Peranan Muslimah Dalam Membawa Perubahan Dunia

Assalamualaikum,

Sunyi seketika, menyepi diri.

Emm.. Rasanya sempat lagi untuk saya promosikan majlis ilmu ini. Walaupun esok ia akan berlangsung. :(

Dimaklumkan dengan rasminya, anda semua (Muslimah)  yang berada di JB khususnya, jemputlah beramai-ramai ke:


SEMINAR MUSLIMAH

SEMINAR KEBANGKITAN KHILAFAH: Peranan Muslimah Dalam Membawa Perubahan Dunia


Tarikh: 1 April 2012 (AHAD)
Masa: 8.30 pagi - 1.00 ptg
Tempat: Khilafah Centre Johor Bahru,
No. 20-01, Jln Putra 1,
Taman Sri Putra,
Johor Bahru


Ahli Panel:
[1] Ustazah Aisyah (Ketua MHTM)
[2] Ustazah Fatihah (AJK Pusat MHTM)

Semua Muslimah Dijemput Hadir
Masuk Adalah Percuma!



Jangan lepaskan peluang anda ya. Muslimah sejahtera di bawah naungan Khilafah!! InsyaAllah.. ;)

Sandiwara Hebat di Dalam Kes Shahrizat

Minggu lepas, rata-ratanya setiap hari ada kes Shahrizat letak jawatan. Anda tahu?

Pelbagai pihak di kalangan orang-orang UMNO telah memuji  tindakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung  dakwaan yang beliau dikatakan mempunyai kepentingan melibatkan National Feedlot Corporation (NFC). Pujian dan sanjungan itu hanyalah sandiwara semasa yang skripnya sama sejak dari dahulu apabila melibatkan seseorang Menteri yang berada di dalam proses pertuduhan. Persoalannya, apakah tujuan pujian itu diberikan kepada seseorang yang sedang di dalam pertuduhan? Apakah Sharizat perlu meletakkan jawatan padahal dia masih di dalam proses pertuduhan? Jadi, mesti ada sesuatu yang telah berlaku dan ia telah mecacatkan imej UMNO sehingga Sharizat ‘terpaksa’ meletakkan jawatan.  Tetapi, Kak Jat seharusnya berbangga kerana beliau dipilih kali ini untuk dikorbankan bagi menaikan imej UMNO. Demikianlah serba sedikit gambaran sketsa yang sedang berlaku di dalam UMNO ketika ini.

Persoalannya adalah, apakah rakyat akan termakan dengan sandiwara UMNO itu kali ini? Disinilah perlunya rakyat secara amnya dan khususnya umat Islam mempunyai kesedaran politik yang tinggi agar mereka tidak mudah ditipu di dalam isu berhubung NFC ini. Umat Islam juga sewajarnya perlulah peka terhadap sandiwara yang dimainkan oleh UMNO khususnya menjelang PRU ke-13 yang akan datang. Apa yang pasti, UMNO terpaksa memilih seseorang untuk dijadikan kambing hitam bagi menyucikan najis yang terpalit dibatang tubuh mereka selama ini. Manakan tidak, hakikatnya sudah 55 tahun UMNO berkuasa dan selamai itulah mereka telah mencampakkan Islam dari kehidupan umat samada dalam konteks masyarakat dan negara. Hakikatnya UMNO yang telah berkuasa selama ini telah menjadikan aqidah sekular sebagai asas di dalam mengatur hubungan masyarakat  dengan sesama manusia yang lain.

 Kerakusan dan sikap tamak yang wujud di dalam UMNO di dalam merampas dan menafikan hak rakyat selama ini sudah tidak boleh disorok. Isu Kak Jat ini hanyalah tempelan dari kebocoran dan ketirisan dalam perkara-perkara yang lain. Isu Kak Jat ini hanyalah simptom kepada masalah sebenar. Hakikatnya penerapan sistem Kapitalisme yang ada pada hari ini telah menjadi punca segala kerosakan. Yakinlah, selagi ideologi Kapitalisme ini digunapakai dan diterapkan oleh para pemimpin umat Islam yang sedang berkuasa pada ketika ini, maka selagi itulah kerosakan dan kebejatan pelaku para politikus kapitalis ini akan terus bermunculan dan pastinya akan terus merugikan umat Islam secara amnya. Maka untuk itu ideologi Kapitalisme wajib digantikan dengan ideologi Islam. Inilah satu-satunya penyelesaian yang ampuh. Sudah sampai masanya umat Islam hari ini sedar akan perkara ini agar mereka tidak terus menjadi mangsa kepada muslihat dan politik di dalam kapitalisme.


Sumber : Utusan Malaysia. Artikel siap : sini.

Teaser : I Ate These Today




Ilham, Anak yang Soleh

Assalamualaikum, 



Khas Pemilik Akaun Facebook & Twitter

Entri ini ditujukan khas buat semua pemilik akaun FB dan twitter.

Memandangkan pada 10.03.2012 Sabtu akan diadakan satu Konferens Wanita Antarabangsa di Tunisia, maka haruslah ramai yang menyokong page ini, The Khilafah - A Shining Model for Women's Rights and Political Role.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1) Visit the conference FB account and indicate you like the site as well as encouraging your friends, family, and siapa sahaja to do this as well. So, to those who already have fb accounts like me :)), they should also indicate that they like the page. The more likes - the more interest the site will generatekan? InsyaAllah.

2) To expand the number of contacts on your friends list as this will ensure that when you make comments on the conference fb site, the people who are your friends will see this as well.

3) Please make comments and forward interesting news stories on the fb site that can then generate discussion on our ideas. Senang je kan?

4) Kalau anda ada twitter, do follow the conference twitter account @WomenForKhilafa. The larger the number 'following' the account, the greater interest it will generate InsyaAllah.

5) Please retweet what was sent to you from the conference twitter as this will ensure that your twitter's followers will also see the messages that have been sent out.

6) To tweet the conference twitter detail to all your followers on twitter as well as friends, family and contacts.

7) Last but not least, link your daily tweets to @WomenForKhilafa. Easy?

Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web rasminya,  http://hizb-ut-tahrir.info/info/english.php dan http://women.hizb-ut-tahrir.info/

Anda boleh juga menonotn video di  http://www.youtube.com/user/HizbutTahrirIWC dan video-video mesej lain yang dipos di youtube.

a) Malaysia (http://www.youtube.com/watch?v=UalvSs3KWoo)
b) Indonesia (http://www.youtube.com/watch?v=kVi5ryUnZnA)
c) Jordan (http://www.youtube.com/watch?v=LKwcN1jpZTw)
d) Sudan (http://www.youtube.com/watch?v=jsSvm6-_A94)
e) dll.