Bantahan terhadap Penganjuran Miss World & Serahan Memorandum

Please refer entry entitled : 
Kenyataan Media : Penganjuran Miss World Malaysia 2013

Kenyataan Media: Penganjuran Miss World Malaysia 2013

Kenyataan Media
Penganjuran Miss World Malaysia 2013
Pemerintah dan Sistem Sekular Mengundang Maksiat dan Murka Allah

Pertandingan Miss World Malaysia 2013 yang dijadual akan diadakan pada 2 Ogos lalu merupakan satu lagi agenda kufur yang telah masuk ke dalam negara umat Islam. Pertandingan ini mengundang kontroversi masyarakat di mana empat peserta beragama Islam iaitu Sara Amelia Bernard, Wafa Johanna De Korte, Miera Sheikh and Kathrina Ridzuan tetap berkeras untuk terus bertanding setelah penyertaan mereka dibatalkan. Pembatalan itu dilakukan selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang telah diwartakan pada 8 Feb 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.

Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia dengan ini ingin menegaskan bahawa penganjuran pertandingan ini merupakan satu pelanggaran hukum syarak yang nyata, penghinaan terhadap Islam dan kaum wanita serta melanggar fitrah manusia. Penganjuran ini tidak lain tidak bukan adalah bukti dan natijah daripada keburukan sistem sekularisme yang diamalkan di Malaysia pada hari ini.

Sedangkan Islam memerintahkan umatnya untuk menjaga aurat, kehormatan dan kemuliaan selari dengan lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Rasulullah SAW telah mengangkat martabat wanita di tempat yang tinggi setelah kedatangan Islam sebagaimana Firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 34:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu khuatir melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) asingkanlah mereka di tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan mendidik). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia juga ingin menegaskan bahawa selain mengundang kemaksiatan, penganjuran pertandingan ini juga menghasilkan banyak keburukan seperti:-

1. Meletakkan maruah seseorang wanita ke tempat yang sangat hina. Wanita Islam diperagakan dengan pakaian yang menjolok mata bagi memuaskan hati para juri dan penonton.

2. Meletakkan kecantikan wanita bukan pada tempat yang sepatutnya dengan mengeksploitasi dan membanding-bandingkan kecantikan dan tubuh badan wanita yang diukur dengan kaca mata kapitalis demi meraih manfaat dunia semata-mata.

3. Merosakkan generasi umat Islam dengan membawa masuk dan menyebarluaskan lagi budaya dan cara hidup Barat yang mementingkan hiburan dan menjadikan kaum wanita sebagai 'bahan pameran' dan eksploitasi.

4. Menyuburkan lagi fahaman liberal dan sekular di kalangan masyarakat yakni pemisahan hukum-hakam agama daripada kehidupan.

Oleh yang demikian, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia dengan ini menggesa pihak yang berkuasa untuk membatalkan penganjuran pertandingan ini serta-merta bagi mengelak kemaksiatan dan membendung segala keburukan yang akan terhasil darinya serta menjamin kesejahteraan masyarakat. Jika pihak yang berkuasa tidak bertindak, hal ini sesungguhnya membuktikan betapa jauhnya mereka daripada Islam.

Justeru, kami ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dan pihak kerajaan khususnya, bahawa sekiranya mereka tetap meneruskan penganjuran majlis maksiat ini, mereka sebenarnya telah mengundang murka Allah Azza wa Jalla. Maka tunggulah azab yang akan menimpa mereka baik di dunia mahupun akhirat. Sungguh, umat ini memerlukan seorang Khalifah dan sistem Khilafah yang akan menerapkan dan menjaga hukum Allah, bagi menggantikan pemerintah dan sistem yang bertentangan dengan Islam yang ada sekarang ini.

Aisyah Rahmat
Ketua Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia

www.mykhilafah.com

Tausiyah Ramadhan #4

Ramadhan Reminder #4:  True Broterhood in The Struggle for Islam

Islam obliges us to unite not only at the level of ritual prayers, such as congregational prayers, fasting in the same month of Ramadan, and celebrating Eid on the same day, but also to unite at the political and social level; to unite and solve problems together such as poverty, crime, ignorance, disintegration, and foreign intervention. In fact Islam obliges us to unite under a single model of governance, the Khilafah which implements Islam and achieves true unity of Muslims across the Muslim world.

Tausiyah Ramadhan #3

Ramadhan Reminder #3: The True Dignity of a Muslim Woman

If we look around us today, we will see that capitalist societies have viewed a woman's dignity and status based on what she has in her life. People think that those who are successful are those who are rich, powerful and beautiful.

Instead, Islam views one's dignity in terms of his/her taqwa. In general, the definition of Taqwa is implementing the commandments from Allah and avoiding everything which is prohibited.

A Muslim woman who is pious (has taqwa) is a true Muslim woman

Mesej Ramadhan 1434 H

Pernahkah anda merasakan Ramadhan tanpa orang tersayang? Mesti ada yang jawab pernah kan. Namun bagaimana sekiranya ada insan yang ketiadaan orang tersayang bukan kerana orang tersebut telah tiada di bumi nyata tetapi keberadaanya di muka bumi ini TIDAK DIKETAHUI??

Saksikan Mesej Ramadan dari Isteri Naveed Butt, Jurucakap Hizbut Tahrir Pakistan yang telah diculik oleh agensi rahsia Pakistan, pada 11 Mei 2012 iaitu tahun lalu.

Kini telah dua bulan Ramadan beliau hilang dari keluarganya. Keberadaannya terus tidak diketahui ....

Saksikan video mesej ini sepenuhnya.

Tausiyah Ramadhan #2

Ramadhan Reminder #2: Building up The Soul to be The True Muslim Women

The true Muslim women are those who implement the rules from our Lord, Allah and strive to call people into Islam completely establish in this earth. Prophet Muhammad and his companions were very vigorous in performing a variety of obligations with faith, sincerity, enthusiasm and they did not feel it as a burden, especially during the blessed month of Ramadhan.

To become a true Muslim woman carrying dawa, we need certain provisions so that it will be carried correctly and turstworty. Also, a strong character in carrying her belief
and optimistic that it will lead to a victory.

What are they and how to achieve them? See the information completely in this video.

Tausiyah Ramadhan (Ramadhan Reminder)

*Ramadhan yang masih berbaki ini, saya mengharapkan amal saya yang sedikit ini diterima Allah SWT. Aamiin.

Sepatutnya saya buat entri Tausiyah Ramadhan ketika awal Ramadhan lagi tapi ini dah nak pengakhiran Ramadhan baru saya nak buat. Semuanya ada 4 siri tau. Siri 1 (http://shirashafrida.blogspot.com/2013/08/tausiyah-ramadhan-1.html) saya dah 'up'kan entrinya tengahari tadi. Nanti bolehlah tengok kalau belum tengok.

Saya akan buat entri siap-siap memandangkan saya ni sangat 'rajin' untuk membuat entri saban hari. Entri yang tertunggak ada beberapa dan saya sedang cuba siapkannya. Apapun, saya berharap para pembaca sudi untuk melihat dan mendengarkan peringatan Ramadhan yang akan saya buat entri untuk 3 hari berikutnya.

Dan saya juga akan buat beberapa entri untuk bacaan semua ketika saya balik kampung beraya. Nanti takdelah kosong je kan. Hehehe.


Tausiyah Ramadhan #1

Ramadhan Reminder #1: Ramadhan The Month of the Unity of Muslim to Reach the Victory

One of the strong indications that the Muslims are one Ummah is the existence of Ramadan, a month full of blessings. In this noble month, we can see the Muslims ummah striving in carrying out acts of worship and congregation prayer in mosques and musollas. Reading the Qur'an to win Ridlo their only one God, Allah SWT.This proves that the Muslims ummah can unite and are able to be united under one faith (taqwa).

The tragic cleavage that happens in the body of this ummah, actually that's not naturally occurring. Because the true is that Muslims ummah is one ummah. Political factors i.e. the existence of nationalism since the early 20th century amongst the ummah has been a prime cause of the Muslims disunity. And live in the form of nation state with its nationalism.

What is the impact and how does it solve? See the reminder completely in this video.

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat