Selamat Hari Raya Buat Semua & Tahun ini Tanpa Atokku

Entri melekat sempena Syawal 1431 H.
Sila skrol ke bawah untuk entri terkini.
Sekian, terima kasih. =)
........................................................................................

Assalamualaikum semua. Di sini saya ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya. Semoga Ramadhan yang telah/bakal meninggalkan kita adalah yang terakhir tanpa perisai umat Islam iaitu Daulah Khilafah Islamiyyah. (Sila klik khilafah di www.mykhilafah.com untuk maklumat lanjut.)

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul, dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Kitab Al-Quran) dan RasulNya (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ An-Nisaa' (4):59]

Okeyh, ini kad raya daripada saya buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger yang datang menziarah di sini. Saya takdelah pandai membuat kad raya. Apapun, ikhlas daripada saya walaupun e-card ini tak seberapa cantik. Teehee.


Mari kita lihat susunan lemang di bawah. Kenapa gambar ini perlu ada dalam entri khas Hari Raya? Owh, lemang adalah makanan kesukaan atok. Ketika dah beberapa hari berpuasa, ada orang jual lemang di tepi jalan. Maknek berkata, "Atok takde, takdelah kita beli lemang. Kalau tak, mesti atok suka." Saya tetiba sayu mendengar kata-kata maknek. Iya, tahun ini tanpa atok untuk kami sekeluarga berhari raya. Semoga arwah atok dan awi (moyang perempuan saya) ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir Batin. 0-0 ye. ;)

Sumber : Imej Google

Raya Cards Upadated!!


Kad raya drpd Zahratul Muslimah (Ayu) dari negara seberang, Indonesia.


Kad raya darp Hazirah Radzi, kawan baik masa sekolah menangah atas.
Thanks, zyra.


Kad raya dari organisasi BADAR, UKM KL.


Ini memang confirm empunya diri. Hehe.
Kad raya drpd Fareed, coursemate Faculty of Pharmacy.


Drpd Gabungan Mahasiswa UKM.


Ikhlas drpd Rabiatul Nabila Che Johar.
Kawan alam maya yang tak pernah bersua muka tetapi selalu bertamya khabar. ;)


Drpd Kak Mizah, senior UKM KL.


Kad raya drpd Kak Linda. Kenal sekejao tapi mesra.
Thanks to kawan-kawan kat KPJ Tawakkal.


Ini memang ikhlas dan kreatif drpd kawan sekolah, Iwan.


Ikhlas drpd Safawati Samsuri, classmate Faculty of Pharmacy.
Raya datang ler rumah ye. ;)

 From Yash.
Thanks, Yash..

2 comments:

  1. salam syawal kak..
    maaf ye kalau ada salah silap sepanjang persahabatan kita

    nanti buka aikdifitri ni,nak bawa nti pergi satu program.

    nanti kita roger2 ye?


    salam perjuangan ukhti

    ReplyDelete
  2. banyak dapat kad raya..selamat hari raya..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat