Mencontohi dan Mencintai Teladan Terbaik

Tugasan yang perlu kusiapkan telah selesai.. Maaf kak, lewat sehari dari due date.. Harap menepati syarat-syarat yang dikehendaki.. Baru hendak belajar menulis untuk bacaan umum umat.. "No technique how to be a good writer, just have to be hardworking to write. Practise makes perfect. That's all.."

Rabiul Awal kembali menemui kita. Bulan ini pastinya menggamit memori kita kepada sambutan Maulidur Rasul yang amat tipikal kepada rakyat Malaysia. Iklan ceramah-ceramah agama dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan bersempena dengan ulangtahun kelahiran Rasul terakhir ini telah mula kelihatan samada di televisyen, media cetak, internet, kain rentang dan lain-lain. Tiba hari yang ditunggu, yang merupakan cuti umum, gema selawat ke atas Nabi, marhaban dan qasidah yang memuji-muji junjungan besar Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mula kedengaran dan perarakan warna-warni kelihatan di mana-mana. Selepas itu, ceramah yang menceritakan sedutan perjalanan hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam selepas kelahiran dan zaman kanak-kanak baginda mula berputar, sama seperti tahun-tahun yang lalu.

“Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyeru rakyat supaya menghayati sejarah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang meletakkan kepentingan kesatuan dan perpaduan di kalangan manusia sebagai asas kecemerlangan dan pemangkin khaira ummah (umat yang berkualiti dan baik).”

“Masyarakat Islam perlu menghayati makna di sebalik sambutan Maulidur Rasul dan sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini. Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, renungan dan peringatan zahir sahaja tidak memadai jika tiada pengisian penting dan penghayatan untuk mentafsirkannya dalam bentuk akidah dan amalan."

Dua petikan berita tersebut dipetik dari utusanonline. Daripada yang disampaikan oleh penulis, jelas bahawa Rasulullah saw mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati kaum Muslim. Betapa tidak, Rasulullah saw telah menyelamatkan umat manusia dari kehancurannya dengan membawa risalah dari Allah SWT. Dengan risalah yang diperjuangkan, dibawa dan diterapkan oleh Rasulullah saw, Islam hadir di tengah-tengah manusia.

Peringatan Maulidur Rasul yang dilakukan oleh sebagian umat Islam tentu memiliki tujuan. Di antaranya yang terpenting adalah untuk terus menyuburkan sekaligus memelihara kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad saw.

Mencintai Nabi saw. adalah kewajiban. Sebaliknya, jika tidak mencintai Beliau apalagi jika membenci Beliau adalah sebuah kemaksiatan. Allah SWT telah meletakkan kecintaan kepada Nabi saw. dengan kecintaan kepada-Nya. Allah SWT telah mencela orang yang mencintai sesuatu melebihi kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya.

Seperti di dalam firman-Nya :

Katakanlah"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan rugi, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azabNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (QS at-Taubah [9]:24)

Allah SWT juga berfirman:

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ

Nabi itu (hendaklah) lebih diutamakan oleh orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. (QS al-Ahzab [33]: 6).

Firman Allah tersebut merupakan dalil bahawa seorang Muslim wajib meletakkan kecintaan kepada Allah SWT dan RasulNya pada urutan teratas. Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya ini menjadi ukuran keimanan seorang Muslim.

Cinta kepada Baginda Nabi saw. tentu tidak boleh sekadar percakapan kerana ia harus diwujudkan dalam perlakuan kita seharian. Apa dan bagaimana mewujudkan kecintaan hakiki kepada Baginda Nabi saw.? Tidak lain dengan cara meneladaninya. Allah SWT telah memerintahkan hal ini dalam firman-Nya:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian. (QS al-Ahzab [33]: 21).

Allah pun telah mengaitkan upaya meneladani dan mengikuti Rasul saw. sebagai bukti kecintaan kepada-Nya:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ

Katakanlah (Muhammad), “Jika kalian mencintai Allah maka ikutilah aku nsicaya Allah akan mencintai kalian.” (QS. Ali-Imran [3]: 31).

Rasulullah saw bersabda:

Tidak beriman seorang hamba hingga aku lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia lainnya. (HR Muttafaq ‘alaih).

Mewujudkan Kecintaan Hakiki kepada Rasulullah saw.

Mewujudkan kecintaan hakiki kepada Rasulullah saw. dapat diperincikan sebagai berikut:

Pertama: untuk mentauhidkan Allah. Ini kerana para rasul diutus, termasuk Rasulullah saw. adalah untuk menyeru manusia pada tauhid yang murni dan menentang syirik (Lihat: QS an-Nahl [16]: 36).

Kedua: untuk mempelajari, memahami dan mengamalkan al-Quran yang Beliau bawa sebagai petunjuk dan rahmat bagi umat manusia (Lihat: QS an-Nahl [16]: 89). Dalam hal ini, Ibnu Mas’ud pernah berkata, “Janganlah seseorang meminta untuk dirinya kecuali al-Quran. Jika dia mencintai al-Quran berarti dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.”

Ketiga: untuk meneladani segala ucapan dan perbuatan Nabi saw. (Lihat: QS al-Ahzab [33]: 21).

Keempat: untuk mencintai mereka yang dicintai Nabi saw. (seperti isteri-isterinya, keluarga dan sahabatnya, serta seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajarannya) serta membenci orang yang dibenci Beliau (seperti orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan kaum Muslim).

Kelima: untuk membela Nabi saw. dari serangan orang-orang kafir dan munafik, sebagaimana akhir-akhir ini semakin terang-terangan dilakukan oleh mereka.

Keenam: untuk menaati semua perintah Nabi saw. dan menjauhi larangan Beliau:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا

Apa yang Rasul perintahkan kjepada kalian, terimalah; apa yang Beliau larang atas kalian, tinggalkanlah. (QS al-Hasyr [59]: 7).

Ketujuh: untuk mengemban risalah Beliau iaitu mendakwahkan syariah yang Beliau bawa. Allah SWT berfirman:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan al-khayr (Islam) serta melakukan amar makruf nahi mungkar. (QS Ali Imran [3]: 103).

Itulah di antara kewujudan kecintaan kita kepada Rasulullah saw.

Khatimah

Sesungguhnya peringatan Maulidur Rasul bukan sekadar kegiatan keagamaan dan acara tahunan yang akan berlalu begitu saja tanpa memberikan perubahan sosial dan politik kepada umat Islam. Momentum peringatan Maulidur Rasul hendaklah memberikan bekas dan pengaruh yang nyata dalam memperbaiki masyarakat menuju umat terbaik (khaira ummah), sebagaimana firman Allah:

Demi sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (QS al-Ahzab [33]: 21)

Hanya dengan itulah umat Islam dapat meraih kembali kemuliaannya yang hakiki, yang hakikatnya memang hanya milik mereka. Maha Benar Allah Yang berfirman

وَِللهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ

Kemuliaan itu hanyalah milik Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang Mukmin. (QS al-Munafiqun [63]: 8).

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat