Asyik tertunggak je nak kongsi award di sini. Maaf ye dik.
Agak terkejutlah juga sebab dapat award nih. Belog akak nih biasa-biasa je dik. Takde pape pun yang cantik. Tapi insyaAllah, isinya bermanfaat untuk disajikan. Alhamdulillah, sebab ada jugak adik-adik manis seperti dik Shiqa yang sudi memberi award nih. Namanya pun seakan-akan my cousin.
Ada beberapa soalan yang perlu dijawab. So ini jawapan saya kepada yang sudi membaca dan menyinggah.
1) Berikan nickname untuk saya
- Di alam maya, saya dikenali dengan Wanita Mustanir. Pembabitan saya di alam maya bermula dengan belog ini selain laman-laman sosial seperti friendster dan FB.
2) Ucapan pemberi award
- Thanks sebab sampai jugak ke belog akak. Shiqa baru je singgah dan BW dah bagi award tentang belog akak yang tak seberapa nih. Agaknya memang cantik kot biru dengan akak di mata adik ye. Hee
3) 6 fav artis/group yang kowang minat
- Biarlah rahsia.. Opsss.. Sebenarnya lebih suka mendengar lagu-lagu daripada meminati penyanyi itu sendiri. Sebab lagu yang dinyanyikan oleh seseorang penyanyi bisa berubah-ubah. Jadi, menggemari lagu adalah lebih baik daripada penyanyi itu. ;)
4) Tag Award Ini Kepada 10 Blogger/Follower...
Maaf ye, macam tak sempat nak BW. Tak dapat nak tag. Tapi kalau rasa belognya cantik dan cute miut, boleh je nak ambil award nih. Saya sangat mengalu-alukan.
I'm done!
Tiada Sambutan, GA CLOSED! =(
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Walaupun hanya seorang peserta sahaja, saya tetap bersyukur.
Dengan beradanya hadiah utama di tangan saya semalam, saya mengumumkan WM's 2 Years GA is closed!
Saya akan siarkan luahan rasa pemenang tersebut pada entri yang akan datang. InsyaAllah.
MESTI BACA: Tudung Akhir Zaman
Nota :
Saya menerima emel ini daripada group. Untuk perkongsian bersama walaupun saya rasa mungkin dah ramai yang dah tahu. Tapi manusia itu kan sering terlupa. Maka, perkongsian tiru dan tampal ini adalah sebagai peringatan buat mereka yang lupa. InsyaAllah.Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(An-Nur:31).
Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini...
Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen
Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen. Bukan kerana ingin menutup aurat
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..
p/s: Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian. Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas. Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.
Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa (takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN.
Semoga kita sama-sama
sentiasa mengikuti perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT.
;)
Subscribe to:
Posts (Atom)



