Kecantikan Luar Biasa yang Tiruan, Akhirnya Menjerat Diri.. Ingin Salahkan Siapa??

Sebagai seorang muslim, kita tidak boleh sombong apatah lagi tidak peduli sama muslim yang lainnya. Apabila ada saudara yang melakukan kesalahan, kita tegur. Saya sangat risau apabila sudah menjadi trend terkini kepada para muslimah terutama yang muda remaja. Apa trendnya? Bermake-up dan berhias-hias dengan baju yang MasyaAllah, sangat menarik perhatian.

Menarik perhatian adalah isi utama yang akan dibahas di sini. Apa itu tabarruj? Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira sama ada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.     

Jubah fashion

Kaftan Jubah, i think.

Marwa Design Abaya

Contoh-contoh tabarruj

- Bersolek dan berhias belebihan.
- Menggunakan alat-alat solek / make-up.
- Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka). Kebiasaan ini berlaku di Malaysia kepada bakal pengantin wanita.
- Dan lain-lain.
- Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Kata orang, mengikut peredaran zaman. Apakah benar dengan mengikut peredaran zaman, hukum syarak diketepikan walaupun berabaya atau berjubah?

Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira sama ada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.

Kata orang lagi, kita kena pakai style tudung ikut peredaran masa jugak. Mesti rakan-rakan muslimah tahu antara style-style tudung yang ada di Malaysia kan. Antaranya :

Tudung Ariani.
Model : Ikin

 Tudung Bienda

 Tak tahu tudung apa tapi jenis yang ada banyak ton warna dalam 1 tudung.

Semuanya cantik-cantik belaka kan? Jubah-jubah cantik. Tudung-tudung pun cantik. Saya pun suka. Tapi bolehkah memakainya di tempat-tempat umum? Nanti kalau saya pakai, ada tak yang menoleh untuk melihat saya? Kalau ada terutamanya lelaki, diri saya yang terjerat. Terjerat dengan apa? Terjerat dengan dosa sebab telah melanggar hukum syarak. Siapa yang tak takut? Saya takut.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung. Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang syar'ie.


Bermake-up juga satu hal. Memang akan nampak cantik kalau ada penyerlah wajah seperti ini. Lelaki mana yang tidak akan tertarik apabila wanita memakai make-up? Saya yang wanita juga tertarik. Kalau saya pakai untuk keluar rumah, mesti ada yang tegur. Siapa lagi kalau bukan abah dan adik lelaki saya. "Mu mana boleh pakai nih. Tabarruj." Even nak pakai pelembap bibir sebab bibir kering pun ditegur. Itupun lip balm yang tidak mempunyai warna sebab medicated seperti lip defense sabamed SPF30. Alhamdulillah, ahli keluarga saya faham. Bagaimana pula dengan ahli keluarga yang tak faham, malah menggalakkan pula untuk memakainya?

sabamed SPF30

Menarik perhatian adalah penentu sama ada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, di mana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah SWT berfirman :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

“kecuali yang (biasa)  nampak daripadanya” 
bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah SAW,  pernah bersabda, “Jika seorang anak  perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]. 

Wahai sahabat-sahabatku Muslimah!! 

Janganlah kalian terpedaya dengan pesona dunia yang hanya menjerat kalian. Penuhilah perintah Allah dengan taat. Takutilah azab Allah. Jangan biarkan diri kalian tertipu dengan kecantikan palsu yang dijaja oleh orang-orang Barat. Sesungguhnya kecantikan yang dipamerkan hanyalah satu mitos yang tidak berpenghujung. Anda mampu mengubahnya.

Sumber gambar : semuanya daripada imej Google.

16 comments:

  1. muleyh solek tp jgn overdose hehehe

    ReplyDelete
  2. huhuhu..
    jgn solek terlalu over..
    klu tebal sgt pown, laki x suka..
    huhuuh..
    anyway, entry yg bgus..
    so, fiq dtg follow... :)

    ReplyDelete
  3. @dayah SnoW Heuka,

    mungkin lah kot.. natural make-up je kan? hehehe

    ReplyDelete
  4. @HonEyBuNNy,

    wassalam, terima kasih ye.. ;)

    ReplyDelete
  5. @nazirulhazwan~,

    yeahhh, saya juga mampu mengubahnya.. InsyaAllah, awak boleh..

    ReplyDelete
  6. @Cikgu Fikri,

    saya rasa mmg laki x suke kalau tebal2.. apa2pun, thanks follow..

    ReplyDelete
  7. @ cik helena,

    bagus2.. belajarlah selagi terdaya.. insyaAllah..;)

    ReplyDelete
  8. bersolek utk suami je la.. wat pe nak tunjuk2 kat org lain

    saya sendiri akan cemburu kalau isteri sy jd tatapan org lain. huhu

    ReplyDelete
  9. botoi..ape nak jadi dgn zaman nih..."hukum syarak tidak berubah mengikut peredaran masa"

    ReplyDelete
  10. bersolek mse kat rumah je bg suami tgk.
    kat luar biase2 je dah la kan? kan?

    ReplyDelete
  11. @SoutulMujahid,

    hee.. memanglah perlu bersolek sentiasa utk suami.. nnt kalau akhi dah kawen, blhlah belikan isteri set alat make-up.. hehehe

    ReplyDelete
  12. @cik cahaya,

    betul kata sis.. hukum syarak tidak berubah mengikut peredaran zaman.. bahkan kitalah yg perlu ikut hukum syarak walaupun zaman semakin moden..Kerana hanya Islam agama yang diredhai Allah SWT..

    syukran, sis..;)

    ReplyDelete
  13. @Ka-Ching,

    iya, betul tuh sis..

    kat luar mungkin boleh, sekadar menutup kesuraman wajah agar nampak ceria...tapi tak pakai pun tapi..just protection from UV apa salahnya kan.. spt bedak ke..

    like my family, mmg bersolek sakan dalam rumah..bila keluar, tak pakai pape pun, cuma bedak je..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat