Kita sebagai orang dewasa nih, kadang-kadang memang suka menyakat budak-budak apatah lagi bila dorang tengah mengantuk. Budak-budak mengantuk kalau dirakam aksinya, sangat mencuit hati. Kalau boleh, sampai nak pecah perut menahan gelak sebab geli hati.
Saya suka sangat rakaman kanak-kanak nih yang mengantuk sangat. Saya pernah lihat sendiri kanak-kanak yang macam dalam video nih. Ia berlaku ketika saya menjadi baby sitter. Memang sama cuma yang lainnya, kakak berada di atas sofa. Saya nak baringkannya, dia menolak. Hai, budak-budak!.. ;)
Berniaga perlu ramah
Bukanlah kali pertama tapi itulah pertama kali berbual dan bersua muka dengan seorang peniaga kedai buku, InsyaAllah. Perkenalan melalui seorang teman dan hanya menghubungi beliau sehari sebelum hari pertemuan pertama. Sampai sahaja di bangunan yang dinyatakan, mata saya melilau mencari signboard yang diberitahu. Landmark juga sudah diberikan. Saya mencari-cari. Dari hujung ke hujung bangunan saya tinjau tetapi papan tanda berwarna kuning tidak juga kelihatan. Bahkan belakang bangunan juga telah saya lalui.
Akhirnya, saya mengalah. Saya telefon empunya diri. Arahan yang diberikan jelas tapi tidak juga saya temui. Maka, saya kembali ke tempat asal saya jejakkan kaki ke bangunan itu. Saya amati betul-betul dan berfikir dengan tenang arahan yang diberikan melalui telefon dan juga sms. Hanya beberapa langkah sahaja kerana saya semakin hampir. Saya sudah temui papan tanda berwarna kuning yang menunjukkan itulah kedai buku tersebut. Alhamdulillah. ^_^
Bertemu dengan salah seorang staf di situ, saya bertanya, "Kak L ada?" "Puan di bilik air. Sekejap ye." Staf tersebut terus membawa saya ke sebuah bilik esklusif untuk tetamu. Lama juga saya menunggu di bilik itu seorang diri. Seorang demi seorang masuk memperkenalkan diri sebagai staf. Setelah beberapa ketika, Kak L tiba. Saya terus bersalaman dengannya dan Kak L menanya, "susah ke cari kedai nih?" "Takdelah susah, sebab tadi dah agak dah jalan nih tapi ke lain pula." Ujarku sambil tersebut.
Habis sesi yang dijanjikan, saya dengan Kak L ke cafe berdekatan. Kak L belanja saya minum petang. Alhamdulillah. Kami berbual mesra untuk saling kenal mengenali. Perbualan beralih kepada skop perniagaan. Kak L bercerita bagaimana dia boleh terjebak dengan dunia perniagaannya sekarang ini. Itupun baru sahaja sebab sebelum ini suaminya sahaja yang menguruskan kedai buku tersebut.
"Anak-anak dah lepas susu badan, bolehlah akak tolong-tolong suami," katanya lembut sambil bibir tak lekang dengan senyuman.
"Dulu, semua orang yang datang kedai akak cakap pekerja akak tak peramah,sombonglah. Sekarang lepas akan bagi trainning, semua cakap ramah betul pekerja akak," ujarnya lembut sambil tergelak kecil. Saya hanya mampu mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Kak L.
"Akak ni memang tak suka kerja makan gaji, akak suka kerja sendiri. Waktu kecil-kecil dulu akak selalu tolong emak akak."
"Meniaga kedai buku juga ke kak?" kataku sambil tersenyum.
"Takdelah, akak tolong emak akak jual nasi lemak kat tepi jalan je. Nak orang datang gerai kita, kena selalu senyum, tak boleh masam mencuka muka tuh," terangnya. "Selain itu, kita juga kena buat promosi. Berjalan dari satu kedai ke kedai lain."
"Betul tuh kak. Promosi memang perlu kan," saya menambah walaupun tidak pandai selok belok dalam perniagaan.
Telefon bimbit saya asyik berbunyi. Along dah lama menunggu saya di luar bangunan. Saya meminta diri untuk segera pulang. Sebelum pulang sempat Kak L tunjuk arah jalan highway yang dekat supaya tidak mengalami traffic jam. Alhamdulillah.
Akhirnya, saya mengalah. Saya telefon empunya diri. Arahan yang diberikan jelas tapi tidak juga saya temui. Maka, saya kembali ke tempat asal saya jejakkan kaki ke bangunan itu. Saya amati betul-betul dan berfikir dengan tenang arahan yang diberikan melalui telefon dan juga sms. Hanya beberapa langkah sahaja kerana saya semakin hampir. Saya sudah temui papan tanda berwarna kuning yang menunjukkan itulah kedai buku tersebut. Alhamdulillah. ^_^
Habis sesi yang dijanjikan, saya dengan Kak L ke cafe berdekatan. Kak L belanja saya minum petang. Alhamdulillah. Kami berbual mesra untuk saling kenal mengenali. Perbualan beralih kepada skop perniagaan. Kak L bercerita bagaimana dia boleh terjebak dengan dunia perniagaannya sekarang ini. Itupun baru sahaja sebab sebelum ini suaminya sahaja yang menguruskan kedai buku tersebut.
"Anak-anak dah lepas susu badan, bolehlah akak tolong-tolong suami," katanya lembut sambil bibir tak lekang dengan senyuman.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu." (Surah An-Nisa’:29)
"Dulu, semua orang yang datang kedai akak cakap pekerja akak tak peramah,sombonglah. Sekarang lepas akan bagi trainning, semua cakap ramah betul pekerja akak," ujarnya lembut sambil tergelak kecil. Saya hanya mampu mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Kak L.
"Akak ni memang tak suka kerja makan gaji, akak suka kerja sendiri. Waktu kecil-kecil dulu akak selalu tolong emak akak."
"Meniaga kedai buku juga ke kak?" kataku sambil tersenyum.
"Takdelah, akak tolong emak akak jual nasi lemak kat tepi jalan je. Nak orang datang gerai kita, kena selalu senyum, tak boleh masam mencuka muka tuh," terangnya. "Selain itu, kita juga kena buat promosi. Berjalan dari satu kedai ke kedai lain."
"Betul tuh kak. Promosi memang perlu kan," saya menambah walaupun tidak pandai selok belok dalam perniagaan.
Telefon bimbit saya asyik berbunyi. Along dah lama menunggu saya di luar bangunan. Saya meminta diri untuk segera pulang. Sebelum pulang sempat Kak L tunjuk arah jalan highway yang dekat supaya tidak mengalami traffic jam. Alhamdulillah.
Tukar [dot] com
Alhamdulillah, akhirnya tercapai untuk menukar domain. Yang tidak tercapai
Domain saya ialah wanitamustanir.com. Jika dulu, shirashafrida.blogspot.com. Senang ingat tak? Kenapa saya tukar? Ingat tak beberapa minggu lalu blogspot ada masalah sebab mereka buat maintenance? Itu sebab utama saya menukar domain. Hehehe. Murah je dalam RM28.00 setahun. Siapa yang nak ada domain sendiri?
Sila ke www.jiwahost.com.
Selamat mencuba.
Owh ya, terima kasih kepada maria ayuni yang memberitahu saya. :P
Subscribe to:
Posts (Atom)


