Jika Kemenangan Milik Ahmadinejad...,

Seorang pegawai Israel, akhir minggu lalu, mengakui ada persetujuan di antara sejawatnya di Jerusalem bahawa kemenangan Mahmoud Ahmadijenad dalam Pilihanraya Iran justeru menguntungkan kedudukan (pemerintahan ekstrem kanan) Israel.

“Pandangan ekstrem dan seruannya bagi penghancuran Iran telah memaksa masyarakat internasional untuk menghalang program nuklear Iran,” kata pegawai yang tak disebutkan namanya itu seperti dipetik The Australian.

Kemenangan tokoh moderat Mir Hossein Mousavi tak akan menghentikan program nuklear Iran sehingga hanya mempropagandakan masyarakat internasional bahawa Iran sudah tidak mengancam lagi.

Ahmadinejad menjadi musuh utama Israel kerana berulangkali menyeru penghapusan Israel dari peta dunia dan menyangkal “holocaust” (genosida terhadap etnik Yahudi pada Perang Dunia Kedua).

Dia juga menuduh Israal menghukum Palestin atas apa yang dilakukan Jerman terhadap Yahudi selama Perang Dunia Kedua, dan meminta Eropah memindahkan Israel ke benua itu.

Ironisnya sikap keras Ahmadinejad ini memberi alasan kepada Israel untuk mengajak dunia kepada terus menyudutkan dan menekan Iran. Lebih dari itu, terpilihnya Ahmadinejad memberi keuntungan strategik bagi Israel kerana kebijakan dan pernyataannya justeru menjadi informasi berharga bagi Israel.

“Tak ada seorang pun yang melayani program informasi (kepintaran) Israel yang lebih baik darinya (Ahmadinejad),” tulis kolumnis Harian Ma’ariv, Ben Caspi.

Israel percaya yang menjadi penguasa sebenar di Iran adalah Pemimpin Spiritual Ayatollah Ali Khamenei dan sekelompok ulama senior Iran.

“Dari sudut pandang operasional, tak ada perbezaan siapapun yang menang (di Iran). Tapi dari sudut pandang intelijen, Ahmadinejad adalah hal terbaik yang menguntungkan kita,” kata seorang pegawai Kementerian Luar Negeri Israel yang mengkhususkan diri mempelajari Iran.

Pernyataan serupa disampaikan ketua meja sunting Iran di Radio Israel, Menashe Amir, yang menyatakan tidak ada perbezaan mendasar antara keempat calon dalam Pilpres Iran.

“Perbezaannya adalah pada gaya berbicaranya. Ahmadinejad terus terang, sementara yang lain menyembunyikan pemikiran mereka yang sebenarnya dengan kata-kata indah. Setidaknya percakapan Ahmadinejad menunjukkan apa yang difikirkannya. Saya sangat senang dia terpilih kembali,” kata Amir.

Alasan lain yang membuat Israel berharap Ahmadinejad menang adalah bahawa kemenangannya akan membuat kaum muda Iran bangkit melawan kaum ulama yang adalah kekuatan nyata di sebalik Ahmadinejad.

Gerakan kaum muda Iran ini bahkan dilihat Israel lebih hebat dibandingkan peristiwa tahun 1997 yang menyerahkan ulama reformis Mohammad Khatami naik ke singgahsana kekuasaan.

Israel percaya jika Ahmadinejad dipilih lagi, apalagi jika dituduh telah berbuat tipu, maka Iran akan bergejolak.

Para pegawai pertahanan Israel mencatat peringatan seorang tokoh pusat di Garda Republik bahawa pasukannya bakal menghadapi “revolusi baldu” dari para pendukung Mousavi yang kekuatannya setara dengan demonstrasi jalanan yang meruntuhkan pemerintahan (komunis) Cekoslovakia pada 1989.

Israel juga bimbang, kemenangan Mousavi akan membuat Washington berdamai dengan Teheran dan mengizinkan Iran membangun reaktor-reaktor nuklear untuk tujuan damai seperti diisyaratkan Presiden Obama dalam pidatonya di Kairo awal bulan ini. Keadaan ini sama sekali tak diinginkan Israel.

Ironisnya, bangsa Israel menghormati Iran. Kedua negara tak berbatasan langsung dan tak pernah terlibat perang, meskipun Republik Islam Iran aktif menyokong Hizbullah dan Palestin.

Israel tahu, Iran adalah negara muslim dengan penduduk Yahudi terbesar di dunia, menjamin orang Yahudi bebas beribadat, bahkan membolehkan wakil Yahudi duduk di Parlimen.

Banyak orang Yahudi pernah tinggal di Iran, di antaranya seorang mantan Ketua Staf Angkatan Udara dan seorang mantan presiden.

Neokonservatif

Sikap sebahagian kalangan di Israel itu diekspresikan pula oleh kelompok neokonservatif sayap kanan AS yang menyebut kemenangan Ahmadinejad telah memberi alasan kepada AS untuk terus menekani Iran.

Direktor Middle East Forum Daniel Pipes, pada sebuah pidato di Heritage Foundation, bahkan terang-terangan akan memilih Ahmadinejad jika saja dia menjadi pemilih dalam Pilihanraya Iran.

Sementara Michael Rubin dari American Enterprise Institute mengaku lebih baik Ahmadinejadlah yang menang kerana itu akan membuat diplomasi Obama gagal di Iran.

“Pemerintah Obama berharap tokoh yang lebih lembut dan agak patuh seperti Mousavi menang, karena akan lebih mudah bagi Obama untuk mempercayai Iran benar-benar telah dilembutkan,” kata Rubin.

Pemikir neokonservatif lainnya, Martin Peretz menulis di New Republic bahawa dia sudah mengetahui sejak lama bahawa para pemimpin terpilih di Iran sebenarnya tidak akan terlalu berkuasa. -ant/kf-

Sumber: The Australian dan The Huffington Post

Diambil dari : HTIndonesia

Program Jejak Warisan Masjid : Lambang Ketamadunan Islam?


Masjid sebagai lambang ketamadunan Islam

PROGRAM Jejak Warisan Masjid diadakan bersempena sambutan Kuala Lumpur yang telah dipilih sebagai Kota Kebudayaan Islam atau Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO).

Pemilihan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam adalah berdasarkan kepada sejarah dan budaya yang unik dan kukuh. Selain itu, Kuala Lumpur juga mempunyai pusat penyelidikan saintifik, arkeologi dan manuskrip yang menjadi rujukan kepada penyelidik. [Utusan Malaysia,15 Jun 2009]

Timbalan Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, Profesor A. Ghafar Ahmad berkata, tujuan program Jejak Warisan Masjid ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran berkaitan warisan dan fungsi masjid kepada generasi remaja masa kini. Sekali imbas kenyataan beliau ada benarnya memandangkan ramai generasi muda kini tidak ke masjid. Hanya golongan tua yang sering kelihatan mengimarahkan masjid, itupun sekadar untuk bersembahyang jemaah.

Program-program seumpama ini adalah sesuatu yang baik jika diteruskan. Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa program-program sebegini hanya menjauhkan umat dari memahami fungsi sebenar masjid dan keterkaitannya dengan kehidupan Islam yang sepatutnya. Persoalannya, adakah program sebegini akan berjaya sekiranya yang dipaparkan hanyalah seni bina, reka bentuk dan nilai estetika masjid yang menjadi tarikan? Mengapa hanya tujuh sahaja masjid-masjid yang terpilih untuk dijadikan Program Jejak Warisan Masjid?

Masjid bukan untuk tatapan, tarikan pelancong dan ibadat sembahyang pada hari dan waktu-waktu tertentu saja. Sebaliknya, ia adalah pusat dan nadi kegiatan ummah, sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan seperti kegiatan yang menyentuh perhubungan antara manusia dan pencipta (Allah). Begitu juga, perhubungan manusia sesama mereka sendiri dalam menguruskan hal ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.

Al-Quran menjelaskan fungsi masjid di dalam firmanNya yang bermaksud:

"Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." (TQ Surah Al-Nur, ayat 36-37)

Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, langkah pertama yang baginda lakukan ialah membina masjid. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah ialah Masjid Quba. Masjid ini didirikan secara bergotong-royong di atas sebidang tanah kepunyaan dua anak yatim. Keadaan masjid itu sangat sederhana, dikelilingi tembok batu bata yang diperbuat daripada tanah liat dan berlantaikan pasir (Shalaby, Ahmad. Perbandingan Agama Islam hlm: 77)

Ini disusuli pembinaan Masjid Nabawi di Madinah. Jelasnya kedua-dua masjid itu dibina atas dasar ketakwaan sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah: "Janganlah engkau sembahyang di masjid itu (yang dibina oleh orang munafik) selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid Quba yang didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), (maka) sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya..." (TQ Surah Al-Taubah, ayat 108).

Masjid tidak dilihat dari segi peranannya yang khusus saja, malah dari segi pembangunan dan perkembangan ummah seperti yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat.

Jadi, bagaimana untuk mengembalikan peranan dan fungsi masjid jika masjid dikawal oleh golongan tertentu? Bagaimana untuk merealisasikan kehidupan Islam sekiranya masjid-masjid yang ada kini hanyalah pusat peribadatan semata-mata?

Wallahua'lam..

3 Sifat Terpuji PM

Akhbar Utusan Malaysia pada 10 Jun 2009 yang lalu menyatakan 3 sifat terpuji Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau disifatkan sebagai seorang yang begitu penyabar, pendengar yang baik dan pembuat keputusan yang tepat. Adakah penilaian ini benar dan terpuji? Jika benar, ia terpuji di sisi siapa?

Beliau seorang penyabar? Beliau seorang yang sabar apabila melihat rakyatnya merana dek sistem kapitalis yang mencengkam saban hari.PM ke-6 kita ini memang sabar apabila masih menerapkan sistem kufur di dalam pentadbirannya. Apakah ini dikatakan sebagai seorang yang penyabar?

Beliau seorang pendengar yang baik? Apakah beliau mendengar apabila kami melaungkan syariat Islam? Apakah beliau mendengar apabila kami mengatakan hukum Islam harus diterapkan?

Beliau seorang pembuat keputusan yang baik? Mari kita teliti firman Allah SWT ini,

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (TQS an-Nisa’[4]: 65).

Jadi, apakah beliau seorang pembuat keputusan yang baik apabila hukum Allah ditolak tepi dan menyimpang dari syariat Islam?

Sebagai seorang pemimpin muslim, beliau wajib menerapkan sistem Islam yang merangkumi seluruh sistem ekonomi Islam, sistem politik dan pemerintahan Islam, sistem sosial Islam, sistem ’uqubat dan muamalah Islam, polisi pendidikan Islam, polisi luar negara Islam dan yang lain-lainnya. Jika ini dilakukan oleh beliau maka barulah beliau boleh dikatakan sebagai pembuat keputusan yang tepat. Allah berfirman :

"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (TMQ Al Maidah [5] : 44-45).

Allah SWT telah menjelaskan di dalam Al-Quran banyak sifat dan ciri-ciri yang semestinya dimiliki oleh seorang muslim. Di antaranya ialah firman Allah SWT:

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”. (TMQ Al Ahzab [33] : 35).

Juga di dalam firmanNya yang lain:

"1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, 2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; 3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; 4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta), 5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, 6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - 7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas, 8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, 9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, 10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi, 11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya”. [TMQ Al Mu'minuun (23) :1-11].

Jadi, terpujikah sifat beliau?

Wallahua'lam..
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat