Showing posts with label kehidupan wm. Show all posts
Showing posts with label kehidupan wm. Show all posts

Filem dan Mentaliti

Biasalah time nak exam, idea nak menulis kat sini memang mencurah-curah bagaikan bah. :P Next week punya paper but a lots of film already watched. And mostly of course English film not Malay. Honestly said, saya memang tak minat nak tonton filem-filem Melayu nih sebab the story mostly tentang cinta. Kalau ada pun tentang keislaman atau islamik, pastinya ada cinta diselitkan. Malah cinta islamik yang dijajakan. And a bit tentang gejala sosial yang realitinya memang berlaku kepada remaja-remaja Malaysia. Secara kesimpulannya, jalan cerita filem Melayu memang tak berapa nak match dengan selera saya kecuali filem-filem terbitan KRU. That want memang awesome sebab effect filem. Hehehe.

Oklah, rasanya tak pernah terlintas langsung saya nak cerita tentang any film or anything yang berkaitan cerita. Sebab saya sendiri tak nak orang fikir yang saya nih, "wah!! tengok movie juga dia nih." Well, tak boleh dinafikan I loves watching movies but not in cinema just in front of laptop ok. And a year ago, with my partner, Mr Husband. He always accompany me to watch together especially animation movie. Apatah lagi baru-baru nih saya sudah jumpa website yang boleh download filem dengan puas hati tanpa perlu ke Utube. Tahu jelah UTube tuh, bukan semua animation they're uploaded. Lagipun, di situ individu yang share the movie. But this website, memang ada semua kategori filem dari animation, fantasy sampailah ke horror. All in one. Itupun mujur my sister yang inform. Sebab saya tak pergi ke cinema for movie. 

The animation that we watched together at home, UP.


Masalah dengan filem-filem yang diterbitkan nih, sometime not real. Hahaha. Dah nama pun ceritakan, takkanlah bebetul. Tapi the story yang dibawa oleh director memang saya boleh assume the mentality of the person. Let's say the story about Islam. Kita akan lihat betapa orang Barat nih memang akan menghentam muslim. Mereka akan buat cerita seolah-olah Muslims are terrorist. But most of the film memang akan tuding jari ke orang Islam. This is one of the agenda of kufar Barat from film. Contoh filem aksi Taken 2 lakonan Liam Neeson. Lokasi penggambarannya ada Muslims. Kalau ikut maklumat google, di Albania. Dari situ orang akan fikir, Muslims are terrorist. Itupun kalau orang yang tengok cerita tu observe the film lah.

Ada juga filem yang meletakkan manusia itu lebih hina dari binatang. Allah SWT telah berfirman di dalam surah At-Tin ayat 4:

 لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

yang bermaksud: "Verily, We created man of the best stature(mould) (Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian)."*

*Untuk huraian dan tafsiran ayat dengan lebih jelas, boleh rujuk kitab tafsir ye.

Kenapa saya mengatakan demikian? Kerana fikiran manusia sudah terlalu maju (ikut tafsiran Barat ye), maka mereka cuba untuk menghasilkan sesuatu yang menyerupai binatang. Dalam bahasa lembutnya, haiwan. Elok-elok manusia itu adalah satu susuk tubuh yang memang sudah cantik dengan funsi-fungsi organ yang telah Allah SWT aturkan, mereka (orang-orang Barat) nih cuba untuk merubah sesuatu di luar naluri dan penciptaan al-Khaliq. Kononnya untuk mencipta sistem gastrointestinal (sila google) yang berterusan antara satu manusia dengan manusia lain, tetapi masyaAllah. Tak tahu saya nak cakap. Sampai saya dua malam susah untuk lelapkan mata memikirkan cerita tuh dan pemikiran manusia yang bukan lagi menggunakan akal yang waras. Manusia-manusia. Kalau tamadun sudah tak tahu maju ke tidak, rasanya macam dah balik semula ke zaman batu. Aishh..

Penceritaan sebuah filem sebenarnya menggambarkan siapa manusia itu, bagaimana mereka berfikir dan apa yang mereka cuba sampaikan. Kita jangan tengok cerita just for fun. There's a few messages inside the film that we should take note. Samada good or bad itu lain cerita. Tetapi mesti ada sesuatu yang disampaikan (please excluded love). Memang saya tak boleh lupa how they're treating other people like an animal. Owh, no!! Hahaha.

Note : 
Happy exam everyone!!
Don't forget this coming Sunday, there is a seminar for you (read: Muslimah only!!) to attend (for those who has no paper on Monday). Kindly click http://www.mykhilafah.com/ for more details. And to support us, please like this page, MHTM.  Thank you.

The animation that we watched together again at home, Legend of the Guardians.

Kelantanese. Why??

Perjalanan pulang dari KL memaksa saya untuk menaiki monorail dan lrt untuk sampai ke rumah. Laluan pulang saya petang semalam berlainan dari minggu-minggu sebelumnya. Kenderaan awam penuh! Tertanya-juga saya atas sebab apa penuh memandangkan jam baru menginjak angka 4. Ada lagi 1 jam untuk kenderaan awam penuh kalau ikut kebiasaan hari-hari lain.

Saya mencari tempat duduk yang sesuai dan selesa di dalam lrt. Gerabak kegemaran penuh dengan pelajar sekolah. Saya berlari ke gerabak seterusnya, penuh juga tapi masih ada ruang kegemaran saya di dalam lrt tersebut. Pelajar sekolah lagi. Chinese. Saya tak faham apa yang dibincangkan mereka. Ada pelajar india di antara mereka, memegang buku latihan PMR. Haa, baru saya teringat! Itu merupakan hari terakhir PMR 2012 bagi yang tidak ambil subjek bahasa lain. Juga PMR terakhir buat adik saya. Alhamdulillah.

Mujur mereka tidak lama. Dua stesen seterusnya mereka sudah turun. Saya termenung seketika.
Tiba di stesen Masjid Jamek yang terkenal dengan ramainya manusia, saya terlihat sebuah keluarga kecil. Ibu, ayah dan dua orang kanak-kanak lelaki comel. Si abang iras wajah ibu dan si asik saya tidak pasti. Ibunya cantik dan usia kanak-kanak comel itu seusia si cilik saya kalau tak silap.

Pada mulanya gelagat mereka tidak saya endahkan seperti manusia lain di dalam lrt itu. Namun perhatian saya teralih kepada mereka apabila tiga gadis yang berpaut di tiang berhampiran saya bercakap tentang mereka terutamanya anak kecil yang sedang disusukan dengan susu botol.

"Alahai, comelnya!!" 

Itu antara ungkapan saya dengar daripada salah seorang gadis tersebut. Gelagat gadis-gadis itu buat saya tertarik untuk memerhatikan keluarga kecil itu.

Tiba di stesen Tasik Selatan, tiga gadis tadi beredar keluar. Mata saya masih setia memerhatikan keletah dua kanak-kanak itu. Bila si ibu beralih tempat untuk mencari tiang memaut anaknya yang kecil, si abang ikut sama. Tetapi si abang bawa sekali dengan beg plastik yang ada berdekatan ayahnya. Si abang bercakap loghat kelantan dengan si ibu. Alahai.. Orang kelantan. Seronok tengok anak kecil itu bercakap.

Sebenarnya ketika saya memerhatikan ibu bapanya, saya tertanya-tanya loghat apa yang mereka guna. Percakapan mereka perlahan untuk saya dengari. Bukan bermaksud saya ni 'busybody' tapi loghat yang mereka gunakan tidak seperti saya.

Si abang beria-ria meminta tolong ibunya untuk membukakan plastik itu. " Ibu, tolong buka." "Nantilah, dah nak sampai ni." Perbualan itu berulang hampir empat kali. Saya terus memerhatikan si abang. Dek kerana si ibu tidak mahu melayan sangat keinginan anak sulongnya itu, maka si abang berusaha juga untuk membukanya.

Mula-mula dicubanya dengan tangan, kemudian dengan tangan lagi. Setelah beberapa cubaan gagal, si abang terus menggigit plastik itu sampai terkoyak sehingga mencuri perhatian ai ayah yang dari tadi termenung jauh. Tergelak saya sendirian. Owh, kanak-kanak! Lagi seronok sebab dia orang kelantan. Owh my!! Rindunya saya suasana di Kelantan.

Pemandu Kereta Kurang Beretika

Setelah 4 tahun mempunyai lesen kereta, 2 tahun kebelakangan ini adalah kerap memandu sendiri. Banyak kerenah pemandu yang dapat dilihat. Samada di tengah-tengah bandar ataupun di jalan-jalan kampungan. Walaupun belum mempunyai kereta sendiri, tetapi sudah beberapa jenis kereta sudah dipandu. Dari kereta buatan Malaysia sehingga kereta import. Semuanya orang yang punya. Hehehe. Jadi, dapatlah bezakan kesedapan memandu dan kehebatan memakai kereta yang sangat bagus seperti Peugeot dan Honda (kira macam test drive untuk beli kereta akan datang).

Ok, Mari saya tanyakan beberapa soalan. Berapa kerap anda menggunakan signal kereta untuk belok ke kiri atau ke kanan? Jarang-jarang? Kadang-kadang? Atau hanya bila perlu sahaja? Bagi saya, setiap kali hendak belok HARUS menggunakan signal. Mengapa? Ketidakprihatinan anda tentang perkara itu boleh mengundang bahaya kepada pemandu lain terutamanya penunggang motosikal. Melalui pemerhatian saya sepanjang memandu samada semasa sesak atau lenggang, pemandu kereta mewah seperti Toyota dan Honda biasanya kurang menggunakan signal. Agaknya mereka ingat mereka kereta besar, boleh lanyak kereta biasa-biasa je kot. Hon sekali sekala puas hati juga. Tapi itu juga etika yang tidak bagus ya.

Kalau bab traffic light seperti gambar di bawah ini, mesti ramai yang sakit hati kan?

sumber gambar: facebook
Saya juga pernah buat. Itupun sebab tersilap jalan. Mungkin hal itu boleh dimaafkan tapi kalau selalu? Siapa tahu. Ada juga sesetengah kereta yang berhenti ketika lampu merah, berhenti di laluan yang salah. Lebih-lebih lagi kalau penunggang motosikal selalu berhenti di laluan tersebut. Sebab kadang-kadang lampu hijau menyala masanya adalah lain untuk terus dan belok. Sekiranya kereta ingin terus berhenti di laluan belok manakala motosikal ingin belok berhenti di laluan belok, tidakkah itu membahayakan penunggang motosikal tersebut? Lebih-lebih jika motosikal tiba ketika lampu hijau terus baru sahaja menyala. Don't be too selfish, young man.

Sebagai kesimpulan, signal harus digunakan setiap kali ingin ubah laluan, mesti tahu laluan mana yang perlu dilalui, berhenti dan sebagainya serta kurangkan menggunakan hon ya. Guna bila keadaan genting sahaja. Jangan guna ketika marah atau sakit hati. Assalamualaikum.

Salam Lebaran dari Shira & Suami

Assalamualaikum,

Salam 11 Syawal 1433H. Saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Taqabbal allahu minna wa minkum Eid Mubarak. Semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Mudah-mudahan Allah SWT menerima amalan kita selama sebulan Ramadhan di mana segala ibadah pahalanya digandakan. InsyaAllah.

Alhamdulillah, tahun pertama saya beraya sebagai isteri dan masih berdua. Raya pertama di rumah ibu bapa saya dan malamnya terus ke rumah mertua di selatan. Setelah hampir 10 tahun tidak melakukan aktiviti ziarah-menziarahi sanak saudara, maka pernikahan hampir berusia setahun ini memaknakan silaturahim kekeluargaan. Ya Allah! Betapa Kau Maha Penyayang. Betapa silaturahim yang diputuskan tidak lama dulu diganti dengan keluarga baru yang benar-benar memahami erti tali persaudaraan. Kita manusia, manusia adalah insan yang lemah. Malah, manusia sering berbuat dosa dan kadang-kadang 'lupa' bertaubat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka." (TQS Muhammad [47]: 22-23).

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan
hubungan kekeluargaan.”
(Hadits riwayat Muslim).

Kepada insan yang dirindui dari jauh (saudara ya), Selamat Pengantin Baru, Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair buat pasangan baru Uda dan suami. Semoga Allah redha. Ameen.



Peringatan bersama khususnya untuk diriku ini : - "Lazimkanlah dirimu dengan istikharah tatkala ingin membuat keputusan agar Allah redha, lazimkanlah dirimu dengan tahajud tatkala ingin mendapatkan kekuatan agar Allah sentiasa menguatkan, lazimkanlah dirimu dengan solat hajat tatkala menginginkan agar Allah memakbulkan mengkut redha & izinNya." (sahabat 2012) .

Persiapan Menyambut Perkahwinan 4 : Hantaran & Mahar

Assalamualaikum wbt,

Hanya tinggal tak sampai 24 jam untuk 2012 menjelma. Banyak entri yang belum disudahkan untuk 2011. Nampaknya, akan ada multiple entri untuk hari ini. Tapi tak pasti mampu atau tidak.

Cuti sekolah juga sedang meniti hari-hari akhirnya, sama seperti saya yang meniti saat-saat akhir di minggu ulangkaji. Huhuhu. Seperti biasa, ayat selalu, "terlalu banyak yang hendak dikongsikan, tapi terlalu banyak kekangannya." Memandangkan 2011 bakal melabuhkan tirainya, dan musim dua insan bersatu hati juga telah berakhir untuk 2011, tidak salah rasanya multiple entry adalah berkenaan perkahwinan :P juga hanya santai-santai ya.

Kalau seseorang wanita hendak kahwin, mesti dia fikirkan maharnya. Berapa yang ingin diminta? Adakah permintaannya membebankan pihak lelaki? dsb. Bagi kaum adam pula, pasti pening kepala sekiranya pihak perempuan meminta melebihi bajet dan keringat kerjanya. Mesti kaum adam akan kurus sebelum kahwin. :D. Jangan marah ya, sekadar melihat realiti yang ada. Hehehe. Apa yang memeningkan pasangan ini, biasa jumlah hantaran yang beribu ribu. Bukan maharnya. Sedangkan dalam Islam, mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya atas sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mahar mereka ". (Surah An-Nisa':4)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan mahar walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." (Riwayat Bukhari ) 


Mahar itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada kedua-dua belah pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut. Tambahan pula, hukum syarak tidak menggalakkan mahar yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

"Sebaik-baik mahar ialah yang lebih rendah". (Riwayat Abu Daud)

Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". (Riwayat Ahmad) 

Ada juga sabda Nabi SAW yang bererti, "Di antara keberkahan seorang wanita ialah yang mudah urusannya dan murah maharnya." (Hadits Shahih Riwayat Abu DawudVI/77&91, Ibnu Hibban 1256, Al-Bazar III/158, Ath-Thabrani dalam Mu'jamus Shaghir I/169 dst...)

Jelas bukan? Bukan hantaran tetapi mahar. Kalau ikut adat orang Melayu, mesti ada hantaran, Itu tidak salah sebab saya juga ada hantaran tapi tidaklah sampai berbalas dulang kerana tidak mahu menyusahkan lelaki. Nanti apa orang kata? Kita buat biasa, orang pun takkan kata apa-apa. Yang penting, mesti ikut syariat. Dari pencarian jodoh sehinggalah mendirikan rumah tangga, InsyaAllah.

Mahar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri, huhuhu.. RM300 untuk Selangor.


Persiapan Menyambut Perkahwinan 3 : Kursus & Borang-borang


Alhamdulillah, sudah bukan 'newly wed' lagi setelah majlis kedua-dua belah pihak selesai pada 10.12.11 yang lalu. Kesibukan menyiapkan manuskrip untuk disemak sebelum dihantar kepada fakulti, benar-benar membuatkan saya buntu untuk mengupdate entri. Lebih seminggu blog ini tidak berentri baru. Sementelah masih segar bugar lagi nih, saya akan menceritakan persiapan lahiriah satu persatu dengan entri yang berbeza walaupun hampir masuk bulan ke-3 usia pernikahan saya. Apa-apapun, baca entri nih dulu ye, Persiapan Menyambut Perkahwinan 1 dan Persiapan Menyambut Perkahwinan 2 untuk memudahkan pemahaman dan juga keterbukaan hati untuk segera menikah. Hee.

Kalau diikutkan peredaran zaman, masa ibu bapa saya dulu tak perlukan semua nih. Apatah lagi ketika zaman pemerintahan Jepun di Malaya iaitu zaman nenek saya kecil-kecil dulu. Tapi sekarang, semua perlukan benda nih. Kalau takda, makanya tidak berkahwinlah jawabnya. Sobss. 

Apa dia bendanya? - Kursus pra-perkahwinan.


Saya pergi masa akhir bulan April yang lalu. Betul-betul ketika saya habis final exam semester lepas. Alhamdulillah. 1 hari setengah. Sakit juga pinggang duduk lelama kat dewan tuh. Huhuhu. Apa yang penting, saya dapat sijil yang berharga untuk seumur hidup. Ngeh3x.

Dengar khabar angin, masa kursus akan dipanjangkan sebab nak bagi modul lebih tentang perkahwinan dan segala perkara yang berkaitan. Yang utamanya, supaya lebih berkesan kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Apa yang kurang disenangi tentang kursus nih, ia membenarkan pasangan yang belum halal untuk bersama menghadiri kursus ini bersama-sama serta peserta perempuannya wajib memakai tudung ketika kursus dan selepas kursus itu hal kau. Huhuhu. Apa nih?? Islam apakah begini?

Okeyh, malas bercerita panjang tentang kursus tersebut. Kalau nak tahu apa modulnya, sila hadiri ya. Berbalik kepada tajuk di atas okeyh. Seterusnya, bolehlah proceed to another step as below (ikut pengalaman saya ya- PEREMPUAN) terutamanya bagi lelaki/perempuan yang berada di Selangor dan akan menikah di Selangor.

  1. Dapatkan borang 2C dan 2D di JAIS/PAID - saya pergi dengan abah. Orang di kaunter bagi 2 borang terus sebab kalau tersilap, ada lagi satu. Memang bijak pak cik tuh. 
  2. Dapatkan borang ujian HIV dan buatlah ujian, hehehe- saya dapatkan borang nih ketika di Klinik Kesihatan. Sebab JAIS sudah tidak sediakan. JAIS hanya bagi senarai klinik kerajaan yang ada ujian saringan HIV. Masa kakak saya nikah dulu, memang ambil dari PAID/JAIS. Sekarang tidak lagi. Tapi tak tahulah kalau JAIS bekalkan semula kan.
  3. Lengkapkan borang permohonan dan lampirkan dokumen sokongan.
  4. Dapatkan kebenaran nikah dari Penolong Pendaftar Nikah mengikut Qariah. - Selesai isi borang permohonan nikah, pemohon, wali dan 2 orang saksi kena jumpa PPN Qariah yang telah ditetapkan. Ingat, tandatangan hanya boleh dibuat di hadapan PPN sahaja. (Part nih saya skip sebab sudah bebeno nak buat appointment dengan PPN. Last option, saya proceed ke langkah 5. Kat sana, saya buat langkah 4 dan 5 sekaligus. Kan senang. hehehe)
  5. Dapatkan kebenaran nikah dari PAID. - Selepas mendapat kebenaran untuk nikah, pihak perempuan mesti membawa kebenaran nikah pihak lelaki dan permohonan nikah dari pihak perempuan ke PAID. Pegawai dari PAID akan semak dan kita kena bayar rm10 untuk mendapatkan surat kebenaran nikah.
  6. Serahkan kebenaran berkahwin kepada PPN Qariah. - Then, pihak perempuan akan serahkan kebenaran untuk berkahwin lelaki + perempuan ke PPN Qariah. PPN ni yang akan nikahkan kita.
  7. Tunggu hari diakadnikahkan.
Kalau hendak lebih detail atau tak faham, boleh Google je. Boleh juga terus call JAIS macam yang saya buat nih. Hehehe. 

Persiapan Menyambut Perkahwinan 2

Sila baca ini dulu: Persiapan Menyambut Perkahwinan 1

Atas kekangan masa, saya memohon maaf. Kini saya kembali berkongsi tips sebelum hari pernikahan anda. Persiapan yang perlu diwujudkan untuk menyambut ikatan pernikahan setidaknya ada 3 perkara. 1) persiapan yang bersifat fizikal, 2) persiapan yang bersifat psikologi/mental dan 3) persiapan tentang ilmu pengetahuan.

Persiapan fizikal- dapat dibahagikan menjadi tubuh badan dan kebendaan.

Persiapan tubuh badan adalah untuk memikul tugas dan peranan baru setelah proses pernikahan. Seorang wanita yang hendak berkahwin, wajib menyiapkan dirinya untuk memikul tugas dan peranan baru sebagai isteri dan ibu bagi anak-anaknya. Begitu juga lelaki, ia wajib menyediakan dirinya menjadi seorang suami dan bapa. Jelas keduanya bukan sahaja wajib menjaga kesihatan, tetapi juga memperhatikan zat seimbang yang cukup memadai untuk mendapatkan anak seperti yang diinginkan. Tentu sahaja keduanya harus memperhatikan kehalalan setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam perutnya.

Persiapan kebendaan adalah bekalan harta untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Ini khusus kepada lelaki kerana bersesuaian dengan kemampuan dan kesanggupan yang dimiliki olehnya. Tetapi bukan bermakna si lelaki perlu menyediakan rumah dilengkapi perabot, kenderaan dan segala keperluan rumah yang lain. Bukan begitu ya. Jika ada semuanya, alhamdulillah kan, bukankah lebih baik?. Kalau tidak mampu, tidak mengapa. Kerana sirah telah mengajar kita bahawa ada para sahabat yang tidak memiliki persiapan kebendaan yang mencukupi tetapi Rasul SAW tetap menganjurkan supaya berkahwin kan. Pernah ada seorang sahabat hanya mampu memberi hafalan Al-Qurannya sebagai mahar kerana hendak memberi sebentuk cincin besi pun ia tidak mampu.

Persiapan mental/psikologi-

Setelah berkahwin, seseorang akan menjalani kehidupan yang berbeza dengan kehidupan bujangnya. Kehidupannya akan menjadi lebih kompleks kerana melibatkan ramai orang. Kehidupan ini menuntut kesiapan mental, kematangan berfikir, kelapangan dada, pengurusan mengawal emosi dan sebagainya. Jelas semua ini harus diberi persiapan awal. Inilah antara perlunya subjek pengurusan emosi ketika di sekolah atau di universiti lebih-lebih lagi ketika minggu orientasi. Di sinilah ia harus diaplikasikan. Betul tak?

Setelah berkahwin, semua karakter masing-msing akan mula menyinar.:D yang boleh jadi jauh dari persepsi dan pandangan kita sebelum berkahwin. Contohnya, ketika bertunang kita ingat si lelaki/wanita penyabar, rupanya bila sudah berkahwin menjadi sedikit baran. Hanya contohnya sahaja. Tiada kena mengena dengan saya okeyh. Jadi antara persiapan mental yang harus dan tidak boleh ditinggalkan :
Menyiapkan diri untuk -
  • menjadi lebih lapang dada
  • mengurus emosi dengan baik
  • bersedia berkongsi dan memahami
  • mengurus ego diri
  • mengurusi diri untuk bergaul dengan keluarga baru
  • berempati bukan hanya bersimpati
  • dll
Persiapan ilmu pengetahuan-

1) Persiapan pengetahuan tentang panduan Islam dalam berumah tangga. Hukum-hukum syariat tentang rumah tangga. Apa sahaja hak dan kewajiban isteri ataupun suami. Bagaimana perselisihan yang muncul, bagaimana mengurus hubungan dengan keluarga suami/isteri dan hukum-hukum lainnya yang berkaita dengan rumah tangga.

2) Ilmu-ilmu praktikal dan cara-cara serta pengalaman sebenar menjalani kehidupan berumah tangga seperti membina pengertian, menyelesaikan permasalahan serta soalan-soalan yang biasa muncul di awal perkahwinan dan cara untuk menguruskannya. Semuanya boleh diperolehi dengan bertanya dan berbincang dengan orang yang lebih dulu makan garam dalam berumah tangga samada rumah tangganya harmoni ataupun yang porak peranda.

3) Juga ilmu-ilmu praktikal sebagai isteri dan pengatur rumah tangga. Antaranya pengetahuan untuk menjadi ibu sepeti mengandung 9 bulan 10 hari, termasuk aspek makanan seimbang dan kesihatan, melahirkan, setelah melahirkan dsb. Peranannya sebagai pengatur rumah tangga juga perlu diberi pengetahuan dan perhatian. Seorang wanita harus bertanggugjawab terhadap urusan rumah tangga agar rumahnya menjadi tempat yang aman dan secara psikologi mampu memberi ketenteraman kepada penghuninya. Ilmu-ilmu pengetahuan tentang gizi, memasak, mengemas rumah, mengurus aktiviti rumah tangga, mengurus kewangan keluarga dan pengetahuan lain.

Persiapan-persiapan ini harus dititik beratkan oleh pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Mereka akan menjalaninya sebagai suami isteri dan akan hidup di tengah-tengah masayarakat dengan status yang baru. Keduanya harus mempunyai keterampilan untuk bergaul dengan masyarakat dan harus terlibat aktif dalam dakwah kerana ini adalah kewajiban untuk menyelesaikan pelbagai masalah umat. Jadi semuanya memerlukan persiapan. 

Upacara menyarung cincin dilakukan di rumah, disaksikan mahram sahaja walaupun akad nikah di masjid. Ini permintaan wali. :D
p/s: InsyaAllah, akan ada sambungan tentang persiapan saya pula. Persediaan untuk menjemput orang datang ke walimah serta lain-lain perkara yang perlu dilakukan sebelum berkahwin untuk abad ini. hehehe.

Owh, KetidakMustaniran Yang Malap Seketika

Samada kecemerlangan saya sudah tidak menyinar lagi, atau merudum, itu saya akui. Kalau kisah "Kekasih Barunya" mendapat kritikan yang saya kira satu sindiran, itu hak saya. Saya tahu siapa yang membaca belog ini dan juga pengkritik hebat tentang kehidupan saya.

Saya akui, apa yang diceritakan atau dipaparkan di sini adalah tontonan dan bacaan umum. Dan objektif saya menyampaikan segala pemahaman dan pemikiran Islam yang haq dan menjelaskan yang bathil. Saya tahu, ke'mustanir'an itu juga semakin malap dek kerana hal-hal duniawi. Tapi siapa anda hendak menghakimi saya dengan hanya "Kekasih Barunya". Owh, atau anda juga sudah lama memperhatikan segala corak penulisan saya? Syabas!!

Bukan ingin mendabik dada, tapi alam maya hanya tempat untuk saya menulis selagi ia tidak melanggar syarak. Menulis kan harus. Menulis yang haq itu wajib dan menulis yang bathil itu haram. Mudah bukan. Jadi, apa yang saya nak kongsi, saya kongsikan biarpun ia bukan fikrah.

Bukan penghargaan manusia yang saya inginkan. Saya menulis apa yang saya nak kongsi sahaja. Samada itu fikrah atau sesuatu yang mencerminkan ketidakcemerlangan saya, inilah penulisan saya.

Dan kalau anda fikir penulisan alam maya anda mampu menjernihkan pemikiran atau pemahaman pembaca, sila beritahu atau khabarkan. Sebab, setahu saya mereka yang membaca hanya menyokong atau mendiamkan diri sahaja. Yang jelas, itu hanyalah sedikit. Yang penting, pertemuan dan perbincangan di alam realiti. Manusia itukan ada naluri. Gharizatul baqa' pasti yang paling menyerlah. Trust me. And you know why this instinct not other two.

Jumaat dan Lembu. Apa Kaitannya?

Hampir seminggu makan daging korban. Lembu ada kerbau pun ada. Kambing ada juga tapi tak sempat nak rasa. Alhamdulillah, sekali lagi AidilAdha dapat disambut oleh saya.

Bila buka facebook, banyak status kawan-kawan bercerita tentang 11.11.11. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Tapi kebanyakan daripada mereka sangat suka dengan tarikh hari nih, 11.11.11. Kebetulan pula tarikh hari nih jatuh pada hari Jumaat, macam satu tuah bagi yang meminati tarikh ini. Erm.. Kalau tak silap saya, tarikh keramat menjadi kegilaan sejak 8.8.08 bagi orang-orang Cina. Tapi mengapa ya orang Islam kini terikut-ikut dengan tarikh-tarikh sebegini? Apa ada pada tarikh? Atau apa ada pada nombor?

Berbalik kepada niat asal saya menulis entri ini okeyh.

Jika 11 tahun yang lalu, hari Jumaat saya selalu ke sebuah gerai. Gerai itu di tepi jalan raya atau jalan utama. Saya selalu ke sana berbasikal. Kadang-kadang sendirian, kadang-kadang ditemani adik saya. Macam sudah menjadi kebiasaan saya untuk ke gerai tersebut pada hari Jumaat setiap minggu. Itupun ummi saya yang suruh. :D

Gerai apakah?


Gerai daging lembu segar. Setiap kali saya ke sana, pasti ada kepala lembu di hujung gerai tersebut. Suka saya tengok. hehehe. Alhamdulillah, sejak duduk di Kelantan kami sekeluarga tak pernah makan daging beku. Selalu makan daging segar. Sehinggakan kalau arwah atok saya ke Kelantan, pasti disuruh saya membeli daging lembu segar. Ahh.. Semuanya itu tinggal kenangan. =(

Sekarang saya tinggal jauh dari ketenangan bunyi bising dan udara yang segar. Asyik menghirup udara yang kotor. Daging segar? Owh, itu hanya setahun sekali, itupun kalau ada rezeki. Kalau tak, hanyalah daging beku menjadi santapan.

Di bawah ada 2 keping gambar ketika solat AidilAdha di masjid berdekatan rumah baru-baru nih. Dan gambar terakhir, pastinya si kecil 'Angry Bird' ;)




p/s:
- semoga apa yang dirancang hari nih berjalan dengan lancar dan mendapat redha Allah SWT. Doakan kami ya teman-teman. Amin..
- coming soon = cerpan (InsyaAllah).

Selamat Hari Raya AidilAdha 1432H daripada R&S

Yakinlah! Dengan Khilafah, kehidupan Islam pasti terlaksana, kehidupan kufur pasti sirna. Dengannya kita benar-benar dapat terlepas daripada terkorban oleh segala bentuk kekufuran di samping membuka peluang untuk kita berkorban untuk Allah semata-mata. Itulah tujuan kita diciptakan, itulah juga perkara yang kita impikan. Semoga dengannya kita memperoleh kedudukan mulia seperti para anbia, siddiqin, syuhada dan solehin.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H 
daripada kami sekeluarga...


Biasakan Dirimu Dengan Study....

Last minute??



Jangan ya. Nanti merana! =(

Makmal oh Makmal!! Ada Apa dengan Engkau?

Harapnya berakhirlah kerja-kerja tesis saya di makmal. Sehari suntuk berada di makmal, layaklah kalau kaki sudah tidak mampu menapak ke bumi. Tertidur dan tidak sedar suami sudah berada di sisi. Mujur ada teman yang juga balik lewat. Thanks to Zara and Nana.

Kalau diimbas kembali detik-detik kerja makmal dimulakan, terasa sangat lama proses menyudahkannya. Padahal, kerja-kerja dari awal bulan Mei sehingga ke 26 Oktober boleh disiapkan dalam SATU HARI sahaja! Itupun kalau bermula seawal 8 pagi dan berakhir 8 malam.

Arghh.. Sungguh, masa banyak dihabiskan dengan sia-sia. Seperti mana firmanNya:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. " 
 (Al-Asr [103]:1-2)

Akhirnya, siapa yang sudah rugi? SAYA! Peringatan buat diri sendiri untuk hari-hari mendatang -

Apa yang dirancang tidak semestinya seperti yang kita harapkan.. Sebab yang penting adalah kebergantungan dan pengharapan kita 100% kepada ALLAH SWT..

Apapun, keputusan untuk dianalisis sudah menanti. Pertemuan dengan supervisor juga sudah diadakan. Perbincangan kritikal bersama telah dilakukan walaupun hanyalah asas. Semoga penulisan manuskrip dapat disiapkan pada masa yang dikehendaki supaya segalanya seperti yang diinginkan.

Pertanyaan spontan supervisor semasa berbincang sambil makan-makan pagi, "apa yang diperolehi daripada semua ini?" Lantas saya teringat jawapan yang diberikan kawan saya 2 semester lepas. Jawapannya buat saya tersenyum sebab katanya, "saya pun tak tahu kenapa saya buat semua nih." Dan ini jawapan saya :

- berkerja sendiri (of course)
- bagaimana menggunakan instrumen yang sebelum nih hanya juruteknologi makmal sahaja yang uruskan.
- organizing kerja-kerja makmal
- sabar (jawapan gempak teman satu kumpulan)
- etc

Sedikit gambar-gambar alat-alat radas dan sampel kajian saya, Kacip Fatimah. Hee.






Setahu saya macam banyak je lagi gambar-gambar yang saya ambil ketika bekerja di dalam makmal. Tapi saya tak ingat di mana gambar-gambar tersebut saya letak. Huhuhu.

Kalau diikutkan tajuk, sebenarnya boleh lagi nak berkongsi cerita tentang makmal farmaseutikal yang ada-ada nih. Tapi nanti dululah ye. Khatamkan study untuk mid sem exam dulu. Sekian.

Post-Wedding - After A Week

Assalamualaikum wbt,

Sekian lama menyepi dan mendiamkan diri di blog sendiri. Hendak ditatap laptop nih lelama, dirasakan seakan membuang masa. Bila difikirkan semula, kalau menulis sesuatu yang bermakna, masakan itu dikatakan membuang masa kan? 

Seminggu berlalu dirasakan terlalu sekejap. Banyak perubahan drastik yang perlu disesuaikan dengan cepat. Belajar, urusan rumah yang perlu dibereskan, keperluan diri dan orang sebelah serta ikatan persaudaraan dengan keluarga baru. Semuanya perlu persediaan mental, fizikal dan emosi. Bagaimana kalau tidak mampu menghadapi semua ini?

Ingat ALLAH!

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" (TMQ Ar-Ra`d:28) 

Kalau kita ada perselisihan suami isteri atau ada sesuatu yang kita tak suka terhadap pasangan, berterus teranglah dan berbincang dengan baik. Bukan mudah sebab sebelum ini kita selalu uruskan untuk diri sendiri. Tapi bila sudah berdua, semuanya kena uruskan untuk dua orang. Memasak tidak boleh cincai-cincai, lebih-lebih lagi kalau dapat pasangan yang sedikit cerewet.

Ingat ya, kita perlu jadikan pasangan kita sebagai sahabat, kekasih dan juga teman. Belajar untuk meredhai segala kelemahan dan kekurangan yang bakal kita temui setelah tidur sebilik. No body is perfect, try hard to open our heart to accept him/her.

Apa yang penting, perlahan-lahan belajar mengenali hati budi, kesukaan, kebencian dan segalanya tentang pasangan. Mesti belajar memahami pasangan. InsyaAllah.

Nota: terima kasih kepada semua sahabat, teman dan rakan-rakan alam maya yang mendoakan keberkatan pernikahan kami. Semoga Allah memakbulkan doa-doa kalian. Amin..

Inai dimerahkan oleh si adik pada jam 5 pagi. =D

Apa yang Samar Pasti Jelas...

R & S. Doakan kami. ^_^

Persiapan Menyambut Perkahwinan 1

Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pelbagai soalan diasak ke telinga ini agar dijawab segera. Adakah saya sudah bersedia? Adakah saya mampu mengawal emosi ketika bersama keluarga yang lebih besar? Adakah saya sudah mampu melaksanakan tugasan harian rumah seperti umi dan nenek saya? Mampukah saya berlapang dada dengan ragam saudara mara? Sudahkah saya siap dari segi mental dan kematangan dalam berfikir serta membuat keputusan? Sudah bersedia menjadi seorang isteri serta ibu?

Inilah antara soalan-soalan yang sering diajukan abah buat saya. Ya Allah! Monolog saya selepas ditanyai abah, "mampukah aku?"

Sudah masuk bulan September. Hanya mengira detik hari dan waktu. Semakin hampir. Semakin kaku. Semakin risau. Semakin berdebar. Dan pastinya, semakin takut. Lantas, membaca sebuah buku untuk mengisi persoalan-persoalan di atas. Bukan semuanya terjawab, namun melegakan hati buat sementara. InsyaAllah.

Ikatan pernikahan di sisi Allah merupakan ikatan yang sangat serius. Allah mensifati ikatan pernikahan itu sebagai perjanjian yang kuat (mitsaqan ghalizhan). Allah berfirman :

"Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat."  (TQS an-Nisa'[4]:21)

Untuk menyambut ikatan pernikahan, seseorang perlu melakukan persiapan yang sebaik-baiknya iaitu persiapan maksimum sesuai dengan kemampuannya.

entri 3hb September 2011. huhuhu.
bersambung...

Best sangat ke Tutti Frutti tuh?

Assalamualaikum wbt rakan-rakan blogger, hanya maaf yang mampu dipinta. Sungguh lama rasanya blog tidak diupdate. Saya ingin menulis tentang persiapan sebelum seseorang melangkah ke alam rumah tangga. Tetapi setiap kali saya ingin menulis, buku rujukan berada di tingkat atas. Untuk mengelakkan tertangguhnya lagi blog ini dari diupdate, maka saya update tentang makan. =)



Ini bukti yang saya berada di Tutti Frutti. Warna hitam banyak-banyak nih, mesin yogurt ais krim. Banyak perisa, ada 8 kesemuanya kalau tak silap saya. Saya ambil 4 perisa - Vanilla, Original TF, Vanilla dan Raspaberri/Berri. Almaklumlah, macam jakun sikit kan.


Ini aksesori ais krim pula. Saya ambil buah-buahan mahal - strawberi kegemaran saya dan kiwi kesukaan saya. Ingat nak ambillah juga longan, tapi dah selalu makan.


Ada juga aksesori ais krim yang menjadi kegemaran kanak-kanak seperti honey star, cookies, jelly dsb.


Saya hanya perasan akan ini setelah saya mengambil semua yang saya nak. Huhuhu. Tak sangka walaupun saya dah tahu sangat mahal. Tapi saya suka gabungan warna-warna untuk tempat makan seperti TF ini. Sangat ceria seceria mentari pagi. =)


Nah! Inilah harganya. Mujur ambil satu cup untuk bertiga. Kalau tak, malu juga den. Hee.


Jeng..jeng.. jeng.. Inilah yogurt ais krim saya.

Sebagai kenang-kenangan di hari tua dan supaya tidak makan lagi di TF! Hehehe. Siapa yang nak rasa, silalah pergi. Saya lebih suka ais krim  NESTLE LA CREMERIA. Paling mahal pun lebih kurang RM10. Dah kenyang sangat-sangat kalau makan sorang-sorang. :D

KAD Raya untuk Anda!!

Bismillahirrahmaniirahiim...

Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan.... lalu kusapa ia, "Hendak kemana?" Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin jauh & sangat lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang bernama MUKMIN". Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, Peluklah ISTIQOMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA, Bersandarlah pada TAWADHU' saat kesombongan menyerang, mintalah nasihat A-QURAN & AS-SUNAH di setiap masalah yang dihadapi...

Klik untuk pembesaran yang sihat.. :D

Nota: Doodle nih tempah daripada blogger Amar Amirah Radzi. Kiranya, itu saya. Siapa yang ambil bermakna itu bukan dia.. Hahaha

Fren Fillah!

By Anna - sempena ulangtahun kelahiranku ke-19.

Apa yang Dicari Telah Jumpa...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi, Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini dirai.

Jemputan ke Majlis Tautan Hati
Shira dengan pilihan hatinya Ridwan 
pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432H

kadkahwinborong

Doa untuk kedua mempelai 

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Jadikanlah Rumahtangga Kedua Mempelai Ini Mohd Ridwan & Shahirahtul Hazwani Seindah Rumahtangga Adam A.S Dan Hawa. Setabah Ibrahim A.S Dan Hajar, Sebahagia Yusuf A.S Dan Zulaikha, Sesetia Sulaiman A.S Dan Balqis, Dan Sesuci Muhammad S.A.W Dan Khadijah, Murahkanlah Rezeki Mereka Dan Kurniakanlah Zuriat Yang Beriman Dan Beramal Soleh, Semoga Kehidupan Mereka Dipenuhi Al-Mawaddah Dan Ar-Rahman Di Dunia Dan Di Akhirat.. Amin Ya Rabbal Alamin

Dari Abu Dhabi ke Kampung Kenangan

3 hari sudah berlalu. Kerja makmal tergendala gara-gara nak selesaikan hal yang akan berlaku Syawal 1432H nanti, InsyaAllah. Hari pertama, urusan pakaian diselesaikan. Semalam tiada apa-apa yang dapat dilakukan kerana kekangan waktu dan sumber manusia itu sendiri. Dan hari ketiga iaitu hari ini, urusan sepatutnya dapat dibereskan semalam, selamat diselesaikan sebelum zuhur tadi, alhamdulillah. Apa yang penting, kerjasama pihak yang membantu amatlah besar ertinya kepada saya dan keluarga.

Mengapa Abu Dhabi?


Mesti ramai yang tahu bahawa Abu Dhabi merupakan modal dan bandar kedua terbesar di Emirates Arab Bersatu (UAE). Ia juga salah satu daripada pengeluar minyak terbesar dunia dan telah secara aktif cuba untuk mempelbagaikan ekonomi dalam tahun-tahun kebelakangan ini melalui pelaburan dalam perkhidmatan kewangan dan pelancongan. Kalau nak tahu maklumat lanjut, boleh search Google je. Saya nak tolong susun ayat bagi semua faham, macam lambat je nanti entri ini akan diterbitkan. hehehe

Cuma apa yang nak dikongsikan di sini cuma situasi di Abu Dhabi sahaja. Apa yang saya dengar melalui seorang warganegara Malaysia yang bekerja di sana. Seronok agaknya ye bekerja di sana. Berbulan-bulan baru balik Malaysia sebab kumpul duit. Hehehe. Takdelah, gurau sahaja. Apa yang penting adalah pengalaman yang ditimba semasa berada di sana kan. Mari kita mulakan dengan kepelbagaian penduduknya okeyh. Menurut orang itu, local citizens susah nak jumpa sebab yang ramainya orang-orang sekitar Abu Dhabi dan juga orang putih. Kiranya, local people nih bekerja sebagai Land Lord lah sebab buruh-buruh kebanyakan orang-orang Pakistan, India dan seangkatan. Kalau ikut analisis yang saya lupa daripada siapa, penduduk asli Abu Dhabi hanyalah 3% kalau tak silap saya. Yang lain-lain adalah penduduk luar Abu Dhabi.

Kalau diikutkan iklim, Abu Dhabi nih bersuhu panas yang amat. Kiranya lebih kurang tanah gersang seperti padang pasir. Kalau hujan turun, setakat 5-10 minit je. Itupun hujan rintik-rintik, takde hujan lebat-lebat berjam-jam macam kat Malaysia nih. Kalau musim tengkujuh kat Malaysia, boleh banjir kan. Bayangkanlah hujan yang sedikit di tanah yang gersang lagi panas membahang.

Sungguhpun tanah gersang nan panas, terdapat juga kawasan yang redup lagi damai. kalau kita ke timur Abu Dhabi, ada 'Oasis City' Al-Ain yang terletak berhampiran sempadan Oman. Tujuh oasis yang mengelilingi Al Ain (bermaksud musim bunga) dan air yang turun dari gunung trickles dengan berpandukan kepada sistem pengairan tradisional 'falaj' untuk menyirami kebun sawit dan kurma yang padat dalam oasis.

Palm Island, Dubai
Kalau kita search kat Google Images, kita akan lihat betapa majunya Abu Dhabi ini. Contohnya, Palm Island, Dubai. Namun kita jangan terpedaya dengan panahan mata yang selalunya menipu iman kita. Cuba buat kajian mengenainya dan juga negara-negara umat Islam yang diwar-warkan sebagai negara maju. Adakah ini sesuatu yang benar? Anda mesti mengkajinya dengan pemikiran yang jernih beserta iman. Jangan kaji sesuatu mengikut hawa nafsu kita okeyh.

Dan kenapa Kampung Kenangan?

akan bersambung seketika nanti.. hehehe. Selamat Berbuka Puasa, kawan-kawan. =)
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat