Ada Aku Kisah?


Sumber: En Google

Kadang-kadang cemburu bertandang di hati apabila ramai newbies yang mempunyai pengikut ramai mencecah ribu riban. Blog nih je yang memang ramai tak ikut kan. Ada aku kisah?. Iya, aku memang tak kisah sebab aku dah penat menunggu, penat mengharap dan penat menulis.

Meh nyanyi sikit, "Aku berhenti berharap Dan menunggu datang gelap.." Inilah perasaan dan emosi aku ketika ini.

Kalau aku update pun, ada tak yang sudi nak komen? Takde kan. Apatah lagi nak follow kan? Aku nih pernah juga mengharap sebab aku berblog bukan baru semalam atau minggu lepas atau tahun nih. Tapi dah lama. Jadi, aku rasa aku nak juga luahkan walaupun aku malu. Serious aku malu tapi ada aku kisah? Hahaha. (gelak jahat)

Rasanya ini entri pertama aku guna 'aku'. So, kalau ada yang terkecil hati atau terasa bagai termakan cili, aku bukan cakapkan siapa-siapa lebih-lebih lagi sesiapa yang dah follow blog nih. Itu aku ucapkan terima kasih. Aku minta maaf jika aku tak follow balik sebab aku bukan jenis, i follow u, u follow i balik. NO! Aku bukan jenis tuh. Aku suka blog tuh, aku ikut. Mudah saje. Aku dah penat nak guna bahasa yang sopan santun ala-ala wanita melayu gituww. Dah penat ok.

Angan-angan adalah Ilusi, Hidup adalah Realiti

Assalamualaikum,

Semua mesti suka yang percuma kan?

Kalau suka, mehlah datang ke sini. InsyaAllah berguna untuk anda. Klik sini untuk tahu lebih lanjut.


Selamat ber'blogwalking' kepada kawan-kawan. Selamat Malam! =)

Boonyi

Nota: Sekadar hiburan santai. Tidak lebih.


Sudah lama rasanya mereka pernah keluar di TV3. Rancangan MHI kalau tidak silap saya. Selepas rancangan itu tamat, saya terus seacrh di uncle Google yang sedia menanti. Logo mereka sangat cantik dan ia amat menarik minat saya. Sungguh.

Nak tahu tentang mereka? Klik sini, Boonyi, 2Wins & Dena - Banyak Bunyi.

Owh, ya! Apa ya citarasa anda tentang blog yang anda follow? Adakah ia tentang warna pink atau bunga-bungaan? Sila jawab jujur. ;)
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat