2011 Atiqah Homemade Chocolate Giveaway


CARA-CARA join GA Atiqah Homemade Chocolate adalah :

1. "LIKE" atiqah homemade chocolate page di sini (Atiqah Homemade Chocolate)  atau pergi terus ke blogshop Atiqah Homemade Chocolate.

2. pilih gambar kegemaran anda di page Atiqah Homemade Chocolate tersebut.

3. buat entri tentang giveaway ini. entri simple je. :-) just to inform about this contest to your readers. tapi dalam entri tersebut haru ada banner di atas, dan upload gambar kegemaran anda yang diambil dari fb atiqah homemade chocolate. :)

6. letak nama anda, link fb anda dan link blog anda di ruang komen.

7. pemenang akan ditentukan berdasarkan undian. :)

HADIAH:

1st:
peserta yang menang akan menerima hadiah coklat seperti gambar kegemaran anda.

2nd:
9 biji coklat gift. :)

Tarikh tutup penyertaan: 28 Januari 2011




Saya pilih gambar kegemaran di atas sebab penuh warna-warna ceria. Kalau dapat nih, saya nak bagi kat orang yang tengah mengidam nak makan coklat. Siapa? Tungguu..

Marilah ramai-ramai join GA nih.. Dapat coklat tuh.. Haaa.. Kesukaanku sejak zaman berzaman. 

Aduan Adik dan Luahan Umi adalah Masalah ku Jugak..

Semalam dan kelmarin, 2 malam berbeza tapi isinya sama. Aduan uda dan luahan umi, penyelesaiannya sama. Di awal-awal semester begini, pasti isu yuran pengajian timbul kembali. Sebagai kakak dan anak, saya juga merasai apa yang mereka rasa. Saya juga pelajar.

Ketika adik mendapat tawaran belajar dulu, dalam surat tawaran dinyatakan bahawa yuran yang ribuan harganya adalah untuk setahun pengajian. Setelah masuk semester kedua, barulah tahu hakikat sebenar bahawa yuran beribu itu adalah untuk satu semester sahaja. Mana nak dicekau duit sebanyak itu? PTPTN? Ini bukan masalah adik saya seorang, tapi beribu-ribu lagi menjadi masalah pelajar-pelajar di dalam sistem pendidikan Kapitalis.

Tapi alhamdulillah, kawan-kawan adik cakap adik nih keluarganya kaya sebab semuanya sponsored by PaMa. Alhamdulillah, amin.. InsyaAllah.. Permasalahannya, ramai yang mengambil jalan mudah dan kalau mengambil jalam susah, risikonya tetap ada. Lantas, untuk menimba ilmu sentiasa menjadi dilema yang tidak berpenghujung. Membuat pinjaman tidak salah, tapi meminjam dengan PTPTN masalahnya sangat besar. Kita akan terlibat dengan dosa riba. Jadi bagaimana nak belajar? Hendak belajar memerlukan duit. No money, no education. Yes, it is right in Capitalism. 

Sebenarnya, pembiayaan untuk belajar nih tanggungjawab siapa ye? Ibu bapa ke? Betul, ibu bapa yang bertanggungjawab. Dalam keadaan sekarang, ibu bapa yang bertanggungjawab seperti kedua ibu bapa saya. Tapi kalau ibu bapa yang tak mampu, adakah anak-anak yang sepatutnya belajar, tidak dihantar belajar? Kesian tak? Ada sesiapa kisah kalau ada anak-anak yang terbiar tidak mendapat pendidikan? Nobody cares. Nobody. 

Masalah kewangan untuk biaya pendidikan semakin membengkak apabila anak-anak memasuki institusi pengajian tinggi. Yuran-yurannya maha ribuan ringgit. Lain kursus, berbeza bayaran. Lain kursus, berbeza tajaan. Lain kursus, lain syarat-syaratnya. Kesian adik saya. Nak mohon untuk tajaan pengajiannya, kursusnya tidak dipilih kerana belum ada batch yang bergraduasi. Maka, masalah kewangan menjadi masalah yang perlu saya fikirkan juga. InsyaAllah, adik saya yang lagi satu juga akan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya bulan Julai ini. Masalah biaya pendidikan juga akan timbul. Jadi, siapakah yang mahu bertanggungjawab?

Entri emosi Awal Tahun 2011 walaupun dah 2 hari

Semalam ketika on the way ke kolej, sepupu saya telefon. Okeyh tipu. Umminya yang telefonkan sebab sepupu saya nak cakap. 3/1/11 esok sepupu saya masuk sekolah darjah 1. Cepatnya masa berlalu. Kalau semalam, sepupu saya ini masih dalam dukungan saya. Hari ini dia dah pandai berlari dan telah khatam 30 juzuk Al-Quran pada usia 5 tahun dan esok dia akan ke sekolah. Time flies very fast. And this year, umur saya meningkat lagi 1 tahun. Dan meningkatnya umur saya, semakin pendeklah usia saya.

Kenapa entri ini agak beremosi? It's all about kanak-kanak. 2 hari lepas saya naik LRT ke Serdang bersama kawan-kawan. Nampak 2 kanak-kanak lelaki comel dibawa oleh ibu bapa mereka. Keletah mereka sangat mengasyikkan saya. Sampai termimpi-mimpi. Hee. Acah je. Mereka comel.

Semalam pula, ketika di dalam LRT juga untuk ke Titiwangsa, seorang kanak-kanak lelaki bernama Man dibawa oleh pakciknya kot. Looks like he's mix sebab rambutnya perang. Asyik merengek dengan uncle nya cakap nak susu. Macam nak cubit-cubit je pipinya. Comel sangat. Tak tahan rasanya.. That time umminya berada di tempat lain. Mereka dalam perjalan ke tempat si ummi. How did I know? Because I heard. :D Power tak? Hikhikhik

And my nephew, semakin membesar. Keletahnya tak perlu dicakap. Memang tak tahan perut sebab asyik gelak je. Shortly speaking, he's so cuuuuuuuuuuuuute!!


p/s : Kanak-kanak menjadi fitrah untukku jatuh cinta. They're so adorable. Especially these three liltle 'kanak-kanak Ribena'. They're papaya of my heart. They're always be my papayas.


 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat