pautan untuk membaca.



Rasuah: Penerapan Syariah Sahajalah Penyelesaiannya (sumber)

Islam Memberantas Rasuah

Sistem pencegahan rasuah di dalam Islam dibangunkan dengan suatu sistem yang sangat sederhana dan efektif. Dalam wacana pembuktian ianya disebut dengan sistem pembuktian terbalik. Sistem ini berjalan mengikut logik bahawa pegawai di dalam sistem Khilafah bertugas 24 jam melaksanakan amanah. Dia tidak layak untuk mendapat lebihan harta dari yang selayaknya dia miliki, walaupun dia memperolehinya secara halal. Apabila ada lebihan harta, dia mesti menjelaskan dari mana dia memperolehinya. Jika dia memperolehinya secara curang, maka harta itu wajib dikembalikan kepada negara.

Sistem pembenterasan rasuah dengan sistem pembuktian terbalik ini pernah dilakukan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab ra. Ketika Abu Hurairah ra dilantik menjadi wali (gabenor), beliau menyimpan harta yang banyak dari sumber-sumber yang halal. Mendapatkan informasi tentang hal itu, Amirul Mukminin, Khalifah Umar bin Al Khattab ra telah memanggil Abu Hurairah ra ke Madinah. Sampai di Madinah, Khalifah Umar ra berkata kepada Abu Hurairah ra: ”Wahai musuh Allah dan musuh kitabNya! Bukankah engkau telah mencuri harta Allah? ”

Abu Hurairah ra menjawab: ”Wahai Amirul Mukminin, aku bukan musuh Allah dan bukan pula musuh kitabNya. Sebaliknya aku adalah musuh kepada sesiapa sahaja yang memusuhi kedua-duanya. Dan aku bukanlah orang yang mencuri harta Allah”. Khalifah Umar ra bertanya kepadanya: ”Lalu dari mana engkau mengumpulkan harta sebanyak 10,000 dinar itu?” Abu Hurairah ra menjawab: ”Dari untaku yang berkembang biak dan dari sejumlah pemberian yang berturut-turut datangnya”. Khalifah Umar ra berkata: ”Serahkan hartamu itu ke Baitul Mal kaum Muslimin”. Abu Hurairah ra segera memberikannya kepada Khalifah Umar ra lalu mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berkata: ”Ya Allah, ampunilah Amirul Mukminin”.

Kisah di atas menjelaskan bahawa, pertama, harta negara dalam sistem Khilafah pada hakikatnya adalah harta Allah SWT yang diamanahkan kepada para pegawainya untuk menjaganya dan tidak boleh mengambilnya secara tidak haq. Tindakan mengambil harta negara secara tidak haq adalah tindakan curang yang bagi pandangan Khalifah Umar ra diibaratkan sebagai mencuri harta Allah untuk lebih menegaskan keharamannya.


Kedua: Para pegawai yang mengambil harta negara secara tidak sah, maka bagi Khalifah Umar ra dianggap sebagai musuh Allah dan kitabNya. Ini membawa maksud bahawa Khalifa Umar menganggap mereka ini tidak menghiraukan lagi larangan Allah SWT.

”Siapa saja yang berbuat curang, maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu”. [TMQ. Ali Imran(3): 161].

Ketiga: Khalifah sebagai ketua negara wajib menjaga pegawainya agar tidak ada yang melakukan tindakan curang dan rasuah. Untuk menjaga hal ini, Khalifah Umar ra membuat peraturan bahawa sesiapa sahaja Gabenor (wali) yang diangkatnya, akan dihitung terlebih dahulu jumlah kekayaan peribadinya sebelum diangkat memegang jawatan tersebut. Kemudiannya dihitung lagi ketika dia berhenti. Jika terdapat indikasi bahawa adanya jumlah tambahan harta yang tidak wajar berlaku, maka beliau akan menyita lebihan yang tidak wajar itu atau membagi dua, separuhnya diserahkan kepada Baitul Mal.

Wahai kaum Muslimin! Yakinlah bahawa dengan menukar sistem Kapitalisme kepada sistem Khilafahlah, dengan para pemimpin yang benar-benar bertakwa, merupakan satu-satunya jalan untuk menghapuskan dan memberhentikan amalan rasuah ini. Yang pastinya hancurkanlah sekular dan tegakkan Islam. Itulah satu-satunya jawaban kepada amalan jijik rasuah.

Wallualam..

Hidup Berjiran

Guruh di langit sudah bertasbih memuji Allah Yang Maha Besar. Redup awan kian menggelap. Kesejukan aroma hujan mulai menusuk seluruh urat badan. Subhanallah. Sungguh tiada tandingan makhluk dalam penciptaan langit dan bumi serta fenomena alam.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (ayat) bagi orang yang berakal” (TQS. Ali ‘Imran [3]: 190).

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi. Silih bergantinya malam dan siang. Berlayarnya bahtera di laut yang membawa apa yang berguna bagi manusia. Dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Ia hidupkan bumi sesudah matinya (kering). Dan Ia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan. Dan pengisaran air dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Sesungguhnya (semua itu) terdapat tanda-tanda (Keesaan dan Kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan” (TQS. Al-Baqarah [2]: 164).

Gambar tiada kaitan dengan entri. Gambar hiasan.

Jika sebelum bunyi guruh berdentum, bunyi jeritan dan teriakan jiran menjadi halwa telinga. Sabar jelah saya bersama teman serumah. Kata teman saya, "Apalah diorang nih, pagi bising, petang bising, malam pun bising jugak." Apakah jiran itu tidak tahu hidup berjiran? Adakah menganggu ketenteraman jiran adalah perkara remeh? Tidak sama sekali.  

Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman. Nabi SAW ditanya, “Siapa, wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab, “iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman kerana perbuatannya.” (Muttafaq ’alaih).

Makanya, kita janganlah membuat pergaduhan yang akan atau boleh mengganggu ketenteraman jiran seperti bunyi suara TV, radio yang terlalu kuat, atau hilai ketawa dan gelak besar sehingga membuat jiran rasa tidak selesa lebih-lebih lagi apabila kejiranan tersebut adalah rumah bertingkat. (baca: flat dan apartmen)


21-1 yang terganggu.

Apa Nak Jadi...

Bismillahirrahmanirrahim..

Acapkali rasanya saya menulis tentang ini. Acapkali juga saya mendengar. membaca dan melihat kejadian sebegini. Di manakah titik penghujungnya? Atau sepatutnya soalannya sebegini, "mengapakah ini terjadi?" Persoalan demi persoalan sentiasa memenuhi ruang kotak fikiran. Namun, mengapakah tiada jawapan yang diberikan mengatakan bahawa, "..kerana sistem Islam tidak diterapkan. Kerana penyelesaian yang diambil adalah dengan mengambil undang-undang sekular yang ada." Jawapan ini tidak akan pernah didengar oleh umat melalui media massa atau seorang pemimpin yang benar-benar mahukan Islam dilaksanakan.

Semalam telah berakhirnya 1sejarah yang melibatkan pelajar-pelajar universiti. Dan hari ini, pelbagai aksi telah di'upload' di laman sosial untuk tatapan teman-teman dan kaum keluarga. Sungguh memalukan bagi saya. Dan bagi mereka yang tidak tahu malu, macam tiada apa-apa perasaan. Sungguh! Lebih-lebih lagi apabila saya telah membaca luahan seorang wanita tentang parahnya isu ini. Maka, entri ini adalah untuk menegur rakan-rakan yang telah berkelakuan tidak syar'i (lemah sunggu iman saya ini, huhuhuhu). Juga buat para penulis, pembaca dan pendengar yang amat cintakan agama Islam. Dan pedoman serta ingatan buat sahabat-sahabat yang tidak ingin memaksiati Allah SWT.

Saban hari kita didedahkan dengan pelbagai kisah yang menceritakan wanita sentiasa menjadi mangsa penganiayaan samada secara paksa atau sukarela yang membabitkan kes rogol, sumbang mahram, penderaan, masalah sosial remaja, ekploitasi, zina sehingga melahirkan anak luar nikah yang akhirnya membawa kepada gejala pembuangan bayi dan pelbagai lagi permasalahan.

Semua ini berlaku kerana wanita kini hidup di dalam Sistem Kapitalisme yang bertunjangkan kepada sekularisme iaitu memisahkan agama daripada kehidupan secara total yang mana impaknya sistem rosak ini telah melenyapkan kemuliaan dan merendahkan martabat wanita. Sistem yang rosak ini pula cuba mencari penyelesaian kepada permasalahan ini dengan memberikan penyelesaian ‘tampal sulam’ yang tidak menyelesaikan masalah malah lebih memburukkan lagi keadaan seperti memperjuangkan hak-hak wanita, melancarkan kempen-kempen kesedaran, menubuhkan rumah atau pusat perlindungan wanita dan juga memperkenalkan pendidikan seks di sekolah-sekolah.

Syariat Islam telah memuliakan dan meninggikan martabat wanita serta menjamin keselamatan wanita. Syariat Islam telah menggariskan segala peraturan dan hukum- hakam berkaitan wanita seperti keterbatasan pergaulan lelaki dan wanita, menghalalkan hubungan lelaki dan wanita hanya dengan pernikahan, pengaturan pakaian Muslimah iaitu jilbab dan khimar, larangan bertabarruj dan perintah kepada lelaki supaya menundukkan pandangan serta  memberikan hak kepada wanita untuk berpolitik.  Wanita juga mempunyai kewajipan dan hak dalam Islam iaitu wanita berkewajipan menuntut ilmu dan mempunyai hak untuk berpolitik. Ini kerana kedua-duanya merupakan sesuatu yang sangat penting .

Setiap wanita mestilah menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu atau menyampaikan Islam kepada orang lain. Seterusnya dengan ilmu itulah, wanita mampu berpolitik iaitu dengan mengambil tahu urusan umat. Sesungguhnya permasalahan umat kini hanya dapat diselesaikan dengan menerapkan Syariat Islam secara keseluruhannya. Syariat Islam pula hanya boleh diterapkan dengan adanya Negara iaitu Khilafah Islamiyah yang mengatur dan mengurusi urusan umat melalui Sistem Pemerintahan, Sistem Pendidikan, Sistem Sosial, Sistem Uqubat, Sistem Ekonomi dan lain-lain yang berlandaskan kepada hukum Syara’. Oleh yang demikian, mendirikan Khilafah Islamiyah sehingga terterapnya hukum Syara’ adalah suatu kewajipan bagi setiap wanita dan umat Islam keseluruhannya.    

Wahai kaum Muslimin!! Ayuh! Keluarlah dari kepompong yang selama ini membelenggu kita dan bebaskanlah diri kita dari sistem yang rosak ini. Laksanakanlah Islam, berusahalah untuk mengembalikan Islam dalam kehidupan kita agar kita benar-benar dapat menggapai semula gelaran umat terbaik!!

Lagi artikel, ulasan dan bahan bacaan yang wajib dibaca untuk menajamkan pemahaman anda. Jangan lupa, baca ye.

1) Guru turut terganggu baju kurung putih yang terlalu jarang 
2) Gejala Sosial Yang Begitu Membimbangkan 
3) Laporan Seminar Terbuka Selamatkan Wanita Dengan Syariat
4) SN025 - KEGAGALAN SISTEM KAPITALISMA MENANGANI MASALAH SOSIAL
5) Permasalahan Sosial - Sampai Bila??
6) Kes remaja hamil kronik (luahan seorang wanita tentang kerisauan akan isu ini) [sila klik!]
7) Lain-lain yang berkaitan. (sini, dan sini )

Pengembaraan Ke Dunia Kanak-kanak

Baru-baru ini saya ada ke suatu tempat yang saya sangat 'mengidam' nak pergi sejak di tahun 1 universiti. ^_^'. Masa itu, saya dah plan nak ke sana dengan seorang sahabat. Tapi bila habis je exam akhir semester, mesti rancangan itu terpaksa dibatalkan.

Sehinggalah akhir semester lepas. Saya sekali lagi merancang untuk ke sana. Saya teringin yang tak dapat dibendung. Saya survey plan tempat itu. Lokasi-lokasi yang akan kami lalui. Tempat makan untuk berehat nanti. Cara nak ke sana siap dengan bajet tambang. Saya juga dah minta keizinan abah serta wali kepada insan-insan yang akan saya bawa. Tapi beberapa hari sebelum tarikh yang dirancang tiba, abah tidak memberi izin. Saya hampa. Tapi takdelah frust menonggeng. =D

Maka, saya hentikan terus angan-angan untuk ke tempat itu. Namun, jauh di lubuk hati saya yang paling dalam, saya masih ingin ke tempat itu. Kerana tempat itu telah mengalami beberapa pembaikan. Saya sangat teruja untuk ke sana.



Bagai pucuk dicita ulam mendatang, tanpa saya duga. Satu rombongan sekolah umi akan mengadakan lawatan ke sana. Dan anak-anak cikgu boleh ikut dengan dikenakan bayaran mengikut kepala. Saya apa lagi, melompatlah keriangan kanak-kanak Ribena. ^_^" Dan yang pastinya, 'keikutsertaan' dua kanak-kanak comel ini, semestinya memeriahkan pengembaraan ke alam yang saya terokai itu.



Mereka punya keistimewaan tersendiri. Keistimewaan bagi setiap kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi tersendiri. Untuk cerita tentang kanak-kanak, akan ada post lain. Tajuknya telah difikirkan, Anak Permata Islam. InsyaAllah, kalau ada kelapangan, akan segera di'update'.

Apapun, kanak-kanak berdua ini memang petah berkata-kata. Seorang pemalu, dan seorang tak takut dengan orang tapi tetap malu-malu dan manis senyuman. Saya sayangkan mereka, Lillahi Ta'ala.

Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Nota : Hanya kepadaNya kupanjatkan syukur. Segala perbuatanku hari ini dipermudah. Ameen.

Setiap kejayaan pasti didahului dengan kegagalan. Dengan tekad dan azam baru serta bersandarkan kepada ayat Al-Quran, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kau itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" (QS Ar-Ra'd [13]: 11) saya mengorak langkah baru, insyaAllah.


Kegagalan lalu memberi saya ruang untuk saya memperbaiki kelemahan saya sebagai insan biasa. Atas dorongan dan motivasi mentor, pensyarah serta insan-insan tersayang, saya melangkah ke hadapan. Melangkah ke hadapan dengan pantas tanpa membiarkan laluan lepas menghantui diri. Biarpun saya tahu onak dan duri bakal menerjah, saya akan kuatkan semangat dengan pertolongan Ilahi. 

Apa yang saya pinta kepada sahabat-sahabat dan para pembaca, doakan saya agar saya dapat menunaikan impian insan-insan tersayang itu. Tidak ingin lagi saya melihat kerutan di wajah mereka. Tidak ingin saya merenung wajah itu dengan harapan kosong. Kini, segala-galanya mungkin. Wajah-wajah itu memberi harapan yang tinggi buat saya.

Tinggal empat semester saya di universiti. Maka, 4 semesterlah saya perlu struggle untuk mendapatkan kembali apa yang telah saya lepaskan sepanjang 5 semester lalu. Saya perlu bersedia mental dan fizikal untuk segala perkara yang bakal saya tempuhi. InsyaAllah.

Perjumpaan dengan mentor saya memberi peluang buat saya menggenggam azam. Azam baru kerana saya mempunyai plan B. Semoga segalanya diberkati ALLAH SWT. Buat Abah, impian itu akan kuhadiahkan buatmu. :'(

Selamat Hari Lahir, Abah!!!



10hb Julai, tarikh abah dilahirkan oleh embah. Dan hari ini, genap usia abah 47 tahun. Abah mempunyai 7 orang anak dan seorang cucu yang sangat comel lagi mengada-ngada ;P

Tiada yang special untuk abah di hari ini melainkan air tangan abah sendiri. Abah membuat air soya kegemaran saya. Hee. Sudah lama rasanya tidak minum air soya buatan rumah.

Apapun, ucapan Angah buat abah.

Semoga usia abah diberkati dan diredhai Allah, dimurahkan rezeki, dipermudah segala urusan dan semoga sempat mengecapi kemuliaan yang dijanjikan, menang atau mati syahid. Semoga kita sempat hidup apabila Daulah Islam berdiri nanti demi melaksanakan kehidupan Islam. Allahu Akbar!!


Sihat dengan Keluarnya Peluh. Mari bergerak bersama Kami. =D

Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat yang dikasihi,

Jumaat hari ini bersamaan dengan 27 Rejab 1431 hijrah. Adakah kita telah berpuasa sunat di bulan Rejab walaupun sehari? Ada sahabat-sahabat yang berpuasa di bulan Rejab tapi bukan berpuasa sunat, sebaliknya puasa qadha'. Janganlah kita melewat-lewatkan puasa ganti kita ya sahabat sekalian.

Okeyh, berbalik kepada tajuk di atas. Islam adalah agama yang amat menitikberatkan kesejahteraan manusia termasuklah dalam menentukan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat berkaitan rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani.


Pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya. Perkembangan penyakit kronik di negara kita amat membimbangkan. Islam menggalakkan umatnya bersederhanaan dalam pengambilan makanan dan minuman. Firman Allah SWT:

"......Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula melampau batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas". (Al-A'raf ayat 31)

Pepatah Arab ada mengatakan:

"Kesihatan itu adalah merupakan mahkota segala kesihatan. Tiada siapa yang nampak (sedar), melainkan orang yang sakit".

Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani:

"Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menyuruh mereka menunggang kuda"

Ini adalah seruan yang jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cerdas. Pepatah ada menyebut: "Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat".


Nak dijadikan cerita pasal ini. Semalam saya bawa anak saudara saya berjalan-jalan di taman permainan sebab dia menangis. Bila saya pakai tudung, dia dah gembira nak keluar rumah. Semalam cuaca sangat cerah dan panas yang mendamaikan.

Dah lama rasanya saya tak bermain badminton. Penat juga rasanya. Dulu ketika kanak-kanak seusia sepupu saya yang bermain buai di atas tuh, saya memang suka bermain badminton. Tapi sekarang dah dewasa pun. Malu nak main. Ayakk.. ^_^"

Lepas tuh, request daripada my sis nak main bola beracun. Jom.. Siap sepupu saya yang comel lote tuh berlari-lari dan bermain sakan. Berpeluh-peluh dorang berlari-lari. Teringat zaman muda remaja kanak-kanak saya dulu. Selalu main lari-lari, kejar-kejar. Dulu kat kampung ada jugalah tempat nak bermain seperti itu. Sekarang, taman permainan yang ada nih pun, sesuai untuk mainan seperti bola keranjang dan bola sepak serta mainan yang dah disediakan. Huhuhu. Apapun, kami seronok mengeluarkan peluh seperti semalam. Hee "-"

Kesimpulan daripada kisah di petang semalam, marilah kita memberi sepenuh perhatian dan mengambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan kita. Mengamalkan gaya hidup sihat, InsyaAllah membantu kita untuk lebih aktif dan bergerak cergas dalam aktiviti harian kita terutamanya dalam berdakwah. Sihat perlu demi kelangsungan dakwah Islam.  

Mengamalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubat dan mengambil pemakanan yang sederhana dan seimbang boleh menjamin kesihatan diri kita, InsyaAllah. Nantikan cerita 28 Rejab dengan umat Islam esok!! ^_^v

Hingga ketemu lagi. Wallahualam..

Mari Membuat Penulisan Gaya SPM =D

Tajuk yang diberikan oleh saya adalah 'Bincangkan keburukan-keburukan Globalisasi.' Sila baca soalan dengan teliti dan jawab dengan penuh yakin. Kegagalan anda untuk menulis dengan baik mengikut kefahaman anda akan menyebabkan markah anda ditolak. Anda siberi masa 1 jam untuk menyiapkan penulisan anda. Selamat menjawab. Hee.

Okay, sekadar intro untuk mengimbau kembali soalan-soalan SPM yang pernah dijawab. Tapi insyaAllah, setakat ini anda takkan jumpa soalan SPM yang begini kan? Sebabnya soalan yang akan diberikan oleh badan peperiksaan adalah 'Nyatakan kebaikan-kebaikan Globalisasi.' Mustahil untuk mereka memberi soalan tentang keburukan Globalisasi memandangkan negara 1Malaysia adalah negara pendukung globalisasi. Hee.

Ini entri berat lagi intelektual. Saya dah maklumkan kepada anda pada entri semalam. Sila baca ini untuk lebih jelas. InsyaAllah. Perbincangan saya bersama sahabat-sahabat mencambahkan lagi politik globalisasi saya. Maka, ini jawapan yang dibincangkan tempoh hari.

"Keburukan-keburukan Globalisasi."

Saya bahagikan keburukan-keburukan globalisasi kepada 3 skop; sosial, politik dan ekonomi.

Dari segi sosial. Globalisasi memberikan akses internet yang sangat meluas sehingga ada yang mengatakan, 'dunia di hujung jari.' Memang benar internet memberi kemudahan kepada pengguna dengan sangat meluas. Tetapi kebaikan Globalisasi sentiasa datang dengan keburukan yang amat banyak lagi melimpah ruah. Akses laman web lucah sangat mudah diperolehi. Kita hanya perlu menaip apa yang kita nak, maka kita akan dibawa oleh arus internet yang sangat hebat ke laman web lucah yang diingini. Fenomena ini bukan sahaja melibatkan pengguna dewasa malah melibatkan kanak-kanak yang sangat celik IT walaupun akalnya masih belum sempurna untuk berkembang.

Perkembangan teknologi terkini dan terhebat, memberikan 1001 keburukan kepada globalisasi. Laman-laman sosial yang disediakan, memberikan ruang yang terbuka buat muda-mudi serta tua bangka untuk bergaul mesra tanpa batasan dengan insan ajnabi. Perkenalan yang singkat dalam sesaat, membuka pintu pertemuan buat 2 insan yang tidak pernah mengenali di alam realiti. Akibat realiti 'aksi-aksi tidak sihat' yang disajikan di depan mata setiap hari, lantas pertemuan itu menjadi saksi dosa zina. Nauzubillah min zalik!

Dari segi ekonomi. Globalisasi hanya memberi keuntungan kepada negara-negara besar yang mempunyai para pemodal yang kaya raya. (Baca: Kapitalis) Globalisasi tidak melihat atau menghiraukan kesengsaraan buat rakyat negara-negara dunia ketiga bukan para pemimpin seperti di Malaysia ini. Pelaburan dan pasaran bebas merupakan salah satu cabang globalisasi. Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 Najib Tun razak, mendukung aspirasi pasaran bebas. Dengan sokongan yang diberikan beliau, maka banyaklah syarikat-syarikat luar negara yang melabur di Malaysia.

Saya beri contoh yang sangat mudah. Pasar raya besar Tesco, Carefour, dan sebagainya merupakan pelaburan warga asing. Akibat berkembang pesat pasar raya ini di ibu kota dan di beberapa tempat yang strategik, maka ramai peniaga-peniaga kecil gulung tikar. Siapakah peniaga-peniaga kecil ini? Merekalah insan-insan yang tak mampu bersaing dengan pasar raya Gergasi ini. Kerana apa? Kerana mereka tidak mampu memberikan modal yang sangat besar berbanding hypermarket ini. Mereka membeli dengan harga runcit dan menjual kembali dengan untung yang tak seberapa.

Berbanding dengan hypermarket, mereka mampu menyediakan modal yang banyak. Apabila membeli sesuatu barangan dengan harga pukal, kita boleh mendapat keuntungan yang berkali ganda. Jadi kalau nak dibandingkan dengan peruncit-peruncit biasa, layakkah kita nak bersaing di era globalisasi ini?

Sedangkan Rsulullah bersabda :

"Rasulullah bertanya mengenai usaha yang paling baik sebagai sumber pendapatan atau rezeki. Baginda menjawab: Pekerjaan yang paling baik hasil usahanya sendiri dan setiap perniagaan yang baik serta halal." (Riwayat Bazzar dan Sohehahu al-Hakim)

Konsep perniagaan dalam Islam berasaskan apa yang ditegaskan oleh Allah S.W.T melalui al-Quran yang bermaksud:

"Urus niaga dan jualbeli yang dilakukan secara suka sama suka iaitu berpuas hati antara penjual dan pengguna." (Surah an-Nisa':29)

Konsep yang terkandung di dalam ayat ini amat penting didalam sistem ekonomi Islam yang memberi maksud kedua-dua pihak penjual dan pengguna atau pembeli sama-sama merasa rela dan berpaus hati tanpa terdapat penindasan dan penipuan satu sama lain.

Justeru, Islam melarang keras urusan muamalah berunsur riba kerana riba semata-mata memberi keuntungan kepada satu pihak sahaja dan menganiayai kepada pihak penerima. Hal ini Allah Taala berfirman didalam al-Quran yang bermaksud: "Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba." (Surah al-Baqarah : 275) dan sabda Baginda SAW, "Rasulullah mengutuk pemakan riba, wakilnya, keraninya dan kedua-dua saksinya dan semua mereka yang terlibat dengan riba." (Riwayat Muslim)

Jadi, apakah dapat direalisasikan dalil-dalil di atas andai globalisasi diambil dan mencengkam umat terutamanya umat Islam?

Dari segi politik. Amerika merupakan negara kuasa besar yang sangat berpengaruh ketika ini. Opss.. Politic view sangatlah kompleks untuk dibincangkan di bawah tajuk ini. Sebab kepala saya pun dah pening-pening lalat nak menulis supaya anda faham. Hee. Makanya, saya perlu study sikit lagi dan fahamkan betul-betul. InsyaAllah, saya akan menulis lagi untuk sambungan penulisan ini. Hee.

Dari Pagi-Petang-Malam : UPSI-Kampar-Puchong-Ampang

Salam hari Isnin dan Assalamualaikum.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan sangat dipermudah.

Semalam kami sekeluarga menghantar adik saya ke universiti. Perjalanan yang memakan masa sejam lebih itu banyak memberi pengalaman buat saya dan keluarga amnya. Rupanya hampir setahun kalau saya tak silap, saya tidak melalui lebuh raya Utara-Selatan. Dengan kata lain, dah lama saya tak berjalan. Hee.

Bila keluarga saya balik kampung, saya tidak dapat ikut kerana ada kuliah dan hal-hal universiti. Dan semalam, saya dapat juga berjalan dan singgah di kampung sekejap.

Segala urusan pendaftaran adik saya berjalan dengan lancar. Seperti biasa, tahun 1 budak U mesti dapat bilik tingkat atas sekali. Hee. So, memang boleh sihat bila tahun 1. Semoga Uda maintain dengan study. Ameen.


Sebelum masuk ke Kolej Za'ba UPSI. Banyak kenderaan keluar masuk.



Ramai ibu bapa dan keluarga menghantar anak-anak mereka untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Uda juga tidak terkecuali. Hee



Perkarangan kolej kediaman Uda.
Men are not allowed. =D


Alangkah damainya tinggal di sini. Bumi nan hijau, sejuk mata memandang.
Sangat segar untuk study di sini.
Tak macam tempat menara gading saya, semuanya dipenuhi dengan tumbuhan konkrit yang pelbagai warna lagi meninggikan 'global warming'
huhuhu.


Perjalanan diteruskan ke arah Utara. KAMPAR. Singgah di kampung melawat embah, bertanya khabar. "Lamanya tak jumpa Angah" Saya hanya mampu tersenyum. Memang saya dah jarang balik kampung sebab saya selalu tak dapat ikut keluarga bersama. Alasannya sama seperti yang saya nyatakan di atas tadi. Kesian embah tinggal sorang-sorang. Tapi nak buat macamana, siapa yang nak tinggal kampung dengan embah. Saya?? ^_^'

Gerai buah-buahan dekat kampung saya.
Saya lupa apakah nama penuh GBBS. ^_^'
Gerai Buah-buahan Segar. Hee.
Jemputlah membeli buah-buahan di sini.

Tiba di rumah, bersiap-siap ke kenduri kahwin seorang sahabat saya, Zura. Pengantin serba 'maroon', sangat sepadan. Semoga bahagia Puan Zura dan En Amin. =)


Nota: sekadar memanaskan jari jemari dan mencari idea untuk entri yang lebih berat lagi intelektual. =D Sekian.

[Video] Love Doesn't Ask Why (Special Edition for July)

This song is special dedicated to my beloved ummi and abah and maknek & arwah atok. Also to all my beloved ones. =)




Love doesn't ask why
It speaks from the heart
And never explains
Don't you know that
Love doesn't think twice
It can come all at once
Or whisper from a distance

Don't ask me if this feeling's right or wrong
It doesn't have to make much sense
It just has to be this strong
'Cause when you're in my arms I understand
We don't try to have a voice
When our hearts make the choices
There's no plan
It's in our hands

Love doesn't ask why
It speaks from the heart
And never explains
Don't you know that
Love doesn't think twice
It can come all at once
Or whisper from a distance

Now I can feel what you're afraid to say
If you give your soul to me
Will you give too much away
We can't let this moment pass us by
Can't question this chance
Or expect any answers
We can try
But love doesn't ask you why

[Instrumental]

So let's take what we found
And wrap it around us

Love doesn't ask why
It speaks from the heart
And never explains
Don't you know that
Love doesn't think twice
It can come all at once
Or whisper from a distance

Love doesn't ask why


During the month of July, I want to say Happy Birthday to my 3 loved ones, Kakchik on 3rd July, Abah on coming 10th July and my youngest sister, Ateh on 16th July.

May your age be blessed by Allah. Ameen..

BarakAllahu Lakuma

This song dedicated special to three friends of mine. They are Rabiatul Nabila, Kak Nur Izana and Zura. They're married on 6th July, 7th July, and 12th July respectively. Sorry for delay to dedicated this nice song to you. =) Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat, melahirkan zuriat yang soleh dan solehah serta kehidupan kalian mendapat barokahNya. Ameen.




Maher Zain - BarakAllahu Lakuma

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
 
From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Atok-da Best : Perginya takkan Kembali

Nota : Untuk entri ini dan entri-entri yang seterusnya, saya akan menggunakan ganti nama yang betul buat ahli keluarga saya. Saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa sudah masa untuk saya melakukannya. Maafkan saya, sahabat-sahabat andai ada yang pening-pening lalat dengan keadaan saya. Sorry ye, Nabila

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya bercadang hendak membuat sedikit ulasan tentang munaaqashah semalam, Mengakhiri kebiadaban Israel. Tapi, selesai je program semalam, abah bergegas mengajak kami adik beradik balik kerana umi telefon beritahu atok bleeding lagi. Mujur pakcik saya dah call ambulans untuk ambil atok ke PPUM. Maknek dan my cousin ikut atok ke PPUM naik ambulans. Keadaan atok sama macam mula-mula dimasukkan ke PPUM isnin lepas, pucat dan tak mampu bergerak. Cuma yang ini tak mampu nak bangun dah.

Masa ambulans tiba di rumah makcik, kami masih dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba di rumah, umi dah bersiap-siap. Kami ke PPUM kurang lebih jam 2, selepas makan dan solat zohor.

Kami terus ke resuscitation room di Acute and Emergency unit, PPUM. Maknek duduk menunggu di luar. Aku lihat semunya menanti dengan penuh debaran. Ketika mataku hampir terlelap, Dr keluar ingin memberitahu keadaan atok. Katanya, darah banyak yang keluar. Bantuan oksigen juga telah diberikan. Tapi keadaan atok semakin tenang. Dr meminta kami bersedia. Aku mula berdebar-debar. Aku hanya berdoa.

Kehadiran Dr itu kali kedua membawa pengesahan tentang atok. "Makcik, kami telah cuba sedaya upaya. Kami minta maaf. Keadaan pakcik tidak dapat diselamatkan." Sejurus selepas itu, aku mendengar tangisan meraka. Aku telah kehilangan atok yang terbaik pernah aku ada. Atokku dah tiada. 

Kami dibenarkan masuk ke aresuscitation room. "Setiap insan pastikan merasa, Saat perpisahan terakhir, Dunia yang fana akan ditinggalkan, Hanya amalan yang akan dibawa" Sedihnya aku melihat sekujur tubuh itu kaku. Air mataku mula menitis bila dahi atok, aku cium. Macam sekejap sangat aku tengok atok sihat. Baru hari khamis atok discaj. Semala atok dah kembali menghadap Yang Maha Mencipta. Air jernih mula membasahi pipiku kini.

Aku tak ingat jam berapa, tapi segala pengurusan jenazah disempurnakan di Unit Patologi Forensik PPUM. Jenazah dibawa ke masjid berdekatan rumah ketika orang ramai solat Maghrib. Selepas je solat jenazah, kami terus ke tanah perkuburan. Jenazah siap dikebumikan setelah solat isya' semalam. Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan bagi kami sekeluarga.


Akan kuingat tarikh ini;

1) 25/6/2010 sebelum ke Giant - "Angah, belikan atok rokok ye."

2) 25/6/2010 12:03 called terakhir daripada atok buatku- "Angah, tak payahlah belikan atok rokok ye."

3) 26/6/2010 16:10 - Nadi atok masih tidak berdenyut. Pengesahan kematian akan dipastikan.


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan" (Al-Anbiya':35)


Sesungguhnya ajal itu sangat hampir dengan kita...Cukuplah ayat-ayatNya sebagai peringatan bagi hamba-hambaNya yang berfikir....

"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir" (Az-Zumar:42)



Semoga atok ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ameen.

Rokok Dunhill Atokku.. =[

3 hari nih saya asyik keluar rumah. Bukan meronggeng atau menjadi kupu-kupu malam. Saya keluar untuk menyelesaikan beberapa urusan. Dan kebanyakannya adalah dengan menghabiskan duit yang tak berapa nak ada. Hee.

Pagi tadi, saya dapat sms daripada maknek. "Angah, tolong bli rokok atok yng kecik aja" Saya pelik. Atok suruh maknek taipkan mesej untuk beli rokok? Namun sms itu saya biarkan sepi.

Selang 20 minit, masuk 1 lagi sms. Kali ini daripada atok sendiri. "Tolong blikan rokok atok" Lantas, saya terus call atok. "Orang pergi kejap lagi ye tok. Nanti nak gi Giant, angah gtau k."

Tiba di rumah makcik saya, saya tanya maknek."maknek, atok suruh belikan rokok." "Tak usah belikan." "Eh, bukan maknek ada hantar sms mintak angah belikan ke?" Maknek hanya menggeleng kepala. Saya jadi serba salah.

Bila saya nak tunggu di luar rumah, atok panggil. Maknek kata jangan. Atok kata nak. Saya dalam dilema. Dilema kasih antara 2 orang insan tersayang. Mendengar kata atok umpama mem'bunuh'nya. Mendengar kata maknek, atok bermuram durja.

Di Giant, atok call. Katanya tak payah belikan rokok. Saya dah berbunga riang mendengar kata-katanya. Saya beritahu maknek, maknek mengucapkan syukur.

Apabila tiba di rumah, rupanya sepupu saya tolong belikan. Atok.. atok...

Baik dari ulcer pun belum, dah nak goreskan kembali luka di usus. Atok.. atok..


Menerima rawatan di wad 7U, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Anak Solehah Penyejuk Jiwa



Uuuu...
Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa

Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka

Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta

Hai... Ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara

Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa

Saya Memilih Bidang Ini Bersebab....

Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat,

Kalian sihat? Kalau sihat alhamdulillah. Kalau ada yang kurang sihat, mohon pertolongan daripadaNya agar sabar dengan ujian sakit yang diberikanNya. Mudah-mudahan sakit kalian itu menghapuskan dosa-dosa kecil. InsyaAllah.

Saya saja nak berkongsi kisah hidup saya. Bukan ingin berbangga atau meninggi diri atau seumpama dengannya, tapi sekadar ingin menegaskan bahawa syariat Islam harus ditegakkan walau di mana-mana. Moga saya sentiasa istiqamah.

2 minggu lalu baru saya sedar kembali akan kenyataan ini. Seorang adik menegur saya dengan satu perbualan, "kak, kenapa akak pilih farmasi?" Kepalaku terus berfikir kembali mengapa aku memilih farmasi.

Sebab ketika tahun 1 dulu semasa Minggu Suai Kenal, PC tanya setiap pelajar kenapa pilih farmasi. Jawapan saya masa itu, "saya pilih course farmasi sebab ia demand sekarang nih." Dalam hati saya masa tuh, "i ambik jawapan my fren time di matrik. Hehehe." Bila saya fikirkan semula jawapan itu, "betul ke farmasi ni demand?"

Jawapannya lihat dialog-dialog di bawah ini :

Pertemuan dengan pak cik teksi. Berlainan driver teksi dan peringkat umur pemandu teksi.

Driver 1 : "Adik amik course apa?" Farmasi. "Sekarang nih ramai yang amik farmasi. Anak pakcik pun ada yang amik farmasi."

Driver 2 : "Bagusnya adik amik farmasi. Anak saudara uncle ada jugak yang amik farmasi. Sekarang nih orang lebih suka pergi farmasi je daripada kena jumpa doktor."

Driver 3 : "Banyak juga gaji farmasi ni. Isteri pakcik farmasi jugak."

Itulah dialog-dialog real di antara saya dan pemandu-pemandu teksi yang suka bertanya. Hee. Kalau pandangan anda, farmasi ini bagaimana pula?

Okeyh, berbalik kepada pertanyaan seorang adik tentang kenapa saya pilih farmasi, jawapannya ini. Saya memilih farmasi kerana saya tak nak bekerja memakai uniform. Confirm saya tak nak kerja di Tawakal atau KPJ Hospitals. Saya memakai jilbab (jubah). Maka bekerja dengan tidak terikat kepada pemakaian uniform adalah alasan saya yang kukuh. Saya pun memilih farmasi kerana saya mempunyai asas biologi.

Tanya adik itu lagi, "kalau gitu, kenapa tak amik doktor je?" "Takpelah, doktor belajar teruk, kerja lagilah teruk. Farmasi pun ok apa. =)"

Apapun, sebab utama saya memilih farmasi sebab saya tak nak pakai uniform. Kalau saya kena pakai uniform, maka saya terpaksa tidak berjilbab. Jadi saya berdosa. Seperti saya katakan tadi, menegakkan syariat Allah wajib walaupun di mana-mana.

Saya memakai jilbab (jubah) bukan kerana saya suka atau semata-mata untuk menjaga kehormatan diri saya dan pandangan lelaki ajnabi, tetapi apa yang saya utamakan adalah hukum syarak. Sebab saya baru tahu, kalau kita melakukan sesuatu kerana tahu hukumnya wajib atau sunat, kita akab dapat pahala. Kalau kita tak tahu kenapa kita buat, Allah sahaja yang bisa menilainya.

Kalau ikutkan hati saya, saya lebih suka pakai seluar sebab saya nih macam lelaki, suka berseluar. Tapi ikut hati kita berdosa. Ikutlah perintah Allah dan tinggalkan larangaNya. InsyaAllah, bahagia dunia akhirat. Apa yang lebih penting, semoga saya bisa mendapat keredhaan Allah SWT. Ameen.

Pencarianku dalam Liberalisasi Ekonomi Bakal Memahamkan Aku..

Nota : Berehat sebentar untuk memberi ruang kepada otak bernafas. Terasa penat dek terkena hujan lebat petang tadi.

Selama 2 minggu saya mencari maklumat berkenaan liberalisasi ekonomi. Selama 2 minggu itu jugalah saya cuba menghadam dan memahaminya apakah itu liberalisasi ekonomi. Dulu saya langsung tidak berusaha untuk memahaminya. Bila tiba masa untuk saya terangkan kepada orang lain, macam lipas kudung saya mencari maklumat. Hehehe.

It's not good when we always do something last minute. (^_^)'. Apapun, saya perlu menyiapkan apa yang patut dan mencari lagi maklumat tentang liberalisasi ekonomi.

Maklumat yang saya perolehi kebanyakan bersumber dari negara saudara, Indonesia. Dalam pencarian itu juga, ada pendapat persendirian yang pro and kontra tentang isu ini. Untuk perkongsian, tunggu entri akan datang ye. InsyaAllah.

Penat juga kepala saya nak memahamkan liberalisasi ekonomi nih. Selepas membaca beberapa sumber barulah saya faham apa itu liberalisasi ekonomi. Maaflah, saya nih orangnya lambat pick-up. Liberalisasi ekonomi dengan kata lain adalah pasar bebas. Senang kan. Huhuhu.

Mempelajari ekonomi memerlukan kita untuk kaji juga tentang politik. Sebab ekonomi mesti terkait dengan politik. Anda setuju? Saya tahu anda setuju sebab anda tahukan. Cuma anda malu-malu dan segan untuk mengaku sebab saya tak nampak anda mengangguk tanda setuju. Hihihi.

Last but not least, kalau ada sesiapa nak kongsi apa yang anda tahu pasal liberalisasi ekonomi atau apa-apa yang berkaitan (fakta ke, kes ke, realiti ke, apa-apa je), janganlah segan-segan memberi komen. Tak pun, emel peribadi pun boleh.

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. Hingga bertemu lagi. Salam.



Banner created with MyBannerMaker.com

Is There HOPE for Them?

Assalamualaikum wbt, semua.

Saya cuba merajinkan diri untuk menulis sesuatu di sini. Banyak perkara yang ingin dikongsikan tapi tangan pula malas menari. =D (hahaha, alasan tak munasahabah.)

Dah nak dekat jam 2 pagi, sekarang baru nak berkongsi masalah. Anda sanggup membaca entri saya ini dan sudi mendengarnya? =D Saya tahu, masih ramai blogger yang sedang blogwalking di waktu begini kan.

Okey, back to the serious topic. Please read this entry as a serious issue. Hopefully, you will read this situation calm and to appreciate the deep feelings. Also emotions expressed to relate to me.


This is life. Sometimes we are above, sometimes we in the kind of wheel. Such rotation of the common life and the world. Sometimes we know, sometimes we are too stupid. Why? Years ago, we are a bit lazy, it is no longer. It's also a good bit but it is very, very lazy.

I have known a family. Her parents worked hard to send their children. Some children are already in university, will enter the university and are still in school. But also that her parents hope to see their children studying abroad, at least one. The problem is how parents want to see her studying abroad if any of the children since the beginning did not want to go to school?

Poor as her parents struggling to send their child, but child will not want to go to school. Her parents have asked why the child did not want to go to school many times. But the answer still the same, the child remain silent. I think her parents advised her the impact if she do not to go to school.

A few weeks she will not go to school. And this has been a discipline problem. So to those who know how to advise teenagers who do not want to get to school, please help me. This problem is a serious problem. Before she stopped school, it is better for counselors give advice and reminders to her.

Oppssss.. This entry is English. Hehehe. Well, everything is all at your fingertips, right? Again as a reminder to you, please help me to provide counseling to the family. Hopefully, with the help of you guys, I can change the thinking of the child. Because the journey of her life is still far.


If she read this, i want she to know.

There are many things that you did not know. There are many things that you should learn. Life is not to be ended as early as secondary school age. You step into the realm of new youth. Do not destroy hope your parents. Do not let the hearts of parents upset. Create displeased parents are guilty and you will regret later. Please change your mind now. Or you will be sorry for destroying your own dreams and your parents.


Doaku untuknya :

Semoga dia mahu berubah dan akan berubah sebelum terlambat. Amin..

Zaman Kanak2 Riang ala Kanak2 Ribena B-)

Bila saya melihat tumbesaran adik-adik saya, teringat saya ketika seusia mereka. Kira-kira 13-16 tahun yang lalu. Saya andaikan entri ini ada sedikit kaitan dengan entri ini. Kalau saya imbas masa kanak-kanak saya, saya rasa gembira dan sihat selalu. Adik-adik saya tak merasai semua itu.

Setiap kanak-kanak secara fitrahnya memang inginkan keseronokan dan bersahabat seperti kanak-kanak lain. Waktu saya berumur 6 tahun, setiap petang mesti main pondok-pondok atau main masak-masak. Alatan yang digunakan adalah tempurung kepala, ranting-ranting kayu untuk pengacau, batu-batu sebagai penumbuk dan daun-daun pokok sebagai pinggan. Kalau nak masak, guna daun-daun atau bunga-bunga. Seronok sangat masa tuh. Ibu bapa tak perlu risau di mana saya bermain.

Tapi sekarang.. Alatan untuk memasak memang dah ada kat kedai. Ibu bapa tinggal beli je. Semuanya diperbuat dari plastik. Mangkuk, kuali, cawan, pinggang, sudu, garfu even makanannya pun. Manalah best sebab semuanya keras semacam. Hee. Tak macam zaman saya waktu kanak-kanak dulu. Anak-anak sekarang nak main masak-masak pun main dalam rumah je. Saya dulu main tepi longkanglah, bawah pokoklah, siap bentang tikar barulah ada open air. Fresh je rasa. Sekarang ada air-cond, so anak-anak main dalam kotak rumah je. Huhuhu.

Selain main masak-masak, saya juga main hide and seek. Saya bukan main kat sekitar rumah je tapi satu taman. Siap sembunyi belakang semak sampai muka saya calar balar. Saya ingat lagi waktu itu di padang ragut lembu. Ada semak dekat dengan tepi jalan. Ketika kawan-kawan saya jumpa saya, muka saya terkena daun yang berduri. Sampai sekaranglah parut tuh ada. Hehehe. Dulu, saya bukanlah jenis kanak-kanak sekarang yang hanya main barbie doll. Saya tak main semua tuh. Saya nih lebih kepada outdoor activities. Betapa saya nih seorang yang nakal, sampai sayalah yang paling gelap di antara adik beradik sebab setiap petang mesti main kat luar rumah.

Sekarang.. Main hide and seek semuanya dalam rumah je. Dah la rumah hanya semata-mata rumah. Takde ruang langsung kat sekitar rumah nih. So, sembunyi dalam bilik, takpun kat dapur, atau belakang mesin basuh, ataupun belakang kenderaan. Kan tak best macam tuh. Tak friendly dengan nature. Terlebih friendly dengan batu bata dan juga besi-besi kenderaan. Hikhikhik.

Permainan dulu-dulu juga memberikan kesihatan kepada tubuh badan. Anda pernah main tak baling selipar atau polis entry one two jaga atau galah panjang? Itulah kegemaran saya masa kecik-kecik dulu. Kenapa saya cakap memberikan kesihatan kepada tubuh badan? Sebabnya kita kena kejar-kejar, lari-lari. Sekarang nak main macam tuh takde ruang. Kalau nak main kat playground pun kebanyakan kawasan di conquer oleh pemain-pemain 'bola sepak dunia'. So, main buaian jelah atau jongkat jongkit.

Apa yang saya nak highlight di sini, ibu bapa tak pernah risau saya main di mana dan dengan siapa. Cuma saya kena balik rumah sebelum pukul 7 malam. Pernah suatu hari tuh saya balik terlewat beberapa minit. My daddy tak bagi saya and my sis masuk rumah. Siap kena rotan lagi. Pukul 8 barulah mummy bagi masuk, itupun setelah kering air mata menangis. Hee. Tapi sekarang, ibu bapa mesti tanya anak-anak keluar dengan siapa, main dekat mana. Sebab risau. My daddy dengan mummy tak marah sangat kat adik lelaki saya kalau balik lambat. Nak kena rotan? Kirim salam jelah.

Zaman kanak-kanak saya dulu tak sama dengan zaman kanak-kanak adik-adik saya. Situasi berubah, tahun berubah, zaman juga berubah. Kerisauan ibu bapa untuk mengizinkan anak-anak bermain di luar amat ketara dewasa ini. Mana tidaknya, kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak semakin berleluasa. Ini membuktikan bahawa negara ini sudah tidak seperti dulu lagi. Sudah tidak aman. Walaupun bilangan polis semakin bertambah, tapi jenayah juga semakin bertambah dan semakin dahsyat. Jadi di mana silapnya bila keamanan negara tidak terjamin dengan ramainya bilangan polis?

p/s: akan bersambung..

Dry Eye with Soft Lens = Cute Spectacle

Assalamualaikum semua,

Apa khabar pagi ini? Semoga sihat dengan izinNya, insyaAllah. Jika sebelum ini saya ada berkongsi tentang pengajaran daripada lagu sebelum dan selepas by senario, so this time about our beautiful eyes like mata di bawah ini. =D. Mata siapakah? Anda ke? Hee.



Okay, ini bab serius ye. Saya akan ceritakan my experience first time guna spectacles and contact lens. Experience ini just untuk sharing with you, friends. Maybe lepas ni bolehlah kawan-kawan tahu macam mana nak check-up mata, pilih spectacle and also wearing right contact lens with right power.

Sebelum masuk universiti, setiap pelajar dimestikan membuat medical check-up. Purpose? Of course to know student's health. Same goes to me. Saya buat medical check-up dekat kawasan ibu negara. Saya dibawa my daddy and settle down everything by myself. But when eyes checking, i got problem. I can't see with right eye. Orang yang check my eye tanya, 'sebelum nih tak pernah cek mata ke?' Saya jawab, 'pernah. tapi bukan cek yang macam nih la. Just checking samada kita boleh ikut arahan yang ditunjuk yang macam huruf E. Tapi masa tuh form 3.' Panjang lebar saya menerangkan kepada orang tuh. Then, doktor bagi referral letter for further check up kat Klinik Optometri UKM, KL.

Sekali lagi, ditemani daddy untuk eye check-up. First time menjejakkan kaki ke UKM, KL tapi masa tuh saya tak tahu pun itu adalah kampus cawangan dan yang lagi haru saya tak tahu itu adalah UKM.

After check mata selama hampir 2 jam, optometrist tuh beritahu, right eye 250 and left eye 50. Perbezaannya adalah 200 dan tak pernah ada orang yang macam saya. Optometrist tuh pelik tapi saya lagilah pelik. Harapan saya untuk tidak pakai cermin mata terkubur bila medical check mengesahkan bahawa saya rabun jauh. =(

Nasihatnya kepada saya tentang pemakaian cermin mata, saya kena pakai selalu supaya boleh adapt dengan rasa pening. Biasanya kalau perbezaan power untuk kedua-dua belah mata kurang dari 100, takkan rasa pening. Tapi sebab perbezaan power mata saya yang amat ketara, maka di awal pemakaian cermin mata saya mengalami pening kepala. Kadang-kadang saya tak pakaipun sebab tak dapat adapt dengan headache. But now, no more headache walaupun beza masih lebih 100.


Pemilihan cermin mata adalah berdasarkan kesesuian mata anda, kesukaan anda dan juga kos yang anda mampu. =)

Tentang contact lens pula, biasanya more on kecantikan dan senang. Lagipun masa saya try nak pakai, kawan-kawan ramai pakai. Kiranya, terpengaruh jugalah. Semasa nak buat contact lens, sekali lagi saya kena buat check-up yang memakan masa sejam lebih. Untuk fitting contact lens mana yang sesuai, available stock in the clinic and again the cost. Biasanya ikut kehendak pelanggan tapi atas nasihat optometrist.

Memandangkan saya mempunyai mata yang kering dan sensitif to multipurpose solutions, so i need pay more for normal saline to wash up the lens. Tapi normal salin pun sebotol RM3 je. Selama 2 setengah bulan pemakaian contact lens, saya boleh memakainya seperti pelajar lain. Tapi untuk lens bulan yang ketiga, saya telah mengoyakkannya. Bagaimana? Seperti saya katakan tadi, saya mempunyai mata yang kering. Apabila saya nak keluarkan lens daripada mata, lens akan berlipat. Bila nak buka yang terlipat itu amatlah susah. Maka, kerana macam ter'ganas', saya telah merobeknya. Stok lens untuk sebulan lenyap, terpaksa saya guna lens untuk bulan keempat. Semester berikutnya saya dah tak pakai lens kerana incident itu.

Baru-baru ini, saya telah memakai lens kembali untuk suatu program tapi for daily uses. The need for using lens are like the picture below. Encore Comfort Drop is for dry eyes like me while using soft lens. Normal Saline untuk bagi air pada mata saya sekaligus memudahkan saya untuk keluarkan lens.


Actually, optometrist suggest me dulu lagi, tapi sebab susah nak cari Blink Lubricant Eye drop (sumber : Goole image), saya tak guna. This time terpaksa guna Encore Comfort Drop sebab kat klinik tuh tiada Blink Lubricant Eye drop.



Kesimpulannya, saya tidak boleh memakai lens sebab mata saya yang kering. Jika anda juga mempunyai masalah yang sama seperti saya, better elakkan memakainya. Memakai cermin mata adalah lebih selamat dan mudah. Hygiene juga kurang diperlukan. Sayangilah mata anda. =)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat