Hijrah : Iltizam untuk Memperbaiki Diri ?



Sesungguhnya 1 Muharram yang sering dikaitkan dengan hijrah bukanlah simbolik kepada perubahan diri, bahkan peristiwa hijrah itu sendiri perlu difahami agar ia dapat membentuk kesedaran politik kepada titik perubahan keseluruhan hidup kaum Muslimin, sama ada pada generasi tersebut mahupun generasi selepasnya. Hijrahnya Rasulullah dan para sahabat tatkala itu bukanlah hijrah ‘perubahan diri’, tetapi berhijrah dari kufur di mana umat Islam ditindas dan diperangi dengan begitu hebat oleh golongan kuffar, menuju ke Madinah bagi mewujudkan sebuah Negara Islam yang akan menyelamatkan darah dan nyawa kaum Muslimin. Inilah hakikat hijrah Nabi saw.

Negara Islam yang dibina oleh Rasulullah diteruskan lagi oleh para sahabat dan Daulah Khilafah ini terus berkembang dan ia menjaga harta, darah dan nyawa umat Islam yang bernaung di bawahnya. Setelah kejatuhan Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342 H (3 Mac 1924), Umat Islam kini sudah tidak lagi mempunyai sebuah negara. Bertambah malang, peristiwa hijrah Rasul hanya dikenang di dalam bentuk perarakan dan penganugerahan tokoh Ma’al Hijrah saban tahunnya. Apakah dengan sambutan sebegini, maka akan berubahlah nasib umat di Malaysia, atau apatah lagi nasib umat Islam di Palestin yang kini sedang diratah tentera Israel laknatullah.

Kesan yang signifikan dari peristiwa hijrah Nabi SAW adalah, umat Islam pada ketika itu keluar dari kegelapan hidup berselubungkan sistem kehidupan Jahiliyyah di bawah pemerintahan dan undang-undang kufur. Manakala kaum Muslimin di Mekah pula tidak henti-henti diperangi dan dibunuh oleh kuffar Quraisy. Justeru, hijrahnya Rasul SAW dan para sahabat dengan membentuk sebuah Negara Islam dan selepas itu barulah wujud kekuatan untuk melawan kekuatan musuh dalam bentuk ‘sebuah negara’. Kemudian, dengan Negara tersebut, Rasulullah SAW melancarkan jihad dan membebaskan kaum Muslimin dari kekejaman kuffar. Inilah hijrah Nabi SAW. Namun sayangnya saat ini di kala umat Islam diperangi oleh kuffar, sebahagian mereka yang bergelar tokoh di Malaysia masih membicarakan tentang ingin menyambut awal Muharram besar-besaran agar lebih meriah, dan lagi banyak memakan duit rakyat tentunya.

Saban tahun Ma’al Hijrah disambut dengan seruan agar umat berubah, tetapi skop perubahan hanya terangkum dalam aspek akhlak, tidak kepada perubahan total dari segi politik, ekonomi, ketenteraan, dasar luar negeri dan lain-lain lagi. Tokoh Islam di negara ini kebanyakannya hanyalah pengampu kerajaan dan langsung tidak berani membicarakan tentang perubahan total umat Islam, yakni hijrah dari sistem sekular menuju sistem Khilafah. Ini adalah kerana perubahan total itu sering dikaitkan dengan perspektif yang negatif, dan jika mereka membicarakan hal ini, maka habislah ‘periuk nasi’ mereka. Sudahnya, mereka sibuk berkokok mengampu kerajaan manakala nasib umat Islam masih sama saban tahun. Para pemimpin, tokoh dan ulama tajaan sekular ini akan memastikan ‘perubahan’ yang diserukan adalah perubahan yang sentiasa memanjangkan usia sekularisme di seluruh pelusuk negara. Ingin mengharap mereka berbicara pasal jihad...ya mereka pun akan berbicara juga, dan mereka akan berbicara secara panjang lebar...tentang jihad ekonomi, jihad diri, jihad busines, jihad pendidikan, jihad keluarga dan seumpamanya. Itulah jihad mereka!

Umat Islam sepatutnya meneladani peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai sebuah kewajipan membangun sebuah negara Islam. Tanya diri setakat manakah aku telah berusaha untuk mewujudkan sebuah Negara Islam (Daulah Khilafah) sebagai muhasabah. Perubahan diri yang hanya menyentuh aspek akhlak tidak akan membuahkan hasil yang sebenar menurut perspektif hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. Bangkitnya sebuah negara Islam (Khilafah) itulah perubahan yang sebenarnya. Dengan negaralah, seluruh kehidupan kita diatur dengan wahyu Allah SWT, nikmat Islam dapat dikecapi oleh sekalian umat yang bernaung di bawahnya dan musuh Islam akan pasti dapat dikalahkan. Ini terbukti oleh kegemilangan sejarahnya sejak 1 Muharram 1H hingga 28 Rajab 1342H. Semoga pada tahun hijrah yang akan datang, pertolongan Allah dengan wujudnya kembali Daulah Khilafah akan terealisasi.

Ayuh, bangkitlah saudaraku, mari kita sama-sama berhijrah dan menolak sistem sekular dan kita tegakkan Islam!

MyKhilafah

Jemputan Terbuka Persidangan Ekonomi Antarabangsa




Towards a tranquil safe world under the shade of the economic system of Islam

An International Economic Conference organised by Hizb ut-Tahrir

10am Madinah/Khartoum time

Saturday, 7th Muharram 1430 Al-Hijri (3rd January, 2009 CE)

Convention Centre, Hall No 1, Burri, Khartoum, Sudan


The following are some of the topics that will be discussed at the conference:

  • Capitalism is intrinsically flawed and crises are inevitable.
  • The emergence of the current economic crisis...its causes and effects.
  • The impact of the current crisis on the different regions of the world.
  • The inevitable failure of the current solutions for the global financial crisis.
  • Only the Islamic economic system of the Khilafah state is capable of establishing a just economic situation free from crises

Hanya Yg Benar2 Sayangkan Islam...



Apabila kaum Kuffar gagal dalam peperangan fizikal mereka dengan umat Islam, iaitu dalam beberapa siri peperangan Salib, mereka telah mula memikirkan cara yang lebih efektif untuk memecah belah perpaduan umat Islam dalam satu negara yang terdiri dari masyarakat majmuk. Pada mulanya mereka mengira bahawa orang Kristian yang ada dalam Daulah Khilafah akan membantu mereka dan berpihak kepada mereka dalam peperangan Salib kerana mempunyai akidah yang sama, tetapi ternyata dugaan tentera Salib ini meleset, mereka mendapat tentangan hebat dari kaum Kristian sendiri. Penganut Kristian dalam Daulah Islamiah tidak bekerja sama dengan mereka.

Mereka pada mulanya menjadi buntu, dan cuba mencari kelemahan umat Islam itu dari dalam, iaitu mereka melakukan perang tsaqafah (kebudayaan) dan Misionaries, yang mana unsur penting yang digunakan untuk memecahbelahkan umat Islam dengan ditanamnya sikap perkauman yang menebal dalam diri umat Islam. Akhirnya tubuh umat Islam yang kental dan yang selama ini dapat menangkis segala penyakit dan serangan dari luar telah dapat dilemahkan. Ini kerana Barat telah berjaya menyuntik virus yang merosakkan sistem pertahanan badan, membunuh segala sel-sel darah putih yang selama ini membentuk imunisasi dari jangkitan luar. Virus lain yang berjaya memisah-misahkan umat Islam serta mengekalkan perpecahan antara mereka adalah assabiyyah, atau semangat perkauman.

Perkauman Haram di sisi Islam

Realiti hari ini menunjukkan bahawa kaum Muslimin di seluruh dunia, walaupun mereka berkongsi aqidah, namun mereka bercerai-berai dalam politik, ekonomi dan hala tuju. Di dalam Al-Quranul Kareem, Allah SWT menjelaskan bahawa kaum Muslimin itu bersaudara, bukan setakat 'rasa' persaudaraan, namun kaum Muslimin pada hakikatnya merupakan satu tubuh; bersatu dalam aqidah, aspirasi politik dan ekonomi serta hala tuju. Namun, situasi ini telah cuba diubah oleh penjajah dan buat sekian lamanya dipertahankan oleh kaum Muslimin itu sendiri.

Bagi Muslimin di Malaysia yang ikhlas, ketika memerhatikan realiti yang digambarkan di atas, akan dapat melihat bahawa punca persengketaan, contohnya di dalam kes Ambalat tidak lama dulu, timbul akibat dari wujudnya nation states (negara-bangsa), yang lahir setelah lenyapnya Khilafah Islam pada tahun 1924. Malaysia dan Indonesia yang dihuni majoriti Muslim bersungguh-sungguh berebut kedaulatan atas sebuah tanah yang sebenarnya dimiliki mereka secara bersama. Mereka disirami dengan doktrin nasionalisme, kerana itulah negara-bangsa tersebut telah berhasil dimanfaatkan oleh kaum penjajah untuk memecahbelahkan negeri kaum Muslimin sehingga menjadi negara-negara kecil dan lemah dan kaum Muslimin pula bergaduh sesama sendiri.

Amat sedih untuk mengakui realiti ini namun hakikatnya, di antara negara kaum Muslimin yang termasuk di dalam negara-bangsa yang dilemahkan oleh kuasa Barat tersebut adalah Malaysia dan Indonesia yang sering dikatakan sebagai serumpun. Setelah kemasukan penjajah, kesatuan rumpun dengan aqidah yang sama yang pernah dikecapi satu masa dahulu, kini dikoyak-koyakkan dan akhirnya mereka pun menjadi lemah sehingga negara-negara penjajah kuffar dengan mudah menguasai mereka.
Sesungguhnya nasionalisme jelas diharamkan oleh Islam. Rasulullah SAW,

"Dan tidak termasuk golongan kami orang yang menyeru kepada 'assabiyyah, berperang atas dasar 'assabiyyah, dan mati atas (sebab) 'assabiyyah". [HR Abu Daud]

Sabda baginda yang lain,

“Tinggalkanlah ia (nasionalisme/kesukuan). Ia merupakan suatu perkara yang jijik” [HR Bukhari dan Muslim]

Di dalam suatu insiden Jabir bin Abdullah Al-Ansari telah meriwayatkan apa yang berlaku di Al-Muraysi di mana golongan munafik cuba menyalakan perasaan assabiyyah di kalangan kaum Muslimin:

“Kami sedang di dalam suatu sariyyah bilamana salah seorang Muhajirun telah menendang salah seorang Ansar. Si Ansar menjerit, 'Wahai Ansar bantulah aku dan si Muhajirin juga menjerit, 'Wahai Muhajirin bantulah aku' Mendengarkan ini Rasulullah SAW berkata, 'Mengapakah kamu hidupkan sesuatu dari zaman jahiliyyah?”

Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan kebusukan dan kejijikan semangat perkauman, yang membawa perpecahan di kalangan kaum Muslimin yang sebenarnya adalah satu kerana kita disatukan oleh aqidah Islam.

Salah satu tentangan dan cabaran besar kepada pejuang-pejuang Islam yang bergerak untuk menyatukan umat Islam dewasa ini adalah semangat perkauman ini. Sikap ini pula banyak menjadi duri dalam daging, dengan adanya gerakan Islam yang bersifat setempat dan mempertahankan bangsa dan negara masing-masing. Sudah semestinya sempadan maya dalam pemikiran dan perasaan umat Islam dihapuskan dan digantikan dengan Khilafah Islamiyyah, sebuah negara Islam yang hakiki yang tidak lagi mengenal sempadan berdasarkan bangsa.

MyKhilafah.com

Ucapan Buat Sahabat2..



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt,

Ana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijriah bersamaan 29 Disember 2008.. Semoga kedatangan Muharram kali ini adalah yg terakhir tanpa Khilafah Islamiyah.. Aminn..

+ Solehah atau Sebaliknya +



Untuk mu saudariku..

Wahai Gadis Solehah..
Dari Jauh Kumelihat Gerak Gerimu..
Tunduk Memandang Bumi..
Terselindung Disebalik Hijabmu.

Wajah Yang Penuh Nur..
Yang Sentiasa Mengingati Mati..
Yang Mencintai Allah dan Rasul..
Yang Takut Azab Allah.

Kau Ibarat Permata Berharga..
Digilap, Dibalut, Dan Disimpan Rapi.

Wahai Gadis Solehah..
Di Sudut Hatiku..
Aku Bangga Dengan Imanmu..
Taqwamu, Akhlaqmu, Amalanmu..
Jua Perjuanganmu Menegakkan..
Kesucian Syari'at Yang Telah Ditetapkan Allah.

Wahai Gadis Solehah..
Kau Pertahankan Hijabmu..
Walaupun Dunia Memandang Hina..
Tetapi Allah Melihatmu Dengan Penuh Bangga.

Akhlaqmu Kau Pelihara..
Maruahmu Rapi Dijaga..
Tutur Katamu Melambangkan Sifat Keibuanmu Yang Sejati..
Pabila Bertemu Dengan Bukan Muhrimmu..
Kau Tunduk Memandang Bumi..
Mengingatkanku..
AMirul Mukminin Di Zaman Rasulullah SAW.




~ Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

~ Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

~ Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

~ 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

~ Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

~ Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

~ Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

~ Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

~ Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

~ Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

~ Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

~ Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

~ Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

~ Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

~ Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

~ Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

~ Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

~ Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

~ Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

~ Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

~ Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

~ Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

~ Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

~ Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

~ Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

From:
CintahakikiCintailahi

Berbahagialah Org2 Yg Terasing

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum wbt,

Keperibadian pd stp manusia terbentuk oleh 'aqliyah (pola fikir) & nafsiyah (pola sikap) nya. Bentuk tubuh, wajah, fizikal & sbgnya bknlah unsur pembentuk keperibadian. Sbb semua itu hanyalah penampakan lahiriah semata2. Sangat dangkal (cetek) jika ada yg yg beranggapan bahawa semua itu merupakn salah satu faktor yg membentuk & mempengaruhi keperibadian.

Sesungguhnya keperibadian Islamiyah tdk akan bjln dgn lurus, kecuali jika 'aqliyah org tsbt adalah 'aqliyah Islamiyah, yg mengetahui hukum2 yg mmg diperlukan dgn sentiasa menambah ilmu2 syariah sesuai dgn kemampuannya. Pada masa yg sama, nafsiyahnya jg nafsiyah Islamiyah sehgga dia akan melaksanakan hukum2 syara', bkn sekadar utk diketahui ttp utk diterapkan dlm segala urusannya, baik dgn Penciptanya, dgn dirinya sendiri mahupn sesamanya, sesuai dgn cara yg mmg disukai & diredhai oleh Allah SWT.

Jika 'aqliyah & nafsiyahnya telah terikat dgn Islam, bererti dia telah menjelma mjd keperibadian Islamiyah, yg akn melapangkan jlnnya menuju kebaikan di tgh2 berbagai kesulitan & kesukaran, & dia tdk pernah takut terhadap celaan org2 yg mencela, semata2 krn Allah SWT..





Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda :

Islam muncul pertama kali dlm keadaan terasing & akan kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagialah org2 yg terasing tersebut.

Beberapa sifat org2 yg terasing :

1) Sentiasa melakukan perbaikan ketika manusia sudah rosak.

Dalilnya adalah hadis yg diriwayatkan dari Sahal bin Ba'ad as-Saidi ra., bahawa Rasulullah saw. bersabda :


Islam muncul pertama kali dlm keadaan terasing & akn kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagialah org2 yg terasing tsbt. Para shbt berkata, "Wahai Rasulullah, siapa al-ghuraba ini?" Rasulullah saw. bersabda, "Mereka adlh org2 yg melakukan perbaikan ketika manusia telah rosak." (Hadis ini diriwayatkan oleh ath-Thabrani dlm al-Kabir).

2) Jumlahnya sedikit.

Ahmad & ath-Thabrani dr Abdullah bin Amru, ia berkata; Pd suatu hari saat matahari terbit aku berada dekat dgn Rasulullah saw., lalu beliau bersabda:

Akan dtg suatu kaum pd hari kiamat kelak. Cahaya mereka bagaikan cahaya matahari. Abu Bakar berkata, "Apakah itu kami wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda, "Bukan, & khusus utk kalian ada kebaikan yg byk. Mereka adlh org2 fakir & org2 yg berhijrah yg berkumpul dr seluruh pelusuk bumi." Kemudian beliau bersabda, "Kebahagiaan bg org2 yg terasing, kebahagiaan bg org2 yg terasing." Ditanyakn kpd beliau, "Siapakah org2 yg terasing itu?" Beliau saw. bersabda, "Mereka adlh org2 soleh di ant kbykn manusia yg buruk. Di mana org yg menentang mereka lbh ramai drpd yg mentaatinya." (al-Haitsami berkata hadis ini dlm al-Kabir mempunyai byk sanad. Para perawinya shahih.)

3) Mereka adalah kaum yg beraneka ragam.

Dari Ibnu Umar ra., ia berkata; Rasulullah bersabda :

Sesungguhnya Allah mempunyai hamba2 yg bkn para Nabi & syuhada. Para Nabi & syuhada pun berghibthah. pd mereka di hari kiamat krn kedekatan mereka dgn Allah & kedudukan mereka di sisi Allah. Kemudian seorg Arab Badui (yg ada di tmpt nabi berbicara) duduk berlutut, seraya berkata, "Wahai Rasulullah, jelaskanlah sifat mereka & huraikanlah keadaan mereka pd kami!" Rasulullah bersabda, "Mereka adalah sekelompok manusia yg beraneka ragam, yg terasing drpd kabilahnya. Mereka berteman di jln Allah, saling mencintai krn Allah. Allah akn membuat mimbar2 dr cahaya bg mereka di hari kiamat. Org2 merasa takut tp mereka tdk takut. Mereka adalah kekasih Allah yg tdk memiliki rasa takut (pd selain Allah) & mereka tdk bersedih."

Sifat ini terdapat jg dlm hadis Abi Malik al-Asy'ary riwayat Ahmad dgn lafaz:

Mereka adalah manusia yg beraneka ragam (bermacam-macam) & yg terasingkn dr kabilah2.

4) Mereka saling mencintai dgn 'roh' Allah.

Yg dimaksud ('roh' Allah) adalah syariat Nabi Muhammad saw. Maksudnya, perkara yg mjd pengikat di antara mereka adlh ideologi (mabda') Islam, bkn yg lainnya. Mereka tdk diikat oleh ikatan yg lain, baik ikatan keturunan, ikatan kekeluargaan, ikatan kemaslahatan atau kemanfaatan duniawi.

Mereka saling berteman di jalan Allah & saling mencintai kerana Allah. (HR al-Hakim dr Ibnu Umar)

Dlm riwayat ath-Thabrani dr hadis Abi Malik jg dinyatakan dgn ungkapan :

Di ant mereka tdk ada rahim yg mjd penyebab saling berhubungan krn Allah. Mereka saling mencintai dgn ikatan roh Allah Maha Gagah Perkasa.

5) Mereka memperoleh kedudukan itu tanpa menjadi syuhada.

Hal ini disbbkn dlm hadis dikatakan para syuhada tergiur oleh mereka. Tp ini tdk bererti mereka lbh utama drpd para Nabi & syuhada. Melainkan kedudukan itu hanyalah semata2 menunjukkan keistimewaan mereka. Keistimewaan itu tdk menjdkan mereka lbh utama drpd para Nabi & syuhada.

Abu Malik berkata, maka kami bertanya kpd Rasulullah ketika beliau bersabda :

Sesungguhnya Allah memiliki hamba2 yg bkn para Nabi & syuhada. Tapi para Nabi & syuhada tergiur oleh mereka kerana dekatnya kedudukan mereka dr Allah di hari kiamat.

Seluruh riwayat telah menyepakati bahawa mereka bknlah termasuk para Nabi & syuhada. Mereka memperoleh kedudukan spt itu semata2 kerana memiliki sifat2 tsbt.

Wallahu'alam...

Berbezakah Hari Krismas Dgn Perayaan Agama Yg Lain ???

Assalamualaikum wbt sahabat2,

Sblm hari Krismas ni tiba iaitu hari ini, 25 Disember 2008, buletin friendster ana byk yg hntr mengenai "seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Jesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, iaitu murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH iaitu TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Jesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?" Yang ini ana copy & paste dari buletin friendster..

Ana juga terdetik utk menulis posting ini slps menonton rancangan Wanita Hari Ini (WHI), jam 12 tghari di TV3 hari ini.. Pada kebiasaannya, WHI akan memaparkan isu2 semasa yg berkaitan &isu hari ini adalah Hari Krismas.. Pengacara2nya mengucapkan Hari Krismas kpd seluruh org Kristian di seluruh dunia & tanpa rasa bersalah mereka juga gembira meraikannya bersama.. Ana terfikir, dia ni tahu ke tdk hukumnya?? (hehe. Mgkin pengacara2 ini tdk tahu..)

Jadi persoalannya, benarkah kalau kita wish akan rosak akidah kita?? Kalau benar, sejauh mana kebenarannya?? Bagaimana pula kalau kita sama2 meraikannya??

Link ini ana paste, agar sahabat2 dapat keterangan ttg persoalan2 yg ana utarakan.. Semoga keterangan2 tersebut membuka minda kita bersama utk memikirkannya..

http://hizbut-tahrir.or.id/2008/12/25/hukum-melibatkan-diri-dalam-perayaan-natal-dan-perayaan-agama-lainnya/


Kesimpulannya, jelaslah & nyata setelah antum membaca artikel yg telah di'paste'kan bahawa adalah haram bagi kita (umat Islam) mengucapkannya apalagi meraikannya bersama2..

Wallahu 'Alam..

Intelligent Design Concept ?????

Assalamualaikum wbt. sahabat2,

Ana rasa, this is the first time ana coretkan hasil tulisan sendiri di blog ana.. Ermmm, ini adalah pengalaman sbnr ana serta ana kira menjadi motivasi ana dan mungkin juga utk sahabat2 seperjuangan berdepan dgn umat atau sesiapa jua..

Dua hari yg lps, ana merupakan 1 di antara 7 org ketua fasilitator yg didtgkan khas oleh Cikgu I utk menyertai Program Motivasi di UM. Apa yg ana nak kongsikan di sini bknlah mengenai program tu tp ana ingin kongsikan dgn antum semua ttg intelligent design yg baru first time ana dgr (hehehe).. tp ana rasa pelajar2 fizik tahu apa maknanya..

Dlm kita bertemu & berbicara dgn umat, kita perlu bijaksana dgn uslub utk menyampaikan Islam..Mgkin mudah utk kita terangkan mengenai Islam kpd org Islam (betu ke?)tp bagaimana pula uslub yg diperlukan utk menerangkan Islam selaku akidah kpd org yg bkn Islam malah kpd org yg tiada agama?? Antum pernah terfikirkah?? Pernahkah terfikir walaupun sejenak?? Ana baru sahaja terfikir, berfikir & terus berfikir.. Mujur ana menyertai progrm ini..walaupun target utama ana mjd fasi bkn utk dakwah kpd bkn Islam tp ianya berguna utk ms akan dtg..

Kalau kita bertemu dgn org yg tiada agama & jiwanya kosong sekosong tin yg kosong (hehehe, tak tahulah pepatah apa yg sesuai, main hentam je..), apa uslub yg kita ada?? Oleh itu, kita perlu menyampaikannya sesuai dgn kemampuan akalnya.. Takkanlah kita nak ajar seseorg itu berlari jika dia baru shj nak blaja berjln, takkanlah kita nak berbicara ttg kimia kalau seseorg tu blaja seni, takkanlah kita nak berbicara ttg undang2 kalau seseorg tu blaja sains, takkanlah kita nak berbicara ttg kereta jika minatnya cenderung kpd kapal kan kan...

Dari Ali ra., ia berkata :

Berbicaralah kpd manusia dgn sesuatu yg mereka ketahui, apakah engkau suka Allah dan RasulNya didustakan? (HR Bukhari)

dari Abdullah bin Mas'ud, ia berkata :

Tidaklah engkau berbicara kpd suatu kaum dgn pembicaraan yg tdk terjangkau akal mereka, kecuali akan menjd fitnah bg sebahagian mereka. (HR Muslim)

Ibnu Abbas berkata :

Jadilah kalian pendidik yg lapang dada dan faqih. Disebut rabbani adalah org yg mendidik manusia dgn ilmu yg kecil2 sblm yg besar2. (HR Bukhari)

Jadinya, utk mengenalkan seseorg mengenai kewujudan Tuhan, kita perlu menggunakan 'intelligent design concept' agar mereka mudah faham..Sbg cth, sebuah kapal. Knp penciptaan kapal walaupn berat tp terapung di atas air, knp mesti ada layar, knp bhgn dpnnya tdk berbentuk empat segi & sbgnya.. Cth lain adalah manusia.. Manusia adalh cth terbaik utk menerangkan kewujudan Tuhan..Kita sbg pendakwah perlu melontarkan persoalan2 yg mampu dijangkau oleh akal mereka agar mereka berfikir, berfikir & terus berfikir..

Di dlm Al-Quran terdapat ajakan utk memerhatikan benda2 di sekeliling manusia serta mengajaknya utk mengamati & memfokuskan perhatian terhdp benda2 tersebut & segala sesuatu yg ada di sekeliling benda tersebut atau yg berhubungan dgnnya agar dpt membuktikan kewujudan Allah SWT.. Dgn mengamati benda2 tersebut, bagaimana satu dgn yg lain saling memerlukan, akan memberikan satu pemahaman yg meyakinkan dan pasti akan kewujudan Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Pengatur..

Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya dlm penciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang, terdapat tanda2 (ayat) bg org yg berakal" (TQS Ali 'Imran [3]: 190)

"Hendaklah manusia memperhatikan dari apa ia diciptakan? Dia diciptakan dari air yg memancar, yg keluar dr antara tulang sulbi lelaki dgn tulang dada perempuan" (TQS At-Thariq [86]:5-7)


Wallahu 'Alam....

Jangan terus terleka dengan isu balingan kasut..."WAR ON TERROR" masih diteruskan!!!



LONDON: Sokongan terhadap wartawan Iraq yang melontar kasut kepada Presiden George W Bush, terus ketara apabila kira-kira lima puluh orang penunjuk perasaan berkumpul di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Grosvenor Square, London, semalam.

Dalam demonstrasi secara aman itu, penunjuk perasaan berkenaan yang mengumpulkan kasut buruk yang disifatkan hadiah kepada Bush sempena Krismas minggu depan, turut menuntut supaya wartawan Iraq berkenaan, Muntazer al-Zaidi dibebaskan.

Muntazer menjadi bahan berita apabila dia melontar kasutnya kepada Bush sebagai bantahan terhadap kehadiran Amerika di Iraq.

Bantahan di London diadakan berikutan banyak lagi bantahan di serata dunia supaya Muntazer dibebaskan disebabkan tiada berita muncul mengenai keadaannya.

Bantahan yang diadakan pada jam 1 petang waktu tempatan itu tidak begitu mendapat sambutan, terutama daripada masyarakat Islam kerana diadakan ketika waktu solat Jumaat.
Bantahan ini dianjurkan oleh Pekerja Media Menentang Perang dan Persekutuan Wartawan Antarabangsa, disokong oleh Kempen Menghentikan Perang

Seorang wanita membawa kasutnya dan meletakkan di atas timbunan kasut lama sambil berkata; “Ini hadiah Krismas untukmu, Bush”. Kasut-kasut ini dimasukkan ke dalam kotak dan dialamatkan kepada Bush di Rumah Putih, AS. Kumpulan pembantah itu juga menyerahkan surat bantahan meminta supaya Muntadha dibebaskan segera.

Sumber: Berita Harian 21/12/08

Ulasan:

Balingan kasut kearah Presiden Bush semasa beliau membuat lawatan ke Irak sebelum tamat jawatannya sebagai Presiden Amerika Syarikat hingga kini masih mendapat pelbagai reaksi yang menarik daripada masyarakat dunia. Rata-ratanya ramai yang menyokong dan tidak kurang yang menyatakan, sama ada secara terus terang atau di dalam hati, ‘padan muka Bush’. Perasaan marah masyarakat dunia terhadap kempen Bush ”War On Terror” diluahkan di dalam pelbagai bentuk perli setelah berlakunya insiden yang memalukan presiden Amerika ini. Dengan perhatian dunia terfokus kepada isu ‘balingan keramat’ ke muka Bush ini, janganlah hendaknya umat Islam melupakan walaupun sejenak, bahawa para pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini masih lagi menjadi pengkhianat umat dengan ketndukan dan kerjasama mereka terhadap presiden Bush laknatullah ini. Allah berfirman di dalam banyak ayat Al-Quran bahawa orang-orang kafir akan sentiasa membenci dan menyerang umat Islam dan mereka tidak akan sekali-kali redha kepada umat Islam, sehinggalah kita mengikut telunjuk mereka. Seperkara lagi, dengan insiden balingan kasut ini, para pemimpin negara Arab dan pemimpin umat Islam lainnya masih tidak lepas dari dosa-dosa mereka selama ini (dan sehingga kini) yang masih bersekongkol dengan Amerika.

Kita perlu ingat bahawa dengan peristiwa balingan kasut ke arah Presiden Bush ini, polisi Bush berhubung ”War On Terror” masih tetap berjalan dan masih tetap di sokong oleh para pemimpin umat Islam yang pengkhianat. Dengan balingan kasut ini juga, ia sekali-kali tidak akan menghapuskan dosa-dosa pemerintah Arab Saudi dan negara-negara Arab Teluk yang lain yang membenarkan AS mendirikan pangkalan ketenteraan mereka di rantau Arab Teluk. Ia juga sekali-kali tidak akan menghapuskan dosa pepimpin Mesir yang membenarkan AS menggunakan terusan Suez untuk mengemudikan kapal-kapal perang mereka ke rantau Arab Teluk untuk membunuh umat Islam. Ia juga tidak sama sekali menghapuskan dosa-dosa Musharraf yang telah menyembah Amerika sejak sekian lama. Dahulu Musharraf pernah membenarkan AS menggunakan ruang udara Pakistan semasa AS melancarkan perang menawan Afghanistan pada Oktober 2001 dan sekarang Zardari membenarkan askar-askar AS menggunakan laluan darat di Pakistan untuk menyampaikan 80% bekalan dan peralatan ketenteraan kepada askar-askar AS di Pakistan yang menyerang dan mengorbankan nyawa umat Islam di kawasan Federally Administered Tribal Areas (FATA) dan juga menyerang umat Islam di Afghanistan di atas alasan menyerang puak militan.

Umat Islam sebenarnya mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk mempertahankan diri mereka daripada serangan musuh yang kafir ini, tetapi disebabkan oleh para pemimpin negara-negara kaum Muslimin yang bacul dan menjadi sekutu kepada kuasa kafir inilah, maka umat Islam yang terpaksa menanggung padah di atas perbuatan khianat para pemimpin mereka. Sesungguhnya nasib umat Islam tidak akan terbela selagi tidak adanya Daulah Khilafah yang akan melawan kuasa kuffar Barat seperti Amerika ini. Justeru, umat Islam hendaklah jangan leka dan bergembira dengan isu balingan kasut ini sehingga lupa bahawa Bush sebebarnya memerlukan “balasan” yang jauh lebih dari layangn sepasang kasut. Ayuhlah bergerak untuk mendirikan Daulah Khilafah agar kita dapat memalukan Bush dengan balasan muktamad dari Khalifah, agar tidak wujud lagi orang-orang seperti Bush yang celaka ini.

MyKhilafah

Nasihat Luqman Al-hakim Kepada Anaknya

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

Sedekah Yang Terus Mengalir




Assalamualaikum wbt sahabat2,

semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt. Ini sekadar peringatan untuk menambah lagi amalan-amalan kebaikan kita. Terpulanglah kepada kita utk buat ape yg termampu. Pada yang telah buat tu teruskan... kepada yang belum... boleh mulakan....

Gambar Hiasan
Sedekah yg pahalanya terus mengalir



Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :

SADAQAH JARIAH - KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH -
THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan. Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam. Place a water cooler in a public place.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.Share constructive reading material with someone.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.Share a dua or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak.Help in educating a child.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat. Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.


Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".

Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.

Wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.

Apakah Infak Yang Sbnr...


Kata infak adalah kata serapan dari bahasa Arab: al-infaq. Kata al-infaq adalah mashdar (gerund) dari kata anfaqa–yunfiqu–infaq[an]. Kata anfaqa sendiri merupakan kata bentukan; asalnya nafaqa–yanfuqu–nafâq[an] yang artinya: nafada (habis), faniya (hilang/lenyap), naqasha (berkurang), qalla (sedikit), dzahaba (pergi), kharaja (keluar).Karena itu, kata al-infaq secara bahasa bisa berarti infad (menghabiskan), ifna’ (pelenyapan/pemunahan), taqlîl (pengurangan), idzhab (menyingkirkan) atau ikhraj (pengeluaran).

1) Kata al-infaq pada galibnya digunakan untuk harta, meski menurut ar-Raghib bisa digunakan untuk harta maupun yang lain. Jika dikatakan anfaqa malahu (ia menginfakkan hartanya) artinya afnahu wa anfadahu (ia menghabiskan dan melenyapkan hartanya).Harta itu habis karena ia keluarkan untuk keperluannya.An-Nawawi berkata,

2) “An-Nafaqah berasal dari al-infaq yang artinya adalah ikhraj (pengeluaran).” Al-Qurthubi dan ar-Razi mengatakan,

3) “Al-Infaq adalah ikhraj al-mal min al-yadd (pengeluaran harta dari tangan/kepemilikan).Karena hartanya habis dan lenyap maka seseorang itu bisa menjadi miskin. Jika dikatakan, “Anfaqa ar-rajulu,” artinya, “Iftaqara wa dzahaba maluhu” (Ia menjadi miskin dan hartanya habis/hilang).

4) Para ulama mengertikan al-infaq berputar pada pembelanjaan atau pengeluaran harta. Di dalam al-Qamûs al-Fiqhi, misalnya, al-infaq diartikan sebagai badzlu al-mal (pembelanjaan harta).

5) Dalam Mu‘jam Lughah al-Fuqaha’, selain diartikan badzlu al-mal, al-infaq juga diartikan sebagai pembelanjaan harta dalam hal keperluan-keperluan pokok atau yang lain, termasuk di antaranya infak (nafkah) seorang suami kepada isterinya.

6) Ar-Razi dalam tafsirnya mengatakan, “Ketahuilah bahwa al-infaq adalah pembelanjaan harta untuk berbagai aspek kepentingan.” Al-Minawi, mengutip Ibn al-Kamal, menyatakan bahawa al-infaq adalah pembelanjaan harta dalam suatu keperluan.

7) Al-Jurjani juga mendefinisikan al-infaq sebagai pembelanjaan harta untuk suatu keperluan.

8) Jadi al-infaq adalah pembelanjaan atau pengeluaran khususnya harta.Pembelanjaan itu tidak lain adalah pengeluaran harta dari kepemilikan kita. Al-Quran menyebutkan kata anfaqa dan bentukannya sebanyak 72 kali.Semuanya menggunakan makna bahasa di atas. Yang dominan adalah makna pembelanjaan harta. Dari semua itu kata al-infaq hanya dinyatakan satu kali. Allah Swt. berfirman:

Katakanlah, “Seandainya kalian menguasai berbagai perbendaharaan rahmat Tuhanku, niscaya perbendaharaan itu kalian tahan, karena takut al-infaq.” Manusia itu sangat kikir. (QS al-Isra’ [17]: 100).


Ibn Abbas menafsirkan kata al-infaq dalam ayat tersebut dengan al-faqru (kemiskinan). Qatadah menafsirkannya al-faqah (kemelaratan/ketiadaan).Mayoritas mufassir memilih kedua penafsiran tersebut. Adapun menurut al-Baydhawi dan an-Nasafi, khasyyah al-infaq maknanya takut akan lenyap (al-fana’) atau habis (an-nafad) karena di-infaq-kan(dibelanjakan).

9) Al-Quran menggunakan kata infaq dalam arti pembelanjaan atau pengeluaran harta secara mutlak, tanpa sifat tertentu, baik pembelanjaan sesuai dengan ketentuan Allah maupun yang disertai riya’ (QS al-Baqarah [2]: 264; an-Nisa’ [4]: 38); bahkan pembelanjaan untuk menghalangi orang dari jalan Allah (QS. al-Anfal [8]: 36). Semuanya diungkapkan dengan lafaz infaq. Al-Quran tidak pernah menyatakan kata infaq secara berdiri sendiri. Sebaliknya, al-Quran selalu mengaitkan kata infaq dengan indikasi-indikasi (qarinah) yang menjelaskan maknanya. Hal itu mengindikasikan bahwa kata infaq tidak memiliki makna syar‘i.

Panduan Menginfakkan Harta

Syariah telah memberikan panduan kepada kita dalam berinfak atau membelanjakan harta.Allah dalam banyak ayat dan Rasul saw. dalam banyak hadis telah memerintahkan kita agar menginfakkan (membelanjakan) harta yang kita miliki.Allah juga memerintahkan agar seseorang membelanjakan harta untuk dirinya sendiri (QS at-Taghabun: 16) serta untuk menafkahi isteri dan keluarga menurut kemampuannya (QS ath-Thalaq: 7). Dalam membelanjakan harta itu hendaklah yang dibelanjakan adalah harta yang baik, bukan yang buruk, khususnya dalam menunaikan zakat (QS al-Baqarah [2]: 267). Bahkan Allah Swt. berfirman:


Kalian sekali-kali tidak sampai pada kebajikan (yang sempurna) sebelum kalian menafkahkan sebahagian harta yang kalian cintai. Apa saja yang kalian nafkahkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. (QS Ali Imran [3]: 92).


Kemudian Allah menjelaskan bagaimana tatacara membelanjakan harta. Allah Swt. berfirman tentang karakter ’Ibadurrahman:


Orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak israf dan tidak (pula) iqtar (kikir);adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (QS al-Furqan [25]: 67).


Allah Swt. juga berfirman:


Berikanlah kepada keluarga-keluarga dekat haknya, juga kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan, dan janganlah kalian menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. (QS al-Isra’ [17]: 26).


Ibn Abbas, Mujahid, Qatadah, Ibn al-Juraij dan kebanyakan mufassir menafsirkan israf (foya-foya) sebagi tindakan membelanjakan harta di dalam kemaksiatan meski hanya sedikit. Israf itu disamakan dengan tabdzir (boros).Menurut Ibn Abbas, Ibn Mas‘ud dan jumhur mafassirin, tabdzir adalah menginfakkan harta tidak pada tempatnya.Ibn al-Jauzi dalam Zad al-Masîr mengatakan, Mujahid berkata, “Andai seseorang menginfakkan seluruh hartanya di dalam kebenaran, ia tidak berlaku tabdzir. Sebaliknya, andai ia menginfakkan satu mud saja di luar kebenaran, maka ia telah berlaku tabdzir.”


Adapun iqtar maknanya adalah menahan diri dari infak yang diwajibkan atau menahan diri dari infak yang seharusnya. Asy-Syaukani, mengutip ungkapan an-Nihâs, menyatakan, “Siapa saja yang membelanjakan harta di luar ketaatan kepada Allah maka itu adalah israf; siapa yang menahan dari infak di dalam ketaatan kepada Allah maka itu adalah iqtar (kikir); dan siapa saja yang membelanjakan harta di dalam ketaatan kepada Allah maka itulah infak yang al-qawam.”

10) Jadi, yang dilarang adalah israf dan tabdzir,yaitu infak dalam kemaksiatan atau infak yang haram. Infak yang diperintahkan adalah infak yang qawam, yaitu infak pada tempatnya; infak yang sesuai dengan ketentuan syariah dalam rangka ketaatan kepada Allah; dlm erti kata lain infak yang halal.Infak yang demikian terdiri dari infak wajib, infak sunnah dan infak mubah.

Infak wajib dapat dibagi:

Pertama, infak atas diri sendiri, keluarga dan orang-orang yang nafkahnya menjadi tanggungan.

Kedua, zakat.

Ketiga, infak di dalam jihad. Infak sunnah merupakan infak dalam rangka hubungan persahabatan, membantu teman, memberi makan orang yang lapar, dan semua bentuk sedekah lainnya.Sedekah adalah semua bentuk infak dalam rangka atau dengan niat bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah, iaitu semata-mata mengharap pahala dari Allah Swt. Adapun infak mubah adalah semua infak halal yang di dalamnya tidak terdapat maksud mendekatkan diri kepada Allah.

Islam memerintahkan kita agar menginfakkan harta sekaligus menjelaskan tatacaranya. Tentu infak fardhu wajib dilaksanakan. Infak sunnah hendaknya diperhatikan dan diupayakan sesuai kemampuan. Adapun infak mubah sebaiknya tidak diperbanyak, tetapi dilakukan sebatas keperluan saja, dan ditujukan pada yang lebih banyak manfaat daripada mudaratnya, sebagai bentuk kewaraan.

From Prince Al-Ayubi

MEREKA bicara tentang IDEOLOGI (akhir)

FAKTOR KEPIMPINAN KARISMATIK

Mengulas kejayaan revolusi Iran tidak akan bermakna tanpa merujuk faktor kepimpinan karismatik, bukan sahaja melibatkan peranan Imam Khomeini, tetapi juga tokoh-tokoh lain, yang turut melahirkan gagasan revolusioner, seperti Dr Ali Shariati, Ayatullah Taleqani dan Ayatullah Mutahhari.

Wan Idros Wan Sulaiman (1999) menekankan, pada asasnya teori kepimpinan karismatik yang unggul adalah daripada Robert J. House yang banyak menulis berkenaan karismatik yang dianggapnya sebagai gifted.

House menyarankan bahawa pemimpin karismatik mempunyai tingkatan- tingkatan kuasa rujukan yang amat tinggi dan sesetengah kuasa itu didapati daripada keperluan pemimpin berkenaan untuk mempengaruhi orang lain dan juga dari tingkat keyakinan diri, penguasaan yang amat tinggi dan kepercayaan teguh tentang kebenaran moral.

House juga menegaskan pemimpin karismatik bijak menyampaikan pandangan atau matlamat yang ingin dicapai sehingga mampu meraih komitmen dan tenaga pengikutnya. Mereka begitu berhati-hati mewujudkan satu imej kejayaan dan kecekapan serta menunjukkan contoh-contoh melalui perilaku mereka, mengenai nilai-nilai, norma dan kepercayaan yang mereka tegakkan.

Pemikiran Ayatullah Khomeini, lewat tulisan-tulisannya, menurut Amien Rais (1987), melihat Islam sebagai agama yang dinamis dan menjadi agama kaum pejuang yang mendambakan keadilan dan kebenaran, serta agama mereka yang ingin melakukan pembebasan dari setiap penindasan.

Beliau mengingatkan kaum Muslimin terhadap citra Islam yang diprojekkan oleh musuh-musuh Islam, sebagai agama ibadat dan tidak ada hubungan dengan masalah negara. Khomeini melihat imperialisme dan kolonialisme bukan hanya dari segi ketenteraan, politik dan ekonomi, tetapi juga dari segi pendidikan, keagamaan dan kebudayaan.

Di matanya, Amerika merupakan "Syaitan Besar". Beliau jelas memihak kepada kaum yang lemah atau mustadhafiin, dan menentang golongan mustakbirin atau penindas. Beliau diusir ke Turki, Iraq, kemudiannya Perancis, dan kembali ke Tehran pada 1 Februari 1979.

Ucapan Khomeini dari Najaf dan Paris telah dirakam untuk diedarkan ke seluruh Iran, mendorong rakyat keluar ke jalan-jalan raya berdepan hujan peluru. Pembunuhan berlaku hampir setiap hari, namun kasih sayang rakyat kepada Khomeini bertambah subur.

Walaupun terpisah jauh dalam tempoh 16 tahun, ikatan yang kukuh tetap wujud. Shah terpaksa melarikan diri pada 16 Januari 1979 ke Kaherah, ekoran kebangkitan rakyat yang tidak dapat disekat lagi. Rakyat dari seluruh pelosok negara memberi sambutan bersejarah kepada Khomeini di lapangan terbang Mehrabad.

Di makam para syuhada, Behesht-e Zahra, beliau menyampaikan ucapan paling penting dengan mengisytiharkan kabinet tidak sah dan mengumumkan beliau sendiri akan menubuhkan kerajaan. Sebagai usaha terakhir, Perdana Menteri Bakhtiar, pada 10 Februari 1979 mengisytiharkan perintah berkurung 24 jam untuk membolehkan penggelidahan ke atas kediaman Khomeini.

Namun rakyat bangun membentuk tembok untuk melindungi pemimpin revolusi itu. Selepas bertempur selama 24 jam di jalan-jalan raya, angkatan tentera, yang dimulakan oleh pasukan udara, berpaling tadah dan memberikan sokongan kepada Khomeini. Maka tercapailah kemenangan revolusi Islam menggantikan pemerintahan kuku besi.

Arkitek kedua revolusi ialah Dr Ali Shariati, lulusan sosiologi, lahir pada 1933 dan meninggal pada usia muda, 44 tahun, kemungkinan diracun agen Savak, di London. Shariati menganjurkan diterapkan pendekatan Nabi s.a.w. untuk melakukan perubahan sosial dan transformasi kejiwaan masyarakat.

Beliau mengajarkan bahawa bentuk sesuatu adat dapat dipelihara, tetapi isi atau maknanya harus diubah. Contoh yang diberikan Shariati adalah bagaimana Nabi melestarikan ritual haji yang mula-mula penuh dengan penyembahan berhala, kemudian berubah total menjadi penyembahan kepada Allah berdasarkan Tauhid.

Pemahaman Shariati tentang Islam terasa sangat revolusioner apabila membaca karya-karyanya. Misalnya pengertian intizhar dalam tradisi Syiah, yang sering difahami sebagai menunggu datangnya imam yang ghaib, diberikan tafsiran yang cukup kreatif oleh Shariati. Menurutnya, intizhar bererti menunggu secara aktif kedatangan kebenaran yang harus diperjuangkan.

Dihubungkan dengan konteks masyarakat Iran di zaman Shah, gagasan- gagasan Shariati benar-benar dapat menggerakkan masyarakat, terutama golongan terpelajar di kampus, sehingga kuliahnya di Universiti Masyad dan pusat keagamaan Husayniya-e Irsyad dihadiri ribuan angkatan muda, seterusnya menumbuhkan bibit-bibit revolusi Islam.

Shariati juga berani mengkritik ulamak-ulamak yang menafsirkan ilmu- ilmu Islam menjadi ilmu fiqh yang sempit. Sebaliknya, karya-karya Shariati banyak mengemukakan suatu konsepsi Islam yang baru, penuh bersemangat dan memberikan inspirasi, khususnya membangkitkan kembali kerinduan untuk mati syahid. Beliau mempopularkan istilah rausyanfikr, iaitu cendekiawan yang terlibat dalam gerakan sosial masyarakat dan berpandangan luas.

Sesungguhnya Shariati benar-benar memahami semangat orang muda, malah berhasil memberikan satu ideologi kepada mereka, yang dapat memenuhi keinginan mereka untuk tetap taat kepada keyakinan agama, mahupun dorongan untuk mencetuskan revolusi.

Keistimewaan Shariati terletak dalam kemampuannya meleburkan pelbagai bentuk idealisme sosial, ekonomi dan kebudayaan yang kelihatannya saling bertentangan, menjadi satu ideologi yang padu, dan dengan demikian memberikan satu tujuan bersama bagi segala jenis orang Iran yang aktif berpolitik.

Shariati diakui seorang pemikir hebat di zamannya, yang mendorong satu perubahan luar biasa berlaku di Iran, dengan pemimpin di medan tempurnya adalah Khomeini.

Selain faktor Khomeini dan Shariati, pemikiran Islam revolusioner di Iran juga berhubung erat dengan Ayatullah Taleqani dan Ayatullah Mutahhari.

Taleqani yang lahir pada 1911 dan syahid pada 1979, sejak muda bersahabat baik dengan Taqi Shariati, ayah Dr Ali Shariati, selain berhubungan dengan Khomeini. Beliau keluar-masuk penjara, manakala rumahnya menjadi pusat golongan intelektual progresif yang sering berdiskusi dengannya mengenai perubahan sosial dalam konteks masyarakat Iran.

Taleqani cukup arif dengan ilmu falsafah, Yunani mahupun Barat, selain mempunyai wawasan mengkagumkan tentang ekonimi Islam, namun beliau mengabdikan seluruh kehidupannya untuk menentang regim zalim Shah Iran. Beliau banyak mengkritik golongan ulama dan intelektual yang bersikap opurtunis.

Mutahhari, juga syahid pada 1979, merupakan profesor di Fakulti Teologi Universiti Tehran. Beliau bukan sahaja pemikir revolusi tetapi juga penggerak revolusi dan salah seorang dari pemimpin utamanya. Sesuatu yang unik dalam proses revolusi Iran apabila ia menggabungkan begitu ramai pemikir dan pemimpin berwibawa, menurut bidang masing- masing, seperti Mehdi Bazargan, Abul Hassan Bani Sadr (walaupun kemudiannya 'menyeleweng'), Ali Rajaie, Javad Bahonar, Montazari, Behesti, Rafsanjani dan Ali Khameini.

Justeru, meskipun puluhan pimpinannya terkorban syahid selepas Khomeini berkuasa, ekoran komplot mematahkan revolusi, namun Iran terbukti tidak ketandusan pemimpin, di samping rakyatnya terus memberi sokongan padu biarpun negara itu diasak dari segenap penjuru.

KESIMPULAN

Kajian mendalam terhadap perjuangan rakyat Iran menentang pemerintahan monarki kuku besi Shah akan menghasilkan penemuan cukup menarik, khususnya kesediaan mereka untuk sanggup mati demi menegakkan kebenaran Islam, di bawah kepimpinan karismatik Khomeini yang didokong tradisi intelektual yang tinggi.

Kejatuhan regim zalim dinasti Pahlavi sebenarnya tidak memudahkan usaha pembentukan sebuah kerajaan baru kerana kuasa-kuasa besar dunia, dengan memperalatkan musuh-musuh dalaman, termasuk individu-individu yang cukup rapat dengan Khomeini, tidak henti-henti melakukan usaha sabotaj. Antaranya adalah perang Iran-Iraq yang dipaksakan, begitu juga sekatan ekonomi yang memeritkan, selain memencilkan kejayaan revolusi di kalangan umat Islam atas daleh perbezaan mazhab.

Komitmen rakyat Iran begitu tinggi bagi mempertahankan revolusi agung itu, sebahagiannya didorong oleh kesucian dan kemurnian akidah perjuangan, atau apa yang disebut ideologi, dalam konteks perbincangan kita. Kesederhanaan Khomeini yang terus menjalani kehidupan serba sederhana, walaupun selepas berkuasa, juga merupakan faktor pemersatu rakyat Iran untuk terus memajukan negara yang dibina di atas keringat, air mata dan darah syuhada itu.

Wallahu A'lam...

Sumber : [harakahDaily.net]
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat