Soursoup as a natural cancer killer; 10000 stronger than chemotherapy!


(Can refer : http://insyirah-ameer.blogspot.com/)

Assalamualaikum wbt.

Saya kembali.

Sepanjang tahun klinikal, ramai pesakit kanser yang saya temui di wad mengadu takut dan serik untuk berhadapan dengan rawatan kemoterapi selepas mereka didiagnos menghidap kanser. Di satu sisi, memanglah rawatan kemoterapi tidak akan lari dari kesan-kesan sampingan yang sering dibayangkan oleh orang-orang umum dan ditayangkan di dalam drama-drama TV; hilang berat badan mendadak, keguguran rambut, muntah-muntah dll. (Boleh rujuk laman web ini untuk maklumat lanjut tentang tajuk tersebut) .Malah, di dalam sesetengah kes, kesan-kesan sampingan dari rawatan kemoterapi itu lebih menyeksakan daripada simptom-simptom penyakit kanser itu sendiri (peringkat awal)

Saya kongsikan info menarik yang saya ketahui daripada salah seorang sahabat melalui e-group. Sila taip di ensiklopedia google anda: Soursoup as a natural cancer killer. Pasti anda akan temui ribuan artikel tentang tajuk tersebut. Salah satunya adalah artikel dari Health Sciences Institute (Sila rujuk artikel ini. Ini artikel tahap WAJIB BACA. Kalau tak, anda berkemungkinan besar 'tak nampak' apa yang saya bebelkan dalam entri kali ini.)


Statement ini paling menarik:
The company had one huge problem with the Graviola tree--it's completely natural, and so, under federal law, not patentable. There's no way to make serious profits from it.


Zoom-in:
it's completely natural, and so, under federal law, not patentable. There's no way to make serious profits from it.

Zoom-in lagi:

There's no way to make serious profits from it.

Damn!



Ya. Mungkin ini sebab utama ubat mujarab ini tidak didedahkan kepada umum walaupun telah berpuluh tahun ditemui oleh saintis dan diakui sendiri oleh pakar perubatan. Puak kapitalis lebih sanggup melihat ribuan atau puluhan ribu manusia pelbagai peringkat umur berdepan dengan sengsara penyakit kanser dan rawatan kemoterapi mereka daripada menggadaikan periuk nasi kapitalis mereka untuk melakukan sesuatu.


(Rujuk Editorial panel di bahagian tepi artikel di atas. Bukan calang-calang orang tu. Boleh zoom-in di sini). Untuk lebih informasi tentang manfaat buah ini, sila rujuk di sini.

Baiklah, baiklah, baiklah. Ini cuma sebahagian kecil sahaja dari 'kehodohan' sistem kapitalis dalam bidang perubatan. Anda boleh kaji lagi jika rajin, tentang kes serupa ini, research and development yang hanya dilakukan jika ada manfaat besar bagi pelabur, tentang hak paten ubat-ubatan yang 'memiskinkan' negara-negara dunia ketiga, tentang agihan berat sebelah perkhidmatan kesihatan (cth mudah adalah tentang vaksinasi H1N1 baru-baru ini) , tentang insuran kesihatan yang pernah menjadi isu besar di negara-negara superpower seperti US (hanya baru-baru ini perubahan dasar tentang insuran kesihatan berlaku di US apabila cadangan Obama diluluskan, rakyat miskin diberikan bantuan insuran kesihatan, sementara rakyat yang kaya dikenakan cukai dan mereka yang sedia menghidap penyakit kronik dibenarkan untuk mengambil insuran kesihatan. Dan dasar ini mengambil masa yang lama, beberapa generasi Presiden US untuk diimplementasikan di US.)

Hebatkah? Sila baca artikel ini dan bandingkan sistem kapitalisme dan sistem penjagaan kesihatan yang ditawarkan oleh daulah khilafah. Bezanya bagai langit dan bumi! Inilah akibatnya apabila sang kuffar sekular kapitalis melakukan penjajahan kesihatan sehingga hari ini. Selagi Khilafah tak kembali, bukan sahaja ubat untuk kanser, tetapi ubat untuk segala permasalahan dalam hidup kita yang dihadapi saat ini, seakan tiada rawatannya....wallahu alam.

Perkongsian Tertunda - Ulasan Seminar

Sudah 3 minggu entri yang dijanjikan tertunda. Maaf ye kepada pembaca-pembaca yang menanti. InsyaAllah saya akan menulis serba sedikt tentang entri tersebut. Entri ini pun ditulis setelah kerajinan datang menerjah. Lebih-lebih lagi, laman sesawang HTM telah melaporkan seminar tersebut. Jadi, ini adalah penulisan daripada saya.

Untuk makluman pembaca, seminar “Menyingkap Sejarah Khilafah Antara Pejuang Dan Petualang” dipaneli oleh dua orang, seorang warga Jepun yang juga pendakwah bebas di sana dan seorang lagi ahli panel adalah wakil daripada Hizbut Tahrir Malaysia (HTM).

Ada beberapa point yang diperkatakan. Yang pertama adalah buku yang beliau tulis iaitu The Mission of Islam in the Contemporary World. "The 'House Of Islam' is the law governed territory in which the Caliph rules according to the Islamic law and plural religious communities co-exist while enjoying religious autonomy.The abolishment of borders which hinder the movement of the people is an essential aspect of the Islamic order. Author : Professor Hassan Nakata Ko". Diterbitkan dalam pelbagai bahasa lain seperti Indonesia, Turki. Beliau merasakan bahawa mesej Islam ini adalah bukan sahaja merujuk kepada sesuatu bangsa tetapi bangsa-bangsa yang lain. Dalam buku ini beliau menjelaskan tentang perlunya menegakkan semula khilafah kerana ia membebaskan manusia daripada kezaliman. Oleh sebab itu idea khilafah ini hadir bukan hanya kepada kaum muslimin tetapi seluruh umat manusia. Bahagian pertama tentang perlunya menegakkan khilafah. Yang kedua, kewajipan menegakkan khilafah dan yang ketiga apa yang perlu dilakukan selepas itu.

Beliau menjelaskan dari segi rasional, mendirikan khilafah suatu perkarayang tidak boleh tidak perlu dilaksanakan. Beliau menegaskan persoalan globalisasi. Untuk menghadapi globalisasi ini, kita lihat trend di seluruh dunia. Masyarakat dunia bersatu menghadapi globalisasi. Beliau memberikan contoh EU. Di mana kesatuan Eropah dari segi sejarah, Eropah nih banyak peperangan. Eropah ini sebuah benua yang kucar kacir. Tapi apabila globalisasi melanda, perkara pertama yang mereka difikirkan adalah bagaimana menghadapi serangan globalisasi dan mereka mengatakan bahawa perlunya bersatu.Mereka bersatu dari segi ekonomi. Dan sekarang ini ada ura-ura mengatakan mereka akan bersatu dari segi ketenteraan dan juga bersatu dari segi politik.

Negara Eropah ini dari segi asalnya cukup materialistik.Negara-negara dan Syarikat-syarikat juga mula berintegrasi tujuannya untuk menghadapi serangan ini. Contohnya di Malaysia, telah berlaku liberalisasi kewangan kerana pada pandangan mereka, mereka perlu berubah. Mereka takkan mampu menghadapi globalisasi ini secara bersendirian. Yang peliknya orang Islam pula tidak bersatu. Reaksi orang lain semua bersatu. Tapi orang Islam tidak bersatu. Bila orang Islam dibunuh di merata tempat, tidak ada yang menolong. Meskipun tentera di negara kaum muslimin cukup banyak. Ternyata Islam ini kita bersatu dari segi akidah. Jelas bahawa kita perlu bersatu untuk menghadapi dunia. Idea khilafah ini adalah idea yang tidak pelik sepatutnya dalam menghadapi gelombang globalisasi yang melanda sekarang. Itu dari segi logiknya.

Dari segi obligasi, beliau menekankan kewajipan menegakkan khilafah dan ia bukannya sesuatu pelik. Ia bukan datang dari Hizbut Tahrir. Hizb hanyalah satu platfrom dan jemaah yang memperjuangkan kesatuan umat. Bukan sesuatu yang unik kepada HT kewajipan mendirikan khilafah.

Kewajipan ini ada disebutkan di dalam buku-buku oleh para ulama. Ada di dalam internet Ensiklopedia fikih. Di dalam website ini ada banyak buku-buku fikih Islam yang di dalamnya terlalu banyak disebutkan tentang kewajipan khilafah. Dan kita tahu secara rasmi ia telah diendorsed oleh kerajaan Saudi Arabia. Ensiklopedia ini juga menjelaskan pandangan mahzab tentang kewajipan khilafah. Tiada satupun yang mengingkari kewajipan khilafah. Khilafah itu wajib bagi setiap muslim. Ijma' Ulama mengatakan bahawa khilafah itu wajib.

Konteks pendidikan kita di Malaysia ini, kita dididik oleh aspirasi sekular barat. Ramai di antara kita yang buta sejarah. Ramai di antara yang agak jahil. Sehinggakan kita berkata-kata dan melakukan perkara yang bertentangan. Jadi, kita kena kembali kepada Islam. Dalam pemerintahan, barat lebih menjustifikasikan pemerintahan lebih kepada nombor iaitu bilangan orang yang memerintah. Contohnya, jika seorang yang memerintah, barat akan meletakkannya sebagai diktator. Kalau pemerintahan banyak, itu demokrasi. Jadi bila Khilafah merupakan kepemimpinan seorang, maka barat meletakkannya sebagai diktator. Khilafah itu bukan pemerintahan personal. Dalam Islam, khalifah adalah individu yang bertanggungjawab ke atas sesuatu. Khilafah ini sebenarnya dalah pemerintahan "Rules of Law" iaitu pemerintahan oleh syariah. Khalifah hanya ada di situ untuk memastikan agar hukum syarak dijalankan.

Ramai yang mengatakan tentang perbalahan Syiah dengan Sunni. Orang mengatakan syiah nih sesat. Tapi dari segi akidahnya, mereka tetap Islam. Syiah juga orang Islam. Cuma gambaran mereka tentang khilafah berbeza sikit dari kita. Mereka mengatakan bahawa khalifah itu maksum. Bagi Sunni, khilafah itu bukan maksum. Khalifah adalah orang biasa. Persamaan antara dua aliran ini adalah mereka mengatakan bahawa khilafah menjaga urusan umat dan menegakkan hukum syarak adalah khalifah.

Untuk keterangan yang ringkas tetapi padat serta gambar-gambar sekitar seminar, anda boleh klik di sini, Orang Jepun Berbicara Tentang Syariah dan Khilafah.

Wallahualam.

.:: TAKEN ::.

Lama juga rasanya saya tidak menulis sesuatu di sini. Banyak yang ingin dikongsikan tapi atas sebab kekangan masa, ketidakstabilan mood dan keutamaan peranan, maka mahligai ini sering kekosongan entri. Namun, demi menyampaikan apa yang telah lama terbuku di benak fikiran ini, saya hadirkan juga tulisan ini untuk peringatan buat semua.

Sebelum saya meneruskan penulisan ini, saya ingin mengkhabarkan kepada para pejuang agama Allah (baca: Islam) bahawa segala rintangan, tentangan, ujian dan dugaan adalah sunatullah dalam menegakkan kebenaran. Kita sebagai hamba Allah hanya insan kerdil lagi hina di hadapanNya. Kerana kita hanya mulia di sisiNya dengan ketakwaan kepadaNya. Sepertimana firmanNya:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. [TMQ Al Hujurat (49) : 13]

Debaran seorang saudara saya rupanya menunjukkan petanda. Petanda bahawa sesuatu akan berlaku terhadap kami. Petang semalam, kami ke salah sebuah pasaraya terkemuka di Malaysia untuk menjalankan tanggugjawab kami. Sebelum bergerak ke pasaraya tersebut, saudara saya itu berkata, "hati saya berdebar-debar, kak." Kami yang lain hanya endah tak endah dan kemudian tersenyum sahaja. Sepanjang perjalanan ke sana, kami hanya melayan perasaan masing-masing sambil menjangkakan para pengujung yang bakal ditemui.

Setibanya di sana, kami bergerak menuju pintu masuk pasaraya tersebut. Saya bersama saudara-saudara saya asyik memberikan Sautun Nahdhah (SN) kepada para pengunjung di situ. Tetapi saya perasan, ada sepasang anak mata yang asyik memerhatikan perbuatan kami dari tibanya kami di situ. Saya tidak langsung terfikir akan pemerhatian tersebut.

Selang beberapa minit, seorang saudara saya ditanya tentang sebaran yang kami lakukan. Saya memanggilnya ke tempat saya dan sayalah yang menjelaskan akan situasi dan apa yang kami sebarkan. Yang bertanya bukan hanya seorang, malah mereka datang berlima. Lagaknya mereka seperti samseng kerana merekalah penjaga (bodyguard) di kawasan itu. Tapi kami langsung tidak takut akan kebengisan dan kemarahan mereka.

Apa yang ingin saya sampaikan kepada anda, para pemuda yang ingin menegakkan kebenaran dan syariat Islam, jangan gentar dengan rintangan yang baru sedikit ini. Kita baru dihalang dari melakukan aktiviti sekecil ini. Ramai lagi pemuda-pemuda Islam yang diseksa dengan lebih dahsyat hanya kerana mereka menyampaikan kebenaran Islam. Mungkin strategi yang kurang mantap menyebabkan hal ini berlaku. Namun, pengaturan dan kuasa Allah, siapa yang tahu kan.

Pembuka nafsiyyah diri telah diberikan, semoga kalian tetap teguh dengan keimanan kalian demi meraih mahalnya syurga Allah. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?[iaitu] kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya [TMQ as-Saff (61):10-11].Untuk mendapatkan ganjaran syurga Allah itu, maka jalan yang mesti ditempuh adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti dakwah, mengajak manusia kembali kepada kehidupan Islam (istinafil hayatil islam) yang mana untuk melaksanakannya perlukan pengorbanan masa, tenaga, harta, keselesaan dan sebagainya.

Itu adalah sedikit pengalaman yang mencuit kecil semangat dakwah saya dan sahabat-sahabat saya agar semakin teguh di jalan ini. Semoga kalian yang berada di jalan ini sentiasa diberikan kekuatan jiwa dan keimanan yang teguh oleh Allah SWT, insyaAllah.

Maaflah, pendahuluan saya kali ini agak panjang (hee). Apa yang akan saya sampaikan di sini adalah khusus buat para wanita dan juga kaum adam amnya. Beberapa bulan yang lalu kalau tak silap saya, saya telah menonton movie "TAKEN" yang diambil daripada seorang teman saya. Saya bukan ingin menceritakan tentang filem tersebut di sini. Untuk sinopsis cerita tersebut anda boleh rujuk sini. Saya memandang cerita ini dari kaca mata seorang anak kepada seorang ayah. Jadi, silalah baca dengan minda yang tenang dan jiwa yang nyaman agar penyampaian saya ataupun jika tidak, penceritaan filem ini mampu mengubah tabiat atau sikap anda terutamanya wanita.

Kalau kita tengok realiti jenayah yang berlaku pada hari ini semakin membimbangkan. Nyawa dan keselamatan seakan di hujung tanduk apabila keganasan dan kezaliman semakin bermaharajalela. Yang menjadi mangsa adalah saya, anda, kami, mereka dan siapa-siapa yang bergelar insan lemah terutamanya wanita. Statistik jenayah dari PDRM menunjukkan peningkatan yang amat menakutkan dari tahun ke tahun. Justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan sebagai seorang muslim. Apa kaitan cerita filem di atas dengan statistik jenayah?

Kaitannya adalah penculikan dan perdagangan manusia demi keuntungan sang kapitalis. Penculikan dan perdagangan manusia juga merupakan antara jenayah yang perlu diambil kira walaupun mungkin tiada dalam statistik PDRM. Kalau ditengokkan jalan cerita tersebut, seorang ayah seboleh-bolehnya mahu menurut kemahuan si anak kesayangan demi kebahagian si anak. Realitinya memang begitu kan? Seorang ayah memang ingin memenuhi kehendak anaknya agar anaknya sentiasa gembira dan bahagia. Namun keinginan si anak untuk pergi melancong ke luar negara bersama rakannya ditentang hebat oleh si ayah. Anda rasa mengapa? Seorang ayah mesti mempunyai sebab mengapa melarang anaknya untuk berjauhan darinya. Ayah saya juga begitu. Apabila saya meminta izin untuk ke sesuatu tempat, adakalanya dilarang. Saya faham kerana mesti ada sebab yang kukuh mengapa ayah saya tidak memberi keizinan itu kan. Keselamatan anak merupakan antara tanggungjawab utama yang perlu si ayah galas. Jadi, demi keselamatan saya dan juga adik beradik saya yang lain, ayah tidak membenarkan. Ditambah lagi dengan bumi Malaysia yang tidak pernah aman dengan jenayah. Amankah Malaysia sebenarnya? Anda fikirlah sendiri.

Berbalik kepada cerita di atas, akhirnya si ayah membenarkan anaknya ke luar negara bersama temannya demi melihat anaknya gembira. Si ayah berpesan agar segera menghubunginya apabila tiba di tempat yang ingin dituju. Lagi satu sebagai peringatan, kita sebagai wanita tidak boleh sembarangan bertanya sesuatu atau menceritakan hal kita kepada orang yang tidak dikenali atau baru sahaja dikenali. Contohnya, teman si anak berjumpa dengan orang yang baru dikenali apabila tiba di airport. Seterusnya berkongsi teksi untuk menjimatkan kos dan akhirnya orang yang tak dikenali mengetahui tempat penginapan si anak dan temannya. Apa yang terjadi? Segerombolan orang yang dikenali memecah masuk rumah penginapan mereka dan menculik mereka. Ini mungkin antara natijah apabila kita tidak berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Seorang ayah memang ingin anaknya selamat dari apa segi sekalipun. Jadi, si ayah berusaha untuk mendapatkan kembali anaknya. Mungkin dalam cerita di atas si ayah merupakan agen CIA tapi itu bukanlah isunya. Isunya adalah si ayah memang akan berusaha sehabis baik demi keselamatan sang anak. Tidakkah anda sedar akan perkara ini? Jika anda sedar, alhamdulillah. Bagaimana pula bagi yang belum sedar atau tak sedar akan hakikat ini? Segala larangan yang dilakukan oleh ayah kita adalah semata-mata demi kebaikan kita sebagai anaknya. Larangannya bukan kerana membenci atau tak suka, tapi kerana sayangnya seorang ayah kepada sang anak. Kita mungkin tidak merasakan apa-apa, tapi membuat hati ibu bapa resah dan risau memberikan kita ganjaran dosa. Derhaka kepada ibu bapa juga dosa kan. Jadi kita sebagai anak, penuhi dan taatilah nasihat, suruhan serta larangannya kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk kita. Without them, who are we right? So, janganlah menambahkan dosa kita semua kepada ibu bapa.

Bak kata pepatah melayu, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya." Sedikit perubahan pada pepatah melayu tersebut namun saya kira ia releven. Jagalah diri kita sebagai muslimah. Penjenayah tidak mengira mangsa. Selagi tiada syariat Islam diterapkan dalam kehidupan kita sehari-hari dan tiada Daulah untuk menjaga keselamatan kita, selagi itulah kemungkinan kita untuk menjadi mangsa tetap ada. Wallahualam.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat