Kisah 27 Februari 2009

27hb Februari 2009 bakal melabuhkan tirainya, lebih kurang 1 jam 33 minit lagi.. Ini bermakna, hari baru bakal menjelma iaitu esok.. Apa yang aku dah lakukan sepanjang hari ini? Banyak yang telah aku lakukan dan pelajari..

Kelas pagi ini bermula jam 9 pagi di blok P aras 1 kampus.. Sebenarnya bukanlah kuliah tetapi saya berada di makmal pada masa tersebut.. MAKMAL KAWALAN KUALITI.. Saya berada di hadapan pintu masuk makmal sambil memerhatikan senarai nama kumpulan untuk lab hari ini. Saya berada di kumpulan D, bermakna kumpulan saya akan melakukan gas chromatography (GC).. Saya adalah orang pertama sampai di hadapan pintu makmal setelah technologist tu menampalkan senarai tersebut. Rupa-rupanya setiap kumpulan melakukan lab yang lain-lain, ingatkan kami semuanya akan lakukan lab yang sama, GC. Seingat saya, kumpulan A buat lab Limit Test, kumpulan B (maaf ye saya tak ingatlah) dan kumpulan C buat lab HPLC..

Kumpulan saya dibahagikan lagi kepada 4 group kecil dalam 5/6 orang.. Setiap group ada seorang lelaki dan mestilah mix.. Selepas mendengar penerangan daripada Pn Kartini tentang GC, kami semua terus melakukan preparation sample..Kumpulan saya dapat sample W, means saya kumpulan W.. Begitu tangkas dan cepat member saya dua orang ini buat persiapan.. Saya tak sempat nak buat apa-apa, mereka berdua dah buat.. Jadi saya tolong tengok jelah..

Walaupun cepat, terpaksa juga group kami turn nombor 2, sebabnya hanya terlewat a few seconds untuk prepare sampel kedua..sedih la juga tapi nak buat macam mana, terpaksalah tunggu..Bukannya apa, GC tue ada satu je..1 group about 40 minutes, 4 groups equal to 160 minutes..Lamenya nak kena tunggu..

Semasa group W menunggu data di'print', tiba-tiba Prof datang, terkejut..Tapi saya kemudian tersenyum sendiri.. Prof menerangkan apa yang telah di'print' tadi.. Barulah faham sebab tadi member ada terangkan juga cuma kurang faham.. 1 peak means 1 component.. So, if have 8 peaks mean 8 components are in the sample that we prepared just now..Sample tue sebenarnya adalah bahan organik, campuran sample pertama dengan C9C12..

GC sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen instrumental.. Komponen-komponennya adalah carrier gas (nitrogen), hydrogen for combustion, oven (dalam ini ada capillary column), injector (microsyringe), detector and recorder (data acquisition and control computer)..

Saya tak pernah sangka bidang yang saya ambil ni memerlukan saya tahu menggunakan GC untuk analisis bahan..Saya ingat bidang saya buat ubat je..Semakin saya belajar, semakin saya tahu apa yang saya tak tahu..Tetapi masih dalam skop bidang saya sahaja la..Seperti firman Allah, di dalam surah Al-Mujaadilah:11, "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat."

Sebelum habis lab, sempat kawan saya cakap sesuatu..Rupanya dia bawa sepeket kopi kesihatan untuk saya rasa..Terima kasih,dd..

Selain itu, saya ada membaca satu blog ini.. Ada tajuk posting 'sahabat-sahabat penyuntik semangatku'..Ramai betul sahabat blogger ini.Tapi sahabat saya pun ramai juga cumanya tak 1 universiti..


Saya terfikir, penyuntik semangatnya adalah sahabat tapi lain pula dengan saya.. Hanya satu nama. Hanya satu sejak kecil.. Nama yang tak pernah luntur dari kotak hati saya sejak dulu hingga kini.. Namanya sentiasa mekar sesegar embun pagi.. ABAH.. Orang yang mengajarku erti kehidupan.. Lebih-lebih lagi kehidupan di dunia kapitalis ini.. Perempuan di dunia kapitalis sering dieksploitasi dan ditindas.. Oleh itu, kata-kata dari abah membuatku bangkit.. Hanya kata-katanya bisa buatku tertawa,tersenyum dan menangis..

Betapa besarnya pengorbanan seorang ayah.. Besarnya pengorbanan abah kepadaku, kepada adik-beradik saya yang lain.. Abah, ketua keluarga.. Dialah waliku, wali untukku ke mana sahaja, mahram saya bahkan wali nikahku nanti.. Hanya dengan izinnya, saya boleh berjalan-jalan satu Malaysia..Bukan untuk memuji tetapi itulah kuasa yang ada pada seorang insan yang bergelar ayah atau lebih tepat lagi pada saya,abah.. Dia yang menanggung keluarga kerana dia pemimpin keluarga.. Jadi kuasanya sebagai seorang ayah adalah sampai bila-bila..

Tandus

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh..

Tandus merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh sahabat saya, Farhana bte Yahya (dQueen, UPM) .. Saya yang memintanya menuliskan untuk saya. Lama juga menunggu hasil nukilannya.. Tetapi alhamdulillah, akhirnya siap juga. Nah, saya persembahkan karyanya di sini untuk tatapan bersama..

Tandus
Hati makin tandus
Tandus dengan keluakan iman
Yang jauh lari dari hati yang hitam
Semakin hitam..
Gelap..

Aku dalam sepi..
Sepi yang sering ditangisi..
Sepi yang tiada erti..
Sepi yang tidak pernah dipinta diri..
Segalanya bermula dari..
Satu..
Satu yang membawa erti beribu..
satu itu nafsu!
Apa segalanya akan kembali pulang?
Pulang kepada ruang yang tenang?
Apakah IMAN akan pulang?
Apakah aku akan tenang?

Sebelum segalanya berakhir..
Berakhir dalam kelam..
kelam yang membungkam..
Pahit..
Kelat..
Dalam Hati yang dulunya terang..

Ya Allah..
Tuhan Pencipta Jiwa..
Jiwa yang azalinya suci dari duri
Tapi kini telah dikotori..
oleh Aku!


Aku merayu..
Atas belas dan maghfirahMu..
Ighfirli ya ALLAH!
Ighfirli ya ALLAH!
Ighfirli ya ALLAH!

Suburkan kembali jiwa tandusku..
Dengan halawah dari iman kurniaan Mu..
Aku berserah kepada Tuhan Pencipta Jiwa..
Tanpa ragu..
Penuh rela..

Iman itu tak pernah hadir di saat hati menyenangi dunia..
ia juga tak akan hadir dari hati yang telah dihiasi dengan keindahan harta..
tetapi iman itu terbit jika malam semakin pantas menyinsing waktunya..
mencari dan tercari sekeping hati yang menangisi dosa-dosa yang membelenggu diri..
di saat dahi menyembah bumi
membuka hijab diri untuk nur Illahi..

pasrah maklum..
manusia tidak pernah adil..
adil dalam membahagi nafkah untuk jiwanya..
yang sering saja lebih kepada dunia..
sering saja curang pada hari Muka..

aku mohon jauh dari itu..
jauh sekali dari itu..

Allahu Rabbuna..
Tunjukkan kujalan yang satu..
Satu yang membawa kepada Mu..
Satu yang menghidupkan jiwa ku..
Dalam dunia yang terang..
dalam mimpi yang senang..
kerana aku mempunyai kunci..
kunci yang membuka Redha Ilahi Rabbi..

Ighfir zunubii..
Ya ALLAH..

Psikologi : Ilmu atau Tsaqafah


Mata dah mula penat untuk menaip.. tetapi kuteruskan juga sebab nanti tiada kesempatan lain untuk kumenaip..Seharian ku di 'centre', setengah hari rasanya lebih tepat..Banyak ilmu yang aku pelajari, terutamanya tugas kita sebagai dai'e.. It's not a simple thing but a big responsibility. Rasulullah saw bersabda,

"Katakanlah : Inilah jalan (dakwah) ku. Aku beserta orang-orang yang mengikutiku (yang) mengajak kalian kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang musyrik." (TQS Yusuf :108)

Apa yang saya pelajari hari ini adalah satu tajuk yang kadang-kadang melibatkan kita.. Mungkin bukan kadang-kadang tetapi selalunya..Dan perkara ini juga selalunya membuat kita percaya bahawa ianya adalah benar.. Jadi, benarkah psikologi ini hanya sekadar ilmu yang kita pelajari di universiti (baca: kaunseling) atau ia merupakan tsaqafah barat yang cuba diterapkan kepada umat Islam?

Apakah sebenarnya maksud psikologi?

Psikologi merupakan pengkajian tingkah laku mahkluk secara saintifik (Zimbarso dan Ruch). Terdapat dua aliran utama dalam psikologi iaitu behaviourism (warisan baka dan lingkungan) dan psikoanalisis (sebab-sebab silam). Namun apa yang pasti kedua-dua aliran utama psikologi ini dipengaruhi oleh sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan kehidupan.

Contoh teori psikologi

Secara umum, ilmu psikologi dibangun berasaskan pandangannya tentang naluri dan otak. Kedua-dua teori ini adalah teori psikologi yang asas yang menjadi tunjang utama kepada teori-teori psikologi yang lainnya di mana telah dikembangkan.Teori yang pertama adalah teori naluri. Pakar psikologi berpendapat bahawa manusia mempunyai banyak naluri. Ada sebahagian naluri yang telah dikenal pasti dan ada sebahagian lagi yang belum dikenal pasti. Dan yang paling penting pada pandangan mereka, naluri-naluri ini akan membawa kepada gangguan jiwa sekiranya tidak dipenuhi. Jadi naluri-naluri ini mesti dipenuhi. Adakah benar begitu? Teori ini sebenarnya menghasilkan kebebasan dalam mengatur naluri mengikut kehendak individu.. Kebebasan ini merupakan hadharah barat. Bolehkah kita mengatur naluri kita mengikut sesuka hati kita??

Secara fitrahnya, naluri manusia ada tiga iaitu 1) gharizatu at-tadayyun (naluri beragama), 2) gharizatu al-baqa' (naluri mempertahankan diri) dan 3) gharizatu an-nau' (naluri melestarikan keturunan).

Jadi, bagaimana kita tahu bahawa hanya terdapat tiga sahaja naluri pada makhluk ciptaanNya? Dalil akan adanya naluri beragama adalah "Dan apabila manusia ditimpa kesusahan, maka ianya memohon kepada Tuhannya dengan kembali kepadaNya"(TQS Az-Zumar:8). Kemudian dalil akan adanya naluri mempertahankan diri adalah, Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada labah-labah: "Kamu ambillah gunung, pokok dan apa saja yang mereka jadikan sebagai atap untuk menjadi tempat tinggal (rumah) nya."(TQS An-Nahl:68). Manakala dalil akan adanya naluri melestarikan keturunan adalah "Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan pebuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukannya) dengan wanita itu, seandainya dia tidak melihat tanda-tanda (dari) Tuhannya." (TQS Yusuf:24).

Naluri-naluri ini perlu diatur mengikut hukum Islam bukan mengikut kehendak individu. Ini kerana naluri-naluri ini jika tidak dapat dipenuhi tidaklah akan membawa kepada kemudharatan (kematian) sebaliknya hanya membawa kegelisahan jiwa. Selain itu, naluri ini juga boleh dialihkan.

Teori yang kedua adalah teori otak. Mereka mempercayai bahawa setiap bahagian otak itu mempunyai kecenderungannya tersendiri. Otak manusia terbahagi kepada beberapa bahagian tertentu dan setiap bahagian terkait dengan bakat khas. Otak sebahagian manusia ada bakat unik yang tidak dimiliki oleh orang lain (Franz Joseph Gall,1758-1828).Beliau yang membuat eksperimen otak tentang bakat unik yang dimiliki oleh bahan kajian.

Teori otak ini telah dibantah oleh seorang Barat sendiri iaitu Edward L. Thorndike. Beliau mengkaji phrenologi secara sistematik dan mendapati dakwaan Gall adalah palsu. Dari segi anatomi, otak manusia adalah sama. Otak manusia hanya berbeza dari segi kekuatan menghubungkan fakta dan maklumat. Daya fikir manusia ditunjangi empat unsur iaitu otak, maklumat awal yang diperoleh, fakta yang dicerap dan panca indera.

Selain itu, seperti yang kita maklum setiap orang diberi apa jua ilmu, tiada bakat khusus pada otak sebahagian manusia yang berbeza dengan manusia lain. Islam mesti diajarkan secara bersepadu dengan subjek-subjek lain.

Apa yang bahayanya teori otak ini? Teori otak ini melahirkan sistem pendidikan yang kacau bilau iaitu pemisahan ilmu sains dan ilmu sosial serta membiarkan seseorang mempelajari ilmu mengikut 'bakatnya'. Contohnya, jika seseorang merasakan dirinya mempunyai bakat menjadi pendakwah, dia akan mempelajari Islam. Jika seseorang merasakan dirinya mempunyai bakat menjadi penyanyi, dia akan mempelajari vokal, sesuai dengan bakat yang dia ada. Tetapi sebenarnya ukuran itu pun tidak tepat. Pandangan ini mencegah orang untuk menguasai banyak ilmu. Memang yang terjadi sekarang masyarakat memang amat pelik sekiranya seorang cikgu fizik atau matematik belajar biologi atau kedoktoran. Perkara ini bertentangan dengan fakta dan menghalang kemajuan umat.

Teori ini memang sengaja diasak-asak ke dalam pemikiran dan minda umat supaya umat tidak mengembangkan potensi yang ada pada dirinya dan hanya 'stick' pada satu-satu benda sahaja. Contohnya, sekolah agama hanya belajar agama sahaja dan sekolah sekular (kebangsaan) hanya belajar sains sahaja. Mereka memang sengaja ingin memisahkannya daripada umat Islam. Semasa Daulah Khilafah Islam masih ada, umat Islam merupakan umat yang mampu menguasai apa jua ilmu pengetahuan yang ada. Umat Islam tidak mengambil semua ilmu yang ada pada masa itu sebaliknya mengkaji dahulu sebelum menerima pakai ilmu tersebut.

Daripada contoh-contoh psikologi tersebut, kita perlu tahu apakah ciri-ciri psikologi ini supaya kita mengenal faktanya dan seterusnya kita boleh membuat kesimpulan samada psikologi adalah ilmu atau pun tsaqafah. Ciri-ciri psikologi adalah pengetahuan yang diperoleh daripada penginderaan terhadap fakta, lalu fakta tersebut dihantar ke otak melalui pancaindera serta memberikan penafsiran atau keputusan berdasarkan maklumat awal dalam otak. Ini merupakan proses berfikir seseorang. Contohnya adalah teori otak, teori naluri dan kebenaran adalah relatif.

Menurut pandangan Islam, definisi ilmu adalah pengetahuan (knowledge) yang diperoleh melalui kaedah pengamatan (observation), percubaan (experiment) dan penarikan kesimpulan dari fakta empirik (inference) [An-Nabhani, 1994]. Contohnya : fizik, kimia dan ilmu-ilmu eksperimental lainnya. Manakal definisi tsaqafah adalah pengetahuan yang diperoleh melalui kaedah pemberitahuan (al-ikhbar), penyampaian (ar-talaqqi) dan penyimpulan dari pemikiran (istinbath). Contohnya : sejarah, bahasa, hukum, falsafah dan segala pengetahuan non-eksperimental lainnya.

Dalil keharaman mengambil tsaqafah asing, Allah SWT berfirman:

"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (TQS Ali-Imran:85)

Maka kesimpualannya, psikologi merupakan tsaqafah bukannya ilmu pengetahuan. Ini bermakna, haram untuk kita mengambil tsaqafah yang bertentangan dengan Islam. Mempelajari tsaqafah yang bertentangan dengan Islam hanya dibolehkan dalam rangka untuk dikritik bukan untuk diamalkan.

Wallahu'alam.

Sebuah Diari Di Kampus Kota

I wonder if you know

How they live in Tokyo

(Hai!)

If you seen it then you mean it

Then you know you have to go

Alarm handphone-ku berbunyi. Lagu itu membingitkan telingaku sekali gus menyentak tidur-ku. Kucapai handphone-ku (yang ada di sebelahku) untuk dimatikan. Arghh... terasa seperti baru nak lena. Kulemparkan perasaan cemburu, melihat teman di sebelahku yang masih enak dibuai mimpi. Namun ku gagahkan jua untuk terus bangun dari katilku yang empuk.. (hehe.. terlalu sedap kalau nak sambung tidur). Lantas, ku-terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri, untuk melaksanakan rutin harian-ku sebagai hamba Allah yang lemah di muka bumi.

Jam di meja belajar menunjukkan angka 5 pagi. Ku-berlalu ke sliding door di hadapanku (the place where I see KL tower and pemandangan KL dari KG Bharu..) Langit, masih gelap, masih belum menunjukkan fajar subuh. Bermakna aku masih sempat untuk bertahajjud, hanya 2 rakaat ditambah dengan witir, tidak berat dibandingkan dengan kerja-kerja yang mengerah keringat lainnya. Apatah lagi, ini adalah merupakan ibadah yang dilakukan oleh manusia terpilih. Saat berdoa, aku teringat hadis yang abah ungkapkan padaku satu ketika dulu, “Barangsiapa (bangun) di pagi hari dan urusannya adalah selain dari kepada Allah,maka Allah akan berlepas diri daripadanya. Dan barangsiapa (bangun) di pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, dia bukan dari golongan (Muslimin) itu” (Al-Hadis).

Sebagai seorang pelajar sekali gus sebagai selaku da’ie & hamba Allah di muka bumi ini, aku merasakan hadis ini sentiasa terngiang-ngiang di telinga-ku setiap kali aku bangun dari tidur. Sedang apa saudaraku di Afghanistan, Iraq, Palestin, Pakistan (Kashmir) dan negeri-negeri umat islam lainnya. Dan... apa yang terjadi jiran, kampung, daerah, dan negeri yang aku tinggal sekarang ini? tentu saja, bukan hanya berfikir tentang keadaan mereka. Namun, sebagai manusia beriman, kita ungkap segala kejadian dalam skop ideologi yang mencakup fikrah dan thariqah sebagai penyelesainya.

Allahuakbar Allahuakbar! Lamunan-ku terhenti. Azan subuh berkumandang. Langit yang sudah mula diwarnai dengan fajar itu. Kedengarannya jelas dari masjid kg Bharu. Tanpa berlengah, ku-kejutkan sahabatku untuk solat berjemaah bersama. Usai solat, kupersiapkan diri untuk ke kuliah (Fakulti Farmasi, hehe). Aku bersarapan dengan biskut kegemaranku, IKO bersama air masak.. air masak?? Agak pelik sebab biasanya orang minum bersama air panas, tapi inilah aku.. Aku ‘kurang minat’ bersarapan di kafe kampus, bukan kerana masakannya tidak enak tapi lebih selesa rasanya bersarapan di meja study-ku, di samping menjimatkan waktu nanti apabila sampai di sana.

Berjalan kaki bersama sahabatku adalah perkara biasa. Kadang berdua, dan kadang kala bertiga. Perjalanan ke kampus mengambil masa lebih kurang 5-8 minit. Itulah untungnya dapat kolej di Kg. Bharu (haha), walau kena bayar lebih untuknya. Seawal jam 7-8 pagi, banyak kenderaan telah menelusuri jalan raya. So, kena berhati-hatilah melintas jalan tanpa perlu berjalan terkedek-kedek, yang akan membuat kereta yang berlalu memberi hon kepada pelintas mana pun. Menggerunkan dan mencabar, berjalan dengan pantas untuk menyeberang, tapi itu perkara biasa juga bagi pelajar seperti kami.

Bila tiba di dewan kuliah, adegan yang akan berlaku setiap pagi adalah, cop-cop tempat (reserved chair le). Kelakar kan? Falsafah di sini adalah ‘first come first serve’, kerana majoriti pelajar tidak mahu duduk di bahagian belakang. Entah apa sebabnya, mungkin... (haha, fikir sendiri). Sabar. Itulah yang dapat kuungkapkan, apabila terpaksa berada di dalam dewan kuliah selama 4-5 jam. Hadis nabi, memperkuatkan lagi motivasi-ku berkenaan tentang menuntut ilmu, “Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim laki-laki dan perempuan”. Tidak hanya itu, malah Allah SWT memberikan keutamaan dan kemuliaan bagi orang-orang yang berilmu dalam firman-Nya di dalam Al-Qur`an surah Al-Mujaadilah ayat 11 : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”.

Atas dasar itulah, yang akhirnya membingkaikan keimanan di dalam dada, aku belajar (dan aku memilih bidang Farmasi). Namun, belajar farmasi bukanlah target utamaku, kerana sebagai hamba di muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada Ilahi, dan tugas utama dalah dakwah. Manakala belajar adalah salah satu daripada tugas yang telah Allah SWT taklifkan pada hamba-hambanya..

Tatkala langit semakin bertukar warna-warnanya. Sinaran teriknya bertukar menjadi sinaran malap yang menyingsing ke waktu petang, aku ke kelas tajwid di Yayasan Al-Quran KL (tempat di mana aku belajar tajwid yang aku rekemenkan kepada abah). Aku bangga mempunyai abah sepertinya. Tiada sebab untuk beralasan dalam mendidik jiwa dengan ilmu agama (termasuk belajar tajwid). Ini kerana, belajar al-Quran adalah salah satu daripada sekian banyaknya taklif (beban) yang telah Allah SWT fardhukan.

Waktu maghrib, adalah waktu yang akan kugunakan untuk melepaskan kepenatan, setelah melakukan aktiviti yang cukup panjang pada siang harinya. Kepenatan-ku, kebiasaannya diubati dengan hidangan yang dimasak oleh sahabatku tercinta. She’s cooked for me for dinner, sedap. Kami solat maghrib berjemaah. Kadang-kadang, usai solat berjemaah, diselangi dengan tazkirah yang disampaikan oleh diriku sendiri. bukan niat menggurui, bukan pula untuk meninggi diri. Tapi, hanya sekadar siraman rohani, dan nasihat kepada diri sendiri. Manusia adalah makhluk yang lemah, yang akan semakin jauh kepada Rob-nya (Tuhannya), tatkala jauh dari hal-hal yang ma’ruf. Bukankah Allah SWT ‘bertitah’ di dalam kitab suci-Nya untuk kita saling berpesan-pesan dalam kebaikan? Jadi sudah menjadi tugasku untuk mengubah pemikiran mereka..

Usai solat Isya’, aku meneruskan rutinku, mengulang kaji subjek-subjek yang telah aku pelajari siang tadi. Banyak nak cover ni. (huhu). Tidak ketinggalan, kitab-kitab Islami yang perlu aku kaji tentang tsaqafah Islam, kerana itu adalah kewajipan sebagai seorang muslimat, sekali gus sebagai hamlud dakwah. Tidak perlu lama, mungkin dengan membaca selembar muka surat, atau satu perenggan sehinggalah waktu ngantuk mataku kunjung tiba. Ummi pernah cakap, itukan lebih baik dari tak baca langsung, aku hanya tersengih je..Sekian..

"Cerita di atas adalah sekadar perkongsian hidup sebagai seorang pelajar dan mungkin juga ditokok tambah semata-mata untuk menghidupkan suasana. Cerita ini tiada kena-mengena antara yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..''

Feminisme dan Peranan Politik Wanita Dalam Islam

Gerakan feminisme di Malaysia sangat dipengaruhi oleh gerakan feminisme Barat yang lebih bermotifkan reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini mengeksploitasi pelbagai bentuk isu dalam masyarakat khususnya yang melibatkan wanita seperti isu kesetaraan gender, diskriminasi, poligami, pekerjaan, keadilan sosial dan sebagainya. Mereka menjadikan isu kesetaraan jantina sebagai asas perjuangan mereka. Oleh kerana itu, bagi mereka, untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi masyarakat, perlu wujud kesetaraan peranan antara wanita dan lelaki dalam segala bidang termasuk politik.

Peranan wanita Malaysia dalam bidang politik dilihat bermula dengan Halimaton Saadiah yang bertanding dalam pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955. Pelantikan Fatimah Haji Hashim sebagai Menteri Kebajikan Am pada 20 Mei 1969 semakin menyemarakkan penglibatan wanita dalam politik negara. Beliau yang memegang jawatan menteri dari tahun 1969 sehingga tahun 1973 merupakan satu-satunya menteri wanita pada masa itu. Setelah masa beliau, jumlah wanita dalam parlimen semakin meningkat. Bagaimanapun, penglibatan kedua-dua tokoh wanita di atas dalam pilihan raya telah menjadi pemangkin bagi para wanita untuk mengikuti jejak langkahnya dari masa ke semasa hinggalah ke pilihan raya tahun lepas. Wanita Malaysia terus melakar sejarah setelah berjaya merebut 24 kerusi parlimen dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang merupakan 10.81 % daripada 222 jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan, manakala sejumlah 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN) atau 7.92% dari 505 kerusi DUN telah berjaya ditawan.

Meskipun jumlah wanita yang berjaya menembusi tembok parlimen belum memenuhi kuota minima 30% seperti yang diharapkan, The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) percaya bahawa dalam jangka masa 7 tahun lagi, sasaran 30% jumlah wanita sebagai ahli parlimen akan dapat dicapai. Mereka merasa yakin kerana pada masa kini setengah dari jumlah pemilih adalah wanita selain dari ramainya calon wanita yang bertanding dalam pilihan raya tahun lepas. Bagaimanapun, mereka sangat menekankan bahawa dengan ramainya wanita dalam parlimen, masalah yang dihadapi masyarakat, khususnya yang melanda kaum hawa akan dapat diselesaikan.

Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya amat penting untuk kita persoalkan. Benarkah dengan bertambahnya jumlah wanita di parlimen, masalah wanita akan dapat di selesaikan? Mungkin kita perlu merenung dengan mendalam kisah yang terjadi di Argentina. Di negara Amerika Latin ini, jumlah wanita yang berada di Kongres Kebangsaan (National Congress) telah mencapai 40% tapi masalah wanita tetap tidak dapat diselesaikan. Kaji selidik yang dijalankan oleh The National Women's Council (Consejo Nacional de la Mujer, CNM) menerusi sebuah artikel yang terdapat di akhbar online iaitu Minuto Uno mengatakan bahawa setiap seorang dari tiga wanita Argentina telah mengalami penderitaan fizikal, psikologi, seksual dan keganasan ekonomi di dalam rumah. Selain itu, di wilayah Buenos Aires, 70 peratus daripada 9,000 hingga 11,000 panggilan kecemasan setiap tahun adalah panggilan yang berkaitan dengan kekerasan jantina [La NaciĆ³n 3 Dec. 2007; El Siglo 29 Sept. 2007]. Ini merupakan salah satu bukti bahawa banyaknya jumlah wanita di parlimen tidak menjamin permasalahan yang dialami kaum ini dapat diatasi.

Apa yang terjadi di Argentina sebenarnya adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan. Benarkah masalah yang dihadapi wanita adalah masalah gender (ketidak setaraan gender antara lelaki dan wanita)? Seandainya ini adalah benar, mengapa dengan ramainya jumlah lelaki di parlimen permasalahan yang dihadapi lelaki masih juga melimpah? Ini adalah kerana dari segi faktanya, sebahagian besar pencuri, pemerkosa, perompak dan penganggur adalah lelaki. Jadi, bagaimana atau apakah kesetaraan gender antara lelaki dan wanita yang sebenar? Perlukah wanita memimpin lelaki atau sebaliknya? Juga, apakah sebenarnya peranan wanita dalam politik?

Kesetaraan gender yang dibawa oleh golongan feminis ini sama sekali tidak ada dalam Islam. Idea ini muncul di Barat pada masa pencerahan (enlightenment era) ketika para wanita bangkit untuk menuntut hak-hak mereka. Ini terjadi kerana sebelum masa pencerahan, iaitu di zaman gelap (dark ages), para agamawan yang mengatasnamakan Tuhan telah mendominasi sistem di dalam masyarakat dengan tidak memberikan hak kepada wanita untuk terlibat dalam urusan umum seperti menuntut ilmu, bekerja di luar ataupun berpolitik. Bahkan yang paling ekstrem, keberadaan perempuan pun masih dipertikai: apakah mereka makhluk atau bukan? Amat memilukan kerana pada masa itu, wanita Eropah benar-benar telah kehilangan kemuliaannya.

Kesetaraan (equality) dalam perspektif Islam
Kondisi yang dialami para wanita di Barat sangat berbeza dengan yang dihadapi oleh para Muslimah di dunia Islam. Dalam dunia Islam, para wanita diperlakukan dan dilayani sebagai manusia, iaitu mereka (wanita) dan lelaki adalah makhluk Allah Subhanahu wa Taala. Selain itu, dalam dunia umum, wanita diberi kesempatan dan peluang untuk menimba ilmu dan berpolitik. Hal ini dapat kita lihat pada masa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan Umar bin Al-Khatab Radiallahu Anhu, yang mana Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam mengajarkan Al-Quran kepada kaum wanita dan juga menerima baiat dari dua orang perempuan pada masa Baiat Al-Aqabah II. Selain itu, pada masa Umar bin Al-Khattab Radiallahu Anhu ada seorang wanita yang menegur Umar kerana ingin menetapkan jumlah mahar perkahwinan.

Akan tetapi dari semua kesetaraan yang ada, kesamaan yang paling mendesak yang perlu kita sedari adalah adanya persamaan hak dan kewajiban untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam” [TMQ Ali-Imran:102].

Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak membezakan kemuliaan seseorang berdasarkan jenis kelaminnya tetapi menjadikan ketakwaan sebagai tolok ukur atau ‘standard’ kemuliaan seseorang. Jadi, inilah persamaan yang semestinya para wanita perjuangkan. Persamaan untuk menerapkan syariat Islam, untuk menjadi manusia yang bertakwa, serta manusia yang mulia di dunia dan akhirat. Justeru, seandainya wujud perbezaan peranan dan cara mengatur urusan wanita dalam Islam, itu bukanlah suatu masalah kerana yang menentukannya adalah Sang Pencipta lelaki dan perempuan iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jadi, apa pun peranan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan, pasti akan mendapatkan pahala di sisi-Nya. Di sini kita boleh menilai bahawa keadilan di dalam Islam adalah adanya kesamaan hak dan kewajiban untuk melakukan ibadah. Akan tetapi dalam hal peranannya, adil bukan bererti sama tetapi (adil) adalah menempatkan segala sesuatu sesuai dengan tempatnya. Alhamdulillah, untuk menghindari perdebatan di antara manusia, Allah menjadikan penentuan peranan antara lelaki dan wanita sebagai hak Nya.

Wanita sebagai pemimpin negara
Salah satu perbezaan peranan antara wanita dan lelaki adalah dalam masalah kepimpinan yang berhubung dengan pemerintahan. Untuk peranan ini, hanya lelaki yang diberi tanggungjawab oleh Allah Subhanahu wa Taala, sedangkan wanita tidak dibebani tanggungjawab ini. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

Tidak akan berjaya suatu kaum yang mengangkat seorang wanita sebagai pemimpin mereka”.

Hadis ini telah dinilai sahih dan terdapat dalam Kutub al-Sittah.

Akan tetapi, para feminis mengatakan bahawa hadis ini merupakan kebohongan yang dilakukan oleh Abu Bakrah. Alasan mereka, pada masa kekhalifahan Umar bin Khattab, Abu Bakrah pernah di sebat kerana memberikan kesaksian palsu tentang perzinaan Al-Mughirah dan Ummu Jamil sehingga hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diterima.

Pendapat mereka ini sebenarnya sejalan dengan para orientalis yang ingin menciptakan keraguan pada sumber autentik Islam iaitu Hadis Nabi. Mereka menuduh bahawa kerana kesaksian Abu Bakrah tidak diterima, maka segala hadis yang diriwayatkannya meskipun telah dinyatakan sahih oleh Al-Bukhari dan Muslim perlu untuk dikaji semula kesahihannya.

Dalam menyingkap permasalahan ini kita tidak boleh menjustifikasi bahawa dengan disebatnya Abu Bakrah merupakan bukti dia telah berbohong dan kesaksiannya tidak diterima selama-lamanya. Ini kerana pertama, adanya kaedah umum yang telah disepakati oleh ahli hadis bahawa semua sahabat adalah adil. Abu Bakrah merupakan sahabat Rasulullah seperti yang dinyatakan oleh Al-Hasan Al Basri, salah seorang ulama tabi’in yang terkemuka.

Tidak ada seorang sahabat pun dari sahabat-sahabat Rasulullah yang tinggal di Basrah lebih mulia dibandingkan dengan Imran ibn Husayn dan Abu Bakrah. Dia mempunyai banyak pengikut dan merupakan orang terhormat di Basrah”.

Kedua, periwayatan dan kesaksian merupakan dua fakta yang berbeza. Periwayatan bergantung pada penukilan orang yang adil serta kuat hafalan dari orang tersebut, mulai dari sumber berita yang pertama hingga terakhir. Periwayatan tidak memerlukan nisab, juga tidak ada larangan anak meriwayatkan dari orang tua dan saudaranya, periwayatan juga boleh dinukilkan atau diwakilkan melalui orang. Sedangkan kesaksian, selain adanya syarat adil dan terpenuhnya nisab, tidak dibenarkan anak menjadi saksi orang tua dan saudaranya. Kesaksian juga mesti berdasarkan kesaksian mata atau telinga secara langsung. Selain itu, adil dalam periwayatan berbeza dengan adil dalam kesaksian. Adil dalam periwayatan bererti Muslim, berakal, serta selamat dari faktor-faktor kefasikan dan terkikisnya muru’ah (kehormatan diri). Sebaliknya, adil dalam kesaksian bererti konsisten, iaitu bersikap “preventif” (mencegah) terhadap apa yang dianggap orang sebagai tidak konsisten.

Sebenarnya dalam kes Abu Bakrah, beliau disebat (dihukum) kerana salah satu syarat kesaksian ialah terpenuhnya nisab (zina - 4 orang saksi) tidak terjadi. Ziyad, salah seorang saksi, menarik kembali kesaksiannya ketika tiba di Madinah. Setelah Abu Bakrah disebat 80 kali, Umar meminta beliau untuk bertaubat, tetapi beliau menolak. Umar lalu mengatakan bahawa dirinya akan disebat lagi jika tetap tidak mahu bertaubat. Dalam situasi ini, beliau memilih untuk disebat daripada menarik kembali kesaksiannya dan bertaubat. Sikap ini menunjukkan bahawa beliau konsisten atau adil. Beliau tetap mempertahankan pendapat beliau. Selain itu Umar telah mengakui bahawa dia menjatuhkan hukuman sebat kepada Abu Bakrah hanya agar kelak kesaksian Abu Bakrah dapat diterima kembali.

Jadi, sebenarnya tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa Abu Bakrah telah berbohong. Yang perlu dipertanyakan adalah Ziyad: Mengapa setelah di Madinah dia menarik kesaksiannya? Tidak ada penjelasan kenapa Ziyad berubah fikiran, tetapi pada masa Muawiyah, Ziyad telah dijatuhi tuduhan oleh Muawiyah atas “kebohongan” dalam kesaksiannya yang menyebabkan Abu Bakrah disebat. Tetapi Abu Bakrah melarang Muawiyah untuk melakukannya. Setelah kes ini, Abu Bakrah bersumpah untuk tidak berbicara dengan Ziyad yang masih saudara seibunya itu hingga meninggal dunia. Ziyad pun akhirnya memenuhi tuduhan Muawiyah dan berusaha mendekati anak-anak Abu Bakrah untuk menebus kesalahannya. [lihat Ibn Sa’ad, at Thabaqat al-Kubra, juz VII, hlm 15].

Oleh kerana Abu Bakrah terbukti tidak bersalah, maka berdasarkan hadis yang diriwayatkannya, haram hukumnya bagi perempuan untuk menjadi pemimpin negara. Persoalan seterusnya justeru, bolehkah perempuan berpolitik?

Politik Wanita dalam Pandangan Islam
Sebelum melanjutkan pada pembahasan politik perempuan dalam pandangan Islam, perlu diketahui bahawa politik dalam Islam sangat berbeza dengan politik dalam pandangan sekularisme. Tujuan berpolitik dalam Islam bukanlah untuk meraih kekuasaan seperti yang terjadi pada masa kini sebaliknya tujuan politik adalah ‘ria’yah asy-syu’un al-ummah’ (mengatur urusan umat). Mengatur urusan umat bererti menjamin seluruh permasalahan umat diselesaikan dengan aturan Allah. Jadi, kemampuan berpolitik bukan hanya menjadi hak dan kewajiban para penguasa, malah seluruh umat Islam, termasuk kaum wanita.

Sayangnya hal ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam, menyebabkan mereka terjebak dalam sistem demokrasi yang membawa bencana pada diri mereka sendiri. Tidak ketinggalan dengan para Muslimahnya yang mana atas nama demokrasi, mereka menuntut hak untuk duduk di Parlimen, seterusnya menggubal undang-undang yang dapat “menguntungkan” kaum perempuan. Padahal, seharusnya mereka tahu bahawa pada hakikatnya, siapa pun yang menduduki kerusi parlimen adalah manusia-manusia yang ingin mensejajarkan dirinya dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam membuat hukum. Dengan hanya berusaha meraih suara majoriti, mereka dengan berani membuat hukum yang akan diterapkan, walhal hak membuat hukum itu hanyalah pada Allah. Padahal kepada siapa mereka akan kembali dan kepada siapa mereka akan mempertanggungjawabkan semua perbuatan mereka kalau bukan kepada Allah Subhanahu wa Taala, yang telah menciptakan mereka.

Kewajiban berpolitik sebenarnya merupakan sebahagian dari dakwah Islam. Islam mewajibkan seluruh kaum Muslim sama ada lelaki mahupun wanita untuk berdakwah mengajak kepada yang maaruf dan menjauhi yang mungkar. Amar maaruf nahi mungkar ini bermaksud menyeru untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan menerapkan seluruh hukum syariat-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” [TMQ Ali-Imran (3):104].

Perlu kita ketahui, ayat ini diturunkan di Madinah yang merupakan negara Islam dan hukum-hukum yang diturunkan di Madinah bukan hanya mengatur bagaimana cara beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja, tetapi juga yang mengatur sistem kehidupan. Pada saat itu, hukum-hukum yang mengatur masyarakat seperti sistem kewangan (dinar-dirham), politik luar negara, uqubat, sistem ekonomi, sistem kewangan, pemerintahan dan pendidikan telah diturunkan. Oleh karena itu, agar kaum Muslimin dapat menjalankan kewajipannya untuk melakukan amar maaruf nahi mungkar mereka harus memiliki kesedaran berpolitik. Oleh yang demikian, sama ada lelaki mahupun wanita, mereka mempunyai hak yang sama untuk berdakwah amar maaruf nahi mungkar.

Dalam hal ini juga, kita mestilah membezakan persoalan pembabitan wanita di dalam politik dengan pembabitan wanita di dalam pemerintahan. Seorang Muslimah dibolehkan, malah diwajibkan berpolitik, namun diharamkan menjadi pemerintah atau apa jua jawatan yang terkait dengan pemerintahan. Manakala untuk menjadi ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri di dalam sistem demokrasi dan terlibat di dalam proses penggubalan undang-undang yang dibuat di situ, maka ia adalah haram baik bagi wanita mahupun lelaki.

Khatimah
Lelaki dan wanita dalam Islam memiliki hak dan kewajipan yang sama untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kebahagiaan yang mereka capai juga sama iaitu menggapai keredhaan Allah Subhanahu wa Taala. Tujuan hidup inilah yang semestinya menjadikan lelaki dan wanita menerima segala peranan yang telah ditetapkan oleh Al-Khaliq. Pada saat dan ketika ini, menegakkan kembali Khilafah sebagai sebuah institusi yang menerapkan dan menjaga syariat Islam adalah merupakan satu kewajipan untuk seluruh umat Islam sama ada lelaki mahupun wanita. Di sinilah sebenarnya ruang yang diberikan Allah Subhanahu wa Taala kepada wanita untuk terlibat dan terjun ke dalam dunia politik.

Wallahu ‘alam

The Best of Love



Ketika saya memasuki lif untuk ke kuliah beberapa hari lalu (saya rasa lebih tepat adalah minggu lepas), saya terpandang dan terkesima dengan kertas iklan yang tertampal di dinding lif tersebut.. Kertas iklan tersebut sebesar kertas A4 berwarna kuning cair.. Ada 3 column semuanya dan lain-lain keterangan di sebelah kiri kertas iklan. Column-column tersebut memuatkan 3 sajian utama (beserta gambar makanan tersebut) di salah sebuah restoran di kolej saya.. Restoran ini agak ber'style' hotel saya rasa.. Saya sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke sana tetapi memandangkan rakan serumah pernah merasai makanan di situ, maka harganya boleh tahanlah mahal..

Seterusnya saya mengamati nama-nama sajian tersebut. Nama-nama sajiannya amat mencerminkan betapa hebatnya cinta.. Benarkah begitu? Adakah ianya sehabat cinta Yang Maha Besar?? Dalam hati saya berkata, "Awalnya restoran ni promote sajian sempena Hari Valentine." Mujurlah ketika itu hanya saya seorang sahaja di dalam lif, dapatlah saya mengingati nama-nama sajian tersebut (bukannya apa, sedap sangat nama sajian tu)..

Special Valentine's Day Menu:

The Glory of Love RM50.00 nett per person

Endless Love RM100.00 nett per person

A Fine Romance RM70.00 nett per person


14 Februari bakal menjelma lagi.. Ia merupakan hari yang dinanti-nantikan bagi pasangan-pasangan yang hangat bercinta (saya kira) sama ada yang non Islam mahupun Islam, lebih-lebih lagi golongan muda-mudi.. Ia juga merupakan hari di mana pasangan kekasih meluahkan rasa cinta dan isi hati kepada insan tersayang. Mereka, remaja muslim khususnya merayakan Valentine Day dengan memberikan coklat kepada sang arjuna hati dan juga saling bertukar-tukar hadiah sebagai tanda sayang.

Kalau kita meneliti fakta dengan pemikiran yang jernih dan benar, sebenarnya Hari Valentine tiada kena mengena langsung dengan kasih sayang. Banyak versi telah memperkatakan mengenai Hari Valentine. Namun semua sejarah tiada satu pun menyatakan tentang kasih sayang. Jadi di manakah relevennya bila ramai yang mengatakan hari Valentine merupakan hari untuk meluahkan rasa kasih dan juga sayang? Beberapa sejarah berkenaan Valentine menunjukkan bahawa hari tersebut hanya sarat dengan aktiviti kemaksiatan iaitu seks bebas. Valentine sendiri diambil sempena nama salah seorang pendeta yang dihukum pancung kerana memaksakan ajaran Kristian kepada bangsa Rom ketika itu, iaitu St. Valentine.

Menurut The Word Book Encyclopedia 98, Hari Valentine merupakan perayaan lupercelia (dewa masa Rom Kuno). Pada tahun 496 M Katolik memasuki Rom dan Hari Valentine menjadi tradisi upacara suci gereja Katolik. Sedangkan menurut The Caholic Encyclopedia vol. XV, Hari Valentine merupakan perayaan upacara kemaatian St. Valentine.

Dalam pandangan Islam, perayaan Hari Valentine merupakan kebudayaan barat yang wajib ditinggalkan oleh remaja muslim. Ini kerana setiap perbuatan muslim mestilah terikat dengan dengan hukum syara'. Hukum syara' yang lima iaitu wajib, haram, mubah (harus), sunat dan juga makruh. Hari Valentine merupakan budaya yang bukan dari Islam. Maka, merayakan hari ini adalah haram. Allah SWT mengancam setiap muslim yang mengambil budaya bukan dari Islam dalam kehidupan sehariannya.

Tiga perkara penting yang harus dilakukan bagi menghapuskan kebudayaan barat ini.

Pertama : umat islam harus menyedari hakikat penciptaannya di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Dengan mengkaji islam, maka seorang remaja Islam akan memahami aturan-aturan yang telah diperintahkan dan dilarang yang perlu diamalkan.

Kedua : pengawalan masayarakat yang kuat seperti kewajiban berdakwah atau mengingatkan umat Islam yang menyimpang dari aturan-aturan Islam.

Ketiga : negara harus menerapkan aturan Islam secara Kaffah (menyeluruh), sehingga membentuk suasana kondusif umat Islam supaya tetap menjalankan aturan-aturan Islam kaffah dalam kehidupan harian.

Bangkit dan berjuanglah demi untuk menyelamatkan diri kalian dari api neraka. Kehidupan dunia ini hanyalah sementara, sebagai tempat persinggahan untuk kita tunduk dan patuh kepada perintahNya, di dalam perjalanan kita mencari kebahagiaan di alam abadi. Justeru, bersama-samalah kita bergerak untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan mengikuti jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alahi wa Sallam iaitu dengan mendirikan Daulah Islamiyyah, sebuah pemerintahan yang diredhai oleh Allah, yang dengannya, akan kembalilah rahmat Allah ke alam ini dan seterusnya menyelamatkan kalian dari azabNya di alam yang akan datang.

Sebelum saya menoktahkan nukilan saya yang telah tersimpan beberapa hari ini, saya ingin kongsikan dengan para pembaca bait-bait lirik nasyid Muhasabah Cinta, Edcoustic.. Terima kasih kepada sahabat saya iaitu Siti Nursafarina bt Muhd Sabri kerana sudi berkongsi lagu ini denganku..

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Rujukan : HTIndonesia dan MyK

Sejauh Mana Kasihmu


Assalamualaikum,


Sejauhmana kasihmu pada Nya?

Sanggupkah pembuktian cinta sehebat junjungan Mulia?

Diawal fasa dakwah dan pembinaan melahirkan generasi bertaqwa

Fitnah, kezaliman dan propaganda kafir Quraish tak kunjung reda

Pemboikotan selama 3 tahun yang serba menyiksa.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Qs. Al-Baqarah [2]: 155).


Sejauh mana cintamu pada Nya?

Istiqamah dengan perjuangan hingga Izrael tiba

Optimis dengan rahmat Allah setiap ketika


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Qs. Al-Baqarah [2]: 218)


Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Qs. Al-Zumar [39]: 53)


Berpegang teguh pada prinsip Islam

24jam sehari dari pagi hingga ke malam


"(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran". (Qs.. Al-Zumar [39]: 9)


Sejauh mana rindumu pada janji Nya?

Sanggup berkorban demi menegakkan Deen-Nya?

Halal-haram, Dosa-pahala, Syurga-Neraka jadi standard perbuatan

Menyusun perintah dan larangan mengikut keutamaan

Bukan sekadar mencari manfaat dan menghindar kemudaratan

Tetapi demi mengelak ancaman dan siksaan.


"Andaikata seorang mukmin mengetahui siksaan yang ada di sisi Allah, maka seorang pun tidak akan ada yang tidak mengharapkan surga-Nya. Dan andaikata orang kafir mengetahui rahmat yang ada di sisi Allah, maka seorang pun tidak akan ada yang putus harapan dari surga-Nya". (Mutafaq 'alaih)


From CM - Man ahabba syai'an aktsara min zikrihi


Marriage : what do you think??

Pagi yang indah dan mendamaikan ketika saya bangun dari tidur.. Nyamannya rasa.. Tapi kedamaian itu menghilang tatkala bunyi bising kenderaan lalu lalang di sekitar Kampung Bharu.. Pagi-pagi lagi warga KL telah keluar rumah untuk mencari rezeki.. Kebisingan itu merupakan perkara biasa sebagai pelajar di sini (seperti saya), pelajar yang tinggal di Jalan Raja Muda Abdullah dengan kata lain adalah rutin yang perlu dihadapi dengan tenang dan gembira.. hehehe.... Lebih tepatnya di bandaraya Kuala Lumpur, yang memang terkenal dengan tumpuan orang..

Selepas itu, saya terus switch on 'my honey' (laptop).. Sebenarnya saya masih mencari-cari apakah yang ingin ditulis untuk blog saya sejak kebelakangan ini.. Telah beberapa hari saya cuba mengumpul idea untuk menulis, tapi tidak kunjung tiba.. Lalu file 'Tsaqafah' di my documents saya klik dan beberapa artikel saya baca.. Susah juga ye.. Lebih kurang beberapa minit, akhirnya saya jumpa apa yang ingin dicari.. Jadi, posting 'Marriage' ini adalah sekadar hiburan semata-mata.. Tiada kena mengena antara yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..

Sebenarnya saya ingin me'release'kan tension dan stress kerana mid term exam yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi.. Kena baca dan ulangkaji nota serta buku (pelbagai sistem tubuh dan terapi, analisis farmaseutikal, teknologi farmaseutikal 2, aseptik teknik dan juga antiinfektif & pelbagai rawatan kemoterapi), kena bajet tekun dan rajin..hehehe..

Anyway,
to all my friends (especially pharmacy students UKM 2nd year 08/09), all the best and best of luck for the coming mid term exam!!


MARRIAGE



Marriage - Part I


Typical macho man married typical good-looking lady and after the wedding, he laid down the following rules:


" I'll be home when I want, if I want and at what time I want and I don't expect any hassle from you. I Expect a great dinner to be on table unless I tell you That I won't be home for dinner. I'll go hunting, fishing, boozing and card-playing when I want with my old buddies and don't you give me a hard time about It. Those are my rules. Any comments?"


His new bride said, " No, that's fine with me. Just understand that there will be sex here at seven o'clock every night ...whether you're here or not ."


(DAMM SHE'S GOOD!)


*****************************************


Marriage (Part II)


Husband and wife had a bitter quarrel on the day of their 40th wedding anniversary!


The husband yells, " When you die, I'm getting you a headstone that reads:

" Here Lies My Wife - Cold As Ever "


" Yeah?" she replies. " When you die, I'm getting you a headstone that reads:


"Here Lies My Husband Stiff At Last "


(HE ASKED FOR IT!)


****************************************


Marriage (Part III)


Husband (a doctor) and his wife are having a fight at the breakfast table.


Husband gets up in a rage and says, " And you are no good in bed either," and storms out of the house.


After sometime, he realizes he was nasty and decides to make amends and rings her up. She comes to the phone after many rings, and the irritated husband says, "what took you so long to answer the phone ?"


She says, " I was in bed."

" In bed this early, doing what?"

" Getting a second opinion!"


(YEP, HE HAD THAT ONE COMING, TOO!)


*****************************************


Marriage (Part IV)


A man has six children and is very proud of his achievement. He is so proud of himself, that he starts calling his wife, " Mother of Six" in spite of her objections.


One night, they go to a party. The man decides that it's time to go home and wants to find out if his wife is ready to leave as well. He shouts at the top of his voice, " Shall we go home 'Mother of Six?'


His wife, irritated by her husband's lack of discretion, shouts right back, " Anytime you're ready, Father of Four."


(RIGHT ON, LADY!)


******************************************


Marriage (Part V) The Silent Treatment


A man and his wife were having some problems at home and were giving each other the silent treatment. Suddenly,


The man realized that the next day, he would need his wife to wake him at 5:00 AM for an early morning business flight. Not wanting to be the first to break the silence (and LOSE),


He wrote on a piece Of paper, " Please wake me at 5:00 AM." He left it where he knew she would find it.


The next morning, the man woke up, only to discover it was 9:00 AM and he had missed his flight. Furious, he was about to go and see why his wife hadn't wakened him, when he noticed a piece of paper by the bed. The paper said, "It is 5:00 AM. Wake up."


***********************************


Just for fun!! (^_^)





 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat