Jemputan ke Forum Alternatif


Klik sini untuk maklumat lanjut : 

Berbakti Kepada Orang Tua itu WAJIB!!

Ya Allah! Sungguh kemalasan bersarang di dalam diri ini. Apatah lagi untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat di sini. Saya gagahi juga, agar ada juga peringatan dan perkongsian buat teman-teman yang sudi singgah dan membaca di sini.

Pernah tidak anda berkata 'tak nak' kepada suruhan ibu bapa? Saya pernah. Pernah tidak anda berbermasam muka depan ibu bapa? Saya pernah. Pernah tidak anda merungut dengan perintah ibu bapa? Saya pernah. Pernah tidak anda meninggikan suara dekat ibu bapa? Saya pernah. Apa lagi yang anda pernah lakukan? Dan apa lagi yang saya juga sering lakukan? T__T

Tidak kisahlah anda pernah atau tidak, tapi saya pernah melakukan perkara-perkara di atas. Sebagai anak, saya kadang-kadang melanggar suruhan ibu bapa. Sebagai anak, saya juga memberontak sekiranya keinginan saya tidak dituruti. Tapi mujur diri ini masih ingin dimuhasabahkan. Hati mana yang tak boleh lembut? Setiap manusia, lambat atau cepat, hatinya yang keras tetap akan lembut.

Pembacaan saya semalam membuat saya kembali sedar. Berbakti dan berbuat baik kepada orang tua itu WAJIB!!

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya" (QS Al-Israa' [17]:23)

Sesungguhnya berbakti kepada kedua orang tua adalah kewajiban agama, sebagaimana kewajiban berdakwah, amar makruf nahi mungkar, jihad dan solat. Sebaliknya, derhaka kepada kedua orang tua termasuk dosa besar yang tidak lebih kecil dosanya daripada dosa zina, mencuri dan dosa-dosa besar lainnya. Jadi, mengapa kita memilih-milih Islam; kita menerima sebahagian ajarannya dan menolak sebahagian yang lain? Mengapa kita melarang sesuatu, tetapi kita sendiri melakukannya?

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?" (QS Al-Baqarah [2]:85)

Hendaklah kita menyedari bahawa Islam telah meMULIAkan kedua orang tua. Bahkan Islam membolehkan kita berhenti solat sunat sekadar untuk menjawab panggilan ibu bapa ketika mereka memanggil kita. Untuk sirah ini, anda boleh baca tentang kisah Juraij dan kisah Uwais al-Qarni.

"..hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya" (QS Al-Israa' [17]:23)


Giveaway "Special Gift from Mia-Ina"

Di tengah keserabutan kepala memikirkan tesis, maka BW dapat mengenepikan sebentar kekusutan itu. Dengan ini, saya telah rasa sangat-sangat ringan tangan untuk menaip tentang GA ini. Minggu lepas pernah juga baca tentang GA nih dari belog orang lain. Tapi tak terasa nak join. Now for the last call, saya pun menjadi sangat rajin nak join. Hehehe.

Kepada semua pengunjung blog maya Mia & all her silent readers, anda dipersilakan untuk join GA nih ya.

Syarat-syaratnya begitu mudah sahaja seperti di bawah :-

1) Terbuka kepada semua yg ada @ tiada blog
-Okeyh, ini saya ada blog, .::Wanita Mustanir::. Kalau takde, join je sebab it's open to all. 

2) Yg ada blog ....be her follower & sign her guestbook blog "Istana Cinta Adin-Mia"
-Saya nih dah lama jadi follower dan silent reader belog kak Mia. Guestbook pun rasanya dah lama sign sejak kak mia letak widget tuh di dalam belog. Tapi nanti saya check balik. Nak tengok sekarang, masih loading. =(

3) Buat satu entry khas utk giveaway ni....tajuk entry wajib begini "GIVEAWAY - SPECIAL GIFT FROM MIA-INA"
-Sila skrol hingga ke no. terakhir syarat-syarat GA. Sekiranya dah habis baca nanti, maka itulah entri saya untuk GA daripada kak Mia. ^_^

4) Letak header kat atas ni di entry yg anda  tulis ye....kalau takde, kira ditolak penyertaan nie

Ini header yang diminta sebagai bukti penyertaan. 
Tapi saya ketak kat bawah syarat 4. Hee

5) Entry mesti menjawab soalan di bawah ini ya :-

- Sejak bila anda mengikuti blog mia-ina?
Rasanya pertengahan tahun lepas, 2010. Tapi tak sure bulan berapa, mungkin dalam bulan Jun . Saya mengikuti belog ini bersama 2 lagi adik saya tapi mereka silent reader je.

- Kekerapan anda berkunjung di sini?
Nak dikatakan 2 kali sehari puratanya. 3 kali pun pernah jugaklah.

- Apa istimewanya blog 'Istana Cinta Adin-Mia' di sudut hati anda ?
Kalau tengok tajuk belog, ia lebih kepada kisah percintaan. Tapi saya suka belog nih sebab ada tips untuk diet dan sihat. Itu yang menjadikan ia sangat istimewa di hati saya. Kalau tak percaya, sila tanya 2 adik saya. :P

- Komentar negatif (beri saranan like pembaikian blog / kritikan membina)
Belog nih isinya ok dan saya sangat suka. Tapi saya nih jenis tak suka yang banyak sangat widget, links and colourful. Untuk link, mungkin akak boleh view untuk 5 ke 10 blog sahaja. Hidup memang penuh dengan warna-warni tapi untuk belog yang warna warni, agak kurang menarik minat saya. Bagi saya, setiap belog perlu ada warna-warnanya tersendiri. Barulah dikatakan "bila warna kuning je terus ingat belog kak mia". Macam tulah lebih kurang. Mungkin widget akak juga perlu dikurangkan sebab nak loading agak susah bagi saya yang menggunakan broadband. Ini jelah pendapat saya. 

- Lain-lain (terpulang pd anda jika ada)
Buatlah lagi pasal diet. Saya suka bacee.. =)

6) Tarikh tutupnyer ialah 8 Mac 2011.....seorang pemenang yg berjaya memikat sanubari tuan punya belog dengan tinta penulisannya bakal menerima 'special gift' tersebut.

7) Dah buat entry sila tinggalkan komen berserta link entry tinta anda di sini ya http://mia-ina.blogspot.com/2011/02/giveaway-special-gift-from-mia-ina.html . Bagi yg tiada blog, boleh emelkan ke mia_azarina@yahoo.com.


Itu sahaja.
Sekian.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat