WM's 2 Years Giveaway [UPDATED!]

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah. Hujan yang turun pagi Jumaat ini memberi rahmat kepada seisi alam bandaraya Kuala Lumpur. Nyaman dan damai sentiasa bertandang di rumah kolej kediaman kami. Alhamdulillah sekali lagi, hari nih genap 2 tahun usia .::Wanita Mustanir::.. Kalau seorang bayi, sudah tentu usia 2 tahun dah pandai berlari dan bercakap.

Sempena genapnya 2 tahun saya bersama sahabat baik saya ini, .::Wanita Mustanir::., saya dengan tulus ikhlas ingin membuat Giveaway kepada para follower, pembaca dan pengunjung .::Wanita Mustanir::..

Syarat-syaratnya.

[1] Buat entri bertajuk "WM's 2 Years Giveaway".

[2] Letakkan SATU gambar kanak-kanak comel (yang ada hubungan dengan anda) dan juga HEADER blog anda di dalam entri anda. Contoh gambar seperti di bawah. (kepada pembaca yang tidak mempunyai belog, sila letak 2 gambar kanak-kanak comel.)


[3] Tuliskan apa yang anda faham tentang "Apa itu KHILAFAH?". Huraian pemahaman mestilah tidak kurang daripada 5 patah perkataan. Sekiranya anda tidak pernah tahu atau tidak pernah mendengar tentangnya, sila jawab dengan sejujurnya.

[4] Buat sticky post untuk 5 hari sahaja dari tarikh anda sertai "WM's 2 Years Giveaway" dan letakkan gambar kanak-kanak comel di atas di sidebar blog anda serta link kan ke Giveaway ini.

[5] Giveaway bermula hari ini, 12.11.10 dan berakhir pada 29 Disember 2010 (Genap 46 tahun usia ummi pemilik blog .::Wanita Mustanir::. * Jomlah sertai beramai-ramai).

[6] Kepada yang SUDAH menyiapkan entri "WM's 2 Years Giveaway" sila maklumkan (berserta link blog, contoh :http://shirashafrida.blogspot.com/2010/11/wms-2-years-giveaway.html atau email anda) di ruangan komen yang disediakan.

[7] Kepada pembaca yang tidak mempunyai blog, anda bolehlah menghantar e-mail di mas88.angah[at]gmail.com.

[8] Seorang pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah oleh insan-insan tersayang saya. Jadi, sesiapa sahaja layak menjadi pemenang bertuah.

[9] Hadiah akan diberitahu kemudian mengikut keramaian peserta. InsyaAllah. (Walaupun hadiah utama telah menanti;) ).

Sekian, alhamdulillah.


Dah kalau suka, memang gambar dorang jelah saya letak. :D

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat