Alhamdulillah, setelah sekian lama saya nantikan kemunculannya saban bulan, maka terbitlah ia. Ini adalah satu dari dua isu yang dibawa untuk bulan April 2012. Semoga bermanfaat untuk menambah pengetahuan anda khususnya wanita.
ARTIKEL PILIHAN: HAK DAN KEBEBASAN WANITA SEJAGAT
Muqaddimah
Bicara tentang hak dan kebebasan wanita sejagat seakan tidak mungkin berakhir. Telah sekian lama wanita di seluruh pelosok dunia merintih dan menangisi kesengsaraan yang ditanggung. Oleh yang demikian, artikel ini akan memaparkan fakta-fakta ‘sensasi’ tentang realiti tersebut yang berlaku di kebanyakan negara umat Islam di seluruh dunia.
Nasib Wanita di Serata Dunia Islam
Di Indonesia iaitu sebuah negara yang mempunyai populasi umat Islam paling ramai di dunia, terdapat 23 juta wanita yang amat miskin dan terpaksa bekerja di serata dunia demi sesuap nasi. Melalui jalur agensi pekerjaan, mereka sanggup merantau ke negara yang asing bagi mereka dengan harapan untuk mengutip sebanyak mana wang untuk menanggung keluarga yang ditinggalkan di kampung halaman. Sebaliknya apa yang rata-rata mereka peroleh dari majikan hanyalah layanan buruk seperti dikurung di bilik, mengalami gangguan seksual, dirogol, malah ada yang dibunuh.
Punca kepada segala kemiskinan tersebut adalah sistem ekonomi dan politik yang diterapkan di Indonesia. Ketundukan kepada sistem ekonomi Kapitalisme menyebabkan pemerintah menyerahkan hartanah dan pemilikan umum kepada syarikat-syarikat asing. Melalui kaedah demokrasi dalam berpolitik, undang-undang digubal sesuka hati agar dapat memenuhi nafsu serakah syarikat-syarikat asing lantas meminggirkan peribumi negara yang kaya dengan sumber alam itu. Tak ubah seperti kata pepatah, “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Natijahnya, majoriti rakyat Indonesia termasuk kaum wanita merempat kerana kemiskinan.
Begitu juga wanita di Jordan yang menderita akibat pelbagai masalah ekonomi, sosial dan politik. Negara menjual hak milik persendirian dan sumber alam seperti fosfat, kalium dan simen; hinggakan perusahaan tempatan yang berjaya juga dijual kepada pihak Barat. Akibatnya rakyat mengalami proses pemiskinan besar-besaran dengan sebahagian besar mereka berada di sekitar atau di bawah garis kemiskinan. Lalu muncullah simptom-simptom masalah seperti pengangguran, kelewatan berkahwin akibat kos yang tinggi, kegagalan mengatur kewangan rumah tangga, jenayah berleluasa, penderaan fizikal dan banyak lagi.
Di Tunisia pula, semenjak kemasukan kolonialisme Barat, wanita Tunisia melalui pelbagai krisis akibat pelaksanaan sistem diktator yang berasaskan sekularisme, iaitu pemisahan agama dari kehidupan (faslu ad-deen ‘anil hayah). Seiring dengan kemasukan kereta kebal dan tentera Barat ke bumi Tunisia, minda rakyat turut dimasuki idea dan konsep yang telah merosakkan jati diri bangsa dari segi intelektual dan budaya. Akibatnya, wanita diremehkan dari segi hak-hak dan peranan mereka. Wanita tidak dihormati dan dinafikan hak untuk mendapat pendidikan tinggi, penjagaan kesihatan dan keperluan hidup lain.
Seterusnya di Sudan, wanita mengharungi kehidupan yang dipenuhi ketidakadilan, penindasan, kekejaman dan juga kemiskinan. Kaum wanita terpaksa menyaksikan pemisahan wilayah Utara dari wilayah Selatan dengan pilu. Perang saudara yang tercetus di seluruh negara telah menyebabkan kaum wanita terpaksa menjadi pelarian dan kehilangan kaum keluarga. Organisasi bantuan yang didalangi negara-negara Barat di ‘kem perlindungan’ pelarian di negara-negara jiran sebaliknya menjadikan mereka sebagai mangsa penyebaran racun pemikiran Barat yang rosak. Di kota-kota besar pula, meskipun wanita tidak diancam dengan pembunuhan secara ganas, namun kegagalan pemerintah memenuhi keperluan asas rakyat menjadikan rakyat miskin semakin merempat.
Manakala di Rusia, tidak kurang masalah yang dihadapi oleh wanita. Jika diimbau kembali sejarah Rusia, ia adalah sebuah tanah di mana ideologi Sosialisme lahir dan berkubur. Tetapi kini, ia turut menganut ideologi Kapitalisme bertunjangkan konsep Barat. Di sana, seorang wanita tidak dianggap sebagai seorang manusia yang punya harga diri sebaliknya dipergunakan sebagai komoditi yang diperdagangkan dalam pelbagai aspek. Konsep seperti maruah dan kehormatan wanita telah lama dilupakan apabila wanita sering dikasari dari segi emosi, mental dan fizikal. Lebih teruk lagi, tidak ada perbincangan tentang penjagaan dan perlindungan terhadap wanita di negara ini.
Walhasil, tidak sedikit wanita menjadi mangsa penderaan lelaki yang sepatutnya melindungi mereka seperti bapa, suami dan majikan. Bukan setakat itu, kaum lelaki yang sepatutnya memimpin keluarga malangnya telah membebankan ahli keluarga wanita mereka untuk menanggung keperluan hidup mereka. Hal ini berlaku dalam keluarga yang terdiri daripada para bapa, suami dan anak yang ketagihan arak dan dadah. Semua ini berpunca daripada pelaksanaan sistem pemerintahan sekular apabila Rusia tidak menghalang penjualan arak dan dadah secara berleluasa kerana ia adalah perniagaan yang menguntungkan.
Rusia sebagai negara di mana orang Islam merupakan penduduk minoriti, kebencian terhadap Islam amatlah nyata. Kaum Muslimah tidak dihormati dan menjadi mangsa diskriminasi. Sebagai contoh, mereka sukar mendapat pekerjaan dan boleh dipecat hanya dengan alasan mereka berhijab dan menunaikan solat. Di samping itu, di kebanyakan bandar di Rusia, para Muslimah dianggap sebagai pengganas dan golongan pelampau. Hinggakan mereka diugut, dihina, dimalukan dan dalam beberapa kes para Muslimah turut dipukul. Lebih jauh lagi, kaum Muslimah turut didakwa oleh pihak perisikan negara atas dasar melindungi keselamatan awam daripada keganasan, lalu dihukum dengan tidak adil termasuk dipenjarakan.
IOI Mall : Darabif Burgers
Assalamualaikum,
Sekarang nih kebanyakkannya sibuk dengan Burger Bakar Kaw Kaw. So, saya dengan Darabif..
Actually, kami makan nih sebab ada Groupon. Separuh harga dapat. Alhamdulillah, merasalah juga sebab dapat bawa si kecil bersama.
Seperti biasa kalau nak redeem, pergi ke kaunter dan bagi voucher. Then. tunggu mereka prepare the food.
Ada 2 jenis daging: moo and chick. rasa kelakar sangat sebab untuk daging lembu dipanggil 'moo', kan bunyinya macam bunyi lembu. Dan ada 2 jenis saiz daging Darabif: kecil (nipis) dan besar (tebal).
Sekarang nih kebanyakkannya sibuk dengan Burger Bakar Kaw Kaw. So, saya dengan Darabif..
Actually, kami makan nih sebab ada Groupon. Separuh harga dapat. Alhamdulillah, merasalah juga sebab dapat bawa si kecil bersama.
Seperti biasa kalau nak redeem, pergi ke kaunter dan bagi voucher. Then. tunggu mereka prepare the food.
Ada 2 jenis daging: moo and chick. rasa kelakar sangat sebab untuk daging lembu dipanggil 'moo', kan bunyinya macam bunyi lembu. Dan ada 2 jenis saiz daging Darabif: kecil (nipis) dan besar (tebal).
Keterujaannya terserlahkan.
Alhamdulillah, selesai makan tengahari di Darabif Burgers, IOI Mall pada 22 Mac 2012. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)











