Kaji Selidik Atas Talian : Pendidikan Reproduktif

[Sticky entry] Please scroll down for the latest entry


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kami dari Bahrul Arifah ingin mendapatkan maklum balas dari anda semua berkenaan dengan isu pendidikan reproduktif di sekolah rendah. Ini adalah salah satu usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurangkan gejala pembuangan bayi. Oleh yg demikian, kami amat berbesar hati untuk mempelawa anda semua menjawab kaji selidik atas talian (online survey) berikut (sila klik pautan di bawah):



sila sertai ONLINE SURVEY kami.


Segala kerjasama anda amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. Mudah-mudahan dengan penyertaan anda semua akan membantu mengubah sistem yang sedia ada pada hari ini, samada dari segi sistem pendidikan, ekonomi, sosial, pemerintahan, hukuman dan sebagainya. Anda sebagai pelajar sudah barang tentu sedia maklum bagaimanakah realiti dan kesan dari membiarkan sistem sekular ini terus berkuasa.


Sekian wassalam.
Penanggungjawab BBA

[Gambar] Kanak-kanak Muslimah Adorable

Sebagai seorang muslimah, kita perlu cemerlang (mustanir) dalam menentukan pemakaian seorang muslimah menurut syarak. Di sini, saya paparkan ciri-ciri pemakaian seorang muslimah menurut syarak yang bermodelkan kanak-kanak pintar ini, InsyaAllah.


Apakah pengertian jilbab? Jilbab adalah pakaian yang sekeping lurus ke bawah hingga mata kaki (Arab: milhafah/mula`ah) yang dikenakan sebagai pakaian luar (di dalamnya masih ada pakaian rumah atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam) lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua kakinya.


Dalil wajib memakai jilbab adalah firman Allah: ‘Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.’ [Surah Al-Ahzab:59].


Penerangan lanjut, boleh taip kata kunci Aurat Wanita Menurut Syara' di widget 'Mari Cari Saya' di sudut atas belog ini. Sekian, terima kasih.

[Gambar] Unedited version of ILHAM with the Chocolate

First time, suruh ilham makan coklat 1 bar. Sungguh tak terkata Ilham apabila saya memberikan 1 bar coklat dan suruh dia makan. Mari mulakan aksi memakan coklat. Satu, dua mula.



Hurmm..


Tengok ke luar. Kerenung masa depan sambil makan coklat.. Menikmati keenakan coklat. Ececece.


Menjeling ke arah mama Shida.


Aksi kelakar yang sengaja dibuat-buat.. 
Beginilah Ilham yang sungguh mengada-ngada. ;P


Tidak terkata dengan keenakan coklat.


Mari kita mematahkan coklat menjadi dua kepingan. :D


Sedapnya.. 1 masuk mulut, 1 lagi pegang di tangan.


Sedap. Comot. Yeah..
Sekian.. ;)

Talian Panas!

Solat sambil lewa tak beri ketenangan

RASULULLAH bersabda yang bermasud: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman: "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amalnya yang lain." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Seorang mukmin sejati tidak cuai dalam melaksanakan ibadat solat fardu diwajibkan termasuk menjaga waktu, mematuhi tertib solat di samping mengerjakan ibadat sunat yang termampu olehnya.

Sesungguhnya jika solat dikerjakan dengan sempurna ia dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar sebaliknya mereka yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak dapat merasai ketenangan dan ketakwaan sebenar kepada Allah. Lantaran itu ramai tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun mengerjakan sembahyang, puasa dan amalan wajib lain.

Rebutlah peluang semasa hidup untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata: "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari."

Sumber : Berita Harian, 12/02/2010

Solat tiang agama. Namun ramai yang hanya membina tiang agama.

Solat merupakan tiang agama. Namun hakikatnya masih terlalu ramai umat Islam yang masih jahil dan ragu tentang solat. Ini satu aspek. Dari aspek lain, umat Islam jauh lebih jahil tentang Islam sebagai penyelesaian masalah kehidupan. Perbincangan mengenai Islam didominasi oleh isu-isu ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin dan beberapa perkara lain yang bersifat individu. Jarang sekali kita mendengar perbincangan yang terkait dengan isu kebangkitan umat. Persoalan tentang sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem uqubat, polisi pendidikan, polisi luar negeri, termasuk perbincangan tentang bagaimana menghukum seseorang yang tidak solat jarang sekali didengari umat.

Islam itu lengkap dan mampu menyelesaikan seluruh permasalahan manusia. Apa yang perlu ada adalah sistem pemerintahan Islam yang akan menyambung kembali kehidupan Islam dan memastikan bahawa setiap permasalahan hidup diselesaikan oleh Islam. Marilah kita bersama-sama dalam mengembalikan kehidupan Islam. Ini akan memastikan persoalan solat itu sendiri secara langsung akan mendarah daging di dalam umat. Ketika itu, anak kecil yang berumur 10 tahun akan tahu secara terperinci persoalan solat dan akan sentiasa menjaganya kerana kehidupan ketika itu dipenuhi dengan nuansa ketakwaan. Tambahan pula, hukuman menanti jika solat diabaikan,di dunia dan akhirat. Pada saat itu, penerapan hukum syara’ akan tetap terjaga di bawah pimpinan seorang khalifah yang amanah, bertakwa dan ikhlas. (sumber: MyK)

Genap 19 Tahun

14.3.2011

Petang hari yang penuh dengan gelak ketawa dan aksi-aksi yang mencuit hati. Bukan Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang ditonton, tapi lakonan-lakonan di luar persepsi Koordinator subjek. Sungguh, they're so talented, so I. Hihihi.

Sehingga saya hampir terlupa akan hari bersejarah buat insan tersayang. Awal pagi lagi sudah tergerak hati untuk mengirimkan sms tanda ingatan, tapi terlupa dek skrip yang perlu dihafal dan dilancarkan. Owh, sungguh tahap kelupaanku semakin menjadi-jadi. T_T

Deringan telefon berbunyi sayup di bilik ketika saya hanyut dibuai lagu-lagu manis. Nama 'Uda Maxis' tertera. "Alang called uda tanya nombor Maxis mu" "Ya Allah, terlupa nak call Alang." Mujurlah ada yang sudi mengingatkan saya kembali.

Lantas, nombor Alang didail. Panggilan diangkat. Tanpa memberi salam, saya terus mengucapkan "Selamat Hari Jadi......" "Dah lambat dah." Bunyi seakan merajuk. Hahaha (ketawa jahat). Tapi lelaki kan ego. Maka saya yang memulakan perbualan. Bertanya itu ini dan sebagainya. Katanya seakan merajuk walaupun dia tak cakap tapi saya tahu, "takde sorang pun ingat!" "Alaaa... orang bukan terlupa tapi tak ingat. Pagi ingat tapi sebab sibuk dengan presentation terus lupa. Mu nak apa?" "Tak payahlah." Macamlah saya nih tak tahu dia nak sebenarnya. Pepatah Melayu ada mengatakan, malu tetapi mahu. Iya, betul kan.

Apa yang pasti, kamilah pasangan yang kamching selalu. Sudah genap 19 tahun adik teruna saya ini. Masih teringat lagi ketika kami masih sama-sama menjadi kanak-kanak riang yang lasak. Owh, sungguhku rindu zaman kanak-kanak. Ingin diupload gambar si teruna ini, tapi laptop ini bukan milikku. Maka, tiadalah simpanan gambarnya di sini. Tapi ada gambarnya di entri hari jadinya tahun lepas. :P

Entri ini agak kelam kabut dan berunsur peribadi. AWAS!

Selamat Hari Lahir ke-19, Alang.

Semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi mujahid penjuang KHILAFAH.
Dan harapanku serta keluarga, semoga dikau mati syahid di mana ia adalah kemualiaan tertinggi. Amin..
Takbir!! Allahu Akbar!

Kau satu-satunya. Eh, bukan. Dua-duanya.

Saya kehilangan idea menulis sejak kebelakangan ini. Dan semakin ketandusan idea apabila saya lebih menggemari tidur. Owh, semakin lemah otak ini nak berfungsi. Okeyh, abaikan karutan saya.

Sekarang dah masuk bulan Mac. Dah tak lama dah. Pejam celik pejam celik, tibalah masanya. Tibalah harinya. Bila difikirkan balik dengan naluri kewanitaan dan jiwa kemanjaan (perasan manja) saya ini, saya jadi sedih. Dapatkah saya mencurahkan sepenuh kudrat saya ini untuk membalas jasa kedua insan tercinta yang banyak menaburkan bakti, kudratnya, kasih sayangnya, masanya, penat lelahnya, risaunya demi saya? Dapatkah?

Owh tidak!! Tiba-tiba saya menangis. Menaip sambil menangis dan mendengar lagu ini.

Oh... siapalah diri aku ini
Tanpamu.. dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku... satu-satunya
Padamulah ku meminta, ke bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi

Dengan sinaran kasihmu
Kian terancang hidupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua kau berada
Ditemani cahaya cinta


Maaflah ye. Saya rasa saya ingin luahkan apa yang saya rasa. Sebak. Inilah saya, lemahnya saya. Lebih-lebih lagi Mac sudah menghampiri ke pertengahan bulan. Maknanya, semakin hampir walaupun bakinya masih berbulan-bulan. Perancangan dan pengaturan kehidupan serta masa perlu dilaksanakan dengan cermat, betul dan mengikut syariat.

Mungkin lagu yang sedang saya dengari ini adalah lagu layaknya buat sang kekasih, tapi bagi saya ia buat 2 orang kekasih hati saya sejak saya lahir dan insyaAllah sehingga ke akhir hayat saya. Mampukah saya menjadi anak yang solehah buat umi dan abah?

Bila saya sendirian dan membaca buku tentang ketaatan kepada kedua ibu bapa, saya jadi termenung panjang. Saya teringat kata-kata kekasih hati saya, "jangan marah ye." Ya Allah! Buatkanlah saya sentiasa sabar berbicara dan berbuat baik kepada kedua orang tua saya. Ya Allah, buatkanlah hati saya sentiasa ingin memandang mereka dengan penuh kasih sayang. Buatkanlah saya sentiasa rindu akan bicara nasihat mereka. Buatkanlah saya lemah-lembut di hadapan mereka. Sungguh, saya bukanlah contoh anak yang baik, tapi saya berusaha. Kadang-kadang, saya malu untuk menunjukkan ketundukan saya kepada perintah dan suruhan mereka. Malu.

Dan apa yang paling buat saya lemah? Umi dan abah. Merekalah kelemahan saya. Dan merekalah juga kekuatan saya yang paling besar. Kata-kata kasih kadang-kadang perlu juga diungkapkan sebagai pengerat hubungan. Tapi untuk saya lafazkan dengan kata-kata, saya belum bisa. Saya masih malu untuk luahkan perasaan saya kepada 2 orang kekasih hati saya ini. Jadinya, saya hantar sms kata-kata sayang ke kedua-kedua handphone. Bila saya ingatkan balik, lawak pun ada. Tapi saya rasa, itulah saya yang malu berkata-kata sayang dengan kekasih saya. Namun, semoga saya istiqomah melakukannya dan sentiasa memohon maaf atas kesalahan, kekasaran kata-kata saya kepada mereka. Dan saya tidak akan lupa mendoakan mereka.


Semoga kita akan bertemu dan bersatu di JannahNya
dengan redhaNya sebagai keluarga
Amin..

Senyuman Dia


Ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah
Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. 
Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. 
Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. 
Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Header Baru Daripada Bro Faiz


Assalamualaikum dan selamat petang,

Isnin, 7 Mac 2011. Permulaan berita hari ini. Berita ringkas dan padat.

Belog WM berwajah baru. Barunya adalah dengan adanya penyeri kepala belog iaitu header. Hasil sentuhan tangan kreatif bro Faiz, maka terhasillah penyeri belog WM berwarna biru. Lihatlah, terdapat awan-awan yang menaikkan seri kepala belog WM. Seorang wanita diletakkan di kepala belog bagi menggambarkan bahawa tuan tanah belog adalah seorang wanita. Mungkin lebih sinonim sekiranya wanita tersebut memakai cermin mata. :D Untuk ketulenan berita ini, maka boleh layari my official blog by bro Faiz.

Sekian, berita petang ini.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat