Showing posts with label my passion. Show all posts
Showing posts with label my passion. Show all posts

Clothing, Health and Beauty Products by Hija Shafrida

Assalamualaikum semua,

memperkenalkan...,

Alhamdulillah, since bulan Februari lepas saya starting this online business with the name "TheFairLady Store". But then, terfikir to use own name supaya mudah dikenali. Last week start re-branding the business name. And what's come out from my mind? "Hija Shafrida". More related to my own name. Hiks. And what is that mean? Hija in Spanich means 'daughter' and Shafrida is a combination between two real name which is my parents' name. And I didn't know when I start to use this name as represent me. :) 

For your information, my online store ada jual a few products only. For clothing, ada jubah cotton and tudung double face which is highly recommended because the quality of the material sangat best. Saya sendiri dah try pakai tudung contton tensil from Bandung. Seharian pakai macam tak nak tanggal tudungnya. Hehehe. Dahlah sejuk, lembut dan yang bestnya mudah dibentuk. BTW, the tudung only left few pieces. Tunggu saya restock ya sebab kat supplier sudah kehabisan.

For beauty and health products, saya ejen products from Treenea. Tahu tak apa Treenea nih? You all boleh je google atau ke websitenya -> www.treenea.com. Ketika awal keluaran jenama ini, hanya ada minyak kelapa dara dengan antioksida berbentuk softgel. Namun, sejak bulan lepas Treenea telah mengeluarkan dua lagi produknya iaitu cecair minyak kelapa dara dan juga kolagen MieraBella.


Minyak kelapa dara + antioksida softgel
Minyak kelapa dara antioksida liquid + kolagen MieraBella
Selain itu, saya juga menjadi ejen untuk beberapa produk seperti di bawah :


Aura White Beauty
Beutskin Essence
Fer'White
Maixara C-Sential
Rose Hair Perfume
Marine Essence Beauty Bar
Vitamin C 1000mg Pahang Pharma
WhiteLight Teeth
SF Beauty Set (3 in 1)
Dan beberapa lagi produk. Minggu depan akan ada produk baru.. Nantikannya.. Saya juga ada jual produk berasakan rumpai laut iaitu sabun pencerah dengan ekstark betik serta Jelly rumpai laut. Kalau nak try, inboxlah saya ya. =)

Sabun rumpai laut + ekstrak betik

Jelly rumpai laut (perisa blackcurrent sahaja ya)
Jangn lupa like and share page saya untuk mendapatkan maklumat terkini. =)

Email : hijashafrida@gmail.com


Udang Mentega versi WM

Lama rasanya tak kongsi tentang masakan. Dan ini entri draft bergambar beberapa bulan yang lepas. :P Masakan yang simple tapi sedap (bagi sayalah).

Mula-mula (ayat sangat biasa) kenalah sediakan bahan-bahan dulu kan. Bahan-bahan saya modified segala sukatan mengikut keadaan. Kalau nak makan banyak, kenalah tambah semua bahan-bahan barulah sekata.
Baiklah, kita perlukan kuning telur (saya guna 6 biji), udang (1/2 kg, diperap dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa) dan minyak masak (tiada dalam gambar, hikhikhik).
Mentega (dalam 2 sudu besar), susu cair (2 sudu besar jugak), lada besar* sebiji je walaupun dalam gambar ada 2 biji, bawang putih* beberapa ulas ikut suka hati, daun kari* (juga suka hati ye) dan garam secukup rasa.

Memandangkan tangan saya hanya 2, jadi cara-caranya tiada gambar. Hanya penerangan yang akan saya berikan di sini. Harap maaf (takde siapa nak tolong ambilkan gambar.. sobs..sobs.)

Cara-caranya:
Cairkan mentega di dalam kuali. Kuning telur dan susu cair dipukul hingga berbuih menggunakan whisk (saya guna garfu je). Macam pukul telur untuk membuat telur dadar. Kemudian, tuang sedikit demi sedikit bancuhan itu ke dalam kuali. Tangan kiri menuang dan tangan kanan terus mengacau secara bulatan. Kacau tu kena laju-laju ye. Nanti tak jadi halus-halus (saya punya tak jadi, sobss..sobss.. lagii). Ketepikan.

Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng udang hingga masak serta kulit agak garing. Ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan bertanda *, bila dah naik bau, masukkan udang yang sudah digoreng tadi.

Hidangkan dan taburkan kuning telur di atas udang seperti gambar di bawah. :D

Siap!! 

Homamade Baked Cheddar Meatballs

Assalamualaikum, apa khabar?

Alhamdulillah, harini satu lagi resepi baru telah dipelajari. Resepi western food yang diilhamkan ketika makan di sebuah restoran pizza iaitu cheese baked  meatballs. Jadi rasa mahu dikongsi bersama rakan-rakan yang membaca blog ini. Macamlah hebat sangat kan? Huhuhu.

Ini resepi Homemade Baked Cheddar Meatballs. Why Cheddar not Parmesan or Mozarella or Romano or other type of cheeses?? The story about it when you read this entry until the end. :-)

Homemade Baked Cheddar Meatballs

Bahan-bahan:

- Meatballs beli siap sahaja. Nak buat sendiri saya belum rajin sangat ketika ini.. Mungkin lain kali saya akan buat sendiri..
- Bawang besar -1 biji tapi kalau guna bawang holand lagi best. Sebab rasanya lagi manis.
- Bawang putih 5 ulas dicincang halus. Sebab saya nakkan rasa pure Itali, banyak saya letak. Hehehe.
- Lada capsicum hijau dan merah. Ikutlah nak letak banyak mana. Saya letak tak banyak sebab stok yang ada dalam fridge itu je tinggal..
- Tomato 3 biji yang sedang-sedang je.
- Daun kari 2 tangkai sebab takde daun apa tah yang orang selalu letak dalam kuah spagetti. Parsley leaves kot. Sebenarnya Basil leaves. Jangan silap letak ye, nanti rasa lain. Tapi kalau nak cuba jugak, apa salahnya. :D
- Cili boh dalam 2 sudu
- Garam dan gula secukup rasa.
- Cheese keping Cheddar. Sepatutmya keju spread Parmesan or Mozarella tapi itu je yang ada. Hehehe.

Caranya:

- Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong halus-halus boleh, hiris-hiris je pun boleh
-Letak lada capsicum dan daun kari, goreng sampai bau best hingga meresuk ke dalam hidung..
-Letak cili boh, tomato, garam dan gula secukup rasa.. Agak-agaklah sampai cili boh masak ye.. Nanti rasa cili lagi, mesti tak berapa sedap.
- Masukkan meatballs dan kacau dalam 5 minit gitu.

Sambil menumis dan memasak tuh, sila pre-heat oven ye. Saya guna 200 degree celcius je sebab takut panas sangat. Saya panaskan bahagian bakar atas sebab nanti nak keju mencair dengan cemerlang kan. 

Dah siap masak yang tadi, masukkan dalam bekas yang boleh digunakan untuk bakar dalam oven like caserol ke, kemuadian tabur cheese sebanyak-banyaknya ikut stok yang ada dan bakar dalam 10-15 minit.

Simple kan? Hehehe

My portion.

Kerabu Mangga Yang Superbb Sedap!


Pernah makan tak? Saya pernah buat beberapa tahun lepas. Lama dah rasanya. Masa tuh kemaruk hendak buat kerabu. Tak kisahlah kerabu apa, asalkan kerabu. Kerabu mangga, kerabu pegaga, kerabu kacang botol dsb. Ada pelbagai jenis cara masakan dan bahan-bahannya.

Yang saya buat untuk kelapa, saya hanya goreng kelapa putih tanpa minyak di atas kuali dengan api sederhana sahaja. Goreng hingga kekuningan yang sedap dilihat mata. Kemudian, tumbuk bersama bahan-bahan lain yang hendak dibuat kerabu kecuali bahan utama kerabu seperti mangga, pegaga atau kacang botol. Yang itu haruslah dipotong halus-halus. ;)

Tapi, bila saya ke rumah nenek, cara buatannya lain. Ia dimasak. Kelapa dan segala bahan-bahan digoreng sekali. Cara begitu saya kurang berminat untuk makan. Cuma, suka sangat sebab ia adalah hasil air tangan nenek. Siapa boleh challenge kan.

Resepi? Mudah sahaja.

Bahan-bahan :
  1. Mangga muda - potong halus
  2. Bawang besar 1/2 biji - ditumbuk
  3. Cili padi/ lada besar - ditumbuk (ikut kesedapan kepedasan yang digemari)
  4. Kelapa putih - digoreng tanpa minyak
  5. Perahan limau kasturi (ingat-ingat lupa tentang ini tapi nak sedap, perah je)
  6. Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya, gaulkan semua bahan-bahan di atas hingga sebati. Kemudian, sediakan di atas pinggan yang comel. Hidangkan dan siap dimakan. Pasti sedap. Owh, sebelum terlupa, mulakan semuanya dengan bismillah, selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ikhlas dannnnnn pasti licin.. Hehehe. InsyaAllah.

Nota : Sekarang ini suka sangat kerabu mangga di The Chicken Rice Shop. Maka, gambar di atas adalah kerabu mangganya. Ada sesiapa yang ada resepinya? =)

Jawa Mari, Sambal Goreng..

Hari ni kita belajar memasak ye. Lebih kepada menggoreng lah senang cerita. Siapa-siapa yang berketurunan jawa, mesti pernah makan makanan nih. Ini pertama kali saya buat. Jom, kita tengok apa bahan-bahannya.

Kentang dipotong kecil, soo hoon, pucuk,
tempe dan perut lembu direbus

Udang kering, lada merah,
bahan ditumbuk (halia, bawang putih, bawang besar, belacan)

Bahan-bahan yang tiada dalam gambar: garam, gula dan kicap secukup rasa, minyak untuk menumis dan cili boh.

Cara-caranya mudah juga ^_^

1) Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. Bila dah naik bau, masukkan cili boh.
2) Masukkan perut dan udang kering. Biarkan lebih kurang 5 minit.
3) Masukkan pucuk dan soo hoon. Goreng lagi. Tambah sedikit kicap. Eh, bukan sedikit tapi secukup rasa. hehehe.
4) Masukkan tempe, kentang dan lada merah serta gula. Kalau kurang rasa, tambah sedikit garam.
5) Jengg.... jenggg. Dah siap..


Jadilah seperti di bawah. Siap dimakan begitu saja. ;) Selamat mencuba.

Sambal goreng Jawa.

Nota : sambal goreng nih kegemaran abah dan alang.

My Passion : Homemade TRIFFLE

Assalamualaikum, ^_^

Senyum lagi kita di petang hari. Okeyh, harinih saya nak berkongsi resepi homemade triffle. Kali nih bukan saya teringin sangat nak makan atau orang tua kata mengidam. Tapi saya lebih kepada teringin nak buat. Seriously, saya gembira sangat ketika membeli, menyediakan dan memberi insan-insan tersayang makan triffle nih. Yang ajaibnya, saya tak kisah kalau dapat makan sikit. Tak macam sebelum nih untuk masakan yang lain. Kalau saya ingin buat sesuatu masakan, bermakna saya yang nak sangat makan. Tapi tidak kali nih ye.

Untuk pengetahuan,saya ambil resepi ini 100% melalui internet. Sumber utama resepi saya adalah Puan Lynna (http://kisahlynna.blogspot.com/2010/10/homemade-triffle.html). Sebab saya teringin nak buat sejak tengok resepinya di belog. Tapi belum bersungguh-sungguh. Tapi setelah melihat belog Puan Syaima, (http://syaimanotes.blogspot.com/2011/03/mari-kita-membuat-trifle.html) terus mesej ummi beritahu yang saya nak buat puding triffle. Bila ummi balas dengan, "buatlah." Saya mesej bahan-bahannya. Ummi balas, "banyaknya. mu belilah sendiri." Saya hanya menjawab ok.  

Bila tiba di rumah, saya dengan senang hati membeli belah bahan-bahannya ditemani adik saya, Kakchik. =) Apa yang dibeli seperti gambar di bawah adalah untuk 3 bekas adunan. Saya pun tak pandai nak agak, saya main beli je. So, total semua harga bahan-bahan triffle yang saya buat tak termasuk roti, kaya, dan 2 tin buah laici dalam tin adalah RM55. Mahal ke murah yek?? Anda nilai sendiri. =D


BAHAN-BAHAN :

2 kek gulung perisa coklat
1 1/2 tin buahan campuran/fruit cocktail
8 sudu penuh tepung kastard
yogurt asli + gula sikit untuk elak rasa masamnya
1 tin buah peach
2 1/2 tin susu cair
2 kotak jelly crystal ( tak kira brand apa pun boleh. Saya guna NONA )



Untuk lapisan-lapisan triffle, saya 80% saya follow cara Puan Kzai buat (http://dapurcomelku.blogspot.com/2009/09/puding-trifle.html) Sukatannya pula, saya main agak je sebab first time buat. Hehehe. Tapi Alhamdulillah, semuanya suka. ^_^


Lapisan 1
Potong kek gulung anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas transparent baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit cocktail ke atas kek gulung hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastard dengan susu cair.


Lapisan 2
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 1 (kek gulung). Ketepikan sekejap.


Lapisan 3
Panaskan 2 1/2 tin susu cair dengan api sederhana (sambil tu bancuhkan 8 sudu tepung kastad dengan 3/4 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang di atas lapisan 2 (buah-buahan koktail) tadi.

atau (resepi Puan Lynna)

RESEPI UNTUK KASTARD :

2 1/2 tin susu cair
1 tin air buah-buah dalam tin
8 sudu besar tepung kastard
3/4 air (saya sukat guna tin susu)

CARA MEMASAK KASTARD

1. Panaskan susu cair dengan api sederhana
2. Masukkan Kastard yang telah dibancuh dengan 3/4 tin susu air
3. Masukkan air buahan dalam tin
4. Masukkan jugak setitik esen vanilla (tapi saya tak letak)
5. Kacau perlahan-lahan sehingga 10-15 minit dan tutup api



Bekas pertama ini untuk family makcik saya.
Semuanya ada 8 orang makan (4 kanak-kanak bawah 12 tahun+ 4 orang dewasa)

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly kristal NONA hingga mendidih. Masukkan jelly kristal tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (kastard).



Bekas depan nih adalah bekas kedua untuk kawan-kawan saya.
Semuanya 8 orang dewasa juga.


Dan ini bekas ketiga untuk family saya.
Semuanya 8 orang makan. (1 orang kanak-kanak bawah 12 tahun + 7 orang dewasa)

Lapisan 5
Bila jelly kristal dah beku sapukan yogurt asli ataupun whipping cream ke atasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah peach ke atasnya.

Nota penting: untuk puding ini, turutan lapisannya ikut kreativiti anda. Berapa sukatannya juga, ikut mangkuk atau bekas yang anda nak guna. Saya guna untuk 3 bekas seperti dalam gambar-gambar di atas tapi jenis bekas yang berbeza-beza saiznya. Apa yang paling penting, anda gembira. Yeahh!!!

Masak-masak Lagi..

Asam pedas 
1) ikan bawal putih bersama terung bulat + bendi

Asam pedas 
2) ikan merah bersama bendi

Jantung pisang celur + sambal pennyedap

Gulai cair nenas ikan selar kuning.

Homemade Steamed Fish and Fried Chicken

Teringin nak berkongsi apa yang saya masak. Saje suka-suka. Takdelah hebat mana pun, sekadar masakan cincai dan simple. Hee.

Untuk menu pertama, saya guna ikan dan menu kedua guna ayam. Menu ikan adalah untuk sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan menu ayam untuk sesiapa yang sukakan ayam goreng tapi tak mampu untuk makan KFC atau ayam goreng McD. =)


Bahan-bahan menu 1 :

1) Ikan bawal 2 ekor (atau apa-apa sahaja ikan yang anda ada di dalam peti sejuk)
2) Bawang besar 1 biji
3) Bawang putih 2 ulas
4) Halia 4 cm (atau kalau ikut jari saya, sesebesa ibu jari. hee)
5) Serai 3 batang
6) Cili padi 3 batang
7) Limau nipis 1 biji (untuk perahan di atas ikan yang siap distimkan)
8) Garam secukup rasa
9) pembalut aluminium



Cara-caranya :

1) Ikan tadi diselar badannya dan diletakkan garam secukup rasa.
2) Potong kecil bawang besar, bawang putih, halia, serai, dan cili padi.
3) Lipat pembalut aluminium mengikut kretiviti.
4) Stimkan di dalam periuk.
5) Setelah masak, perahkan sedikit limau nipis. Siap dihidang dan dimakan.



Enak dimakan dengan air asam. Nyummmyy..


Bahan-bahan menu 2 :



1) Ayam beberapa ketul. (9 ketul pun cukup sebab sorang makan 1 ketul ayam. hee)
2) Tepung gandum 4 sudu makan
3) Tepung kastard 1 setengah sudu makan
4) Telur 2 biji
5) Garam secukup rasa



Ayam yang disalut tepung gandum, tepung kastard, telur dan sedikit garam.


Sedap dimakan bersama sos cili Life. Hee
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat