Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

My Other Half

 Another half means we are better when we are with them.

Dari Anas bin Malik,

إِذَا تَزَوَّجَ العَبْدُ فَقَدْ كَمَّلَ نِصْفَ الدِّيْنِ ، فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ البَاقِي

“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Kerananya, bertaqwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.”
(As Silsilah As-Sohihah no. 625)

ME AND MY OTHER HALF

Saya order ni dari Istana Cinta, kalau tak silap.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Sumber : As

What Does pm Mean??

Ramai yang memberi komen di Facebook tentang sesuatu produk, kemudian tuan punya akaun akan balas "saya pm ye..".

Sampai saya pun akan balas komen tentang sesuatu yang saya anggap atau rasa ia rahsia, maka saya akan komen "saya pm ye..". Bukankah itu membawa maksud bahawa ada rahsia antara dua insan??

Makanya saya terus google dek acapkali menangguh untuk mencari acronim tersebut.. Google guna opera mini, tak main dah firefox atau chrome nih.. Hehehe. Berlagak bunyinya di situ ye..

Maksud pm yang selalu digunakan orang adalah 'private message'. Barulah saya faham. Atau saya seorang sahaja tak tahu?? *sila gelakkan saya.. Huhuhu.

'Better late than never.'

New Experience with New Things

Assalamualaikum,
 
Lama rasanya tidak menulis tentang kehidupan dan pengalaman.. Alhamdullillah, sudah malam ke-18 Ramadhan umat Islam di seluruh dunia berpuasa.. Sudah 3 hari juga saya ditemani 'girlfreind' yang sangat memahami keperluan gadget saya..

Pertama kali dalam hidup saya memiliki teman berjalan selembut bantal kekabu untuk dibaringkan dan direbahkan ke bumi, insyaallah.. Rasanya saya akan selalu update 'kot' blog ini tapi hanya yang simple sahaja agar blog ini tidak bersawang..

Owh ya! Mohon doa teman-teman yang membaca tailan pendek saya ini agar segalanya dimudahkan. Sekiranya benar, insyaallah akan dikhabarkan kelak. Doakan saya ya. ;-)

Nota: saja try update guna smartphone. B-) 

Salam sayang..

Sajak Berirama ...UT Untuk Parti Politik

Parti A kata Parti B badut
Badut yang cakap mengarut
Parti C tu pun suka mencarut
Suasana sudah jadi kelam-kabut
Tunggu di parlimen perang mulut
Bertekak bercakap melalut-lalut
Silap haribulan kena baling kasut
Semua tu patut buang dalam laut
Bersama-sama dengan tali-barut
Yang berfikir guna kepala lutut

Rakyat sudah muak karut-marut
Dari kisah video 18SX, trio dan saiz perut
Dari Omega, lembu dan gaya rambut
Muka cekang atau muka kedut
Fokus lah buat kerja yang patut
Tangani masalah rakyat yang makin kusut
Bukan menambahkan lagi kalut
Harta negara habis engkau kaut
Dari darat hingga dalam laut
Semakin hari semakin susut

Inflasi yang terus menjerut
Tiada lagi kedai harga patut
Dari gula hingga kelapa parut
Dari seri muka dan jemput-jemput
Harga minyak pula tak habis2 naik kut
Kehidupan rakyat semakin semput
Tiada lagi wujud pasang surut
Akhir bulan semua hutang tersangkut
Along pula tak habis-habis ugut
Nak potong jari nak buraikan perut
Kita dengar pun cuak dan takut

Marilah kita buat apa yang patut
Kalau mereka masih lagi mencarut
Kita semua kena ikut macam semut
Kita sepakat gigit sampai mereka melutut
Kau ingat rakyat suka hisap candu pulut
Cakap melepas tak ada insuran mulut
Eloklah insaf sebelum ajal maut.

by: Sis AA

Pejuang Muda itu Siapa??

Assalamualaikum,

Baru sahaja membelek-belek blog gadis ini, tersenyum dengan nukilan bersahajanya. Syabas ya, ukhti!.. Teruskan mengasah dan menggilap bakat yang ada. InsyaAllah.

Saya lupa samada saya pernah kongsikan nukilan seorang sahabat saya ini ataupun belum. Kiranya belum, selamat membaca ya. Sekiranya ada yang pernah terbaca di blog ini, anda boleh baca lagi. ;)  

Pejuang muda,

Kau adalah intan baiduri,
Dicelah-celah percikan api,
Berselerakan di tungku si tukang besi,
Andai kau di meja jauhari,
Tentu kau disanjung tinggi.
Namun mutu menentu sari,
Bila tak hancur dicincang tukul,
Bila tak lebur digayang api,
Gagahmu akan dirangkul,
Tekatmu akan dipuji.
Hitam bertahun di tungku besi
Di mahkota jua serimu menanti.

Pejuang muda,

Ayuh, Berdiri!
Julang gagah tekatmu tinngi!
Sampai jam di dinding usiamu berhenti!
Namun detik amalmu tidak kan mati,
Selama bumi masih berdinginkan bulan,
Berpanaskan mentari.
 
by : Insyirah Ameer

Kekasih Barunya..

Assalamualaikum,
Salam Maal Hijrah 1433.
Sangat banyak untuk diperkatakan dan diceritakan. 
Namun, kesuntukan masa juga menjadi ungkapan.
Maal Hijrah 1433 yang menjadi hangat diucapkan, 
biarlah gambar kekasihnya menjadi taruhan.

Nama aku Asuse. ;)

Aku hanya kekasih sandaran sahaja. :(

Nama aku Kebong. Hahaha.

Sekian, untuk petang ini.

Jumaat dan Lembu. Apa Kaitannya?

Hampir seminggu makan daging korban. Lembu ada kerbau pun ada. Kambing ada juga tapi tak sempat nak rasa. Alhamdulillah, sekali lagi AidilAdha dapat disambut oleh saya.

Bila buka facebook, banyak status kawan-kawan bercerita tentang 11.11.11. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Tapi kebanyakan daripada mereka sangat suka dengan tarikh hari nih, 11.11.11. Kebetulan pula tarikh hari nih jatuh pada hari Jumaat, macam satu tuah bagi yang meminati tarikh ini. Erm.. Kalau tak silap saya, tarikh keramat menjadi kegilaan sejak 8.8.08 bagi orang-orang Cina. Tapi mengapa ya orang Islam kini terikut-ikut dengan tarikh-tarikh sebegini? Apa ada pada tarikh? Atau apa ada pada nombor?

Berbalik kepada niat asal saya menulis entri ini okeyh.

Jika 11 tahun yang lalu, hari Jumaat saya selalu ke sebuah gerai. Gerai itu di tepi jalan raya atau jalan utama. Saya selalu ke sana berbasikal. Kadang-kadang sendirian, kadang-kadang ditemani adik saya. Macam sudah menjadi kebiasaan saya untuk ke gerai tersebut pada hari Jumaat setiap minggu. Itupun ummi saya yang suruh. :D

Gerai apakah?


Gerai daging lembu segar. Setiap kali saya ke sana, pasti ada kepala lembu di hujung gerai tersebut. Suka saya tengok. hehehe. Alhamdulillah, sejak duduk di Kelantan kami sekeluarga tak pernah makan daging beku. Selalu makan daging segar. Sehinggakan kalau arwah atok saya ke Kelantan, pasti disuruh saya membeli daging lembu segar. Ahh.. Semuanya itu tinggal kenangan. =(

Sekarang saya tinggal jauh dari ketenangan bunyi bising dan udara yang segar. Asyik menghirup udara yang kotor. Daging segar? Owh, itu hanya setahun sekali, itupun kalau ada rezeki. Kalau tak, hanyalah daging beku menjadi santapan.

Di bawah ada 2 keping gambar ketika solat AidilAdha di masjid berdekatan rumah baru-baru nih. Dan gambar terakhir, pastinya si kecil 'Angry Bird' ;)




p/s:
- semoga apa yang dirancang hari nih berjalan dengan lancar dan mendapat redha Allah SWT. Doakan kami ya teman-teman. Amin..
- coming soon = cerpan (InsyaAllah).

Biasakan Dirimu Dengan Study....

Last minute??



Jangan ya. Nanti merana! =(

Rabu: Telur dan Bekas


12 Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam al-Ghazali

Artikel ini diambil dari seorang sahabat alam maya yang telah dikongsikan di Facebook^_^.

Persahabatan hingga akhir ^_^

Ingatlah bila saat terakhir Anda berada dalam kesulitan atau kesusahan.
Siapakah yang berada di samping Anda?
Siapakah yang mengasihi Anda ketika Anda merasa tidak dicintai?
Siapakah yang tetap bersama Anda, bahkan ketika Anda tak mampu memberikan apa-apa?

Itulah SAHABAT Anda.

Bagaimanakah kita boleh mengukur persahabatan sejati itu?


 Mari kita lihat 12 Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam al-Ghazali di bawah ini:

  1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu;
  2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu;
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya;
  4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik;
  5. Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu;
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka ia akan berupaya menutupinya;
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh;
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;
  9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;
  10. Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu;
  11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu;
  12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.

Ingatlah saat terakhir Anda berada dalam kesulitan atau kesusahan.
Siapakah yang berada di samping Anda?

Siapakah yang mengasihi Anda ketika Anda merasa tidak dicintai?
Siapakah yang tetap bersama Anda, bahkan ketika Anda tak bisa memberikan apa-apa?

Itulah SAHABAT Anda.



Apakah kita telah memiliki sahabat sejati seperti itu?

Bukankah lebih baik jika kita introspeksi diri dulu, apakah diri kita sudah layak disebut sebagai sahabat sejati?




Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita.
Dalam masa kesulitan, kita mengenal siapa sahabat kita.

Header Lama tak Cool?

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Semoga sihat hendakNya ya.
Ada yang meminta supaya header belog nih ditukar. Sebabnya header yang sekarang ini menggunakan link belog yang lama.
Ok, terima kasih kepada yang sudi menegur. =)


Saya bukan tak nak tukar header baru. Tapi laptop yang saya sedang guna nih tiada Photoshop. Lagi pula, laptop saya sedang 'sakit'. Makanya, saya tidak boleh ber'photoshop' untuk membuat header baru. =(

Jadi, kepada yang menegur, anda sudi ke untuk buatkan saya header percuma? Hehehe.

Boonyi

Nota: Sekadar hiburan santai. Tidak lebih.


Sudah lama rasanya mereka pernah keluar di TV3. Rancangan MHI kalau tidak silap saya. Selepas rancangan itu tamat, saya terus seacrh di uncle Google yang sedia menanti. Logo mereka sangat cantik dan ia amat menarik minat saya. Sungguh.

Nak tahu tentang mereka? Klik sini, Boonyi, 2Wins & Dena - Banyak Bunyi.

Owh, ya! Apa ya citarasa anda tentang blog yang anda follow? Adakah ia tentang warna pink atau bunga-bungaan? Sila jawab jujur. ;)

Tukar [dot] com


Alhamdulillah, akhirnya tercapai untuk menukar domain. Yang tidak tercapai dek akalku adalah update blog selalu. Itu adalah sesuatu yang sukar buat masa ini memandangkan saya sedang sibuk menjaga anak dan adik-adik.

Domain saya ialah wanitamustanir.com. Jika dulu, shirashafrida.blogspot.com. Senang ingat tak? Kenapa saya tukar? Ingat tak beberapa minggu lalu blogspot ada masalah sebab mereka buat maintenance? Itu sebab utama saya menukar domain. Hehehe. Murah je dalam RM28.00 setahun. Siapa yang nak ada domain sendiri?


Selamat mencuba. 
Owh ya, terima kasih kepada maria ayuni yang memberitahu saya. :P

Dari Jauh Kusangka Air.. Rupanya...,


Ini dulu yang mampu di'update'. Ada kisah di sebalik gambar ini.Tapi tak pasti bila boleh dikongsikan bersama teman-teman pembaca dan rakan blogger. =(

Kalau diikutkan masa, memang sentiasa ada. Cuma untuk menguruskannya kurang arif. Maaf. Di kecerahan siang pastinya saya sibuk menguruskan adik-adik, rumah dan segalanya. Di kegelapan malam pula barulah berkesempatan menatap laptop. Nak berlama-lama di hadapan laptop tidak mampu kerana mata juga seakan ingin terkatup dan pastinya katil memanggil-manggil. Hehehe.

Cukuplah ini sahaja menggambarkan kesibukan saya yang tak berapa nak sibuk. Kalau tak ada aral dan 'mood' menulis menjengah di siang hati nanti, akan diupdate lagi sebelum Jun membuka tirai. =)

Ceria-ceria selalu dan jaga kesihatan anda.

[Video] Susun Periuk


Peringatan: Sila abaikan orang dewasa di dalam video ini. Hanya keletah kanak-kanak sahaja yang ingin ditunjukkan. Harap maklum. [Sumber : Youtube]

Ilham pun suka main periuk neneknya. Lebih kurang macam dalam video nih. Tapi Ilham bukan main di dapur, sebaliknya bermain di ruang tamu. BOleh pula si Ilham jadikan periuk tuh sebagai topi di kepala. Hehehe

Dangdut nak juga..

Sungguh ku tak mampu
Menahan rindu
Ah! Ah!

Minggu lepas menemani abah ke ibu kota. Ditinggalkan bersendirian di dalam kereta. Jadi membaca adalah penghibur seia sekata. Tapi di pertengahan masa menunggu dan membaca, mood menjadi tak rata. Jadi memasang radio untuk menghilangkan sedikit kebosanan yang melanda. Tetiba, iklan lagu di atas keluar pula. Katanya, 'dangdut nak juga..' Lantas terus teringat zaman kanak-kanak muda remaja. Suka bebeno dengan dangdut di atas sana. Ketika itu, penyanyinya masih lagi popular dan muda. Tapi sekarang entah apalah khabarnya ya.

Okeyh, sahaja je nak beritahu. Maaf ye kepada teman-teman yang berjalan-jalan singgah blog. Kunjungan kalian mungkin tak dapat dibalas buat seketika memandangkan broadband yang sangat lambat loading. Mohon maaf ya. Terima kasih kepada yang sudi menyinggah di sini.. Kalau suka dan teringin, bolehlah klik nuffnag saya dan juga HB.. Itupun kalau nak, saya tak paksa. Kalau dah klik tuh, sila maklum ya.. Nanti saya boleh tolong klik untuk awak juga. ^_^

Owh ya! Untuk makluman, entri ini auto-publish sementelah internet boleh digunakan. Nanti dah lama-lama sikit mesti jadi lambat sebab saya bukan di rumah. Tak ada streamyx, jadi tak laju =(

Berwajah baru

Assalamualaikum,

Baru saya perasan, sekarang bukan lagi bulan April. Alhamdulillah, dah masuk bulan Mei dan bermakna sesi cuti semester sudah bermula. Maka, riuh rendahlah rumah ini dengan kepulangan 3 orang pelajar lepasan sekolah. :P

Entri yang dikarang semalam, masih di permulaan cerita. Kebuntuan mengarang menjadikan saya semakin lambat menerbitkan sebarang entri. Saya minta maaf kerana membiarkan blog ini bersawang labah-labah sehingga hampir seminggu.  


Sebagai tanda maaf, saya terbitkan entri ceria ini. Blog saya berubah wajah sekali lagi. Kali ini bertemakan warna oren, lain dari biasa kan. Segalanya berubah. Widget juga berubah tajuk. Dari yang biasa-biasa kepada barangan aksesori seorang muslimah. Faham? Kalau kurang faham, atau kata orang putih, kurang ngerti, sila tengok di sebelah kanan sidebar saya. Semuanya adalah barangan aksesori seorang wanita kan? Seperti kerongsang jubah, shayla, beg tangan, kasut dan sebagainya.

Saja mengubah semuanya, untuk mengambarkan betapa saya ini memang seorang muslimah sejati.. :D Cuma tulisan header sahaja berwarna biru. Bukannya tak nak tukar, tapi sengaja belum mahu menukar kerana header tersebut adalah nukilan bro faiz (boleh klik sini ye!). Tidak mahu mensia-siakan hasil tangan orang, saya gunakan header yang dibuat transparent untuk beberapa ketika. 

Nota : roti (dari Bread Story, The Mall) di atas adalah sekadar gambar hiasan semata-mata. Kelaparan yang amat selepas membeli-belah di Pesta Buku semalam. Alhamdulillah. Owh, di sebelah saya ialah Alang sedang memandu dan saya memakan roti itu. :D

Tiada isi??


Assalamualaikum,

seperti biasa, 'kekasih hati' saya dalam gambar di atas ^_^. Ringkas je entri ini, insyaAllah.

Makan tengah hari tadi bersama umi dan abah. Umi berkata, "belog mu tak ada isi pun." "Erk??" Mulalah saya terpinga-pinga dan mata pun nak terbeliak melihat makanan walaupun pinggan dah licin. Huhuhu. Selang beberapa minit, abah pula bertanya tentang beberapa perkara. Malunya tak dapat menjawab soalan-soalan cepumas daripada abah. -_-'

Kesimpulannya, haruslah banyak membaca dan berfikir. BerF.I.K.I.R. barulah cemerlang sebab neuron-neuron otak bersambung. Ini kalau biar lelama tak berfungsi, berkarat jadinya. 

Harap Maklum!!

Shoutmix di belog ini terpaksa 'dihilangkan' buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.. Ia akan 'dihilangkan' dalam jangka masa yang tidak pasti sehingga diberitahu kelak..

Kepada para pengunjung dan pembaca, terima kasih atas kunjungan dan sokongan kalian ke atas belog nih. Sila tinggalkan jejak kalian di ruangan komen ya. Saya akan mengunjugi belog kalian kemudian. Terima kasih.

Gambar tiada kaitan dengan entri.

Senyuman Dia


Ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah
Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. 
Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. 
Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. 
Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat