Terima kasih kepada 'ibu saudara' saya yang sudi membantu memahamkan saya. Alhamdulillah, hasil pembacaan saya selama lebih kurang 2 minggu, saya semakin memahami ekonomi. Terutamanya Liberalisasi Ekonomi.
Pernah tak terlintas di fikiran anda apa yang dikatakan liberalisasi ekonomi? Liberalisasi ekonomi sentiasa bermain di fikiran saya dari dulu lagi sehingga saya menemui jawapannya sebelum Ahad lalu.
Benarkah liberalisasi ekonomi yang dicanang-canangkan oleh Barat memberi kebaikan? Benarkah liberalisasi ekonomi yang diwar-warkan oleh Barat mesti diterapkan untuk sesebuah negara membangun itu maju? dan benarkah negara-negara maju seperti Amerika dan Britain maju dengan liberalisasi ekonomi? Mari kita teliti beberapa fakta yang akan saya utarakan di sini.
Saya ada bertanya kepada seorang teman. "Apakah pandangan N** tentang negara maju?" Jawapan daripadanya, "negara maju mestilah mempunyai pemikirannya maju, maju dari segi sains dan teknologi serta kaya." Kalau pandangan anda pula bagaimana? Saya rasa jawapanya lebih kurang sama kan? hehehe
Melalui pembacaan dan pemahaman saya, negara maju didefinisikan sebagai negara yang mempunyai tahap pembangunan yang tinggi dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), industrialisasi (dalam sektor industri ke-3 dan ke-4) serta Indeks Pembagunan Manusia (Human Development Index). Untuk lebih lanjut, anda boleh rujuk sini, Developed country.
Bank Dunia menggunapakai Keluaran Negara Kasar (KNK) atau GNP per kapita sebagai ukuran utama untuk mengklasifikasikan sesebuah ekonomi.
Ada pihak yang menggunakan terma ini to categorize countries with developed economies in which the tertiary and quaternary sectors of the industry dominate. Mana-mana negara yang tidak menepati definisi ini dirujuk sebagai negara membangun atau developing countries.
UNDP pula menggunapakai Human Developemnt Index (HDI) untuk mengukur tahap pembangunan manusia di sesebuah negara. HDI menyatukan ukuran jangka hayat, literasi, penyertaan sekolah dan GDP per kapita ke dalam satu indeks bagi mengukur pembangunan manusia antara negara secara relatif. Negara yang mendapat skor HDI sebanyak 0.8 dan ke atas dianggap sebagai negara maju.
Kalau dikaji HDI - Human Development Index, ia lebih menumpukan pembangunan insan kepada golongan yang berkemampuan dan berkelayakan sahaja. Jadi, bagi mereka atau negara yang miskin, ukurannya adalah melalui Indeks Kemiskinan Manusia. Di manakah keadilan pembangunan itu?
Mengapa saya maklumkan tentang negara maju dan negara miskin? Ini kerana keduanya ada kaitan dengan liberalisasi ekonomi. Anda juga boleh baca dengan lebih lanjut di sini, Economic liberalization. Pelaksanaannya lebih kepada penswastaan secara penuh dan juga pasaran terbuka. Jadi, mengapa negara-negara maju melakukan liberalisasi ekonomi? Jawapannya sebab mereka ingin kekal bersaing secara global. Bagaimana dengan negara 1Malaysia? Iya, negara 1Malaysia juga tidak terkecuali.
Pandangan Tun Dr Mahathir Mohammad tentang wawasan 2020 menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpandangan jauh. Kerana beliau mempunyai matlamat untuk menjadikan 1Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.
Maka, 1Malaysia juga telah meliberalisasikan ekonominya. Perubahan besar yang dilakukan oleh PM 1Malaysia, Najib Razak dalam meliberalisasikan ekonomi 1Malaysia, menyebabkan perusahaan asing mudah untuk membeli property di 1Malaysia.
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Humm..menarik! Teruskan update pasal liberalisasi ekonomi ni..hehe.
ReplyDeleteSebab masa semester lepas ada ambik subjek economics..tu yg ada minat2 sket tu ^^
liberalisasi ekonomi, kalau ada resources tentang perkara ini bolehlah kongsi-kongsi.
ReplyDeleteLiberalisasi ekonomi ni dari pandangan saya adalah satu wadah untuk bagi kelabu mata rakyat marhaen. Kalau tengok negara dalam dunia sekarang, ada yang negara maju. Nuclear power. Bangunan tinggi berlambak-lambak. Tapi US paling banyak debt. UK second highest in debt. European countries juga banyak debt. Tak terkecuali malaysia. External debt kita semua yang bertaut pada ekonomi kapitalis ni banyak dan yang peliknya, debt ini semakin bertambah. Tidak berkurangan. Mungkin kdnk menaik, pelaburan menaik dan segala. Tetapi external debt sentiasa bertambah. Kenapa? Kapitalis ini adalah sistem yang bergerak berteraskan hutang. Macam mana America yang rank external debt terbanyak dunia pada waktu Bush perintah boleh umumkan injuksi 700 billion usd pada sektor perbankan US yang hampir lumpuh beberapa tahun lepas? Kalau berhutang, mesti ada pemiutang. Negara lain berhutang dengan US, US berhutang dengan siapa?
Transaksi international trade guna dalam bentuk dollar. Dollar ini dicetak oleh US. Dollar yang dicetak ini, bertaut pada nilai apa? Bretton woods agreement dulu menunjukkan dollar pada waktu tu bertaut pada nilai emas. antara bahan galian yang stabil harganya. Tapi sampai satu tahap, amerika telah umumkan dollar bukan bertaut pada emas. Maka manakah nilai dollar? Nilai dollar diandaikan seperti floating money yang bergantung pada belian dan jualan matawang dollar. begitu juga currency lain bertaut pada nilai belian dan jualan currency itu tetapi pada masa sama juga bertaut pada nilai dollar kerana international trade sudah diwajibkan dijalankan dengan menggunakan dollar amerika. Maka boleh dikatakan belian dan jualan menggunakan wang ringgit ini adalah satu penipuan pasal wang kertas kita tak bertaut pada apa-apa yang ada intrinsic value. tetapi pasti ada sesuatu yang pegang nilai dollar. soalnya siapa? dan adalah amat risky kerana nilainya berkemungkinan jatuh dan naik bergantung kepada 'sesuatu'' yang memegang kuasa menentukan nilai ini.
Betulkan saya jika salah tapi dapat info ini semua daripada pembacaan dan video-video.