Persiapan Menyambut Perkahwinan 4 : Hantaran & Mahar

Assalamualaikum wbt,

Hanya tinggal tak sampai 24 jam untuk 2012 menjelma. Banyak entri yang belum disudahkan untuk 2011. Nampaknya, akan ada multiple entri untuk hari ini. Tapi tak pasti mampu atau tidak.

Cuti sekolah juga sedang meniti hari-hari akhirnya, sama seperti saya yang meniti saat-saat akhir di minggu ulangkaji. Huhuhu. Seperti biasa, ayat selalu, "terlalu banyak yang hendak dikongsikan, tapi terlalu banyak kekangannya." Memandangkan 2011 bakal melabuhkan tirainya, dan musim dua insan bersatu hati juga telah berakhir untuk 2011, tidak salah rasanya multiple entry adalah berkenaan perkahwinan :P juga hanya santai-santai ya.

Kalau seseorang wanita hendak kahwin, mesti dia fikirkan maharnya. Berapa yang ingin diminta? Adakah permintaannya membebankan pihak lelaki? dsb. Bagi kaum adam pula, pasti pening kepala sekiranya pihak perempuan meminta melebihi bajet dan keringat kerjanya. Mesti kaum adam akan kurus sebelum kahwin. :D. Jangan marah ya, sekadar melihat realiti yang ada. Hehehe. Apa yang memeningkan pasangan ini, biasa jumlah hantaran yang beribu ribu. Bukan maharnya. Sedangkan dalam Islam, mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya atas sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mahar mereka ". (Surah An-Nisa':4)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan mahar walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." (Riwayat Bukhari ) 


Mahar itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada kedua-dua belah pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut. Tambahan pula, hukum syarak tidak menggalakkan mahar yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

"Sebaik-baik mahar ialah yang lebih rendah". (Riwayat Abu Daud)

Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". (Riwayat Ahmad) 

Ada juga sabda Nabi SAW yang bererti, "Di antara keberkahan seorang wanita ialah yang mudah urusannya dan murah maharnya." (Hadits Shahih Riwayat Abu DawudVI/77&91, Ibnu Hibban 1256, Al-Bazar III/158, Ath-Thabrani dalam Mu'jamus Shaghir I/169 dst...)

Jelas bukan? Bukan hantaran tetapi mahar. Kalau ikut adat orang Melayu, mesti ada hantaran, Itu tidak salah sebab saya juga ada hantaran tapi tidaklah sampai berbalas dulang kerana tidak mahu menyusahkan lelaki. Nanti apa orang kata? Kita buat biasa, orang pun takkan kata apa-apa. Yang penting, mesti ikut syariat. Dari pencarian jodoh sehinggalah mendirikan rumah tangga, InsyaAllah.

Mahar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri, huhuhu.. RM300 untuk Selangor.


Keberanian Mahasiswa Ditakuti

Beberapa hari yang lepas, laman sosial facebook telah digemparkan dengan video Panglima nak ludah Mahasiswa (saya tak jumpa versi asal video ini). Walaupun saya rasa isu ini agak ketinggalan kereta api kerana saya nih yang lambat update entri, tapi ia sesuatu yang sangat optimis tentang mahasiswa. Siapa kata mahasiswa perlu ikut sahaja apa yang diatur kerajaan hanya kerana ia seorang mahasiswa? Bukankah ia sepatutnya menjadi petunjuk (indicator) bahawa mahasiswa itu adalah makhluk (baca: hamba ALLAH) yang berfikir dan sedang bangkit menuju perubahan menentang penyelewangan yang dilakukan?

Artikel asal: sini

turun-bendera-najibturun-bendera-najibTindakan berani seorang mahasiswa, Adam Adli yang dituduh menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini nampaknya telah membuat orang-orang UMNO dan para penyokong mereka kepanasan dan ada juga yang ‘berpura-pura’ panas. Semuanya menyatakan bahawa tindakan tegas mesti dikenakan ke atas mahasiswa tersebut. Bahkan ada yang meminta mahasiswa itu dipecat daripada universiti supaya memberi pengajaran kepada mahasiswa yang lain agar tidak melakukan tindakan yang sama.


Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyerahkan kepada polis untuk menyiasat hal tersebut. Sabtu lepas, Saifuddin menerima memorandum daripada Pengerusi Bebas, Muhd Safwan Anang@Talib yang antara lain menuntut pemansuhan Akta Universiti  dan Kolej Universiti (AUKU). Selepas perjumpaan dengan Saifuddin, penuntut IPT itu menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), bagaimanapun, mereka menaikkan semula bendera itu selepas ditegur pengawal keselamatan PWTC.

adam-adliadam-adli
Mengapakah tindakan berani tersebut boleh mencetuskan huru-hara kalangan orang-orang UMNO? Apakah pengaruh mahasiswa begitu kuat sehingga menyebabkan orang-orang UMNO dan para pengikut mereka begitu galak dan agresif mengkritik, mengutuk , menempelak, mengancam dan mengugut tindakan segelintir mahasiswa tersebut? Padahal yang melakukannya hanyalah ‘seorang mahasiswa’. Apa yang mereka perlu khuatir? Ini sebenarnya menunjukkan bahawa orang-orang UMNO dan pemimpin mereka sebagai parti memerintah tahu akan ‘kekuatan’ mahasiswa dan apakah yang mampu dilakukan oleh para mahasiswa. Kebanyakkan gerakan perubahan di seluruh dunia dimulakan oleh mahasiswa. Bermula di Indonesia yang menyaksikan kejatuhan rejim Suharto, begitu juga di Tunisia dan Mesir. Jadi, tidak hairanlah UMNO dan para penyokongnya begitu agresif ‘menekan’ keberanian yang baru ditunjukkan sedikit oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu.


Tanda-tanda kebangkitan mahasiswa sudah pun nampak dan ia tidak akan berhenti di sini. Ini sudah tentu akan memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencetuskan suatu gerakan perubahan yang lebih besar. Namun, perubahan tersebut mesti berlandaskan kepada Islam. Perubahan yang sebenar adalah merubah Sistem Kapitalis yang ada pada hari ini kepada penerapan syariat Islam yang menyeluruh dan menegakkan Sistem Khilafah. Hanya dengan cara itu sahajalah kehidupan umat manusia dapat diatur dengan Islam dan seterusnya mendapat naungan dan keredhaanNya. 


Rujukan:


Utusan Malaysia 19/12/2011

Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd



How are you today???



First class.

Persiapan Menyambut Perkahwinan 3 : Kursus & Borang-borang


Alhamdulillah, sudah bukan 'newly wed' lagi setelah majlis kedua-dua belah pihak selesai pada 10.12.11 yang lalu. Kesibukan menyiapkan manuskrip untuk disemak sebelum dihantar kepada fakulti, benar-benar membuatkan saya buntu untuk mengupdate entri. Lebih seminggu blog ini tidak berentri baru. Sementelah masih segar bugar lagi nih, saya akan menceritakan persiapan lahiriah satu persatu dengan entri yang berbeza walaupun hampir masuk bulan ke-3 usia pernikahan saya. Apa-apapun, baca entri nih dulu ye, Persiapan Menyambut Perkahwinan 1 dan Persiapan Menyambut Perkahwinan 2 untuk memudahkan pemahaman dan juga keterbukaan hati untuk segera menikah. Hee.

Kalau diikutkan peredaran zaman, masa ibu bapa saya dulu tak perlukan semua nih. Apatah lagi ketika zaman pemerintahan Jepun di Malaya iaitu zaman nenek saya kecil-kecil dulu. Tapi sekarang, semua perlukan benda nih. Kalau takda, makanya tidak berkahwinlah jawabnya. Sobss. 

Apa dia bendanya? - Kursus pra-perkahwinan.


Saya pergi masa akhir bulan April yang lalu. Betul-betul ketika saya habis final exam semester lepas. Alhamdulillah. 1 hari setengah. Sakit juga pinggang duduk lelama kat dewan tuh. Huhuhu. Apa yang penting, saya dapat sijil yang berharga untuk seumur hidup. Ngeh3x.

Dengar khabar angin, masa kursus akan dipanjangkan sebab nak bagi modul lebih tentang perkahwinan dan segala perkara yang berkaitan. Yang utamanya, supaya lebih berkesan kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Apa yang kurang disenangi tentang kursus nih, ia membenarkan pasangan yang belum halal untuk bersama menghadiri kursus ini bersama-sama serta peserta perempuannya wajib memakai tudung ketika kursus dan selepas kursus itu hal kau. Huhuhu. Apa nih?? Islam apakah begini?

Okeyh, malas bercerita panjang tentang kursus tersebut. Kalau nak tahu apa modulnya, sila hadiri ya. Berbalik kepada tajuk di atas okeyh. Seterusnya, bolehlah proceed to another step as below (ikut pengalaman saya ya- PEREMPUAN) terutamanya bagi lelaki/perempuan yang berada di Selangor dan akan menikah di Selangor.

  1. Dapatkan borang 2C dan 2D di JAIS/PAID - saya pergi dengan abah. Orang di kaunter bagi 2 borang terus sebab kalau tersilap, ada lagi satu. Memang bijak pak cik tuh. 
  2. Dapatkan borang ujian HIV dan buatlah ujian, hehehe- saya dapatkan borang nih ketika di Klinik Kesihatan. Sebab JAIS sudah tidak sediakan. JAIS hanya bagi senarai klinik kerajaan yang ada ujian saringan HIV. Masa kakak saya nikah dulu, memang ambil dari PAID/JAIS. Sekarang tidak lagi. Tapi tak tahulah kalau JAIS bekalkan semula kan.
  3. Lengkapkan borang permohonan dan lampirkan dokumen sokongan.
  4. Dapatkan kebenaran nikah dari Penolong Pendaftar Nikah mengikut Qariah. - Selesai isi borang permohonan nikah, pemohon, wali dan 2 orang saksi kena jumpa PPN Qariah yang telah ditetapkan. Ingat, tandatangan hanya boleh dibuat di hadapan PPN sahaja. (Part nih saya skip sebab sudah bebeno nak buat appointment dengan PPN. Last option, saya proceed ke langkah 5. Kat sana, saya buat langkah 4 dan 5 sekaligus. Kan senang. hehehe)
  5. Dapatkan kebenaran nikah dari PAID. - Selepas mendapat kebenaran untuk nikah, pihak perempuan mesti membawa kebenaran nikah pihak lelaki dan permohonan nikah dari pihak perempuan ke PAID. Pegawai dari PAID akan semak dan kita kena bayar rm10 untuk mendapatkan surat kebenaran nikah.
  6. Serahkan kebenaran berkahwin kepada PPN Qariah. - Then, pihak perempuan akan serahkan kebenaran untuk berkahwin lelaki + perempuan ke PPN Qariah. PPN ni yang akan nikahkan kita.
  7. Tunggu hari diakadnikahkan.
Kalau hendak lebih detail atau tak faham, boleh Google je. Boleh juga terus call JAIS macam yang saya buat nih. Hehehe. 

Sajak Berirama ...UT Untuk Parti Politik

Parti A kata Parti B badut
Badut yang cakap mengarut
Parti C tu pun suka mencarut
Suasana sudah jadi kelam-kabut
Tunggu di parlimen perang mulut
Bertekak bercakap melalut-lalut
Silap haribulan kena baling kasut
Semua tu patut buang dalam laut
Bersama-sama dengan tali-barut
Yang berfikir guna kepala lutut

Rakyat sudah muak karut-marut
Dari kisah video 18SX, trio dan saiz perut
Dari Omega, lembu dan gaya rambut
Muka cekang atau muka kedut
Fokus lah buat kerja yang patut
Tangani masalah rakyat yang makin kusut
Bukan menambahkan lagi kalut
Harta negara habis engkau kaut
Dari darat hingga dalam laut
Semakin hari semakin susut

Inflasi yang terus menjerut
Tiada lagi kedai harga patut
Dari gula hingga kelapa parut
Dari seri muka dan jemput-jemput
Harga minyak pula tak habis2 naik kut
Kehidupan rakyat semakin semput
Tiada lagi wujud pasang surut
Akhir bulan semua hutang tersangkut
Along pula tak habis-habis ugut
Nak potong jari nak buraikan perut
Kita dengar pun cuak dan takut

Marilah kita buat apa yang patut
Kalau mereka masih lagi mencarut
Kita semua kena ikut macam semut
Kita sepakat gigit sampai mereka melutut
Kau ingat rakyat suka hisap candu pulut
Cakap melepas tak ada insuran mulut
Eloklah insaf sebelum ajal maut.

by: Sis AA

HUDUD dan Penerapannya Di Malaysia

Assalamualaikum,

Blog Nizhomul Islam dan Wanita Mustanir mengajak teman-teman sekali untuk turut serta dalam munaaqashah yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia bertempat di Khilafah Centre Seksyen 7. Semoga kehadiran teman-teman dapat menjernihkan serta meningkatkan kefahaman kita berkenaan HUDUD. Buat teman-teman dari jemaah lain juga janganlah segan dan silu untuk sama-sama hadir dalam meningkatkan kefahaman kita biarpun saya yakin teman-teman juga arif tentang soal ini. Namun Islam menganjurkan untuk menuntut Ilmu hingga ke liang lahad dan mencari pendapat yang lebih kuat. Dan tidak menjadi satu kesalahan atau dosa malahan pahala andai kita menghadirkan diri dalam majlis Ilmu sebegini.

Hadits tersebut telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda, "… Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk mendapatkan ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.."


Jom Raih Pahala Dengan Berpuasa Sunat Hari Tasu'a dan Asyura

Pagi-pagi buat report clinical dan study, tiba-tiba ummi memberitahu semua ahli rumah,

"Hari ahad nih (9 Muharram) kita puasa sunat ya. Hari Tasu'a." 
"Erk?" 
"Dan hari isnin juga sebab 10 Muharram, Hari Asyura."
"Baiklah, insyaAllah."

Tahun lepas macam pernah dengar nenek saudara beritahu tentang Hari Tasu'a tapi lupa sudah. Huhu. Hari nih dengar lagi, alhamdulillah. Jadi, apa dia hari Tasu'a nih ye?


Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Sumber : sini.

Selain itu, kita kena juga puasa hari Ayura.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, “Hari apa ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi, “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (Riwayat Al Baihaqi)

Sumber: sini.

Jadi apa tunggu lagi? Pastikan kita meraih sebanyak-banyak pahala yang telah disediakan, kita hanya perlu grab je. Jangan lupa ya untuk berpuasa 2 hari di bulan Muharram nih, 9 dan 10 Muharram.

Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram". (Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Pejuang Muda itu Siapa??

Assalamualaikum,

Baru sahaja membelek-belek blog gadis ini, tersenyum dengan nukilan bersahajanya. Syabas ya, ukhti!.. Teruskan mengasah dan menggilap bakat yang ada. InsyaAllah.

Saya lupa samada saya pernah kongsikan nukilan seorang sahabat saya ini ataupun belum. Kiranya belum, selamat membaca ya. Sekiranya ada yang pernah terbaca di blog ini, anda boleh baca lagi. ;)  

Pejuang muda,

Kau adalah intan baiduri,
Dicelah-celah percikan api,
Berselerakan di tungku si tukang besi,
Andai kau di meja jauhari,
Tentu kau disanjung tinggi.
Namun mutu menentu sari,
Bila tak hancur dicincang tukul,
Bila tak lebur digayang api,
Gagahmu akan dirangkul,
Tekatmu akan dipuji.
Hitam bertahun di tungku besi
Di mahkota jua serimu menanti.

Pejuang muda,

Ayuh, Berdiri!
Julang gagah tekatmu tinngi!
Sampai jam di dinding usiamu berhenti!
Namun detik amalmu tidak kan mati,
Selama bumi masih berdinginkan bulan,
Berpanaskan mentari.
 
by : Insyirah Ameer

Persiapan Menyambut Perkahwinan 2

Sila baca ini dulu: Persiapan Menyambut Perkahwinan 1

Atas kekangan masa, saya memohon maaf. Kini saya kembali berkongsi tips sebelum hari pernikahan anda. Persiapan yang perlu diwujudkan untuk menyambut ikatan pernikahan setidaknya ada 3 perkara. 1) persiapan yang bersifat fizikal, 2) persiapan yang bersifat psikologi/mental dan 3) persiapan tentang ilmu pengetahuan.

Persiapan fizikal- dapat dibahagikan menjadi tubuh badan dan kebendaan.

Persiapan tubuh badan adalah untuk memikul tugas dan peranan baru setelah proses pernikahan. Seorang wanita yang hendak berkahwin, wajib menyiapkan dirinya untuk memikul tugas dan peranan baru sebagai isteri dan ibu bagi anak-anaknya. Begitu juga lelaki, ia wajib menyediakan dirinya menjadi seorang suami dan bapa. Jelas keduanya bukan sahaja wajib menjaga kesihatan, tetapi juga memperhatikan zat seimbang yang cukup memadai untuk mendapatkan anak seperti yang diinginkan. Tentu sahaja keduanya harus memperhatikan kehalalan setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam perutnya.

Persiapan kebendaan adalah bekalan harta untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Ini khusus kepada lelaki kerana bersesuaian dengan kemampuan dan kesanggupan yang dimiliki olehnya. Tetapi bukan bermakna si lelaki perlu menyediakan rumah dilengkapi perabot, kenderaan dan segala keperluan rumah yang lain. Bukan begitu ya. Jika ada semuanya, alhamdulillah kan, bukankah lebih baik?. Kalau tidak mampu, tidak mengapa. Kerana sirah telah mengajar kita bahawa ada para sahabat yang tidak memiliki persiapan kebendaan yang mencukupi tetapi Rasul SAW tetap menganjurkan supaya berkahwin kan. Pernah ada seorang sahabat hanya mampu memberi hafalan Al-Qurannya sebagai mahar kerana hendak memberi sebentuk cincin besi pun ia tidak mampu.

Persiapan mental/psikologi-

Setelah berkahwin, seseorang akan menjalani kehidupan yang berbeza dengan kehidupan bujangnya. Kehidupannya akan menjadi lebih kompleks kerana melibatkan ramai orang. Kehidupan ini menuntut kesiapan mental, kematangan berfikir, kelapangan dada, pengurusan mengawal emosi dan sebagainya. Jelas semua ini harus diberi persiapan awal. Inilah antara perlunya subjek pengurusan emosi ketika di sekolah atau di universiti lebih-lebih lagi ketika minggu orientasi. Di sinilah ia harus diaplikasikan. Betul tak?

Setelah berkahwin, semua karakter masing-msing akan mula menyinar.:D yang boleh jadi jauh dari persepsi dan pandangan kita sebelum berkahwin. Contohnya, ketika bertunang kita ingat si lelaki/wanita penyabar, rupanya bila sudah berkahwin menjadi sedikit baran. Hanya contohnya sahaja. Tiada kena mengena dengan saya okeyh. Jadi antara persiapan mental yang harus dan tidak boleh ditinggalkan :
Menyiapkan diri untuk -
  • menjadi lebih lapang dada
  • mengurus emosi dengan baik
  • bersedia berkongsi dan memahami
  • mengurus ego diri
  • mengurusi diri untuk bergaul dengan keluarga baru
  • berempati bukan hanya bersimpati
  • dll
Persiapan ilmu pengetahuan-

1) Persiapan pengetahuan tentang panduan Islam dalam berumah tangga. Hukum-hukum syariat tentang rumah tangga. Apa sahaja hak dan kewajiban isteri ataupun suami. Bagaimana perselisihan yang muncul, bagaimana mengurus hubungan dengan keluarga suami/isteri dan hukum-hukum lainnya yang berkaita dengan rumah tangga.

2) Ilmu-ilmu praktikal dan cara-cara serta pengalaman sebenar menjalani kehidupan berumah tangga seperti membina pengertian, menyelesaikan permasalahan serta soalan-soalan yang biasa muncul di awal perkahwinan dan cara untuk menguruskannya. Semuanya boleh diperolehi dengan bertanya dan berbincang dengan orang yang lebih dulu makan garam dalam berumah tangga samada rumah tangganya harmoni ataupun yang porak peranda.

3) Juga ilmu-ilmu praktikal sebagai isteri dan pengatur rumah tangga. Antaranya pengetahuan untuk menjadi ibu sepeti mengandung 9 bulan 10 hari, termasuk aspek makanan seimbang dan kesihatan, melahirkan, setelah melahirkan dsb. Peranannya sebagai pengatur rumah tangga juga perlu diberi pengetahuan dan perhatian. Seorang wanita harus bertanggugjawab terhadap urusan rumah tangga agar rumahnya menjadi tempat yang aman dan secara psikologi mampu memberi ketenteraman kepada penghuninya. Ilmu-ilmu pengetahuan tentang gizi, memasak, mengemas rumah, mengurus aktiviti rumah tangga, mengurus kewangan keluarga dan pengetahuan lain.

Persiapan-persiapan ini harus dititik beratkan oleh pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Mereka akan menjalaninya sebagai suami isteri dan akan hidup di tengah-tengah masayarakat dengan status yang baru. Keduanya harus mempunyai keterampilan untuk bergaul dengan masyarakat dan harus terlibat aktif dalam dakwah kerana ini adalah kewajiban untuk menyelesaikan pelbagai masalah umat. Jadi semuanya memerlukan persiapan. 

Upacara menyarung cincin dilakukan di rumah, disaksikan mahram sahaja walaupun akad nikah di masjid. Ini permintaan wali. :D
p/s: InsyaAllah, akan ada sambungan tentang persiapan saya pula. Persediaan untuk menjemput orang datang ke walimah serta lain-lain perkara yang perlu dilakukan sebelum berkahwin untuk abad ini. hehehe.

Kerabu Mangga Yang Superbb Sedap!


Pernah makan tak? Saya pernah buat beberapa tahun lepas. Lama dah rasanya. Masa tuh kemaruk hendak buat kerabu. Tak kisahlah kerabu apa, asalkan kerabu. Kerabu mangga, kerabu pegaga, kerabu kacang botol dsb. Ada pelbagai jenis cara masakan dan bahan-bahannya.

Yang saya buat untuk kelapa, saya hanya goreng kelapa putih tanpa minyak di atas kuali dengan api sederhana sahaja. Goreng hingga kekuningan yang sedap dilihat mata. Kemudian, tumbuk bersama bahan-bahan lain yang hendak dibuat kerabu kecuali bahan utama kerabu seperti mangga, pegaga atau kacang botol. Yang itu haruslah dipotong halus-halus. ;)

Tapi, bila saya ke rumah nenek, cara buatannya lain. Ia dimasak. Kelapa dan segala bahan-bahan digoreng sekali. Cara begitu saya kurang berminat untuk makan. Cuma, suka sangat sebab ia adalah hasil air tangan nenek. Siapa boleh challenge kan.

Resepi? Mudah sahaja.

Bahan-bahan :
  1. Mangga muda - potong halus
  2. Bawang besar 1/2 biji - ditumbuk
  3. Cili padi/ lada besar - ditumbuk (ikut kesedapan kepedasan yang digemari)
  4. Kelapa putih - digoreng tanpa minyak
  5. Perahan limau kasturi (ingat-ingat lupa tentang ini tapi nak sedap, perah je)
  6. Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya, gaulkan semua bahan-bahan di atas hingga sebati. Kemudian, sediakan di atas pinggan yang comel. Hidangkan dan siap dimakan. Pasti sedap. Owh, sebelum terlupa, mulakan semuanya dengan bismillah, selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ikhlas dannnnnn pasti licin.. Hehehe. InsyaAllah.

Nota : Sekarang ini suka sangat kerabu mangga di The Chicken Rice Shop. Maka, gambar di atas adalah kerabu mangganya. Ada sesiapa yang ada resepinya? =)

Untuk Menjauhkan Mereka dari Agamanya..

“Sebenarnya tugas kalian bukan mengeluarkan orang-orang Islam dari agamanya menjadi pemeluk agama kalian. Akan tetapi menjauhkan mereka dari agamanya (Al-Quran dan Sunnah).Sehingga mereka menjadi orang-orang yang putus hubungan dengan Tuhannya dan sesamanya saling bermusuhan, menjadi terpecah-belah dan jauh dari persatuan. Dengan demikian kalian telah menyiapkan generasi-generasi baru yang akan memenangkan kalian dan menindas kaum mereka sendiri sesuai dengan tujuan kalian” 

(Kenyataan Samuel Zwemer dalam Konferens Al Quds- 1935)

Owh, KetidakMustaniran Yang Malap Seketika

Samada kecemerlangan saya sudah tidak menyinar lagi, atau merudum, itu saya akui. Kalau kisah "Kekasih Barunya" mendapat kritikan yang saya kira satu sindiran, itu hak saya. Saya tahu siapa yang membaca belog ini dan juga pengkritik hebat tentang kehidupan saya.

Saya akui, apa yang diceritakan atau dipaparkan di sini adalah tontonan dan bacaan umum. Dan objektif saya menyampaikan segala pemahaman dan pemikiran Islam yang haq dan menjelaskan yang bathil. Saya tahu, ke'mustanir'an itu juga semakin malap dek kerana hal-hal duniawi. Tapi siapa anda hendak menghakimi saya dengan hanya "Kekasih Barunya". Owh, atau anda juga sudah lama memperhatikan segala corak penulisan saya? Syabas!!

Bukan ingin mendabik dada, tapi alam maya hanya tempat untuk saya menulis selagi ia tidak melanggar syarak. Menulis kan harus. Menulis yang haq itu wajib dan menulis yang bathil itu haram. Mudah bukan. Jadi, apa yang saya nak kongsi, saya kongsikan biarpun ia bukan fikrah.

Bukan penghargaan manusia yang saya inginkan. Saya menulis apa yang saya nak kongsi sahaja. Samada itu fikrah atau sesuatu yang mencerminkan ketidakcemerlangan saya, inilah penulisan saya.

Dan kalau anda fikir penulisan alam maya anda mampu menjernihkan pemikiran atau pemahaman pembaca, sila beritahu atau khabarkan. Sebab, setahu saya mereka yang membaca hanya menyokong atau mendiamkan diri sahaja. Yang jelas, itu hanyalah sedikit. Yang penting, pertemuan dan perbincangan di alam realiti. Manusia itukan ada naluri. Gharizatul baqa' pasti yang paling menyerlah. Trust me. And you know why this instinct not other two.

Kekasih Barunya..

Assalamualaikum,
Salam Maal Hijrah 1433.
Sangat banyak untuk diperkatakan dan diceritakan. 
Namun, kesuntukan masa juga menjadi ungkapan.
Maal Hijrah 1433 yang menjadi hangat diucapkan, 
biarlah gambar kekasihnya menjadi taruhan.

Nama aku Asuse. ;)

Aku hanya kekasih sandaran sahaja. :(

Nama aku Kebong. Hahaha.

Sekian, untuk petang ini.

Nak Makan Macaron Lagi!! Rasa Bertuah Dapat Ini..


“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”


La Tahzan, Uda!!

Assalamualaikum wbt,

Lama rasanya tidak update blog. Tiada perkongsian dalam diari kehidupan seharian. Itu perkara biasa.

Sabtu baru nih, saya terima surat untuk adik saya. Surat dari Yayasan Pelajaran Johor. Tapi sayang, adik saya sudah pulang ke kolej. Saya dan seisi keluarga membaca segala isi surat tersebut termasuk perjanjian pinjaman oleh yayasan berkenaan.

Kiranya berita gembira buat kami semua. Setelah 2 semester adik saya ditaja penuh oleh Pa&Ma, kini sudah tiba masanya untuk bertukar penaja. Hikhik. Call adik cakap temuduga dia hari tuh dengan yayasan sudah berjaya. Kiranya dapatlah pinjaman pelajaran. Ada 4 semuanya surat perjanjian untuk dipenuhkan. Dia pun sudah excited.


Saya baca dengan teliti segala isi perjanjian serta surat tawaran. Hampir sepuluh minit baca bersama hubby, ada sesuatu yang meragukan lagi memusykilkan. Ermm.. Terus inform Pa&Ma tentang perkara ini. Call adik semula cakap bukan rezeki untuk dapatkan pinjaman itu. Ummi pesan kat adik, 'La Tahzan.' =( Yelah kan, adik siap tanya macamana nak sujud syukur sebab dapat pinjaman nih. Tapi apakan daya, perkara yang bathil haruslah segera ditinggalkan.

Jadi, bagaimanakah penyudahnya? Mari kita baca sedikit apa yang ingin saya kongsikan sebenarnya.


Islam bukan sekadar menganggap pendidikan sebagai perkara yang penting, malah Islam telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu keperluan asas masyarakat, termasuklah kesihatan dan juga keselamatan. Islam bukan sahaja menjamin agar keperluan pendidikan dapat dipenuhi, tetapi Islam juga mewajibkan setiap individu warganegara untuk menuntut ilmu serta mewajibkan negara untuk memberikan layanan kelas pertama kepada rakyatnya dalam bidang pendidikan.

Nabi SAW bersabda, "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China, kerana menuntut ilmu itu hukumnya fardhu bagi setiap Muslim." (al-Khathib al-Baghdadi, ar-Rihlah fi Thalab al-Hadits; as-Suyuthi, Jami' al-Masanid wa al-Marasil, Juz I/463). Mengikut penjelasan al-'Allamah al-Manawi, biar betapa jauh pun tempat ilmu itu berada, maka kita diperintahkan untuk mencarinya. Sebab menuntut ilmu itu hukumnya adalah fardhu (al-Manawi, Faidh al-Qadir, Juz I/543). Daripada sini dapatlah disimpulkan bahawa kewajiban menuntut ilmu tidak pernah mengenal batas sempadan, baik sempadan wilayah negara mahupun sempadan waktu, sebagaimana yang dipraktikkan oleh Nabi SAW terhadap para sahabat di mana mereka semua menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat.

Jumaat dan Lembu. Apa Kaitannya?

Hampir seminggu makan daging korban. Lembu ada kerbau pun ada. Kambing ada juga tapi tak sempat nak rasa. Alhamdulillah, sekali lagi AidilAdha dapat disambut oleh saya.

Bila buka facebook, banyak status kawan-kawan bercerita tentang 11.11.11. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Tapi kebanyakan daripada mereka sangat suka dengan tarikh hari nih, 11.11.11. Kebetulan pula tarikh hari nih jatuh pada hari Jumaat, macam satu tuah bagi yang meminati tarikh ini. Erm.. Kalau tak silap saya, tarikh keramat menjadi kegilaan sejak 8.8.08 bagi orang-orang Cina. Tapi mengapa ya orang Islam kini terikut-ikut dengan tarikh-tarikh sebegini? Apa ada pada tarikh? Atau apa ada pada nombor?

Berbalik kepada niat asal saya menulis entri ini okeyh.

Jika 11 tahun yang lalu, hari Jumaat saya selalu ke sebuah gerai. Gerai itu di tepi jalan raya atau jalan utama. Saya selalu ke sana berbasikal. Kadang-kadang sendirian, kadang-kadang ditemani adik saya. Macam sudah menjadi kebiasaan saya untuk ke gerai tersebut pada hari Jumaat setiap minggu. Itupun ummi saya yang suruh. :D

Gerai apakah?


Gerai daging lembu segar. Setiap kali saya ke sana, pasti ada kepala lembu di hujung gerai tersebut. Suka saya tengok. hehehe. Alhamdulillah, sejak duduk di Kelantan kami sekeluarga tak pernah makan daging beku. Selalu makan daging segar. Sehinggakan kalau arwah atok saya ke Kelantan, pasti disuruh saya membeli daging lembu segar. Ahh.. Semuanya itu tinggal kenangan. =(

Sekarang saya tinggal jauh dari ketenangan bunyi bising dan udara yang segar. Asyik menghirup udara yang kotor. Daging segar? Owh, itu hanya setahun sekali, itupun kalau ada rezeki. Kalau tak, hanyalah daging beku menjadi santapan.

Di bawah ada 2 keping gambar ketika solat AidilAdha di masjid berdekatan rumah baru-baru nih. Dan gambar terakhir, pastinya si kecil 'Angry Bird' ;)




p/s:
- semoga apa yang dirancang hari nih berjalan dengan lancar dan mendapat redha Allah SWT. Doakan kami ya teman-teman. Amin..
- coming soon = cerpan (InsyaAllah).

Wordless Wednesday : Towing


Selamat Hari Raya AidilAdha 1432H daripada R&S

Yakinlah! Dengan Khilafah, kehidupan Islam pasti terlaksana, kehidupan kufur pasti sirna. Dengannya kita benar-benar dapat terlepas daripada terkorban oleh segala bentuk kekufuran di samping membuka peluang untuk kita berkorban untuk Allah semata-mata. Itulah tujuan kita diciptakan, itulah juga perkara yang kita impikan. Semoga dengannya kita memperoleh kedudukan mulia seperti para anbia, siddiqin, syuhada dan solehin.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H 
daripada kami sekeluarga...


Hubby and Family, Istikharah Cinta..

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Biasakan Dirimu Dengan Study....

Last minute??



Jangan ya. Nanti merana! =(

Bernama TV : Liputan Konferens Negara Islam




KNI semalam disiarkan di dalam berita Bernama TV. Hanya ringkasan sahaja disiarkan. Kalau hendak tahu laporan lanjut, nanti akan dikongsikan gambar-gambar serta video penuh di Ustream ya..

Kata seorang sahabat, "Subhanallah..rasa nak menitis air mata masa tgk umat kibarkan liwa' dan rayah.. dgn laungan takbir dan sahutan khilafah. selama ni tgk kat video ht indonesia laungkan dgn penuh semangat, hari ini benar2 berlaku di sini, di konferens negara islam.. semalam , adalah pengalaman terbaik. mudah2an kita akan ciptakan satu lagi pengalaman terbaik, dan menciptakan pelbagai lagi kejayaan indah utk islam.."

Trailer : Konferens NEGARA ISLAM

Trailer Konferens Negara Islam 



 
 
Daripada Huzaifah, bahawa Nabi SAW bersabda : 
 
“Berlakunya zaman kenabian dalam kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkatnya (menghilangkannya) ketika mana dia menghendaki. Kemudian, berlaku pula Khilfah di atas manhaj Kenabian. Maka berlangsunglah ia sebagaimana yang dikehendaki Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkatnya ketika mana Dia menghendakinya. Kemudia berlaku pula pemerintahan raja yang ‘menggigit’. Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlaku pula pemerintahan raja ‘paksa’. Maka berlakulah ia sepertimana dikehendaki Allah. Kemudian Allah mengangkatnya ketika mana dikehendakiNya. Kemudian berlaku pula Khilafah di atas manhaj kenabian. Lalu baginda Nabi SAW diam.” 
 
[Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi, daripada Nu’man bin Basyir, daripada Huzaifah]

Makmal oh Makmal!! Ada Apa dengan Engkau?

Harapnya berakhirlah kerja-kerja tesis saya di makmal. Sehari suntuk berada di makmal, layaklah kalau kaki sudah tidak mampu menapak ke bumi. Tertidur dan tidak sedar suami sudah berada di sisi. Mujur ada teman yang juga balik lewat. Thanks to Zara and Nana.

Kalau diimbas kembali detik-detik kerja makmal dimulakan, terasa sangat lama proses menyudahkannya. Padahal, kerja-kerja dari awal bulan Mei sehingga ke 26 Oktober boleh disiapkan dalam SATU HARI sahaja! Itupun kalau bermula seawal 8 pagi dan berakhir 8 malam.

Arghh.. Sungguh, masa banyak dihabiskan dengan sia-sia. Seperti mana firmanNya:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. " 
 (Al-Asr [103]:1-2)

Akhirnya, siapa yang sudah rugi? SAYA! Peringatan buat diri sendiri untuk hari-hari mendatang -

Apa yang dirancang tidak semestinya seperti yang kita harapkan.. Sebab yang penting adalah kebergantungan dan pengharapan kita 100% kepada ALLAH SWT..

Apapun, keputusan untuk dianalisis sudah menanti. Pertemuan dengan supervisor juga sudah diadakan. Perbincangan kritikal bersama telah dilakukan walaupun hanyalah asas. Semoga penulisan manuskrip dapat disiapkan pada masa yang dikehendaki supaya segalanya seperti yang diinginkan.

Pertanyaan spontan supervisor semasa berbincang sambil makan-makan pagi, "apa yang diperolehi daripada semua ini?" Lantas saya teringat jawapan yang diberikan kawan saya 2 semester lepas. Jawapannya buat saya tersenyum sebab katanya, "saya pun tak tahu kenapa saya buat semua nih." Dan ini jawapan saya :

- berkerja sendiri (of course)
- bagaimana menggunakan instrumen yang sebelum nih hanya juruteknologi makmal sahaja yang uruskan.
- organizing kerja-kerja makmal
- sabar (jawapan gempak teman satu kumpulan)
- etc

Sedikit gambar-gambar alat-alat radas dan sampel kajian saya, Kacip Fatimah. Hee.






Setahu saya macam banyak je lagi gambar-gambar yang saya ambil ketika bekerja di dalam makmal. Tapi saya tak ingat di mana gambar-gambar tersebut saya letak. Huhuhu.

Kalau diikutkan tajuk, sebenarnya boleh lagi nak berkongsi cerita tentang makmal farmaseutikal yang ada-ada nih. Tapi nanti dululah ye. Khatamkan study untuk mid sem exam dulu. Sekian.

Bayi Dikelar?

Kelar bayi dalam asrama

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

 
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.


Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.


“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.


Sumber: Hmetro online 18/10/2011

 


Hanya Khilafah Boleh Selamatkan Umat Dari Terus Berzina dan Membunuh (sumber: mykhilafah.com)

Ada kebenarannya tentang bulan Oktober adalah musim buang bayi, natijah pesta zina pada perayaan malam sambutan tahun baru masihi. Setiap hari semakin sakit hati membaca dan mendengar nasib bayi-bayi yang tak berdosa ini. Ramai yang berputus asa, seolah-olah masalah ini tiada penghujungnya.

Sedarilah pembaca sekalian,

Macam-macam penyelesaian yang digubal, dipinda dan dikuatkuasa oleh pemerintah kononnya untuk menyelesaikan masalah ini. Ramai antara kita yang maklum tentang Sekolah Harapan, Baby Hatch dan sebagainya. Sedarilah juga tentang pelaksanaan silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) [baca: Pendidikan Seksualiti] mulai tahun ini di seluruh sekolah rendah negara ini. Sedihnya, acuan silibus PKRS ini tetap daripada pihak kuffar Barat. Sungguh sombong  pemerintah kita untuk menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai panduan mereka.

...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir" (TQM Al-Maidah[5]:44)

 ”...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang zalim" (TQM Al-Maidah[5]:45)

 ”...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang fasik" (TQM Al-Maidah[5]:47)

Pembaca yang dikasihi,

Islam datang memberi penyelesaian keseluruhan masalah manusia. Itu janji Yang Maha Esa melalui pengutusan Rasulullah s.a.w. Ianya akan tetap berlaku sehingga hari Kiamat. Oleh itu:

1. Pulanglah kepada aqidah Islam yang memenuhi fitrah manusia, memuaskan akal serta mententeramkan hati. Kuburkan aqidah sekularisme milik ideologi kapitalisme yang membawa pelbagai bencana dalam kehidupan manusia.

2. Kembalikan Khilafah Islam sebagai sistem pemerintahan negara yang paling ideal untuk manusia. Benamkan demokrasi dan segala idea kebebasan dan liberalisme yang menjahanamkan aturan manusia.

Wallahu’alam
 

Konferens Negara Islam-Dunia Menuju Khilafah



Jemputan Ke KONFERENS NEGARA ISLAM: DUNIA MENUJU KHILAFAH'

 
Tarikh: 30 OKTOBER 2011 (AHAD)
Masa: 8.30pagi - 1.00ptg
Tempat: Dewan Perdana 1, Hotel Nouvelle, KM8,
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Seri Kembangan, Selangor
(Berhampiran Plaza Tol Sg. Besi)


Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

REMINDER : It's October!

Assalamualaikum wbt,

Sabtu dan Ahad.
It's Saturday today.

Apa yang bermain di fikiran anda?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Pastinya bangun pagi lambat, bersuka ria dan yang pasti bermalas-malasan kan. Terutamanya bagi seorang pelajar. Perkara ini pernah terjadi pada diri saya sendiri beberapa bulan lepas dan sebelumnya. Kini, tidak lagi. Segalanya berbeza.

Sebagai seorang pelajar dan isteri, Sabtu dan Ahad memberikan impak yang berbeza buat saya. Jika dulu, saya tinggal di hostel, kini tinggal di rumah (pastinya rumah parents sendiri =P). Jika dulu fikir tentang diri sendiri, kini mesti fikirkan orang yang kedua pula. Jika dulu makan sendiri, kini kena tunggu orang kedua makan. Ada sesetengah mengatakan bahawa Sabtu dan Ahad adalah hari tanpa gangguan. Maksudnya hari untuk menyiapkan segala assignment, lab report, test, study dan clinical attachment report (untuk saya). Tapi Sabtu dan Ahad saya selalunya bukan begitu. Apapun perbezaan saya sekarang, semoga Allah mudahkan segalanya untuk saya. Kata Abah, "kalau kita tolong agama Allah, insyaAllah Allah akan tolong kita."

InsyaAllah.


Teka Apakah Benda Pink Ini?

Assalamualaikum wbt,

Salam hari Jumaat yang ceria. :) Apa khabar anda semua hari ini? Alhamdulillah, semoga semuanya sihat-sihat belaka. Pink! Hari ini kita bercakap tentang sesuatu yang pink okeh. Anda suka pink kan? Saya tidak suka pink.

Oklah, kita main teka-teka kejap ye. Kalau dapat teka anda semua memang hebat.

Sila teka apakah benda berwarna pink ini? C'mon peeps. Take a guess.


Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial - MELAKA

Jemputan Ke SEMINAR MUSLIMAH :
"PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PKRS) : Tindakan Sesaat Atau Penyelesaian Yang Tepat?"

Tarikh: 16 OKTOBER 2011 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tghri
Tempat: INB Resort Sdn. Bhd.
Lot 3169, Simpang Padang Keladi
Leboh Air Keroh
75050 Melaka

AHLI PANEL
1. Ustazah Amani (Aktivis MHTM)
2. Ustazah Hana (Aktivis MHTM)

Muslimah (sahaja) Dijemput Hadir
Masuk adalah percuma.

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial - KEDAH

Jemputan Ke SEMINAR MUSLIMAH :
"PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PKRS) : Tindakan Sesaat Atau Penyelesaian Yang Tepat?"

Tarikh: 15 OKTOBER 2011 (SABTU)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tghri
Tempat: Dewan Qiraati,
Jalan Datuk Kumbar,
(Berhadapan sekolah ABIM)
05300 Alor Star, Kedah

AHLI PANEL
1. Cik Syamsiyah (Aktivis MHTM)
2. Ustazah Aisyah (Ketua Muslimah, MHTM)


Muslimah (sahaja) Dijemput Hadir
Masuk adalah percuma

Sekarang nih, Anda Tahu Isu Apa??

Bersempena dengan Siri Jelajah Malaysia Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) 2011, MHTM dengan kerjasama Khilafah Centre telah mencatat sejarah apabila buat julung-julung kalinya  Seminar Muslimah bertajuk ‘Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Kesihatan (PKRS): Tindakan Sesaat atau Penyelesaian yang Tepat’ berjaya dianjurkan bermula bulan Julai 2011 yang lalu.

Siri Jelajah Malaysia ini dianjurkan bertujuan untuk menarik perhatian umat Islam di Malaysia ini tentang pengenalan dan pelaksanaan subjek khas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) di sekolah- sekolah seluruh Malaysia. Visi seminar ini adalah untuk memberi gambaran sebenar tentang kewajaran dan keberkesanan PKRS dalam pandangan Islam.

Sepanjang bulan Julai dan awal Ogos, MHTM telah menjelajah empat buah negeri iaitu Kuala Lumpur pada 10 Julai, Terengganu pada 16 Julai, Kelantan pada 30 Julai dan Perak pada 14 Ogos. Seminar di setiap negeri tersebut menampilkan barisan panel pembentang masing-masing. Di Kuala Lumpur, pembentangnya merupakan Dr. Farnaza selaku AJK MHTM Cawangan Kuala Lumpur dan Ustazah Amani selaku aktivitis MHTM. Di Kuala Terengganu, dua pembentang dari pantai barat semenanjung Malaysia dijemput khas iaitu Puan Rozita dan Uztazah Ain, kedua-duanya merupakan aktivis MHTM. Manakala, seminar di Kota Bharu menampilkan Cik Syamsiyah selaku aktivis MHTM dan juga Dr. Ema Yunita  selaku Ketua MHTM Cawangan Kelantan. Di Ipoh, sekali lagi Dr.Farnaza tampil sebagai pembentang bersama dengan Ustazah Hajah Husna selaku AJK Pusat MHTM.

Pada setiap seminar, panel pertama menjelaskan realiti dan fakta masalah gejala sosial yang tidak pernah berkesudahan. Inilah yang membawa kepada pengenalan silibus PKRS, atau nama lainnya pendidikan seks, dalam kurikulum sekolah sebagai salah satu usaha untuk membendung masalah tersebut. Namun, ia hanya merupakan tindakan sesaat yang tidak mampu menyelesaikan akar permasalahan. Ini adalah kerana sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan seks yang telah mula diperkenalkan di sekolah pada tahun 1989 secara menumpang dalam subjek-subjek lain gagal mengawal peningkatan aktiviti gejala sosial.

Pembentang juga membawakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa pendidikan seks di Barat, tempat ‘kelahirannya’, juga telah menemui kegagalan. Kesimpulannya, silibus PKRS atau pendidikan seks bukanlah satu penyelesaian yang tepat bagi umat Islam dalam menyelesaikan masalah sosial kerana akar permasalahannya adalah sistem kehidupan sekular kapitalis yang mengatur umat Islam itu sendiri.

Panel kedua pula menjelaskan bahawa Islam merupakan penyelesaian kepada gejala sosial ini. Islam memandang naluri seksual (gharizah al-nau’) yang wujud dalam diri manusia merupakan fitrah bagi manusia dan Islam jugalah yang mempunyai aturan dalam mengatur kawalan dan pemenuhan naluri tersebut. Ibu bapa berkewajipan untuk mendidik anak-anak dengan mengajarkan hukum Islam. Pendidikan di sekolah mestilah berlandaskan aqidah Islam dalam menjayakan misi penciptaan manusia sebagai hamba Allah dan Khalifah Allah di muka bumi. Proses pendidikan dalam masyarakat pula berjalan melalui interaksi mu’amalah sehari-harian yang selalu bersuasana amar ma’ruf dan nahi munkar.

Pembentang juga menegaskan bahawa negara berkewajipan untuk menetapkan polisi pendidikan sesuai dengan  Islam dari landasan hingga kurikulumnya, menutup rapat setiap tempat maksiat dan melindungi rakyat dari perkara-perkara yang dapat membangkitkan naluri seksual dalam kehidupan umum. Kesimpulannya, jika institusi negara berjaya memastikan seluruh penerapan hukum Islam tersebut, maka manusia akan sentiasa hidup dalam keimanan tanpa masalah sosial. Jika berlaku juga, ia pasti tidak akan berleluasa dengan adanya sistem hukuman (uqubat) Islam yang akan diterapkan oleh Negara.

Peserta turut dihidangkan dengan beberapa tayangan video menarik. Para peserta juga menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu yang dibincangkan apabila mereka mengutarakan beberapa persoalan dan pendapat pada sesi soal jawab.

Di kesempatan ini, MHTM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa program dan semua peserta yang berjaya menghadiri seminar ini. Semoga Allah menilai usaha kalian sebagai amal soleh. 

p/s: boleh klik sini untuk maklumat lanjut dan gambar-gambar menarik.. =)
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat