Marilah, mari.. Buat Cinema di Rumah..

Sumber Google
Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang ditayangkan?  Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem-filem lucah walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yang sebenar?  Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yang menonton filem-filem seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan mereka menonton apa yang mereka mahu?

Jawapan : Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki.  Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar.  Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.

Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu.

Manakala menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram”   Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai haram hukumnya.

Secara umumnya, kebanyakkan filem-filem sebegini akan menjerumuskan si penontonnya kepada perbuatan yang mengandungi unsur-unsur haram jadi kaeadah syarak ini terkena pada semua filem seksi, filem berunsur seks dan filem lucah.  Maka dengan sebab itu, adalah diharamkan untuk menonton, mahupun membeli filem-filem sebegini.

Merujuk kepada persoalan bagaimanakah caranya syabab berhadapan  dengan kaum muslimin yang menonton filem sebegini, seperti yang diketahui, sebahagian daripada mereka yang menonton filem seperti ini adalah orang yang rendah pemikirannya  yang tidak menurut perintah dan larangan Allah kecuali orang-orang yang mempunyai belas kasihan Allah.

Namun sekiranya syabab mempunyai kaedah pencegahan yang rasional biarkan mereka menggunakannya.  Mungkin orang yang mengajukan soalan ini, maksudkan perkara ini berlaku dikalangan kaum keluarganya dan dia merasa sedih dengan perbuatan mereka maka seharusnya dia membimbing mereka untuk menjauhi perbuatan ini.  Didalam kes ini hendaklah dia melarang mereka dengan kaedah yang benar dan berharap Allah akan membimbing mereka ke jalan yang benar dan InsyaAllah dia akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT kelak.

Hakikatnya, pada hari ini kaum Muslimin dikelilingi dengan penderitaan dan penindasan dari pelbagai penjuru disebabkan ketiadaan Daulah Khilafah yang memelihara umat.  Sememangnya, seorang Muslim tidak sepatutnya mempunyai waktu yang terluang untuk dihabiskan dengan melayani hiburan yang mubah(dibolehkan), apatah lagi mahu menghabiskan waktunya dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah, Nauzubillah!

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, sebagai seorang Muslim yang berfikiran cemerlang, untuk mengajak saudara-saudara seIslam kita, mengerahkan seluruh masa dan tenaga yang ada, untuk sama-sama bekerja keras menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengannya nasib umat ini akan terbela dan penderitaan umat Islam akan digantikan dengan kegembiraan.  Wallahu ‘alam

Sumber: Islamic Revival , terjemahan dari penulisan bahasa Arab Sheikh Ata Abu Rashta

Zaman Kanak2 Riang ala Kanak2 Ribena B-)

Bila saya melihat tumbesaran adik-adik saya, teringat saya ketika seusia mereka. Kira-kira 13-16 tahun yang lalu. Saya andaikan entri ini ada sedikit kaitan dengan entri ini. Kalau saya imbas masa kanak-kanak saya, saya rasa gembira dan sihat selalu. Adik-adik saya tak merasai semua itu.

Setiap kanak-kanak secara fitrahnya memang inginkan keseronokan dan bersahabat seperti kanak-kanak lain. Waktu saya berumur 6 tahun, setiap petang mesti main pondok-pondok atau main masak-masak. Alatan yang digunakan adalah tempurung kepala, ranting-ranting kayu untuk pengacau, batu-batu sebagai penumbuk dan daun-daun pokok sebagai pinggan. Kalau nak masak, guna daun-daun atau bunga-bunga. Seronok sangat masa tuh. Ibu bapa tak perlu risau di mana saya bermain.

Tapi sekarang.. Alatan untuk memasak memang dah ada kat kedai. Ibu bapa tinggal beli je. Semuanya diperbuat dari plastik. Mangkuk, kuali, cawan, pinggang, sudu, garfu even makanannya pun. Manalah best sebab semuanya keras semacam. Hee. Tak macam zaman saya waktu kanak-kanak dulu. Anak-anak sekarang nak main masak-masak pun main dalam rumah je. Saya dulu main tepi longkanglah, bawah pokoklah, siap bentang tikar barulah ada open air. Fresh je rasa. Sekarang ada air-cond, so anak-anak main dalam kotak rumah je. Huhuhu.

Selain main masak-masak, saya juga main hide and seek. Saya bukan main kat sekitar rumah je tapi satu taman. Siap sembunyi belakang semak sampai muka saya calar balar. Saya ingat lagi waktu itu di padang ragut lembu. Ada semak dekat dengan tepi jalan. Ketika kawan-kawan saya jumpa saya, muka saya terkena daun yang berduri. Sampai sekaranglah parut tuh ada. Hehehe. Dulu, saya bukanlah jenis kanak-kanak sekarang yang hanya main barbie doll. Saya tak main semua tuh. Saya nih lebih kepada outdoor activities. Betapa saya nih seorang yang nakal, sampai sayalah yang paling gelap di antara adik beradik sebab setiap petang mesti main kat luar rumah.

Sekarang.. Main hide and seek semuanya dalam rumah je. Dah la rumah hanya semata-mata rumah. Takde ruang langsung kat sekitar rumah nih. So, sembunyi dalam bilik, takpun kat dapur, atau belakang mesin basuh, ataupun belakang kenderaan. Kan tak best macam tuh. Tak friendly dengan nature. Terlebih friendly dengan batu bata dan juga besi-besi kenderaan. Hikhikhik.

Permainan dulu-dulu juga memberikan kesihatan kepada tubuh badan. Anda pernah main tak baling selipar atau polis entry one two jaga atau galah panjang? Itulah kegemaran saya masa kecik-kecik dulu. Kenapa saya cakap memberikan kesihatan kepada tubuh badan? Sebabnya kita kena kejar-kejar, lari-lari. Sekarang nak main macam tuh takde ruang. Kalau nak main kat playground pun kebanyakan kawasan di conquer oleh pemain-pemain 'bola sepak dunia'. So, main buaian jelah atau jongkat jongkit.

Apa yang saya nak highlight di sini, ibu bapa tak pernah risau saya main di mana dan dengan siapa. Cuma saya kena balik rumah sebelum pukul 7 malam. Pernah suatu hari tuh saya balik terlewat beberapa minit. My daddy tak bagi saya and my sis masuk rumah. Siap kena rotan lagi. Pukul 8 barulah mummy bagi masuk, itupun setelah kering air mata menangis. Hee. Tapi sekarang, ibu bapa mesti tanya anak-anak keluar dengan siapa, main dekat mana. Sebab risau. My daddy dengan mummy tak marah sangat kat adik lelaki saya kalau balik lambat. Nak kena rotan? Kirim salam jelah.

Zaman kanak-kanak saya dulu tak sama dengan zaman kanak-kanak adik-adik saya. Situasi berubah, tahun berubah, zaman juga berubah. Kerisauan ibu bapa untuk mengizinkan anak-anak bermain di luar amat ketara dewasa ini. Mana tidaknya, kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak semakin berleluasa. Ini membuktikan bahawa negara ini sudah tidak seperti dulu lagi. Sudah tidak aman. Walaupun bilangan polis semakin bertambah, tapi jenayah juga semakin bertambah dan semakin dahsyat. Jadi di mana silapnya bila keamanan negara tidak terjamin dengan ramainya bilangan polis?

p/s: akan bersambung..

Peringatan buat semua [2] .. =)

Bersabar




‘Umar bin al-Khatthab berkata: Kita menemukan kebaikan hidup kita dengan bersabar. Andai saja para tokoh itu bersabar, maka akan menjadi mulia.

‘Ali bin Abi Thalib berkata: Ingat, sabar adalah bagian dari iman.
Ibarat kepala dengan jasad. Jika kepala putus, maka jasad pun terkulai dan suaranya menjerit. Tidak ada keimanan pada diri siapa pun yang tidak bersabar.


[Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, 'Uddatu as-Shabirin, Juz I/(97)]


 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat