Bagaimana Syariah dan Khilafah Boleh Menyelamatkan Wanita dan Anak-anak?
Ikuti Kempen Kebangkitan Khilafah: Selamatkan Wanita dan Anak-anak dengan Syariah dan Khilafah anjuran Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia untuk mengetahui bagaimana sistem Islam yang sempurna mampu menyelesaikan segala masalah yang membelenggu manusia terutamanya wanita dan anak-anak khususnya di Malaysia dan di seluruh dunia secara amnya...
LIKE dan SHARE ke saudara-saudaramu yang lain. Syukran
==============================
Pastikan anda untuk meng'like' dan mem'follow' :
FB MHTM >> Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia
BLOG MHTM >> http://fikratulummah.blogspot.com/
WEB HTM >> www.mykhilafah.com
==============================
Jika Saudara/i ingin bergabung bersama HIZBUT TAHRIR dan bersama kita mendakwahkan Islam, boleh memberikan informasi seperti nama penuh, alamat, dan no.telefon yang boleh dihubungi pada inbox fan page serta tulis juga motivasi anda ingin memperjuangkan Syariah dan Khilafah.
==============================
Jazaakumullah Khayr
Perutusan Sempena Kempen Kebangkitan Khilafah
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh,
Muslimah yang semoga dirahmati Allah sekalian,
Mutakhir ini kita dapat menyaksikan perjuangan ke arah kebangkitan Islam semakin meningkat. Ini adalah kerana timbulnya keinginan untuk melepaskan diri daripada desakan dan tekanan hidup yang menghantui manusia seluruh dunia. Kehidupan kita saat ini masih dibelenggu pelbagai masalah khususnya yang menimpa wanita dan anak-anak di seluruh dunia. Ini adalah kerana sistem demokrasi-kapitalisme masih lagi diterapkan dalam segenap aspek kehidupan manusia.
Sistem demokrasi-kapitalisme ternyata membawa seribu satu malapetaka dan kesengsaraan kepada wanita dan anak-anak. Wanita yang seharusnya menjadi sumber ketenangan dan ketenteraman dalam keluarga telah dibebani dengan tanggungjawab untuk menyelamatkan ekonomi keluarga. Justeru, tugas utama mereka sebagai ummun wa rabbatul bait (ibu dan pengurus rumahtangga) telah ditinggalkan. Maka berlakulah pengabaian terhadap penjagaan anak-anak serta pengaturan rumahtangga. Tidak sedikit berita berkaitan kes anak-anak didera serta dianiaya oleh pengasuh dan pembantu rumah tangga telah dilaporkan, malah bapa sendiri turut menjadi pemangsa.
Sistem demokrasi-kapitalisme juga tidak pernah memerhatikan keamanan serta keselamatan wanita dan anak-anak. Wanita dan anak-anak seringkali menjadi sasaran eksploitasi, pemerkosaan, pencabulan, penganiayaan malah menjadi mangsa pembunuhan. Sungguh, seakan tiada lagi ruang bagi wanita dan anak-anak untuk hidup tenteram dan sejahtera sedangkan ianya merupakan tanggungjawab sebuah negara. Negara jugalah yang bertanggungjawab menyediakan sebuah sistem kehidupan yang menjamin keamanan dan keselamatan yang terbaik bagi umatnya dengan menyediakan sistem hukuman yang adil dan berlandaskan syariat Islam.
Negara yang diharapkan dan diperlukan oleh wanita dan anak-anak saat ini adalah sebuah negara yang menerapkan sistem kehidupan Islam iaitu Daulah Khilafah. Dalam Daulah Khilafah, seorang pemimpin yang bertaqwa diangkat sebagai Khalifah. Khalifah tidak hanya mempersiapkan kaum wanitanya untuk menjadi ibu dan pengurus rumahtangga yang hebat, tetapi mereka juga dipersiapkan agar mampu menjalankan pelbagai peranan di tengah-tengah masyarakat yang disyariatkan oleh Allah baginya. Segala hak dan keperluan wanita dan anak-anak sebagai seorang manusia akan dijamin pemenuhannya oleh negara melalui pelbagai mekanisme yang berlandaskan syariat Islam semata-mata.
Bagi merealisasikan harapan dan impian ini, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia menganjurkan Kempen Kebangkitan Khilafah yang mengangkat tema ‘Selamatkan Wanita dan Anak-Anak dengan Syariah dan Khilafah’. Kempen ini akan dilaksanakan di seluruh Malaysia melalui pelbagai aktiviti termasuklah siri diskusi dan ceramah, pameran terbuka, seruan, edaran risalah dan sebagainya.
Oleh itu, MHTM menyeru seluruh umat Islam khususnya kaum muslimah untuk bersama kami dalam kempen ini dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan di tempat yang berhampiran dengan anda. Allah S.W.T berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apanila ia menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu” [TMQ al-Anfal (8): 24].
Semoga dengan penglibatan seluruh umat Islam akan berjaya menguatkan ikatan kita sebagai saudara seaqidah atas dasar La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah dan seterusnya menyatukan kita untuk bersama-sama menegakkan semula Daulah Khilafah yang amat dirindui…
Wallahua’lam
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.
SYAMSIYAH JAMILKETUA MUSLIMAH HIZBUT TAHRIR MALAYSIA
IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014
Entri copi paste sahaja.

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
- Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses
- Awanazstyle Muslimah Shop
- The Veil By Ruzaini Rozlan
- Scarf Sweethoney
- Naylisha Boutique
- Huda Collections
- Ecadwinkyasha
- Rozaimah Zie
6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)
TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)
Subscribe to:
Posts (Atom)



