Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Jika Komitmen Da'ei Benar-benar Tulus...

Saya telah dimotivasikan oleh suami ketika pulang dari Serendah petang tadi.. Maka, kuhadiahkan motivasi ini kembali kepada sahabat seperjuanganku, sahabat blogger dan sahabat dunia akhirat yang dikasihi keranaNya,


*Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar tulus...*
maka tidak akan banyak daei yg berguguran di tengah jalan.
dakwah akan terus maju dengan cepat untuk meraih tujuannya
dan mampu memancangkan prinsip2nya dengan kukuh

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
nescaya hati sekian byk orang akan jadi bersih,
fikiran mereka akan bersatu dan...
fenomena ingin menang sendiri saat berbeda pendapat akan jarang terjadi

Jika komitmen daei benar2 tulus...
maka sikap toleransi akan semarak,rasa saling mencintai akan merebak.
hubungan persaudaraan semakin kuat
dan barisan para daei akan menjadi bangunan yang berdiri kukuh dan saling menguatkan

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka dia takkan peduli saat ditempatkan dibarisan belakang atau depan
komitmen tidak akan berubah ketika ia diangkat menjadi pemimpin yg berkuasa
mengeluarkan keputusan atau ...hanya sebagai orang biasa yang tidak dikenali

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka hati seorang daei akan tetap lapang
untuk memaafkan saudara seperjuangannya
sehingga tidak tertinggal sekecil dendam dan permusuhan

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka sikap toleransi dan saling memaafkan akan terus berkembang
sehingga tidak ada momentum yg boleh menimbulkn kebencian, dendam dan
amarah,namun sebaliknya yg menjadi semboyan adalah
"saya sedar bhw saya sering lakukan kesalahan dan saya yakin awak memaafkan saya"

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka tidak mungkin akan terjadi kecuaian dlm menunaikan
kewajiban dan tugas dakwah... namun yg terjadi adalah
fenomena berlumba2 untuk kebaikan dan
bersungguh mencapai darjat yg tinggi

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka semua orang akan menghargai waktu
bagi setiap daei, tidak ada waktu terbuang yg sia2
kerana dia akan selalu gunakannya utk ibadah
kepada allah atau berjuang menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka setiap daei akan segera tunaikan kewajiban hartanya
untuk dakwah tanpa dihinggapi rasa ragu sedikit pun..
semboyannya adalah "apa yg ada padaku akan habis
dan apa di sisi Allah akan kekal"

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka setiap daei akan patuh dan taat tanpa ragu
di dalamnya tidak ada keuntungan peribadi dan menang sendiri

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka setiap orang yang kurang teguh komitmennya akan menangis
sementara yg bersungguh2 akan menyesali dirinya
kerana ingin berbuat lebih banyak
dan hanya mengharapkan pahala dan balasan dari Allah.. 
 
 
Sumber: saya lupa apa blognya tapi suami ada sebut petang tadi.
Maaf, lupa.
 
Semoga Allah SWT redha atas kami. Ameen..

Hubby and Family, Istikharah Cinta..

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

A Boy named Salman Al-Farisi Al-Kelantani

Dengar ini dulu dan nilai sendiri.


Apa pandangan anda semua tentang bacaan budak lelaki ini? Subhanallah. Tidak mampu nak kata apa-apa.  Antara komen untuk beliau, "SubhanaAlllah... This is unspeakable.. So great... I don't know what to say except, SubhanaAllah!! TAKBIR!!!" 

Maka, saya ingin hadirkan sebuah perjalanan kisah hidup yang saya lalui pada malam ramadhan ke-15. MasyaAllah..

Kami sekeluarga berbuka puasa di rumah nenek saudara. Berbuka dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan. Terlalu banyak makanan tapi Alhamdulillah, habis juga semuanya dimakan oleh sanak saudara. Usai berbuka, kami solat Maghrib berjemaah. Siapa imamnya?

Bukanlah seorang tua.
Bukan juga seorang dewasa.
Bukan juga seorang tahfiz apatah lagi imam hebat.
Namun, seorang budak lelaki meningkat usia baligh.
Seorang lelaki mumaiyyiz.
Suaranya telah didengar oleh orang per orang.
Maka, diberikan Allah kekuatan padanya untuk menjadi imam.
Itulah dia,
Salman Al-Farisi Al-Kelantani.
Budak 12 belas tahun merangkap adik sendiri.
^_^

Bukan nama sebenar tapi gelaran yang diberi kerana mengikut sirah dan juga sejarah kelahirannya. Bukan saya bermaksud ingin berbangga apatah lagi ingin menunjuk-nunjuk tapi untuk peringatan sendiri. Subahanallah.

Tidak pernah kuduga, dia mampu melaksanakan. Syabas!!. Allahuakbar. Hopefully my brother (Salman Al-Farisi Al-Kelantani.) will be like Muhammad Taha al Junayd in the future.. Ameennn...

[Sharing Is Caring] Rahsia pemakaian susuk

Rahsia pemakaian susuk
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah@utusan.com.my

MUNGKIN ramai yang pernah mendengar kaedah tradisional menyerikan wajah menggunakan susuk. Sebelum ini kita hanya terfikir susuk menjadi pilihan golongan artis dan kenamaan. Kaedah ini semakin popular di kalangan masyarakat termasuk penuntut universiti, kaum lelaki dan masyarakat Eropah.

Secara umumnya, susuk dianggap warisan nenek moyang. Definisi amalan itu adalah tindakan seseorang memasukkan bahan asing ke anggota badan tertentu bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.
Susuk yang selalu diamalkan adalah susuk logam dan susuk ayat.

Pemakaian susuk bukan sahaja terhad di bahagian wajah, ia boleh dipasang pada alat kelamin. Susuk ketahanan diri juga boleh dipasang bagi tujuan tertentu. Susuk dikatakan untuk awet muda, kelihatan cantik, mempesona dan kekuatan diri.

Menurut seorang bomoh artis, Awang Mohd. Haji Yahya yang lebih dikenali sebagai Pak Awang, susuk menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu dan tidak sesuai menggunakan botox.

Tujuan

Pak Awang memberitahu tidak semua orang sesuai menggunakan botox justeru susuk menjadi alternatif. Sebelum memakai susuk, seseorang perlu tahu tujuan mereka memilih kaedah itu. Misalnya, Pak Awang tidak menggalakkan orang Islam memilih susuk logam kerana ia jelas haram di sisi agama.

Pemakaian susuk tidak mengambil masa yang lama. Ia boleh dilakukan dalam masa 20 minit untuk susuk logam manakala kurang sejam untuk susuk ayat.

Pemakaian susuk tidak terhad kepada muka tetapi alat sulit wanita dan lelaki seperti kemaluan atau payu dara mengikut jenis susuk yang diingini.

Sebelum seseorang itu dipakaikan susuk, syarat dan kesan-kesan pemakaian akan diterangkan.

Biasanya, penerangan menyentuh tentang jenis susuk yang sesuai, susuk yang dilarang, syarat dan pantang larang yang perlu dipatuhi pemakai.

''Contohnya kita memberitahu susuk apa yang dibenarkan dan tidak menyakitkan pemakai dan susuk yang terlarang," ujarnya.

Dalam pertemuan singkat itu, Pak Awang turut menunjukkan teknik-teknik pemakaian susuk . Muka dan badan pemakai ditandakan dengan sejenis alat seperti pensel untuk memastikan tempat yang sesuai ditusuk susuk yang diingini.

Selepas itu bermulalah proses membaca ayat-ayat sambil memegang anggota badan yang mahu dipasang susuk.

Kain yang dipotong kecil akan diletakkan di tempat yang ditanda supaya susuk yang dimasukkan meresap ke dalam muka atau badan pemakai.

Akhir sekali, Pak Awang akan menutup kepala pemakai sehingga ke paras hidung menggunakan kain kuning manakala kain merah ditutup dari paras muka ke leher selama 10 ke 15 minit.

Tujuannya juga supaya susuk itu meresap ke tubuh badan. Selepas itu kain yang sama digunakan untuk mengebas badan pemakai.

Pak Awang turut menasihatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan bomoh yang mungkin menyamar sehingga sanggup mengenakan syarat yang tidak logik seperti melakukan seks sebelum memasang susuk.

Peringatan beliau lagi, masyarakat harus mempunyai niat yang betul sebelum memakai susuk supaya tidak bertentangan dengan syariat agama.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/4/2011


Rencana Kapitalisme: Kecantikan Dunia Atau Syurga Allah Menjadi Dambaan Wanita Muslimah?

Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Itulah pantun dua kerat yang sesuai ditujukan kepada sekelompok orang yang masih menganggap pemakaian susuk mempunyai rahsianya tersendiri. Apa tidaknya, pemakaian susuk bukannya amalan kecantikan yang asing dalam masyarakat Melayu sejak lama dahulu. Ditambah pula dengan propaganda Barat ke atas golongan wanita yang melabelkan wanita yang mempunyai fizikal yang menarik pada pandangan mereka adalah wanita cantik. Termakan dek janji-janji kufur dari Barat itu, wanita Muslimah sanggup menggadaikan janjinya pada Allah untuk taat kepada perintah dan larangan Allah ketika mereka masih dalam rahim ibu-ibu mereka.

Pemakaian susuk, biasanya melibatkan ilmu sihir. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi untuk mengubat penyakit tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran. Sesungguhnya sihir itu haram dan boleh membawa kepada syirik seperti disebut dalam satu hadis: "Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." [Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah]. Susuk ada persamaannya dengan peniup simpul ini iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan atau dibiarkan menyerap ke dalam tubuh.

Talian Panas!

Solat sambil lewa tak beri ketenangan

RASULULLAH bersabda yang bermasud: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman: "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amalnya yang lain." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Seorang mukmin sejati tidak cuai dalam melaksanakan ibadat solat fardu diwajibkan termasuk menjaga waktu, mematuhi tertib solat di samping mengerjakan ibadat sunat yang termampu olehnya.

Sesungguhnya jika solat dikerjakan dengan sempurna ia dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar sebaliknya mereka yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak dapat merasai ketenangan dan ketakwaan sebenar kepada Allah. Lantaran itu ramai tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun mengerjakan sembahyang, puasa dan amalan wajib lain.

Rebutlah peluang semasa hidup untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata: "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari."

Sumber : Berita Harian, 12/02/2010

Solat tiang agama. Namun ramai yang hanya membina tiang agama.

Solat merupakan tiang agama. Namun hakikatnya masih terlalu ramai umat Islam yang masih jahil dan ragu tentang solat. Ini satu aspek. Dari aspek lain, umat Islam jauh lebih jahil tentang Islam sebagai penyelesaian masalah kehidupan. Perbincangan mengenai Islam didominasi oleh isu-isu ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin dan beberapa perkara lain yang bersifat individu. Jarang sekali kita mendengar perbincangan yang terkait dengan isu kebangkitan umat. Persoalan tentang sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem uqubat, polisi pendidikan, polisi luar negeri, termasuk perbincangan tentang bagaimana menghukum seseorang yang tidak solat jarang sekali didengari umat.

Islam itu lengkap dan mampu menyelesaikan seluruh permasalahan manusia. Apa yang perlu ada adalah sistem pemerintahan Islam yang akan menyambung kembali kehidupan Islam dan memastikan bahawa setiap permasalahan hidup diselesaikan oleh Islam. Marilah kita bersama-sama dalam mengembalikan kehidupan Islam. Ini akan memastikan persoalan solat itu sendiri secara langsung akan mendarah daging di dalam umat. Ketika itu, anak kecil yang berumur 10 tahun akan tahu secara terperinci persoalan solat dan akan sentiasa menjaganya kerana kehidupan ketika itu dipenuhi dengan nuansa ketakwaan. Tambahan pula, hukuman menanti jika solat diabaikan,di dunia dan akhirat. Pada saat itu, penerapan hukum syara’ akan tetap terjaga di bawah pimpinan seorang khalifah yang amanah, bertakwa dan ikhlas. (sumber: MyK)

Kecantikan Luar Biasa yang Tiruan, Akhirnya Menjerat Diri.. Ingin Salahkan Siapa??

Sebagai seorang muslim, kita tidak boleh sombong apatah lagi tidak peduli sama muslim yang lainnya. Apabila ada saudara yang melakukan kesalahan, kita tegur. Saya sangat risau apabila sudah menjadi trend terkini kepada para muslimah terutama yang muda remaja. Apa trendnya? Bermake-up dan berhias-hias dengan baju yang MasyaAllah, sangat menarik perhatian.

Menarik perhatian adalah isi utama yang akan dibahas di sini. Apa itu tabarruj? Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira sama ada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.     

Jubah fashion

Kaftan Jubah, i think.

Marwa Design Abaya

Contoh-contoh tabarruj

- Bersolek dan berhias belebihan.
- Menggunakan alat-alat solek / make-up.
- Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka). Kebiasaan ini berlaku di Malaysia kepada bakal pengantin wanita.
- Dan lain-lain.
- Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Kata orang, mengikut peredaran zaman. Apakah benar dengan mengikut peredaran zaman, hukum syarak diketepikan walaupun berabaya atau berjubah?

Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira sama ada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.

Kata orang lagi, kita kena pakai style tudung ikut peredaran masa jugak. Mesti rakan-rakan muslimah tahu antara style-style tudung yang ada di Malaysia kan. Antaranya :

Tudung Ariani.
Model : Ikin

 Tudung Bienda

 Tak tahu tudung apa tapi jenis yang ada banyak ton warna dalam 1 tudung.

Semuanya cantik-cantik belaka kan? Jubah-jubah cantik. Tudung-tudung pun cantik. Saya pun suka. Tapi bolehkah memakainya di tempat-tempat umum? Nanti kalau saya pakai, ada tak yang menoleh untuk melihat saya? Kalau ada terutamanya lelaki, diri saya yang terjerat. Terjerat dengan apa? Terjerat dengan dosa sebab telah melanggar hukum syarak. Siapa yang tak takut? Saya takut.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung. Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang syar'ie.


Bermake-up juga satu hal. Memang akan nampak cantik kalau ada penyerlah wajah seperti ini. Lelaki mana yang tidak akan tertarik apabila wanita memakai make-up? Saya yang wanita juga tertarik. Kalau saya pakai untuk keluar rumah, mesti ada yang tegur. Siapa lagi kalau bukan abah dan adik lelaki saya. "Mu mana boleh pakai nih. Tabarruj." Even nak pakai pelembap bibir sebab bibir kering pun ditegur. Itupun lip balm yang tidak mempunyai warna sebab medicated seperti lip defense sabamed SPF30. Alhamdulillah, ahli keluarga saya faham. Bagaimana pula dengan ahli keluarga yang tak faham, malah menggalakkan pula untuk memakainya?

sabamed SPF30

Menarik perhatian adalah penentu sama ada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, di mana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah SWT berfirman :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

“kecuali yang (biasa)  nampak daripadanya” 
bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah SAW,  pernah bersabda, “Jika seorang anak  perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]. 

Wahai sahabat-sahabatku Muslimah!! 

Janganlah kalian terpedaya dengan pesona dunia yang hanya menjerat kalian. Penuhilah perintah Allah dengan taat. Takutilah azab Allah. Jangan biarkan diri kalian tertipu dengan kecantikan palsu yang dijaja oleh orang-orang Barat. Sesungguhnya kecantikan yang dipamerkan hanyalah satu mitos yang tidak berpenghujung. Anda mampu mengubahnya.

Sumber gambar : semuanya daripada imej Google.

Terik Mentari Yang Menyingat.. Aduhhh.

Nampaknya saya nih semakin malas untuk mengupdate belog saya nih. Jika dulu saya akan berfikir setiap malam untuk update entri apa keesokan harinya. Tetapi sekarang, semangat itu seakan-akan sudah lesap dimamah kepanasan terik mentari petang. Ceewahh.

"Tak update belog ke?"

"Tak. Macam malas.Hee"

Ditambah pula dengan taklifan kerja-kerja yang telah dibebankan ke atas bahu saya. Idea untuk menulis semakinlah ditekan-tekan macam span sampai tak boleh nak kembang balik. Ataupun macam tanah liat yang mengikut rentak tangan penekan. Hee. Faham ke? Kalau tak faham, faham-faham jelah.

Saya suka panas yang sebegini. Subahanallah. Cantiknya awan yang membiru. Nak-nak bila kita jemur baju, memang kering sampai setitis air pun tak nak melekat dah kat baju yang disidai di tengah panas mentari. Tak percaya? Alaaah, mesti semua pun tahu kan.

Opss.. Sebelum saya melalut tak tentu pasal, saya mengucapkan Salam Aidiladha buat para pembaca dan seluruh umat Islam. Tapi sayang seribu kali sayang, Aidiladha kali ini disambut berlainan hari seperti tahun-tahun sudah. Sungguh sedeyh. T__T


Ketika ada yang menulis status FB tentang Eidul Adha, mereka mengatakan bahawa dah biasa dengan perbezaan hari raya. Tak kiralah hari raya puasa atau hari raya haji. Namun ada yang menegur agar yang menulis itu faham. "Bezakan yang biasa dan biasakan yang berbeza." Apa-apapun, saya suka akan kenyataan itu. Persoalan saya, adakah anda faham?

Hari ini dah raya yang ke-3 bukannya raya ke-2 seperti di Malaysia ini. Bacalah Kenapa Berbeza Eidul Adha? kalau hendak. Kalau tak nak, pastikan anda sudah ada hujah untuk berhadapan dengan Allah SWT nanti. Atau dengar khutbah kat sini pasal hari raya haji. Saya tak paksa. Letih sebenarnya memaksa orang nih. Kata-kata yang biasa orang gunakan, tepuk dada tanya iman. Kalau tepuk dada tapi tak terasa, mesti keimanan kita ada yang tak kena.

Usaha adalah Kerja





" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". (TQS Adz Dzaariyaat [51]:56)

Maka menurut Islam setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh sebab itu, setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap kegiatannya menjalankan kerja yang halal adalah wajib baginya dan kegiatannya itu sekiranya dimulai dengan niat, hendaklah dianggap sebagai ibadat. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah." (Riwayat Al- Bukhari)


Marilah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Selamat maju jaya dan cemerlang dalam peperiksaan.

Psstt...psttt..

Ayat skema jek, 
dari kecik-kecik sampailah sekarang, 
dah besar panjang dah pun. Huu.

Wahai Muslimah, Jadilah Pejuang Agama Allah!

Assalamualaikum wbt,


Hari nih ana berkongsi apa yang sahabat ana kongsikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Ini adalah sedikit seruan daripada pengisian Majlis Jamuan Raya MHTM 2010. Semoga ana melakukan perkara-perkara yang diseru, InsyaAllah. Pengisian penuh mungkin di post yang akan datang. (Banyak sangat entri tertungguk, huhuhu.)

Penceramah menyeru yang hadir untuk menjadi pejuang agama Allah. Maka untuk menjadi pejuang agama, wanita perlu:

1.Aqidah yang kuat yang akan menjadi motivasi yang kuat.

2.Kesungguhan atau fokus dalam perjuangkan agama Allah.

3.Menjadi aktif-semua yang kita ada, segala sarana yang disediakan digunakan untuk meraih redha Allah.

4.Competative (berdaya saing)
-selalu kejar yang terbaik, terutama, terbesar dalam menegakkan khilafah-tajul furud (perintah yang paling tinggi).

5.Bertaqwa

6.Jama'i- ambil berat atas urusan orang lain, bukan kikir/bakhil untuk membantu umat Islam. Seburuk-buruk sifat bakhil adalah seseorang yang bakhil mengejar pahala, bakhil mengejar syurga.

7.Kuat dan cekal.
-tidak mudah putus asa. Sentiasa ambil iktibar daripada kisah sahabiah.
-tidak boleh sentimental.
Berani melawan arus- ditambah lagi dari arus yang jauh dari Islam.
-tidak boleh manja.
-tidak boleh ikut angin. Apabila dakwah menguntungkan, kita buat. Jika tidak menguntungkan, kita hanya berehat-rehat.
-tidak boleh lembik.
-keazaman yang tinggi.

Marilah bersama-sama bersungguh-sungguh mengejar pahala. Ketaqwaan adalah lebih dari sekadar kemewahan hari raya.


"Wahai orang-orang yang beriman,penuhilah seruan Allah apabila Allah menyeru kalian kepada sesuatu yang membawa kehidupan kepada kalian..."

Tambahan oleh sahabat lain tentang Tarbiyyah.



Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan halaqah, usrah, taaruf contact, program dakwah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut halaqah hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan inform dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Nota: Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.(As-shoff:2,3)

T_T Naudzubillahimindzalik!

Dalam Perkara Apa je Kita Ucap Syukur, Alhamdulillah?

Alhamdulillah wa syukurillah, sekali lagi ana dapat meluangkan masa menaip di belog biru ini. Mungkin akan datang, belog ini juga akan berubah warna. Siapa tahu kan sebab citarasa manusia sentiasa berubah.

Yaumul ayyam, penghulu segala hari. JUMAAT. Semoga hari ini membawa barokah buat semua umat Islam, amin. Abah sekarang berada di negeri Pantai Timur atas urusan dakwah. Makanya, bila ana tiba di rumah petang nanti (insyaAllah) abah masih di sana dan kemungkinan dalam perjalanan pulang. Semoga segala urusan abah serta sahabat-sahabatnya dimudahkan dan segalanya berjalan lancar dengan lindungan Ilahi. Amin.

Adakah bangun pagi tadi kita telah bersyukur? Adakah ana telah mengucapkan syukur? Belum. (Alhamdulillah, sekarang sudah.) Dah sarapan tadi, adakah ana mengucapkan Alhamdulillah? InsyaAllah, sudah. Adakah ana mengucapkan Alhamdulillah apabila selesai membuat tugasan yang diberikan? Belum. (Alhamdulillah, sekarang sudah.) Adakah ana mengucapkan Alhamdulillah apabila ana dapat menaip? Belum. (Alhamdulillah, sekarang sudah.)

Adakah kita mengucapkan Alhamdulillah dalam setiap perbuatan kita? Mari kita muhasabah kembali diri-diri kita yang kerdil lagi hina ini. Semalam ana terbaca entri Dr Muslimah ini, Helaan Nafasku bersama Allah. Lantas ana teringatkan kata-kata abah di dalam kereta tempoh hari. "Setiap nafas kita, kita sepatutnya bersyukur. Sebab Allah masih beri kita bernafas untuk hidup."

Isu ini timbul lantaran rezeki yang Allah berikan kepada keluarga kami. Ana menemani abah ke KL untuk mengambil cek yang diberikan oleh Jabatan Veteran ATM. Cek itu kami terima sebab uda dapat melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Dulu ketika ana dapat sambung belajar, ana juga dapat cek itu.

Alkisahnya begini.. Gempak tak? Hee. Okeyh, serius serius. Apabila cek itu telah diambil, abah menyarankan kami terus deposit kan ke akaun uda. "Angah, lebih baik kita deposit kan terus cek tuh." Ana mengangguk tanda setuju. Setelah selesai urusan mendepositkan cek, abah menyuruh ana memberitahu ummi dan uda. Ana maklumkan melalui sms. Teks sms ana begini, "Cek dah masuk akaun uda." Beberapa minit kemudian ummi telefon. "Kenapa masuk terus ke akaun uda? Masukkanlah dulu ke akaun ummi ke abah ke?" Panggilan berakhir di situ setelah mengucapkan salam.

Abah memberitahu. "Cek dah nama uda, mana boleh sesuka hati kita nak masukkan ke akaun lain." Ana pun mulalah bertanya abah itu ini tentang cek. Baru ana tahu tentang penerimaan cek dan deposit cek. Setelah itu, abah meminta ana menghantar sms lagi kepada ummi seperti ini, "bersyukurlah kita dapat cek." Ummi terus membalas sms ana ringkas, "Alhamdulillah."



“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu : “Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (TMQ Ibrahim : 7)

Dalam banyak perkara, kita sering terlupa untuk mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Kadang-kadang dan selalunya, ana terlupa untuk bersyukur. Akhir kalam, “Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” (TMQ. at-Thalaq [65]: 3)

Wallahualam.

Sekadar berkongsi kisah hidup.
Untuk memuhasabah 
diri sendiri, keluarga dan yang lain.
InsyaAllah.

Protes dan Demonstrasi Bantahan oleh Muslimah HTM

 Kuala Lumpur 19hb September 2010 bersamaan 10 Syawal 1431H -  Disaat umat Islam seluruh dunia sedang meraikan Hari kemenangan pada Syawal yang mulia ini, kita digemparkan dengan satu lagi penghinaan dan agenda jahat Barat terhadap Islam.  Kali ini alasan mereka adalah sempena memperingati Hari Ulangtahun Tragedi Serangan 11 September 2001 dengan merencanakan satu rancangan penuh kebiadaban oleh sekelompok puak Kristian di Florida, Amerika Syarikat.  Terry Jones, seorang paderi sebuah gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida  telah mengisytiharkan ke seluruh dunia dan menyeru warga Amerika untuk memperingati Tragedi itu dengan menjadikannya sebagai “International Burn a Koran Day” (Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa).

Walaupun kelompok ini membatalkan rancangan mereka di saat-saat akhir, namun penghinaan terhadap Islam tetap berlaku pada 11 September lepas, oleh sekumpulan ekstremis Kristian di beberapa negeri AS yang dengan biadabnya mengoyak dan membakar beberapa muka surat dan naskah Al Quran.  Nyatalah peringatan Allah kepada kita sebagaimana firmanNya: Mereka (kaum kafir) tidak pernah berhenti (menimbulkan) kemudaratan atas kalian. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kalian. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi[TMQ Ali Imran (3):118].

Peristiwa ini telah mencetuskan pelbagai bentuk bantahan dan demonstrasi sebagai reaksi amarah umat Islam di serata dunia dalam menyatakan sikap dan pendirian mereka terhadap isu yang menghina Islam dan umat Islam itu. 

Diatas kesedaran betapa hinanya perlakuan kaum Kuffar Barat ke atas umat Islam, tanpa adanya pembelaan dari seorang pun pemimpin Muslim yang sepatutnya menjadi pelindung kepada Deen Allah ini, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan perhimpunan dan edaran nasyrah kepada umat secara serentak dibeberapa negeri di seluruh negara bagi menyedarkan umat Islam yang ada pada hari ini betapa penting dan mendesaknya kewujudan dan keberadaan suatu institusi Negara(Khilafah) dengan seorang pemimpin(Khalifah) yang akan berperanan sebagai perisai dan pemelihara kepada Islam. Hanya dengan adanya institusi Khilafah yang menerapkan sistem kehidupan yang menyeluruh(kaffah), berpandukan Al Quran dan Sunnah Rasululluh SAW sahajalah maruah Islam dan umatnya akan dapat dikembalikan, sebagaimana yang pernah dikecapi seperti di zaman keemasan Islam yang terdahulu.

Para aktivis Muslimah HTM dan pendokong perjuangan Hizbut Tahrir di Selatan, Utara dan Wilayah Tengah Tanahair telah berkumpul di beberapa kawasan tumpuan orang ramai seperti Masjid Jamek, Masjid India, pasar tani, stesen bas dan dibeberapa lokasi lain sambil memegang sepanduk dan poster dengan pelbagai seruan yang tertulis diatasnya.  Nasyrah Syawal MHTM serta suara rasmi mingguan HTM, Sautun Nahdah yang bertajuk “Tanpa Khilafah, Islam Terus Dihina” [klik sini untuk baca!] juga telah turut diedarkan ketika demonstrasi bantahan itu di lakukan.  Sambutan daripada umat di seluruh Malaysia secara keseluruhannya amat baik dan kebanyakannya bersetuju dengan tindakan bantahan yang dilakukan, serta perbincangan dengan umat juga menunjukkan mereka bersetuju tentang perlunya ada seorang pemimpin umat Islam yang benar-benar menerapkan sistem Islam dan hanya jihadlah satu-satunya jawapan kepada kebiadaban kaum Kuffar Barat ini.

Dikesempatan ini, Muslimah Hizbut Tahrir ingin menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya yang berada di Malaysia pada hari ini untuk berjuang bersama-sama dengan Hizbut Tahrir Malaysia bagi merealisasikan keyakinan dan kemuliaan ini.  Firman Allah SWT: dan Katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". [TMQ At Taubah (9) : 105].

Untuk gambar-gambar sekitar protes dan demonstrasi bantahan, sila lihat sini ye, Protes dan Demonstrasi Isu Pembakaran Al-Quran.

Alangkah Indahnya Silaturrahmi Islam..


Silaturahmi adalah sebuah perbuatan baik dan tradisi Islam yang wajib dilaksanakan dan dijaga keberlangsungannya. Yang dimaksud dengan silaturahmi adalah menyambung tali persaudaraan terhadap para kerabat yang masih berhubungan kerana adanya pertalian rahim (darah). Perintah untuk menjaga silaturrahmi ini terdapat di dalam firman Allah SWT:

وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ

Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kalian saling meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturahmi (QS an-Nisa’ [4]: 1)

Perintah yang sama juga terdapat dalam QS ar-Ra’d ayat 1. Sebaliknya, ada celaan dan ancaman bagi yang memutus silaturahmi. Allah SWT berfirman:


وَالَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الأرْضِ أُولَئِكَ لَهُمُ اللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ

Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh, memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (silaturahmi), serta melakukan kerusakan di muka bumi akan memperoleh laknat dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (jahanam) (QS ar-Ra’d [13]: 25).

Celaan yang sama juga terdaftar dalam QS Muhammad ayat 22-23. Allah SWT melaknat para pemutus silaturahmi dan menjanjikannya tempat kembali yang buruk (Jahanam). Ini adalah sebuah indikasi bahawa memutus silaturrahmi adalah perbuatan yang haram. Indikasi lain yang memperkuat kewajiban ini banyak dijelaskan di dalam hadis Rasulullah SAW., antara lain sabda beliau:

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Siapa saja yang mengimani Allah dan Hari Akhir, hendaklah memelihara tali silaturahmi (HR al-Bukhari).



Telah sangat jelas dari serangkaian dalil-dalil di atas bahawa silaturahmi merupakan kewajiban utama bagi seorang Muslim dan masyarakat Islam pada umumnya. Silaturahmi, di samping sangat bermanfaat untuk memperkuat jalinan persaudaraan di dalam keluarga-keluarga Muslim, juga dapat menjadi media bagi pembiasaan dan pendidikan yang baik bagi keluarga Muslim, khususnya anak-anak, juga sebagai media untuk berdakwah dan syiar Islam. Saya akhiri penulisan ini dengan sabda baginda SAW:

لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنْ الْوَاصِلُ الَّذِي إِذَا قُطِعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

Bukanlah menghubungi tali persaudaraan (silaturahmi) itu adalah seorang membalas hubungan kebaikan. Namun, menghubungi persaudaraan (silaturahmi) itu adalah menghubungkan kembali persaudaraan jika kerabat memutuskannya (HR al-Bukhari)


Monolog:
Owh, indahnya dan gembiranya hati ini
andai pintu-pintu hati mereka 
telah terbuka buat kami di sini!

Doa:
Bukakanlah pintu-pintu hati mereka, ya ALLAH!!
ameen..

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

   

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi


Muziknya yang lembut,
menyentuh jiwa kebosanan.
Insaf. T_T
p/s: 
Terima kasih kepada pemberitahu.

Meraih Keutamaan Tanpa Melupakan Kewajiban

Assalamulaikum teman-teman,

Sekarang ini adalah detik-detik terakhir puasa. Marilah kita memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat. InsyaAllah, ada ganjaran pahalanya. Di sini saya ingin berkongsi tentang satu artikel dari sebuah laman sesawang. Tajuknya, Meraih Keutamaan Tanpa Melupakan Kewajiban. Semoga kita tidak lalai dalam menunaikan kewajiban yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Selamat membaca.

............................................................................................................

Ada beberapa perkara yang sisi lahiriahnya adalah keutamaan, sedangkan sisi ‘batiniah’-nya adalah kewajiban: (1) membaca Alquran adalah keutamaan, mengamalkan isinya adalah kewajiban; (2) bergaul dengan orang-orang shalih adalah keutamaan, sementara meneladani keshalihan mereka adalah kewajiban; (3) ziarah kubur adalah keutamaan, sementara mempersiapkan bekal (dengan memperbanyak amal-amal shalih) sebelum masuk ke alam kubur adalah kewajiban. Demikian menurut Sayidina Utsman bin Affan ra dalam suatu riwayat, sebagaimana dikutip Imam an-Nawawi dalam sebuah kitabnya.

Melalui pesan Utsman di atas setidaknya kita memahami: Pertama, penting membaca Alquran, tetapi lebih penting lagi mengamalkan isinya; penting untuk selalu bergaul dengan orang-orang shalih, namun lebih penting lagi meneladani keshalihan mereka; penting untuk melakukan ziarah kubur, tetapi lebih penting lagi adalah mempersiapkan amal shalih untuk bekal di alam kubur.

Alasannya jelas. Bagaimanapun kewajiban harus lebih didahulukan daripada keutamaan. Sebab, tentu tak ada keutamaan jika yang wajib ditinggalkan, meski yang sunnah dikerjakan. Bagi seorang Muslim, membaca Alquran, misalnya, adalah sunnah dan keutamaan. Namun, jika isi Alquran yang ia baca tak diamalkan, tentu membacanya tidak lagi menjadi keutamaan bagi dirinya; sekadar menjadi ‘hiasan’, tetapi tak mendatangkan manfaat atau keberkahan. Sebab, bukankah Alquran Allah turun agar dijadikan pedoman, bukan sekadar dijadikan bacaan? Allah SWT bahkan telah mencela orang-orang yang mengabaikan isi Alquran (Lihat: QS al-Furqan [25]: 30). Banyak sikap dan perilaku yang oleh para mufassir dikategorikan sebagai tindakan mengabaikan Alquran. Di antaranya adalah tidak mengamalkan serta mematuhi perintah dan larangannya (Ibn Katsir, I/1335); tidak mau berhukum dengannya (Wahbah Zuhaili, IXX/61).

Saat ini banyak Muslim yang sering mengutamakan hal-hal yang sunnah, seraya mengabaikan perkara-perkara yang wajib. Mereka lebih menomorsatukan hal-hal yang sesungguhnya hanya merupakan keutamaan, sementara mereka menomorduakan hal-hal yang sesungguhnya merupakan kewajiban.

Mungkin kita pernah atau malah sering menyaksikan pemandangan berikut: seseorang rajin menghadiri majelis-majelis dzikir, tetapi dalam bekerja kepada orang lain ia sering mangkir; seseorang banyak melafalkan kalimat-kalimat thayyibah, namun banyak pula ia melakukan ghibah; seseorang rajin menunaikan shalat-shalat sunnah, tetapi rajin pula melakukan perkara-perkara bid’ah; seseorang biasa berpuasa senin-kamis, tetapi biasa pula bersikap pragmatis (tak peduli halal-haram); seseorang rajin bersedekah, namun tak peduli nafkahnya ia peroleh dari jalan yang salah; seseorang berkali-kali melakukan ibadah umrah, tetapi tak sekalipun ia mau saat diajak berdakwah; seseorang rajin membaca Alquran, namun perintah dan larangan yang ada di dalamnya sering ia abaikan; seseorang mengklaim cinta dan banyak bershalawat kepada Nabi SAW namun terhadap nasib Islam yang beliau bawa dan masa depan umatnya ia tak peduli; seseorang biasa  menyantuni fakir-miskin dan kaum dhuafa, namun biasa pula ia makan dari uang hasil riba; seseorang bergelar haji bahkan ke Makkah lebih dari sekali tetapi terhadap tetangganya yang miskin sering tak peduli; seseorang selalu berusaha menjaga citra dan kehormatan diri, namun auratnya ia pamerkan ke sana-kemari dan perilakunya tak terpuji; seseorang menjadi donatur kegiatan keagamaan/sosial di sana-sini, namun hartanya ternyata hasil korupsi. Demikian seterusnya hingga kita sering menyaksikan hal-hal yang saling berkontradiksi.

Padahal Allah SWT pun jelas telah mengutamakan kewajiban daripada perkara-perkara yang sunnah. Dalam sebuah hadits qudsi dinyatakan bahwa Allah SWT telah berfirman, “Tidak ada bentuk taqarrub seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai daripada (mengerjakan) apa yang Aku wajibkan kepadanya. Seorang hamba terus-menerus bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah hingga Aku mencintainya…” (HR al-Bukhari).

Melalui hadits qudsi ini, jelas Allah SWT menghendaki setiap Mukmin bertaqarrub kepada-Nya: pertama-tama dengan melaksanakan semua kewajiban, baik berupa fardlu ‘ain maupun fardlu kifayah; kemudian melengkapinya dengan menunaikan amalan-amalan sunnah. Dengan itu, keutamaan  bisa kita raih, dan kewajiban pun bisa kita tunaikan. Dengan itu pula, akan sempurnalah taqarrub kita kepada-Nya. Wa mâ tawfîqî illâ billâh. [arief b. iskandar]
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat