Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Apabila Pendidikan DiDEMOKRASIkan

Muqaddimah

1Aspirasi 1Agenda”, begitulah tema sambutan hari guru tahun ini. Guru sememangnya sinonim dengan pendidikan. Mutakhir ini isu pendidikan seakan diberi lebih perhatian apabila beberapa aspek tertentu diberi penekanan. Antara lain adalah dasar pendemokrasian pendidikan. “Pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti”, kata Datuk Seri Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya sempena Himpunan Perdana Warga Orang Asli di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurutnya lagi, prinsip pendemokrasian pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan telah membuka ruang dan peluang yang luas kepada rakyat termasuk golongan minoriti orang asli untuk mendapat akses pendidikan berkualiti [http://www.bharian.com.my/ (15/2/2013), diakses pada 1/4/2013].

Hakikat Pendemokrasian Pendidikan

Apa sebenarnya pendemokrasian pendidikan? Pendemokrasian pendidikan adalah kesamarataan hak bagi setiap individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh sesuatu sistem pendidikan di sesebuah negara.  Ini secara langsung bermaksud tidak harus wujud sebarang diskriminasi dalam bidang pendidikan di semua peringkat individu atau masyarakat. Dasar pendemokrasian pendidikan ini telah bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar.

Persoalannya, adakah konsep pendemokrasian pendidikan ini dimanifestasi dan diterjemahkan dengan sebenar-benarnya? Melihat kepada senario sistem pendidikan pada masa kini, apa yang dikatakan oleh PM itu hanyalah jauh panggang dari api. Ini kerana sejak ia diperkenalkan 51 tahun yang lalu, masih terlalu banyak kekurangan serta kelemahan dalam perlaksanaannya. Sebagai contoh walaupun Perdana Menteri mengumumkan bayaran yuran persekolahan untuk sesi 2012 bagi sekolah rendah dan menengah melibatkan jumlah RM150 juta dimansuhkan, hakikatnya bayaran tambahan lain yang dikenakan kepada pelajar begitu membebankan. Ini termasuklah bayaran berkaitan aktiviti kokurikulum, ko-akademik, yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta pelbagai bayaran tambahan lain yang terpaksa dikenakan oleh pihak sekolah.

Ironinya di sini, pihak sekolah justeru diharapkan dapat mempamerkan prestasi yang cemerlang dengan meningkatkan prestasi akademik para pelajar yang dinilai daripada keputusan peperiksaan semata-mata. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, pelbagai aktiviti bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran perlu diwujudkan dan ini semua melibatkan peruntukan yang tinggi. Natijahnya peruntukan ini mahu tidak mahu terpaksa dikongsikan dengan ibu bapa dan penjaga para pelajar bagi menjayakannya.

Bagi ibu-bapa yang berpendapatan rendah, mereka terpaksa bergolok gadai untuk membayar pelbagai bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah. Ini belum lagi mengambil kira sejumlah wang yang perlu disediakan oleh seseorang itu jika berjaya melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi seperti kolej, institusi latihan mahupun universiti.

Aneh tetapi benar, dalam keterujaan pemimpin tertinggi negara memperkatakan mengenai dasar pendemokrasian pendidikan dengan memberi penekanan kepada peluang akses pendidikan yang berkualiti, laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9) adalah seperti berikut:

1. Sebanyak 767 (10.1%) sekolah rendah dan 28 (1.4%) sekolah menengah terutama di luar bandar tidak mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Bagi sesetengah sekolah yang menggunakan jana kuasa elektrik berkuasa rendah, mereka kerap menghadapi kesukaran ketika hendak menggunakan peralatan ICT seperti televisyen dan komputer.

2. Penyediaan bekalan air bersih belum dibekalkan sepenuhnya. Dilaporkan sebanyak 1,517 (20.0%) sekolah rendah dan 68 (3.4%) sekolah menengah terutama sekolah di luar bandar masih tidak mempunyai bekalan air awam.

3. Selain daripada prasarana dan infrastruktur yang tidak lengkap, kadar penyertaan pelajar dalam sistem persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) masih rendah di peringkat menengah. Malah masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

4. Penyertaan dan pencapaian pelajar kurang upaya, anak orang asli dan kaum Penan di Sarawak masih belum boleh dibanggakan.

5. Kelemahan ini ditambah lagi dengan bilangan guru terlatih dalam bidang kritikal (Matematik dan Sains) belum mencukupi khususnya di kawasan pedalaman serta masih terdapat guru berstatus kontrak dan tidak terlatih.

Laporan di atas hanyalah secebis daripada sekian banyak implikasi penerapan sistem pendidikan dalam bingkai demokrasi kapitalis. Tidak keterlaluan untuk disimpulkan bahawa sistem pendidikan seperti ini, akhirnya hanya melahirkan output seperti sebuah mesin layaknya. Bijak dalam akademik namun buta dalam pemahaman agamanya. Hebat berketrampilan namun jengkel keperibadian Islamnya. Ini adalah output umum daripada sistem pendidikan saat ini. Buktinya, paparan media yang tidak putus-putus melaporkan sekian banyak generasi muda yang terjebak dengan pelbagai masalah sosial. Ternyata sistem pendidikan dengan asas sekularisme ini telah melahirkan individu yang pola fikir dan pola sikapnya cenderung menjadi seorang yang materialistik, individualistik, hedonistik dan sekularistik.

La Tahzan, Uda!!

Assalamualaikum wbt,

Lama rasanya tidak update blog. Tiada perkongsian dalam diari kehidupan seharian. Itu perkara biasa.

Sabtu baru nih, saya terima surat untuk adik saya. Surat dari Yayasan Pelajaran Johor. Tapi sayang, adik saya sudah pulang ke kolej. Saya dan seisi keluarga membaca segala isi surat tersebut termasuk perjanjian pinjaman oleh yayasan berkenaan.

Kiranya berita gembira buat kami semua. Setelah 2 semester adik saya ditaja penuh oleh Pa&Ma, kini sudah tiba masanya untuk bertukar penaja. Hikhik. Call adik cakap temuduga dia hari tuh dengan yayasan sudah berjaya. Kiranya dapatlah pinjaman pelajaran. Ada 4 semuanya surat perjanjian untuk dipenuhkan. Dia pun sudah excited.


Saya baca dengan teliti segala isi perjanjian serta surat tawaran. Hampir sepuluh minit baca bersama hubby, ada sesuatu yang meragukan lagi memusykilkan. Ermm.. Terus inform Pa&Ma tentang perkara ini. Call adik semula cakap bukan rezeki untuk dapatkan pinjaman itu. Ummi pesan kat adik, 'La Tahzan.' =( Yelah kan, adik siap tanya macamana nak sujud syukur sebab dapat pinjaman nih. Tapi apakan daya, perkara yang bathil haruslah segera ditinggalkan.

Jadi, bagaimanakah penyudahnya? Mari kita baca sedikit apa yang ingin saya kongsikan sebenarnya.


Islam bukan sekadar menganggap pendidikan sebagai perkara yang penting, malah Islam telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu keperluan asas masyarakat, termasuklah kesihatan dan juga keselamatan. Islam bukan sahaja menjamin agar keperluan pendidikan dapat dipenuhi, tetapi Islam juga mewajibkan setiap individu warganegara untuk menuntut ilmu serta mewajibkan negara untuk memberikan layanan kelas pertama kepada rakyatnya dalam bidang pendidikan.

Nabi SAW bersabda, "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China, kerana menuntut ilmu itu hukumnya fardhu bagi setiap Muslim." (al-Khathib al-Baghdadi, ar-Rihlah fi Thalab al-Hadits; as-Suyuthi, Jami' al-Masanid wa al-Marasil, Juz I/463). Mengikut penjelasan al-'Allamah al-Manawi, biar betapa jauh pun tempat ilmu itu berada, maka kita diperintahkan untuk mencarinya. Sebab menuntut ilmu itu hukumnya adalah fardhu (al-Manawi, Faidh al-Qadir, Juz I/543). Daripada sini dapatlah disimpulkan bahawa kewajiban menuntut ilmu tidak pernah mengenal batas sempadan, baik sempadan wilayah negara mahupun sempadan waktu, sebagaimana yang dipraktikkan oleh Nabi SAW terhadap para sahabat di mana mereka semua menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat.

Menjadikan Keluarga Gemar Membaca

Buku adalah jendela ilmu. Membaca adalah kuncinya. Jadikan keluarga gemar membaca, dimulai dari orang tua. Tanamkan kebiasaan membaca sejak dini. Tak ada kerugian sedikitpun atas kegemaran membaca. Dengan catatan, buku yang dibaca memberi pencerahan positif. Berikut ini beberapa tips untuk menciptakan kegemaran membaca, khususnya anak-anak.

1. Bacakan buku sejak anak lahir
Kenalkan dengan buku sedini mungkin, sejak anak masih bayi, bahkan ketika masih di dalam kandungan. Berdasarkan penelitian, bayi yang terbiasa diajak berkomunikasi dan dibacakan cerita (bahkan sejak di dalam kandungan) akan punya kemampuan bahasa lebih tinggi dibandingkan bayi yang didiamkan saja. Jadi, jangan tunggu sampai anak bisa membaca sendiri.

2. Dorong anak bercerita
Anak sangat suka ketika diajak untuk mendiskusikan apa yang baru saja mereka baca atau kita ceritakan. Untuk mendorong anak Anda menceritakan kembali apa yang sudah dibacanya, Anda bisa mengajukan sejumlah pertanyaan dari apa yang telah dibaca. Selain itu, gunakan cara-cara kreatif, misalnya kalau kita sudah membacakan suatu buku, minta anak untuk gantian bercerita. Kalau dia tidak mau, gunakan ide lain, misalnya dengan merekam suaranya ketika bercerita. Hal tersebut akan membuat anak bersemangat.

3. Beli buku yang menarik minat anak
Sediakan buku-buku yang memberikan inspirasi, motivasi dan mengandung banyak faedah di rumah. Jika anak sudah punya selera soal buku, belikan yang memang diminatinya. Mungkin ia tertarik membaca karena pernah pinjam temannya. Buku mahal, tapi tak dibaca anak, tidak ada gunanya. Jadi, agar wawasan anak berkembang, tidak terpaku pada minat bacanya terhadap buku-buku tertentu, belilah dua buku, satu buku pilihan anak dan satunya tambahan pilihan Anda.

4. Ciptakan perpustakaan keluarga
Jika memungkinkan, buatlah perpustakaan keluarga di rumah. Tidak harus mewah dan lengkap, mulailah dari yang sederhana dulu. Kumpulkan buku anak dalam satu lemari khusus yang mudah mereka akses: tidak terlalu tinggi, tersembunyi, apalagi terkunci. Kalau perpustakaan belum memungkinkan, taruhlah buku di tempat yang mudah terlihat oleh anak. Seperti ruang tidur, ruang tamu, ruang main, teras, dan mobil.

5. Hilangkan penghambat
Batasi waktu menonton TV, main playstation atau internetan, supaya ada alokasi untuk membaca buku. Tayangan TV sering kali tidak sesuai untuk konsumsi anak.

6. Beri hadiah yang memperbesar semangat membaca
Beri hadiah setiap kali anak menyelesaikan bacaannya. Penghargaan bisa bersifat materi dan nonmateri. Jika anak bisa menyelesaikan sebuah buku dan menceritakan ulang dengan benar, berikan kata-kata positif. Bisa juga dihadiahi buku baru, atau benda-benda yang dibutuhkan anak.

7. Cari kesempatan membaca bersama
Kalau Anda orang tua yang sibuk, lima atau sepuluh menit setiap harinya untuk membacakan cerita kepada anak Anda akan sangat bermanfaat. Jika anak Anda sudah bisa membaca sendiri, Anda tinggal menemaninya membaca sambil Anda juga membaca buku favorit Anda.

8. Dramatisasi buku yang Anda baca
Ubahlah cara baca Anda ketika anak Anda kurang atau tidak tertarik dengan buku yang Anda bacakan untuknya. Tambahkan kosakata dan kalimat yang menarik dan dramatisasilah cerita yang sedang Anda bacakan, caranya dengan gerakan-gerakan tubuh, mimik muka dan intonasi suara. Anak-anak akan tertarik.[http://baitijannati.wordpress.com/2011/01/19/menjadikan-keluarga-gemar-membaca/]

Khas Buat Bakal-bakal Mahasiswa/i

Assalamualaikum wbt,

Setelah banyak entri tentang hati dan perasaan di belog ini, tiba masanya untuk kita bercerita sesuatu yang serius. Saya kira ia sangat serius kerana melibatkan duit dan juga hak. Siapa yang pernah mendapat tawaran masuk Universiti, pasti tahu keadaan ini. Keadaan apa?

Inilah dia.

Apabila surat tawaran masuk U tiba di rumah yang dihantar Encik Posmen, pasti di dalam surat tersebut terselit sehelai cek bernilai RM1,500. Cek tersebut adalah wang pendahuluan pembiayaan oleh PTPTN untuk pelajar. Siapa yang depositkan cek tersebut, maka dia terikat dengan PTPTN secara tidak langsung dan langsung. Saya rasa, ramai di kalangan kita yang tidak berduit pasti akan depositkan cek tersebut dan mengatakan bahawa, "bagusnya PTPTN nih kan. Tengah takde duit nilah depa tolong." Kita yang mendengar nih pun akan terikut-ikut jejak kawan kita yang telah depositkan cek tersebut. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Saya akui, bukan mudah nak belajar di U kerana yuran pendaftaran pun dah 2 ribu lebih. Bagi keluarga yang kurang berkemampuan macam saya nih, jalan terakhir mestilah mengambil bantuan yang telah PTPTN berikan tanpa berfikir panjang. Tapi adakah itu sahaja jalan penyelesaiannya? TIDAK! Katakan tidak pada PTPTN! Hehehe. Mari kita baca kenapa mesti TIDAK! bukannya Ya!..
PUTRAJAYA 10 Ogos - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 September depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, semua pelajar yang layak akan menerima wang sebanyak RM1,500 seorang, dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT. "Ini adalah salah satu usaha yang mana selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan. Percayalah, kerajaan akan terus membantu golongan muda kerana mereka adalah harapan negara dan kita akan melakukan yang terbaik untuk menjamin masa depan golongan belia," katanya hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan itu diberikan kepada pelajar yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini. - BERNAMA

Sumber : Utusan Online, 11/08/2011


Pendidikan merupakan salah satu hak asasi umat yang perlu disediakan oleh negara. Negara wajib menyediakan kemudahan pendidikan bermula daripada pendidikan asas sehinggalah ke pengajian tinggi. Bantuan pendidikan bukan sekadar membayar gaji guru, pensyarah dan menyediakan kemudahan prasarana moden tetapi ia juga termasuklah membekalkan segala keperluan termasuk alat-alat dan pakaian kepada pelajar yang memerlukan. Jadi, bantuan pendahuluan sebanyak RM1500 itu dilihat hanyalah sekadar ‘gula-gula’ yang ingin menutup mulut rakyat yang sudah muak dengan segala penyelewengan dan korupsi melibatkan jutaan ringgit yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan baik daripada peringkat bawahan sehinggalah kepada kepimpinan tertinggi. Lebih malang lagi, bantuan permulaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu bakal memerangkap bakal mahasiswa dengan bebanan hutang puluhan ribu ringgit setelah mereka menamatkan pengajian kelak. Ini adalah kerana hakikat sebenar “bantuan” yang disalurkan oleh PTPTN itu sebenarnya merupakan suatu “pinjaman” berbayar yang akhirnya menjerumuskan para pelajar ke kancah dunia riba. Sikap para pemerintah kapitalis yang sering mengambil kesempatan ke atas rakyat dengan melakukan ‘perniagaan’ merupakan hal yang amat bertentangan daripada ajaran Islam.

Di zaman kegemilangan Islam, pusat- pusat pendidikan serta penyelidikan tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Pusat- pusat ini bukan sahaja menyediakan kemudahan pendidikan secara percuma dan canggih kepada warganegara daulah Islam, tetapi juga mampu menarik para pelajar dari luar. Contohnya di zaman Kekhilafahan Abasiyyah, kota Baghdad dan Andalusia merupakan kota ilmu yang banyak melahirkan ulama dan ilmuan Islam yang tersohor seperti Ibnu Sina, Al Khawarizmi, Al Biruni, Al Razi dan ramai lagi. Malah, dari sinilah cahaya Islam menerangi penduduk Eropah yang masih berada di dalam Zaman Kegelapan ketika itu. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab bagi negara untuk memastikan keperluan umat ini dipenuhi dan dipelihara dengan cara yang terbaik dan bukannya secara ala kadar umpama ‘melepas batuk di tangga’! Wallahu a’lam.
Nota : tentang hak pendidikan akan diulas kemudian jika berkesempatan, InsyaAllah.

Minat cerita dongeng?

p/s: Entri ini sudah lama, tapi sangat-sangat releven. Kata orang, malar hijau.=) Bahasa asalnya juga telah diubahsuai menjadi bahasa Malaysia. Semoga faham dengan jelas ya.

“How do you expect kids to listen to their parents… Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight, Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves, Batman drives at 320 KM/h, Sleeping beauty is lazy, and Snow white lives with 7 guys. We shouldn’t be surprised when kids misbehave! They get it from their story books”. X_X

Pesanan tersebut telah dihantar oleh seorang sahabat pada petang semalam dalam bulan April... Sejenak terpegun membacanya dan tersenyum-senyum sendiri (tapi itukan reaksi yang wajar dan bukan gejala kegilaan ok)
Siapa ada buku Fairy Tales? Saya takde.

Aku terus berfikir ... Kalau baca sekali imbas, mesej itu hanya sebuah jenaka, tetapi bila difikir kemabli ini serius jugalah ... Hmm ... sepertinya bukan hanya dongeng2 ala Disney, Marvel Comics, ataupun 1001 malam itu yang kalau kita renungkan jalan cerita serta watak tokoh2nya ternyata mengandungi ajaran yang kurang benar - terutama bila dilihat dengan paradigma Islam ... tapi, dongeng2 dari negeri kita sendiri (dongeng-dongeng nusantara) ternyata banyak juga yang kurang benar ... (Whaduuw gawaat ...). Masaaak??

Cuba saja kita semak :

1)      Kisah Ande2 Lumut & Yuyu Kangkang, ini adalah kisah yang sangat merendahkan perempuan karena perempuan dalam dongeng ini (Klenthing Abang dan Klenthing Ijo) harus bela2in memburu si pria (Ande2 Lumut), bahkan harus disertai dengan pengorbanan untuk rela dinodai Si Yuyu Kangkang ketika akan menyeberang sungai. Si Klenthing Kuning yang menjadi pemenang dalam cerita ini, walo suci bebas dr perkosaan Yuyu Kangkang, tetap bukanlah sosok yang ideal dan patut dicontoh karena meski perawan tapi Klenthing Kuning adalah gadis yang jorok(kemproh) hingga baunya seperti mbelek lencung (tahi ayam yang super bau). Wanita sholihah harusnya dapat menjaga kehormatan dan juga penampilan diri yang bersih menghindari najis.

2)      Kisah Jaka Tarub dan Dewi Nawang Wulan, juga bukan kisah yang pantas untuk dicontoh. Bagaimana mungkin seorang bidadari kahyangan yang suci, tetapi mandi sembarangan di tempat terbuka? Belum lagi baju yang diletakkan di sembarang tempat… pasti Dewi Nawangwulan ini seorang bidadari yang ceroboh. Sedangkan Jaka Tarub? Wah, maaf saja, barangkali dia seorang psychopengidap voyeurism (kelainan jiwa suka mengintip) sehingga dengan tega mengintip para bidadari mandi, bahkan mencuri bajunya…. (#teplok jidat#)

3)      Bawang Merah-Bawang Putih, juga kisah yang tidak kalah rusaknya. Selain membuat pencitraan bahwa “Ibu Tiri pasti Jahat”, kisah Bawang Putih yang mencuci baju di sungai hingga hanyut,menggambarkan seorang gadis yang jorok karena sungai jaman sekarang kan nggak ada yang bersih (Yee…itu kan konteks jaman dulu..) Iya, jaman dulu sungai masih bersih, tapi semua orang kan M-C-K (mandi-cuci-kakus) semua tumplek bleg di sungai itu…jorok dong. Belum lagi mencuci di sungai itu perbuatan yang merusak lingkungan hidup karena deterjennya ngga bisa diurai bakteri…. (Yee…jaman dulu belum ada deterjen…) Iya, tapi kalo Ibu Tiri itu kaya, kenapa juga ngga mbangun sumur di rumah? (semakin memberi citra buruk bahwa ibi tiri itu pelit)…

4)      Kisah Bandung Bandawasa dan Rara Jonggrang, kisah ini menggambarkan Rara Jonggrang yang super matre. Mestinya kalo memang tidak suka dengan seorang pria yang melamar, ungkapkan saja terus terang dan jangan memeberi harapan kosong… Akibatnya kan fatal, demi menuruti syarat dari Rara Jonggrang, Bandung Bandawasa sampai terjerumus perilaku syirik meminta bantuan para jin…

5)      Kisah Si Kancil Nyolong Timun.  Dari dulu kala kerjaannya kok hanya mencuri saja… Kapan Kancil jadi enterpreuner?

Naah…tergambar kan? Walau menurut sebahagian pakar pendidikan, dongeng itu positif digunakan untuk membentuk keperibadian anak-anak kita, tapi harus pilih-pilih dong, dongeng yang bagaimana apa dulu..?? Alhasil, sungguh benar bila dalam pendidikan Islam, kisah (bukan dongeng) sejarah para Nabi dan Rasul serta kisah-kisah dalam Al-Quran merupakan sumber terbaik yang wajib didengar anak-anak kita menjelang tidur. Kisah-kisah itu bukan dongeng, tetapi  berdasar kenyataan  yang istimewanya, dapat berlaku sepanjang zaman… Cuba sahaja…dan lihat apa yang terjadi…!! ^_^

Aduan Adik dan Luahan Umi adalah Masalah ku Jugak..

Semalam dan kelmarin, 2 malam berbeza tapi isinya sama. Aduan uda dan luahan umi, penyelesaiannya sama. Di awal-awal semester begini, pasti isu yuran pengajian timbul kembali. Sebagai kakak dan anak, saya juga merasai apa yang mereka rasa. Saya juga pelajar.

Ketika adik mendapat tawaran belajar dulu, dalam surat tawaran dinyatakan bahawa yuran yang ribuan harganya adalah untuk setahun pengajian. Setelah masuk semester kedua, barulah tahu hakikat sebenar bahawa yuran beribu itu adalah untuk satu semester sahaja. Mana nak dicekau duit sebanyak itu? PTPTN? Ini bukan masalah adik saya seorang, tapi beribu-ribu lagi menjadi masalah pelajar-pelajar di dalam sistem pendidikan Kapitalis.

Tapi alhamdulillah, kawan-kawan adik cakap adik nih keluarganya kaya sebab semuanya sponsored by PaMa. Alhamdulillah, amin.. InsyaAllah.. Permasalahannya, ramai yang mengambil jalan mudah dan kalau mengambil jalam susah, risikonya tetap ada. Lantas, untuk menimba ilmu sentiasa menjadi dilema yang tidak berpenghujung. Membuat pinjaman tidak salah, tapi meminjam dengan PTPTN masalahnya sangat besar. Kita akan terlibat dengan dosa riba. Jadi bagaimana nak belajar? Hendak belajar memerlukan duit. No money, no education. Yes, it is right in Capitalism. 

Sebenarnya, pembiayaan untuk belajar nih tanggungjawab siapa ye? Ibu bapa ke? Betul, ibu bapa yang bertanggungjawab. Dalam keadaan sekarang, ibu bapa yang bertanggungjawab seperti kedua ibu bapa saya. Tapi kalau ibu bapa yang tak mampu, adakah anak-anak yang sepatutnya belajar, tidak dihantar belajar? Kesian tak? Ada sesiapa kisah kalau ada anak-anak yang terbiar tidak mendapat pendidikan? Nobody cares. Nobody. 

Masalah kewangan untuk biaya pendidikan semakin membengkak apabila anak-anak memasuki institusi pengajian tinggi. Yuran-yurannya maha ribuan ringgit. Lain kursus, berbeza bayaran. Lain kursus, berbeza tajaan. Lain kursus, lain syarat-syaratnya. Kesian adik saya. Nak mohon untuk tajaan pengajiannya, kursusnya tidak dipilih kerana belum ada batch yang bergraduasi. Maka, masalah kewangan menjadi masalah yang perlu saya fikirkan juga. InsyaAllah, adik saya yang lagi satu juga akan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya bulan Julai ini. Masalah biaya pendidikan juga akan timbul. Jadi, siapakah yang mahu bertanggungjawab?

Tips-tips untuk Kawal Perkembangan Naluri Seksual anak

Di tengah arus kehidupan yang liberal, tidak boleh dihindari adanya rangsangan terhadap naluri seksual yang sedemikian subur. Tayangan lucah kita temui di mana-mana. VCD dan DVD porno laris terjual di jalanan dan tempat-tempat yang mudah diperolehi. Perempuan-perempuan biasa menampakkan aurat di depan umum tanpa ada segan silu, malah menampakkan susuk tubuh yang dikatakan cantik sebagai suatu kebanggaan tanpa rasa bersalah dan dosa.

Ketika ini, para pemuda mesti menghadapi kenyataan bahawa tenaga yang semestinya mereka fokuskan untuk berkarya dan berprestasi sebagai hamba Allah terpaksa mesti dialihkan untuk menahan gejolak syahwat yang berpeluang muncul pada bila-bila masa. Kecanggihan teknologi memberi kemudahan untuk berkomunikasi dengan sesiapapun, termasuk dalam mengungkapkan rasa dan gejolak ini kepada lawan jenis. Komunikasi menerusi telefon bimbit atau dunia maya diikuti dengan pertemuan hingga mengarah kepada pertemuan secara fizikal dan penyaluran keperluan seksual. Inilah yang sering dikaitkan oleh masyarakat dengan istilah “kekasih”.

Saat ini, telah dimaklumi bahawa para ibubapa menghadapi waktu yang kritikal dalam mendidik anak dengan situasi persekitaran begini. Seorang ibu dituntut untuk memahami karektor dari setiap naluri, termasuk naluri seksual; kemunculannya dalam diri anak dan cara pengendaliannya menurut Islam.

Seorang ibu juga mesti dapat mengikuti perkembangan zaman dan teknologi agar dapat mengawal ruang lingkup pergaulan anak hingga dapat mengesan seawal mungkin jika si anak mulai berkomunikasi dengan lawan jenis seperti melalui telefon bimbit atau facebook.

Perkara yang paling penting adalah menanam nilai-nilai agama yang kuat dalam keluarga serta komunikasi yang lancar antara anak dan ibubapa hingga tiada masalah anak yang tidak diketahui oleh ibunya. Anak juga harus menanamkan rasa kepercayaan yang tinggi dan selesa semasa mencurahkan isi hati terhadap ibu bapa, tidak malu ataupun takut saat mengungkapkan setiap gejolak yang dialaminya terhadap lawan jenis. Si anak percaya bahawa ibunya mampu menjawab segala masalah dan memberikan penyelesaian yang bijak dan sesuai dengan tuntutan Islam. Inilah yang akan menumbuhkan keperibadian Islam anak; perkembangan naluri-nalurinya senantiasa seiring dengan perkembangan pemikirannya. Ibunyalah yang paling berperanan dalam hal ini.

Berikut adalah antara tips-tips atau langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam mengawal perkembangan naluri seksual anak, terutama agar anak boleh dicegah dari ‘berkasih-kasihan’.

Pertama. Kuatkanlah akidah anak dengan mengajak berfikir tentang kehidupan, tujuan Allah menciptakan manusia, maklumat tentang sifat manusia, cara pemenuhan potensi hidup manusia menurut Islam serta akibat pemenuhan yang tidak sesuai dengan aturan Allah Subhanahu wa Ta’ala, batasan pergaulan di dalam Islam seperti kewajiban menundukkan pandangan, menjaga aurat, tidak berkhalwat, dan lain-lain. Ini dalam rangka membentuk piawaian Islam dan membina pemikiran anak dalam menghadapi kemunculan naluri seksual.

Kedua. Wujudkan suasana rumah dalam persekitaran ibadah yang kuat dan saling beramar ma’ruf nahi mungkar antara ahli keluarga. Biasakan melakukan qiyamul lail, tadarus al-Quran dan puasa sunat bersama-sama bagi memperkuatkan hubungan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala hingga muncul rasa hubungan yang dekat dengan Allah sedekat leher dengan urat ‘nyawa’ dan merasakan Allah sentiasa mengawasi kita.

Ketiga. Ajaklah anak berkomunikasi dan berfikir tentang masa hadapan dan cita-citanya dan mengatur strategi serta matlamat-matlamat untuk mencapai cita-cita tersebut. Dengan cara ini, kita akan dapat mengesan lebih awal, apa sahaja cara yang dapat mengesan perkara-perkara yang boleh mendukung atau perkara-perkara yang boleh membuat menghambat cita-citanya, termasuk dapat mengenalpasti kemunculan naluri berkaitan naluri seksual

Keempat. Motivasi dan tanamkan jiwa kepimpinan dengan aktif berorganisasi, beri motivasi untuk selalu meningkatkan prestasi diri, berkarya dan maju. Juga dapat dilakukan dengan memberi contoh apa yang telah diusahakan dan dihasilkan oleh para sahabat Rasulullah Sallallahu ’Alaihi wa Sallam, ulama dan ilmuwan Islam dalam usia muda. Harapannya, anak akan memiliki idola yang selalu menjadi ikutannya.

Kelima. Penuhi anak dengan kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa dan saudara sebagai bentuk lain dari penyaluran naluri seksual sehingga dapat mengurangkan kemunculan naluri terhadap lawan jenis pada usia yang lebih cepat.

Keenam. Amalkan dan biasakan untuk sentiasa berkomunikasi dengan anak, tidak menganggap tabu untuk membahas isu sekitar masalah naluri jenis ini. Apabila perlu, berilah contoh langsung bagaimana secara praktik pengalaman-pengalaman mengendalikan naluri seksual dalam usia yang relevan dengan batas-batas syariat.

Ini adalah di antara perkara yang boleh dilakukan oleh kaum ibu dalam menjalankan kewajiban membentuk keperibadian Islami dalam diri anak dan menghindari diri anak dari dikendalikan oleh selain aturan Islam. Seterusnya dapat menyalurkan naluri yang dianugerahkan Allah pada jalan yang hak dan menghindari diri dari gejala sosial yang melanda umat hari ini.

Sumber : fikratulummah.blogspot.com

Pertemuan bersama Badan Penaja Anda!!

Assalamualaikum para sahabat pembaca. Syukur alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk berpuasa dan bernafas di bumi Allah ini. Dua hari berturut-turut saya solat asar lambat, iaitu hampir nak maghrib. Bukan saya sengaja melambat-lambatkan solat tapi saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Jalan akan sesak apabila melalui lebuh raya Tol Smart setelah jam 4 petang. Memang sesak.

Hari pertama saya mempunyai program di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi dan hari kedua juga di Bangi, Auditorium Siswa, Pusanika UKM. Terasa ketidaksenangan hati apabila 2 hari berturut-turut solat asar hampir jam 7 malam. Tapi apakan daya, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di tengah-tengah KL adalah sangat merbahaya.

Tentang Agensi Nuklear Malaysia (ANM), saya akan buat entri lain sebab saya lebih berminat menceritakan tentang semalam, Pertemuan bersama Badan Penaja. Tak sangka ia adalah sebuah program motivasi. Namun begitu, ia adalah pertemuan yang sangat penting bagi pelajar-pelajar tajaan JPA. Mengapa? Biarlah seramai 133 (Bangi) dan 220 (KL) sahaja yang tahu.

Bertuahkah saya apabila ditaja oleh JPA? Kata mereka (Badan Penaja), "Anda bertuah sebab anda tak perlu fikir nak bayar balik. Kalau pelajar PTPTN mereka perlu fikir untuk bayar hutang selepas belajar." Mari saya terangkan tentang hak saya, anda, mereka dan semua yang bergelar pelajar.

Pendidikan merupakan satu keperluan asas bagi setiap individu. Melalui pendidikanlah ilmu dan kemahiran diperolehi. Malah, melalui kurikulum pendidikan jugalah indoktrinisasi ideologi dominan sesebuah negara dilakukan. Namun, apalah guna segala kurikulum yang serba canggih sekiranya pelajar yang layak untuk melanjutkan pelajaran tidak dapat berbuat demikian disebabkan faktor kewangan.

Secara asasnya, pendidikan haruslah disediakan oleh pemerintah kepada semua rakyat dengan percuma - tidak kiralah sama ada mereka tergolong dalam keluarga yang kaya, mahupun keluarga yang miskin. Ini adalah kerana pada dasarnya, pendidikan merupakan keperluan asas bagi seluruh manusia. Lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim, pendidikan merupakan suatu kewajiban yang mesti disediakan oleh Negara. Saya ulang, pendidikan merupakan suatu kewajiban yang wajib disediakan oleh Negara.

”Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim.” [HR Ibnu Adi dan Baihaqi].

Bagi penyelesaian kepada para pelajar yang tidak dapat ditaja oleh JPA, mereka dijinakkan dengan pinjaman seperti PTPTN yang sering berdalih dengan ‘bayaran perkhidmatan’ dalam memungut riba. Oh, sungguh para pemimpin hari ini cuba melarikan diri atau melepaskan diri daripada menjalankan tanggungjawab mereka!! Mereka khianati amanah yang diberikan! Rasulullah telah bersabda dengan jelas dalam hadisnya :

“Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [HR Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar].

Pendidikan merupakan salah satu urusan yang perlu diperhatikankan oleh pemerintah. Mereka perlu menyediakan segala jenis kemudahan pendidikan yang terbaik kepada rakyat. Kerajaan Malaysia haruslah memandang serius terhadap permasalahan ini, serta mengambil Islam dalam menyelesaikannya dan menjadikan Islam sebagai asas sistem pendidikan. Malah bukan sekadar pendidikan, segala permasalahan yang timbul haruslah diselesaikan dengan mengambil Islam sebagai solusi. Dengan ini, rahmat Allah pasti akan dirasai.

Anda boleh baca artikel ini dengan lebih jelas.
1) SN108 - PEMBIAYAAN PENDIDIKAN : TANGGUNGJAWAB SIAPA?
2) PTPTN – Masalah Pendidikan Sekular
3) Sistem Pendidikan Daulah Khilafah Alternatif Ampuh Kepada Sistem Pendidikan Sekular Hari Ini

Wallahualam.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat