Tiger Year vs Valentine's Day

14hb Februari 2010 bersamaan hari ahad. Ia juga merupakan cuti umum buat rakyat Malaysia khususnya. Dan yang paling utama ia merupakan hari di mana bangsa cina menyambut perayaan tahunan mereka iaitu Gong Xi Fa Cai dan juga hari kekasih buat manusia yang sedang jatuh cinta melahirkan rasa cintanya. Apakah yang berbeza antara keduanya? Atau apakah kedua-dua sambutan itu ada persamaannya?

Jika keduanya ada perbezaan, ia hanyalah kerana 1) nama sambutannya, 2) orang-orang yang merayakannya, dan 3) sebab menyambutnya. Jika sambutan antara keduanya ada persamaan, maka di sini saya hadirkan persamaannya. Anda berani untuk mengetahuinya? Anda HARUS BERANI untuk mengetahuinya. =)

Untuk sesiapa yang belum mengetahui akan keharaman hari kekasih sedunia, bacaan dari web syabab.com, juga puisi khas buat uda dan dara nukilan FM dan ini mungkin sedikit sebanyak boleh membuka minda anda untuk berfikir tanpa mengikut apa yang orang lain lakukan. Anda sendiri yang perlu tentukan mengapa anda tidak boleh menyambutnya dengan mengkaji akan keharamannya itu. Kita perlu menjadi seorang Muslim yang menerima sesuatu dengan mengkaji, bukan menerima sesuatu bulat-bulat (peringatan buat diri saya juga.)

Jika hari kekasih atau Valentine's Day telah dibuktikan akan keharamannya, apakah sambutan Gong Xi Fa Cai juga haram? Anda masih berani untuk meneruskan pembacaan anda? Iya, anda perlu berani, teman-teman. Berani kerana benar. Yang haq itu perlu ditegakkan, teman-teman.

Dalam keadaan kita hari ini terutamanya di Malaysia, segala sambutan perayaan mestilah disambut bersama-sama, tak kira agama dan juga bangsa. Kita rakyat Malaysia sangat beruntung kerana dapat merasai pelbagai perayaan agama lain. Betul kan, teman-teman? Ditambah lagi dengan saranan pihak kerajaan untuk sama memeriahkan sambutan perayaan agama lain merupakan salah satu jalan untuk rakyatnya memaksiati Allah SWT. Nauzubillah minzalik!

Marilah teman-teman, kita telusuri satu persatu akan keharaman menyambut Gong Xi Fa Cai ini. Mencapai perpaduan dengan sama meraikan sambutan hari raya cina bukanlah cara yang ditunjukkan oleh Islam. Namun ada sesetengah berpendapat bahawa Gong Xi Fa Cai bukanlah perayaan keagamaan. Ia lebih kepada perayaan bangsa cina. Apakah benar pendapat orang sebegini? Marilah kita kaji, teman-teman.

Gong Xi Fa Cai Adalah Hari Raya Agama Kafir Bukan Sekadar Tradisi: Haram Atas Muslim Turut merayakannya (Oleh: M. Shiddiq Al-Jawi)

Anda mungkin pernah mendengar pernyataan begini. Bahawa Gong Xi Fa Cai itu hanyalah tradisi dan bukan bahagian ajaran agama tertentu. Kerana umat Islam khususnya yang beretnik Cina boleh-boleh sa
ja merayakan Gong Xi Fa Cai. Benarkah Gong Xi Fa Cai hanya tradisi? Adakah boleh muslim turut merayakan Gong Xi Fa Cai? Tulisan ini berusaha untuk menjelaskan persoalan ini kepada umat Islam, dengan menelaah ajaran agama Khonhuchu, serta menelaah undang-undang syariah Islam yang berkaitan dengan penglibatan kaum muslimin dalam perayaan hari raya agama lain.

Gong Xi Fa Cai Bahagian Ajaran Konfusianisme, Bukan Sekadar Tradisi Cina

Memang tak jarang kita dengar daripada orang Cina, termasuk tokoh-tokohnya yang sudah masuk Islam, b
ahawa Gong Xi Fa Cai itu sekadar tradisi. Tidak ada hubungannya dengan ajaran suatu agama, sehingga umat Islam boleh turut merayakannya. Sebagai contoh, Setiausaha Umum DPP PITI (Pembina Iman Tauhid Islam), H. Budi Setyagraha (Huan Ren Cong), pernah menyatakan bahawa Gong Xi Fa Cai adalah tradisi menyambut tahun baru penanggalan China, datangnya musim semi, dan musim tanam di daratan China. H. Budi Setyagraha berkata, "Gong Xi Fa Cai bukan perayaan agama." (Lihat "Sekjen DPP PITI: Rayakan Gong Xi Fa Cai Jangan Berlebihan", Kedaulatan Rakyat, Jumat, 13 Pebruari 2007, hal. 2).

Jika kita mendalami agama Khonghucu, khususnya mengenai hari-hari rayanya, akan terbukti bahawa pernyataan tersebut tidak benar. Sebab sebenarnya Gong Xi Fa Cai adalah bahagian
integral dari ajaran agama Khonghucu, bukan semata-mata tradisi.

Dalam bukunya Mengenal Hari Raya Konfusiani (Labuan: Effhar & Dahara Prize, 2003) hal. vi-vii, Hendrik Agus Winarso menyebutkan bahawa masyarakat kurang memahami Hari Raya Konfusiani. Kata beliau mencontohkan, "Contohnya Tahun Baru Cina dianggap sebagai tradisi orang Cina." Dengan demikian, pandangan bahawa Cina adalah sekadar tradisi, yang tidak ada hubungannya dengan agama, mengikut pengarang buku tersebut, adalah suatu salah faham (Ibid., hal. V).

Dalam buku yang diberi kata sambutan oleh Ketua MATAKIN tahun 2000 diawasi. Tjhie Tjay Ing itu, pada hal. 58-62, Hendrik Agus Winarso telah membuktikan dengan meyakinkan bahawa Imlek adalah bahagian ajaran Khonghucu. Hendrik Agus Winarso menerangkan, Tahun Baru Cina atau disebut juga Sin Cia, merupakan momentum untuk mengemas diri. Momentum ini, kata beliau, diisyaratkan dalam salah satu kitab suci Khonghucu, iaitu Kitab Lee Ki, bahagian Gwat Ling, yang berbunyi:

"Hari permulaan tahun (liep Chun) jadikanlah sebagai Hari Agung untuk bersembahyang besar ke hadirat Thian, kerana Maha Besar Kebajikan Thian. Dilihat tiada nampak, didengar tiada terdengar, namun tiap wujud tiada yang tanpa Dia ... (Tiong Yong XV: 1-5).

(Lihat Hendrik Agus Winarso, Mengenal Hari Raya Konfusiani, [Labuan: Effhar & Dahara Prize, 2003], hal. 60-61).

Penulis buku tersebut lalu menyimpulkan Imlek adalah bahagian ajaran Khonghucu. Beliau berkata:

"Dengan demikian, menyambut Tahun Baru bagi umat Khonghucu Indonesia mengandungi erti ketakwaan dan keimanan." (Ibid., hal. 61).

Maka tidaklah benar pendapat yang menyebutkan bahawa Gong Xi Fa Cai hanya sekadar tradisi orang Cina, atau Gong Xi Fa Cai bukan perayaan agama. Yang benar, Gong Xi Fa Cai justru adalah bahagian ajaran agama Khonghucu, bukan sekadar tradisi.

Lagi pula, perlu kami tambahkan bahawa boleh tidaknya seorang muslim melakukan sesuatu, tidaklah dilihat apakah sesuatu itu berasal dari tradisi atau ataukah daripada agama. Seakan-akan kalau berasal daripada tradisi hukumnya boleh-boleh saja dilakukan, sementara kalau dari agama lain hukumnya tidak boleh.

Standard semacam itu sungguh salah dan tidak ada dalam Islam. Kerana standard yang benar menurut Islam, adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Allah SWT berfirman:

"Ikutlah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin selain-Nya." (QS Al-A'raaf [7]: 3)

Kalimat "maa unzila ilaykum min rabbikum" dalam ayat di atas yang bermaksud "apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu", artinya adalah Al-Qur `an dan As-Sunnah. (Tafsir Al-Baidhawi, [Beirut: Dar Shaadir], Juz III / 2).

Jadi suatu perbuatan itu boleh atau tidak boleh dilakukan, tolok ukurnya adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Apa saja yang benar menurut Al-Quran dan As-Sunnah, bererti boleh dikerjakan. Sebaliknya apa saja yang batil menurut Al-Quran dan As-Sunnah, bererti tidak boleh dilakukan.

Maka kalau kita hendak menilai perbuatan muslim turut merayakan Gong Xi Fa Cai mengikut Islam, tolok ukurnya harus benar. Iaitu harus kita lihat ialah adakah perbuatan itu boleh atau tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah, bukan melihat apakah Gong Xi Fa Cai itu daripada tradisi atau daripada agama.

Sungguh kalau seorang muslim menggunakan tolok ukur tadi, iaitu melihat sesuatu itu daripada tradisi atau agama, ia akan tersesat. Sebab suatu tradisi tidak selalu benar, adakalanya ia bertentangan dengan Islam dan adakalanya sesuai dengan Islam. Contoh, free sex pada masyarakat Barat yang Kristian. Free sex jelas telah menjadi tradisi Barat, meski perbuatan kotor itu bukan bahagian agama Kristian / Katolik, kerana agama ini pun mengharamkan zina. Lalu, apakah karena free sex itu sekadar tradisi, dan bukan agama, lalu umat Islam boleh melakukannya? Jelas tetap tidak boleh, bukan?

Walhasil, mari kita gunakan barometer yang benar untuk menilai suatu perbuatan. Barometernya, bukan dilihat dari segi asalnya apakah suatu perbuatan itu daripada tradisi atau agama, melainkan dilihat dari segi boleh tidaknya perbuatan itu menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Inilah pandangan yang haq, tidak ada yang lain.

Haram Atas Muslim Turut Merayakan Gong Xi Fa Cai

Berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah, haram hukumnya seorang muslim turut merayakan hari raya agama lain, termasuk Cina, baik dengan mengikuti ritual agamanya mahupun tidak, termasuk juga memberi ucapan selamat Gong Xi Fa Cai. Semuanya haram.

Imam Suyuthi berkata, "Juga termasuk perbuatan mungkar, iaitu turut serta merayakan hari raya orang Yahudi, hari raya orang-orang kafir, hari raya selain orang Arab [yang tidak Islami], ataupun hari raya orang-orang Arab yang sesat. Orang muslim tidak boleh melakukan perbuatan itu, sebab hal itu akan membawa mereka ke jurang kemungkaran ... "(Imam Suyuthi, Al-Amru bi al-Ittiba 'wa An-Nahyu' An al-Ibtida` (terj.), hal. 91) .

Khusus mengenai memberi ucapan selamat, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berkata, "Adapun memberi ucapan selamat yang berkaitan syiar-syiar kekufuran yang menjadi ciri khas kaum kafir, hukumnya haram menurut kesepakatan ulama, contohnya memberi selamat atas hari raya atau puasa mereka ... "(Ahkam Ahli Adz-Dzimmah, [Beirut: Darul Kutub Al-'Ilmiyah], 1995, Juz I/162).

Dalil Al-Quran yang mengharamkan perbuatan muslim merayakan hari raya agama kafir di antaranya firman Allah SWT:

"Dan (hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah) orang-orang yang tidak menghadiri dusta ..." (QS Al-Furqan [25]: 72).

Kalimat "laa yasyhaduuna az-zuur" dalam ayat tersebut mengikut Imam Ibnu Taimiyah maknanya yang tepat adalah tidak menghadiri dusta (az-zuur), bukan memberikan kesaksian palsu. Dalam Bahasa Arab, memberi kesaksian palsu didedahkan dengan kalimah yasyhaduuna bi az-zuur. Jadi ada tambahan huruf jar yang dibaca bi. Bukan didedahkan dengan kalimat yasyhaduuna az-zuur (tanpa huruf jar bi). Maka ayat di atas yang berbunyi "laa yasyhaduuna az-zuur" ertinya yang lebih tepat adalah "tidak menghadiri dusta", bukannya "memberikan kesaksian palsu." (M. Bin Ali Adh-Dhabi'i, Mukhtarat min Kitab Iqtidha `Shirathal Mustaqim Mukhalafati As-Habil Jahim (terj.), hal. 59-60)

Sedang Perkataan "az-zuur" (dusta) itu sendiri oleh sebahagian tabi'in seperti Mujahid, adh-Dhahak, Rabi 'bin Anas, dan Ikrimah artinya adalah hari-hari besar kaum musyrikin atau kaum jahiliyah sebelum Islam (Imam Suyuthi, Al - Amru bi al-Ittiba 'wa An-Nahyu' An al-Ibtida `(terj.), hal. 91-95).

Jadi, ayat di atas adalah dalil haramnya seorang muslim untuk merayakan hari-hari raya agama lain, seperti hari Krismas, Wesak, Paskah, Gong Xi Fa Cai, dan sebagainya.

Imam Suyuthi berdalil dengan dua ayat lain sebagai asas pengharaman muslim turut merayakan hari raya agama lain (Lihat Imam Suyuthi, ibid., Hal. 92). Salah satunya ialah ayat:

"Dan sesungguhnya jika kamu [Muhammad] mengikuti keinginan mereka setelah datangnya ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim." (QS Al-Baqarah [2]: 145).

Menurut Imam Suyuthi, larangan dalam ayat di atas tidak hanya khusus kepada Nabi SAW, tapi juga merangkumi umat Islam secara umum. Larangan tersebut adalah larangan melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang bodoh atau orang kafir [seperti turut meraikan hari raya mereka]. Sedangkan yang mereka lakukan bukanlah perbuatan yang diredhai oleh Allah dan RasulNya (Lihat Imam Suyuthi, ibid., Hal. 92).

Adapun dalil As-Sunnah, antara lain Hadits Nabi SAW, "Sesiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka." (HR Abu Dawud).

Dalam hadith ini Islam telah mengharamkan muslim untuk menyerupakan dirinya dengan kaum kafir pada hal-hal yang menjadi ciri khas kekufuran mereka, seperti hari-hari raya mereka. Maka dari itu, haram hukumnya seorang muslim turut merayakan hari-hari raya agama lain (Lihat Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Penjelasan Tuntas Hukum Seputar Perayaan, [Solo: Pustaka Al-Ummat], 2006, hal. 76).

Teman-teman, jelas bukan berdasarkan dalil Al-Qur an dan As-Sunnah di atas, haram hukumnya seorang muslim turut merayakan Gong Xi Fa Cai dalam segala bentuk dan manifestasinya. Haram bagi muslim ikut-ikutan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada orang Cina, sebagaimana haram bagi muslim menghiasi rumah atau pejabatnya dengan lampion khas China, atau hiasan naga dan berbagai aksesori lainnya yang serba berwarna merah. Haram pula baginya mengadakan berbagai macam pertunjukan untuk merayakan Gong Xi Fa Cai, seperti live band, karaoke mandarin, demo masak, dan sebagainya.

Semua bentuk perbuatan tersebut haram dilakukan oleh muslim, kerana termasuk perbuatan merayakan hari raya agama kafir yang telah diharamkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Imbauan Kepada Muslim Etnik Cina

Terkini, kami sampaikan seruan dan imbauan kepada saudara-saudaraku muallaf dari etnik Cina, hendaklah anda masuk ke dalam agama Islam secara keseluruhannya (kaffah). Janganlah anda-semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada anda semua-mengikuti langkah-langkah syaitan, yakni masuk ke dalam agama Islam tetapi masih mengekalkan sebahagian ajaran lama yang dulu anda peluk dan anda amalkan, seperti perayaan Gong Xi Fa Cai. Marilah kita renungkan firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh nyata bagimu. "(QS Al-Baqarah [2]: 208)

Wallahu a'lam bi al-shawab.

Sumber : Hizbut Tahrir Indonesia

Happy Exam Week, Friends!!!



Di kala pagi tengah memerah otak memahami dan menghafal nota-nota kuliah, bunyi-bunyian unggas menjadi halwa telinga. Subhanallah, betapa hebat ciptaanNya. Allah telah berfirman di dala Al-Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (ayat) bagi orang yang berakal” (QS Ali ‘Imran [3]: 190).

“(Dan) Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah diciptakan-Nya langit dan bumi serta berlain-lainannya bahasa dan warna kulitmu” (QS Ar-Rum [30]: 22).

“Apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung, bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan?” (QS Al-Ghasyiyah [88]: 17-20).

dan firmanNya lagi,

“Hendaklah manusia memperhatikan dari apa ia diciptakan? Dia diciptakan dari air memancar, yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dengan tulang dada perempuan” (QS At-Thariq [86]: 5-7).

Maka bersempena dengan peperiksaan semester yang bakal ditempuhi samada bermula esok ataupun setelah cuti raya cina, saya ingin mengajak sahabat-sahabat serta umat Islam mendalami hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah sebagai penutup entri saya pada kali ini.

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim."


Salam imtihan,
Wallahua'lam

Asma' Bintu Yazid Bin As Sakan Al Anshariyah ra

Sirah istimewa ini adalah milik salah seorang wanita suci dan menjadi contoh ideal dalam iman, ilmu dan kesabarannya. Beliau memeluk Islam bersama para wanita yang terdahulu beriman kepada Allah dan RasulNya, dari kalangan Anshar melalui sentuhan dakwah Mushab bin Umair, bermula di perkampungan Anshar yang paling baik, Bani Abdul Ashal, iaitu perkampungan seorang sahabat, Saad bin Muadz Radiallahu Anhu yang keislamannya menjadi barakah bagi kaumnya. Diriwayatkan bahawa pada petang hari beliau memeluk Islam, tiada seorang lelaki atau wanita pun di tengah-tengah Bani Abdul Ashyal melainkan telah menjadi muslim dan muslimat.

Ibnu Hajar memperkenalkan sahabiyyah ini dengan ungkapan yang baik dengan berkata,” Dialah Asma’ bintu Yazid bin As-Sakan bin Rafi’ bin Imru’ul-Qais Al-Anshariyyah Al-Ausiyah. Beliau biasa dikenali dengan sebutan Ummu Salamah dan terkadang Ummu Amir, termasuk wanita yang berbaiat dan mujahidah, yang hidup pada permulaan Islam di Madinah, beroleh keuntungan menjadi sahabat Rasulullah SAW dan memperolehi keredhaan Allah dan RasulNya.”

Asma’ bintu Yazid Radiallahu anha termasuk di antara wanita yang terawal menerima Islam di kalangan kaum Ansar. Amr bin Qatadah Radiallahu anhu berkata, “Wanita yang pertama kali berbaiat kepada Rasulullah ialah Ummu Saad bin Muadz, Kabsyah bintu Rafi’, Ummu Amir bintu Yazid bin As-Sakan dan Hawa’ bintu Yazid bin As-Sakan” (Ad-Durrul-Manstur, 8/143; Ath-Thabaqat, 8/12).

Sahabiyyah ini memiliki keutamaan dari segi ketajaman akal, agama yang teguh, keberanian, ketegaran, kesabaran dan termasuk di antara wanita yang meriwayatkan hadith Nabawi yang mulia.

KELEBIHAN-KELEBIHAN ASMA’ BINTU YAZID

Sahabiyyah yang mulia ini memperolehi kesaksian kefasihan dari para sahabat. Beliau dikenali sebagai wanita yang memiliki kehebatan hujjah dan daya pikat di dalam ucapan-ucapan beliau. Kelebihan ini ditambah lagi dengan keilmuannya terhadap isi kandungan Al-Quranul Karim dan hadith Nabawi. Atas sebab itulah, beliau memperolehi gelaran istimewa di kalangan para wanita kaum Ansar sebagai Khatibatun- Nisa’ (jurubicara kaum wanita). Beliaulah yang menjadi utusan para wanita untuk menemui Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Beliau juga berbaiat kepada Baginda, mendengar sendiri hadith nabawi dan menyampaikan ilmu-ilmu yang diperolehinya dari Rasulullah melalui ucapan-ucapannya yang berkesan kerana kecerdasannya, keelokan bahasa dan susunan kata-katanya. Para penulis biografi serikandi ini meriwayatkan ucapan-ucapan Asma’ yang mengagumkan, menyentuh perasaan, memukau dan mencetuskan kesedaran kepada orang-orang yang mendengarnya.

Asma’ juga dikenali sebagai salah seorang sahabiyah yang paling mendalam ilmu dan agamanya. Hal ini diakui oleh Ibnu Abdil-Barr Rahimahullah yang menyebutkan, “Dia (Asma’) termasuk wanita yang paling cerdas akalnya dan kuat agamanya” (Al-Isti’ab, 4/233). Dua kelebihan ini, akal dan agama, menjadikan beliau termasuk wanita yang bijaksana di madrasah nubuwwah serta menjadi rujukan di kalangan wanita Ansar. Beliau terkenal sebagai seorang murid yang sentiasa bersungguh-sungguh mendapatkan penjelasan hukum-hukum dalam urusan agama, sehinggakan beliau tidak pernah merasa malu untuk bertanya soalan kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Salah satu pertanyaan Asma ini diriwayatkan oleh Al-Akhthib Al-Baghdady Rahimahullah, yang menceritakan, “Asma’ bintu Yazid bertanya kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam cara untuk mandi junub selesai haid. Maka baginda menjawab, ‘Hendaklah engkau mengambil daum sidrah yang direndam air, lalu engkau membasuh kepala dan engkau dapat menggosoknya dengan gosokan yang keras sehingga air mengenai seluruh bahagian dari kepala sehingga ke seluruh badan. Kemudian, hendaklah engkau mengambil cebisan kain yang diberi minyak wangi, lalu engkau bersuci dengannya’. Asma’ kemudian bertanya lagi, ‘Bagaimana caraku bersuci dengannya?’. Rasulullah SAW kemudian bersabda, ‘SubhanaLlah! Yang penting engkau bersuci’. Aisyah Radiallahu anha member isyarat kepada Asma’ yang bermaksud ‘ertinya engkau harus mencari bekas-bekas darah’ (Al-Asma’ Al-Mubhamah fil-Anba’ Al-Muhkamah, hal. 68)

Di atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh Asma’ ini, Ummul Mukminin Aisyah Radiallahu anha memberikan pujian kepada para wanita Ansar, dengan berkata, “Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar, yang tidak terhalang oleh rasa malu untuk menanyakan masalah agama dan memahaminya”

ASMA’ DAN HUKUM AL-QURAN

Sahabiyah yang mulia ini memiliki sejarah yang tersendiri yang diselitkan di dalam isi Al-Quran. Abu Daud, Ibnu Hatim dan Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam sunannya dari Asma’ bintu Yazid dengan berkata,”Aku ditalak pada zaman Rasulullah SAW, yang pada ketika itu belum ada lagi ketetapan iddah bagi wanita yang ditalak. Maka, ketika itulah Allah menurunkan ayat iddah kerana talak, ‘Dan wanita-wanita yang ditalak hendaklah menunggu hingga tiga kalu quru’ (Al-Baqarah:228). Inilah merupakan ayat pertama yang turun tentang iddah bagi wanita yang ditalak” (Tahdzibut-Tahdzib, 12/339; Siyar Alamin Nubala, 2/297; Alamun Nisa’)

Ini merupakan kemuliaan yang diberikan oleh Allah Subhanah wa taala kepada wanita secara umum, dan bagi Asma’ secara khusus.

ASMA’ DAN HADIS NABAWI

Di antara kelebihan utama Asma’ bintu Yazid ialah hafalan dan pemahamannya tentang hadis-hadis Nabawi serta periwayatannya. Beliau meriwayatkan 81 hadis dari Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, yang diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah. Adapun yang meriwayatkan darinya ialah maulanya Muhaji bin Abu Muslim, Ayahr bin Hausyab, anak saudaranya, Mahmud bin Amr Al-Anshary dan lain-lain.

Ini menjadikan Asma’ sebagai antara wanita muslimah yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, setelah Aisyah dan Ummu Salamah radiallahu anhuma.

ASMA’ DAN PERJALANAN JIHADNYA

Keluarga As-Sakan memiliki sejarah gemilang sebagai kelompok syuhada’ yang menorehkan tinta emas di medan Uhud. Ayah Asma’ adalah Yazid bin As-Sakan Al-Anshary, yang gugur syahid bersama anaknya, Amir bin Yazid. Bapa saudara Asma’, Ziyad bin As-Sakan Al-Anshary, adalah salah seorang pahlawan penunggang kuda yang menjual dirinya bagi Allah dan RasulNya sehingga beliau turut sama gugur di dalam Perang Uhud.

Asma’ bintu Yazid sendiri pernah bergabung bersama pasukan kaum Muslimin semasa Perang Khandaq di mana beliau berperanan mengirimkan makanan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Beliau juga pergi bersama ke Hudaibiyah dan terlibat di dalam Baiat Ar-Ridhwan, selain turut serta di dalam Perang Khaibar.

Pada tahun ke-13 Hijrah, Asma’ berperanan besar di dalam Perang Yarmuk dengan menyediakan logistik bagi pasukan tentera muslimin, memberikan minuman kepada para parajurit yang kehausan dan mengubati tentera yang terluka. Ibnu Katsir menyebutkan peranan para wanita di dalam perang tersebut, dengan berkata, “ Para wanita muslimah pada hari itu telah berjaya membunuh sejumlah musuh dari kalangan tentera Rom. Mereka juga memukul dengan kayu dan membaling batu kepada para tentera kaum muslimin yang berniat untuk lari dari medan perang. (Al-Bidayah wa Nihayah, 7/13; Tarikh Ath-Thabary 2/335)

Salah seorang dari pahlawan wanita yang terjun ke medan tempur ketika itu ialah Asma’ Radiallahu anha. Beliau Berjaya membunuh sembilan orang tentera musuh dengan menggunakan tiang penyanggah khemah. (Al-Ishabah, 4/229; Majma’ Az-Azzawaid, 9/260; Syiar Alamin Nubala’, 2/297)

UCAPAN KHATIBATUN NISA’ DAN HIKMAHNYA KEPADA PARA MUSLIMAT HARI INI

Salah satu ucapan Asma’ bintu Yazid yang paling utama terkandung di dalam pertemuan beliau dengan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ketika Baginda sedang bersama dengan beberapa orang sahabat,

Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah utusan bagi seluruh wanita muslimah di belakangku, seluruhnya mengatakan sebagaimana yang aku katakan dan seluruhnya berpendapat sesuai dengan pendapatku. Sesungguhnya Allah Taala mengutusmu bagi seluruh lelaki dan wanita, kemudian kami beriman kepadamu dan membai`atmu. Adapun kami para wanita terkurung dan terbatas gerak langkah kami. Kami menjadi penjaga rumah tangga kaum lelaki, dan kami adalah tempat memenuhi syahwat mereka, kamilah yang mengandung anak-anak mereka, akan tetapi kaum lelaki mendapat keutamaan melebihi kami dengan solat jumaat, menghantar jenazah dan berjihad. Apabila mereka keluar untuk berjihad kamilah yang menjaga harta mereka, yang mendidik anak-anak mereka, maka apakah kami juga mendapat pahala sebagaimana yang mereka dapat dengan amalan mereka?

Mendengarkan pertanyaan tersebut, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menoleh kepada para sahabat dan bersabda : “Pernahkah kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang Deen yang lebih baik dari apa yang dia tanyakan?”. Para sahabat menjawab,“Benar, kami belum pernah mendengarnya ya Rasulullah!.”Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kembalilah wahai Asma` dan beritahukanlah kepada para wanita yang berada di belakangmu bahawa perlakuan baik salah seorang diantara mereka kepada suaminya, dan meminta keredhaan suaminya, mengikuti (patuh terhadap) apa yang disuruhnya (selagi tidak melanggar syara’), itu semua setimpal dengan seluruh amal yang kamu sebutkan yang dikerjakan oleh kaum lelaki”. Maka kembalilah Asma` sambil bertahlil dan bertakbir kerana gembira dengan apa disabdakan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Sesungguhnya, ada pengajaran besar dari protes Asma’ bintu Yazid dan kaum muslimah ketika itu. Ternyata, apa yang diproteskan oleh mereka, bukanlah untuk mendapatkan kalung 24 karat seberat 2 kg. Bukan untuk mendapatkan posisi sebagai pemerintah tertinggi di dalam daulah ketika itu. Bukan untuk meminta mereka untuk keluar bekerja dan mengambil posisi sebagai ketua keluarga. Bukan untuk meletakkan hukum-hakam Islam di kandang pesalah dengan tuduhan meremehkan dan menghinakan perempuan. Sebaliknya, yang mereka tanyakan sebenarnya semata-mata adalah persamaan untuk mendapatkan pahala, meraih posisi muttaqin dan menjalankan syariat Sangat hebat bukan?! Cuba bandingkan pula dengan apa yang diperjuangkan oleh para pejuang feminisme yang kononnya lebih peka dan arif tentang masalah-masalah wanita di dalam Islam. Ibarat langit dengan bumi!

Semoga Allah Subhanah wa taala meredhai Asma’ bintu Yazid yang cerdas, perawi hadis, mujahidah mukminah yang solehah dan mulia. Semoga Allah mengurniakan rahmat kebijaksanaan dan keikhlasan yang tinggi kepada para du’at agar dengan itu mampu mencontohi perjuangan generasi muslimah terdahulu.

Wallahu ‘alam
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat