Warkah Kasih

Roti Gardenia & Jem peanut strawberi


Nota & buku rujukan (Farmakologi,Rang & Dale)


How nitric oxide relaxed the vascular muscle?


Prepared by: Ainul, Fina, Tirah & me

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lama saya nantikan hari ini. Akhirnya tiba juga.. Alhamdulillah, hari ini setelah paper Teknologi Farmaseutikal II selesai, saya pulang ke kolej. Saya ingin memberi penghargaan kepada 3 orang sahabat saya.

Entri ini saya postkan khas buat kalian bertiga. Terima kasih atas ukhwah ini dan malam perbincangan yang tidak mungkin saya lupakan. Malam yang tidak mungkin akan berulang kembali kerana ia telah menjadi sejarah, sejarah yang bakal membuat kita tersenyum di kemudian hari. Terimalah.. (^_^)


Akrab Persahabatan

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

......................................................................................................................................................................................................

PERSAHABATAN

Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan. Sesungguhnya orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan Islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi taala akan mendapat merasai dan menikmati satu kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini. Muslim yang mempunyai sahabat yang baik tidak akan mengajak atau membiarkan mereka melakukan kehancuran tetapi akan memberi peringatan, menolongnya melawan godaan syaitan dan nafsu. Ini merupakan suatu bekalan yang besar sepanjang jalinan persahabatan. Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan. Salah seorang Assalafuddin pernah berkata: “Laksanakanlah nasihat itu dengan cara apa pun iaitu dengan cara yang paling baik dan dan terimalah dengan apa cara yang baik. Sekiranya sahabat itu menegur kamu secara rahsia maka dia telah membaiki dan menghiasinya tetapi sekiranya dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai maka dia telah memalukan dan mengkhianati sahabatnya.

Persahabatan yang baik menambahkan lagi kebahagiaan yang dikecapinya kerana penglibatan saudara-saudaranya bersama-sama di dalam kegembiraan itu akan dapat meringankan kepenatan dan kesesuaian semasa ia ditimpa bahaya dan bencana. Ini merupakan pembantu dan bekalan sepanjang jalan.

Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : “Tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan ja-nganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan.”

Jelaslah, arahan ini bukanlah ditujukan kepada individu semata-mata tetapi ditujukan khas kepada umum. Namun persahabatan yang baik dan kukuh adalah wajib dan lazim untuk orang-orang yang berjalan di atas jalan Allah SWT. Alangkah besarnya bekalan yang akan didapati oleh seseorang dalam persahabatan yang baik dan harmonis, berkasih-kasihan di jalan Allah untuk mendapat keredhaan dan kesempurnaan-Nya serta ganjaran baik dari-Nya lantaran perasaan cinta kepada Allah SWT, pandang-memandang sesama mereka penuh erti cinta yang ikhlas kerana Allah SWT, berjabat tangan kerana Allah dengan disulami senyum simpul terhias di wajah, saling ziarah-menziarahi, wasiat-mewasiati serta ingat-mengingati ke arah kebaikan.

Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya : “Tujuh golongan yang akan di-naungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu dari-padanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.”

Allah SWT amat mencintai orang yang mencintai sahabatnya. Oleh kerana pentingnya persahabatan yang itu dengan segala kebaikan dan faedah yang lahir daripadanya terhadap Islam dan umatnya maka kita dapati Islam serta syariatnya memelihara nilai-nilai persahabatan, mengawal dari dari segala perkara yang merosakkan perpaduan serta mengharamkan daripada perkara-perkara yang membawa kepada sifat dengki, benci, menipu, berlaku curang, khianat, mengejek, bersangka buruk mencari kesalahan orang lain, memutuskan hubungan, hipokrit dan saling berpaling tadah (tidak setia).

Ingatlah pesan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : “Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, saling berpaling tadah, saling benci-membenci dan saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal bagi seseorang muslim yang berpaling dari saudaranya melebihi dari tiga hari”. Alangkah bahagianya kita dengan nikmat persaudaraan kerana Allah dan perlu kita memelihara nya dengan segala kemampuan dan cara yang ada.

Oleh itu wahai saudaraku ! Carilah sahabat yang soleh, bersahabatlah dengan persahabatan yang baik kerana ia merupakan penolong dan bekalan sepanjang jalan.

“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”

Wallahu'alam..

Wahai Insan Bergelar Wanita!!!

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meminta peminat memberi masa kepadanya untuk memakai tudung sepenuhnya. Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut. “Saya harap beri sedikit masa kerana saya masih aktif dalam bidang ini (industri hiburan).

Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) itu berkata, mungkin ada peminat membuat anggapan negatif mengenai tindakannya yang hanya memakai selendang. “Saya akui selesa memakai selendang kecuali untuk disesuaikan dengan persembahan tertentu yang perlu memakai tudung. “Ini kerana saya tidak mahu perubahan drastik. Insya-Allah, saya akan lakukan perubahan ini secara perlahan-lahan dan harap peminat bersabar,” katanya.

Ahad lalu, seorang peminat menegur Siti Nurhaliza menerusi ruangan i-Metro dalam Metro Ahad mengatakan penyanyi itu tidak konsisten memakai tudung kerana dalam video klip, rambut ditutup, tetapi leher terdedah. Peminat terbabit turut menegur rambut penyanyi wanita nombor satu negara itu terdedah pada waktu santai. Perkara itu juga pernah dibangkit beberapa peminat lain yang memberi pendapat jika fesyen Siti Nurhaliza sebegitu, lebih baik membuka terus tudung atau selendang kerana imej dulu lebih cantik.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menyatakan dia bersedia menerima apa saja maklum balas daripada peminat mengenai penampilannya sekarang sama ada positif atau negatif. Dia berkata, tidak mahu melakukan perubahan drastik, sebaliknya dilakukan secara perlahan-lahan.

Sumber : Metro, 21/04/09

Perlaksanaan Hukum Allah SWT Secara Beransur-Ansur Merupakan Suatu Bidaah Besar Masakini.

Inilah kesan daripada kekalahan pemikiran umat Islam kepada serangan fikrah yang dilakukan oleh Barat ke atas Islam. Kekalahan ini mengakibatkan umat Islam secara sedar ataupun tidak telah menerima idea sekular untuk menjadi landasan berfikir bagi menjalani kehidupan dunia mereka di saat ini. Lihatlah persoalan pemakaian tudung oleh artis popular di atas yang ditanggapi oleh ramai pihak dengan pandangan yang berbeda-beda termasuklah oleh si empunya diri. Malahan si empunyai diri juga mengeluarkan kenyataan yang tersasar dari Islam sebenarnya. Apakah memakai tudung secara sempurna itu dianggap sesuatu yang drastik? SubhanAllah. Sebagai seorang Muslim kita perlu memahami bahawa Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW untuk mengatur kehidupan manusia denganNya (aqidah dan ibadah), dengan dirinya sendiri (makanan, minuman,a khlak dan pakaian) mahupun dengan manusia yang lain (‘uqubat dan muamalat) telah mewajibkan umatnya untuk terikat sepenuhnya dengan hukum syara’ tanpa membeza-bezakan dan menangguh-nangguh perintah Allah SWT.

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [TMQ Al Baqarah (2) :208].

Ketahuilah bahawa sesuatu yang wajib itu akan tetap wajib hukumnya tanpa ada konsep tadarruj di dalam perlaksanaannya. Begitu juga bagi sesuatu keharaman itu akan tetap haram hukumnya tanpa ada konsep beransur-ansur dalam meninggalkannya. Sebagai contoh, bolehkah kita melaksanakan solat zhuhur 1 rakaat pada permulaan perlaksanaannya kemudian ditambah menjadi 2 rakaat untuk tahun yang seterusnya , 3 rakaat untuk tahun yang selepas itu sehinggalah akhirnya sempurna 4 rakaat. Sudah pasti kita mengetahui jawapannya.

Ya, kita mengakui bahawa al-Quran turun secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun kepada Rasulullah SAW tetapi perlu diingat bahawa kini al-Quran telah sempurna turunnya dan hukum Islam itu tidak boleh dilaksanakan secara beransur-ansur sebagaimana beransur-ansurnya al-Quran itu diturunkan. Contohilah generasi sahabat yang dibina oleh Rasulullah SAW yang bersedia menjadi umat yang bersegera tunduk kepada perintah Allah SWT:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. "[TMQ An Nuur (24) :51].

Para sahabat Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya tanpa ada alasan untuk menangguhkan perintah dan larangan tersebut. Terlampau banyak kisah para sahabat yang kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya. Mereka memahami firman Allah SWT:

“Dan bersegeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa” [TMQ Ali 'Imran (3) :133].

Suatu renungan untuk artis di atas, hayatilah kepatuhan dan ketundukan muslimah awal Islam dahulu yang telah bersegera untuk melaksanakan perintah Allah SWT yang mewajibkan khimar dan jilbab kepada mereka: “Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah ra berkata: ‘Semoga Allah merahmati kaum wanita yang berhijrah pertama kali ketika Allah menurunkan firmanNya, “Dan hendaknya mereka menutup kain tudungnya sampai ke dadanya…[TMQ An Nuur (24) :31]” maka kaum wanita itu mengoyakkan kain sarung mereka (untuk dijadikan tudung) dan menutup kepala mereka dengannya.'

Bilakah lagi kita bidaah ini akan ditinggalkan?

Sumber: MyKhilafah.com

Apabila Rasa Syukur Dizahirkan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Syukur alhamdulillah,
paper pertama iaitu Pensterilan dan Teknik Aseptik final exam telah selamat saya duduki semalam.. Ada lagi 6 paper menantiku minggu hadapan.. Selama 2 jam berada di dewan peperiksaan saya bagaikan kehilangan idea dan konsentrasi saya terganggu dek panas yang dirasakan.. Hati saya berkata, alat penghawa dingin bukan main kuat lagi bunyinya tapi kenapa tidak kurasa dinginnya?? Haihh.. Tapi saya sabarkan juga diri yang kepanasan.. Selesai sahaja menjawab kertas tersebut, saya terus bersolat asar dan bersama 3 lagi sahabat, saya ke pesta buku di PWTC..


Gambar Hiasan (Satu tempat yang telah ku lawati)

Sebelum saya menulis entri ini, saya telah berjalan-jalan ke blog sahabat saya, kotakhati. Tiba-tiba saya teringin posting entri berkenaan dengan rasa syukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya.. Kepada kotakhati, al-Fatihah buat arwah dan tabahkan hatimu dengan pemergiaan arwah atokmu.

Seperti yang kita ketahui, bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah merupakan salah satu kewajiban seorang muslim. Seorang hamba yang tidak pernah bersyukur kepada Allah, atau kufur nikmat, sejatinya adalah orang-orang sombong yang akan dimasukkan ke neraka Allah SWT. Allah SWT telah memerintahkan hamba-hambaNya untuk mengingat dan bersyukur atas nikmat-nikmatNya.

Allah SWT berfirman:

“Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu.” (Qs. al-Baqarah [2]: 152).

Imam ‘Ali Ash-Shabuni dalam Shafwat al-Tafasir menyatakan, “Ingatlah kalian kepadaKu dengan ibadah dan taat, nescaya Aku akan mengingat kalian dengan cara memberi pahala dan ampunan. Sedangkan firman Allah SWT, ‘Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu’, bermakna: “Bersyukurlah kalian atas nikmat-nikmat yang telah Aku berikan kepadamu dan jangan mengingkarinya dengan melakukan dosa dan maksiat. Telah diriwayatkan bahawa Nabi Musa as pernah bertanya kepada Tuhannya: ‘Ya Rabb, bagaimana saya bersyukur kepada Engkau?’ Rabbnya menjawab: ‘Ingatlah Aku dan janganlah kamu lupakan Aku. Jika kamu mengingat Aku sungguh kamu telah bersyukur kepadaKu. Namun, jika kamu melupakan Aku, kamu telah mengingkari nikmatKu’.” (Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, I/142).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah.” (Qs. al-Baqarah [2]: 172).

Ulama-ulama tafsir menafsirkan ayat ini sebagai berikut: “Jika kalian benar-benar menyembah kepadaNya, bersyukurlah kalian atas nikmat-nikmatNya yang tidak boleh dihitung itu dengan ibadah dan janganlah menyembah selain diriNya.”

Atas dasar itu, bersyukur atas nikmat Allah merupakan kewajiban seorang muslim. Namun, seorang muslim harus memahami bagaimana cara menunjukkan rasa syukur secara benar. Betapa banyak orang menunjukkan rasa syukurnya dengan cara-cara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip syukur itu sendiri. Contohnya, ada orang yang mewujudkan rasa syukurnya dengan cara mabuk-mabukkan, berpesta, pergi ke tempat-tempat maksiat, bernyanyi-nyanyi hingga melupakan kewajibannya, dan seterusnya. Ada juga yang menunjukkan rasa syukurnya dengan cara menyediakan persembahan kepada pohon dan tempat-tempat keramat. Penunjukkan syukur seperti ini jelas-jelas bertentangan dengan prinsip Islam.

Untuk itu, para ulama telah menggariskan tata cara bersyukur yang benar. Imam Ibnu Katsir menyatakan bahawa syukur harus ditunjukkan dengan cara beribadah dan memupuk ketaatan kepada Allah SWT dan meninggalkan maksiat. Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh Imam ‘Ali Al-Shabuni.

Ibadah dan taat kepada Allah SWT serta meninggalkan larangan-larangan Allah merupakan penunjukkan rasa syukur yang sebenarnya. Seorang yang selalu taat kepada Allah SWT, menjalankan seluruh aturanNya dan sunnah Nabinya pada hakikatnya adalah orang-orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Sebaliknya, setiap orang yang menolak dengan keras syari’at Islam, tunduk dan patuh kepada aturan-aturan kufur, termasuk orang-orang yang ingkar terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada mereka.

Allah SWT telah menyatakan dengan sangat jelas bahawa, orang-orang yang mahu bersyukur atas nikmat yang diberikanNya sangatlah sedikit. Kebanyakan manusia ingkar terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada mereka. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas umat manusia, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukurinya.” (Qs. Yunus [10]: 60).

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka sedangkan mereka beribu jumlahnya kerana takut mati; maka Allah berfirman kepada mereka, ‘Matilah kamu’, kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai kurnia terhadap manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Qs. al-Baqarah [2]: 243).

Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan dengan bahawa, kebanyakan manusia tidak mahu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan kepada mereka. Tatkala mendapatkan kenikmatan mereka sering melupakan Allah SWT. Akan tetapi, tatkala mendapatkan kesusahan mereka akan segera mengingati dan bersyukur kepada Allah. Namun, setelah terlepas dari penderitaan mereka kembali ingkar kepada Allah SWT. Allah telah menyatakan dengan sangat jelas:

“Katakanlah: ‘Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut yang kamu berdo’a kepadaNya dengan berendah diri dengan suara yang lembut (dengan mengetakan): ‘Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari bencana ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur’.” Katakanlah: ‘Allah menyelamatkan kamu daripada bencana itu dan dari segala macam kesusahan, kemudian kamu kembali mempersekutukanNya.” (Qs. al-An’├óm [6]: 63-64).

Ketika manusia ditimpa dengan berbagai kesusahan mereka segara berdoa dan berjanji untuk bersyukur kepada Allah jika bencana itu dihilangkan daripada mereka. Akan tetapi, ketika Allah menghindarkan mereka dari bencana mereka lupa bersyukur bahkan kembali mempersekutukan Allah SWT. Berapa ramai orang menangis, meratap dan merayu-rayu meminta kepada Allah SWT agar dihindarkan dari kesusahan hidup; mulai dari kelaparan, kemarau, bencana alam dan lain-lain. Mereka rela bersusah-payah memohon kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan kerendahan hati. Akan tetapi, ketika Allah menghindarkan mereka dari kesusahan mereka kembali menerapkan dan mengamalkan aturan-aturan kufur, bahkan menandingi aturan-aturan Allah SWT. Bukankah hal ini termasuk telah menyekutukan Allah SWT? Bukankah penunjukkan syukur sebenarnya perlu diwujudkan dalam bentuk menerapkan syari’at Islam dan selalu berzikir kepada Allah SWT?

Tepuk dada tanyalah imanmu..

Wallahu'alam

Exam..




Kepada semua rakan-rakan serumah, sekuliah, seuniversiti (UKM) dan seMalaysia, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan semoga berjaya dan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 2008/2009. Semoga beroleh keberkatanNya. InsyaAllah.

Usia : Mengharap Keberkatan-Nya

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Entry ini saya post sekadar untuk berkongsi kisah kasih.. (^_^)

Malam tadi, saya ber'ym' bersama seorang teman sekuliah. Dia menyanyikan lagu yang biasa kita dengar di filem-filem zaman P.Ramlee.. Tajuknya saya lupa pula.. Lagunya begini,

messychaos: Allah selamatkan kamu..............
messychaos: Allah selamatkan kamu....................
messychaos: Allah selamatkan kamu........................
messychaos: Selamat meningkat tua................

Saya tersenyum.. Usia yang semakin meningkat saban tahun, mengingatkan dan menyedarkan saya bahawa kematian semakin menghampiri.. Kematian itu adalah suatu kepastian.. Namun, banyak manakah pengorbanan telah saya lakukan untuk Islam?

Mesej dari seseorang melalui sms, juga saya terima malam tadi.. Terima kasih ya..
"Semoga beroleh 12 bulan ketenangan, 52 minggu keberkatan, 365 hari keimanan, 8760 jam kebaikan ibadah, 525600 minit qanaah dan 31536000 saat ketakwaan."

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat terutamanya Siti Nursafarina Mohd Sabri dan rakan-rakan Rx atas kad ucapan yang cukup istimewa. Syukran..

Dan yang paling utama, seorang teman yang kini berada di Indonesia mengingatkan dan mendoakan saya agar sentiasa istiqamah dalam dakwah. Lantas saya teringat akan sebuah hadis yang saya baca di dalam sebuah buku semalam. Buku yang bertajuk "Persepsi-persepsi Berbahaya Untuk Menghantam Islam dan Mengokohkan Peradaban Barat" oleh Abdul Qadim Zallum. Rasulullah SAW bersabda :

"Demi Allah, wahai pak cikku, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan perkara ini (Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehingga Allah memenangkan perkara itu atau aku hancur kerananya.."

Berkaitan dengan masa dan usia, Allah SWT telah berfirman:

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (QS al-'Asr [103]: 1-3)

Dari Ibnu Abbas, Sabda Rasulullah SAW:

Perhatikan besar 5 perkara sebelum 5 perkara. Hidupmu sebelum mati, kesihatanmu sebelum sakit, lapangmu sebelum sempit, mudamu sebelum tua, dan kekayaanmu sebelum miskin.

Kesimpulannya, saya perlu merebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain. Begitu juga dengan teman-teman. Jangan kita terlena dan terleka, terutamanya ketika kita muda, sihat, kaya, lapang, dan pada masa kita masih hidup. Terus kuatkan diri, terus perbaiki diri, kita harus lebih baik hari ini dari semalam dan esok harus lebih baik dari hari ini.
Semoga Allah SWT memberkati usiaku..Amin..

p/s: Sanah hilwah, alaiki najaah baahiron kulli makan wa fi kulli waqt kepada sahabat-sahabat saya yang juga lahir pada hari ini.

Wallahu'alam..

Cepat.... Bersegera, Bergegas, dan Berlari....


Sejarah telah membuktikan bahawa dengan pemikiran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW masyarakat Arab jahiliyah yang terbelakang dan tidak diperhitungkan boleh berubah menjadi umat Islam yang mampu menandingi dan mengalahkan negara superpower Persia dan Rom. Jika 15 abad lalu beliau SAW berhasil mengubah masyarakat dengan pemikiran Islam, maka hari ini pasti kita boleh melakukannya, apabila kita mahu. InsyaAllah!

Kenapa kita berani mengatakan demikian? Kerana Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Qs. ar-Ra’d [13]: 11).

Ayat tersebut memberikan pengertian bahawa akan terjadi perubahan dalam masyarakat manakala telah terjadi perubahan dalam diri masyarakat. Persoalannya bagaimana menggerakkan perubahan di dalam masyarakat. Maka diperlukan adanya kesedaran pada segelintir orang yang akan memikul beban tugas sebagai agen perubahan.

Persoalannya bagaimana memunculkan keinginan bergerak dalam diri calon-calon pelnggerak perubahan dan menggerakkan kemahuan dalam diri masyarakat hingga mahu mengubah diri mereka dengan Islam?

Membentuk Kesedaran Wajibnya Diterapkan Syariah

Pertama kali yang harus ditanamkan pada diri umat dan putera-puteri terbaik umat ini adalah kesedaran bahawa mereka adalah milik Allah SWT dan akan kembali kepada-Nya (Innaa lillaahi wainnaa ilaihi raaji’uun). Begitu juga dengan keberadaan mereka di dunia ini adalah untuk beribadah kepada-Nya dan dan tidak mempersekutukan Dia dengan sesuatu pun. Maka mereka harus menyatu dengan Islam dan hidup sesuai dengan syariah Islam sebagai akibat keimanan mereka dan sebagai wujud sikap takwa mereka kepada-Nya. Allah SWT berfirman:

Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak (pula) perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata. (Qs. al-Ahzab [33]: 36).

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (Qs. at-Tahrim [66]: 6).

Masyarakat kaum muslimin hendaknya disedarkan bahawa keselamatan hidup itu adalah apabila mengikuti petunjuk-Nya dan tindakan lalai kepada syariat dan petunjuk Allah SWT akan membawa akibat yang buruk di akhirat kelak. Allah SWT berfirman:

Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan. (Qs. Thaha [20]: 123-126).

Bersegera Melaksanakan Syariah

Setelah kesedaran wajibnya hidup bersyariah, maka kesedaran yang juga harus ditanamkan dalam diri umat dan putera-puteri terbaik umat ini bahawa mereka juga diseru untuk segera melaksanakan syariah dan bersegera memperjuangkan tegaknya syariah dalam kehidupan peribadi mereka, kehidupan bermasyarakat, ataupun kehidupan bernegara. Allah SWT berfirman:

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (Qs. Ali ‘Imran [3]: 133).

Rasulullah Saw bersabda:

Bersegeralah beramal sebelum datang berbagai fitnah laksana potongan-potongan hari yang gelap. (Saat itu) di pagi hari seseorang beriman tapi di petang harinya ia menjadi kafir. Di petang hari seseorang beriman tapi di pagi harinya ia kafir. Ia menjual agamanya dengan harta dunia. [HR. Muslim dari Abu Hurairah].

Perlu disedari bersama bahawa bersegera melaksanakan syariah bukanlah hal yang sukar apalagi mustahil. Kerana sesungguhnya telah ada orang-orang yang bersegera menuju ampunan Allah dan syurga-Nya, serta bersegera melaksanakan berbagai amal kebaikan. Mereka dapat dijumpai di zaman Rasulullah SAW dan di zaman-zaman sesudahnya. Umat sentiasa memuliakan mereka yang bergegas menyambut perintah Tuhannya dan mengorbankan diri mereka, semata-mata mencari redha Allah. Berikut ini akan saya paparkan contoh-contoh kaum Muslim terdahulu yang sentiasa bergegas menyambut perintah Allah SWT.

Dalam hadits yang ditakhrij oleh Bukhari Muslim dari Jabir, diungkapkan:

Ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah SAW pada perang Uhud, “Bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah SAW jika aku terbunuh saat ini? Dimanakah tempatku (setelah kematian)?” Rasulullah bersabda, “Engkau akan berada di syurga.” Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, maka lelaki itu serta-merta melemparkan buah kurma yang ada di tangannya, kemudian ia maju untuk berperang hingga terbunuh di medan perang.

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Saruah, ia berkata:

Suatu saat aku solat Asar di belakang Nabi SAW di Madinah. Kemudian Beliau SAW membaca salam dan cepat-cepat berdiri, lalu melangkahi bahu orang-orang yang ada di masjid hingga sampai ke sebagian kamar isterinya. Maka orang-orang pun merasa terkejut dengan bergegasnya Nabi. Kemudian Nabi SAW keluar dari kamar isterinya menuju mereka. Nabi melihat para sahabat sepertinya merasa kehairanan kerana bergegasnya beliau. Kemudian Beliau SAW berkata, “Aku bergegas dari solat kerana aku teringat pada suatu barang yang masih tersimpan di rumah kami. Aku tidak suka jika barang itu menahanku, maka aku memerintahkan (kepada isteriku) untuk membahagi-bahagikannya.”

Hadits ini memberi petunjuk kepada kaum Muslim agar bersegera dan cepat-cepat melaksanakan perkara yang telah diwajibkan Allah SWT. Bahkan dalam suatu hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari dari Al-Barra disebutkan bahawa, tatkala mendengar bahawa Nabi SAW mendapatkan perintah mengubah arah kiblat solat dari arah Masjidil Aqsa menjadi menghadap ke Ka’bah maka kaum Anshar pun mengubah arah Kiblat mereka (menghadap ke Ka’bah) padahal ketika itu mereka sedang ruku solat Ashar.

Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah ra. berkata:

Semoga Allah merahmati kaum wanita yang hijrah pertama kali, ketika Allah menurunkan firman-Nya:

Dan hendaklah mereka mengenakan kain kerudung (khimar) mereka diulurkan ke ke arah baju mereka. (Qs. an-Nur [24]: 31). Maka kaum wanita itu mengoyakkan kain sarung mereka (untuk dijadikan kerudung) dan menutup kepala mereka dengannya.

Ibnu Jarir telah meriwayatkan dari Abu Buraidah dari bapanya, ia berkata: Ketika kami sedang duduk-duduk menikmati minuman di atas pasir, pada saat itu kami bertiga atau berempat. Kami memiliki jug besar dan meminum khamar kerana masih dihalalkan. Hingga saya mendatangi Rasulullah Saw. Kemudian aku mengucapkan salam kepada beliau, tiba-tiba turunlah ayat tentang keharaman khamar:

Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya khamar dan judi…, sampai akhir dua ayat iaitu:

Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Maka aku datang kepada sahabat-sahabatku (yang sedang minum khamar) dan membacakan ayat tersebut kepada mereka sampai kepada firman Allah:

Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Bapanya Abu Buraidah berkata, “Sebahagian sahabatku minumannya masih di tangan, sebahagiannya telah diminum, dan sebahagian lagi masih ada di tempatnya (seperti gelas untuk minum khamar, penj.).” Ia berkata, “Sedangkan gelas minuman itu melekat di bibir atasnya, seperti tukang bekam menempelkan gelas ketika membekam. Lalu mereka menumpahkan khamar yang ada pada jug besar mereka dan berkata, “Ya Tuhan kami, kami telah berhenti.””

Hanzhalah bin Abi Amir ra. yang wafat dan dimandikan oleh Malaikat telah mendengar seruan untuk berperang di Uhud. Maka ia pun bergegas menyambut panggilan itu, dan mati syahid pada perang Uhud tersebut. Ibnu Ishak berkata; Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya sahabat (Hanzhalah) dimandikan oleh Malaikat, maka tanyakanlah bagaimana khabar keluarganya?” Maka aku pun (Ibnu Ishak) bertanya kepada isterinya. Dia pada malam itu adalah pengantin baru. Isterinya berkata, “Ketika mendengar panggilan untuk berperang suamiku keluar sedangkan dia dalam keadaan junub.” Rasulullah SAW bersabda, “Begitulah ia telah dimandikan oleh Malaikat.”

Khatimah

Jelaslah bahawa umat Islam dzaman Rasulullah SAW 15 abad lalu mampu bersegera melaksanakan syariah dengan keimanan mereka. Lalu apkaha alasan kita hari ini jika tidak mahu atau sengaja tidak mahu bersegera melaksanakan syariah?

Wallahu'alam..

Amar Makruf Nahi Mungkar

Soalan: Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan amar makruf nahi mungkar? Apa pula yang dimaksudkan dengan mengubah kemungkaran (taghyir al-munkar)?

Jawapan: Amar makruf nahi mungkar merupakan salah satu ciri yang hanya dijumpai pada kaum muslim; tidak ada pada umat-umat yang lain. Bahkan keistimewaan umat islam justeru dicirikan dengan adanya sifat amar makruf nahi mungkar. Banyak ayat yang menyebut tentang amar makruf nahi mungkar dan menyamakannya dengan sifat-sifat kaum muslim (lihat Qs. Ali-'Imraan[3]: 104).

Menurut mufasir al-Qasimi, sifat tersebut (iaitu amar makruf nahi mungkar) menjadikan keutamaan yang Allah berikan kepada umat Islam, dan tidak diberikan kepada umat-umat lain (al-Qasimi, Mukhatashar Min Mahasini at-Ta’wil, hal. 64, Dar an-Nafa’is).

Yang dimaksudkan dengan makruf menurut syariat Islam adalah setiap i'tikad (keyakinan), perbuatan (amal), perkataan (qawl), atau isyarat yang telah diakui oleh as-Syari’ Yang Maha Bijaksana dan diperintahkan sebagai bentuk kewajiban (wujub) ataupun dorongan (nadb). (Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, Amar Ma’ruf Nahi Munkar, hal. 19, Darul Furqan).

Dengan demikian, beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya; pada hari akhir, syurga dan neraka, dan lain-lain dianggap sebagai perkara yang makruf dan diperintahkan, serta terkait dengan i'tikad (keyakinan/keimanan). Pelaksanaan solat, shaum (puasa), zakat, haji, sedekah, berjihad fi sabilillah dan sejenisnya; termasuk di dalam perbuatan-perbuatan (amal) yang makruf. Mengucapkan kata-kata yang haq, memerintahkan untuk menjalankan kewajiban agama, dan melarang terjerumus dalam hal-hal yang diharamkan, juga tergolong pada perkara yang makruf.

Jadi, makruf disini bererti al-khayr (kebaikan). Oleh karena itu, amar makruf bererti perintah atau dorongan untuk menjalankan perkara-perkara yang makruf (kebaikan), yang dituntut atau didorong oleh akidah dan syariat islam.

Sebaliknya, yang dinamakan dengan munkar menurut syariat Islam adalah setiap i'tikad (keyakinan/keimanan), perbuatan (amal), ucapan (qawl) yang diingkari oleh as-Syari’ Yang Mahabijaksana dan harus dijauhi (Abu Faris, ibid, hal. 20, Darul Furqan).

Dengan demikian, syirik kepada Allah, percaya pada ramalan bintang dan dukun, menyandarkan nasib pada mantera-mantera dan paranorman, dan sejenisnya, adalah keyakinan yang mungkar. Begitu pula meminum minuman keras (khamer), berzina, mencuri, ghibah, berdusta, bersaksi palsu, tajassus (mengintai) seorang Muslim, penyelewengan, rasuah, meminta bantuan ketenteraan kepada negara kafir untuk memerangi sekelompok umat Islam, tunduk kepada dominasi negara-negara kafir, mebiarkan atau meninggalkan urusan rakyat, mengambil harta milik masyarakat (milik umum) tanpa legislasi syariat, menjalankan hukum thagut (selain hukum islam), dan sejenisnya adalah termasuk tindakan-tindakan mungkar.

Jadi, mungkar disini bererti as-syarr (keburukan). Oleh karena itu, nahi mungkar bererti perintah untuk menjauhi perkara-perkara yang mungkar (keburukan), yang dihindari oleh akidah dan syariat Islam. Amar makruf nahi mungkar diwajibkan oleh syariat Islam (lihat Qs. Ali-'Imraan [3]: 104).

Adapun taghyir al-mungkar (mengubah kemungkaran) adalah juga diwajibkan atas setiap Muslim. Hanya caranya telah ditentukan oleh Rasulullah saw. Beliau bersabda:

“Siapa saja di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya: jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman.” [HR. Muslim].

Menurut Qadhi Iyadh, hadis itu terkait dengan sifat-sifat seseorang tatkala mengubah kemungkaran. Orang yang hendak mengubah kemungkaran berhak mengubahnya dengan berbagai cara yang dapat melenyapkan kemungkaran tersebut, baik melalui perkataan ataupun perbuatan (tangan). Jika seseorang memiliki dugaan kuat (iaitu jika diubah dengan tangan akan muncul kemungkaran yang lebih besar lagi, seperti menyebabkan risiko akan dibunuh atau orang lain bakal terbunuh kerana perbuatannya), cukuplah mengubah kemungkaran itu dilakukan dengan lisan, diberi nasihat dan peringatan. Jika ia merasa risau bahawa ucapannya itu boleh mengakibatkan pada risiko yang sama. Cukuplah diingkari dengan hati. Itulah yang dimaksud hadis tersebut (An-Nawawi, Syarh Shahih Muslim, jld. II/25).

Berdasarkan hal ini, seseorang yang mampu mengubah kemungkaran, yang dimaksud dengan mengubah kemungkaran melalui hati adalah menasihati pelaku kemungkaran, kemudian (jika hal itu dilakukan, atau tidak mampu dilakukan kerana adanya risiko kemungkaran yang lebih besar) memutuskan hubungannya dengan kemungkaran dengan pelakunya melalui tindakan: tidak duduk bersama-sama pelaku yang tengah melaksanakan kezaliman atau tindakan mungkar; tidak meminum minuman keras (khamer) bersama-sama; tidak memakan makanan yang haram secara bersama-sama dengan pelaku, tidak melayani, menasihati dan mendorong mereka melakukan kemungkaran; dan sebagainya.

Dari paparan tersebut jelas bahawa pihak yang paling bertanggung jawab dalam melakukan amar makruf nahi mungkar dan mampu mengubah kemungkaran dengan tangan (kekuatan) adalah Pemerintah atau Negara. Negara memiliki seluruh kuasa yang memungkinkannya boleh menjalankan amar makruf nahi mungkar dan melenyapkan kemungkaran dengan tangan (kekuatan)-nya seketika.

Masalahnya, di tengah-tengah kaum Muslim saat ini, Pemerintah atau Negara telah berubah menjadi dar al-kufr, syariat Islam diganti dengan sistem hukum thagut, sekularisme dijadikan dasar negara, kedaulatan bukan di tangan Allah SWT. Melainkan manusia (iaitu rakyat), kekufuran bermaharajalela di seluruh lapisan masyarakat, dari dasar hingga ke cabang-cabangnya, ideologi kufur (seperti Komunisme, Kapitalisme-Demokrasi dan sekutu dengannya) bermaharajalela dan menjadi ikutan kaum Muslim, bahkan dibelanya mati-matian. Ertinya, negara telah menjadi pelaku atau pemelihara kemungkaran itu sendiri. Jadi apakah yang harus kita lakukan?

Jawabannya, bahawa kaum Muslim saat ini harus terlibat dalam proses taghyir al-mungkar secara global dan inqilabi (revolusioner). Caranya adalah dengan mengembalikan lagi sistem hukum Islam melalui kewujudan negara yang mendasarkan diri, menjaga, melaksanakan dan memprogandakan akidah dan syariat Islam: iaitu melalui Negara Khilafah yang merujuk pada manhaj Nabi Saw. Tentu saja, semua itu harus melalui tahapan/metode yang dilandasi oleh perjalanan Rasulullah Saw. iaitu seperti membangun Negara Madinah, bukan berdasarkan metode lain.

Jika di tengah-tengah kaum Muslim tidak terlihat upaya untuk mengubahnya, bahkan dengan hati sekalipun (membiarkan dan tidak mempedulikan dengan keadaan kaum Muslim saat ini yang didominasi oleh kekufuran), bererti iman dalam dirinya telah hilang, dan kemungkaran akan menyelimuti seluruh umat manusia. Pada akhirnya, pintu azab Allah yang sangat pedih akan terbuka. Rasulullah Saw bersabda:

“Demi jiwaku yang ada dalam genggamannya, kalian memerintahkan kemakrufan dan mencegah kemungkaran atau Allah akan menimpakan azab atas kalian, kemudian kalian berdosa kepada-Nya lalu doa kalian tidak akan dikabulkan.” [HR. at-Tirmidzi]. [Abu Fuad]

Wallahu'alam..

Roh Ukhuwwah : Dedikasi Khas




Roh ukhuwwah
menggetarkan hati dan perasaan…
Hati-hati bersatu
atas dasar yang satu…
terikat dengan ikatan AQIDAH…
ikatan yang paling kukuh dan mahal…

Bila hati telah terpaut
dan jiwa telah terpadu…
maka persaudaraan yang wujud
terus berjalan…
bersih…
dan penuh rasa kasih...

Berdoalah agar
kita sentiasa dikurnia
nikmat kemanisan berUKHUWWAH...
Agar kita sentiasa
berpijak pada simpulan AQIDAH…
pengikat yang utuh dan abadi...

Saya dedikasikan "Selamat Berjuang" khas buat sahabat-sahabat seperjuangan iaitu Humairah, Balkis, Maisarah, Raihanah, Safanah, Kak Aqeylah, Kak Sumayyah, Kak Insyirah Ameer, Kak Farisha, Kak Khaulah, Kak Fairuz (J), Kak Syamsiyyah, Kak Fatiha, Kak Dania Natasya, Huda, Hidayah dan juga nama yang tidak disebut (minta maaf ye, lupa..)





SELAMAT BERJUANG
by Brothers

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo

Special Thanks To..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana segalanya hampir selesai untuk sesi semester 2008/2009 ini..Terima kasih yang tak terhingga kepada ahli kumpulan saya untuk subjek Antiinfektif(AI) dan Pengajian Farmaseutikal Bersepadu 1 (IPL) kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta sentiasa berkongsi pengetahuan.. My group members are:
  1. Lim Lay Sin
  2. Siti Nursafarina bt Mohd Sabri
  3. Kiat Aun Ni
  4. Tan Gim Hui
  5. Noor Aliasuzana Bt Sabtu
  6. Fatin Nazihah Bt Samsuri
  7. Wan Mohamad Akram bin Wan Zainudin
  8. Ahmad Taufik bin Mohd Murshid
  9. Ahmad Shafiee bin Md Ajis
  10. Me, myself
  11. Lim Tze Im
Setelah melalui 2 pembentangan AI iaitu Hepatitis A & B dan Immunosuppressant drugs with poster and also 4 sesi kes IPL iaitu Oral Contraceptive Pilss (OCP), Acute Gouty Attack, Vaginal Candidiasis Infection dan Diabetes Mellitus Type 2.., akhirnya tadi adalah kes terakhir untuk semester ini.. Thanks a lot to our 2 motivated lecturers that always guide us throughout the session for IPL session, Dr Haliza Katas and Dr Khairana Hussain.. Also special thanks to Dr Hesham Rashwan for guiding us for AI..

Terima kasih juga kepada semua ahli kumpulan saya untuk Teknologi Maklumat dalam Farmasi (TM), with our smart lecturer/supervisor, Dr Mumtaz Hussain. Hee.. Our presentation is "Is The Internet an Effective Tools for Drug Information?" They are :

  1. Chan Mui Wern
  2. Rennu a/l Marimuthu
  3. Tang Kah Hang
  4. Kong Mei Chieng
  5. Nur Hazwani Binti Julaini
  6. and myself
Last but not least, for diet supplement presentation tomorrow, my group will prensent on "Evening Primrose Oil".. So, special thanks to my members which :

  1. Chan Mui Wern
  2. Janice Hong Wei Ying
  3. Chan Wei Ping
  4. Hamidi bin Deraman
  5. Vannesa Jacquelynne
  6. Noorfazlisha binti Mohd Fouzi
  7. Foo Hwei Yi (Carrie)
All the best and good luck!!

p/s : to those who are mentioned above, saya just suka-suka ya..Just relax and happy.. PEACE!!

Wanita Ahli Syurga Dan Ciri-Cirinya


Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15)

“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqiah : 10-21)

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, di antaranya :

“Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)

“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)

“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (QS. Ar Rahman : 58)

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :

“ … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari tudung (khimar) wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nombor 1557)

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki dan bidadari-bidadari sahaja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

  1. Bertakwa.
  2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik ataupun yang buruk.
  3. Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
  4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahzwa Allah melihat dirinya.
  5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
  6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika bersendirian atau bersama orang ramai dan berdoa kepada Allah semata.
  7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
  8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
  9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
  10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
  11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
  12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan orang lain (ghibah).
  13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
  14. Berbakti kepada kedua orang tua.15. Menyambung silaturahmi dengan keluarga kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang diambil dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya termasuk dalam kerangka metaati kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)

p/s: semoga saya dan sahabat-sahabat muslimah yang lain juga mampu menjadi wanita ahli Syurga di samping meraih keredhaan Allah SWT.. Ameen..

Wallahua’lam..

Hadis Rasulullah saw Tentang Pembebasan Constantinople


Sultan Muhammad Al-Fateh

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

p/s : Di bawah ini adalah satu artikel untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar untuk dikongsikan.

.......................................................................................................................................................................

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican


Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung


Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.

Perbuatan Yang Ihsan

Seorang ulama yang hidup di zaman Abdul Malik bin Marwan, Sa’id bin Jubair, pernah mengatakan:

“Tidak diterima suatu perkataan kecuali disertai amal, tidak akan diterima perkataan dan amal kecuali disertai niat, dan tidak akan diterima perkataan, amal dan niat kecuali disesuaikan dengan sunnah Nabi Saw.”

Sangat pentingnya ihsan dalam beramal ini sehinggakan Imam Malik mengatakan:

“Sunnah Rasulullah Saw itu ibarat perahu nabi Nuh. Siapa yang menumpanginya ia akan selamat; sedangkan yang tidak, akan tenggelam.”

Tradisi kaum muslimin di zaman lalu berkaitan dengan amalnya dalam kehidupan sehari-hari selalu menyandarkan kepada tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Sehingga untuk masalah yang kecil seperti bagaimana tatacara bersuci dari hadas besar atau kecil sampai urusan muhasabah penguasa selalu mengikuti petunjuk yang diberikan Allah dan Rasul-Nya. Tentu saja hal semacam itu menjadikan kaum muslimin generasi terdahulu sentiasa berada di jalan yang benar dalam aktiviti kehidupan sehari-harinya. Mereka berlumba-lumba dalam kebaikan, bukan semata-mata berlumba-lumba dalam banyaknya amal (perbuatan). Firman Allah:

“...supaya Dia menguji kalian siapa di antara kalian yang lebih baik amalnya.” (Qs. al-Mulk [67]: 2).

Jadi, bukan yang terbanyak amalnya yang akan dinilai oleh Allah, tetapi yang terbaik amalnya.

Namun, tradisi kaum muslimin generasi mutaakhirin (sekarang ini) ternyata sudah mulai melupakan atau bahkan tidak lagi menghiraukan petunjuk-petunjuk yang diberikan Allah dan Rasul-Nya ketika melakukan aktiviti dalam kehidupan sehari-hari. Sehingga wajar apabila akhirnya kaum muslimin kesulitan dalam melakukan pelbagai amal. Malah ada yang akhirnya menempuh cara-cara yang tak pernah diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dalam urusan amar ma’ruf nahi munkar kaum muslimin tidak lagi menempatkan dirinya pada kedudukan yang benar. Dengan kata lain, cara-cara yang ditempuh tidak sejalan dengan sunnah Nabi saw. Iaitu lebih ke arah yang menghalalkan segala cara. Ertinya, ketika ingin membetulkan kesalahan, ternyata cara yang diambil bertentangan dengan Islam. Jadi, membenarkan kesalahan dengan kesalahan.

Dengan demikian, amal yang baik (ihsan) menurut salah seorang guru Imam Syaifi’i, iaitu Fudlail bin ‘Iyadl ketika menjelaskan ayat 2 surat al-Mulk [67] adalah amal yang paling ikhlas dan paling benar. Ketika ditanyakan. “Wahai Abu Ali, apakah maksud paling ikhlas dan paling benar?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya suatu amal sekalipun benar tetapi tidak dikerjakan dengan ikhlas, maka amal tersebut tidak akan diterima. Sebaliknya, jika dikerjakan dengan ikhlas namun tidak dengan cara yang benar, maka amal tersebut juga tidak akan diterima. Ikhlas hanya dapat terwujud manakala amal itu diniatkan secara murni kepada Allah SWT, sedangkan amal yang benar hanya dapat terwujud dengan mengikuti sunnah Nabi Saw.” (Fauzy Sanqarth, At-Taqorrub ila Allah Thoriqut Taufiq).

Di antara tanda-tanda ikhlas adalah tunduk kepada kebenaran, dan menerima nasihat sekalipun dari orang yang lebih rendah tahap keilmuannya. InsyaAllah bila kita mengikuti perintah dan tuntutan dari Allah dan Rasul-Nya dalam beramal ini, amal yang kita kerjakan tidak akan sia-sia, dan tentu saja dinilai sebagai amal yang ihsan (baik).

Wallahu’alam..

Bersilaturahmi : Bukti Cinta Saudara

Pagi tadi, saya berbincang tentang tajuk yang saya kira menarik bersama beberapa wanita.. Tajuknya adalah "Silaturahmi".. Kenapa saya tidak mengatakan silaturahim?? Apakah silaturahmi dan silaturahim dua benda yang berbeza?? Sebenarnya, silaturahim adalah kesalahfahaman masyarakat Malaysia tentang silaturahmi.. Kerana mereka beranggapan bahawa silatura'rahim' adalah dari rahim.. Silatu'rahim' bukankah maknanya penyayang??.. Bukan ikatan persaudaraan. Maka, saya menulis entri ini agar kita sesama manusia khususnya umat Islam jelas tentang peri pentingnya silaturahmi ini..

Bilakah waktu yang tepat untuk kita bersilaturahmi?
Kepada siapa kita perlu bersilaturahmi?
Apa yang harus kita bualkan ketika bersilaturahmi?
Apa yang kita rasakan ketika bersilaturahmi?
Apa yang orang rasakan ketika kita mensilaturahmi dirinya?
Berapa kali dalam hidup kita harus bersilaturahmi?

Ada banyak perkara yang boleh membuatkan hidup kita lebih bahagia. Salah satunya adalah melakukakan silaturahmi. Silaturahmi dalam bahasa mudahnya adalah bertamu, bagi sebagian orang bahasa lainnya adalah menyiapkan topik perbualan yang panjang, sementara ada juga yang mengertikannya sebagai sarana atau alat untuk mempererat atau merapatkan tali persaudaraan satu sama lain.

Silaturahmi mungkin salah satu aktiviti sosial yang paling senang. Hanya berkunjung ke tempat tinggal seseorang dan bicara atau berbual dengannya. Pun agak mudah silaturahmi boleh juga dilaksanakan di pasar raya ataupun cafe tertentu. Manusia memerlukan interaksi antara manusia satu dengan manusia yang lain.


Ketika Allah SWT melarang fanatisme jahiliah (‘ashabiyah jahiliyah), hal itu kerana Allah SWT sesungguhnya melarang menjadikan fanatisme kesukuan sebagai pengikat di antara umat Islam, sekaligus melarang berhukum dengannya dalam hubungan antara kaum Muslim. Namun, Allah SWT telah memerintahkan kaum Muslim agar menjalin hubungan dengan keluarga serta berbuat baik kepada mereka. Imam Al-Hakim dan Ibnu Hibban meriwayatkan dari jalur sanad Thariq al- Muharibi bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Tangan orang yang memberi [nafkah] itu tinggi [kedudukannya]. Mulailah dengan orang yang menjadi tanggunganmu, kemudian ibumu, kemudian ayahmu, kemudian saudara perempuanmu, kemudian saudara laki-lakimu, kemudian yang dekat denganmu
dan yang dekat denganmu.”

Dari Asma’ binti Abu Bakar r.a., dia pernah berkata: “Ibuku datang kepadaku, sedangkan ia adalah wanita musyrik pada masa Quraisy (Jahiliah), karena mereka telah membuat perjanjian
dengan Nabi mengenai anaknya. Maka aku meminta fatwa kepada Rasulullah SAW. Aku berkata, “Ibuku datang kepadaku, sedangkan ia ingin bertemu denganku.” Rasulullah SAW menjawab, “Ya, sambunglah tali silaturahmi dengan ibumu.”

Islam telah menjadikan keluarga itu ada dua : (1) keluarga yang mewarisi seseorang jika orang tersebut meninggal dunia; (2) keluarga yang memiliki hubungan silaturahmi (dzawil arham). Mereka yang berhak mendapatkan warisan adalah orang-orang yang berhak mendapat warisan (ashhabul furudh) dan para ‘ashabah.

Sementara orang-orang yang memiliki hubungan silaturahmi (dzawil arham) adalah selain mereka; mereka tidak mendapatkan bagian dari warisan (ashhabul furudh), dan bukan pula para ‘ashabah. Mereka ini (dzawil arham), berjumlah sepuluh orang yaitu: (1) pak cik (saudara lelaki ibu); (2) mak cik (saudara perempuan ibu); (3) atok dari pihak ibu; (4) anak lelaki dari anak perempuan; (5) anak lelaki dari saudara perempuan; (6) anak perempuan dari saudara lelaki; (7) anak perempuan dari pak cik (saudara lelaki bapa); (8) mak cik (saudara perempuan bapa); (9) pak cik dari ibu; (10) anak lelaki dari saudara lelaki seibu; serta siapa saja yang menjadi keturunan salah seorang dari mereka. Allah SWT tidak menjadikan mereka berhak mendapatkan warisan dari seseorang sama sekali. Namundemikian, Allah SWT memerintahkan untuk menjalin hubungan silaturahmi dan berbuat kebaikan kepada keluarga secara keseluruhan.

Jabir RA. menuturkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Jika seseorang di antara kalian fakir, maka hendaklah ia memulai [nafkah] kepada dirinya sendiri; jika ia memiliki kelebihan,
hendaknya ia memberikannya kepada keluarganya; dan jika masih memiliki kelebihan, hendaknya ia memberikannya kepada kaum kerabatnya.” (HR Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah).

Abu Ayyub al-Anshari RA juga bertutur demikian: “Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW, ‘Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku perbuatan yang dapat memasukkanku ke dalam syurga?” Orang-orang berkata, “Ada apa dengannya, ada apa dengannya?” Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah Tuhan bersamanya?” Beliau melanjutkan, “Engkau
menyembah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menjalin silaturahmi.” (HR Bukhari)

Hadits ini memerintahkan silaturahmi. Tapi hadits tersebut dan hadits-hadits lainnya yang berkaitan dengan silaturahmi, tidak menjelaskan apakah silaturahmi itu kepada dzawil al-arham saja atau kepada setiap orang yang memiliki hubungan nasab (arham) dengan seseorang. Yang jelas, hadits-hadits itu bersifat umum, mencakup setiap orang yang memiliki hubungan silaturahmi; baik mahram maupun bukan; baik dari para ‘ashabah maupun dzawil al-arham. Mereka semua itu dapat dikatakan sebagai orang-orang yang memiliki hubungan nasab (arham).

Banyak hadits yang menyinggung silaturahmi ini, misalnya, sabda Rasulullah SAW berikut:
“Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahmi.” (HR Muslim, dari jalur sanad Jubair bin Muth’im).

Anas ibn Malik menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Siapa saja yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahminya.”

Abu Hurayrah r.a. juga menuturkan bahwa Nabi SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menjadikan makhluk. Tatkala telah selesai, bangkitlah rahim (tali persaudaraan) seraya berkata, “Di sinilah tempat orang yang menjaga diri dari keterputusan.” Allah SWT berfirman, “Ya, relakah engkau jika Aku akan berhubungan dengan orang yang menyambungkan diri denganmu dan memutuskan hubungan dengan orang yang memutuskan hubungan
denganmu?” Rahim menjawab, “Baiklah.” Allah SWT melanjutkan, “Itulah bagianmu.”

Setelah itu, Nabi saw bersabda, “Jika kalian mahu, bacalah olehmu ayat ini:
“Sekiranya kalian berkuasa, apakah kalian akan membuat kekacauan di bumi dan memutuskan hubungan silaturahmi dengan kerabat kalian?” (TQS Muhammad [47]: 22).” (Muttafaq ‘alaihi,
mengikuti lafal al-Bukhari).

Rasulullah SAW juga bersabda: “Bukanlah orang yang menghubungkan tali silaturahmi itu adalah yang membalas hubungan baik. Akan tetapi, orang yang menghubungkan tali silaturahmi itu adalah orang yang ketika diputuskan silaturahminya, dia menyambungkan kembali hubungan itu.” (HR Bukhari, dari jalur sanad Abdullah bin ‘Amr).

Nash-nash di atas semuanya menunjukkan dorongan untuk menjalin silaturahmi. Silaturahmi ini menunjukkan sejauh mana hubungan silaturahmi dan kasih sayang di antara komuniti Islam yang ditetapkan Allah SWT dalam hal menjalin silaturahmi dan tolong menolong di antara kerabat. Silaturahmi juga menunjukkan sejauh mana perhatian syariah Islam terhadap pengaturan pergaulan lelaki dan wanita, serta pengaturan segala hubungan yang muncul dan menjadi implikasi dari adanya pergaulan tersebut.

Wallahu'alam..
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat