Perjuangan Gender : Derita Wanita Dunia Kapitalis

8 Mac 2009 baru-baru ini, banyak perkara yang bermain-main di fikiran saya. Entah apalah yang saya fikirkan. Hari sebelumnya saya berfikir macam mana hendak menyampaikan di hadapan orang ramai terutamanya kawan-kawan umi, makda dan cik nek. Bukan mudah hendak menyampaikan sesuatu yang pendengarnya adalah orang yang lebih tua daripada saya. Ini kerana saya perlu tahu bagaimana caranya untuk membuat orang yang mendengar faham. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya. Terima kasih kepada pemberi idea untuk tajuk penyampaian saya 'Mencontohi dan Mencintai Teladan Terbaik' dan juga kepada MC kerana menambah apa yang kurang pada penyampaian saya. Kerana yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datangnya dari Allah juga tetapi disandarkan pada kelemahan saya sendiri.

Setelah itu, saya berfikir bagaimana pula hendak menyiapkan sebuah artikel? Fikir dan terus berfikir, akhirnya artikel itu terhasil. Tetapi sayang, editor kata "artikel terlalu general, perlu fokuskan". Sekarang masih berfikir untuk membetulkan kesalahan yang telah saya lakukan. Semoga saya dapat memberikan yang terbaik kepada 'training' saya yang pertama ini.

Kita buka cerita lain.


Pagi 8 Mac tue, saya membaca Mingguan Malaysia- Keluarga yang dibeli oleh alang, saya tertarik kepada tajuknya (Perjuangan Gender Tajaan Barat) . Di awal-awal pembacaan saya mengenai berita tersebut, saya masih 'blur-blur' lagi, percakapan remaja sekarang. Akhirnya saya tahu setelah membaca halaman-halaman lain akhbar bahawa 8 Mac adalah Hari Wanita sedunia. Patutlah ada banyak cerita pasal perjuangan gender. Kepada para pembaca, apakah yang anda rasa dan mengapakah perjuangan gender ini berlaku??

Bagi saya, tidak hairanlah jika kesetaraan gender diperjuangkan oleh kaum wanita (feminisme) kerana kaum wanita merasakan diri mereka ditindas, dieksploitasi dan didikriminasi oleh kaum adam. Tetapi saya tidak mengatakan bahawa semua kaum adam begitu, hanya mereka yang tidak mengamalkan Islam sebagai cara hidup sahaja akan melakukan perkara-perkara tersebut ke atas kaum hawa.


Saya ingin menceritakan semula apa yang telah yang dengar daripada seorang 'mangsa keadaan' sistem kapitalis ini.Semoga cerita ini membuka mata dan hati insan-insan yang bergelar lelaki/suami/ayah dan yang seangkatan dengannya.

Seorang guru, isteri dan juga ibu pengatur rumah tangga tidak pernah duduk bersenang lenang walaupun hanya seminit dalam sehari. Ini kerana, bangun sahaja di pagi hari seorang ibu perlu menyediakan kelengkapan anak-anaknya ke sekolah, dia perlu melayan suaminya untuk ke pejabat dan juga mengemas rumah serta memastikan rumahnya dalam keadaan teratur sebelum pergi ke sekolah untuk mengajar. Di sekolah pula, dia perlu mendidik dan mengajar anak-anak muridnya tentang Islam (kerana dia adalah seorang guru KAFA). Selang waktu rehat, dia bukannya boleh rehat kerana masa rehat itulah dihabiskan dengan mengajar anak-anak muridnya mengaji al-Quran. Jika tidak mengajar mengaji, dia terpaksa menjaga koperasi sekolah semata-mata untuk memenuhi akadnya sebagai seorang guru di samping untuk mencari belanja rumah lebih. Sesi pagi persekolahan tamat lebih kurang jam 11.15 pagi. Dia akan bergegas pulang ke rumah. Anda rasa untuk apa? Untuk dia memasak tengahari untuk anak-anaknya dan juga suaminya makan apabila pulang dari sekolah nanti. Masa rehatnya hanya seketika iaitu beberap minit sebelum waktu zohor tiba. Setelah itu, dia akan bersiap-siap kembali untuk mengajar di sesi petang. Setelah sesi persekolahan tamat, dia bukan boleh terus pulang ke rumah, malah masih mengajar mengaji anak-anak muridnya yang ramai. Sedangkan gajinya tidak seperti orang yang bekerja sebagai seorang jurutera, doktor, ahli farmasi, CEO dan lain-lain lagi. Kalau kita perhatikan, gaji seorang insan yang bergelar guru adalah yang paling sedikit.

Mujur dia mempunyai anak-anak yang boleh membantu. Hanya pada waktu malam sahaja, dia dapat merehatkan diri. Tetapi bukan sepanjang malam dia boleh merehatkan diri kerana ringkasan mengajar perlu disiapkan dan membuat alat bantu mengajar (ABM). ABM itu pula memerlukan dia mengeluarkan dananya sendiri semata-mata untuk menarik minat murid-muridnya untuk belajar. Di samping itu, tugasnya sebagai seorang isteri kepada seorang suami tidak pernah diabaikan sama sekali. Si suami, tugasnya mencari nafkah untuk si isteri dan anak-anaknya. Tugasnya hanya satu iaitu bekerja tetapi seorang wanita boleh melakukan lebih dari satu kerja dalam satu masa, lebih-lebih lagi zaman sekarang. Ramai wanita yang bekerjaya melakukan kerja lebih dari satu semata-mata untuk memenuhi keperluan asas hidup.

Namun jika kita lihat realiti hidup seorang wanita (isteri) dengan realiti hidup seorang lelaki (suami), siapakah yang kelihatan ditindas dan didiskriminasikan?? Anda fikirkan apa yang anda lihat kerana saya tahu realiti yang anda lihat adalah realiti yang benar yang bukan tipuan. Apa yang anda lihat itulah hasilnya jika kita hidup di bawah sistem sekular kapitalis..

Berbalik kepada perjuangan gender yang diperjuangkan oleh wanita dan kisah yang telah saya ceritakan untuk dikongsi bersama, bukankah ini hasilnya kerana ketiadaan penerapan Islam secara kaffah? Bukankah ini hasilnya dari penerapan sistem sekular kapitalis?? Tersebarnya fahaman sekularisme di tengah-tengah kaum Muslim yang melahirkan kebebasan dan gaya hidup individualistik-materialistik rupa-rupanya telah memberikan pengaruh besar kepada kaum Muslim dan membiarkan mereka untuk menerima apa sahaja yang berbau moden.

Bagaimana Islam Memandang Wanita?

Islam merupakan Deen yang sempurna. Aturan-aturan Islam sentiasa memuaskan akal dan sesuai dengan fitrah manusia. Sebab Islam lahir dari Zat yang telah menciptakan manusia. Dia Maha Tahu atas hakikat makhluk yang diciptakanNya. Islam memandang kemuliaan seseorang baik lelaki ataupun wanita, dari ketakwaannya, sebagaimana firmanNya :

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kalian saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS al-Hujurat [49]:13)

Islam memandang bahawa wanita adalah manusia dengan seperangkat potensi yang ada pada dirinya. Sebagaimana lelaki, wanita juga diberikan potensi berupa akal, naluri (untuk beragama, melestarikan keturunan dan mempertahankan diri) serta keperluan jasmani sebagai sarana untuk mengabdikan diri kepada Sang Maha Pencipta. Oleh sebab itu, Allah memberikan hak dan kewajiban yang sama antara lelaki dan wanita seperti kewajiban solat, puasa, zakat, haji, amar makruf nahi mungkar dan sebagainya.

Akan tetapi adakalanya syariat Islam menetapkan adanya pembebanan hukum (hak dan kewajiban) yang berbeza bagi lelaki dan wanita. Kewajiba mencari nafkah dibebankan kepada lelaki, kepimpinana dalam negara, pengaturan urusan umat serta masalah perwalian juga diserahkan kepada lelaki, bukan kepada wanita. Sedangkan masalah kehamilan, penyususan, pengasuhan anaka serta tugas dan peranan lain sebagai ibu dan pengatur rumah tangga (ummu wa rabbah al-bayt) dibebankan kepada wanita sahaja tidak kepada lelaki.

Semua perbezaan di atas tidak boleh dipandang sebagai bentuk diskriminasi atau ketidakadilan syariat Islam kepada kaum wanita. Sebab perbezaan ini adalah cerminan dari keadilan dan kemurahan Sang Pencipta kepada ciptaanNya. Setiap lelaki dan wanita mempunyai perbezaan tabiat fitrah yang dimiliki masing-masing di samping peranan dan kedudukannya dalam keluarga dan masyarakat.

Bagaimana pun keadaan dan apa pun yang dibebankan oleh Allah, baik sebagai hamba Allah, anggota keluarga (sebagai anak, isteri atau ibu) dan juga anggota masyarakat, apakah beban yang diberikan sama atau berbeza dengan kaum adam, maka wanita akan memperoleh kemuliaannya selama seluruh beban hukumnya dilaksanakan dengan ikhlas dan benar sebagai bukti ketundukan dan ketakwaannya kepada Allah SWT.

Wallahu'alam.

Mencontohi dan Mencintai Teladan Terbaik

Tugasan yang perlu kusiapkan telah selesai.. Maaf kak, lewat sehari dari due date.. Harap menepati syarat-syarat yang dikehendaki.. Baru hendak belajar menulis untuk bacaan umum umat.. "No technique how to be a good writer, just have to be hardworking to write. Practise makes perfect. That's all.."

Rabiul Awal kembali menemui kita. Bulan ini pastinya menggamit memori kita kepada sambutan Maulidur Rasul yang amat tipikal kepada rakyat Malaysia. Iklan ceramah-ceramah agama dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan bersempena dengan ulangtahun kelahiran Rasul terakhir ini telah mula kelihatan samada di televisyen, media cetak, internet, kain rentang dan lain-lain. Tiba hari yang ditunggu, yang merupakan cuti umum, gema selawat ke atas Nabi, marhaban dan qasidah yang memuji-muji junjungan besar Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mula kedengaran dan perarakan warna-warni kelihatan di mana-mana. Selepas itu, ceramah yang menceritakan sedutan perjalanan hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam selepas kelahiran dan zaman kanak-kanak baginda mula berputar, sama seperti tahun-tahun yang lalu.

“Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyeru rakyat supaya menghayati sejarah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang meletakkan kepentingan kesatuan dan perpaduan di kalangan manusia sebagai asas kecemerlangan dan pemangkin khaira ummah (umat yang berkualiti dan baik).”

“Masyarakat Islam perlu menghayati makna di sebalik sambutan Maulidur Rasul dan sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini. Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, renungan dan peringatan zahir sahaja tidak memadai jika tiada pengisian penting dan penghayatan untuk mentafsirkannya dalam bentuk akidah dan amalan."

Dua petikan berita tersebut dipetik dari utusanonline. Daripada yang disampaikan oleh penulis, jelas bahawa Rasulullah saw mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati kaum Muslim. Betapa tidak, Rasulullah saw telah menyelamatkan umat manusia dari kehancurannya dengan membawa risalah dari Allah SWT. Dengan risalah yang diperjuangkan, dibawa dan diterapkan oleh Rasulullah saw, Islam hadir di tengah-tengah manusia.

Peringatan Maulidur Rasul yang dilakukan oleh sebagian umat Islam tentu memiliki tujuan. Di antaranya yang terpenting adalah untuk terus menyuburkan sekaligus memelihara kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad saw.

Mencintai Nabi saw. adalah kewajiban. Sebaliknya, jika tidak mencintai Beliau apalagi jika membenci Beliau adalah sebuah kemaksiatan. Allah SWT telah meletakkan kecintaan kepada Nabi saw. dengan kecintaan kepada-Nya. Allah SWT telah mencela orang yang mencintai sesuatu melebihi kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya.

Seperti di dalam firman-Nya :

Katakanlah"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan rugi, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azabNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (QS at-Taubah [9]:24)

Allah SWT juga berfirman:

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ

Nabi itu (hendaklah) lebih diutamakan oleh orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. (QS al-Ahzab [33]: 6).

Firman Allah tersebut merupakan dalil bahawa seorang Muslim wajib meletakkan kecintaan kepada Allah SWT dan RasulNya pada urutan teratas. Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya ini menjadi ukuran keimanan seorang Muslim.

Cinta kepada Baginda Nabi saw. tentu tidak boleh sekadar percakapan kerana ia harus diwujudkan dalam perlakuan kita seharian. Apa dan bagaimana mewujudkan kecintaan hakiki kepada Baginda Nabi saw.? Tidak lain dengan cara meneladaninya. Allah SWT telah memerintahkan hal ini dalam firman-Nya:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian. (QS al-Ahzab [33]: 21).

Allah pun telah mengaitkan upaya meneladani dan mengikuti Rasul saw. sebagai bukti kecintaan kepada-Nya:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ

Katakanlah (Muhammad), “Jika kalian mencintai Allah maka ikutilah aku nsicaya Allah akan mencintai kalian.” (QS. Ali-Imran [3]: 31).

Rasulullah saw bersabda:

Tidak beriman seorang hamba hingga aku lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia lainnya. (HR Muttafaq ‘alaih).

Mewujudkan Kecintaan Hakiki kepada Rasulullah saw.

Mewujudkan kecintaan hakiki kepada Rasulullah saw. dapat diperincikan sebagai berikut:

Pertama: untuk mentauhidkan Allah. Ini kerana para rasul diutus, termasuk Rasulullah saw. adalah untuk menyeru manusia pada tauhid yang murni dan menentang syirik (Lihat: QS an-Nahl [16]: 36).

Kedua: untuk mempelajari, memahami dan mengamalkan al-Quran yang Beliau bawa sebagai petunjuk dan rahmat bagi umat manusia (Lihat: QS an-Nahl [16]: 89). Dalam hal ini, Ibnu Mas’ud pernah berkata, “Janganlah seseorang meminta untuk dirinya kecuali al-Quran. Jika dia mencintai al-Quran berarti dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.”

Ketiga: untuk meneladani segala ucapan dan perbuatan Nabi saw. (Lihat: QS al-Ahzab [33]: 21).

Keempat: untuk mencintai mereka yang dicintai Nabi saw. (seperti isteri-isterinya, keluarga dan sahabatnya, serta seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajarannya) serta membenci orang yang dibenci Beliau (seperti orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan kaum Muslim).

Kelima: untuk membela Nabi saw. dari serangan orang-orang kafir dan munafik, sebagaimana akhir-akhir ini semakin terang-terangan dilakukan oleh mereka.

Keenam: untuk menaati semua perintah Nabi saw. dan menjauhi larangan Beliau:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا

Apa yang Rasul perintahkan kjepada kalian, terimalah; apa yang Beliau larang atas kalian, tinggalkanlah. (QS al-Hasyr [59]: 7).

Ketujuh: untuk mengemban risalah Beliau iaitu mendakwahkan syariah yang Beliau bawa. Allah SWT berfirman:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan al-khayr (Islam) serta melakukan amar makruf nahi mungkar. (QS Ali Imran [3]: 103).

Itulah di antara kewujudan kecintaan kita kepada Rasulullah saw.

Khatimah

Sesungguhnya peringatan Maulidur Rasul bukan sekadar kegiatan keagamaan dan acara tahunan yang akan berlalu begitu saja tanpa memberikan perubahan sosial dan politik kepada umat Islam. Momentum peringatan Maulidur Rasul hendaklah memberikan bekas dan pengaruh yang nyata dalam memperbaiki masyarakat menuju umat terbaik (khaira ummah), sebagaimana firman Allah:

Demi sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (QS al-Ahzab [33]: 21)

Hanya dengan itulah umat Islam dapat meraih kembali kemuliaannya yang hakiki, yang hakikatnya memang hanya milik mereka. Maha Benar Allah Yang berfirman

وَِللهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ

Kemuliaan itu hanyalah milik Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang Mukmin. (QS al-Munafiqun [63]: 8).

Kenangan Di Hari Semalam.

Lebih dua hari kepala ini asyik ligat berfikir entry apakah yang ingin ditulis. Tajuk apakah yang sesuai untuk saya kongsikan bersama pembaca sekalian. Akhirnya tajuk yang anda baca adalah tajuk yang telah saya pilih, Kenangan Di Hari Semalam. Macam pelik saja bunyinya. Tapi saya tak kisah, janji entry ini ter'publish'. Sebab, kisahnya bukan hanya semalam malah hari lain juga.

Seminggu ini (2hb-7hb Mac 2009) adalah minggu yang agak sibuk rasanya sepanjang semester dua ini. Status YM kawan saya pernah ada macam ini "minggu stress". Jadi memang betullah apa yang dirasai kawan saya itu sebab saya juga merasainya.. Hehe.. Apapun yang kita rasai, yang kita alami dan yang kita fikirkan, pengurusan masa adalah amat penting agar kita tidak terlepas perkara yang perlu disegerakan dan diutamakan.. Seperti di dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman :

"Demi masa, sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (QS al-'Asr [103]:1-3)

Sebab apa saya juga berfikir seperti kawan saya bahawa minggu ini adalah minggu stress?? Sebenarnya saya tak mengalami stress pun, cuma kepenatan dan kesibukan yang agak lain dari minggu-minggu sebelumnya. Sebagai seorang pelajar, memang sudah menjadi lumrah bahawasanya tugas kita adalah untuk menyiapkan assignment, lab report, study, discussion group, homework and so on. Tetapi ada sesetengah pelajar yang bukan sahaja melakukan tugas-tugas seperti yang saya telah sebutkan tadi, bahkan lebih lagi. Apa yang saya maksudkan adalah berdakwah dan berdakwah. Abah selalu berpesan dan mengingatkan saya (he's my best motivator, no one else), kita sebagai umat Islam yang hidup dalam dunia kapitalis ini, yang mengaku bahawa beriman dengan hari akhir, maka kita perlu berdakwah, dengan kata lain mengajak umat untuk mengamalkan kehidupan Islam secara keseluruhan. Sebab ada sesetengah orang mengatakan bahawa seorang pelajar adalah pelajar. Jadi tugasnya adalah belajar dan belajar. Mana ada masa nak pergi berdakwah.. Jika benar begitu, bagaimana dengan firman Allah SWT yang ini?

Allah berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (QS Muhammad [47]:7)

Jadi jelas ye bahawa Allah akan menolong kita jika kita menolong-Nya. Jika kita mengadakan masa untuk berdakwah, niscaya Allah akan memberi kita lebih masa untuk urusan dunia. Maknanya di sini, bukan kita mendapat lebih dari 24 jam, tetapi kita merasakan bahawa masa 24 jam itu adalah cukup untuk kita melakukan tugas-tugas kita seharian. Sebabnya ada orang yang juga diberi masa tetapi tidak pernah cukup masanya.. Adakah kerana masa dia kurang dari 24 jam atau apakah sebenarnya?? Tepuk dada, tanya iman.

Berbalik kepada perkara tajuk, mengapa enty ini saya tulis? Saya tulis sebab minggu ini seperti biasa akan ada amali. Dua amali pula tue, Teknologi Farmaseutikal 2 dan Analisis Farmaseutikal 1. Hari yang sama setiap minggu, rabu dan jumaat. Saje nak berkongsi kisah di makmal, hehe. Sebab minggu ini lain dari minggu-minggu sebelumnya. Rasanya ayat ini telah saya tulis di awal- awal perenggan. Tapi tak kisahlah, saya suka pula dengan ayat ini memandangkan minggu ini adalah minggu terbaik setakat ini.

Hari rabu, amali di makmal kawalan kualiti untuk kursus Teknologi Farmaseutikal 2. Pensyarah adalah Dr Fern.. Tajuk amali adalah to evaluate the effect of different ingredients towards the characterictics to formulate emulsion. Tajuknya bahasa inggeris la pula, hehe. Secara mudahnya, kami membuat emulsi. Group seperti biasa, saya, fina, enink tapi sayang far pula tak dapat datang. Tapi mujur diganti oleh Yash. Macam main masak-masak kalau masuk makmal ini sebab guna pastle and mortar, main tumbuk-tumbuk.

Untuk pertama kalinya, group 4 (my group) and 1 (kalau saya tak silap) siap awal dari kumpulan-kumpulan lain. Kata seorang kawan saya, Aridz, "belajar dari pengalaman." Saya hanya berkata betul sambil tersenyum puas. Iya kita perlu belajar dari pengalaman agar kita tidak mengulangi kesilapan lalu. Kesilapan lalu bukanlah besar sangat tapi memang betullah, integrasi antara kaum tidak boleh diterima. Tidak perlulah saya ceritakan di sini. Biarlah ia menjadi memori buat kami yang beragama Islam (kumpulan A). Allah berfiman dalam surah al-Anfal ayat 63, "dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Mahabijaksana."


Campuran minyak mineral, air suling, Span 20 dan Tween 80


Campuran minyak mineral, air suling, Span 20 dan Tween 80 (dititiskan Sudan solution III)

Emulsi yang telah diemparkan (centrifuge)

Dalam bahasa inggeris, an emulsion is a mixture of two immiscible liquids. One liquid (the dispersed phase) is dispersed in the other (the continuous phase). Group kami kena menggunakan minyak mineral (turpentine oil) untuk menyediakan campuran antara air suling dan minyak mineral serta Span 20 and Tween 80 (both are non-ionic surfactants). Lepas itu, kena titiskan larutan Sudan III as a dye, red colour (pertama kali saya tengok). Dalam amali kali ini, kami masih juga menggunakan viscometer dan homogenizer seperti minggu lalu. Cuma kali ini ada menggunakan vortex vibrator. Seterusnya, kena buat formulasi Emulsi Minyak Mineral (tak bestnya dalam malay) menggunakan cara gum (gum method).

Hari jumaat (semalam), amali di makmal kimia, aras 2 untuk kursus Analisis Farmaseutikal 1. Pensyarah adalah Prof Bukhari. Tajuk amali adalah ujian had (Limit tests). Ada 3 eksperimen kena buat. Eksperimen 1( ujian had untuk logam berat ),2 (determination of Loss on Drying) dan 3 (determination of Light-absorbing impurities). Eksperimen 2 ambil masa 2 jam (fuhh, lame betul nak kena tunggu) tapi eksperimen ini JC dengan Ah Hang yang buat. Saya, nani, stephanie dan seorang lagi pelajar cina (maaf, lupa nama) buat eksperimen 1 dan 3. Sekejap je dah siap. Tapi saya belajar lagi benda dan mesin baru iaitu ultra sonic (ingatkan water bath sebab sebiji je rupanya) and cara menggunakan mesin penyerap cahaya dengan betul. Agar selepas ini kesilapan lalu tidak berulang.


Mesin ultra sonik (macam water bath kan)


Keadaan kelas di waktu petang itu

Petangnya ada workshop antiinfektif, Dr Hesham. Kelas start pukul 2.45 petang. Yang peliknya, kelas boleh penuh sampai ke belakang, macam tak percaya je sebab sebelum ini tak pernah. Budak-budak ini ber'multiply' ke, menggandakah mereka?? Bukannya apa, kami yang selalu cop-cop tempat untuk duduk depan terpaksa duduk di barisan paling belakang. Tapi tak apalah juga sebab dapat pengalaman duduk belakang (hehe).

Ada presentation power point and poster about cancer and HIV/AIDS. Dalam fikiran saya "hebatnya budak-budak ini reka poster." Bukannya apa, ingatkan guna kertas macam manila kad tue je tapi haaa tengok jadi lain.. hebat betul. Rasanya macam sesuai sangat dipanggil bukan poster sebab macam banting je saya tengok even my group (immunosuppressant). Mula-mula nak buat poster, alih-alih jadi banting sebab besarnya 4x3 kaki (siapakah perekanya?huhu). Setelah melihat hasilnya, ini membuktikan bahawa my coursemates ramai yang pandai menggunakan adobe photoshop. So, congratulations to Aridz (HIV/AIDS group), Ida Lee (Immnunostimulant), wm (Immunosuppressant) dan siapa sahaja yang merekanya yang tidak dinyatakan di sini sebab saya tidak tahu (maaf ya).

Sekadar berkongsi kisah.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat