‎8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah


Assalamualaikum, sekadar perkongsian buat para isteri serta bakal isteri dan semua yang bergelar wanita. InsyaAllah..



1) “Sekali suami minum air yang disediakan... oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.


2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”


3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.


4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.


5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.


6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.


7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)


8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.


Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Doa Buat Suamiku, Mr R!!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ya Allah,

Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arasy,
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tangaku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..

Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah-Mu,
Limpahkanlah aku sifat tunduk dan tawadhuk akan segala perintahnya..

Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-MU,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..

Ameen, Ya Rabbal A'lamin..


Mood Si Kebong!

Assalamualaikum wbt,

Mood. Itu sahaja yang menentukan kekerapan saya menulis di sini kini. Bukan susah pun kalau saya hendak menulis, tapi tak naklah menulis yang entah apa-apa.

Nanti akan ada label-label baru dalam blog nih, juga label-label yang akan dibuang. Saya akan mengemaskini blog ini, InsyaAllah. Semuanya bagi memudahkan para pembaca membaca entri-entri blog ini berdasarkan label. Cuma bila siap mengemaskini, itu pasti menjadi tanda tanya buat diri saya sendiri. Hee.

Antara label terbaru yang akan diberi adalah review tentang makanan. Pasal makanan biasa je sebab makan memang sesuatu yang nikmat. ;) Baby? Pasti akan diselitkan juga. Tetapi lebih kepada pendidikan anak-anaklah walaupun saya belum mempunyainya. Hehehe. Saya akan menulis tentang semua perkara yang saya fikirkan sesuai untuk dikongsikan.

FYI, tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk saya menanti kedatangan orang baru. Sepatutnya semalam (07.02.2012) tetapi kelahiran si kecil belum menampakkan tandanya lagi. Doakan segala urusan kakak saya dimudahkan ya.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat