Apa yang Samar Pasti Jelas...

R & S. Doakan kami. ^_^

Persiapan Menyambut Perkahwinan 1

Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pelbagai soalan diasak ke telinga ini agar dijawab segera. Adakah saya sudah bersedia? Adakah saya mampu mengawal emosi ketika bersama keluarga yang lebih besar? Adakah saya sudah mampu melaksanakan tugasan harian rumah seperti umi dan nenek saya? Mampukah saya berlapang dada dengan ragam saudara mara? Sudahkah saya siap dari segi mental dan kematangan dalam berfikir serta membuat keputusan? Sudah bersedia menjadi seorang isteri serta ibu?

Inilah antara soalan-soalan yang sering diajukan abah buat saya. Ya Allah! Monolog saya selepas ditanyai abah, "mampukah aku?"

Sudah masuk bulan September. Hanya mengira detik hari dan waktu. Semakin hampir. Semakin kaku. Semakin risau. Semakin berdebar. Dan pastinya, semakin takut. Lantas, membaca sebuah buku untuk mengisi persoalan-persoalan di atas. Bukan semuanya terjawab, namun melegakan hati buat sementara. InsyaAllah.

Ikatan pernikahan di sisi Allah merupakan ikatan yang sangat serius. Allah mensifati ikatan pernikahan itu sebagai perjanjian yang kuat (mitsaqan ghalizhan). Allah berfirman :

"Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat."  (TQS an-Nisa'[4]:21)

Untuk menyambut ikatan pernikahan, seseorang perlu melakukan persiapan yang sebaik-baiknya iaitu persiapan maksimum sesuai dengan kemampuannya.

entri 3hb September 2011. huhuhu.
bersambung...

Best sangat ke Tutti Frutti tuh?

Assalamualaikum wbt rakan-rakan blogger, hanya maaf yang mampu dipinta. Sungguh lama rasanya blog tidak diupdate. Saya ingin menulis tentang persiapan sebelum seseorang melangkah ke alam rumah tangga. Tetapi setiap kali saya ingin menulis, buku rujukan berada di tingkat atas. Untuk mengelakkan tertangguhnya lagi blog ini dari diupdate, maka saya update tentang makan. =)



Ini bukti yang saya berada di Tutti Frutti. Warna hitam banyak-banyak nih, mesin yogurt ais krim. Banyak perisa, ada 8 kesemuanya kalau tak silap saya. Saya ambil 4 perisa - Vanilla, Original TF, Vanilla dan Raspaberri/Berri. Almaklumlah, macam jakun sikit kan.


Ini aksesori ais krim pula. Saya ambil buah-buahan mahal - strawberi kegemaran saya dan kiwi kesukaan saya. Ingat nak ambillah juga longan, tapi dah selalu makan.


Ada juga aksesori ais krim yang menjadi kegemaran kanak-kanak seperti honey star, cookies, jelly dsb.


Saya hanya perasan akan ini setelah saya mengambil semua yang saya nak. Huhuhu. Tak sangka walaupun saya dah tahu sangat mahal. Tapi saya suka gabungan warna-warna untuk tempat makan seperti TF ini. Sangat ceria seceria mentari pagi. =)


Nah! Inilah harganya. Mujur ambil satu cup untuk bertiga. Kalau tak, malu juga den. Hee.


Jeng..jeng.. jeng.. Inilah yogurt ais krim saya.

Sebagai kenang-kenangan di hari tua dan supaya tidak makan lagi di TF! Hehehe. Siapa yang nak rasa, silalah pergi. Saya lebih suka ais krim  NESTLE LA CREMERIA. Paling mahal pun lebih kurang RM10. Dah kenyang sangat-sangat kalau makan sorang-sorang. :D

Tak Tahu nak Update Apa!!

Perasaan apa pun tak tahu.

Semalam dapat cek dari nuffnang. Syukur Alhamdulillah. Bukan banyak pun tapi permulaan yang dikatakan rezeki. Hehehe. Gambar tidak snap, jadi tiada bukti.

Layan jelah gambar-gambar yang tidak seberapa ini.

 Makan yogurt ais krim di Tutti Frutti. Mahal. Tunggu entri bergambar.


Kanak-kanak memang suka hiburan. Tapi orang dewasa pun sama, kadang-kadang sangat berlebihan. Sudah lama mereka mengidam nak naik kuda pusing nih,. Hari raya belanja mereka berdua. Dapat pusing dengan percuma. ^_^


Pendaftaran pelajar baru 2011/2012. Alang dalam bulatan. Kenal tak? =P

Semalam juga genap 2 tahun si jantung hati. Semoga menjadi anak yang soleh ya. 


p/s: memang entri yang tak sepatutnya. Hohoho.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat