Penyelesaian kepada Liberalisasi Ekonomi yang Dicanang-canangkan

Anda mesti baca ini dulu untuk memudahkan pemahaman anda tentang isu ini.

- Facts and figures of Capitalism and it's alternative [mesti klik]
- Visi Malaysia Baru : Menjelang Wawasan 2019 [klik kalau nak tahu realiti di Malaysia]
- Suatu MITOS : Liberalisasi Ekonomi Harus Diterapkan Untuk Maju [sila klik]

Setelah anda membaca realiti dan meneliti akan liberalisasi ekonomi, apakah pandangan anda? Apakah penyelesaian yang sewajarnya? Adakah menukar kepada sistem ekonomi Islam? atau bagaimana?

Mari kita lihat satu persatu bagaimana Islam menyelesaikan masalah dasar ekonomi liberal ini.

(1) Persoalan ekonomi: pengagihan atau penghasilan?

Para pemilik ekonomi kapitalis (liberal) percaya bahawa persoalan ekonomi terletak pada masalah penghasilan. Maksudnya, persoalan ekonomi terletak pada tidak terbatasnya keinginan manusia, sementara sumberdaya yang diperlukan untuk memenuhinya terbatas. Maka, untuk menghilangkan jurang ini mesti dengan peningkatan penghasilan. Sebab itu, kiraan angka rata-rata statistik seperti GDP (Gros domestik product) dan GNP (gross national product) adalah persoalan penting; tanpa melihat orang-perorang, apakah mereka sejahtera atau tidak.

Sebaliknya di dalam Islam, persoalan ekonomi terletak pada masalah pengagihan kekayaan. Sebenarnya terdapat sumber-sumber yang cukup untuk menyediakan keperluan-keperluan asas 6 bilion penduduk dunia. Masalahnya adalah pada pengagihan. Pengagihan yang tidak betul inilah telah menyebabkan terjadinya jurang yang luar biasa antara negara maju dan Dunia Ketiga (yang majoritinya adalah negeri-negeri umat Islam).

Sejak 1994-1998, nilai kekayaan bersih 200 orang terkaya di dunia bertambah dari 40 bilion USD menjadi lebih dari 1 trilun USD; aset tiga orang terkaya di dunia lebih besar dari KNK 48 negara mundur; 1/5 orang terkaya di dunia menggunakan 86% semua barang dan khidmat; 1/5 orang termiskin dunia hanya menggunakan kurang dari 1% saja (The United Nations Human Development Report, 1999).

Di sinilah peranan negara wajib melakukan pengagihan kekayaan ini dengan mekanisme tertentu yang sesuai dengan syariat Islam sehingga setiap orang terpenuhi keperluan asasnya.

(2) Peranan negara: perlu atau tidak?

Konsekuensi dari keyakinan tentang persoalan ekonomi di atas, pengamal ekonomi liberal percaya bahawa pertumbuhan ekonomi dicapai sebagai hasil normal dari persaingan bebas. Harga komoditt dan khidmat selanjutnya menjadi penunjuk apakah sumberdaya telah habis atau masih banyak. Jika harga murah bererti persediaan memadai. Sebaliknya, jika harga mahal bererti produknya mulai surut. Dalam keadaan harga tinggi, orang akan menanamkan modal ke sana. Oleh sebab itu, harga menjadi tanda apa yang dihasilkan. Itulah alasannya, mengapa negara tidak perlu campur tangan; serahkan saja pada mekanisme dan hukum pasar untuk berkerja.

Namun di dalam Islam negara memiliki peranan yang sangat penting untuk memenuhi keperluan pakaian, makanan, dan perumahan rakyatnya; termasuk pelayanan seperti kesihatan, pendidikan, dan jaminan keamanan. Ini merupakan policy mendasar ekonomi Islam.

Di samping itu negara (Daulah Khilafah Islam) harus berperanan untuk menjamin pengagihan kekayaan berdasarkan syariah seperti: memungut dan membahagikan zakat; melarang penimbunan kekayaan, pelaburan pada bank ribawi untuk mendapatkan keuntungan dari bunga, penimbunan emas dan perak, penimbunan barang yang mengancam kewajaran harga pasar, pemilikan harta milik umum oleh individu/swasta, dsb.

Negara juga bertanggung jawab untuk mengelola kepemilikan umum (milkiyah ‘amah) untuk kepentingan rakyat jelata, memanfaatkan sumber-sumber pendapatan negara untuk rakyat, menciptakan situasi perekonomian yang kondusif seperti peluang pekerjaan dan kemampuan yang tinggi dari para pekerja (profesionalism).


(3) Subsidi bagi rakyat: penting atau tidak?

Menurut ekonom liberal, subsidi adalah racun bagi rakyat. Kerana itu subsidi mesti dihapuskan. Alasannya, selain bertentangan dengan prinsip menjauhkan campur tangan negara dalam perekonomian, subsidi juga bertentangan dengan prinsip pasaran bebas. Ini pula alasan mengapa dalam dasar ekonomi neo-liberal mesti ada penswastaan perusahaan yang dikelola negara agar tidak menghalangi terjadinya persaingan bebas dalam pasaran bebas.

Sebaliknya di dalam Islam, kerana prinsip politik ekonominya adalah menjamin keperluan  asas setiap individu rakyat, adalah wajar bahkan wajib negara memberikan bantuan sekiranya memang ada rakyat yang tidak terpenuhi keperluan asasnya. Adalah menjadi tanggung jawab negara juga menyediakan fasiliti keperluan kolektif masyarakat yang utama seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan awam, dan keamanan secara murah. Apalagi biaya untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut memang milik rakyat (milkiyah ‘âmah) dan digunakan untuk kepentingan rakyat.

Terbukti pula bahawa penghapusan subsidi dalam polisi ekonomi liberal telah mengsengsarakan rakyat. Keperluan asas rakyat pun terbaikan. Beban mereka semakin berat akibat negara lepas tangan dalam masalah pendidikan, pendidikan, dan kesihatan yang mahal akibat diserahkan ke mekanisme pasar (penswastaan).


(4) Pasaran bebas atau tidak?

Dalam pandangan neo-liberal harus ada liberalisasi perdagangan dalam bentuk pasaran bebas. Agenda utama liberalisasi perdagangan adalah penghapusan hambatan non-tarif (proteksi) dan penurunan tarif perdagangan dalam transaksi perdagangan internasional. Tujuannya menurut ekenomi liberal, untuk memacu semakin meningkatnya jumlah perdagangan antarabangsa di seluruh dunia. Mereka berharap, kalau jumlahnya bertambah akan menjadi motor penggerak bagi percepatan pertumbuhan ekonomi dunia yang berterusan (Kruman dan Obstfeld, Ekonomi Internasional: Teori dan Kebijakan, 2002).

Persoalannya, persaingan ini tidak seimbang. Dengan perbezaan struktur, perkembangan ekonomi, dan kemampuan sains dan teknologi, negara miskin tidak akan mampu bersaing melawan negara maju. Yang terjadi adalah dominasi negara-negara maju dalam perdagangan dunia yang membuat mereka semakin untung; negara miskin hanya menjadi objek dalam pasaran bebas ini. Celakanya lagi, sektor-sektor industri yang selama ini menjadi tumpuan masyarakat seperti pertanian dan sektor informal dikaut habis akibat ketidakseimbangan persaingan ini. Tanah pertanian mereka pun digusur menjadi industri pemilik modal besar.

Apalagi kalau perusahan-perusahan transnasional ini memasuki industri yang sebenarnya termasuk dalam kategori milik umum (milkiyah âamah) seperti minyak, air, atau emas; pastilah negara mundur akan kalah bersaing. Akibatnya, lewat keunggulan modal dan teknologi, kekayaan alam negara-negara mudur itu disedut habis oleh negara maju. Perdagangan bebas dan pelaburan asing menjadi senjatanya. Negara mundur pun semakin termiskinkan. Mereka menjadi kuli di tanah air mereka sendiri.

Dalam Islam sendiri, dibezakan antara perdagangan dalam negeri dan luar negeri.

Perdagangan dalam negeri berkaitan dengan aktiviti antara rakyat (warga) negara Daulah Khilafah sendiri. Aktiviti ini tidak perlu campur tangan negara. Tetapi aktiviti ini tetap memerlukan pengarahan secara umum agar setiap individu yang melakukan perdagangan terikat pada hukum syariat dalam jual-belinya; termasuk memberikan sanksi terhadap pihak-pihak yang melanggar. (Taqiyuddin an-Nabhani, Membangun Ekonomi Alternatif Persfektif Islam, hlm. 325). Berkaitan dengan perdagangan dalam negeri ini negara tidak boleh menentukan harga (kawalan harga seperti gula, beras dsb) tertentu untuk barang, apapun alasannya. Harga barang diserahkan kepada pasar.

Adapun perdagangan luar negeri adalah aktiviti jual-beli yang berlangsung antara bangsa dan umat. Oleh kerana itu, negara akan campur tangan. Hubungan-hubungan antarabangsa seperti ini harus tunduk pada kekuasaan negara; negaralah yang mengatur dan mengarahkan perdagangan tersebut secara langsung. Islam dalam konteks ini menolak perdagangan bebas. Negara Khilafah Islam akan melarang dikeluarkannya beberapa komoditi dan membolehkan komiditi lain sesuai dengan pertimbangan syariat. Negara Khilafah tentu saja akan melarang warganya yang menjual senjata kepada pasukan musuh. Negara juga tidak membolehkan pihak asing untuk melakukan pelaburan untuk menguasai sektor-sektor yang berhubungan dengan pemilikan umum, seperti minyak dan emas. Perusahan-perusahan multinasional tidak akan dibolehkan memanfaatkan apalagi memiliki sumber-sumber alam negara Khilafah.

Negara juga akan campur tangan dalam pelaku perniagaan kafir harbi atau mu’âhad. Sebab, prinsip yang diambil oleh negara Khilafah dalam aktiviti perdagangan ini adalah prinsip asal-muasal (kewarganegaraan) pedagangnya, bukan asal-muasal komoditinya. Dalam hal ini, Negara Khilafah tidak akan mengadakan hubungan dagang dengan negara-negara yang memerangi kaum Muslim secara langsung (muhariban fi’lan) seperti AS, Inggeris, dan Israel. Intervensi negara tersebut bukan sebatas kepentingan ekonomi, tetapi juga untuk tujuan-tujuan politik sekaligus mengemban dakwah.

Negara Khilafah pada prinsipnya akan menolak setiap perdagangan yang akan memberikan jalan bagi pihak luar untuk menguasai dan mendominasi negara seperti yang terjadi sekarang ini. Setiap warga negara berkewajiban mengamankan negara sehingga tidak bergantung pada produk-produk asing yang mengancam kemandirian negara. Warganegara didorong untuk memperkuat dan memanfaatkan produk tempatan serta mendorong eksport. Dalam hal ini, negara boleh memproteksi pasar dalam negeri dari masuknya barang-barang yang akan mengancam industri dalam negeri seperti dalam bidang pertanian. 


(5) Dasar Penswastaan

Dasar penswastaan sesungguhnya menjadi agenda utama dasar ekonomi liberal. Tentu saja hal ini menyebabkan pengeksploitasian kekayaan negara yang seharusnya digunakan untuk rakyat oleh perusahaan swasta, terutama transnasional. Kekayaan yang seharusnya boleh digunakan untuk kesejahteraan rakyat, memenuhi keperluanan asas rakyat, pendidikan dan kesihatan jatuh ke individu-individu.

Di dalam Islam, aset (harta benda awam) ini dapat digolongkan kepada tiga kategori:-

(1) Keperluan awam (public utilities), yang mana masyarakat adalah bergantung kepadanya di dalam kehidupan;

(2) Aset atau sumber alam yang sifat (semula jadi) kejadiannya tidak membolehkan ia dimiliki oleh individu secara perseorangan (contohnya sungai, tasik, laut, terusan, jalan raya, tempat letak kereta awam, masjid, musolla, Mina, Arafah, Muzdalifah dan seumpamanya); dan

(3) Bahan galian atau mineral yang banyak atau berlebih-lebihan yang tidak putus (contohnya petroleum, gas, emas, bijih timah dan yang seumpamanya)

Semua yang termasuk dalam kepemilikan umum tidak boleh dimiliki oleh individu atau swasta (seperti perusahan multi nasional) dan bukan pula milik negara. Negara hanya mengelolanya saja; hasil pendapatannya diserahkan ke Baitul Mal yang digunakan untuk kepentingan rakyat. Jadi, bisa kita bayangkan, betapa banyaknya sumber kas Baitul Mal.

Agenda ke Depan

Dasar ekonomi Islam di atas harus dijalankan secara komprehensif. Kerana itu, agenda umat Islam ke depan adalah membangun sistem politik untuk itu, iaitu Daulah Khilafah Islam.  Wallahualam.

Selamatkan Wanita Dengan Syariah by Muslimah HTM

Tayangan video di Seminar Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia.





Kempen 
Selamatkan Wanita dengan Syariah
by MHTM

Obama: Pembohong besar yang masih dipercayai oleh pemimpin negara umat Islam

Dunia Islam belum yakin dengan Obama

KAHERAH: Setahun selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyampaikan ucapan bersejarah kepada dunia Islam, mesej perdamaian yang dinyatakan beliau terus dikaburi pandangan bahawa sokongan negaranya kepada Israel tidak akan berubah.

Di sebalik pertelagahan berprofil tinggi dengan Israel mengenai pembinaan penempatan Yahudi, Obama tidak bersedia atau tidak mampu menggugat persepsi sokongan padunya untuk Israel, kata penganalisis.

Hakikat ini terbukti dengan reaksi berhati-hati yang ditunjukkan Washington dalam peristiwa serangan ke atas misi bantuan ke Gaza, Ahad lalu.

“Sikap Amerika mengesahkan kepada dunia Arab bahawa Obama tidak berupaya menukar dasar Amerika di wilayah itu secara dramatik.

“Wujud dua pendapat di dalam perkara ini. Pertama, Obama mungkin jujur dan akan menunaikan janjinya ketika berucap di Kaherah, bagaimanapun pada masa yang sama beliau berpandangan cetek. Reaksi yang ditunjukkan pentadbiran Obama dalam perkara ini menyerlahkan hakikat bahawa kedudukan beliau hanyalah satu retorik,” kata penganalisis dari Pusat Kajian Politik dan Strategi Ahram, Imad Gad.

Ketua Pemerhati Negara Arab yang beribu pejabat di Paris, Antoine Basbous, berkata keadaan ini menjadikan Washington kelihatan tidak ubah seperti ‘bapa pembaptisan antarabangsa’ bagi Israel, di sebalik langkah pentadbiran Obama untuk mengurangkan ketegangan dalam hubungan dengan negara Islam.

Ia termasuk keputusan menggugurkan terma ‘perang ke atas keganasan’ dan sokongan Washington ke atas perjanjian pencegahan kuasa nuklear yang tidak memasukkan dan tidak mengisytiharkan senjata nuklear Israel. – AFP

Sumber:  Berita Harian 04/06/10

Pembohong besar yang masih dipercayai oleh pemimpin negara umat Islam

Ucapan Obama di Kaherah satu ketika dahulu adalah hakikatnya satu pembohongan besar, setelah kita boleh memperhatikan perkara-perkara berikut:

i). Tidak ada usaha untuk membebaskan tahanan Guantanamo yang masih perlu dibuktikan bahawa mereka terlibat di dalam keganasan dan menutup penjara tersebut.

ii). Penambahan operasi ketenteraan di wilayah Pakistan dengan memberikan dana besar kepada tentera Pakistan untuk memerangi umat Islam yang telah mengakibatkan berjuta-juta menjadi pelarian di lembah SWAT.

iii). Membuat pengeboman menggunakan pesawat kendalian jauh (drone) dengan alasan untuk memerangi Taliban di sempadan Pakistan dan Afghanistan tetapi telah mengakibatkan beratus-ratus orang awam terbunuh.

iv). Dengan kerjasama tentera NATO, ratusan orang awam terkorban di Afghanistan, dengan alasan memerangi Taliban.

v). Masih menyokong Israel dan dalam ucapannya selalu menyatakan komitmennya terhadap keselamatan dan
keamanan rantau tersebut, namun menutup sebelah mata banyak konflik di sana, seperti konflik penempatan haram Yahudi di wilayah yang diduduki oleh Israel.

Telah nyata sekali pembohongan Obama, namun para pemimpin negara umat Islam masih mempercayai janji-janji palsunya dan terus sanggup menjemputnya melawat negara masing-masing dan melayannya seperti sahabat akrab. Rujuk Sautun Nahdhah edisi 213 keluaran 26 Mac 2010, sempena lawatan rasmi Obama ke Indonesia.

www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2042-sn213-hukum-menyambut-tetamu-kafir-penjajah
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat