Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Kiamat Sudah Dekat!!

Tarikh kiamat yang dipercayai (oleh orang-orang jahil) akan terjadinya hari kiamat telah pun berlalu, iaitu tanggal 21 Disember 2012. Hampir seluruh dunia manusia disibukkan untuk membincangkan tentangnya. Beberapa hari yang lalu, di kawasan pergunungan Pic de Bugarach, Perancis, ia tumpuan orang ramai termasuk media sejak spekulasi ramalan hari kiamat tersebar di seluruh dunia. Di Guatemala, Kementerian Kebudayaannya menganjurkan satu acara besar-besaran sebagai persediaan untuk menghadapi kemusnahan dunia, manakala beberapa agensi pelancongan di negara itu turut menawarkan pakej percutian bertemakan hari kehancuran. Namun sehingga ke saat ini, kiamat yang dikatakan akan muncul tersebut masih belum tiba.  Menurut mereka lagi, terdapat beberapa kawasan dan negara lain yang dianggap sebagai 'kawasan selamat' daripada hari kiamat.

Pergunungan Himalaya merupakan salah satu daripada lima tempat paling selamat menurut mereka kerana ia dianggap sebagai tempat paling tinggi di dunia, selain China, Sierra Nevada, Arizona dan Afrika. Sementara itu di China, pihak berkuasa menahan hampir 1,000 anggota kumpulan Almighty God yang didakwa menyebarkan khabar angin tentang kedatangan hari kiamat.

bersambung... 

Nota: klik Kiamat Palsu Rekaan Manusia untuk bacaan lanjut.

Bola Sepak 2012

Salam semua,

Piala AFF Suzuki 2012 Ahad baru nih telah menyaksikan penjaringan gol pasukan Malaysia 1 sama dengan Thailand. Siapa yang tengok mesti tak puas hati kan sebab nak Malaysia menang  walaupun dah jadi seri.

Saya ni bukanlah pandai sangat tentang bola sepak apatah lagi untuk menjadi pengulas sukan. Huhuhu. Cumanya Ahad lepas tertengok perlawanan bola sepak Malaysia lawan Thailand. Itupun secara tak sengaja sebab bertandang ke rumah sedara, dorang dah memang on siaran tersebut. Saya memang tak minat bola sepak ni. Mujurlah suami pun tak minat bola. Jadi satu bonus buat saya sebab tak perlu bertindak seperti orang lain yang suaminya minat bola.

Kenapa tajuk kali ini berbeza untuk ditonjolkan buat pembaca blog wm?? Dalam 2 minggu kebelakangan ini banyak sangat isu-isu panas yang perlu diulas dan diceritakan kepada umum terutamanya yang tengah membaca nih. ;-)

Awal Muharam baru-baru nih kita telah disambut dengan serangan Israel ke atas Gaza. Ramai umat Islam menyatakan kebenciannya terhadap Israel dengan melakukan pemboikotan, demonstrasi dan memberikan kesedaran kepada umat. Ia berlanjutan sehingga beberapa hari. Restoran makanan segera terkenal McDonalds terkena tempiasnya apabila ramai umat Islam memboikot atas dasar kemanusian. Yes, humanity. Ada juga yang condem akan tindakan sesetengah pihak. Namun tak kurang juga yang menyokong.

Dalam waktu yang sama, Malaysia ditonjolkan dengan aksi-aksi pemain bola sepak dalam Piala Suzuki 2012. Suara-suara yang memboikot dan menyatakan kebenciannya terhadap Israel bagaikan lenyap dan sepi. Ajaib!! Kemarahan umat Islam telah diredakan dengan aksi-aksi panas dan hebat daripada pemain-pemain bola sepak Suzuki Cup ini. Rata-ratanya sanggup bersengkang mata di depan tv untuk menyaksikan perlawan Malaysia menentang negara luar. Sungguh tabik spring bila mereka ini sanggup bersesak-sesak ke stadium untuk menyokong pasukan kegemaran mereka (baca: Malaysia).

Beginilah keadaan umat Islam hari ini. Hiburan (hedonisme) telah mendarahdaging dalam diri umat. Sehingga melupakan saudaranya yang memerlukan bantuan ketenteraan.  Yang melalaikan mereka adalah bola sepak. Kalau Malaysia menang pun, ko ada dapat habuan selain cuti??

Owh, Bola Sepak. Kesian kat umat yang menggilai kau.

Mengapa Dalil Al-Quran Surah Al-Hujurat (49) :10 Tidak Terlaksana?

Sekali lagi, salah satu daripada penduduk dunia yang paling ditindas sedang berdepan dengan penyeksaan dan kezaliman. Umat Islam minoriti Rohingya telah diserang, dibunuh dan rumah-rumah mereka dibakar oleh penduduk majoriti Buddha di Myanmar kerana seorang wanita Buddha mendakwa telah dirogol oleh orang-orang Rohingnya. Kekejaman yang berlaku ini sudah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk Rohingya di Myanmar kerana mereka menghadapi kezaliman, ancaman, ugutan dan penyeksaan daripada pendududk Buddha, tentera Myanmar dan pihak keselamatan setiap hari.

Kekejaman ini mula berlaku ketika mana kepimpinan junta Myanmar telah mula beransur-ansur kembali ke pangkuan dunia setelah bertahun-tahun dipulaukan oleh masyarakat dunia. Sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah ditamatkan apabila negara tersebut telah mula bergerak ke arah sistem pemerintahan demokrasi. Pihak junta mahu membuktikan kepada dunia bahawa mereka boleh mengendalikan negara mereka yang terdiri daripada pelbagai jenis penduduk etnik di Myanmar. Barat sedang menunggu untuk membuka sempadannya dengan Myanmar dan para pelabur telah mula meninjau keadaan di Myanmar selepas bertahun-tahun diperintah oleh rejim tentera. Myanmar adalah merupakan salah satu batu loncatan bagi Amerika Syarikat  untuk menghalang China daripada menjadi kuasa utama dunia, yang mana ia telah melindungi dan menyokong junta tentera di Myanmar selama bertahun-tahun lamanya. Terdapat banyak kumpulan etnik yang diiktiraf (keberadaannya) di Myanmar tetapi malangnya kaum Rohingya bukanlah salah satu daripada mereka. Rejim Myanmar sememangnya ingin menamatkan keganasan dan rusuhan kerana ini akan menakutkan dan menjauhkan para pelabur serta membantutkan usaha-usaha ke arah sistem pemerintahan demokrasi. Halangan liputan media wujud di kawasan-kawasan di mana umat Islam Rohingya menetap di wilayah Rakhine.

Suatu tindakan yang amat memalukan daripada insiden ini adalah bagaimana kerajaan Bangladesh melayan saudara-saudara mereka di kalangan Muslimin dan Muslimat dari Myanmar. Sejak keganasan meletus di wilayah Rakhine, ramai kaum Muslimin Rohingya telah melarikan diri dengan menaiki kapal dan belayar ke Bangladesh yang merupakan negara jiran Myanmar. Apa yang dapat disaksikan setelah tiba di perairan Bangladesh, kaum Muslimin Rohingya tidak diberikan perlindungan dan keselamatan oleh saudara-saudara semuslim mereka. Sebaliknya, arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan Bangladesh supaya kesemua Muslim Rohingnya dihantar pulang semula ke laut menuju ke Myanmar, kembali kepada tempat kezaliman dan keganasan mereka. Kebanyakan kapal-kapal tersebut dipenuhi oleh wanita dan kanak-kanak yang belayar selama 9 jam dan tidak mempunyai makanan dan minuman yang mencukupi. Kapal-kapal tersebut telah diarahkan supaya belayar semula ke laut. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh adalah sama sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Thailand beberapa tahun lalu apabila kaum Muslimin Rohingya ingin meminta suaka politik di sana. Berkaitan insiden ini, Menteri Luar Bangladesh, Dipu Moni memberitahu wartawan bahawa: “Kami tidak mahukan pelarian baru yang datang dari Myanmar”.

Peristiwa ini dengan jelas telah menunjukkan niat dan sikap sebenar kerajaan Bangladesh bahawa mereka langsung tidak mengambil peduli tentang keadaan umat, sebaliknya mereka terus mempertahankan dan melindungi sempadan palsu yang melingkari negara mereka. Apa yang menarik dalam hal ini adalah kerajaan Bangladesh sanggup untuk membelanjakan banyak sumber dan tenaga mereka bagi memastikan bahawa sempadannya dengan Myanmar terjaga berbanding dengan nilai nyawa umat Islam Rohingnya. Pada masa yang sama, kerajaan Bangladesh juga tidak berhati-hati atau tidak meningkatkan keselamatan sempadannya dengan India di mana ramai kaum Muslimin Bangladesh telah ditembak, dibunuh dan dicabul oleh pihak keselamatan India. Sikap yang berbeza yang ditunjukkan oleh kerajaan Bangladesh apabila berhadapan dengan India telah menzahirkan sikap dwistandard dan hipokrasi kerajaan Bangladesh.

Di dalam Islam, kita mempunyai konsep persaudaraan sesama umat. Kita mengetahui konsep ini kerana ia merupakan sebahagian daripada jiwa kita. Islam telah mentakrifkan bagaimana sepatutnya kita memandang konsep kesatuan dan persaudaraan sesama umat:

Kenapa Raya Cina orang Macam Tak Kisah Nak Sambut atau Wish Kalau Dibandingkan dengan Perayaan Krismas?

Assalamualaikum,

Terdapat sebahagian daripada masyarakat Muslim yang mengatakan bahawa menyambut Tahun Baru Cina itu hanyalah suatu adat tradisi semata-mata dan ia tidak termasuk sebahagian daripada mana-mana ajaran agama tertentu. Dengan hujah tersebut, umat Islam khususnya yang beretnik Tionghua dianggap boleh untuk meraikan Tahun Baru Cina. Persoalannya, benarkah Tahun Baru Cina hanya merupakan adat tradisi semata-mata dan adakah umat Islam dibolehkan untuk meraikannya? Penulisan ini bertujuan  untuk merungkai persoalan ini agar kita mendapat gambaran yang jelas tentang latar belakang sambutan Tahun Baru Cina serta pandangan hukum syarak ke atas perkara tersebut.

Ajaran Agama Konfusianisme, Bukan Sekadar Adat Tradisi Tionghua

Kita sering mendengar daripada kalangan kaum Tionghua termasuk tokoh-tokoh yang telah memeluk Islam bahawa sambutan Tahun Baru Cina ini adalah sekadar adat tradisi semata-mata dan ia tidak  mempunyai kaitan dengan ajaran sesuatu agama.

Oleh itu, umat Islam dianggap boleh untuk turut serta dalam merayakannya. Jika kita benar-benar mendalami ajaran agama Konfusianisme, khususnya tentang sambutan perayaan-perayaan mereka, maka akan terbukti bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar. Ini adalah kerana sambutan Tahun Baru Cina adalah merupakan sebahagian daripada ajaran agama Konfusianisme yang tidak dapat dipisahkan dan ia bukannya adat tradisi semata-mata.

Dalam sebuah buku karangan penganut Konfusianisme, Dr. Hendrik Agus Winarso yang berjudul 'Mengenal Hari Raya Konfusian' (Semarang : Effhar & Dahara Prize, 2003) hal. vi-vii, ia menyatakan bahawa kebanyakan masyarakat kurang memahami Hari Raya Konfusianisme. Beliau memberi contoh, “Misalnya Tahun Baru Cina yang dianggap sebagai tradisi orang Tionghua.” Oleh yang demikian, pandangan yang mengatakan bahawa sambutan Tahun Baru Cina adalah sekadar adat tradisi dan tidak ada hubung kait dengan agama adalah suatu kesalahfahaman, menurut penulis berkenaan (Ibid., hal. v).

Dalam buku tersebut, Dr. Hendrik telah membuktikan dengan meyakinkan bahawa sambutan Tahun Baru Cina adalah sebahagian daripada ajaran Konfusianisme. Dr. Hendrik menerangkan, Tahun Baru Cina atau dikenali juga sebagai Sin Cia, merupakan suatu momentum untuk memperbaharui diri. Momentum ini dinyatakan dalam salah sebuah kitab suci Konfusianisme iaitu kitab Lee Ki, bahagian Gwat Ling, yang berbunyi :

“Hari permulaan tahun (Liep Chun) jadikanlah sebagai Hari Agung untuk bersembahyang besar ke hadrat Thian, kerana Maha Besar Kebajikan Thian. Dilihat tiada nampak, didengar tiada dengar, namun tiap yang wujud tiada yang tanpa Dia… (Tiong Yong XV : 1-5). (Lihat Hendrik Agus Winarso, Mengenal Hari Raya Konfusian, [Semarang : Effhar & Dahara Prize, 2003], hal. 60-61).

Penulis tersebut telah membuat membuat kesimpulan bahawa sambutan Tahun Baru Cina adalah merupakan sebahagian daripada ajaran Konfusianisme. Beliau mengatakan bahawa:

“Dengan demikian, menyambut Tahun Baru bagi umat Konfusianisme Indonesia mempunyai erti ketakwaan dan keimanan.” (ibid., hal. 61).

Maka oleh itu adalah tidak benar pendapat-pendapat yang menyatakan bahawa sambutan Tahun Baru Cina adalah hanya sekadar adat tradisi orang Tionghua semata-mata dan ia bukan perayaan agama. Sedangkan hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada ajaran agama Konfusianisme.

Selain itu, sebagai seorang Muslim, kayu ukur untuk melihat sama ada boleh atau pun tidak untuk melakukan sesuatu perkara bukanlah dilihat dari segi agama atau tradisi. Sebahagian umat beranggapan, jika ia berasal daripada adat tradisi, adalah tidak mengapa dan boleh untuk diamalkan. Tetapi jika ia berasal daripada agama lain, maka ia tidak boleh. Sesungguhnya kayu ukur sebegini adalah batil dan tidak boleh diguna pakai dalam Islam. Dalam Islam, satu-satunya kayu ukur yang benar adalah Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata. Firman Allah SWT:

 “Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain daripadaNya.” [TMQ Al-A’raaf (7) : 3]

Kalimat “maa unzila ilaikum min rabbikum” (apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu), adalah merujuk kepada Al-Qur`an dan As-Sunnah. (Tafsir Al-Baidhawi, [Beirut : Dar Shaadir], Juz III/2). Maka, kayu ukur sesuatu perbuatan sama ada boleh ataupun tidak boleh untuk dilakukan adalah Al-Qur`an dan As-Sunnah. Apa sahaja yang benar menurut Al-Quran dan As-Sunnah, bererti ia boleh dilakukan. Sebaliknya, apa sahaja yang batil menurut Al-Quran dan As-Sunnah, bererti ia tidak boleh untuk dilakukan.

Oleh yang demikian, jika kita hendak menilai perbuatan kaum Muslimin yang turut serta dalam merayakan Tahun Baru Cina menurut Islam, maka tolok ukurnya haruslah benar. Kita perlu melihat adakah perbuatan tersebut boleh atau pun tidak menurut Al-Quran dan As-Sunnah, dan bukannya melihat sama ada aadakah ia daripada tradisi ataupun daripada ajaran agama. Jika kita menggunakan kayu ukur tradisi atau agama dalam membuat penilaian, maka kita akan tersesat. Bukan semua tradisi  adalah benar. Ada yang bertentangan dengan Islam dan ada bersesuaian dengan Islam.

Sebagai contoh, amalan seks bebas atau seks di luar nikah adalah tradisi masyarakat Kristian Barat, sedangkan perbuatan jijik tersebut bukan sebahagian daripada ajaran agama Kristian/Katholik. Malah agama Kristian pun turut mengharamkan zina. Jadi, adakah disebabkan seks bebas atau seks di luar nikah itu merupakan suatu tradisi dan bukan daripada ajaran agama, maka umat Islam pun boleh turut serta melakukannya? Tentu sekali tidak boleh.

Marilah kita kembali menggunakan kayu ukur yang benar untuk menilai sesuatu perbuatan. Kayu ukurnya bukan dilihat dari segi asal usulnya sama ada sesuatu perbuatan itu datangnya daripada tradisi ataupun agama. Sebaliknya melihat dari segi sama ada boleh ataupun tidak perbuatan tersebut menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Inilah satu-satunya pandangan yang haq dan tidak ada lagi yang lain.

Haram Bagi Muslim Turut Serta Meraikan Tahun Baru Cina

Jika dikaji berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah, maka adalah haram hukumnya bagi seseorang Muslim untuk turut serta dalam merayakan hari raya agama lain, termasuklah Tahun Baru Cina, tidak kira sama ada dengan mengikuti ritual agamanya ataupun tidak, termasuk juga memberi ucapan Gong Xi Fatt Chai. Kesemuanya adalah haram.

Imam Suyuthi berkata, “Juga termasuk perbuatan mungkar, iaitu turut serta merayakan hari raya orang Yahudi, hari raya orang-orang kafir, hari raya selain orang Arab [yang tidak Islami], ataupun hari raya orang-orang Arab yang tersesat. Orang Muslim tidak boleh melakukan perbuatan tersebut kerana perkara itu akan membawa mereka ke jurang kemungkaran…” (Imam Suyuthi, Al-Amru bi Al-Ittiba’ wa An-Nahyu ‘An Al-Ibtida` (terj.), hal. 91).

Khusus tentang memberi ucapan “selamat” terhadap sambutan agama lain, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berkata, “Adapun memberi ucapan selamat yang berkaitan syiar-syiar kekufuran yang menjadi ciri khas kaum kafir, hukumnya adalah haram menurut kesepakatan ulama', misalnya memberi ucapan selamat atas hari raya atau puasa mereka...” (Ahkam Ahli Adz-Dzimmah, [Beirut : Darul Kutub Al-'Ilmiyah], 1995, Juz I/162).

Dalil Al-Quran yang mengharamkan perbuatan kaum Muslimin untuk merayakan hari raya agama kafir adalah melalui firman Allah SWT :


“Dan (hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu adalah) orang-orang yang tidak menghadiri kebohongan…” [TMQ Al-Furqan (25) : 72].

Menurut Imam Ibnu Taimiyah, makna yang tepat bagi kalimat “laa yashhaduuna az-zuur” dalam ayat tersebut adalah tidak menghadiri kebohongan (az-zuur), dan bukannya memberi kesaksian palsu. Dalam bahasa Arab, memberi kesaksian palsu diungkapkan dengan kalimat yashhaduuna bi az-zuur, yakni terdapat tambahan huruf jar yang dibaca bi. Maka ayat di atas yang berbunyi “laa yashhaduuna az-zuur” yang lebih tepat adalah bermaksud “tidak menghadiri kebohongan”, dan bukannya    “memberi kesaksian palsu.” (M. Bin Ali Adh-Dhabi’i, Mukhtarat min Kitab Iqtidha` Shirathal Mustaqim Mukhalafati Ash-habil Jahim (terj.), hal. 59-60)

Manakala kata “az-zuur” (kebohongan) itu sendiri, menurut sebahagian tabi’in seperti Mujahid, adh-Dhahak, Rabi’ bin Anas dan Ikrimah adalah hari-hari kebesaran kaum Musyrik atau kaum jahiliyah sebelum Islam (Imam Suyuthi, Al-Amru bi Al-Ittiba’ wa An-Nahyu ‘An Al-Ibtida` (terj.), hal. 91-95).

Maka ayat di atas adalah dalil kepada haramnya bagi seseorang Muslim untuk merayakan hari raya agama lain seperti hari Natal, Wesak, Deepavali, Tahun Baru Cina dan sebagainya.

Imam Suyuthi juga berdalil dengan dua ayat lain sebagai dasar pengharaman bagi Muslim untuk turut serta merayakan hari raya agama lain (Lihat Imam Suyuthi, ibid., hal. 92). Salah satu daripadanya adalah ayat :

“Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datangnya ilmu (kebenaran) kepadamu, sesungguhnya jika demikian kamu termasuk golongan orang-orang yang zalim.” [TMQ Al-Baqarah (2) : 145].

Menurut Imam Suyuthi, larangan pada ayat di atas bukan hanya khusus kepada Nabi SAW, tetapi juga merangkumi umat Islam secara umum. Larangan tersebut adalah larangan untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang bodoh atau orang kafir (seperti merayakan hari raya mereka). Walhal yang mereka lakukan itu bukanlah perbuatan yang diredhai oleh Allah dan RasulNya (Lihat Imam Suyuthi, ibid., hal. 92).

Adapun dalil daripada As-Sunnah, hadis daripada Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam golongan mereka.” (HR Abu Dawud).

Dalam hadis ini, Islam telah mengharamkan kaum Muslimin untuk menyerupakan atau menyamakan diri mereka dengan kaum kafir dalam perkara-perkara yang menjadi ciri khas bagi kekafiran mereka, seperti perayaan hari raya mereka. Oleh itu, adalah haram hukumnya seseorang Muslim untuk turut serta merayakan hari raya agama lain (Lihat Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Penjelasan Tuntas Hukum Seputar Perayaan, [Solo : Pustaka Al-Ummat], 2006, hal. 76).

Berdasarkan kajian fakta dan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah yang telah dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa haram hukumnya bagi seseorang Muslim untuk merayakan Tahun Baru Cina dalam segala bentuk dan juga manifestasinya. Haram bagi kaum Muslimin untuk terikut-ikut dalam mengucapkan Gong Xi Fatt Chai kepada kaum Tionghua, begitu juga haram bagi Muslim untuk menghiasi rumah atau biliknya dengan tanglung khas Cina atau hiasan naga dan pelbagai aksesori lain yang serba merah, kerana itu semua mempunyai kepercayaan tertentu dalam agama tersebut. Haram juga untuk mengadakan pelbagai jenis pertunjukan untuk meraikan Tahun Baru Cina seperti live band, karaoke mandarin dan lain-lain. Semua bentuk perbuatan tersebut haram dilakukan oleh Muslim kerana ia termasuk dalam perbuatan merayakan hari raya agama kafir yang telah diharamkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Seruan Kepada Muslim Etnik Tionghua

Akhir sekali, kami ingin menyeru saudara-saudara kami dari kalangan etnik Tionghua, hendaklah  kalian masuk ke dalam agama Islam secara keseluruhannya (kaffah). Janganlah kalian (semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kalian semua) mengikuti jejak langkah syaitan, yakni masuk ke dalam agama Islam namun pada masa yang sama masih lagi mempertahankan sebahagian daripada ajaran lama yang dahulunya pernah kalian anuti dan amalkan, seperti perayaan Tahun Baru Cina. Renungilah firman Allah SWT :

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhannya), dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.”  [TMQ Al-Baqarah (2) : 208]

Wallahua’lam bissawab.

Credit to : MyK

Mula-mula RM100, Kemudian RM500, Seterusnya RM200 dan Penutupnya?

Manfaat dan ganjaran terus digunakan di dalam memancing hati rakyat untuk menyokong parti masing-masing. Di Shah Alam baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor,” katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, yang diadakan baru-baru ini sempena menyambut kedatangan tahun baru.

Beliau berkata, Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri. Katanya, BN menyedari mengenai kelemahan itu dan akan memperbaikinya jika diberi peluang menerajui kembali Selangor.

Hairan, apakah hak Noh Omar untuk mempertikaikan hak kerajaan negeri kerana kuasa untuk melantik kontraktor adalah di bawah kerajaan negeri. Walaubagaimanapun, sekiranya kontraktor yang dilantik tidak menjalankan tugas dengan baik, maka kerajaan negeri harus bertanggungjawab untuk menegur, memberi amaran kepada kontraktor terbabit untuk memperbaiki keadaan. Jadi, adakah wajar menukar kerajaan negeri hanya dengan sebab kegagalan syarikat kontraktor menjalankan tugas dengan baik?

Jika dilihat daripada kenyataan awal, ianya jelas bahawa niat parti kerajaan memerintah ingin merampas kembali negeri Selangor adalah kerana ia merupakan negeri ‘lubuk’ untuk pelbagai  projek utama. Ini tidak menghairankan kerana Negeri Selangor merupakan gerbang masuk utama ke Malaysia selain merupakan negeri yang menarik banyak pelaburan asing. Jadi, sudah tentulah negeri ini menjadi salah satu fokus utama pihak kerajaan mahupun pembangkang. Apatah lagi, dengan pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, segala kelemahan pihak lawan akan dibongkar habis-habisan walaupun ianya sekadar isu sampah.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa peruntukan RM2.7 bilion untuk Selangor tahun ini daripada kerajaan Persekutuan adalah wang rakyat dan bukannya wang BN, Noh berkata lagi, keadaan itu juga sama dengan pemberian wang RM100 kepada warga emas oleh kerajaan negeri Selangor di mana ia adalah wang rakyat dan bukannya wang Pakatan Rakyat.

Noh kemudiannya menyatakan bahawa ini berbeza dengan BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang dan dijangka memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan pada bulan hadapan.

 Inilah wajah sebenar para pemimpin hari ini disebalik segala bantuan yang diberikan oleh mereka. Tuduh-menuduh ini secara tidak langsung mendedahkan sikap sebenar mereka di dalam mengurusi kepentingan rakyat. Walhal, peranan pemimpin itu adalah untuk menjaga dan memelihara kepentingan rakyat. Sebagaimana hadis daripada Rasulullah SAW:

 “Imam (pemimpin) itu adalah pemelihara, dan dia akan dipertanggungjawabkan dari apa yang dipeliharanya (rakyatnya)” [HR Bukhari].

Jadi, setiap pemberian kepada rakyat itu seharusnya dilihat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan kepada rakyatnya dan bukan mengharapkan jaminan untuk kekal memerintah dengan memenangi hati rakyat.

Wallahua’lam. (http://www.mykhilafah.com/berita-lokal/3169-rakyat-diumpan-wang-untuk-raih-undi)

Sumber : Utusan Malaysia 29/12/2011

Keberanian Mahasiswa Ditakuti

Beberapa hari yang lepas, laman sosial facebook telah digemparkan dengan video Panglima nak ludah Mahasiswa (saya tak jumpa versi asal video ini). Walaupun saya rasa isu ini agak ketinggalan kereta api kerana saya nih yang lambat update entri, tapi ia sesuatu yang sangat optimis tentang mahasiswa. Siapa kata mahasiswa perlu ikut sahaja apa yang diatur kerajaan hanya kerana ia seorang mahasiswa? Bukankah ia sepatutnya menjadi petunjuk (indicator) bahawa mahasiswa itu adalah makhluk (baca: hamba ALLAH) yang berfikir dan sedang bangkit menuju perubahan menentang penyelewangan yang dilakukan?

Artikel asal: sini

turun-bendera-najibturun-bendera-najibTindakan berani seorang mahasiswa, Adam Adli yang dituduh menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini nampaknya telah membuat orang-orang UMNO dan para penyokong mereka kepanasan dan ada juga yang ‘berpura-pura’ panas. Semuanya menyatakan bahawa tindakan tegas mesti dikenakan ke atas mahasiswa tersebut. Bahkan ada yang meminta mahasiswa itu dipecat daripada universiti supaya memberi pengajaran kepada mahasiswa yang lain agar tidak melakukan tindakan yang sama.


Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyerahkan kepada polis untuk menyiasat hal tersebut. Sabtu lepas, Saifuddin menerima memorandum daripada Pengerusi Bebas, Muhd Safwan Anang@Talib yang antara lain menuntut pemansuhan Akta Universiti  dan Kolej Universiti (AUKU). Selepas perjumpaan dengan Saifuddin, penuntut IPT itu menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), bagaimanapun, mereka menaikkan semula bendera itu selepas ditegur pengawal keselamatan PWTC.

adam-adliadam-adli
Mengapakah tindakan berani tersebut boleh mencetuskan huru-hara kalangan orang-orang UMNO? Apakah pengaruh mahasiswa begitu kuat sehingga menyebabkan orang-orang UMNO dan para pengikut mereka begitu galak dan agresif mengkritik, mengutuk , menempelak, mengancam dan mengugut tindakan segelintir mahasiswa tersebut? Padahal yang melakukannya hanyalah ‘seorang mahasiswa’. Apa yang mereka perlu khuatir? Ini sebenarnya menunjukkan bahawa orang-orang UMNO dan pemimpin mereka sebagai parti memerintah tahu akan ‘kekuatan’ mahasiswa dan apakah yang mampu dilakukan oleh para mahasiswa. Kebanyakkan gerakan perubahan di seluruh dunia dimulakan oleh mahasiswa. Bermula di Indonesia yang menyaksikan kejatuhan rejim Suharto, begitu juga di Tunisia dan Mesir. Jadi, tidak hairanlah UMNO dan para penyokongnya begitu agresif ‘menekan’ keberanian yang baru ditunjukkan sedikit oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu.


Tanda-tanda kebangkitan mahasiswa sudah pun nampak dan ia tidak akan berhenti di sini. Ini sudah tentu akan memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencetuskan suatu gerakan perubahan yang lebih besar. Namun, perubahan tersebut mesti berlandaskan kepada Islam. Perubahan yang sebenar adalah merubah Sistem Kapitalis yang ada pada hari ini kepada penerapan syariat Islam yang menyeluruh dan menegakkan Sistem Khilafah. Hanya dengan cara itu sahajalah kehidupan umat manusia dapat diatur dengan Islam dan seterusnya mendapat naungan dan keredhaanNya. 


Rujukan:


Utusan Malaysia 19/12/2011

Selamat Hari Raya AidilAdha 1432H daripada R&S

Yakinlah! Dengan Khilafah, kehidupan Islam pasti terlaksana, kehidupan kufur pasti sirna. Dengannya kita benar-benar dapat terlepas daripada terkorban oleh segala bentuk kekufuran di samping membuka peluang untuk kita berkorban untuk Allah semata-mata. Itulah tujuan kita diciptakan, itulah juga perkara yang kita impikan. Semoga dengannya kita memperoleh kedudukan mulia seperti para anbia, siddiqin, syuhada dan solehin.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H 
daripada kami sekeluarga...


Bayi Dikelar?

Kelar bayi dalam asrama

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

 
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.


Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.


“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.


Sumber: Hmetro online 18/10/2011

 


Hanya Khilafah Boleh Selamatkan Umat Dari Terus Berzina dan Membunuh (sumber: mykhilafah.com)

Ada kebenarannya tentang bulan Oktober adalah musim buang bayi, natijah pesta zina pada perayaan malam sambutan tahun baru masihi. Setiap hari semakin sakit hati membaca dan mendengar nasib bayi-bayi yang tak berdosa ini. Ramai yang berputus asa, seolah-olah masalah ini tiada penghujungnya.

Sedarilah pembaca sekalian,

Macam-macam penyelesaian yang digubal, dipinda dan dikuatkuasa oleh pemerintah kononnya untuk menyelesaikan masalah ini. Ramai antara kita yang maklum tentang Sekolah Harapan, Baby Hatch dan sebagainya. Sedarilah juga tentang pelaksanaan silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) [baca: Pendidikan Seksualiti] mulai tahun ini di seluruh sekolah rendah negara ini. Sedihnya, acuan silibus PKRS ini tetap daripada pihak kuffar Barat. Sungguh sombong  pemerintah kita untuk menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai panduan mereka.

...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir" (TQM Al-Maidah[5]:44)

 ”...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang zalim" (TQM Al-Maidah[5]:45)

 ”...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang fasik" (TQM Al-Maidah[5]:47)

Pembaca yang dikasihi,

Islam datang memberi penyelesaian keseluruhan masalah manusia. Itu janji Yang Maha Esa melalui pengutusan Rasulullah s.a.w. Ianya akan tetap berlaku sehingga hari Kiamat. Oleh itu:

1. Pulanglah kepada aqidah Islam yang memenuhi fitrah manusia, memuaskan akal serta mententeramkan hati. Kuburkan aqidah sekularisme milik ideologi kapitalisme yang membawa pelbagai bencana dalam kehidupan manusia.

2. Kembalikan Khilafah Islam sebagai sistem pemerintahan negara yang paling ideal untuk manusia. Benamkan demokrasi dan segala idea kebebasan dan liberalisme yang menjahanamkan aturan manusia.

Wallahu’alam
 

Syawal 1432H vs Merdeka 2011. Mana menjadi Keutamaan Kita?

Hujan lebat mencurah-curah semalaman. Lebat hujan malam tadi tidak terasa akan dinginnya apatah lagi untuk merasai sejuknya hujan. Selalunya, kalau hujan lebat sebegini pasti selimut tebal akan menutup badan dari atas sampai bawah. Ini keadaan suhu adalah seperti biasa.

Cuma yang berlainan dari biasa, langit tidak gelap, tidak juga hitam. Dengar kata seseorang, langit sangat terang benderang. Walaupun keadaan di bumi tidak tenang, tapi di langit hanya Allah SWT yang tahu. Perkiraan hari tetap menjadi kekuasaan Allah. Adakah itu tandanya Lailatul Qadr? Wallahu'alam.

Ada sedikit perselisihan tentang dua perkara untuk beberapa hari ini dan ia masih menjadi isu hangat bagi kaum muslim terutamanya di Malaysia.

1) Tentang Bendera - Bendera Rasulullah vs Jalur Gemilang? Mana satu yang perlu dikibarkan dengan megah? Atau sebenarnya begini, Jalur Gemilang: Bendera yang Tak Layak untuk Dikibar?

2) Lihat Anak Bulan Syawal - Kalau esok 30hb Syawal, Di mana Anak Bulan yang dilihat? Atau telah diTETAPKAN? Boleh cuba fahami di sini.

Sumber: FB

Apapun yang kita perselisihkan, kita tidak boleh melihat sesuatu fakta dan dalil tanpa mengkajinya terlebih dahulu. Kata seorang sahabat saya, "Ketiadaan sistem Islam yang syumul mengundang seribu satu masalah.. 'Ibu' segala kefardhuan hendaklah segera kita tegakkan. Semoga kita semakin bersemangat memperjuangkan KHILAFAH." Takbir!!

Hari Tanpa Lapar - Sejuta Impian


altalt

 
Di kala umat Islam di Malaysia “berpesta” membeli juadah untuk berbuka di bazaar- bazaar Ramadhan yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan di bulan puasa ini, lain pula keadaannya di Somalia. Saudara se-aqidah di sana dalam keadaan kebuluran dan ramai yang terdedah kepada pelbagai penyakit kerana ketiadaan makanan yang mencukupi. Lebih menyedihkan, di bulan yang mulia ini, mereka seolah-olah  ‘berpuasa’ sepanjang masa – mereka tidak berbuka dan tidak bersahur! Lebih buruk, keselamatan mereka turut terancam dengan kejadian rogol yang berlaku setiap hari! Apakah kita tidak merasa kecewa sedikitpun atas apa yang berlaku di Somalia? Di mana dalam masa yang sama, kita sering membuang makanan yang tidak habis kerana terlalu serakah membeli juadah berbuka!! Apakah para pemimpin kita merasa selesa dan bangga mengagihkan bubur lambuk di masjid- masjid tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menyalurkan makanan serta bantuan kepada saudara se-aqidah kita di Somalia? Tidakkah para pemimpin umat Islam merasa terpanggil untuk menyelesaikan masalah umat Islam ini dengan segera??

Mungkin ada yang merasa mereka perlu berbuat sesuatu….namun apa yang berlaku cumalah mesyuarat demi mesyuarat. Setiap kali krisis ke atas umat Islam berlaku, setiap kali itulah mereka akan membuat mesyuarat tergempar atas platform OIC. Meskipun begitu, hasilnya tetap sama – pelbagai masalah umat Islam masih tidak dapat diselesaikan. Sekiranya kita menelusuri masalah ini, kita akan dapati beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku.

Pertama, hilangnya rasa persaudaraan se-aqidah sekelompok umat Islam terhadap kelompok umat Islam lain kerana wujudnya sifat wathaniyyah (nasionalisme) yang telah ditanam oleh penjajah umat Islam. Walhal, sifat ini merupakan suatu yang diharamkan oleh Islam. Mereka merasakan apa yang berlaku di Somalia adalah masalah “warganegara” Somalia dan bukannya masalah umat Islam bersama. Malah yang lebih teruk lagi sekiranya ada yang boleh menyatakan “rasa syukur” kerana apa yang berlaku di Somalia tidak berlaku di Malaysia! Subhanallah!!

Kedua, tiadanya pemimpin umat Islam yang akan melindungi dan memastikan kebajikan, keselamatan serta keperluan asas umat Islam di seluruh penjuru dunia ini terpenuhi. Ini berbeza situasi ketika Umar al-Khattab memerintah umat Islam. Dalam menanggapi masalah kebulurun di Madinah pada era pemerintahannya,  beliau dengan segera menyalurkan bantuan bekalan makanan yang dibawa masuk ke Madinah dari wilayah-wilayah lain seperti dari Mesir dan Syria. Pada masa yang sama, perbendaharaan negara dibelanjakan untuk membeli dan menyediakan makanan kepada penduduk Madinah.

Di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz pula, Ibnu Abdil Hakam meriwayatkan, Yahya bin Said, seorang petugas zakat pada masa itu berkata, "Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang miskin. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyat pada waktu itu kaya. Akhirnya, saya memutuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya." [Sirah Umar Abdul Aziz, ms 59]. Inilah kesan daripada pelaksanaan Islam oleh pemerintah yang amanah seperti para khalifah sebelum ini yang memakmurkan bumi Afrika daripada kebuluran.

Ketiga, inilah salah satu daripada kerosakan yang disebabkan oleh kapitalisme di negeri kaum muslimin. Sistem kapitalisme tidak memberi kebahagiaan kepada manusia tetapi ia datang dengan segala bentuk kerosakan sebagaimana yang berlaku di Somalia ini. Kerosakan ini tidak akan berhenti begitu sahaja, melainkan sekiranya ada usaha dari kaum muslimin untuk berubah dari situasi buruk ini kepada kehidupan Islam yang akan menjamin kesejahteraan umat manusia.

Wahai kaum Muslimin! Sampai bilakah kita masih berharap kepada pemimpin umat Islam yang membisu akan kesengsaraan saudara-saudara kita ini? Sampai bilakah kita masih menaruh harapan kepada mereka untuk menyelesaikan segala kemelut yang melanda kita pada masa ini? Apakah kita masih sanggup berdiam diri melihat pengkhianatan mereka ke atas umat yang mulia ini? Semoga apa yang berlaku di Somalia ini akan menjadi momentum bagi kita untuk melakukan perubahan ke arah penerapan Islam yang kaffah (sempurna) oleh negara ditengah- tengah umat. InsyaAllah, dengan itu rahmat Allah akan memayungi kita. Wallahu a’lam.

Suratku Kepada BOSSKu Menjelang RAMADHAN AL-MUBARAK


Salam Ramadhan kepada semua kakitangan ******* Sdn Bhd. Sekali lagi saya dengan penuh rasa hina dan rendah diri pada tahun ini ingin menjelaskan pendapat saya berkenaan pemberian ini. Saya dengan penuh rasa hormat terhadap Pihak Atasan ******** Sdn Bhd ingin menegaskan pendirian saya berkenaan hal ini.

Haram hukumnya seseorang pegawai menerima hadiah yang mempunyai kaitan dengan tugas atau jawatannya. Jawatan di sini adalah bermaksud setiap orang yang mempunyai autoriti menentukan sesuatu kepentingan umum tertentu. (Taqiuddin An-Nabhani, Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/334; Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, hal. 119). Banyak dalil-dalil yang menegaskan haramnya pegawai menerima hadiah. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah ra bahawa Nabi SAW bersabda,“Hadiah-hadiah yang diberikan kepada para pemimpin adalah harta khianat (hadaya al-umara` ghulul).” (HR Thabrani dalam Al-Awsath no 5126. Dalam Majma’ Az-Zawaid Juz IV/151 Imam Al-Haitsami berkata,”Sanad hadis ini hasan”).

Diriwayatkan daripada Buraidah ra bahawa Nabi SAW bersabda,”Barangsiapa yang telah kami lantik untuk melakukan sesuatu tugas, lalu dia telah kami beri gaji, maka apa sahaja yang diambilnya selain daripada gaji adalah harta khianat (ghulul).” (HR Abu Dawud no 2554. Hadis sahih, lihat Nasiruddin Al-Albani, Sahih At-Targhib wa At-Tarhib, Juz I/191).
Diriwayatkan daripada Abu Hamid As-Sa’idi ra bahawa Nabi SAW pernah mengutuskan Ibnu Lutbiyah untuk mengumpulkan zakat dari Bani Sulaim. Setelah menyelesaikan tugasnya, Ibnu Lutbiyah berkata kepada Nabi SAW,”Ini zakat yang saya kumpulkan, saya serahkan kepada anda. Manakala ini adalah hadiah yang diberikan orang kepada saya.” Maka Nabi SAW bersabda,“Mengapa kamu tidak duduk-duduk saja di rumah ayahmu atau ibumu hingga hadiah itu datang kepadamu jika kamu memang benar?” (HR Bukhari no 6464).

Imam Taqiuddin An-Nabhani menjelaskan,”Ketiga-tiga hadis di atas dengan jelas menunjukkan bahawa hadiah yang diberikan kepada pegawai yang melaksanakan tugas umum adalah haram, baik yang diberikan sama ada sebelum dia melaksanakan polisi tertentu ataupun sesudahnya, atau diberikan kerana dia adalah pemegang polisi dalam urusan tertentu, atau diberikan kerana dia adalah orang yang berpengaruh yang rapat dengan pemerintah. Semuanya adalah haram.” (Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/338).

Yang dikecualikan daripada keharaman ini adalah  hadiah kepada pegawai yang diberikan bukan kerana tugas atau jawatannya. Contohnya kerana hubungan peribadi antara seseorang dengan pegawai sejak sebelum dia menjadi pegawai, sehingga telah terbiasa memberi hadiah. Hadiah seperti ini boleh (mubah) hukumnya. Dalilnya sabda Nabi SAW di atas, “Mengapa kamu tidak duduk-duduk saja di rumah ayahmu atau ibumu hingga hadiah itu datang kepadamu jika kamu memang benar?” (HR Bukhari). Daripada hadis ini, dapat ditarik pemahaman yang sebaliknya yang tersirat (mafhum mukhalafah), yakni kalau hadiah itu datang kepada seseorang sedangkan ia duduk-duduk sahaja di rumah ayahnya atau ibunya, maka hadiah itu dibolehkan. Ertinya, jika hadiah itu diberikan tidak mempunyai kaitan dengan tugas atau jawatan, hukumnya boleh (mubah). Maka jika kita sudah terbiasa memberi hadiah kepada seseorang sebelum dia menjadi pegawai, maka jika suatu hari dia menjadi pegawai, kita tetap dibolehkan untuk memberinya hadiah. (Taqiuddin An-Nabhani, Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/338).

Jadi, saya sekali lagi dengan penuh rendah diri dan hormat pada Tuan dan ingin juga pihak tuan memahami dan menghormati pendirian saya berkenaan pemberian ini. Saya tidak mahu terlibat dalam hal ini samada melihat apatah lagi memberikan kepada pihak-pihak berkenaan.  Sekiranya wakalah ini menyebabkan pihak tuan tidak merasa selesa maka saya dengan ini menyusun seribu kemaafan dan saya sedia terima akibat walaupun di buang kerja.

Ini kerana islam bukan hanya menekankan aspek solat,puasa,zakat dan haji sahaja tapi ianya meliputi seluruh tatacara bermuamalat dengan manusia. Kerana telah jelas di dalam hadtih rasulullah saw berkenaan orang yang beribadah tapi MUFLIS DI AKHIRAT DAN TEMPATNYA DI NERAKA.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? " Sahabat-sahabat Baginda menjawab:  "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;" Nabi s.a.w., bersabda: "Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat,  sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.

Wallahu a’lam. 

P/s: INI JUGA DI TUJUKAN KEPADA YG BUKAN BOSS TP BERIA BENOR LA NAK BAGI KURMA(KONON), HAMPER HARI RAYA DAN SEANGKATAN DENGANNYA KEPADA PEGAWAI2 ATASAN OR SAPE2 LA YG KORANG AGAK LEH DPT PROJEK. TP BERSEDIALAH DI ISYTIHARKAN BANKRUP DI AKHIRAT KELAK.

Sumber : kawan FB

Jenayah Remaja Makin Serius

Jenayah remaja makin serius

Perangkaan kes babit golongan pelajar naik sekali ganda tahun lalu

KUALA LUMPUR: Perlakuan jenayah di kalangan remaja termasuk pelajar sekolah semakin membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda bagi kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu, berbanding 2009.   Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sepanjang 2009, sebanyak 3,654 kes di kalangan remaja termasuk jenayah berat seperti rogol, ragut, samun berkumpulan dan bersenjata serta jenayah kekerasan dilaporkan dengan 1,409 kes membabitkan pelajar sekolah.   Bagi sepanjang tahun lalu pula, 5,165 kes di kalangan remaja dilaporkan, masing-masing 1,947 kes membabitkan pelajar dan 3,218 kes oleh bukan pelajar, iaitu peningkatan 38 peratus dan 43 peratus berbanding 2009.

Perangkaan pada 2009 juga menunjukkan 3,263 kes membabitkan pelajar dan 4,497 kes bukan pelajar ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di seluruh negara, manakala 3,701 pelajar dan 4,404 bukan pelajar ditahan tahun lalu.

Sementara itu, bagi lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 585 kes jenayah dilaporkan di kalangan pelajar, manakala 1,048 bukan pelajar dengan masing-masing membabitkan 2,426 tangkapan.


Berikutan peningkatan kes di kalangan remaja termasuk pelajar yang semakin membimbangkan, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata Mesyuarat EXCO MCPF bersetuju menjadikan belia sebagai fokus dalam program anjurannya tahun ini.


Sumber : Berita Harian, 18/07/11


Telah terbukti bagaimana sistem kapitalisme yang diterapkan oleh pemerintah sekular pimpinan Najib hari ini gagal untuk melahirkan golongan remaja yang tahu akan jati dirinya sebagai seorang manusia, apatah lagi sebagai seorang Muslim jika remaja terbabit adalah seorang Islam. Statistik dan perangkaan data jenayah golongan remaja yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2009 dan 2010 di atas telah cukup untuk menunjukkan betapa rapuh dan rosaknya institusi masyarakat hari ini terutamanya di kalangan golongan remaja. Keadaan ini berlaku kerana sistem yang diguna pakai oleh pemerintah yang ada pada hari ini adalah sistem yang rosak, yang terpancar daripada akidah sekularisme iaitu suatu fahaman ideologi yang memisahkan agama daripada kehidupan. Hasilnya, sistem sosial, polisi pendidikan dan sistem-sistem lain yang berjalan pada hari ini telah jauh tersasar daripada Islam. Inilah hakikat pahit yang terpaksa diakui oleh semua pihak. Ajaran Islam hanya terhad untuk persoalan ibadat dan ruhiyah (spiritual) semata-mata. Islam yang ditempelkan sebagai agama rasmi negara pada hakikatnya telah lama dimandulkan oleh sistem kapitalisme yang diterapkan sepenuhnya oleh pemerintah hari ini.

Al-quran hanya diperdengarkan untuk dipertandingkan dan bukannya untuk diterapkan oleh pemerintah. Maka tidak hairanlah penyakit masyarakat terutamanya di kalangan golongan remaja kini semakin parah dan terus membarah. Apakah pemerintah hari ini gagal untuk memahami firman Allah SWT “...dan barangsiapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta" [TMQ Taha (20) : 124]. Apakah penasihat agama yang berada di sekeliling pemerintah sedang nyenyak diulit mimpi dan tertipu dengan kehidupan dan kemewahan dunia yang sementara ini sehinggakan mereka “terlupa dan tertidur” untuk mengingatkan dan menegur pemerintah agar kembali kepada Islam dengan menerapkan sistem Islam secara kaffah di dalam kehidupan bermasyarakat dan negara. Ingatlah, hanya Islamlah satu-satunya sistem dan cara hidup yang dijamin oleh Allah SWT akan membawa rahmat ke sekalian alam, sama ada kepada kehidupan individu, masyarakat mahupun negara. Firman Allah SWT,

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. [TMQ Al Anbiyaa' (21) : 107].

Justeru, permasalahan remaja pada hari ini akan hanya dapat diatasi sekiranya syariah diterapkan sepenuhnya dan bukannya dengan program-program yang bersifat kosmetik palsu seperti program “Remaja Bersatu, Memerangi Jenayah” di atas.

sumber: sini

Mengapa Seks?

Maaf.

Ini yang terlintas di fikiran saya tatkala melawat ke laman web ping blog. Tahu kan apa tu ping blog? Biasanya untuk kita publish entri supaya orang lain boleh ke blog kita dengan mudah dan untuk up traffic.

Menjadi persoalan bagi diri saya ini, mengapa seks sentiasa menjadi isu hangat dan utama? Seakan-akan isu ini memang releven sepanjang masa oleh pelbagai golongan dan usia. Bukan saya ingin menafikan fitrah manusia, tapi isu ini sangat menonjol. Seperti tiada isu lain yang lebih utama. Kalau tidak silap saya, rata-rata blog yang membuat entri seperti ini adalah blog orang Melayu. Apa hendak jadi dengan orang Melayu kita?

Sedangkan banyak lagi isu-isu lain yang boleh membangkitkan pemikiran umat terutamanya orang Melayu. Sudahlah filem-filem tempatan banyak membawa isu-isu cinta. Kalau filem garapan anak muda lagilah dengan isu sosialnya, rogolnya, merempitnya dll. Semua ini berkaitan antara satu sama lain.




Bermula bulan April 2011 sehingga kini, sidang redaksi Fikratul Ummah telah membuat kajian tentang realiti pelaksanaan silibus PKRS dan membentangkannya kepada para pembaca sekalian. InsyaAllah masih lagi berbaki tiga bulan bagi pihak sidang redaksi untuk terus mengajak anda memerhatikan isu ini melalui bacaan artikel-artikel terpilih sehingga bulan Okober nanti.

Dalam masa yang sama, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) di seluruh Malaysia pula bergabung melaksanakan kempen ‘Jom Bincang’ dengan giatnya melalui pelbagai uslub (cara) di tengah-tengah masyarakat. Pada peringkat awal, risalah keluaran MHTM iaitu Nahdatul Fikriyyah telah diedarkan untuk bacaan masyarakat di samping sebaran booklet Fikratul Ummah. Ia bertujuan untuk mengetuk jiwa-jiwa umat Islam yang lena supaya sedar tentang kerosakan atau ‘malapetaka’ yang sedang berlaku di sekeliling mereka sekarang.

Sesungguhnya, penyakit gejala sosial telah lama merebak dan semakin membarah inilah yang membawa kepada pengenalan silibus PKRS.

Seterusnya, kajian pendapat masyarakat tentang kewajaran pengenalan PKRS ini dianjurkan melalui edaran Borang Kaji Selidik di seluruh Malaysia. Pihak MHTM berdiri dan bergerak di tengah-tengah orang ramai mengajak masyarakat memahami isu ini dan melontarkan pendapat mereka tentang kewajaran pelaksanaan PKRS. Ceramah-ceramah dan tazkirah juga ada dianjurkan bagi memberi sedikit sebanyak info dan penjelasan kepada masyarakat yang mahu mendengar dan mahu mengkajinya.

Pada bulan Julai ini pula, maka bermulalah Siri Jelajah Malaysia yang akan membawa masyarakat bertemu MHTM dalam Seminar Wanita yang bertemakan "Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS): Tindakan Sesaat atau Penyelesaian yang Tepat?". Seminar yang bakal bermula di Kuala Lumpur ini akan terus menjelajah beberapa buah negeri di Malaysia iaitu Perak, Kelantan, Johor, Terengganu, Kedah, termasuk juga Sabah dan diakhiri di Selangor.

Seminar ini juga bertujuan untuk menyampaikan realiti pelaksanaan silibus PKRS serta membongkar kelemahan dan keburukannya secara menyeluruh.

Seminar ini juga bertujuan mengajak masyarakat Islam untuk kembali memerhatikan hukum-hukum Islam yang mampu menyelesaikan masalah gejala sosial secara tuntas. Seterusnya menyeru mereka untuk bersama-sama MHTM memperjuangkan satu sistem yang bakal melaksanakannya secara keseluruhan.

Maka, kepada seluruh Muslimah khususnya dan semua wanita amnya, nantikan kemunculan MHTM di tempat anda dan marilah bersama-sama kami menghadiri seminar ini.

Semoga setiap usaha kita dalam mengubah kerosakan yang sedang berlaku sekarang kepada kebaikan dan kesejahteraan yang hakiki akan dikira oleh Allah sebagai amal soleh dan dibalas dengan ganjaran yang setimpal, InsyaAllah.

Boleh tengok di sini untuk Fikratul Ummah - Julai 2011 dan http://fikratulummah.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

Wordless Wednesday from Me!

Hari rabu kan.=)

seminar PKRS


Perhimpunan haram: 1,401 termasuk 13 kanak-kanak ditahan

KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis menahan seramai 1,401 orang, 10 daripadanya pemimpin parti politik kerana menyertai perhimpunan haram di ibu negara sehingga pukul 5 petang ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, seramai 1,273 daripada mereka adalah lelaki, 115 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Sementara itu, seramai lapan daripada mereka termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dibebaskan dengan jaminan polis pukul 6.30 petang ini. – Utusan

Sumber: Utusan Online, 09/07/2011

Membersihkan Pilihanraya Dalam Sistem Yang Rosak

Perhimpunan Bersih 2.0 akhirnya berjalan jua.  Meskipun amaran serta ugutan telah dikeluarkan oleh pihak polis, di samping provokasi yang dilakukan oleh para pemimpin telah dihebahkan melalui segala jenis media massa arus perdana sebelum ini, namun ia ternyata gagal dalam membatalkan hasrat rakyat untuk terus berhimpun. Dalam perkembangan terkini ini, ribuan telah ditahan dan disumbat ke dalam trak-trak polis serta dinafikan hak mereka untuk bersuara sepertimana yang dicanang-canangkan melalui “kebebasan bersuara” dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini. Pencinta “demokrasi tulen”, Bersih 2.0 sebelum ini telah mengemukakan sebanyak lapan tuntutan mereka kepada pemerintah dalam usaha untuk melihat supaya pilihanraya dapat dijalankan dengan “telus dan adil”. Namun sayangnya mereka telah lupa bahawa mereka sebenarnya ibarat menuntut sesuatu kepada perompak rakyat yang telah bermaharajalela selama ini. Senario yang berlaku ini memberikan beberapa bukti untuk kita berfikir sejenak:

Pertama : Bukti hipokrasi kebebasan bersuara dalam demokrasi. Lihatlah bahawa apa yang berlaku ini adalah merupakan secebis daripada bukti hipokrasi kebebasan bersuara dalam dunia demokrasi. Kebebasan bersuara hanyalah terhad kepada para pemimpin yang memerintah serta kepada para pengampu mereka sahaja, tidak kira sama ada kenyataan yang mereka keluarkan kepada rakyat itu bertujuan untuk sengaja meniupkan perasaan curiga antara sesama rakyat. Acuan yang benar untuk bersuara hanyalah menurut kehendak pemerintah semata-mata.

Kedua : Pemimpin yang gila kuasa akan terus mempertahankan kuasa dengan apa jua cara sekalipun. Inilah bukti sebagaimana yang berlaku di beberapa negara umat Islam yang lain. Meskipun rakyat telah bangkit untuk melakukan muhasabah terhadap mereka dengan melakukan demonstrasi aman tanpa sebarang keganasan, balasan yang mereka terima ialah tembakan gas pemedih mata, semburan air atau cecair kimia, pukulan belantan, malahan boleh jadi juga peluru hidup. Mereka melakukan semua ini dengan alasan untuk menjaga keamanan, sedangkan merekalah (penguasa) yang telah banyak memporak-perandakan dan menyempitkan hidup rakyat selama ini.

Ketiga : Demokrasi memberi peluang kepada pemimpin yang khianat untuk terus berkuasa. Apa yang Bersih 2.0 cuba lakukan hanyalah untuk merasai pilihanraya yang telus dan adil, dan ini tidak akan mengubah apa-apa sebenarnya. Dalam sistem politik pilihanraya demokrasi-kapitalis, ia sebenarnya merupakan satu ruang dan peluang yang sangat besar bagi pemimpin yang khianat untuk terus berkuasa selama mana tempoh perkhidmatan mereka masih belum luput. Sedangkan dalam  sistem Islam, sekiranya seseorang pemimpin yang telah dipilih itu tidak melaksanakan seluruh sistem Islam dalam pemerintahan, maka secara automatik kepimpinan mereka dan ketaatan rakyat terhadap mereka menjadi tidak sah kerana mereka telah melanggar amanah yang telah diberikan oleh umat, tanpa perlu menunggu pilihanraya umum sepertimana sistem demokrasi sekarang.

Ini cumalah sebahagian daripada bukti-bukti untuk kita berfikir bersama, sejauh manakah kita masih lagi berharap dengan kapal demokasi yang sedang menunggu masa untuk tenggelam ini. Sampai bilakah kita sebagai umat Islam masih berharap untuk “membersihkan” pilihanraya dalam sistem yang sudah sememangnya kotor sejak azali lagi? Adakah kita sudah buta terhadap kesucian politik Islam yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada kita, di mana ia telah terbukti memberikan keamanan kepada dunia selama 13 abad lamanya? Marilah kita kembali kepada politik Islam yang sebenar, yang bukan sahaja menjamin keamanan kepada manusia, malah ia juga menjamin keamanan kepada seluruh alam. Wallahua’lam. [sumber : sini]

Nota: Supaya analisis saya tidak lambat sangat, ini juga sesuai dengan analisis saya tentang BERSIH 2.0
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat