[Gambar] Aktiviti berB.A.S.I.K.A.L. menyihatkan badan

Apakah aktiviti fizikal yang anda suka lakukan?
Duduk sebentar apabila tiba di rumah nenda.
Rata-rata blogger sekarang nih suka aktiviti tarian jari jemari kan? Apa tuh? Apa lagi kalau bukan berblogging. Tetapi saya lebih suka berbasikal. Kalau diikutkan pengalaman dulu-dulu, basikal adalah kenderaan saya. Ke mana sahaja saya pergi mesti dengan basikal. Basikal juga menjadi kebanggaan buat saya, adik-beradik dan teman-teman.

Seingat saya, saya menaiki basikal seawal usia 5-6 tahun. Boleh dikatakan lewat jugalah sebab anak saudara saya seusia setahun lebih sudah menaiki basikal walaupun ia adalah basikal roda tiga. Rasanya bukan semua orang suka naik basikal apatah lagi untuk dijadikan aktiviti kegemaran.

Saya memiliki basikal sendiri tanpa berkongsi dengan adik-adik pada tahun 2000-2001 macam tuh. Masa tuh saya masih bersekolah rendah. Apa perasan anda kalau anda mempunyai hak milik sesuatu barang? Mestilah suka kan. Jadi, pergi ke mana-mana mesti dengan basikal. Ke sekolah dengan basikal. Ke kedai belakang rumah dengan basikal. Ke pekan yang jauh dengan basikal. Pendek kata, dengan basikallah.

Ilham suka naik basikal.
Ada juga kebaikan naik basikal ini. Bagi sesiapa yang nak slim dan maintain selalu, kenalah naik basikal jalan-jalan pusing taman permainan setiap petang kalau tak hujan. Lagi seronok, kalau ada adik kecil naik basikal roda tiga ikut sekali. Hekhehek. Nampak sangat comel kan.

Owh ya. Untuk penggemar basikal pasti tahu yang basikal macam ada 2 jantina. Bagi saya, basikal ada jantinanya, lelaki dan perempuan. Basikal jenis lelaki, palang dekat dengan tempat duduk tinggi manakala untuk jenis perempuan, palangnya rendah. Rendah untuk memudahkan kaum hawa yang berpakaian baju kurung atau jubah naik supaya kainnya tidak terselak. Kiranya menjaga kesopan santunan kaum hawalah. Selebihnya, saya kongsikan gambar-gambar Ilham dengan basikal.



Jadi, anda suka berbasikal?

Wajib Ikhlas. Betul ke?

Assalamualaikum semua,

Pastinya sembang-sembang dengan si ayah akan membawa kesimpulan yang bermakna. Apa? Pengajaran dan pembelajaran. Kata orang PNP. Kita diajar dan kita juga kena mengajar atau menyampaikan apa yang telah kita perolehi kan.

Untuk semalam pagi, pemanduan saya tertumpu di jalan raya tapi pendengaran saya menangkap setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut si ayah. Perbincangan ringan akhirnya memberikan saya ruang untuk bertanya. Soalan mudah sahaja,  

"ikhlas itu wajib?"

"aah, WAJIB. kalau tak ikhlas, berdosa." 

"angah ingat sunat je. sebab ingatkan tak buat tak dapat pape, buat dapat pahala. rupanya tak buat dapat dosa eh." 

Akur dengan penerangan si ayah. Suasana sesekali sepi namun kereta yang dipandu tetap lancar menelusuri lebuh raya. Ikhlas hukumnya wajib. Dalilnya banyak sama ada dari al-Kitab mahupun as-Sunah. Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (al-Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. (TQS. az-Zumar [39]: 2)
 
Katakanlah, “Hanya Allah saja Yang aku sembah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku”. (TQS. az-Zumar [39]: 14)

Ayat-ayat di atas merupakan seruan kepada Rasulullah SAW., hanya sahaja sudah dimaklumi bahawa seruan kepada Rasulullah SAW. adalah juga seruan kepada umatnya. Adapun dalil wajibnya ikhlas dari as-Sunah adalah :

Hadis dari Ubay bin Ka’ab RA. riwayat Ahmad, ia berkata dalam al-Mukhtarah, isnadnya hasan; Rasulullah SAW. bersabda:

"Berikanlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemegahan, keluhuran, pertolongan, dan keteguhan di muka bumi. Siapa sahaja dari umat ini yang melaksanakan amal akhirat untuk dunianya, maka kelak di akhirat ia tidak akan mendapatkan bahagian apa pun."

Manakala hadis dari Anas riwayat Ibnu Majah dan al-Hâkim, ia berkata hadis ini shahih memenuhi syarat al-Bukhâri Muslim, Rasulullah SAW. bersabda:

"Barangsiapa yang meninggalkan dunia ini (wafat) dengan membawa keikhlasan kerana Allah SWT. sahaja, ia tidak menyekutukan Allah sedikit pun, ia melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, maka ia telah meninggalkan dunia ini dengan membawa redha Allah."

Kalau nak tahu keterangan lanjut, boleh je baca kat sini, Pilar-pilar Pengokoh Nafsiyah Islamiyah. Nak download terus pun boleh, sebab ia adalah sebuah buku. ^_^. Kadang-kadang, kita tak sedar yang kita buat sesuatu tak ikhlas. Saya lebih cakapkan diri sendiri. Lepas nih, niat memang akan ikhlas lillah.

Lagi Seminar Bulan April 2011 menanti Anda!! Jangan lepaskan peluang keemasan anda meraih pahala!!!

Bagi yang terlepas peluang untuk mengikuti perbincangan umum ini awal bulan April baru nih, anda boleh baca pengenalan di sini. Jadi, bolehlah kaum hawa terutamanya para Muslimah hadir ke Forum Wanita [sila klik pautan bertulisan merah] berkenaan isu kecantikan ini. Rugi kalau anda tak menghadirkan diri ke sana. Bukannya apa, kalau hujung minggu asyik berjalan-jalan, membeli-belah, makan-makan, apalah salahnya jika membawa diri ke majlis ilmu pula. Dapat pahala lagi, InsyaAllah. Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." Selain itu, antunna dapat juga mengelakkan diri dan keluarga dari kepanasan api neraka, sepertimana firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”. [TQS At-Tahrim : 6]

Dan forum wanita ini khusus untuk wanita ye. Kaum adam tak boleh datang. Kalau nak dapat input jugak, mintalah adik perempuan atau kakak atau mak atau isteri anda yang datang. InsyaAllah, anda juga dapat menolong keluarga dari siksa api neraka. InsyaAllah. So, bagi kaum adam yang nak datang seminar, boleh datang seminar seperti gambar di sebelah. Untuk pencerahan politik. Saya ulang, politik. What say you? Hahaha

Pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 pada 16hb April 2011 (owh, rupanya kakak saya dah masuk kategori jubli perak, ahaks...), pemenangnya ialah BN dengan perolehan majoriti dua pertiga kerusi. Untuk pencerahan minda dan bantuan anda bertanya soalan ketika di seminar, sila baca artikel nih dulu ye. Dapatlah juga maklumat awal sebelum datang ke munaaqashah nanti. Tak rugi pun. Kalau tak dapat datang pun, at least dapat juga tahu maklumat tentang piliharaya sikit-sikit kan. =)

Kepada semua pembaca, selamat mengumpul pahala, InsyaAllah.. Datang, jangan tak datang. Datang, jangan tak datang. =)
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat