Mengembalikan Jati Diri Parti Islam

Parti politik di negeri ini khususnya pasca reformasi tumbuh subur. Meskipun mereka mengusung asas dan program kerja yang beragam namun pada faktanya antara satu parti dengan parti lain termasuk yang mengklaim sebagai parti Islam nyaris tidak memiliki perbezaan yang jelas. Terlibat dalam sistem demokrasi, melegeslasi undang-undang, mendukung atau beroposisi kepada pemerintah atas dasar maslahat merupakan kegiatan utama mereka. Tidak hairan jika muncul persepsi bahawa tujuan mereka sekadar berorientasi kekuasaan. Lalu bagaimana sebenarnya gambaran parti politik di dalam Islam?

Perintah berparti

Dalam pandangan Islam, mendirikan parti politik merupakan tuntunan syara’ yang hukumnya fardu kifayah. Allah SWT berfirman:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Hendaklah ada segolongan ummat di antara kalian kaum yang menyeru kepada kebaikan, memerintahkan yang ma’ruf mencegah yang mungkar dan merekalah itu orang-orang yang beriman.” (QS. Ali Imran: 104)

Kata ummat [un] dalam ayat tersebut bererti jemaah atau parti atau kelompok atau lafadz lain yang sinonim dengan makna tersebut. Di dalam Mukhtar as Shihhah dinyatakan bahawa kata ummah bererti jemaah. Ummah juga mencakup makna parti sebagaimana dalam kamus al-Muhith yang mengertikan parti sebagai jemaah dari manusia atau seseorang yang memimpin di mana para sahabatnya mengikuti pendapatnya.

Menurut at-Thabary ayat di atas bermakna: “hendaklah ada di antara kalian wahai orang-orang yang beriman ummat iaitu satu jemaah yang menyeru kepada kebaikan yakni Islam dan syariat-syariatNya yang telah disyariatkan kepada hambaNya, memerintahkan yang ma’ruf yakni memerintahkan untuk mengikuti Muhammad dan ajaran yang dibawanya, dan melarang yang mungkar yakni melarang mengkufuri Allah swt dan mendustakan Muhammad dan ajarannya yang berasal dari Allah swt dengan melakukan jihad kepada mereka dengan tangan dan fizikal hingga mereka taat kepada kalian.”

Rasyid Ridha dalam al-Manar menjelaskan bahawa ummah pada ayat tersebut bererti jamaah yang yang terdiri dari individu-individu yang memiliki ikatan yang mengikat dan menghimpun dan kesatuan yang menjadikan mereka laksana satu tubuh.

Oleh kerana itu sebuah jama’ah harus memiliki seorang pemimpin yang wajib ditaati. Hal ini kerana keberadaan seorang pemimpin dalam suatu kelompok merupakan perintah syara’.

عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ: إِذَا خَرَجَ ثَلاَثَةٌ فِى سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ.

Dari Abu Said al-Khudry bahawa Rasulullah saw bersabda: “apabila tiga orang melakukan perjalanan maka hendaklah mereka mengangkat salah seorang dari mereka sebagai pemimpin.” (HR. Abu Daud, Baihaqy dan Ibnu Khuzaimah. Menurut Al-Albany hadits ini hasan shahih)

Dalam hadits di atas dapat difahami (mafhum muwafaqah) bahawa dalam perjalanan saja yang hukumnya mubah harus ada seorang pemimpin maka terlebih lagi dalam masalah-masalah yang wajib seperti mendakwahkan Islam. Di samping itu agar suatu jemaah tersebut dapat melaksanakan tugasnya dan mencapai tujuannya maka harus ada ikatan di antara mereka. Tentunya ikatan tersebut haruslah Islam sebab di dalam ayat di atas tugas jema’h tersebut adalah menyeru kepada Islam sehingga tidak mungkin asasnya sekuler atau nasionalis. Dengan demikian orang-orang yang beraqidah selain Islam tidak boleh menjadi bahagian dari jemaah ini.

Adapun jenis jemaah tersebut harus berbentuk parti politik. Hal ini kerana ayat di atas memerintahkan amar maruf dan nahi munkar yang cakupannya umum kepada siapapun termasuk kepada pemerintah. Memerintahkan amar ma’ruf dan nahi munkar kepada penguasa tidak lain merupakan muhasabah kepada mereka yang secara prinsip merupakan tugas utama parti politik. Dengan demikian ayat tersebut memerintahkan adanya jemaah yang bersifat politik atau parti politik.

Membatasi diri untuk tidak melakukan amar makruf dan nahi munkar kepada penguasa dengan kata lain tidak melakukan aktiviti politik jelas keliru sebab tidak ada dalil yang membatasi keumuman ayat tersebut. Bahkan terdapat sejumlah hadits yang memberikan pujian terhadap orang yang melakukan muhasabah kepada penguasa. Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الجِهَادِ إلى اللهِ كَلِمَةُ حَقٍّ تُقَالُ لِإِمَامٍ جَائِرٍ

“Jihad yang paling disukai oleh Allah adalah kalimat yang haq yang disampaikan kepada penguasa yang dzalim.” (HR. Ahmad, at-Thabrany dan al- Baihaqy. Menurut al-Munawy sanadnya hasan)

“Penghulu para syuhada adalah Hamzah ibnu Abdul Muthalib dan orang yang berdiri di hadapan penguasa lalu ia memerintahkan (yang makruf) dan melarangnya (dari yang munkar) lalu penguasa tersebut membunuhnya.” (HR. Tirmidzy dan al-Hakim dan menurut beliau sanad hadits ini shahih)

”Sesungguhnya Allah redha kepada kalian tiga hal dan marah kepada kalian pada tiga hal. Allah redha pada kalian: menyembahnya dan tidak menyekutukannya dengan suatu apapun, berpegang teguh pada tali agama Allah dan tidak bercerai-berai, saling menasihati pemimpin kalian. Allah marah kepada kalian pada tiga hal iaitu: banyak bicara (mengatakan sesuatu yang tidak benar atau tidak mengatahui hakikatnya), banyak bertanya, dan mensia-siakan harta (membelanjakan pada jalan yang haram).” (H.R. Bukhari)

Hadits-hadits ini sekaligus menjadi qarinah (indikasi) wajibnya perintah mendirikan parti politik tersebut. Hal ini kerana tugas dari jemaah atau parti politik tersebut adalah melakukan amar makruf dan nahi munkar sementara kedua aktiviti tersebut merupakan sesuatu yang wajib. Kewajiban tersebut diperoleh dari dalil-dalil yang memuji aktiviti tersebut sebagaimana hadits di atas dan mencela pihak-pihak yang meninggalkannya.

Asas dan Fungsi Parti

Secara mutlak ayat tersebut juga menjelaskan bahawa dasar dari sebuah parti tersebut adalah Islam sebab tidak mungkin suatu parti atau jemaah yang berdasarkan selain Islam menyerukan dan memperjuangkan ide-ide Islam.

Ayat di atas juga membatasi bahawa aktiviti sebuah parti adalah menyeru kepada Islam, memerintahkan yang ma’ruf, iaitu apa yang dianggap baik oleh syara’ dan mencegah yang munkar iaitu apa saja yang bertentangan dengan syara’. Dengan demikian sebuah parti tidak boleh menyeru ide-ide yang bertentangan dengan Islam seperti: sekularisme, demokrasi, HAM, pasar bebas, pluralisme, materialisme, dan nasionalisme. Sebaliknya ide-ide yang munkar tersebut justeru wajib dicegah dan dijelaskan kebatilannya oleh parti politik tersebut agar tidak diambil dan diterapkan oleh umat Islam dan negara. Selain itu parti politik tersebut tidak boleh melakukan hal-hal yang mungkar dalam pandangan syara’.

Oleh kerana itu parti-parti yang kini larut dalam sistem sekuler, mengukuhkan kewujudannya dan menyerukan ide-idenya jelas telah menyimpang dari ketentuan syara’ meski sebahagian mereka mengklaim sebagai parti Islam.

Dalam negara Islam, sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Maliky dalam Nidzamu al-Uqubat, parti atau organisasi apapun yang asasnya sekularisme, komunisme atau apapun yang bertentangan dengan Islam dilarang. Orang-orang yang mendirikannya atau bergabung dengannya dapat dikenakan sanksi ta’zir dengan cara dibunuh dan disalib.

Adapun sikap kaum muslimin terhadap parti yang menyeru dan atau mendukung penerapan ide-ide kufur adalah menjauhi parti-parti tersebut dan tidak mendukungnya. Namun demikian aktiviti amar ma’ruf dan nahi munkar kepada mereka mereka tetap dilakukan. Hal ini sesuai dengan hadits Rasulullah saw.

Hudzaifah bin al Yamani berkata: “Orang-orang bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebaikan sementara saya bertanya kepada beliau tentang keburukan kerana khawatir hal tersebut menimpa saya.” Saya berkata: “Wahai Rasulullah sesungguhnya dulu kami berada pada masa jahiliyah dan keburukan lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Apakah setelah kebaikan ini ada keburukan?” Beliau menjawab: “benar.” Saya bertanya lagi: “Apakah setelah keburukan itu ada kebaikan?” Beliau menjawab: “Benar namun di dalamnya ada kekeruhan.” Saya bertanya: “Apa kekeruhannya?” Beliau menjawab:”Kaum yang tidak menjalankan sunnahku dan tidak mengikuti petunjukku. Kalian mengetahui mereka dan mengingkarinya.” Saya bertanya lagi: “Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan.” Beliau menjawab: “Betul orang-orang yang menyeru kepada pintu neraka, barangsiapa yang mengikutinya maka mereka akan dilemparkan ke neraka. Saya bertanya lagi: Ya Rasulullah, jelaskan kepada kami ciri-ciri mereka?” beliau menjawab: “Betul mereka dari kulit kita dan berbicara dengan bahasa kita.” Saya bertanya: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapat engkau jika saya menjumpainya?” Beliau menjawab: “berpeganglah kepada jemaah kaum muslim dan imam mereka. Saya kembali bertanya: “Bagaimana jika tidak ada?” Beliau menjawab: “Jauhilah kelompok-kelompok itu semuanya meski engkau harus menggigit akar pohon hingga maut menjemputmu.” (HR. Bukhari & Muslim)

Dari hadits di atas sangat jelas Rasulullah saw memerintahkan untuk menjauhi kelompok-kelompok yang menyeru ke neraka. Menurut an-Nawawy kelompok tersebut adalah para pemimpin yang menyeru kepada bid’ah atau kesesatan lainnya. Apa yang diserukan dan diperjuangkan oleh parti-parti politik saat ini untuk mengukuhkan sistem demokrasi, menjunjung tinggi HAM, mengatur perekonomian dengan sistem kapitalisme jelas merupakan bid’ah dan kesesatan yang wajib diingkari.

Aktiviti Parti

Kerana parti yang diperintahkan tersebut berkaitan dengan kegiatan politik maka aktiviti dan ide-idenya (tsaqafahnya) sangat berkaitan dengan situasi dimana ia wujud. Jika parti tadi berada dalam masyarakat Islam yang dipimpin oleh seorang khalifah maka parti tersebut berkewajiban untuk mengawasi aktiviti pemerintah sehingga dapat melakukan muhasabah jika mereka melalaikan tugasnya. Di samping mendorong penguasa untuk melakukan kebaikan mencegahnya berbuat munkar, parti juga berkewajiban memberikan pencerahan kepada ummat dengan mendidik mereka dengan pemikiran Islam dan mendorong mereka untuk terikat kepadanya serta turut melakukan muhasabah kepada para penguasa. Selain itu parti juga bersama-sama dengan pemerintah mendakwahkan Islam ke luar negeri.

Namun jika parti tadi berada dalam keadaan tidak ada kekhilafahan seperti saat ini maka yang menjadi tugas utamanya adalah mewujudkan hal tersebut sebab adanya pemerintahan Islam merupakan metode yang dapat menjamin pelaksanaan Islam secara menyeluruh. Oleh karena itu parti tersebut mengharuskan dirinya mengambili segala sesuatu yang berhubungan dengan upaya tersebut iaitu menetapkan tujuan yang akan dicapai, metode yang ditempuh, dan pemikiran yang harus diambil dalam rangka merealisasikan tujuan tersebut. Adapun tujuan, metode dan pemikiran yang diambil tadi seluruhnya harus berasal dari Islam saja bukan berdasarkan akal dan hawa nafsu yang sangat bias terhadap berbagai kepentingan.

Inilah realiti parti yang diperintahkan oleh Allah swt untuk diwujudkan di tengah-tengah kaum muslim dan didukung perjuangannya, bukan parti-parti yang menyeru kepada pintu-pintu neraka.

Wallahu a’lam bis Shawab

Sumber : HTIndonesia

Dari Tasik Titiwangsa ke Alam Damai


Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah habis exam paper yang terakhir pada 8hb April lepas, saya terus menyiapkan assignment yang telah tamat tarikh kecemasannya. Semalaman saya menyiapkan assignment tersebut. Siap sahaja assigment tersebut, saya terus menghantar attachment ke satu emel untuk disemak. Dalam hati saya, mungkinkah assignment saya ini akan dipilih untuk saya persembahkan? Untuk pengetahuan kalian, saya adalah peserta yang akhir sekali menghantar assignment tersebut. (Jangan jadi seperti saya. Jadilah yang pertama dan terbaik.) Namun saya mempunyai sebab yang tersendiri yang tidak perlu saya nyatakan di sini.

Persoalan saya terjawab apabila saya telah dipilih antara beberapa public speakers untuk mempersembahkan hasil assignment masing-masing. Berdebar-debar ketika nama saya terpampang di slide show. Namun saya tersenyum di dalam hati kerana telah terpilih. (Saya memang mengharapkannya setelah saya menghantar emel tersebut dulu. Pecah rahsia.) Mungkin assignment saya tidaklah sehebat speaker-speaker yang lain, tetapi itulah yang mampu saya hasilkan. Inilah hasilnya.

KEMUNDURAN SESUATU NEGARA. ADAKAH DISEBABKAN OLEH KEMISKINAN ATAU PEMISKINAN?

Definisi

Kemiskinan merupakan satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan-bahan keperluan hidup dan kebiasaannya disamai dengan masalah kekurangan wang. Dalam erti kata lain, kemiskinan merupakan satu keadaan yang mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk membeli keperluan minimum sesebuah isi rumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan minimum atau Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Realiti

Untuk meningkatkan taraf hidup dan keluar dari garis kemiskinan,golongan berpendapatan rendah perlu menggunakan kemahiran dan kebolehan masing-masing. Pada tahun lepas, Menteri Kewangan Kedua berkata, kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan termasuk ilmu kemahiran bagi membolehkan golongan itu memperbaiki kehidupan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, berkata, daripada 60,000 kes, sebanyak 26,000 kes telah diluluskan bantuannya. "Mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan diberikan bantuan tersebut iaitu yang pendapatan seisi keluarga berada di bawah garis kemiskinan iaitu di bawah RM720 sebulan," katanya.

Selain itu, perkembangan pesat ekonomi negara sejak beberapa dekad lepas telah membantu Malaysia mengurangkan kadar kemiskinan daripada 58.7 peratus pada 1970 kepada 7.1 peratus sahaja pada 2007 manakala kadar kemiskinan tegar kini hanyalah 1.4 peratus. Persoalannya di sini adalah 1) apakah peluang-peluang untuk meningkatkan taraf hidup boleh diraih sekiranya ‘peluang-peluang pekerjaan’ itu tidak wujud? 2) adakah peranan JKM dalam membantu keluarga yang miskin dengan memberi bantuan berjaya sekiranya pemberian bantuan terhad kepada peruntukan? dan 3) benarkah kadar kemiskinan telah menurun sekiranya nilai KNK yang diambil kira?

Penyelesaian

Islam merupakan sebuah agama dan sistem hidup di mana ia mempunyai caranya untuk menangani masalah kemiskinan. Antara penyelesaian yang disediakan Islam adalah :

1) Jaminan pemenuhan keperluan asasi (basic needs) seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, 2) pengaturan kepemilikan, 3) penyediaan pekerjaan, dan 4) penyediaan perkhidmatan pendidikan. Sistem Islam merupakan satu-satunya jalan untuk mengatasi masalah pengangguran, kemiskinan, kebuluran dan seumpamanya adalah dengan kembali kepada sistem Islam. Pilihan kini terletak ditangan kita sendiri; kemiskinankah yang ingin kita atasi atau pemiskinan yang ingin terus kita jejaki. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengembalikan Islam sebagai rahmatan lil-'alamin (rahmat bagi seluruh alam) dengan menegakkan kembali Daulah Khilafah.

Perlu diingatkan di sini, saya hanya menjadikan tulisan saya di atas sebagai point sahaja untuk dipersembahkan. Banyak penambahan yang telah dilakukan.

Sebagai manusia biasa, saya juga nervous ketika public speaking. Lebih-lebih lagi saya adalah peserta yang kurang berpengalaman dalam meyampaikan fikrah saya. Tambahan pula di hadapan saya adalah para muslimah yang bukan calang-calang fikrah Islamnya. Tetapi komen daripada juri tidak menghampakan saya. Malah memotivasikan saya. Benar kata beliau, sepatutnya speaker-speaker mempunyai niat untuk melakukannya lagi dan berada di depan audiens sekali lagi. Iya, saya ingin mengulanginya lagi dan lagi dan lagi. Dan mungkin setelah beberapa kali, saya akan menjadi semakin matang dalam menjadi speaker. Pepatah Inggeris mengatakan, 'Practise Makes Perfect'. Betul kan? Seriously saya cakap, semoga saya boleh menjadi speaker yang dikehendaki suatu hari nanti. Mungkin dalam 5-10 tahun lagi. InsyaAllah.

Juri tersebut telah memberikan beberapa tips ketika seseorang speaker berada di hadapan audiens. Antaranya adalah jangan terlalu nervous. Sebenarnya, saya pernah berjaya atasi masalah ini memandangkan saya merupakan seorang bekas wakil sekolah untuk pertandingan syarahan dan juga pidato. Saya juga telah melakukan beberapa presentation di hadapan orang. Semua sedia maklum, sebagai pelajar universiti, melakukan perkara itu adalah perlu kerana itu merupakan salah satu soft skills yang perlu. Malah ketika berada di alam kerjaya kelak, presentation juga memang perlu. Jadi, mengapa masih nervous? Sebenarnya keterikatan kita dengan Allah SWT adalah sangat penting. Sekiranya kita benar-benar mengharapkan keredhaanNya, insyaAllah kita mampu atasi masalah ini di lain waktu. Tepuk dada tanya iman.

Selain itu, juri tersebut juga menerangkan sekiranya audiens sudah tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang kita ucapkan, adalah baik jika kita selitkan cerita-cerita menarik yang releven dengan topik tersebut. It works sebab audiens akan kembali memberi perhatian semula kepada kita. Macam kita kecil-kecil dulu, kan memang suka mendengar cerita. So, same goes to them.

Sebenarnya, walau apa pun cara yang cuba kita lakukan dalam menyampaikan ucapan atau presentation, mengawal audiens adalah penting. Tersangat penting. Jika kita berjaya mengawal audiens dalam apa jua keadaan, insyaAllah apa yang kita cuba sampaikan mereka akan terima, cerap dan fahami dengan mudah. Try it. Dan kepada para da'ie yang masih dibina, telah dibina dan akan dibina pemikiran dan sakhsiyyahnya, yakinilah bahawa fikrah yang cuba kita sampaikan kepada umat adalah yang benar dan mantap. Hanya keredhaan Allah SWT semata-mata yang kita harapkan. Sebab kita tidak akan tahu bilakah tibanya hari kematian untuk kita. Allah berfirman:

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.” (TQS Ali ‘Imran [3]: 145)

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal); maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. "(TQS Al-A’raaf [7]: 34).

Wallahua'lam.

Seminggu Itu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Cuti sekolah telah seminggu berlalu.
Bermakna seminggu juga tidak saya update blog ini.
Seminggu juga saya berada di luar daerah.
Seminggu juga menghabiskan masa bersama nenenda tercinta di sana.
Seminggu juga pengalaman baru ditimba dan tersimpan rapi sebagai kenangan.
Alhamdulillah, seminggu itu adalah bahagia buat nenenda dan saudara mara di sana.

Jadi, 'ini' hanya sekadar memanaskan jari jemari untuk menaip kembali.
Memanaskan idea-idea yang tersimpan beku dan kaku selama seminggu.
Memanaskan kembali isu-isu yang mungkin dilupai dan dibiarkan sepi.
Meleburkan kembali batu-batu yang keras, akhirnya terhakis dek air yang menitik..
Namun, moga hadis ini mampu memotivasikan diri..
Mampu memberi inspirasi..
Tatkala jiwa raga berbolak balik..


Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufik dari Allah SWT. Allahlah yang memudahkannya bagi sesiapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya. Tugas itu adalah penghormatan dari Allah kepada seorang hamba, bukannya bebanan.
IMAM AHMAD BIN HANBAL

Wallahua'lam..
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat