Post-Final Exam 2nd Last Semester & Post-VIVA. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Tiada lafaz selain Alhamdulillah yang mampu diucapkan ketika ini. Segala pengalaman, suka duka, dan segala masa yang diperuntukkan, semoga berbalas. Hanya mampu berdoa akan Allah SWT mudahkan segalanya. Ameen.

Selesai 3 paper final exam minggu lepas, thesis's result presentation on Monday and today, VIVA. Sekarang cuma tinggal buat pembetulan disertasi berdasarkan komen pemeriksa dan perbincangan dengan penyelia. Ada masa beberapa hari sebelum lupa segala komen-komen yang diberikan. Jadi kena sedaya upaya menyiapkan pembetulan disertasi sebelum berpindah rumah.

Apa yang saya rasa ketika keluar sahaja dari bilik VIVA? Lega! Itu suatu perasaan yang pasti setelah semalam berhempas pulas membaca segala pengetahuan yang berkaitan. Apa lagi? Sangat terujuga dan yang pasti saya sangat berterima kasih kepada pemeriksa saya yang sangat baik hati dan juga membimbing. Dulu, ketika kenal pemeriksa nih, rasa macam takut-takut je. Hari sangat teruja hendak bersua dan berbual mesra dengannya. Allah makbulkan doaku ketika aku meminta supaya Dia melembutkan hati pemeriksa tesisku ini. Terima kasih ya Allah! (Ikut ayat Nabila dalam sinetron Mutiara Hati. Hiks.)

Orang yang harus dimaklumkan tentang kelegaan ini adalah suami, abah dan umi. Juga makcik ku yang sentiasa dekat di mata juga dekat di hati. Alhamdulillah. Bila sms dihantar kepada mereka, terus dapat panggilan daripada Abah. Antara isi yang ditanya, buat tak solat tahajjud? Jawabku, buat. Kedengaran suara kepuasan kudengar kerana mendengar kata orang tua. Apa yang diperhatikan, sebagai seorang anak, kita wajiblah mentaati kedua orang tua dalam apa juga keadaan selain yang memaksiati Allah.

Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh kasihan, sungguh kasihan, sungguh kasihan.” Salah seorang sahabat bertanya, “Siapa yang kasihan, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang sempat berjumpa dengan orang tuanya, kedua-duanya, atau salah seorang di antara keduanya, saat umur mereka sudah menua, namun tidak bisa membuatnya masuk Syurga.” (Riwayat Muslim)

Beliau juga pernah bersabda:

“Orang tua adalah ‘pintu pertengahan’ menuju Syurga. Bila engkau mahu, silakan engkau pelihara. Bila tidak mahu, silakan untuk tidak mempedulikannya.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, dan beliau berkomentar, “Hadits ini shahih.” Riwayat ini juga dinyatakan shahih, oleh Al-Albani.) Menurut para ulama, erti ‘pintu pertengahan’, yakni pintu terbaik.

Sebab tuh, walaupun sudah bersuami doa untuk orang tua tidak pernah dilupakan, insyaAllah. Setiap kali usai solat, doa ini tidak pernah lekang dari bibir untuk diucapkan, “Wahai Tuhanku, sayangilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (Al-Isra’ [17]: 24)


Anda pula bagaimana?

Bagi saya sendiri, doa orang tua yang paling utama di samping usaha dan kerja buat kita. Tanpa doa mereka, seakan tiada keberkatan dalam kejayaan. Buat teman-teman, doakan kejayaan saya ya. Tinggal satu semester sahaja lagi untuk dihabiskan. Kemuadian, tiba masa untuk berbakti kepada kedua orang tua. InsyaAllah.
PuncakLara,18-01-2012
(Tarikh keramat VIVA)

Mula-mula RM100, Kemudian RM500, Seterusnya RM200 dan Penutupnya?

Manfaat dan ganjaran terus digunakan di dalam memancing hati rakyat untuk menyokong parti masing-masing. Di Shah Alam baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor,” katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, yang diadakan baru-baru ini sempena menyambut kedatangan tahun baru.

Beliau berkata, Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri. Katanya, BN menyedari mengenai kelemahan itu dan akan memperbaikinya jika diberi peluang menerajui kembali Selangor.

Hairan, apakah hak Noh Omar untuk mempertikaikan hak kerajaan negeri kerana kuasa untuk melantik kontraktor adalah di bawah kerajaan negeri. Walaubagaimanapun, sekiranya kontraktor yang dilantik tidak menjalankan tugas dengan baik, maka kerajaan negeri harus bertanggungjawab untuk menegur, memberi amaran kepada kontraktor terbabit untuk memperbaiki keadaan. Jadi, adakah wajar menukar kerajaan negeri hanya dengan sebab kegagalan syarikat kontraktor menjalankan tugas dengan baik?

Jika dilihat daripada kenyataan awal, ianya jelas bahawa niat parti kerajaan memerintah ingin merampas kembali negeri Selangor adalah kerana ia merupakan negeri ‘lubuk’ untuk pelbagai  projek utama. Ini tidak menghairankan kerana Negeri Selangor merupakan gerbang masuk utama ke Malaysia selain merupakan negeri yang menarik banyak pelaburan asing. Jadi, sudah tentulah negeri ini menjadi salah satu fokus utama pihak kerajaan mahupun pembangkang. Apatah lagi, dengan pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, segala kelemahan pihak lawan akan dibongkar habis-habisan walaupun ianya sekadar isu sampah.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa peruntukan RM2.7 bilion untuk Selangor tahun ini daripada kerajaan Persekutuan adalah wang rakyat dan bukannya wang BN, Noh berkata lagi, keadaan itu juga sama dengan pemberian wang RM100 kepada warga emas oleh kerajaan negeri Selangor di mana ia adalah wang rakyat dan bukannya wang Pakatan Rakyat.

Noh kemudiannya menyatakan bahawa ini berbeza dengan BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang dan dijangka memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan pada bulan hadapan.

 Inilah wajah sebenar para pemimpin hari ini disebalik segala bantuan yang diberikan oleh mereka. Tuduh-menuduh ini secara tidak langsung mendedahkan sikap sebenar mereka di dalam mengurusi kepentingan rakyat. Walhal, peranan pemimpin itu adalah untuk menjaga dan memelihara kepentingan rakyat. Sebagaimana hadis daripada Rasulullah SAW:

 “Imam (pemimpin) itu adalah pemelihara, dan dia akan dipertanggungjawabkan dari apa yang dipeliharanya (rakyatnya)” [HR Bukhari].

Jadi, setiap pemberian kepada rakyat itu seharusnya dilihat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan kepada rakyatnya dan bukan mengharapkan jaminan untuk kekal memerintah dengan memenangi hati rakyat.

Wallahua’lam. (http://www.mykhilafah.com/berita-lokal/3169-rakyat-diumpan-wang-untuk-raih-undi)

Sumber : Utusan Malaysia 29/12/2011

Sleepy Boy But...


Entri pertama 2012 dengan video comel si cilik.

Assalamualaikum semua,

Saya terpanggil untuk meng'update' cerita tentang kanak-kanak sebab saya rasa itu sesuatu yang fitrah. Saya minta maaf awal-awal sekiranya kemungkinan banyak entri saya berkenaan dengan kanak-kanak.

Lately, selalu dikelilingi kanak-kanak yang comel dan bijak-bijak. Terutamanya yang di dalam video nih. Alahai, si cilik nih semakin pandai merespon pertanyaan orang dan bertanya soalan. Almaklumlah, bakal mendapat adik awal Februari ini, insyaAllah.

Hari nih berkisar tentang si cilik yang refused to lay down walaupun sudah mengantuk tahap tersengguk-sengguk. Kesian 2 orang mama melihatnya mengantuk di dalam kereta, tapi apakan daya bila dibaringkan, si cilik duduk kembali. Huhuhu.

Beberapa tahun lepas, saya pernah melihat seorang kanak-kanak perempuan seperti si cilik nih. Sudahlah tersengguk-sengguk kepalanya di atas sofa. Apabila hendak dibaringkan menangis. Huhuhu. Mati akal jadinya kita yang menjaga. Penyudahnya, biar kanak-kanak tidur dengan caranya tersendiri. Sungguh kesian. lucu tetap ada. Hehehe.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat