Hidup Berjiran

Guruh di langit sudah bertasbih memuji Allah Yang Maha Besar. Redup awan kian menggelap. Kesejukan aroma hujan mulai menusuk seluruh urat badan. Subhanallah. Sungguh tiada tandingan makhluk dalam penciptaan langit dan bumi serta fenomena alam.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (ayat) bagi orang yang berakal” (TQS. Ali ‘Imran [3]: 190).

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi. Silih bergantinya malam dan siang. Berlayarnya bahtera di laut yang membawa apa yang berguna bagi manusia. Dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Ia hidupkan bumi sesudah matinya (kering). Dan Ia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan. Dan pengisaran air dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Sesungguhnya (semua itu) terdapat tanda-tanda (Keesaan dan Kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan” (TQS. Al-Baqarah [2]: 164).

Gambar tiada kaitan dengan entri. Gambar hiasan.

Jika sebelum bunyi guruh berdentum, bunyi jeritan dan teriakan jiran menjadi halwa telinga. Sabar jelah saya bersama teman serumah. Kata teman saya, "Apalah diorang nih, pagi bising, petang bising, malam pun bising jugak." Apakah jiran itu tidak tahu hidup berjiran? Adakah menganggu ketenteraman jiran adalah perkara remeh? Tidak sama sekali.  

Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman. Nabi SAW ditanya, “Siapa, wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab, “iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman kerana perbuatannya.” (Muttafaq ’alaih).

Makanya, kita janganlah membuat pergaduhan yang akan atau boleh mengganggu ketenteraman jiran seperti bunyi suara TV, radio yang terlalu kuat, atau hilai ketawa dan gelak besar sehingga membuat jiran rasa tidak selesa lebih-lebih lagi apabila kejiranan tersebut adalah rumah bertingkat. (baca: flat dan apartmen)


21-1 yang terganggu.

Buang Bayi

Isu pembuangan bayi
[Sumber : sini, sila klik ye!]


KUCHING 23 Julai - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, isu pembuangan bayi yang semakin menular dalam masyarakat ketika ini perlu dikaji secara mendalam dengan mencari punca utama kenapa kes tersebut berlaku.  Beliau berkata, dengan hanya menyediakan tempat untuk bayi-bayi terbuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan menyelesaikan masalah tersebut sebaliknya lebih banyak usaha perlu dilakukan melalui pendekatan agama dan pengukuhan institusi keluarga.   "Seperti masalah gatal pada kulit, ia tidak mencukupi hanya dengan menyapu minyak pada bahagian yang gatal, sebaliknya kita mesti tahu kenapa kita menghadapi masalah tersebut sama ada melalui pemakanan dan begitu juga masalah bayi ini kenapa ia berlaku,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program sesi bersama pemimpin, perpaduan 1Malaysia di sini hari ini.  

Katanya kes pembuangan bayi semakin serius sejak akhir-akhir ini dan ia merupakan antara masalah utama dalam masyarakat ketika ini selain masalah penceraian rumah tangga.   Menurutnya peranan institusi keluarga yang menjadi asas utama dalam membentuk sebuah mesyarakat yang lebih maju dan bertamadun perlukan perhatian khasnya yang melibatkan pendidikan awal akhlak anak-anak.   Mashitah berkata, gaya hidup dalam sesebuah keluarga banyak mempengaruhi cara pemikiran anak-anak hari ini kerana mereka akan lebih mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang tua mereka sendiri sama ada ia perbuatan yang baik mahupun sebaliknya. – Bernama


Punca kepada Masaalah buang bayi adalah kerana Syariat Islam Tidak Diterapkan

Tidak sukar untuk memahami permasalahan isu pembuangan bayi ini; Kebanyakan bayi yang dibuang adalah anak zina. Anak zina lahir dari aktiviti perzinaan yang berlaku di antara lelaki dan perempuan. Perbuatan zina itu berlaku apabila lelaki dan perempuan yang bukan mahram terjebak dengan pergaulan bebas. Pergaulan bebas ini berlaku apabila individu yang terlibat memegang prinsip idea kebebasan dalam kehidupan sehingga mereka menganggap bercampur-gaul lelaki dan perempuan dibolehkan dengan pelbagai alasan berlandaskan akal semata-mata. Faktanya, pergaulan dan percampuran bebas ini dibenarkan oleh undang-undang negara. Jadi, kerana itulah negara yang sebenarnya merupakan punca utama idea kebebasan ini berkembang dengan suburnya.

Maka daripada rantaian di atas, kita dapat melihat bahawa kunci permasalahan adalah berpunca daripada negara. Namun, setiap kali isu sosial  muncul di dalam kehidupan masyarakat terutama yang melanda umat Islam pada hari ini maka yang hanya dipersalahkan adalah individu dan institusi keluarga. Negara dan perlembagaannya seolah-olah suci, bersih dan putih seperti kapas dan tidak boleh dipertikaikan apalagi hendak dipersalahkan. Para ulama dan cendekiawan langsung tidak pernah mengaitkan masaalah sosial dengan negara dan perlembagaannya, mengapa? Adakah mereka juga bersubahat di dalam mempertahankan sistem kehidupan hari ini yang menjadi punca kepada segala permasaalahan umat? Apabila negara pada hari ini menolak Islam sebagai suatu sistem yang mengatur kehidupan individu, masyarakat dan negara maka sudah pasti kita akan menghadapi 1001 macam masalah seperti mana yang berlaku pada hari ini. Apakah Mashitah tidak faham dengan firman-firman Allah SWT ini;

”Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”. [TMQ Al- Baqarah (2) : 85].


”Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Taha (20) : 124].

”Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. [TMQ Al-A’raaf (7) : 96].


”Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. [TMQ Ar-Ruum (30) : 41]. 

Allah SWT telah memberi jaminan bahawa apabila Islam diterapkan, sudah pasti ia akan memberi rahmat kepada sekalian alam. FirmanNya lagi;

”Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ Al-Anbiyaa’ (21) : 107].

 
Wallahualam..

= 1000 Muslimah Ukraine

Hampir 1000 Muslimah Ukraine Menghadiri Seminar Di Simperefol


altalt Dewan Teater Akademi Muzik Krimea Ukraine sekali lagi menjadi saksi kebangkitan Islam di negara bekas jajahan Kesatuan Soviet itu. Bendera liwa' dan rayah menghiasi tempat tersebut. Pada hari Sabtu yang lalu (17 Julai 2010), terdapat seramai 835 orang Muslimah Ukraine, tidak termasuk wartawan,  telah berkumpul di dewan tersebut untuk menghadiri Seminar Muslimah ke-3 yang bertemakan "Masalah Muslimah Islam dalam Masyarakat Moden."

Seminar kali ini memilih tema berkenaan isu yang menimpa kaum Muslimah pada ketika ini,  antaranya tentang pakaian Muslimah yang telah menghantui orang yang berideologi sekular. Seperti yang kita ketahui ketika ini, serangan bertubi-tubi melalui pengharaman pemakaian jilbab semakin agresif dilakukan oleh lembaga-lembaga pendidikan sekular di Eropah. Salah satu daripadanya adalah pengharaman memakai niqab di tempat-tempat awam di Belgium dan ia mungkin akan disusuli oleh di negara-negara Eropah yang lain.

Pembincangan lain meliputi perkara berkaitan serangan media yang telah membentuk pandangan negatif terhadap Muslimah seperti mula mengaitkan Muslimah dengan keganasan sepertimana yang telah berlaku beberapa tahun yang lalu. 

Selain itu, di Ukraine terdapat juga beberapa had ditetapkan terhadap kaum Muslimah. Muslimah dilarang daripada mengambil gambar dengan memakai tudung. Usaha Susanna Ismailova untuk mendapatkan kebenaran mengambil gambar  dengan memakai tudung hanya menemui jalan buntu.  Dia kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Bagi umat Islam, perintah Allah SWT mengatasi segala-galanya. Pakaian Muslimah seperti khimar (tudung) dan jilbab (pakaian daripada bahu ke bawah) adalah perintah Allah. Oleh sebab itu, kaum Muslimah menyatakan bahawa mereka telah bersiap sedia untuk  menerima segala risiko atas pemakaian jilbab dan teguh  mempertahankan pendirian yang disandarkan pada  keimanan terhadap Allah SWT.

Antara tajuk yang dibahaskan dalam seminar Muslimah itu adalah, "Pakaian syariah, kewajipan kaum Muslimah kepada Allah SWT" yang disampaikan oleh Zachitany Janikowo Elvira. (Graduan Universiti Marmara, Istanbul)

Ini diikuti dengan tajuk "Peranan Media dalam Membentuk Pandangan Negatif  Terhadap Islam dan Kaum Muslimah" yang disampaikan oleh Zudievoy Lutfi  (Graduan Kimia Krimea). Selain itu, mereka juga membincangkan tentang masalah khimar dalam undang-undang kontroversi demokrasi di Ukraine.

Di akhir seminar tersebut , beberapa resolusi telah dibuat. Antaranya mereka menegaskan bahawa kaum Muslimah di Krimea dan Ukraine telah menyedari bahawa satu-satunya jalan yang benar untuk mengembangkan dan mendidik generasi akan datang dengan cara yang tepat adalah melalui kebangkitan agama mereka.

Sebelum itu, satu seminar tentang isu Muslimah juga telah diadakan di London oleh Hizbut Tahrir Britain pada awal bulan Julai bertujuan untuk menonjolkan identiti mereka sebagai seorang Muslimah. [baca: Konferensi Anak Muda Muslimah di London Pertegas Identitas Muslimah Abad 21].

Demikianlah keberanian Muslimah di Eropah dalam menonjolkan identiti mereka sebagai seorang Muslimah. Kaum Muslimah di negara ini sepatutnya merasa malu. Kenapa?  Kerana di kala kaum Muslimah di negara barat diberi tekanan dan serangan dangan bertubi-tubi, tetapi mereka di sana tetap bangkit dan terus berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Bagaimana pula dengan wanita 'Muslim' di negara ini? Ramai di kalangan mereka yang bukan sahaja memperlekehkan Islam dengan mendedahkan aurat dengan cara yang hina, malah bertingkah laku sama sepertimana orang kafir. Muslimah di negara barat merasa bangga menjadi seorang Muslimah serta berpegang teguh dengan ajaran Islam. Sudah tiba masanya kaum Muslimah kembali bangkit dan memegang teguh ajaran Islam, kerana Allah akan pasti menyelamatkan mereka, insyaAllah.

Sumber : sini 

Nota : Bilalah agaknya para muslimah di Malaysia akan sebegini mindanya? Benar-benar menghadirkan diri dalam majlis-majlis intelektual begini.

Realiti Bilangan Umat Islam Dunia.. Mari Hitungkan!!!

Saudi Arabia  - 20 juta orang Islam
Oman - 3 juta orang Islam
Jordan - 5 juta orang Islam
Algeria - 30 juta orang Islam
Lebanon - 4 juta orang Islam
Kuwait - 2 juta orang Islam
Yaman - 16 juta orang Islam
Bahrain -  1 juta orang Islam
Moroko - 30 juta orang Islam
Libya - 6 juta orang Islam
Iraq - 24 juta orang Islam
Mauritania - 3 juta orang Islam
Syria - 17 juta orang Islam
Somalia - 7 juta orang Islam
Jibouti - 500 ribu orang Islam
Sudan - 35 juta orang Islam
Tunisia - 10 juta orang Islam
Qatar - 1 juta orang Islam
U.A.E - 3 juta orang Islam
Mesir - 70 juta orang Islam
Palestin - 6 juta orang Islam

Penduduk dunia Arab 300 juta orang Islam
Di Palestin hanya ada 5 juta Yahudi

Tunggu apa lagi...???

Masak-masak Lagi..

Asam pedas 
1) ikan bawal putih bersama terung bulat + bendi

Asam pedas 
2) ikan merah bersama bendi

Jantung pisang celur + sambal pennyedap

Gulai cair nenas ikan selar kuning.

Apa Nak Jadi...

Bismillahirrahmanirrahim..

Acapkali rasanya saya menulis tentang ini. Acapkali juga saya mendengar. membaca dan melihat kejadian sebegini. Di manakah titik penghujungnya? Atau sepatutnya soalannya sebegini, "mengapakah ini terjadi?" Persoalan demi persoalan sentiasa memenuhi ruang kotak fikiran. Namun, mengapakah tiada jawapan yang diberikan mengatakan bahawa, "..kerana sistem Islam tidak diterapkan. Kerana penyelesaian yang diambil adalah dengan mengambil undang-undang sekular yang ada." Jawapan ini tidak akan pernah didengar oleh umat melalui media massa atau seorang pemimpin yang benar-benar mahukan Islam dilaksanakan.

Semalam telah berakhirnya 1sejarah yang melibatkan pelajar-pelajar universiti. Dan hari ini, pelbagai aksi telah di'upload' di laman sosial untuk tatapan teman-teman dan kaum keluarga. Sungguh memalukan bagi saya. Dan bagi mereka yang tidak tahu malu, macam tiada apa-apa perasaan. Sungguh! Lebih-lebih lagi apabila saya telah membaca luahan seorang wanita tentang parahnya isu ini. Maka, entri ini adalah untuk menegur rakan-rakan yang telah berkelakuan tidak syar'i (lemah sunggu iman saya ini, huhuhuhu). Juga buat para penulis, pembaca dan pendengar yang amat cintakan agama Islam. Dan pedoman serta ingatan buat sahabat-sahabat yang tidak ingin memaksiati Allah SWT.

Saban hari kita didedahkan dengan pelbagai kisah yang menceritakan wanita sentiasa menjadi mangsa penganiayaan samada secara paksa atau sukarela yang membabitkan kes rogol, sumbang mahram, penderaan, masalah sosial remaja, ekploitasi, zina sehingga melahirkan anak luar nikah yang akhirnya membawa kepada gejala pembuangan bayi dan pelbagai lagi permasalahan.

Semua ini berlaku kerana wanita kini hidup di dalam Sistem Kapitalisme yang bertunjangkan kepada sekularisme iaitu memisahkan agama daripada kehidupan secara total yang mana impaknya sistem rosak ini telah melenyapkan kemuliaan dan merendahkan martabat wanita. Sistem yang rosak ini pula cuba mencari penyelesaian kepada permasalahan ini dengan memberikan penyelesaian ‘tampal sulam’ yang tidak menyelesaikan masalah malah lebih memburukkan lagi keadaan seperti memperjuangkan hak-hak wanita, melancarkan kempen-kempen kesedaran, menubuhkan rumah atau pusat perlindungan wanita dan juga memperkenalkan pendidikan seks di sekolah-sekolah.

Syariat Islam telah memuliakan dan meninggikan martabat wanita serta menjamin keselamatan wanita. Syariat Islam telah menggariskan segala peraturan dan hukum- hakam berkaitan wanita seperti keterbatasan pergaulan lelaki dan wanita, menghalalkan hubungan lelaki dan wanita hanya dengan pernikahan, pengaturan pakaian Muslimah iaitu jilbab dan khimar, larangan bertabarruj dan perintah kepada lelaki supaya menundukkan pandangan serta  memberikan hak kepada wanita untuk berpolitik.  Wanita juga mempunyai kewajipan dan hak dalam Islam iaitu wanita berkewajipan menuntut ilmu dan mempunyai hak untuk berpolitik. Ini kerana kedua-duanya merupakan sesuatu yang sangat penting .

Setiap wanita mestilah menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu atau menyampaikan Islam kepada orang lain. Seterusnya dengan ilmu itulah, wanita mampu berpolitik iaitu dengan mengambil tahu urusan umat. Sesungguhnya permasalahan umat kini hanya dapat diselesaikan dengan menerapkan Syariat Islam secara keseluruhannya. Syariat Islam pula hanya boleh diterapkan dengan adanya Negara iaitu Khilafah Islamiyah yang mengatur dan mengurusi urusan umat melalui Sistem Pemerintahan, Sistem Pendidikan, Sistem Sosial, Sistem Uqubat, Sistem Ekonomi dan lain-lain yang berlandaskan kepada hukum Syara’. Oleh yang demikian, mendirikan Khilafah Islamiyah sehingga terterapnya hukum Syara’ adalah suatu kewajipan bagi setiap wanita dan umat Islam keseluruhannya.    

Wahai kaum Muslimin!! Ayuh! Keluarlah dari kepompong yang selama ini membelenggu kita dan bebaskanlah diri kita dari sistem yang rosak ini. Laksanakanlah Islam, berusahalah untuk mengembalikan Islam dalam kehidupan kita agar kita benar-benar dapat menggapai semula gelaran umat terbaik!!

Lagi artikel, ulasan dan bahan bacaan yang wajib dibaca untuk menajamkan pemahaman anda. Jangan lupa, baca ye.

1) Guru turut terganggu baju kurung putih yang terlalu jarang 
2) Gejala Sosial Yang Begitu Membimbangkan 
3) Laporan Seminar Terbuka Selamatkan Wanita Dengan Syariat
4) SN025 - KEGAGALAN SISTEM KAPITALISMA MENANGANI MASALAH SOSIAL
5) Permasalahan Sosial - Sampai Bila??
6) Kes remaja hamil kronik (luahan seorang wanita tentang kerisauan akan isu ini) [sila klik!]
7) Lain-lain yang berkaitan. (sini, dan sini )

Special Post : Ramadhan Giveaway

Assalamualaikum wbt,

Seperti biasa, saya akan menjengah dan membaca entri-entri di blog Keluargaku Sayang. Setiap hari ada sahaja update terkini daripada tuan blog. Thanks, kakchik. Malam nih saya jengah lagi ke blog tuh lagi. Ada berita terbaru and it seems like a good new for me, i think. =D

The good new is...tadaaaaaaaaaaaaaaa


Kepada sesiapa yang sudi nak sertai Ramadhan Giveaway nih, berikut adalah syarat-syaratnya :

  1. Meletakkan LOGO RASMI di atas di sidebar blog anda dengan dipautkan ke blog ini.
  2. Meninggalkan KOMEN MEMBINA di bawah post ini untuk TOPIK 'Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?'
  3. Peserta yang sudi membuat post khas mengenai 'Ramadhan Giveaway' ini di blog masing-masing insyaallah akan mendapat bonus istimewa dengan syarat anda meninggalkan URL di KOTAK KOMEN di bawah.
  4. 5 Pemenang akan dipilih secara rawak kerana semua jawapan adalah betul. Kakchik akan cetak setiap jawapan dan buat cabutan (divideokan nanti, insyaallah). Hanya KOMEN MEMBINA diambil kira.
  5. Tarikh tamat 'Ramadhan Giveaway' ini ialah pada 31hb. Julai 2010 jam 7.00 petang waktu Malaysia.
  6. Tulis email anda di bawah jawapan supaya senang dihubungi jika anda MENANG.
Mudahkan syarat-syaratnya? Sungguh mudah bagi yang sudi dan berminat.. Tehee.. Tapi saya juga masih tertanya-tanya, mengapa mesti ada syarat untuk apa-apa penyertaan? B-) Siapa yang sudi menjawab bagi pihak diri ini?

Apapun, setiap giveaway mesti ada hadiahnya kan. Untuk ketahui dengan lebih lanjut apakah hadiah-hadiah yang bakal diterima oleh para pemenang, sila ke blog kakchik ye. Thank you!!

Kesilapan Lenin di dalam mengkaji masyarakat Kapitalis

Assalamulaikum sahabat seperjuangan sekalian,

Apa khabar anda malam ini? Semoga sihat hendakNya. Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan berkenaan dengan penjajahan. Saya mendapat maklumat ini melalui emel yang dihantar oleh seorang sahabat. Sama-sama kita menajamkan ilmu yang ada. InsyaAllah..


Di dalam Mafahim Siyasah Hizbut Tahrir, muka surat 15, dinyatakan bahawa ‘Penjajahan itu bukanlah seperti kata Lenin, yakni “tahapan tertinggi di antara tahapan-tahapan kapitalisme”, melainkan bagian integral dari pandangan hidup kapitalisme’.

Vladimir Lenin mengatakan bahawa Imperialism (penjajahan) adalah tahap yang tertinggi di dalam ideologi Kapitalism. Beliau membuat kajian terhadap masyarakat, yakni bagaimana masyarakat berubah (ber-evolusi) daripada masyarakat pertanian, perlombongan dan penternakan, menjadi masyarakat yang lebih maju dengan adanya industri-industri yang dibantu dengan bank-bank yang memberikan pinjaman kewangan untuk industri berkembang. Industri sahaja tidak mencukupi untuk mengeluarkan pelbagai produk barangan, tetapi mesti juga disertai dengan bahan mentahnya. Setelah berlakunya perkembangan industri yang pesat, sektor industri digunakan untuk memajukan ketenteraan. Dan seterusnya disebabkan oleh pemintaan yang tinggi terhadap bahan mentah, maka negara atau masyarakat tersebut akan melakukan penjajahan ketenteraan ke atas negara lain untuk mendapatkan bekalan bahan mentah untuk kegunaan industri mereka. Ini menurut pandangan Lenin yang membuat kesimpulan suatu masyarakat atau negara Kapitalis akan menjadikan penjajahan sebagai tahap tertinggi atau tahap terakhir bagi ideologi Kapitalis tersebut.

Tetapi Lenin membuat kesilapan di dalam mengkaji suatu masyarakat, yakni bagaimana masyarakat berubah daripada masyarakat tahapan rendah kepada masyarakat tahap tinggi (mesyarakat atau negara penjajah). Beliau tidak mengkaji bagaimana ideologi yang sebenarnya bertanggungjawab untuk mengubah suatu masyarakat. Beliau mengatakan bahawa penjajahan adalah suatu natijah ideologi Kapitalism. Seolah-olah mengatakan bahawa masyarakatlah yang membentuk ideologi itu, iaitu daripada masyarakat yang mempunyai dana (Capital) menjadi masyarakat penjajah atau negara penjajah. Tetapi pendapat beliau adalah tidak tepat. Sebab negara yang kedua terkaya di dunia sekarang ini iaitu Jepun bukanlah suatu negara penjajah sekarang. Negara ketiga terkaya di dunia seperti Jerman sekarang ini yang mempunyai industri besar dan maju, malah yang pernah bertanggungjawab meletuskan perang terbesar di dalam sejarah manusia di Eropah, sekarang ini juga bukanlah suatu negara penjajah.

Pendapat Hizbut Tahrir berbeza dengan pendapat Lenin. Hizb mengkaji ideologi (pemikiran) yang membentuk masyarakat (di dalam buku Nizham Islam, bab 3), dan membuat kesimpulan bahawa penjajahan adalah intipati (essence) ideologi Kapitalis, dan bukan seperti pendapat Lenin yang mengatakan bahawa penjajahan adalah natijah (hasilan) ideologi Kapitalism. Pendapat Hizb mengatakan ideologi adalah yang membentuk masyarakat, bukan sebaliknya. Disebabkan ideologi yang mempunyai akidah adalah merupakan qiyadah fikriah bagi sesuatu masyarakat atau negara yang mendukung ideologi tersebut. Maka sekiranya Sekularism adalah akidah sesuatu masyarakat dan negara, yang memberikan janji-janji kebebasan tingkah laku, maka negara tersebut akan melakukan sesuka hati mereka, seperti menjajah, merompak, mengeksploitasi, menipu, menyeleweng dll. Dan inilah sebab yang menjadikan negara-negara Kapitalis Eropah menjadi penjajah yang menjajah benua-benua Amerika, Asia dan Afrika. Berlainan semasa Perang Salib, di mana pendudukan Eropah ke atas wilayah Palestin adalah di atas sebab-sebab keagamaan, dan bukan penjajahan. Sekiranya penjajahan adalah merupakan sebab terpenting oleh tentera Salib Eropah bergerak ke Timur Tengah, maka mereka sudah tentu tidak berminat terhadap Al-Quds yang tanahnya kering kontang di mana hanya pohon zaitun, pohon kurma yang pohon tiin boleh tumbuh subur, sebab banyak lagi kawasan yang kaya dengan tanah pertanian yang subur seperti Lembah Nil, Tigris-Euphrates atau Tasik Tiberias (Sea of Galilee) di Timur Tengah yang boleh mereka jajah untuk mengambil kekayaan dari kawasan tersebut.

Pemencilan Amerika Syarikat

Keadaan Amerika Syarikat setelah penubuhannya pada 1776 setelah mengalahkan tentera British, bermula dengan suatu period atau jangka masa “tiada campurtangan” (non-interventionism) dan “memencilkan diri” (isolationism) yang termaktub oleh suatu doktrin yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, James Monroe pada 1823 yang dinamakan sebagai Doktrin Monroe. Doktrin tersebut menyatakan segala campurtangan dan penjajahan negara-negara penjajah Eropah di benua Amerika Utara, Amerika Selatan dan juga Amerika Tengah adalah suatu intervensi ketenteraan (military aggression) yang perlu dibalas oleh Amerika Syarikat dengan secara tindakan ketenteraan juga untuk mempertahankan benua tersebut daripada penjajahan Eropah. Doktrin tersebut juga menyatakan bahawa Amerika Syarikat tidak akan campurtangan di mana-mana negara di benua Eropah, dan mana-mana negara koloni penjajah Eropah di luar daripada benua Amerika Utara, Amerika Selatan dan juga Amerika Tengah. Seolah-olah seperti seorang sufi yang bertapa di dalam guanya sendiri dan hanya melihat kepada keadaan di dalam gua tersebut tanpa menghiraukan keadaan di luar.

Perang Amerika-Mexico

Apabila Mexico mendapat kemerdekaan daripada Sepanyol pada awal kurun ke-19, iaitu diiktiraf pada 1821, AS telah berperang menentang Mexico pada tahun 1846-1848 dan pendudukan oleh tentera AS di kota Mexico City, menjadikan AS menguasai wilayah-wilayah seperti Texas, California, Nevada, Utah, and sebahagian daripada Colorado, Arizona, New Mexico, and Wyoming menerusi perjanjian Guadalupe-Hidalgo, di mana AS bersetuju membayar sejumlah wang kepada Mexico sebagai “pembelian” wilayah-wilayah tersebut dan juga kerana telah menang peperangan menentang Mexico. Sebab itulah beberapa nama kota-kota di wilayah-wilayah tersebut seperti Los Angeles, San Francisco, San Diego, El-Paso (Texas), Las Vegas dan Santa Barbara adalah asalnya nama-nama Sepanyol. Ini menyebabkan Mexico kehilangan lebih separuh (55%) daripada wilayahnya kepada AS selepas perjanjian Guadalupe-Hidalgo. Menurut Doktrin Monroe yang menyatakan AS akan menentang sebarang campurtangan luar ke atas benua Amerika, tetapi perang ke atas Mexico dengan merampas wilayah-wilayah Mexico dilihat sebagai strategi mahu membesarkan wilayahnya dan mengukuhkan AS sebagai negara terkuat di benua Amerika Utara, Selatan dan Tengah. Sehingga sekarang seramai 12% daripada penduduk AS adalah terdiri daripada etnik Mexico dan kebanyakan mereka menetap di wilayah-wilayah yang dirampas oleh AS semasa perang AS-Mexico pada pertengahan kurun ke-19.

Perang Amerika-Sepanyol

Walaupun AS menyatakan bahawa ianya tidak akan campurtangan di mana-mana negara Eropah, AS pernah berperang menentang Sepanyol di Philippines dan mengalahkan tentera Sepanyol dari terus menjajah Philippines pada tahun 1898. Akibatnya Philippines telah jatuh ke tangan AS sehinggalah tentera Jepun menduduki Philippines pada Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1898 juga terjadi peperangan AS menentang Sepanyol di kawasan-kawasan Amerika Tengah yang menjadikan Guam, Puerto Rico dan Cuba dibebaskan daripada penjajahan Sepanyol. Sepanyol adalah negara pertama yang AS berperang, dan kekalahan Sepanyol serentak di benua Amerika dan di Asia adalah juga disebabkan oleh kekalahan dan jatuhnya Sepanyol ke tangan tentera Peranchis pimpinan Napoleon di Eropah dan oleh itu melemahkan pendudukan Sepanyol di koloni-koloninya di Amerika Tengah dan di Philippines. Peperangan menentang Sepanyol di benua Amerika Tengah dan Selatan dilihat mahu menamatkan penjajahan Sepanyol untuk melaksanakan Doktrin Monroe, iaitu menurut Doktrin tersebut adalah untuk menamatkan suatu kuasa penjajah Eropah di benua Amerika

Tamatnya zaman pemencilan diri AS

Pemencilan AS daripada luar benua Amerika berakhir sehinggalah negara tersebut melibatkan diri di dalam Perang Dunia Kedua dan kemenangannya di dalam Perang Dunia Kedua telah menjadikannya sebagai negara Kapitalis utama yang menjalankan penjajahan secara langsung dan tidak langsung. Sejak penubuhannya pada tahun 1776, negara tersebut adalah negara sekular dan negara Kapitalis, cumanya bukan negara Kapitalis utama yang mengembangkan ideologinya dan menjalankan penjajahan di merata dunia. Sekarang orang sufi tersebut yang bertapa di dalam gua tersebut sudah mendapat pemikiran baru, dan pemikiran baru tersebut menjadikan dia perlu keluar daripada gua tersebut (atau seperti seekor katak yang keluar dari tempurungnya) ke dunia luar dan melakukan penjajahan ke dunia luar.

Daripada sejarah AS, penglibatan mereka di peperangan menentang Mexico dan menentang Sepanyol di benua Amerika sendiri, AS adalah sebuah negara perindustrian yang mempunyai industri yang membina kapal perang sendiri untuk berperang menentang armada Sepanyol. Tetapi industri tersebut tidak menjadikan negara tersebut sebagai sebuah negara penjajah seperti Britain dan Peranchis yang menlakukan penjajahan di luar benuanya sendiri. Sama juga industri Jepun sekarang langsung tidak menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai negara penjajah, tetapi sebaliknya Jepun dan Korea Selatan yang banyak dijajah oleh AS dari segi ketenteraan dan ekonomi. Ini satu lagi fakta yang bertentangan dengan pendapat Lenin yang menyatakan bahawa negara Kapitalis yang maju merupakan negara penjajah yang meletakkan penjajahan sebagai tahap tertinggi atau tahap terakhir ideologi tersebut.

Oleh itu ideologi sebenarnya yang mengubahkan masyarakat, dan oleh itu penjajahan adalah suatu intipati bagi ideologi Kapitalis. Penjajahan bukan merupakan natijah daripada ideologi Kapitalis. Dan sebuah masyarakat Kapitalis atau negara Kapitalis yang menjadikan ideologi Kapitalis itu mencapai tahapnya yang tertinggi melalui penjajahan adalah suatu pendapat yang tidak tepat.

Bagaimana keadaan China?

Bermulanya China sbagai negara Komunis pada tahun 1949, setelah parti Nasionalis berundur ke Formosa (Taiwan) tidak menjadikannya sebagai negara utama pengembang ideologi Komunis. Semasa kurun ke-15 dan 16, China pernah mempunyai kapal-kapal sangat banyak bilangannya sehingga mencecah beberapa ribu buah telah belayar ke segala pelusuk lautan dunia, seperti disiarkan di dalam suatu rencana daripada National Discovery Channel, tetapi kapal-kapal tersebut tidak menjalankan penjajahan di serata dunia tetapi hanya sebagai melawat dan berdagang. Malah ada teori yng mengatakan kapal-kapal China telah sampai dahulu ke benua Amerika Utara sebelum Christoper Columbus sampai ke benua tersebut. Setelah China belayar ke seluruh lautan dunia berdagang dan melakukan lawatan, secara tiba-tiba Maharaja China memerintahkan seluruh kapal ditunda untuk balik semula ke China dan bermulalah zaman pemencilan China sejak kurun ke-16, sepertimana AS melalui zaman pemencilannya semasa Doktrin Monroe.

Tetapi AS berjaya keluar daripada tempurungnya dan menakluk dunia, maka sekiranya China juga melaksanakan akidah ideologi Kapitalis secara qiyadah fikriah, maka sesungguhnya China akan juga keluar daripada rantaunya melakukan penjajahan. Sekarang China masih melaksanakan ideologi Kapitalis secara sedikit demi sedikit untuk menggantikan ideologi Komunisnya yang lama. Buktinya penswastaan semasa Komunis telah dilarang keras oleh negara, tetapi pada masa ini penswastaan telah dilakukan mengakibatkan ramai di kalangan rakytnya berjaya menjadi jutawan.

Secara kesimpulannya ideologi Kapitalis tidak mengenal warna kulit, etnik, keturunan dan agama sesuatu masyarakat, tetapi sesiapa sahaja yang melaksanakan akidah ideologi Kapitalism (Sekularism) sebagai qiyadah fikriah, maka merekalah akan menjadi masyarakat penjajah, tidak kira sama ada mereka adalah orang Eropah, Arab, Pakistan, India, China, Jepun atau lain-lain.

menang Kamera Digital



Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com


Tuanku dukacita Nik Aziz tidak hadir

Google Image

Tuanku dukacita Nik Aziz tidak hadir


KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menzahirkan rasa dukacita dan kekecewaan baginda terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak hadir menyambut keberangkatan pulang baginda dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkata, Tuanku Sultan juga menzahirkan perkara yang sama terhadap Exco-Exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias dan Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

"Tindakan ini adalah satu tindakan yang amat biadap dan diharapkan tidak berulang lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Istana Mahkota di sini semalam.

Tengku Muhammad Fakhry memberitahu, Tuanku Sultan berada dalam keadaan kesihatan yang amat baik.
Jelasnya, berdasarkan laporan terkini pemeriksaan doktor-doktor pakar di Singapura, baginda mempunyai keupayaan minda dan fizikal yang baik dan boleh membuat keputusan dengan lebih baik.

"Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menzahirkan terima kasih baginda kepada rakyat Kelantan yang sentiasa mendoakan Tuanku selamat sembuh dan selamat kembali daripada menjalani rawatan susulan di Singapura," ujarnya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Sultan Kelantan, Kolonel Dr. Amir Ramli menasihatkan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai tahap kesihatan Sultan Kelantan.

Menurutnya, perkara tersebut dititahkan oleh Tuanku Ismail kepada beliau selepas pulang mengikuti rombongan perubatan baginda di Singapura semalam.


Komen : Mesti bersebab kenapa TGNA tidak menghadirkan diri di Lapangan Terbang Sultan Ismail. Dan beliau mesti mempunyai alasan yang kukuh. Mengapa pula nak menyambut keberangkatan pulang Baginda? Rakyat sentiasa mendoakan sultannya. Tapi adakah Sultan ada mendoakan akan kesejahteraan rakyat???!!!

Sedangkan Islam mengajar bahawa kewajipan seorang pemimpin adalah untuk menjaga kebajikan rakyat dan mengatur hal ehwal mereka, tidak kiralah parti apa yang dimasuki rakyatnya, atau yang tidak mempunyai parti atau bahkan jika rakyatnya kafir sekalipun. Selama mana mereka adalah rakyat, maka kewajipan bagi pemimpin/pemerintah untuk menjaga mereka. Sabda Rasulullah saw,

“Imam (pemimpin) itu pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas orang yang dipelihara (rakyat)nya” [HR Muslim]

Menurut Imam Nawawi dalam Syarah Muslimnya, perkataan al-ra’i dalam hadis ini bermaksud pemimpin atau pemelihara yang diberikan amanah dan tegas dalam menjalankan amanahnya sebaik mungkin bagi memastikan kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan apa yang diamanahkan kepadanya sama ada dari segi kehidupan keduniaan dan keagamaan atau keakhiratan dan lain-lain perkara yang bersangkutan dengan kedua-duanya.

Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya.[HR al-Hakim]

Apabila Aku Terpaksa Suka Akan Sports..

Saya cuba nak update, tapi saya tak pandai sangat meng'update' yang simple like my daily life. Huhuhu.. Kadang-kadang saya cemburu apabila ada sesetengah blogger yang begitu tegar meng'update' blog mereka. Biarpun auto publish, tapi mereka update beberapa post setiap hari. Sungguh banyak masa mereka di depan laptop. =D

Itu hanyalah mukadimah sahaja sebagai luahan hati yang tak berapa nak diluahkan. Cerita ini sepatutnya saya taip minggu lalu. Tapi dek kerana penyakit M terlalu banyak meratah sel-sel badan, makan cerita ini dibuat pada malam ini. InsyaAllah.

Tadi member group saya hantar sms, beritahu yang pensyarah saya dah approved our title for the assignment. Tajuknya adalah Marta Bastianelli tested Postive with Fenfluramine in Olympic 2008. Italian cyclist pun saya tak pernah dengar namanya. Inilah first time. Kalaulah orang bertanya pasal sukan kepada saya, tentunya jawapan yang saya berikan hanyalah sebuah senyuman. Sesungguhnya saya tidak suka akan sukan. Tapi saya perlu suka dan saya akan suka, InsyaALLAH.. =)

Marta Bastianelli
Bukannya apa, subjek yang saya ambil nih memang berkaitan dengan sukan. Dadah Dalam Sukan. Terang-terang dah dinyatakan. Hee. Dalam bidang ini, ahli Farmasi memang terlibat sama. Sebabnya, hampir kesemua ahli sukan ternama dunia ambil dadah untuk increase performance mereka. Bila lecturer start sebut nama-nama pemain sukan terhebat dunia, ada rasa kagum kepada lecturer itu. Bila saya fikirkan semula, kenapa susah sangat saya nak ingat? Sedangkan nama-nama artis dan kehidupan mereka amat mudah untuk dihafal. Arghh, manusia yang hina.

Apapun, ahli-shli suka bukan terbaik tanpa dadah. Dadah yang membuatkan prestasi mereka hingga sampai ke puncak. Dan dadah jugalah yang menjahanamkan hidup mereka. Sebab dadah terlalu banyak kesan sampingan.

Jadi untuk assignment saya, ini antara cerita tentang Marta Bastianelli. Selamat bergembira dalam membaca dan menambahkan maklumat anda.



Sebarang komen dan idea tentang cyclist ini, sila beritahu ya. Minggu ke-12 saya perlu menghantar report dan minggu ke13 saya akan present bersama 2 orang lagi member saya. Kesimpulannya, silalah bantu saya. Thank you. ;)

Caliphate Seminar in Sydney

1000 Umat Islam Australia Menghadiri Seminar Khilafah di Sydney

Pimpinan organisasi Islam global, Hizbut Tahrir, menyeru kepada umat Islam Australia supaya memandang hina sistem demokrasi sekular dan gagasan Islam moderat sepertimana yang diseru oleh Barat. Mereka juga menyeru kepada kaum Muslimin di benua itu untuk bergabung dalam perjuangan menegakkan Khilafah. Demikian seperti yang disiarkan oleh beberapa media setelah selesai Seminar Khilafah di Sydney, Australia pada hari Ahad minggu lalu. Seramai 1000 orang telah menghadiri seminar pada kali ini. Ia suatu jumlah yang sangat besar bagi kaum Muslimin dalam sebuah negara yang bukan negara kaum Muslimin.

Menurut ahli jawatankuasa seminar tersebut, jumlah peserta yang menghadiri seminar kali ini berlipat kali ganda berbanding seminar pada tahun 2007, sehingga tidak ada sedikitpun tempat kosong. Orang tua dan muda, lelaki dan wanita, tidak ketinggalan juga anak-anak kecil turut ikut serta dalam memeriahkan seminar tersebut.

Beberapa media telah membuat liputan tentang aktiviti ini. Dalam laman sesawang News Online Australia, berita tentang seminar ini menjadi tajuk utama dengan tajuk "Islamic group's call to Muslim sparks protest 'Shun Democracy'". HeraldSun menulis tajuk utama di dada akhbar tersebut dengan tajuk "Aussie Muslims told to 'shun democracy'", manakala The Australian pula dengan tajuk "Police on guard as anti Islamists stage protest".

Campakkan Demokrasi, Taati Islam!

"Kita wajib mentaati Islam dan Islam sendiri," kata Hanif di hadapan 1000 peserta seminar di Lidcombe, Australia.

"Kita tidak boleh tertipu atau jatuh ke dalam kisah gagal dan cacat yang mengatakan satu-satunya cara untuk terlibat dalam politik adalah melalui proses demokrasi sekular. Perkara itu adalah dilarang dan haram."

Beliau mengatakan bahawa demokrasi sangat tidak sesuai dengan Islam kerana Al-Quran menegaskan bahawa Allah SWT sahaja satu-satunya pembuat undang-undang, dan kegiatan politik kaum Muslimin tidak boleh didasarkan pada "konsep sekular dan salah seperti demokrasi dan kebebasan".

Pandangannya diulangi lagi oleh pimpinan HT Australia, Wassim Dourehi. Dalam ucapannya, umat Islam diingatkan supaya tidak menyokong "mana-mana parti politik kafir", kerana manusia tidak berhak untuk membuat undang-undang.

Dourehi juga mendesak umat Islam untuk memandang hina konsep Islam moderat yang dipromosikan oleh para pemerintah Barat, termasuk "negara terkutuk ini" iaitu Australia.

"Kita harus menolak versi baru sekular ini tentang Islam," katanya. "Ini adalah ramuan yang  menyimpang daripada pemerintah Barat."

"Ini adalah suatu penyimpangan yang berusaha untuk menghapuskan aspek politik Islam dan menyempitkan keprihatinan kami. Kita harus menolaknya dan menentang siapa sahaja yang menyokong terhadap penyimpangan Islam ini."

Seminar Khilafah yang bertemakan "Perjuangan untuk Islam di Barat" ini merupakan aktiviti besar yang pertama yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir wilayah Australia sejak seminar tahun 2007, tahun di mana pengharaman terhadap organisasi ini dibuat.

HT menolak penggunaan kekerasan dalam mencapai tujuannya. Gerakan ini beroperasi secara aktif dalam lebih daripada 40 negara serta matlamatnya adalah untuk menerapkan Islam dan mendirikan negara Khilafah. 
Dicemari dengan  Bantahan Islamophobia: Perang Pemikiran Anti-Islam vs Islam

Kehadiran HT ini telah memicu kemarahan sebahagian kecil anggota Parti Proteksionis Australia (APP) yang berteriak dengan slogan anti-Islam. Mereka melakukan bantahan di luar dewan seminar dan menyatakan keperluan untuk mereka  "melindungi" cara hidup penduduk Australia. Polis sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk memisahkan kedua-dua kumpulan yang mempunyai pemikiran yang saling bertentangan ini.

Konflik yang berlaku antara APP dan HT hanya dalam masalah perang mulut, teriakan anti-Islam dan kadang-kadang membuatkan pemuda Islam berteriak dari kenderaan mereka terhadap ahli APP yang berdemontrasi. Mereka yang membenci Islam berkumpul di sebuah taman dengan meneriakkan perkataan, "Hey, hey, ho, ho, Islam harus pergi", dan "Katakan tidak kepada hukum syariah".

Salah seorang pemuda Islam berteriak kepada kumpulan APP dari kenderaannya, “Kamu adalah orang yang tidak mempunyai idea".

Nick Folkes, pemimpin organisasi APP berpendapat bahawa HT harus diharamkan di Australia dan ia mengatakan bahawa penerapan hukum syariah harus  dihalang di Australia. "Hukum syariah adalah sistem kuno yang memperlakukan wanita sebagai warga kelas dua," katanya dengan tanpa rasa malu atas kedangkalannya terhadap kemuliaan Islam.

"Kami tidak meminta mereka mengubah warna kulit atau agama, tetapi jika mereka datang ke sini, mereka harus menolak hukum syariah."

Sarah Ismail, seorang pekerja berumur 26 tahun di Syarikat Muslim Australia di Lakemba, sebelah barat Sydney, berkata bahawa dia datang ke seminar tersebut untuk menunjukkan sokongan bagi wanita Muslim untuk memakai jilbab di khalayak umum.

"Saya ingin orang tahu bahawa kita tidak dipaksa untuk menutup, tetapi ia benar-benar pilihan kita," katanya.

Sarah mengatakan bahawa dia telah melihat kemunculan idea kebangsaan di Australia terhadap umat Islam dan mengatakan bahawa orang-orang yang melakukan bantahan terhadap cara hidup umat Islam benar-benar tidak memahami Islam.

Begitulah dakwah Hizbut Tahrir yang tidak pernah kenal untuk menyerah, malah terus bergelora termasuk di negeri Barat. Islam dan Khilafah akhirnya telah menjadi perbincangan dan perdebatan di kalangan manusia. Inilah yang telah berlaku di era awal kedatangan Islam,  di mana Islam dan Nabi Muhammad SAW menjadi topik perbincangan di kalangan kaum Quraisy sehingga akhirnya pengikut Muhammad SAW terus bertambah-tambah. Perkara itu terjadi sehingglah Allah memenangkan urusan ini. Pada saat itulah berbondong-bondong manusia akan masuk ke dalam Islam. InsyaAllah, hal yang sana akan terjadi.

Sumber : sini [sila klik!]

Palestin Berdarah Kembali : Di Manakah Nokhtahnya?

Bismillahirrahmanirrahim..

2 minggu yang lalu, saya telah menghadiri satu munaaqashah anjuran Khilafah Centre dengan kerjasam Hizbut Tahrir Malaysia (HTM).Seperti biasa, slot multimedia pastinya memukau para penonton. Tidak terkecuali saya. Di bawah ini adalah antara kata-kata yang ada di dalam multimedia keluaran Medium Syiar Production.

Al-Aqsa mengharapkan, menyeru dan memanggil kaum Muslim.
Anak-anak di tanah Isra Rasulullah SAW dibunuh oleh bangsa Yahudi seolah-olah mereka bagaikan serangga, dan mereka memanggil ummah... "Lindungilah kami.."

Kaum wanita itu mencucurkan air mata mereka di Masjid Al-Aqsa.
Mereka menjadi janda. Mereka dibunuh, dan kemuliaan mereka dinodai di atas bumi mereka...
Lalu, apa yang telah dilakukan oleh kaum Muslim?

Kaum Muslim di Baitul Maqdis telah meminta pertolongan kalian.
Para pemimpin kaum Muslim yang berkhianat terhadap anak-anak umat Islam, yang mendakwa bahawa meraka adalah pengikut Rasulullah al-Mustafa SAW.
Lalu, apa yang telah dilakukan oleh kaum Muslim?

Apakah umat ini mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah?

Apakah mereka telah melakukan apa yang telah dilakukan oleh Muhammad Rasulullah SAW?

Ternyata, tidak sama sekali!
Saya bertanya kepada kalian, wahai kaum Muslim...
Saya bertanya kepada kalian..
Bagaimanakah kalian kelak akan berhadapan dengan Allah SWT di Hari Kiamat..
Ketika kalian berdiri di hadapan Allah SWT.
Zat Yang Maha Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat..

Bagaimanakah kalian akan berhadapan dengan Allah,
ketika yang bersama kalian adalah seorang anak kaum Muslim di Palestin,
Ia berkata, " Ya Allah, ya Tuhan, Aku telah meminta pertolongan dari umat Islam, namun tidak ada umat Islam yang memenuhi panggilanku.."

Sahabat sekalian boleh menonton video tersebut di youtube dengan menaip kata kunci medium syiar production atau kebiadaban israel. InsyaAllah, akan ada beberapa video yang telah dimuatnaik oleh team ini. Jadi, apakah peranan kita sebagai kaum Muslim? 

Pengembaraan Ke Dunia Kanak-kanak

Baru-baru ini saya ada ke suatu tempat yang saya sangat 'mengidam' nak pergi sejak di tahun 1 universiti. ^_^'. Masa itu, saya dah plan nak ke sana dengan seorang sahabat. Tapi bila habis je exam akhir semester, mesti rancangan itu terpaksa dibatalkan.

Sehinggalah akhir semester lepas. Saya sekali lagi merancang untuk ke sana. Saya teringin yang tak dapat dibendung. Saya survey plan tempat itu. Lokasi-lokasi yang akan kami lalui. Tempat makan untuk berehat nanti. Cara nak ke sana siap dengan bajet tambang. Saya juga dah minta keizinan abah serta wali kepada insan-insan yang akan saya bawa. Tapi beberapa hari sebelum tarikh yang dirancang tiba, abah tidak memberi izin. Saya hampa. Tapi takdelah frust menonggeng. =D

Maka, saya hentikan terus angan-angan untuk ke tempat itu. Namun, jauh di lubuk hati saya yang paling dalam, saya masih ingin ke tempat itu. Kerana tempat itu telah mengalami beberapa pembaikan. Saya sangat teruja untuk ke sana.



Bagai pucuk dicita ulam mendatang, tanpa saya duga. Satu rombongan sekolah umi akan mengadakan lawatan ke sana. Dan anak-anak cikgu boleh ikut dengan dikenakan bayaran mengikut kepala. Saya apa lagi, melompatlah keriangan kanak-kanak Ribena. ^_^" Dan yang pastinya, 'keikutsertaan' dua kanak-kanak comel ini, semestinya memeriahkan pengembaraan ke alam yang saya terokai itu.



Mereka punya keistimewaan tersendiri. Keistimewaan bagi setiap kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi tersendiri. Untuk cerita tentang kanak-kanak, akan ada post lain. Tajuknya telah difikirkan, Anak Permata Islam. InsyaAllah, kalau ada kelapangan, akan segera di'update'.

Apapun, kanak-kanak berdua ini memang petah berkata-kata. Seorang pemalu, dan seorang tak takut dengan orang tapi tetap malu-malu dan manis senyuman. Saya sayangkan mereka, Lillahi Ta'ala.

Live Conference Beirut - 18th July 2010

khilafah on livestream.com. Broadcast Live Free



Note :  For watch more videos, please click the link here.. Thank you.. =)

Sana Sini Situ ILMU.. Mari.. Mari..

Nota : Seingat saya, saya ada post pasal seminar terbuka ini. Saya maklumkan sekali lagi ye.. =)


Ini yang terbaru..



Untuk keterangan lanjut, sila layari, www.mykhilafah.com

Mengikat Hati dengan Al-Quran

Bagaimana agar kita benar-benar memegang tali Allah agar tidak tertipu dengan tali-tali yang lain?

Pertama, harus kita fahami apa tali Allah yang dimaksud dalam ayat di atas.  As-Shabuni menyatakan makna perintah Allah dalam ayat tersebut : berpegang teguhlah kalian semua dengan agama Allah dan kitab-Nya.  Janganlah kalian bercerai berai darinya dan janganlah kalian berikhtilaf dalam agama ini seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani sebelum kalian. 

Imam Ibnu Katsir tatkala menguraikan tafsir ayat tersebut mengutip pendapat bahawa tali Allah itu adalah Al-Quran berdasarkan hadits marfu’ yang diriwayatkan Al Harits Al A’war dai Ali r.a. dalam menggambarkan Al Quran:

Dia (Al Quran) itu adalah tali Allah yang teguh dan jalan-Nya yang lurus.

Imam At Thabari yang dikutip Ibnu Katsir meriwayatkan hadits dari Abi Said yang mengatakan:

Al Quran itu adalah tali Allah yang diulurkan dari langit ke bumi.

Ibnu Mardawaih meriwayatkan hadits Abdullah RA.

“Sesungguhnya Al Quran inilah tali Allah yang teguh, dan dialah cahaya yang nyata dan penyembuh yang bermanfaat, pelindung bagi orang yang berpegang teguh padanya dan penyelamat bagi orang yang mengikutinya”. 
   
Dengan demikian jelaslah bahawa tali Allah itu maksudnya adalah ajaran agama Allah (yakni Islam) dengan simpulnya Al-Quran, yang merupakan wahyunya, yang mampu mengikat siapapun di antara umat manusia yang mengimaninya dalam suatu kumpulan umat Islam.

Kedua,  agar semakin nyata ikatan dinul Islam yang bersimpulkan Al-Quran itu, maka menjadi suatu keharusan bagi kita untuk sentiasa meletakkan ayat-ayat Al-Quran itu dalam hati dan fikiran kita, agar benar-benar wahyu-wahyu Allah itu mengikat hati dan fikiran kita secara nyata.  Caranya adalah dengan sentiasa membiasakan membaca Al-Quran setiap hari. Adalah suatu kemustahilan bila kita ingin terikat dengan tali Allah tapi tidak pernah membaca Al-Quran.  Dan kenapa para sahabat Rasulullah SAW boleh kuat dalam kehidupan Islam mereka, jawabannya adalah tradisi membaca Al-Quran.  Mereka begitu cinta kepada Al-Quran dan menjadikan bacaan ibadah mereka setiap malam.  Ada di antara mereka yang mengkhatamkan Al-Quran setiap bulan, ada pula yang mengkhatamkan Al-Quran setiap minggu.  Ada sebuah riwayat yang menyatakan bahawasannya Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Abdullah bin ‘Amr hendaknya ia mengkhatamkan Al-Qur’an seminggu sekali. Demikian waktu yang digunakan oleh sejumlah sahabat Rasulullah SAW, seperti Utsman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud, atau Ubay bin Ka’ab dalam mengkhatamkan Al-Qur’an. Shahabat Utsman RA biasanya memulai bacaannya pada malam Jumaat dari Al-Baqarah hingga Al-Maidah, malam Sabtu dari Al-An’Am hingga Hud, malam Ahad dari Yusuf  hingga Maryam, malam Isnin dari Thaa Haa sampai Al-Qashash, malam Selasa dari Al-‘Ankabut sampai Shaad, malam Rabu dari Az-Zumar sampai Ar-Rahman dan malam Khamis ia sempurnakan hingga khatam.

Ketiga, selain mentradisikan membaca Al-Quran, agar semakin kuat ikatan Islam dalam hati dan fikiran kita, kita perlu mentradisikan membaca hadits Rasulullah SAW. , terlebih yang berkaitan dengan Al-Quran yang sedang kita baca.  Sehingga kita lebih jelas lagi makna dan aplikasi dari sebuah ayat sebagaimana yang pernah difahami dan diamalkan oleh Rasulullah saw., satu-satunya makhluk yang menerima dan menyampaikan Al-Quran sebagai wahyu Allah SWT. 

Selain itu, perlu kita fahami bahwa Al-Quran tidak boleh dilepaskan kaitannya dengan wahyu Allah SWT yang diungkap dalam sunnah Rasulullah SAW., baik itu ucapan beliau SAW., perbuatan beliau SAW., mahupun perbuatan sahabat yang beliau SAW diamkan.  Mengikatkan diri kepada sunnah Rasullah berati juga mengikatkan diri kepada Al-Quran yang telah memerintahkan hal itu.  Allah SWT berfirman:

“Dan apa saja yang dibawa oleh Rasul, ambillah !  Dan apa saja yang dicegah oleh Rasul, jauhilah !” 

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. Ali Imran 31).

Tentunya ketika kita berusaha menyatukan fikiran dan perasaan kita kepada Al-Quran kita harus sedar bahawa Al-Quran itu adalah firman Allah yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk petunjuk hidup manusia.  Ketika kita membaca Al-Quran tanamkanlah di hati kita bahawa kita sedang membaca surat-surat dari-Nya yang berisi perintah dan larangan-Nya, berisi petunjuk apa yang membuatnya redha atau pun murka.  Maka pengertian kita terhadap firman-Nya dan ketundukan hati kita kepada titah-Nya merupakan prasyarat agar hati dan fikiran kita menyatu dengan Al-Quran, tali Allah yang teguh.  Wallahua’lam!

Multimedia JUDI BOLA SAHAJAKAH YANG HARAM?

JUDI BOLA SAHAJAKAH YANG HARAM? PART 1



JUDI BOLA SAHAJAKAH YANG HARAM? PART2



Nota : Semoga kalian terbuka minda dan semoga bermanfaat.. InsyaAllah..

Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Nota : Hanya kepadaNya kupanjatkan syukur. Segala perbuatanku hari ini dipermudah. Ameen.

Setiap kejayaan pasti didahului dengan kegagalan. Dengan tekad dan azam baru serta bersandarkan kepada ayat Al-Quran, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kau itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" (QS Ar-Ra'd [13]: 11) saya mengorak langkah baru, insyaAllah.


Kegagalan lalu memberi saya ruang untuk saya memperbaiki kelemahan saya sebagai insan biasa. Atas dorongan dan motivasi mentor, pensyarah serta insan-insan tersayang, saya melangkah ke hadapan. Melangkah ke hadapan dengan pantas tanpa membiarkan laluan lepas menghantui diri. Biarpun saya tahu onak dan duri bakal menerjah, saya akan kuatkan semangat dengan pertolongan Ilahi. 

Apa yang saya pinta kepada sahabat-sahabat dan para pembaca, doakan saya agar saya dapat menunaikan impian insan-insan tersayang itu. Tidak ingin lagi saya melihat kerutan di wajah mereka. Tidak ingin saya merenung wajah itu dengan harapan kosong. Kini, segala-galanya mungkin. Wajah-wajah itu memberi harapan yang tinggi buat saya.

Tinggal empat semester saya di universiti. Maka, 4 semesterlah saya perlu struggle untuk mendapatkan kembali apa yang telah saya lepaskan sepanjang 5 semester lalu. Saya perlu bersedia mental dan fizikal untuk segala perkara yang bakal saya tempuhi. InsyaAllah.

Perjumpaan dengan mentor saya memberi peluang buat saya menggenggam azam. Azam baru kerana saya mempunyai plan B. Semoga segalanya diberkati ALLAH SWT. Buat Abah, impian itu akan kuhadiahkan buatmu. :'(

Memartabat Institusi Tahfiz

Gambar hiasan dari Google Image.
Memartabat institusi tahfiz

KUALA LUMPUR 27 Jun - Kerajaan mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha memartabatkan golongan penghafaz al-Quran dan institusi tahfiz di negara ini apabila menubuhkan Dewan Huffaz Kebangsaan.  Pelancaran institusi itu yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Muktamar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini membuktikan kesungguhan kerajaan meletakkan golongan huffaz pada kedudukan sewajarnya. Jamil Khir pada sidang akhbar selepas itu berkata, antara tujuan penubuhan institusi itu adalah untuk membantu penuntut-penuntut maahad tahfiz swasta dan persendirian mendapatkan sijil yang diiktiraf.  "Dengan kejayaan kita melancarkan penubuhan Dewan Huffaz Kabangsaan ini, insya-Allah kita akan memperkenalkan Sijil Khatam Hafazan. Secara asasnya, melalui sijil ini masalah ketidakseragaman sijil serta sijil tidak diiktiraf dapat diselesaikan.   "Ini bermakna setiap hafiz al-Quran yang menyelesaikan pengajian mereka di mana-mana madrasah atau institusi yang tidak diiktiraf berpeluang menduduki ujian untuk mendapatkan sijil tersebut bagi membolehkan mereka diberi pengiktirafan akademik yang sepatutnya,'' katanya. 


Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.  Jamil Khir berkata, di peringkat ini Darul Quran Jakim yang merupakan urus setia bagi institusi berkenaan sedang memperincikan syarat-syarat yang membolehkan penuntut maahad tahfiz swasta dan persendirian mengambil ujian berkenaan.  "Sudah tentu syarat-syarat tersebut tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu antara lain mengambil kira pencapaian akademik.  "Selain melibatkan institusi swasta dan persendirian di negara ini, ia turut membabitkan para huffaz yang menjalani pengajian tahfiz di institusi-institusi luar negara yang tidak diiktiraf,'' katanya lagi.  Terdahulu di dalam ucapannya Jamil Khir berkata, institusi tersebut berperanan mengumpulkan para huffaz dan institusi tahfiz seluruh negara di dalam satu wadah rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan.  "Dengan adanya penyatuan tersebut ia memberi kelebihan untuk kita menggunakan setiap kebolehan dan kelebihan mereka dalam memberi sumbangan kepada umat Islam lain melalui kaedah yang lebih tersusun dan bersistematik. "Saya juga memberi jaminan bahawa penubuhan dewan ini bukan untuk mengawal atau mencampuri urusan pentadbiran dan sukatan madrasah masing-masing tetapi untuk memartabatkan lagi bidang tahfiz di negara ini,'' katanya lagi. Dalam pada itu beliau berkata, jumlah penghafaz al-Quran yang selesai menghafaz 30 juzuk al-Quran di seluruh negara dianggarkan antara 5,000 hingga 6,000 orang.  "Angka ini berdasarkan kewujudan 281 institusi tahfiz yang disahkan. Bagi institusi tahfiz kelolaan kerajaan sama ada oleh Jakim atau negeri, jumlah penghafaz yang direkodkan ialah 2,908 orang,'' ujarnya.  Sementara itu beliau berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jawi akan meneruskan usaha memberi sagu hati RM6,000 setahun kepada penghafaz 30 juzuk al-Quran.


Sumber: Utusan Malaysia 28/06/10


Al-Quran: Di antara Keutamaan Dan Kewajiban

Umat Islam hari ini sering gagal untuk melihat sesuatu perbuatan itu dari sudut keutamaan mahupun kewajiban. Sebagai contoh, pemahaman umat hari ini terhadap al-Quran. Membaca al-Quran termasuk menghafaznya adalah di antara amal-amal yang diutamakan perbuatannya. Ia dianjurkan dan status hukumnya adalah mandub. Namun begitu, suatu perkara yang sering dilupakan oleh umat Islam hari ini adalah mengenai kewajiban untuk melaksanakan isi dan tuntutan yang terkandung di dalam al-Quran itu sendiri. Setiap individu, parti politik mahupun negara mempunyai taklif hukum tertentu yang terbeban kepada setiap pihak masing-masing. Sebagai contoh, apa yang berkaitan dengan ayat hukum atas kesalahan berzina yang secara qat’ie dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah an-Nuur ayat yang ke 2. FirmanNya:


”Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. [TMQ An Nuur (24) : 2].

Membaca ayat tersebut akan diganjari oleh Allah SWT dengan pahala manakala melaksanakan perintah ayat tersebut adalah wajib bagi pemerintah. Faktanya dan kenyataannya hari ini ialah, apakah hukuman zina ini diterapkan di Malaysia hari ini? Sewajarnya umat Islam terutamanya para pemerintah umat Islam memahami perkara ini mengikut pandangan Islam yang benar agar mereka tidak terkeliru dalam membezakan antara amal yang diutamakan dan yang menjadi kewajiban. Satu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama ialah jika jumlah para huffaz di Malaysia dianggarkan antara 5,000 hingga 6,000 orang, di mana ianya adalah suatu jumlah yang cukup ramai namun isunya ialah berapa banyakkah tuntutan al-Quran itu dilaksanakan oleh pihak pemerintah hari ini? Bukankah kita diperintahkan dan diwajibkan menerapkan seluruh perintah Allah SWT sesuai dengan firmanNya:

”Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. [TMQ al-Baqarah (2) :208].

Dengan itu, kita ingin mengingatkan pemerintah yang ada pada hari ini agar mereka tidak hanya berebut-rebut meraih keutamanan dan melupakan serta mengabaikan kewajiban terhadap al-Quran - menerapkannya dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Begitu juga kepada kepada para huffaz yang ada pada hari ini, setelah kamu meraih keutamaan terhadap al-Quran itu dengan membaca dan menghafaznya adalah menjadi kewajiban kepada diri-diri kamu untuk memperjuangkan isi al-Quran yang kamu hafaz itu agar ia dapat dibumikan dalam kehidupan umat ini dalam konteks individu, masyarakat dan negara. Ini tidak akan dapat dilakukan tanpa tertegaknya negara Islam, yakni Daulah Khilafah. Ketahuilah bahawa al-Quran itu adalah petunjuk bagi manusia dan Allah SWT mengingatkan umat manusia agar tidak mengabaikan isi kandungannya. ”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. [TMQ Al Baqarah (2) :185].


"... dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". [TMQ Al Furqaan (25) : 30].


”(Sifat-sifat nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim”. [TMQ Al Jumu'ah (62) : 5].

Global Campaign For KHILAFAH

Assalamualaikum, sahabat sekalian..

Hari nih dah 2 Syaaban 1431H. Kita dah menghampiri ke bulan Ramadhan Al-Mubarak. Adakah bulan Rejab 2 hari lepas berlalu dengan sia-sia? Semestinya tidak. Apakah yang telah berlaku? Mari kita saksikan peristiwa yang berlaku pada 28 Rejab. InsyaAllah, semoga bermanfaat dan terbuka minda saudara/i.


Temuramah bersama Presiden HTM Sempena 28 Rejab



HIZBUT TAHRIR MALAYSIA MENGADAKAN SERUAN DALAM RANGKA MENYERU SELURUH KAUM MUSLIMIN SEMPENA TANGGAL 28 REJAB IAITU TARIKH DIMANA JATUHNYA DAULAH KHILAFAH AR-RASYIDAH , INSTITUSI PEMERSATU UMMAH DAN PENJAGA UMMAH. DAULAH KHILAFAH INI TELAH DIRUNTUHKAN OLEH PENGKHIANAT ISLAM YANG UTAMA, MUSTAFA KAMAL LA'NATULLAH 'ALAIH DENGAN BANTUAN PENJAJAH KUFFAR BRITISH.

UMAT ISLAM HARUS MENYEDARI BAHAWA PADA SAAT INI KITA TELAH KEHILANGAN PELINDUNG YANG SETIA MELINDUNGI KITA DARIPADA ANCAMAN KUFFAR YANG SENTIASA MAHU MELENYAPKAN CAHAYA ALLAH INI. NAMUN, JANJI ALLAH BAHAWA KHILAFAH KALI KEDUA AKAN DITEGAKKAN ITU PASTI AKAN BERLAKU DAN KITA MENGIMANI HAL TERSEBUT.

KEBANGKITAN UMAT ISLAM ITU SEMAKIN JELAS TERLIHAT DAN SELAMA 1400 TAHUN INI, TIDAK PERNAH ADA SATU MASA DIMANA UMAT ISLAM SELURUH DARIPADA TIMUR, TANAH ARAB, INDIA, CINA, AFRIKA, RUSIA, HINGGA KE EROPAH SEDANG BANGKIT INGIN MENEGAKKAN KEMBALI KEMULIAAN KAUM MUSLIMIN. KEBANGKITAN ITU SEMAKIN TERLIHAT, PERCAYALAH WAHAI KAUM MUSLIMIN! MAKA BANGUNLAH BERSAMA-SAMA MEMPERJUANGKAN PERKARA YANG MULIA INI YANG DENGANNYA HUKUM ALLLAH AKAN DITERAPKAN, IAITU DAULAH KHILAFAH AR-RASYIDAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH! ALLAHU AKBAR!!!


"SUARAKANLAH KEBENARAN WALAU KEPALAMU MELAYANG KERANANYA..."

Video ini adalah terbitan Medium Syiar Production. Tiada Hak Cipta di dalam Islam. Layari www.mykhilafah.com

Kuliah Sudah Bermula. Hidup Mesti Ceria dan Gumbira ;)

Assalamualaikum wbt semua,

Alhamdulillah hari ini dah bermula sesi perkuliahan 2010/2011 saya. Segalanya berjalan dengan baik walaupun sedikit tekanan pada pagi hari tadi.

Saya mesti membahagikan masa saya dengan sempurna. Antara kuliah dan blogging. Antara blogging dan penulisan. Antara realiti dan realiti jugak. Hee. Motif tulis macam ini? Sekadar bergurau senda bersama kalian. =)

Image from Google

Tadi subjek Kardiovaskular dan Terapi. All about HEART. Kali ini tak boleh ambil mudah. Belajar mesti bersungguh-sungguh sampai nak vomit. Kena faham segala jenis ubat dan kesan sampingan serta mechanism of action. Kalau faham fisiologi jantung, insyaAllah saya mudah faham penyakit yang berkaitan jantung. Antaranya? Anda silalah jawab ye!

Apapun, subjek ini 3 jam kredit. Agak banyak. Tetapi tiada workshop, hanya kuliah dan tutorial sahaja. Saya sangatlah suka. =D Lepas ini, saya dah tak boleh malas-malas macam dulu. Kena dapatkan apa yang insan tersayang hajatkan. InsyaAllah. Tiada lagi peluang selepas ini. Hanya ini. This is the time for me.

Bersatu dalam Ikatan Islam

 Sejak kita mengucapkan kalimah syahadat, jelas kita telah mengambil keputusan untuk mengambil kecenderungan kesamaan pemikiran dan perasaan Islam.  Hanya dalam situasi dan keadaan umat Islam yang kurang kuat pada hari ini lantaran tidak diterapkannya Islam dalam seluruh aspek kehidupan tidak jarang terjadi kecacatan-kecacatan dalam diri sebahagian kita sehingga dalam sebahagian fikiran dan perasaan orang-orang tersebut (sedikit atau banyak) ada kecenderungan ke arah pemikiran yang tidak standard pemikiran Islam dan ada kecenderungn ke arah perasaan yang bukan merupakan perasaan Islami. Hal demikian wajar terjadi kerana penerapan sistem kehidupan sekuler di negeri-negeri umat Islam sehingga propaganda fikiran dan perasaan selain Islam sedemikian luas bahkan sampai melewati batas kewajaran. Warna uamat Islam pun menjadi tidak jelas lantaran tercelup celupan selain Islam.

Umat Islam pun semakin terkotak-kotik dan beraneka ragam dalam mosaik sebahagian warnanya keluar dari batas-batas warna Islam.  Kecenderungan yang keluar batas Islam inilah yang sebenarnya diharampakan oleh Allah  SWT dalam firman-Nya: 

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."
(QS. Ali Imran 103).

Al-Ustadz Muhammad Ali As-Shabuni dalam tafsir Shafwatut Tafaasiir Juz I/198 mengemukakan sebab turunnya ayat ini adalah adanya kedengkian seorang Yahudi di Madinah yang melihat bersatunya orang-orang suku Aus dan Khazraj yang selama ratusan tahun bermusuhan dan berperang.  Nampaknya bangsa Yahudi itu mengambil keuntungan dalam perselisihan kedua suku Arab dan kini mereka tidak boleh lagi  mengambil keuntungan.  Bahkan persatuan 2 suku di Madinah dengan ikatan Islam (sehingga mereka kemudian dikenal sebagai kaum Anshar, kaum yang menolong dan melindungan dakwah dan risalah Nabi Muhammad SAW.) ditambah dengan bersatunya mereka dengan saudara seiman mereka yang baru datang dari kota Makkah (kaum Muhajirin) nampaknya menjadikan posisi orang Yahudi di Madinah semakin terdesak.  Lebih-lebih orang-orang Yahudi yang seharusnya beriman lebih dulu kepada risalah Nabi Muhammad SAW malah bersikap kafir terhadap Al-Quran yang beliau SAW bawa, menolak risalah itu, padahal Allah melarang sikap mereka itu (lihat QS. Al Baqarah 41).  Syas bin Qais, nama Yahudi itu, menyuruh seorang pemuda untuk menyusup di antara kumpulan kaum muslimin dan menyebut-nyebut kepada mereka kisah perang Bu’ats dan melantunkan syair-syair yang biasa dikumandangkan pada suasana perang di zaman jahiliyah itu.  Tanpa terasa makar Yahudi itu telah membangkitkan  perasaan dan semangat jahiliyah kaum muslimin yang terdiri dari Aus dan Khazraj yang dulunya perang satu sama lain.  Perasaan saling bangga dan saling marah di antara mereka pun terjadi sampai mereka berteriak-teriak meminta senjata. Peristiwa yang gawat itu sampai kepada Rasulullah SAW.  Beliau segera datang ke lokasi diringi kaum Muhajirin dan Anshar.  Beliau mengatakan kepada kaum muslimin yang terprovokasi oleh Yahudi itu:

“Apakah kalian hendak mengikuti seruan (propaganda) jahiliyah ini, padahal saya masih ada di tengah-tengah kalian, padahal Allah telah memuliakan kalian dengan Islam yang dengannya Allah memutus urusan jahiliyah kalian, dan Allah menyatukan hati kalian?” 


Maka sadarlah orang-orang itu bahwa mereka telah terkena godaan syaitan dan tipudaya musuh mereka.  Mereka segera meletakkan senjata, menangis, dan berangkulan satu sama lain.  Lalu mereka pergi bersama Rasulullah SAW dengan sikap mendengar dan mentaati Baginda SAW.

Dengan demikian nyatalah bahawa syaitan dan orang-orang kafir akan sentiasa menjerat kaum muslimin dalam perangkap dalam tipu daya mereka yang membuat  kaum muslimin bercerai-berai, tidak bersatu.  Kaum muslimin hanya boleh bersatu manakala mereka bersama-sama  memegang tali Allah (hablullah) dan pasti mereka akan bercerai-berai manakala mereka mencuba berikatan dengan tali-tali yang lain.  Sebab, pada hakikatnya tali-tali yang lain itu adalah tali-tali yang dilemparkan oleh syaitan dan orang-orang kafir sebagai tipu daya agar kaum muslimin melepaskan tali Allah dan asyik bermain-main dengan tali-tali itu.Wallahualam.

Menaip Tanpa Internet? Kini tidak Lagi.. =)


Assalamualaikum wbt, sahabat sekalian,

Semoga sentiasa sihat hendaknya.

Alhamdulillah, saya dah ada broadband. Diharapkan ia berjalan dengan lancar dan laju tanpa sebarang gangguan. Ameen.

Sebelum nih saya tak pernah guna broadband. Saya hanya guna streamyx dan wireless yang disediakan pihak Universiti. Maka, kemudahan itu haruslah digunakan dengan semaksimum mungkin. Ingat! SeMAKSIMUM mungkin dan seHABIS baik. =D

Apapun, semoga saya dapat membuat kerja-kerja tutorial, kuliah dan universiti dengan lancar. Dan yang utama, kerja-kerja BLOGging saya semakin hangat. Hehe. Opss.. Dakwah melalui penulisan juga tidak dilupakan. InsyaAllah..

Sekian.

Pas + UMNO = Bersatu = Hukum ISLAM Diterapkan?

Malaysia mudah amal dasar Islam jika Pas, UMNO bersatu (sila baca untuk berita penuh.)



Baru sekarang nak bersatu dan mengamalkan Islam? Bermakna sebelum ini Pas dan UMNO tidak mengamalkan dasar Islam? Inikah yang dikatakan negara Islam? 

Benarkan apabila Pas dan UMNO bersatu, hukum Islam akan diterapkan? Apakah hanya hudud di Kelantan yang akan dilaksanakan? Bagaimana dengan negeri-negeri lain di 1Malaysia ini? 


Saya memetik kenyataan Lokman dalam keratan akhbar Utusan Online. Lokman yang juga bekas ahli PKR berpendapat, Pas tidak mungkin dapat menubuhkan negara Islam seperti diharapkan kerana tidak mempunyai kuasa dua pertiga di Parlimen kecuali bersatu dengan UMNO yang mempunyai suara majoriti orang Melayu dan Islam.

Nampak sangat kenyataannya yang nak laksanakan dan menubuhkan negara Islam hanyalah Pas. Bagaimana kesatuan yang dicanangkan ini akan menyebabkan hukum Islam dilaksanakan sedangkan UMNO tidak berdecit pun untuk menerapkan Islam. Apalah yang para pemimpin ini fikirkan ye? Sungguh dangkal pemikiran mereka apabila kesatuan yang diwar-warkan ini masih bukan untuk kepentingan rakyat amnya dan umat Islam khususnya.

Sesungguhnya mereka takkan bersatu sehingga Islam menjadi perjuangan mereka. Ukhuwah Islamiyah wajib diwujudkan secara nyata. Syariat telah menjelaskan banyak sikap dan tingkahlaku sebagai kewujudannya. Contohnya, sikap saling mencintai sesama Muslim. Rasulullah SAW bersabda:

Kalian tidak masuk syurga hingga kalian beriman dan belum sempurna keimanan kalian hingga kalian saling mencintai … (HR Muslim).

Kaum Muslim juga harus saling bersikap dzillah yakni meliputi kasih-sayang, belas kasih, dan lemah lembut (QS al-Maidah [5]: 54); bersikap rahmah terhadap umat Islam (QS al-Fath [48]: 29); dan  rendah hati kepada kaum Mukmin (QS al-Hijr [15]: 88).

Mereka juga diperintahkan untuk tolong-menolong; membantu keperluan dan menghilangkan kesusahan saudaranya; melindungi kehormatan, harta, dan darahnya; menjaga rahsianya; menerima permintaan maafnya; dan saling memberikan nasihat. Masih sangat banyak manfestasi ukhuwah lainnya.

Wujud ukhuwah islamiyah tidak hanya bersifat individual, namun juga wajib diwujudkan dalam tatanan kehidupan yang dapat menjaga keberlangsungannya. Di sinilah Islam telah mewajibkan umatnya agar hanya memiliki satu negara dan satu kepemimpinan yang dipimpin oleh seorang khalifah. Rasulullah SAW bersabda:

Jika dibaiat dua orang khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya. 
(HR Muslim)

Islam juga melarang setiap usaha memisahkan diri dari Khilafah.  Allah SWT memerintahkan Khalifah untuk memerangi kaum bughat (pemberontak) hingga mereka mahu kembali ke pangkuan Khilafah (QS al-Hujurat [49]: 9). Nabi SAW pernah bersabda:

Siapa sahaja yang datang kepada kalian, sedangkan urusan kalian berada di tangan seseorang (Khalifah), lalu dia hendak memecah-belah ikatan kesatuan dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia. (HR Muslim dari Arfajah)

Islam menetapkan kesatuan umat dan negara merupakan salah satu qadhiyyah mashiriyyah (perkara utama). Sebabnya asy-Syari‘ telah menjadikan hidup dan mati untuk menyelesaikannya. Dengan kesatuan itu, kaum Mukmin menjadi kuat, sebagaimana sabda Rasul SAW:

Mukmin dengan Mukmin lainnya bagaikan satu bangunan; sebahagian menguatkan sebahagian lainnya. (HR. Bukhari, at-Tirmidzi, an-Nasa'i dan Ahmad) 

Ukhuwah umat Islam yang disita-siat saat ini wajib segera diakhiri. Caranya adalah Daulah Khilafah Islamiyah WAJIB segera ditegakkan, nescaya ukhuwah Islamiyah pun akan nyata kembali.

Wallahulam..

Boikot dan BELANDA : Apakah Kesudahannya?

Siang tadi saya ke satu Diskusi Wanita Julai 2010. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan dimudahkanNya.Untuk kali ini, saya bukan nak mengulas tentang diskusi tersebut tapi hanya ingin melontarkan buah fikiran. Kepada sahabat-sahabat yang sudi menjengah dan membaca lakaran saya ini, terima kasih saya ucapkan.

Semasa sesi soal jawab tadi, ada seorang peserta melontarkan ideanya dan bertanyakan pendapat. Apa yang diperkatakannya adalah di luar jangkauan fikiran saya. Sebab saya tak pernah terfikir akan itu.


Isu yang dibawakannya adalah berkenaan dengan kesatuan ummah atau bersatu. Ketika filem FITNA menjadi isu hangat, ramai umat Islam bersatu memboikot segala produk dari Belanda. Bukan itu sahaja, para pemimpin juga menyarankan agar rakyat 1Malaysia khususnya memboikot barangan keluaran Belanda.

Selang beberapa minggu, barangan Belanda kembali menjadi sambutan. Aikk!! Bagaimana ini boleh terjadi? Hurmm..


Terbaru, bola sepak Piala Dunia 2010 (FIFA World Cup). Semuanya bersatu untuk bersorak, GOAL!! Semuanya bersatu menyokong sorakan. Semuanya bersatu menyokong bola. Semuanya bersatu menyokong BELANDA. Mengapa tidak diboikot FIFA World Cup ini? Mengapa tidak ditolak Belanda? Apakah boikot tidak lagi menjadi sebab kalian bersatu, wahai kaum muslimin?

Kalian bersatu kerana bola. Kalian bersatu bersorak demi bola. Kalian bersatu menyokong pasukan Belanda. Belanda yang pernah menghina Rasulullah SAW di dalam filem arahan Geert Wilders. Di manakah pemboikotan yang kalian sarankan?

Mengapa tidak kalian bersatu untuk membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Yahudi laknatullah? Mengapa kalian tidak bersatu apabila anak-anak Palestin yang menyebut nama kalian? Di manakah kaum muslim yang dimuliakan Allah? Mengapa kalian tidak bersatu menentang Israel?Wahai kaum muslim, BERSATULAH kalian demi Islam.  


Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara. Kerana itu, damaikanlah kedua saudara kalian, dan bertakwalah kalian kepada Allah supaya kalian mendapatkan rahmat.  
(QS Al-Hujurat [49]: 10).
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat