TV : Ancamannya Kepada Generasi Muslim

Dalam sistem kapitalisme, televisyen telah dijadikan media untuk merosakkan generasi dan menyebarkan budaya-budaya yang rendah. Rancangan-rancangan berbentuk infotainment di televisyen didapati telah melampaui batas. Berkenaan hal ini, Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah meminta agar siaran seperti gosip diatur dengan lebih ketat, demikian yang dipetik daripada detikNews. Sebenarnya bukan itu sahaja yang mengancam kerosakkan sistem sosial pada hari ini. Beratus-ratus tayangan yang penuh dengan syahwat, mendedahkan aurat, tingkah laku murahan seperti pergaulan bebas sedang mengancam generasi Muslim.

"(Kami) Mendesak Jabatan Komunikasi dan Penyiaran (Depkominfo) agar melakukan penelitian berkaitan peningkatan rancangan infotainment, di mana keberadaannya mengancam keselamatan nasional," kata Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI), Asrorun Ni'am Sholeh melalui email yang diterima pada hari Jumaat baru-baru ini.

Rancangan-rancangan yang ditayangkan dalam bentuk hiburan atau yang dikenali sebagai infotainment telah bertukar menjadi rancangan yang boleh meruntuhkan institusi rumahtangga serta generasi Muslim pada ketika ini.

"Bahkan kebanyakan rancangan tersebut mengandungi gosip yang menjurus kepada fitnah. Jika infotainment diteruskan dengan format seperti ini, maka infotainment boleh membahayakan kestabilan bangsa yang bermula daripada kerosakan keluarga," kata Ni'am yang juga bergelar Doktor dalam bidang undang-undang syariah.

Menurut beliau , pemberita atau wartawan mempunyai tanggungjawab untuk mendidik masyarakat dengan nilai-nilai moral dan kesopanan serta menghargai peribadi (privacy) seseorang melalui perlindungan hak asasi manusia.

"Berita yang ditulis seorang wartawan boleh mempunyai dua aspek, boleh menjadi pembaik dan boleh menjadi perosak hubungan masyarakat," tambah Ni'am yang juga pensyarah di Universiti Islam Negeri Jakarta ini.

Selain Depkominfo, Badan Penyiaran Indonesia (PWI) dan Dewan Akhbar juga disaran agar bertindak melakukan pengawalan.

"Jadi berita bukan saja mengeksploitasi keganasan, perzinaan, malah juga pertelingkahan,"kata beliau yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengajian Agama dan Sosial.

Sementara itu, Pengerusi Nahdatul Ulama, KH Hasyim Muzadi, menegaskan bahawa tayangan infotainment ghibah atau gosip hukumnya haram. Fatwa haram tersebut adalah berdasarkan keputusan Musyawarah Alim Ulama NU di Johor Bahru, bulan Julai tahun 2006 yang lalu.

Oleh sebab itu, Pengerusi Nahdatul Ulama mendesak supaya tayangan infotainment gosip dihentikan kerana rancangan-rancangan yang mendedahkan masalah peribadi dan keluarga orang lain boleh memberi kesan yang buruk bagi masyarakat.

"NU meminta agar tayangan infotainment di media dihentikan, kerana berita tersebut mendedahkan rahsia keluarga, serta melaga-lagakan hubungan antara ahli keluarga," kata Hasyim dalam temubual bersama beliau.

Sebenarnya bukan hanya tayangan infotainment yang harus dihentikan, malah ratusan tayangan yang tidak mendidik juga harus dihentikan dengan segera. Demikianlah, di dalam sistem kapitalisme, televisyen telah menjadi media yang utama untuk merosakkan generasi muda. Beberapa rancangan termasuk konsert, sinetron, rancangan realiti (reality show) banyak menampilkan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariah yang mengancam generasi muda.

Tibalah masanya, sekularisme kapitalisme dibuang jauh-jauh dan bertukar kepada sistem syariah di bawah naungan Khilafah Rasyidah. Khilafah akan meletakkan media sebagai sumber pendidikan dan peningkatan kualiti sumber tenaga manusia, bukan seperti yang dilakukan dalam sistem kapitalisme sekarang ini.

Untukku, Untukmu dan Untuk Mereka

Amar makruf nahi mungkar merupakan salah satu ciri yang hanya boleh dijumpai pada kaum Muslimin, tidak ada pada umat-umat yang lain. Bahkan keistimewaan umat Islam banyak dicirikan dan dikaitkan dengan adanya sifat amar makruf nahi mungkar. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang amar makruf nahi mungkar dan menggandingkannya serta mengaitkannya dengan sifat-sifat sebagai seorang Muslim, contohnya dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

Menurut ahli tafsir al-Qasimi dalam kitabnya Mukhtasar min Mahasini at-Ta’wil, sifat ‘amar makruf dan nahi mungkar’ ini menjadi keutamaan yang Allah berikan kepada umat Islam dan tidak diberikan kepada mana-mana umat yang lain.

Yang disebut sebagai makruf menurut timbangan syariat adalah setiap ‘iktikad (keyakinan), perbuatan (amal), perkataan (qaul), atau isyarat yang telah diperakui oleh asy-Syari’ (Allah) yang Maha Bijaksana dan diperintahkan sebagai bentuk kewajiban (wujub) ataupun suatu dorongan (nadb).’ (Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, Amar Makruf Nahi Munkar, hlm. 19, Darul Furqan).

Oleh yang demikian, beriman kepada Allah SWT dan RasulNya, pada Hari Qiamat, syurga dan neraka, dan lain-lain adalah dianggap sebagai perkara yang makruf dan diperintahkan. Ia juga berkaitan dengan iktikad (keyakinan/keimanan). Perlaksanaan solat, puasa, zakat, haji, sedekah, berjihad fi sabilillah dan yang seumpama dengannya pula adalah tercakup dalam perbuatan-perbuatan (amal) yang makruf. Mengucapkan/melafazkan kata-kata yang haq (benar), memerintahkan untuk menjalankan kewajiban agama, dan melarang terjerumus dalam perkara-perkara yang diharamkan atau dosa, juga tergolong dalam perkara yang makruf.

Jadi makruf di sini bererti al-khair (kebaikan). Oleh itu, amar makruf bermaksud perintah atau dorongan untuk menjalankan perkara-perkara yang makruf (kebaikan) yang dituntut atau dorongan oleh akidah dan syariat Islam.

Sebaliknya yang dinamakan dengan mungkar menurut timbangan syariat Islam adalah ‘setiap iktikad (keyakinan/keimanan), perbuatan (amal), ucapan (qaul) yang diingkari oleh as-Syari’ (Allah) Yang Maha Bijaksana dan wajib dijauhi.’ (Abu Faris, hlm. 20, Darul Furqan).

Oleh yang demikian, syirik kepada Allah, percaya kepada ramalan bintang dan dukun, menyandarkan nasib pada mentera-mentera dan tangkal dan yang sejenis dengannya, adalah keyakinan yang mungkar. Begitu juga dengan meminum arak, berzina, mencuri, mengumpat, berdusta, bersaksi palsu, korupsi, rasuah, membunuh tanpa hak, meminta bantuan ketenteraan negara kafir untuk memerangi sekumpulan umat Islam, mengabaikan urusan rakyat, mengambil harta milik masyarakat (milik umum) tanpa kebenaran syariat, menjalankan hukum taghut (selain hukum Islam) adalah termasuk tindakan-tindakan mungkar.

Jadi mungkar di sini bererti ash-syarr (keburukan). Oleh kerana itu, nahi mungkar bererti perintah untuk menjauhi perkara-perkara yang mungkar (keburukan), yang dihindari oleh akidah dan syariat Islam. Amar makruf nahi mungkar adalah diwajibkan oleh syariat Islam sepertimana dalam firmanNya dalam surah Ali-‘Imran, ayat 104 yang bermaksud; “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung.”

Adapun taghyir al-munkar (mengubah kemungkaran), ia juga diwajibkan ke atas setiap Muslim. Caranya juga telah ditentukan oleh Rasulullah SAW. Sabda baginda SAW (yang bermaksud):

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman” (Hadis riwayat Muslim).

Menurut Qadhi Iyadh, hadis ini adalah berkaitan dengan sifat-sifat seseorang yang mahu mengubah kemungkaran. Orang yang hendak mengubah kemungkaran berhak mengubahnya dengan pelbagai cara yang dapat melenyapkan kemungkaran tersebut, baik melalui perkataan mahupun perbuatan (tangan). Jika seseorang memiliki dugaan/syak yang kuat (yakni jika diubah dengan tangan akan muncul kemungkaran yang lebih besar lagi seperti menyebabkan risiko akan dibunuh atau orang lain bakal terbunuh disebabkan perbuatannya), cukuplah ia mengubah kemungkaran itu dengan lisannya. Jika ia merasa khuatir bahawa ucapannya itu juga boleh mengakibatkan risiko yang sama, cukuplah diengkari dengan hati. Itulah maksud hadis tersebut (Imam An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim).

Yang dimaksudkan dengan mengubah kemungkaran melalui hati pula adalah dengan menasihati pelaku kemungkaran tersebut (secara persendirian/personal). Tetapi apabila difikirkan jika hal itu dilakukan atau tidak mampu dilakukan kerana adanya risiko kemungkaran yang lebih besar, maka ia hendaklah membenci di dalam hati di samping memutuskan hubungan dengan kemungkaran dan para pelakunya melalui tindakan-tindakan seperti berikut: tidak duduk bersama mereka ketika mereka melakukan kezaliman/kemungkaran/kemaksiatan , tidak makan minum bersama mereka, tidak melayani kehendak mereka, tidak menyediakan sebarang kemudahan yang dapat membantu atau mendorong mereka melakukan kemungkaran dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, perlu dijelaskan dan diingatkan di sini bahawa tindakan-tindakan sebegini adalah hanya bagi individu atau sekolompok atau sekumpulan umat Islam (Pertubuhan/Persatuan/Parti) yang tidak berautoriti. Tetapi lain pula halnya bagi pemerintah atau ketua negara, tindakan memerangi kemungkaran adalah suatu tanggungjawab dan wajib dilakukan dalam semua keadaan dan perkara tanpa perlu melihat siapakah yang terlibat dan apakah kesannya kepada kerajaan. Meraka adalah pihak yang berkuasa penuh dan mempunyai segala macam kemudahan untuk mengatasinya dan meleyapkannya dengan ‘tangan’. Mereka perlu melaksanakan amar makruf nahi mungkar dengan sepenuh kudrat yang ada. Mereka tidak boleh serta tidak layak untuk memberi sebarang alasan untuk lari daripada tujuan tersebut.

Masalah utama sekarang, pemerintahan yang sedang berjalan di tengah-tengah kaum Muslimin pada ketika ini adalah pemerintahan dan negara yang telah berubah menjadi Darul Kufur, syariat dan perlembagaan Islam (al-Quran dan as-Sunnah) digantikan dengan sistem hukum taghut (Perlembagaan Persekutuan, English Common Law dan sebagainya). Sekularisme dijadikan dasar negara, kedaulatan negara bukan lagi berada di tangan Allah SWT tetapi di tangan manusia (rakyat), kekufuran bermaharajalela dalam segenap lapisan masyarakat, dari dasar akar umbi sehingglah ke cabang-cabangnya. Sistem dan ideologi kufur berkuasa penuh (Sosialisme, Kapitalisme-Demokrasi) serta menjadi akidah dan pegangan umat yang mengaku dirinya sebagai Islam, bahkan dibelanya bermati-matian. Ini dengan terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa negara itu sendiri telah menjadi pelaku dan juga pemelihara kemungkaran. Jadi apakah yang harus kita lakukan sekarang sebagai seorang yang mengaku Muslim?

Jawapannya adalah, kaum Muslimin pada saat ini perlu melibatkan diri dalam proses taghyir al-munkar (mengubah kemungkaran) secara global dan juga inqilabi (perubahan yang mendasar dan menyeluruh). Caranya adalah dengan mengembalikan semula sistem hukum Islam melalui kewujudan Negara Islam (Daulah Islam) dan pada masa yang sama mempropagandakan akidah serta syariat Islam iaitu melalui Negara Khilafah yang merujuk kepada manhaj Nabi SAW. Semua ini haruslah melalui tahap dan juga sistem yang berlandaskan perjalanan Rasulullah SAW dalam membangunkan Negara Islam Madinah, dan bukannya melalui kaedah atau metod lain.

Jika di kalangan kaum Muslimin hari ini tidak mempunyai sebarang usaha untuk mengubahnya, bahkan dengan hati pun jauh sekali ingin melakukannya di samping langsung tidak mengambil peduli tentang keadaan umat Islam di seluruh dunia, ini bererti imannya sudah pun hilang di dalam dirinya dan kemungkaran akan tumbuh subur menyelimuti seluruh umat manusia. Dan akhirnya, pintu azab Allah SWT yang sangat pedih akan terbuka. Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

“Demi jiwaku yang berada di dalam genggamanNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Atau jika tidak, Allah akan menurunkan azab ke atas kamu semua, kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka doa kamu tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sumber: HTI

Hijrah Memerlukan Pengorbanan



Hijrah Memerlukan Pengorbanan

Itulah kesimpulan yang dapat saya berikan setelah selesai Seminar Hijrah dan Pengorbanan pagi tadi. Dengan bertemakan BERKORBANLAH sebelum ANDA dikorbankan, seminar tersebut benar-benar memberikan impak yang amat besar kepada para peserta. Jumlah kehadiran hampir seratus orang peserta itu terus menyemarakkan lagi seminar pagi tadi.

Namun apa yang ingin saya kongsikan di sini bukanlah laporan seminar tersebut tetapi lebih kepada penghargaan saya kepada teman-teman seperjuangan yang sentiasa sanggup berkorban demi mengembalikan Islam di muka bumi ini.

Setiap manusia itu mempunyai potensi diri masing-masing. Setiap satunya mampu melakukan kebaikan dan juga keburukan serta kelemahan. Begitu juga saya. Allah SWT berfirman, "Telah kami tunjukkan kepadanya dua jalan hidup (baik dan buruk)" (Al-Balaad:10).

Saya hadirkan di sini video sajak sempena seminar hijrah pagi tadi. Pujangga ada mengatakan "Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan". Begitulah lumrah kehidupan, lebih-lebih lagi di jalan dakwah ini.

Sekalung tahniah dan setinggi terima kasih buat, kak Insyirah yang dikasihi kerana telah bertungkus lumus menyiapkan sajak karangan puitismu. Ayat-ayat karanganmu benar-benar memberkas di lubuk hati ini tentang penghijrahan Nabi SAW. Tanpa hasil nukilanmu itu, tiadalah penyeri seminar ini. Semoga hasil puitismu selepas ini akan bisa menggegarkan dunia. InsyaAllah.

Juga sejuta penghargaan buat Cik Iffah kerana telah menyiapkan video sajak yang menarik ini di saat-saat genting. Hasil penatmu hanya bisa dibalas Allah SWT. Alunan muzik iringan yang mampu membawa peserta menyelami erti bait-bait sajak penghijrahan Bagin SAW.

Dan tak lupa juga buat adik Raihana. Persembahanmu mendeklamasikan sajak diiringi video amat memukau peserta. Alunan suaramu mampu menggetarkan telinga-telinga terselubung yang mendengar. Semoga pengorbananmu di jalan ini akan dibalas di Akhirat kelak.

Semoga segala pengorbanan anda akan mendapat ganjaran pahala dan dibalas oleh Allah SWT Amin. "Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."


'Holistic Approach'

Ketika ini saya baru selesai mengedit power point untuk suatu pembentangan. Kepala agak pening apabila lama menghadap laptop. Namun itu bukanlah suasana yang menghalang saya daripada terus melayari internet. Semenjak 2-3 hari yang lepas, cuaca di sini agak panas. Bahang kepanasannya kian terasa sampai ke malam.

Mungkin entri saya ini agak tidak intelektual seperti entri-entri saya sebelum ini. Kadang-kadang kita perlukan sesuatu yang berbeza untuk menyampaikan apa yang kita rasa. Maksud saya, menyampaikan sesuatu agar insan-insan yang sudi membaca post saya ini mudah faham.

Kira-kira 2 hari yang lalu, saya telah menamatkan 3 hari perkuliahan CHC. CHC adalah kursus bersama pelajar-pelajar perubatan. Tajuk yang dikuliahkan adalah 'Holistic Approach'. Pensyarah menerangkan bahawa kita perlu melihat seorang pesakit secara keseluruhan. Ini bermakna, kita perlu melihat bukan sahaja kepada penyakitnya tetapi kesejahteraan psikologikal dan juga sosial pesakit tersebut. Kita perlu mengambil kira pelbagai aspek.

Begitu juga dengan bidang yang saya ceburi ini. Dalam dunia realiti ini, sebagai seorang bakal ahli farmasi, insyaAllah, saya hanya memberikannya ubat untuk mengurangkan simptom. Ubat untuk mengubati penyakit secara fizikal. Tetapi mungkin kita tak pernah sedar ataupun terfikir bahawa pesakit-pesakit yang ada kini menderita jiwanya. Jiwanya kacau, perasaannya tak tenteram dan fikirannya berserabut. Itu yang kadang-kadang pesakit stres, ahli keluarganya juga stres.

Jadi bukan hanya ubat untuk mengubati penyakit fizikalnya sahaja yang harus diberikan tetapi ubat untuk rohaninya juga. Saya bersyukur kerana saya sentiasa dimotivasikan oleh seorang insan yang banyak pengalamannya tentang asam garam kehidupan. Kata-katanya umpama baja yang menyegarkan pohon layu.

Sebenarnya memberikan ubat rohani adalah jalan terbaik mengubati penyakit seseorang pesakit terutama yang berkaitan jiwa. Mungkin saya tiada pengalaman dalam menghadapi kes-kes sebegini tetapi insyaAllah akan saya praktikkannya kelak. Sebab manusia itu kuat sekiranya dia mempunyai keinginan atau motivasi dalam diri yang kuat.

Sebagai contoh, seorang pesakit mengalami tekanan perasaan ataupun penyakit psikiatri yang lain seperti schizophrenia, penyakit bipolar dan lain-lain. Dia mungkin diberi ubat seperti litium, asid valprik, lamotrigine dan ubat-ubat lain sebagai penstabil mood. Tapi adakah itu cukup untuk memulihkan sakitnya?

Sebagai seorang ahli farmasi, ubat tersebut mungkin saja boleh menyembuhkan penyakitnya itu. Tetapi sebagai seorang yang berfikrah islami dan menjalani tata cara hidup islami, ubat-ubat itu tidak mencukupi. Bagi saya, ubat rohani is the best treatment for patient like them. Kerana apa saya berkata sedemikian? Kerana sistem hidup yang menekan mereka saban waktu menyebabkan fikiran mereka terganggu dan jiwa mereka kacau.

Sesungguhnya Islam itu rahmat sekalian alam. Islam itu mempunyai penyelesaian dalam kehidupan. Maka, holistic approach yang perlu dilakukan adalah kembali kepada kehidupan Islam.

Islam adalah agama yang sempurna dan kesempurnaanya sebagai sebuah sistem hidup dan sistem hukum meliputi semua perkara yang dihadapi oleh umat manusia. Allah SWT telah berfirman: “Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu.” (QS An Nahl:89)

Ini menjelaskan bahawa, setiap perkara mempunyai hukum yang telah ditetapkan, setiap permasalahan atau apa sahaja kesulitan yang dihadapi oleh kaum Muslimin akan dapat dipecahkan dan diselesaikan oleh Deen Islam. Ini kerana, Islam diturunkan oleh Allah SWT untuk sekalian manusia baik lelaki mahupun wanita.

Namun begitu, Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan manusia hanya akan dapat dilihat jika Islam diterapkan secara kaffah dalam setiap aspek kehidupan manusia baik dalam kehidupan individu, kelompok mahupun masyarakat.

"Berkorbanlah Sebelum Anda Dikorbankan"


SEMINAR HIJRAH DAN PENGORBANAN
"BERKORBANLAH sebelum ANDA dikorbankan"

Khas untuk muslimah yang dikasihi kerana Allah,
Anda dijemput bersama-sama menghayati makna sebenar hijrah dan pengorbanan sempena sambutan Awal Muharram , di dalam seminar khas anjuran bersama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) dan Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN). Butir-butir lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 Disember 2009 bersamaan 25 Zulhijjah 1430H (Ahad)

Masa mula: 8.30 pagi

Tempat: Masjid Muaz bin Jabal, Persiaran Setiawangsa,
Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
(berhampiran LRT Setiawangsa)


Terbuka kepada muslimah sahaja. Masuk adalah percuma.

Semoga dengan kehadiran puan-puan akan mengeratkan lagi ukhuwah sesama muslim

Penyebaran maklumat ini adalah sangat dialu-alukan.

Mentaliti Rakyat 1Malaysia

Kebiasaannya di Malaysia, apabila terdapat konsert di sesuatu tempat, maka ramailah yang tertumpu di situ. Yang pastinya ramai adalah dari kalangan muda mudi. Hiburan yang disajikan kepada muda mudi kini boleh dikira kelas pertama. Kerana apa saya mengatakan sedemikian?

Kerana bagi saya, hiburan yang disajikan kepada mereka diadakan di tempat yang hebat. Sehebat slogan 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.' Iya, rakyat 1Malaysia memang didahulukan kerana dalam berhibur, rakyat Malaysialah yang akan menyambut baik keadaan itu. Rakyat Malaysia akan diberikan permit dengan mudah untuk berhibur. Rakyat Malaysia memang suka berhibur termasuklah saya.

Penulisan saya pada kali ini bukanlah hendak menulis tentang hiburan yang diminati dan diinginkan rakyat Malaysia tetapi lebih tertumpu kepada satu aspek yang kecil ini. Walaupun ia nampak remeh, namun jika tidak dibendung buruk juga padahnya.

Pelbagai bentuk kempen telah disebarkan di media-media massa khususnya televisyen. "Kebersihan Tanggungjawab Bersama" merupakan kempen yang paling kerap kelihatan. Namun, sejauh manakah keberkesanan kempen yang disarankan oleh kerajaan Malaysia ini? Adakah rakyat Malaysia menyambut baik seruan kerajaan ini? Adakah anda menjaga kebersihan alam sekitar? Bagaimana dengan saya?

Keadaan Stadium Bukit Jalil di waktu pagi setelah 2 hari Jom Heboh!

Ada sesetengah orang tidak puas hati dengan kelakuan orang lain tentang kurangnya penjagaan kebersihan. Mungkin saya akan memberikan jawapan kepada mereka-mereka yang tidak puas hati itu termasuklah saya.

Menurut kajian sebuah syarikat penyelidik antarabangsa, hanya terdapat 25 buah negara paling bersih di dunia telah dikenalpasti. Antaranya Switzerland, Sweden, Norway, Finland, Jerman, Jepun, Denmark dan Perancis; malangnya tidak satu pun negara umat Islam menduduki tangga tersebut. Persoalan besar timbul di sini ialah, mengapakah umat Islam tidak boleh mengamalkan kebersihan yang dituntut oleh Islam sendiri?

Berdasarkan pemerhatian, negara-negara maju mempunyai budaya menjaga kebersihan yang tinggi. Walaupun tidak beragama Islam tetapi mereka lebih mengambil berat aspek kebersihan sepertimana dianjur oleh Islam. Jadi, amalan kebersihan ini adalah amalan mulia berbentuk menyeluruh kerana Islam amat mementingkan kebersihan sama ada zahir atau batin.

Oleh itu, sewajarnya umat Islam dituntut untuk menjaga kebersihan. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW daripada Ibn Mas’ud:

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.”

Tetapi mengapa keadaan ini terus-terusan terjadi?

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Saya ulang, kebersihan itu separuh daripada iman. Keimanan seseorang bukan hanya di bibir sahaja. Tetapi perlu dizahirkan dengan perbuatan. Mungkin satu je yang menjadi halangan kepada rakyat Malaysia. Pemikiran atau mentaliti mereka adalah kelas ketiga. Itulah hakikat rakyat negara ini.

Sebelum saya menamatkan penulisan saya yang tak seberapa kali ini, renungilah firman Allah SWT yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" (QS Ar-Ra'd 11).

Apakah yang ada pada diri mereka?

Wallahua'lam..

Kanak-kanak Lelaki Usia Berapa?

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah,

Dalam saya mencari-cari idea untuk menulis entri baru, saya terbaca satu ruangan di myMetro. Ruangan ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB merupakan pertanyaan para pengirim tentang soal agama. Di sini saya ingin berkongsi dan mungkin bercerita, insyaAllah tentang pertanyaan seorang pengirim. Klik di sini untuk membaca pertanyaan si pengirim.

Saya ubah sedikit pertanyaan si pengirim untuk skop yang lebih kecil seperti di bawah beserta petikan jawapan Dr Mashitah untuk pertanyaan bagi skop tersebut.

SAYA ingin bertanya, siapakah orang yang dimaksudkan dalam surah di bawah di zaman kita sekarang?

Maksudnya: Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti mengenai aurat wanita. (Al-Nur:31).

Jawapan: Anak yang belum faham mengenai aurat wanita ini tidak disebut umurnya berapa, ia bergantung pada keadaan dia dibesarkan. Biasanya ialah yang berumur 10 tahun ke bawah, namun dalam zaman yang serba canggih ini jika mereka lebih terdedah mengenai wanita, gunakan budi bicara untuk mengukurnya.



Pengalaman Saya.

Dulu pernah saya bertanya seorang sahabat saya ni. Dia anak sulung dalam keluarga dan merupakan satu-satunya perempuan. Usianya sebaya saya. Pertanyaan saya kepadanya, "Kalau di rumah, adik-adik tidur dengan siapa?" Katanya sebilik dengannya. Saya agak terkejut tapi saya juga memahami mengapa. Keadaan ruang rumah yang agak terhad, kadang-kadang menyukarkan kita untuk untuk tidur berasingan. Namun, saya menasihatinya. Adik-adik lelaki yang telah mumayyiz dan telah mengerti aurat wanita hendaklah dipisahkan tidurnya.

Ada hadis mengatakan, sekiranya anak telah berusia 7 tahun, hendaklah dipisahkan tidur daripada kedua ibu bapanya. Saya kira hal yang sama berlaku sekiranya anak itu lelaki. Jadi, asingkanlah tidur adik-adik lelaki dengan adik-beradik perempuan.

Kadang-kadang, ramai umat Islam terkeliru terutamanya wanita akan kebolehan kanak-kanak lelaki melihat aurat wanita. Ketika saya di sekolah dulu, cikgu-cikgu perempuan yang menulis di papan hitam seakan-akan sengaja menampakkan tangannya ketika menulis. Sebabnya apabila menulis di papan hitam, kebarangkalian lengan baju jatuh adalah tinggi. Saya perasan ada sesetengah cikgu saya yang menarik lengan bajunya apabila jatuh ketika menulis. Mungkin cikgu ini faham akan auratnya.

Rekaan fesyen pakaian terkini juga menyumbang kepada terdedahnya aurat wanita. Cikgu-cikgu saya yang mengandung biasanya mereka akan memakai lengan pendek. Saya pun tak faham mengapa bila mengandung je mesti pakai pakaian mengandung yang macam itu. Dengan berlakunya keadaan itu, maka lebih ramai kawan-kawan lelaki saya melihat aurat cikgu-cikgu tersebut.

Kita tak boleh nak kata usia 7-9 tahun itu kecil lagi. Dan kita tak boleh sekali-kali menganggap usia itu kecil. Ini kerana kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini memudahkan kanak-kanak terdedah lebih awal tentang aurat wanita. Ada adik sepupu saya yang berusia 10 tahun bercakap tentang pemakaian saya ketika saya di rumah. Pakaian macam mana tak perlulah saya nyatakan di sini. Tetapi saya perlu mengambil apa yang dia cakapkan itu sebagai tanda bahawa saya perlu menutup aurat saya dengannya. Dia telah mengerti aurat seorang wanita. Jadi, kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita mungkin seusia 5 tahun ke bawah dan terpulang kepada ibu bapa untuk mengukurnya.

Wallahua'lam...

Haji : Penyatuan Umat Seluruh Dunia

Saya mulakan penulisan saya pada kali ini dengan Selamat Menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah haji yang dilakukan pada tahun ini adalah pencetus kepada penyatuan umat dengan khilafah, amin.

Umum mengetahui saban tahun, berjuta-juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia akan menunaikan haji di Mekah Al-Mukarramah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Dan saban tahun juga kita akan menyaksiakan umat Islam diperingatkan agar sentiasa menjaga kesucian Kaabah sebagai kiblat umat Islam. Semalam merupakan hari wukuf di Arafah. Dan hampir 3 juta jemaah haji dari 160 negara umat Islam membanjiri Padang Arafah. Sepanjang berada di Arafah, jemaah menghabiskan masa dengan berdoa, membaca al-Quran, memohon pengampunan dan berzikir.

Satu amaran telah diberikan kepada para jemaah haji pada tahun ini selain amaran selsema H1N1. Pemerintah Saudi sendiri telah mengancam umat Islam agar tidak menjadikan pertemuan besar di tanah suci itu untuk membincangkan perkara-perkara politik. Mengapakah perbincangan politik menjadi satu halangan di tanah suci itu? Apakah haknya untuk menghalang? Adakah haji hanya merupakan ibadah ritual semata-mata? Sejenak, persoalan-persoalan untuk membuka minda para pembaca yang budiman.

Pagi tadi, ketika saya membaca akhbar online, saya amat teruja untuk membaca berita-berita di tanah suci. Saya ingin mengetahui apakah yang berlaku setelah arahan pihak berkuasa Arab Saudi melarang aktiviti berpolitik beberapa hari lalu. Saya ambil petikan berita tersebut,

(Langsung tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa Arab Saudi yang melarang aktiviti politik, jemaah-jemaah itu melaungkan slogan ke arah penyatuan ummah dan tentangan terhadap musuh Islam di kem mereka di sini, pinggir Mekah.

"Hapuskan Amerika Syarikat (AS)!, hapuskan Israel!," laung beribu-ribu jemaah Iran di dalam khemah-khemah mereka di sini.

Namun, bantahan yang dipimpin oleh Ayatollah Muhammed Rishari iaitu wakil pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei itu berlangsung tanpa sebarang insiden tidak diingini atau campur tangan pihak berkuasa.

"Kita memerlukan semua orang Islam sama ada Sunnah atau Syiah bersatu untuk menghadapi isu-isu penting seperti penaklukan Palestin, krisis Iraq, penaklukan Afghanistan dan perang saudara di Yemen," katanya.) [Kosmo, 27 Nov 2009]

Biarpun, aktiviti politik yang dilakukan jemaah Iran tersebut lebih kepada Iran (betulkan jika saya salah memahami), namun satu yang perlu kita fikirkan. Mereka melaungkan slogan ke arah PENYATUAN UMMAH. Jika difikirkan dengan akal sekalipun, bukankah itu yang terbaik? Namun, mengapa ia dihalang oleh pemerintah Saudi?

Umat Islam semakin mempunyai kesedaran politik bahawa semua kerajaan dan penguasa yang ada saat ini gagal membela ideologi yang agung ini iaitu Islam. Sesungguhnya umat Islam mulai sedar akan hal ini dan kebangkitan Islam boleh dilihat di mana-mana sahaja. Ini menjelaskan sebab mengapa Barat dan agen-agen mereka sentiasa menonjolkan aspek kerohanian atau ritual belaka. Salah satu contoh yang paling jelas adalah bagaimana penguasa Arab Saudi melarang setiap perbincangan yang bersifat politik berkaitan kaum Muslimin sedunia kecuali terhad hanya pada perbincangan tentang ibadah haji masing-masing. Padahal perkara tersebut (membincangkan tentang politik) telah menjadi kebiasaan sejak bertahun-tahun.

Tidak ada seorang manusia pun yang berhak menghalang manusia lain dari membincangkan perihal Islam, apatah lagi di tanah suci, baik dari segi perbincangan politik, ekonomi, sosial, ibadah dan sebagainya. Sesungguhnya di tanah suci inilah Rasulullah SAW dahulu memulakan perjuangan politik baginda di mana para sahabat diseksa dan dibunuh dalam usaha mereka membebaskan rumah Allah ini dari segala taghut dan kekufuran untuk digantikan dengan hukum dan sistem Islam. Bersempena musim haji ini, marilah kita sama-sama menghayati Khutbah Al-Wida’ yang penuh peringatan ini.

Wallahu'alam.

Hati Wanita Bisa Sekeras Batu

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, puji dan syukur hanya pada Allah yang Maha Esa.

Ketika saya online yahoo messager, window offline message keluar. Satu mesej saya terima daripada rakan maya saya dari negara seberang, iaitu bungarevolusi. Saya tak pernah bersua muka dengannya, kami hanya pernah bersembang di ym. Dia telah bersuami dan mempunyai seorang anak. Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah link yang beliau tinggalkan. Beliau meminta saya untuk memberi komen setelah membaca.

Subhanallah, cerita pendek karyanya itu amat menyentuh kalbu. Hati saya terlalu sukar untuk dikhabarkan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa hati seorang wanita itu amat kuat. Untuk baca cerpen tersebut, klik sini ya. Apabila saya membaca karyanya itu, lantas saya teringat akan kata-kata seorang penceramah ketika saya menghadiri satu seminar minggu lepas. Peceramah tersebut menerangkan tentang poligami. Jika sebelum ini saya memang telah menerima isu poligami dengan baik walaupun pada hakikatnya saya juga seperti wanita lain iaitu tidak suka. Namun hukum Allah, saya terpaksa terima sebagai hambaNya. Setelah mendengar penjelasan daripada speaker tersebut, pemahaman saya semakin mendalam. Namun ini tidak bermakna saya inginkannya tetapi cukup untuk saya benar-benar memahami akan hukum yang telah Allah perintahkan.

Dengan berlapang dada dan berfikiran rasional serta meletakkan hukum Allah di depan, saya ingin mengkhabarkan kepada wanita-wanita Islam yang saya kasihi. Biarpun kita tak bersua atau mungkin tak pernah kenal, namun dengan kalimah syahadah kita adalah bersaudara. Isu poligami sentiasa disalahfahami oleh kebanyakan kaum wanita. Namun, insyaAllah dengan Islam yang saya pelajari, mungkin sedikit sebanyak akan membuka minda saudari sekalian.

Saya tegaskan sekali lagi di sini, saya bukan inginkannya tetapi cukuplah sekadar kita sama-sama mengikut perintah Allah SWT. Firman Allah SWT, “Nikahilah oleh kamu wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Akan tetapi, jika kamu khuatir tidak akan dapat berlaku adil maka nikahilah seorang saja.” [TMQ An Nisa' (4):3). Ayat Allah ini menunjukkan kebenaran berpoligami yang bersifat mutlak. Untuk pengetahuan bersama, sebelum ayat ini diturunkan, Islam membenarkan seseorang lelaki Muslim mempunyai lebih daripada empat orang isteri sehingga tidak ada dalil yang menghadkannya. Ayat ini kemudiannya diturunkan untuk membataskan jumlah tersebut kepada empat orang.

Berkenaan dengan isu meletakkan ‘berlaku adil’ sebagai pra-syarat untuk membolehkan seseorang lelaki Muslim berpoligami, hujah ini ternyata muncul dari golongan yang tidak memahami nas dengan benar. Ia juga timbul hasil dari sikap suka ‘mencari dalih’ bagi menyatakan Islam menyekat poligami. Sebenarnya, kalau kita kaji Islam dengan mendalam, bagaimana mungkin seseorang lelaki Muslim ingin membuktikan bahawa dia mampu berlaku adil jika dia tidak diberikan peluang untuk berpoligami? Adapun firman Allah, “Kemudian jika kamu khuatir tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja” [TMQ an Nisa’(4):3], sebenarnya maksud ‘berlaku adil’ di dalam ayat ini bukan merupakan ‘pra-syarat’ untuk berpoligami, tetapi ‘berlaku adil’ itu adalah suatu perintah/hukum berasingan yang dikenakan ke atas lelaki Muslim yang mengamalkan poligami, bukannya syarat ke atas poligami itu sendiri. Dengan kata lain, mana-mana lelaki yang gagal berlaku adil (setelah berpoligami) adalah berdosa. Ini kerana dia telah tidak mematuhi perintah Allah SWT agar ‘bersikap adil’ di dalam perkahwinan poligaminya. Maka mereka akan dihukum sesuai dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Adapun firman Allah, “Kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian” [TMQ an-Nisa’ (4):129].

Maksud dalil di dalam ayat di atas sebenarnya berhubung dengan keadilan pembahagian cinta dan kasih sayang. Maksudnya, seseorang lelaki itu sesungguhnya tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterinya di dalam pembahagian cinta dan kasih sayang. Merujuk kepada ayat di atas, Ibn’ Abbas ra. menjelaskan bahawa Nabi SAw pernah menyatakan: “Yakni di dalam masalah cinta dan persetubuhan’.

Jelaskan saudari sekalian akan dalil-dalil yang disertakan? Walaupun kita sebagai wanita tidak akan suka begitu juga saya, namun ini adalah sebahagian dari perintah Allah. Walaupun mungkin ramai kaum adam yang tersenyum gembira setelah membaca post saya ini, namun saya yakin bagi mereka yang benar-benar memahami hukum Allah, mereka akan sedar bahawa berpoligami membuatkan mereka bersedia untuk memikul lebih tanggugjawab daripada lelaki yang hanya berkahwin satu. Sekiranya mereka lalai dalam tanggung jawab mereka, maka nantikanlah balasan yang bakal mereka terima daripada Allah.

Kita sebagai muslimah, janganlah termakan hasutan pemikiran-pemikiran yang selari dengan pemikiran dan kehendak Barat. Sesungguhnya Islam itu sempurna dan langsung tidak ada kecacatan atau kekurangan di dalamnya. Namun yang menjadi punca kepada masalah adalah apabila manusia itu tidak menerapkan hukum syara’ di dalam kehidupannya. Tingkah laku manusia yang tidak berhukum dengan hukum Allah, inilah yang menjadi punca kepada segala kerosakan.

Wallahu'alam.

Catatan Di Bumi Khilafah : 1Peringatan!!

Friendly Comparative Religion @ MU Cyberjaya

Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat,

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya masih diberi kesempatan untuk menulis dan berkongsi cerita. Perkongsian ini adalah semata-mata untuk menyampaikan apa yang saya peroleh dari Bengkel : Saya Seorang Muslim @ Modern Da'ie 2009 bertempat di Multimedia University, Cyberjaya. Seminar ini dianjurkan oleh crew Institusi Usrah, MU.

Seminar atau bengkel yang memakan masa 2 hari ini betul-betul membuat saya berfikir dan semakin ingin bertaqarrub ilallah. Saya tidak akan bercerita detail tentang setiap sesi seminar tersebut tapi saya hanya akan mengulas serba sedikit mengikut kefahaman yang telah saya ada dan baru peroleh semalam, insyaAllah. Namun, untuk detail program, sahabat-sahabat boleh melihat laporannya di sini. (Semoga mendapat maklumat berguna, insyaAllah.)



Sebelum itu, saya ambil satu petikan ayat Al-Quran yang bermaksud:

"Serulah (manusia) ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah (hujjah) dan pelajaran yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang baik." (TQS an-Nahl [16]:125)

Untuk pengetahuan saudara/i, kita sebagai muslim telah diwajibkan oleh Allah SWT untuk berdakwah kepada orang-orang non-muslim untuk memeluk Islam. Tugas ini telah Allah perintahkan dan dilaksanakan sejak 14 abad yang lalu. Namun, terdapat beberapa salah tanggapan orang-orang non-muslim terhadap Islam yang menyebabkan mereka semakin jauh dengan Islam. Hal ini tidak hanya khusus buat non-muslim kerana orang-orang muslim juga semakin jauh dari Islam. Jadi, apakah dan bagaimakah untuk memulihkan kembali keadaan ini, saudara/i?

Menurut speaker pertama, Bro Shah Kirit bin Kakulal Govindji, seorang mualaf yang telah 13 tahun memeluk Islam, beliau telah menerangkan beberapa salah tanggapan mereka (baca: non-muslim. Dan saya menambah, dan muslim) terhadap Islam. Namun terdapat satu salah tanggapan yang benar-benar menjauhkan Islam dari mereka iaitu konspirasi Barat. Sekali lagi saya tegaskan di sini. Saya hanya menulis apa yang saya faham berdasarkan ilmu-ilmu yang telah saya pelajari sebelum menghadiri seminar ini. Ini kerana KONSPIRASI BARAT tidak termasuk dalam point yang diberikan oleh speaker tetapi ditambah oleh salah seorang peserta seminar. Untuk saya membincangkan tentang point ini memerlukan satu lagi post. Oleh itu, saya minta saudara/i berfikir agar kita sebagai umat Islam mengetahui dan memahami mengapa konpirasi barat membuat salah tanggapan mereka terhadap Islam semakin menular.

Seperti yang telah saya beritahu tadi, kewajiban berdakwah terletak ke atas bahu saya dan saudara/i sebagai seorang muslim. Kalau kita perhatikan, mengapa segelintir umat Islam mengatakan bahawa kewajiban berdakwah terletak di atas bahu ataupun tugas ustaz/ustazah atau ulama-ulama atau orang-orang yang bertauliah sahaja atau tugas PERKIM? Apakah jawapan yang akan saudara/i berikan kepada orang-orang sebegini?

Untuk saya, saudara/i dan mereka memahami kewajiban berdakwah, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Ia adalah sesuatu yang amat berat. Ini kerana saya juga memahaminya setelah saya belajar. Jika kita telusuri perjuangan baginda Rasulullah SAW, baginda SAW berdakwah kepada orang-orang kafir dan pada masa yang sama, baginda SAW berdakwah kepada sesama muslim. Mengapa? Mengapa perlu berdakwah kepada orang-orang kafir dan juga melakukan peng'islah'an (dakwah) kepada orang muslim juga sedangkan mereka dah Islam? Allah telah berfirman di dalam surah az-Zariyat [51]:56 yang bermaksud:

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"

Ini jelas menunjukkan bahawa perlunya kita berdakwah kepada muslim untuk memperbaiki kehidupan muslim ketika ini demi melanjutkan kehidupan Islam di atas muka bumi ini. Umat Islam sekarang ini terlalu jauh dengan Islam. Mereka lebih gemar mengamalkan gaya kehidupan Barat. Saya tidak mengatakan bahawa boleh saja tidak berdakwah kepada non-muslim, namun keutamaan sekarang adalah memperbaiki kehidupan umat Islam yang ada sekarang ini agar kalimah lailaha ilallah sentiasa dijunjung tinggi bukannya lagu "Negaraku" yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Ramai umat Islam saat ini mengamalkan Islam hanya sebagai ikut-ikutan bukan dari pemerhatian dan akal mereka. Saya juga begitu suatu ketika dahulu. Kerana ibu bapa saya telah Islam, makan saya ikut jelah agama mereka. Namun, alhamdulillah. Pencarian ibu bapa saya terhadap Islam yang sebenar dan saya juga belajar, maka jalan menuju iman semakin nyata kelihatan. Umat Islam tika ini memiliki akidah yang bercampur baur. Mereka beragama Islam dan pada masa yang sama mengamalkan gaya kehidupan barat. Kerana itu bagi mereka yang benar-benar memahami Islam akan berusaha untuk merealisasikan agar kehidupan Islam kembali bersinar di muka bumi ini. InsyaAllah.

Untuk menukar keadaan ini adalah sesuatu yang sukar namun ia tidaklah mustahil. Ini kerana Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" (TQS Ar-Ra'd [13]:11)


From left : Yussamir, Mohammed Yusof, Raja Zahir dan Shah Kirit (berdiri)

Selain itu, di dalam seminar ini saya juga telah didedahkan tentang anutan hinduism, kepercayaan cina juga agama kristian. 3 agama atau anutan utama rakyat Malaysia selain Islam. Speaker-speaker adalah Bro Mohammed Yusof bin Dawood Gany, Bro Shah Kirit bin Kakulal Govindji, Bro Yussamir Yusof dan Bro Mas-Yuri Muhyiddin. Anutan-anutan dan agama-agama inilah yang sering dicari titik persamaan dengan Islam. Walaupun ada persamaan dalam kitab-kitab mereka, hanya Islam yang Allah redha sebagai agama.

"Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, dan telah Aku redhai Islam sevagai agamamu" (TQS Al-Maidah[5]:3)

Ada beberapa perkara atau pelajaran yang amat berguna untuk saya dan juga mungkin sahabat-sahabat yang telah menghadiri seminar ini. Bagi saya, belajar tentang agama lain membuatkan rasa taqarrub ilallah semakin meninggi. InsyaAllah, mudah-mudahan saya isiqamah. Jalan menuju iman juga semakin nyata dan terang tanpa suluhan. Moga Allah sentiasa memberi hidayah kepada saya, sahabat-sahabat, saudara/i dan umat islam umumnya. Ameen..

Wallahu'alam..

Membumikan Al-Quran Memerlukan Negara

Wacana tentang pentingnya membumikan al-Quran sudah selalu dilontarkan oleh para ulama, intelektual dan aktivis Muslim. Namun, hingga kini wacana itu masih tetap berupa wacana, tidak terwujud menjadi realiti.

Al-Quran masih dijadikan sekadar kitab bacaan, tidak dijadikan pedoman, apalagi dijadikan sebagai sumber hukum dan sumber perundangan. Padahal al-Quran berisi sistem kehidupan yang wajib diterapkan. Perlu disedari bahawa sebahagian hukum itu hanya boleh dilaksanakan oleh negara, seperti hukum-hukum yang berkaitan dengan pemerintahan dan kekuasaan, plitik, ekonomi, sosial, pendidikan, dan politik luar negeri; termasuk pula hukum-hukum yang mengatur pemberian sanksi terhadap pelaku pelanggaran hukum syariah (‘uqûbât). Hukum-hukum seperti itu tidak boleh dan tidak mungkin diterapkan oleh individu. Semua itu hanya mungkin dan sah dilakukan oleh negara (penguasa). Dalam Islam, negara semacam ini adalah Khilafah, dan penguasanya disebut khalifah.




Seperti yang kita semua maklum, turunnya al-Quran merupakan berkah bagi manusia. Kerana apa ya? Ini kerana Al-Quran merupakan petunjuk hidup agar manusia tidak tersesat. Al-Quran juga merupakan panduan agar manusia dapat mewujudkan tujuan penciptaannya di dunia, iaitu untuk beribadah kepadaNya dengan melakukan semua perintahNya yang meliputi seluruh aspek kehidupan.

Al-Quran merupakan mukjizat bagi Rasulullah saw. sebagai bukti kenabian beliau. Di dalamnya terdapat kelengkapan tuntunan hidup yang tidak pernah ditemukan dalam kitab-kitab lain. Terdapat pengungkapan sejarah masa lampau yang begitu tepat dan sahih, terletak nilai sastera yang tinggi. Sampai sekarang al-Quran memegang rekod dunia sebagai kitab yang paling banyak dibaca dan dipelajari. Keutuhan isinya terjaga sejak diturunkan pada zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Inilah bukti janji Allah atas penjagaannya.

Apa yang ada di dalam al-Quran terbukti secara logik akal bahawa memang benar datangnya Al-Quran adalah dari Allah, Sang Khaliq, kerana adanya ayat yang menentang manusia untuk membuat seperti dengan ayat al-Quran (QS Hud [11]: 13; Yunus [10]: 38), sementara tak ada satu pun manusia yang boleh menghadapi tentangan tersebut. Serangan musuh-musuh Allah yang mengatakan bahawa al-Quran adalah buatan Rasulullah pun tertolakan. Ini kerana Rasulullah saw sendiri seorang yang ummi (tidak boleh membaca dan menulis). Lebih dari itu, ada perbezaan mendasar antara gaya bahasa al-Quran dan gaya bahasa hadis yang dikeluarkan Rasulullah. Al-Quran juga memberitakan pada manusia hal-hal ghaib seperti syurga dan neraka, menjadi bahagian yang wajib diimani bagi kaum Muslim.

Keberadaan al-Quran membebaskan manusia dari penghambaan kepada selainNya. Tindakan tidak menjalankan syariahNya pasti akan berhujung pada kerosakan dan kebinasaan, seperti yang dialami oleh umat Islam sekarang ini. Mereka bagaikan buih-buih di lautan; banyak tetapi tidak mempunyai kekuatan dan dijadikan makanan hidangan oleh musuh-musuhnya. Kehidupan kaum Muslim di seluruh dunia penuh dengan penderitaan, kebodohan dan kemiskinan kerana Al-Quran dicampakkan dari kehidupan mereka. Mereka hanya mampu mengamalkan sebahagian kecil dari syariah yang terdapat dalam al-Quran; sebatas amalan ibadah seperti solat dan puasa. Adapun hukum pengharaman riba, kewajiban potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi pezina, kewajiban berjihad jika diserang musuh yang terangkai dalam hukum-hukum syariah yang memerlukan kekuatan sebuah negara dll tidak satu pun yang diterapkan. Atas sebab itulah, perlu aktiviti dakwah yang secara simultan menyedarkan umat akan pentingnya berislam secara kâffah.

Oleh kerana itu, pembumian al-Quran perlu usaha yang serius, bukan hanya tanggung jawab individu, namun juga memerlukan Khilafah (baca: negara) sebagai institusi yang menjamin pelaksanaannya terwujud secara realiti dalam kehidupan umat manusia. Automatik aktiviti dakwah pun cenderung ke arah upaya untuk mewujudkan Khilafah di atas bumi. Tidak ada pilihan lain.

Michael Moore (CAPITALISM: A LOVE STORY)

...SIGN MATI sebagai DA'IE...

Satu perkara yang kita kena selalu ingat, setelah SIGN MATI sebagai DA'IE, perjalanan yang kita tempuh dalam hidup ini pastinya ada duri dan ranjau kerana matahari tidak akan menyinari kita sepanjang hari.. Langit yang mendung akan menyejukkan kita bila kita sendiri tidak mampu menahan bahang jika hari sentiasa cerah.Syaitan juga takkan pernah cuti dan rehat dari cuba menggoda manusia... terutamanya bila emosi sedang DOWN.

Di kala keadaan merundum kesepian dan mungkin ketandusan idea, kita perlulah memperbanyakkan mengkaji buku-buku islami untuk menarik kembali kekuatan dakwah Islam ini..

"Sesungguhnya Islam saat ini menginginkan setiap muslim berkata pada dirinya sendiri,
adilkah aku beristirehat, sementara saudara-saudarku kepenatan? Sesuaikah aku tidur nyenyak, sementara saudara-saudaraku di tempat lain disiksa? Layakkah aku meninggalkan perjuangan untuk Islam, padahal sekarang kaum Muslim menjalani kehidupan penuh duka-lara dan berperang melawan musuh?."

Setiap Muslim juga perlu berkata pada dirinya sendiri, bagaimana pernah dikatakan oleh Abu Khaitsamah ketika ia terlibat menyusul Rasulullah saw .dalam Perang Tabuk, "Rasulullah saw. disengat terik matahari, terkena angin dan panas, sedangkan Abu Khaitsamah selesa berteduh di tempat sejuk dengan makan siap santap dikelilingi isteri-isteri cantik dan dekat dengan hartanya? Tidak, ini tidak adil!" (Diriwayatkan Ibnu Ishaq dan ath-Thabrani).

Sesungguhnya Islam menghendaki agar kita mencontohi Rasulullah saw. yang diperintahkan Allah "Apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan yang lain) QS 94:7.

Roda amal kita untuk Islam telah berputar maka janganlah kita hentikan walaupun sejenak, dengan alasan ini dan itu sebab jika roda ini kita hentikan maka nyaris ia tidak akan berputar lagi selama-lamanya, atau sekalipun ia boleh berputar selepas itu, ia akan berputar dengan lambat.

Rawatlah emosi yang berkecamuk dengan aktiviti taqarrub ilallah. Bila sibuk dengan aktiviti, kita takkan sempat nak fikirkan soal dan urusan peribadi semuanya kerana sedar, pena hanya diangkat dalam tiga zon sahaja - anak kecil yang belum baligh, tertidur dan gila [HR Abu Daud].

Buat sahabat-sahabat yang kadang-kadang merasa down, kita perlu bersyukur bilamana kita masih mepunyai perasaaan tidak menentu bila terasa 'jauh'. Ada orang, tidak merasa demikian. Tidak menzahirkan perasaan bersalah bilamana kewajipan dan arahan dilanggar. Dalam kalangan manusia, mungkin keadaaan seperti itu masih perlu dibaiki - akan tetapi bagaimana pula status manusia itu disisi Allah?

Sekadar renungan untuk kita semua (daripada seorang sahabat):

Sebahagian daripada tanda MATI HATI itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal suatu amalan perbuatan kebajikan, juga tidak menyesal jika terjadi sesuatu pelanggaran yang membawa dosa - Sheikh Ibnu Athoillah

ATTENTION: Lagi Seminar di KEDAH!!


Satu lagi seminar anjuran Ikatan Intelektual Nusantara dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia akan diadakan di Kedah. Maklumat tentang seminar adalah seperti berikut:

Tarikh: 7 November 2009
Tempat: Hotel Seri Malaysia Alor Setar
Masa: 8:30 pagi
Yuran pendaftaran: RM20 (Tempat adalah terhad)
Tarikh Tutup Penyertaan: 25 Oktober
Sila hubungi: 017-2265231 untuk maklumat lanjut.

Sebuah Perkongsian..

Civil Democratic Islam: Partners, Resources, Strategies.

Ini adalah sebuah buku tentang kajian CIA yang dikeluarkan melalui agensi dibawahnya National Security Research Division (RAND). Sememangnyaa RAND telah sekelian lama menjalankan kajian terhadap ummat Islam dan merupakan think tank bagi tindakan strategic US terutama bagi menghadapi kebangkitan Islam.Buku Civil Democratic Islam (CDI) ini boleh saya katakan antara kertas kerja yang paling progresif pernah dikeluarkan oleh RAND. Melihat tajuknya serba sedikit telah menggambarkan apa kandungan intipatinya.

Dalam pendahuluan bagi buku ini, tanpa selindung penulis mengumumkan bahawa musuh utama dunia (baca: US) adalah Islam yang akan menyebabkan perubahan ideology baru dunia. Maka buku ini adalah strategi yang perlu diambil US untuk menghalang kebangkitan ini. CDI mengklasifikasikan ummat Islam kepada 4 golongan yang mana setiap golongan ini mempunyai penerimaan yang berbeza terhadap nilai-nilai barat dan strategi menghadapi mereka juga berbeza.

Golongan pertama, adalah golongan fundamentalis. Ciri utama golongan fundamentalis adalah mereka sama sekali menolak demokrasi, hak asasi manusia dan seluruh nilai-nilai barat. Inilah musuh US yang tidak boleh bertolak-ansur. Mereka secara spesifik merujuk kepada Hizbut Tahrir dan gerakan-gerakan jihad yang menuju khilafah.

Golongan kedua, adalah golongan tradisionalis. Golongan tradisionalis ini lebih menumpukan soal kerohanian dan keilmuan. Walaupun ada yang terlibat dengan politik, tetapi pemikiran mereka lebih tertumpu soal kerohanian. Golongan yang dikaitkan adalah seperti golongan wahhabi dan ulama-ulama yang lebih cenderung membahas ilmu berbanding soal politik.

Golongan ketiga, adalah golongan modenis. Golongan modenis ini mereka mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global. Mereka memberi nafas Islam bagi nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perekonomian dan nilai-nilai lain. Ia merujuk kepada sesetengah ulama’ dan pemikir Islam hari ini. Manakala golongan yang keempat, adalah golongan sekular yang telah mengikut acuan barat termasuk pemerintah yang ada dan tokoh-tokoh pemikir mereka.

Jika kita teliti,US menjadikan sejauh mana penerimaan atau penolakan ummat Islam kepada nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perundangan, ekonomi dan nilai-nilau utama lain untuk mengklasifikasikan ummat Islam. Kita tidak terperangkap dengan klasifikasi ini kerana sebenarnya mereka mengklasifikasikan ummat Islam untuk kepentingan mereka menghadapi kebangkitan Islam. Dari situ mereka menetapkan kaedah dan strategi berbeza, bergantung kepada bentuk pemikiran ummat Islam.

Dalam bab yang kedua, dibahaskan strategi untuk mencari ‘partner’ untuk apa yang mereka sebut menerima demokrasi Islam. Dalam perenggan yang pertama digariskan bahawa, mempromosi demokrasi dalam dunia Islam dan membantu perlaksanaannya adalah suatu tindakan jangka panjang untuk usaha menentang kebangkitan Islam. Dari penulisan buku ini, mereka seringkali menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan sekular- golongan pemerintah dan pemikir sekular- bukan lagi tindakan yang semestinya tepat untuk keadaan geopolitik hari ini. Ini kerana, kebanyakan orang Islam sudah menyedari maneuver golongan ini dan tidak menjadikan mereka sebagai rujukan dalam masalah politik mahupun agama.

Oleh itu RAND mencadangkan, untuk member sokongan, peluang-peluang muncul di akhbar, ruang untuk berpolitik, memberikan pendapat, ruang-ruang melalui NGO dan penonjolan bagi golongan Islam yang modenis. Ini kerana golongan modenis mereka walaupun tidak menerima demokrasi barat sepenuhnya, tetapi mereka masih tetap menerima demokrasi cuma dalam kerangka yang mereka anggap Islami. Maka mereka perlu diberikan peluang bergeraka dalam politik demokrasi dan sokongan atas-atas tekanan golongan sekular terhadap mereka. Pemimpin dan tokoh-tokoh golongan Islam modenis perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan.

Manakala golongan tradisionalis, mereka kurang membahaskan masalah politik. Maka kebiasaannya golongan tradisionalis tidak mempunyai pandangan yang khusus tentang demokrasi dan konsep politik lain. Maka golongan ini perlu digunakan untuk menyerang pandangan golongan fundamentalis yang menolak nilai barat secara keseluruhan. Ia dengan cara memberikan ruang kepada ulama’ seperti ini mengalihkan pandangan ummat, dan menimbulkan keraguan ummat terhadap golongan fundamentalis. Ini kerana golongan tradisionalis biasa mempunyai pengaruh yang kuat dalam ummat, menguasai madrasah-madrasah dan institusi pendidikan tradisional. Manakala bagi ulama’ tradisionalis yang boleh menerima nilai barat walau secara selektif, mereka ini wajar diberi ruang untuk kedepan. Maka dengan ini nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, pengagihan kuasa, perundangan dan ekonomi boleh disemai dalam pemikiran ummat Islam. Dalam masalah demokrasi dan penerimaan nilai barat, golongan fundamentalis digariskan RAND sebagai musuh utama yang tidak boleh dikompromi dan sememangnya tidak boleh dibawa berkompromi.

Dalam bab ketiga, RAND menerangkan strategi-strategi untuk menghadapi golongan-golongan ini, baik samada berkawan dengan golongan ini, mengadu-domba mereka agar berseteru mahupun secara langsung menyerang mereka.

Secara umumnya, golongan Islam modenis hendaklah diberi peluang dan sokongan politik, memberi pandangan Islam kontemporari. Ini kerana golongan Islam modenis hari ini telah dapat menarik sokongan rakyat berbanding pemerintah sekular. Sokongan kepada golongan Islam modenis ini boleh diberi secara langsung atau tidak secara langsung selagi dapat dipastikan kepercayaan ummat tidak terhakis. Benarkan mereka menyebarkan pandangan-pandangan mereka.

Manakala sokongan kepada kerajaan sekular hanya diberi berdasarkan kes per kes basis. Ini kerana, banyak kerajaan sekular yang bersifat nasionalis hingga mengabaikan kepentingan US. Oleh itu, sokongan kepada mereka bergantung kes per kes basis.

Bagi golongan tradisionalis, ulama’-ulama’ mereka perlu digunakan untuk menyerang golongan fundamentalis. Ini merupakan golongan yang terbaik yang perlu digunakan untuk menyerang fundamentalis kerana golongan ini mempunyai kemuliaan yang tinggi dikacamata ummat. Keupayaan mereka membahas agama perlu digunakan, untuk menyerang pemikiran-pemikiran politik golongan fundamentalis. Secara spesifik disebut, bahawa golongan tradisionalis ini wajar disokong untuk mewujudkan perseteruan sesame Islam dan secara spesifik disebut mereka ini wajar diberi dana untuk membina sekolah-sekolah untuk menyebarkan fahaman mereka. Secara jelas diberitahu, segala kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan fundamentalisme mestilah dihalang dan sepatutnya diwujudkan permusuhan sesame mereka.

Bagi menghadapi golongan yang mereka labelkan sebagai fundamentalis, digariskan agar jangan memberi promosi, serang nilai-nilai yang dibawa, hilangkan kepercayaan ummat kepada mereka, wujudkan gambaran mereka ekstrimis dan tidak mampu membawa kemakmuran. Tidak ada sikap lain kepada golongan fundamentalis kecuali menentang dan menghancurkan mereka.

Itulah ringkasan apa yang digariskan oleh RAND untuk US menghadapi kebangkitan Islam. Mereka melabelkan kita, untuk memudahkan mereka menentang kebangkitan Islam, walhal hakikatnya tidak begitu. Kita semua bukan fundamentalis, tradisionalis, modenis atau sekular. Cuma RAND mengklasifikasikan kita mengikut sejauh mana penerimaan kita terhadap nilai-nilai US dan dari situ diatur strategi yang berbeza. Saya yakin ramai ummat Islam yang ikhlas berjuang tidak menyedari hal ini dan tidak sedar mereka bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA. Inilah pentingnya ummat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran politik yang sangat jernih lagi tajam. Semoga ia membuka minda politik kita untuk melihat dunia dengan kacamaata politik Islam agar dengan itu kita dapat bergerak menuju kebangkitan Islam.

wuzara..

Video : Kidung Buat Feminis



Baru-baru nih, ahad 25hb November 2009, ada satu seminar telah diadakan di Dewan Serbaguna, Petaling Jaya. Seminar tersebut telah diadakan oleh Ikatan Intelektual Nusantara dengan kerja sama Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (HTM-KL) dan Muslimat Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM). Seminar itu bertajuk “Sisters In Islam (SIS) – Pembela Atau Perosak Wanita”.

Tapi memandangkan saya akan menduduki peperiksaan pada esoknya, saya tak dapat pergi. :'( Apa-apa pun, laporan seminar tersebut anda boleh baca di sini.

Owh, ya. Kalau tak silap saya, ada deklamasi sajak Kidung Buat Feminis di situ. Asalnya rakaman deklamasi sajak itu adalah video seperti di atas, tapi atas sebab-sebab tertentu, rakaman itu telah berubah sedikit. Namun, isinya tetap sama. Cuma cara penyampaian sedikit berbeza. Dan yang pastinya, penyampaian itu memang hebat.

Sekian.

1Kepastian!!

Salam semua,
lama rasanya blog ini tak diupdate. Tiba-tiba rasa hendak menulis sesuatu. Sesuatu itu tak adalah berat, tapi sekadar saling mengingati antara satu sama lain, insyaAllah..

Beberapa hari yang lepas (rasanya sebelum minggu study week bermula), saya diminta untuk mendengar sebuah lagu. Lagu nasyid. Kata kawan saya itu, best lagu ini. Maka, saya mendekatkan telinga ke earphone nya untuk mendengar bersama.

Muziknya seakan-akan pernah saya dengar. Tapi di mana? di mana ya?

Iyah, adik saya yang 2 orang (achik dan ateh) suka benar dengar lagu ini di youtube. Sewaktu first time terdengar, tak rasa apa pun sebab macam tak minat jek. Then, kawan terbaik saya tuh bagi dengar. Maka, minat terus timbul. Hee.

Sebenarnya nak kaitnya dengan realiti hidup nih. Hidup kita sebagai seorang Islam. Kalau kita amati lirik lagu ini, ia berkaitan baik buruk, dosa pahala dan juga syurga neraka. Apakah terkaitannya? Kita memang sentiasa diberi pilihan dalam kehidupan.

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Allah berfirman, "Telah kami tunjukkan kepadanya dua jalan hidup (baik dan buruk)" (Al-Balaad:10).

Allah SWT telah menciptakan akal bagi manusia. Dan di dalam tabiat akal itu sendiri, telah diciptakan kemampuan memahami serta mempertimbangkan. Oleh kerana itu, Allah telah menunjukkan kepada manusia jalan yang baik dan juga yang buruk. Mana perbuatan yang maksiat dan mana perbuatan yang baik (taqwa), sebagaimana firmanNya:

"Lalu memberikan kepada jiwa manusia potensi untuk mengerjakan yang maksiat dan yang taqwa"(Asy-Syams:8).

Mengapa adanya pahala dan dosa?
Allah menyediakan pahala bagi perbuatan baik manusia, kerana akalnya telah memilih menjalani perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Sedangkan untuk perbuatan buruk, manusia telah disediakan siksa kerana akalnya telah memilih untuk melanggar perintah Allah dan laranganNya.

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Jadi, mengapa 2 pilihan ini yang sebutkan tadi terkait dengan syurga neraka? Ini kerana manusia bertanggungjawab penuh atas perbuatannya. Sekali lagi saya ingatkan kepada sehabat-sahabat dan para pembaca yang dimuliakan Allah, kita bertanggungjawab penuh atas setiap perbuatan yang kita lakukan. Sebagaimana di dalam firman Allah:

"Setiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya" (Al-Mudatstsir:38).

Sebagai kata akhir dari saya yang menyayangi saudara seakidahnya, seorang mukmin sejati yang memahami hakikat qada' dan qadar, hakikat nikmat akal dan nikmat hak pilih yang telah dikurniakan Allah, akan kita dapati bahawa orang tersebut akan berhati-hati dan takut kepada Allah SWT. Ia akan selalu berusaha melaksanakan semua perintah Allah dan menjauhi laranganNya, kerana takut ditimpa azab Allah serta merindukan jannahNya. (Moga saya dan antum termasuk di dalam golongan ini, amin.) Bahkan Ia akan menginginkan apa yang lebih besar dari itu, yang tidak lain adalah keredhaan Allah SWT.

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Wallahua'lam..

Lagi Seminar di Tempat Anda!!!

Seminar: Sisters In Islam - Pembela atau Perosak Wanita?

Satu lagi seminar anjuran Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dengan kerjasama HTM dan Muslimah HTM pada 25 oktober 2009 (Ahad). Maklumat lanjut seperti berikut:


Tarikh: 25 Oktober 2009
Tempat: Dewan Serbaguna, Jalan 51A/227, Petaling Jaya, Selangor DE
Masa: 9.00 Pagi - 1.30 Petang

- Masuk Adalah Percuma, Semua Dijemput Hadir -


Agenda Anti-Islam Kerajaan Barat Disemarakkan Oleh Tantawi

Pada hari Isnin, 5 Oktober, ketika mengunjungi sebuah sekolah perempuan di Kaherah, Syeikh Mohamed Sayyed Tantawi, Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir, telah mengarahkan seorang pelajar perempuan supaya membuka purdahnya dan menyatakan bahawa dia akan mengarahkan agar penutupan muka diharamkan di semua sekolah yang berkaitan dengan Al-Azhar. Kenyataannya telah memberi lampu hijau kepada usaha beberapa kerajaan Barat seperti Perancis, Belanda dan Belgium dalam mengharamkan purdah di negara masing-masing, ini suatu tindakan yang disifatkan oleh kebanyakan Muslim sebagai salah satu sekutu (Barat) yang terdesak dalam usaha menipu untuk mengheret mereka ke arah nilai-nilai sekular dan menjauhkan dari Islam. Sehari selepas komen tersebut dikeluarkan, Liga Utara (parti politik bersayap kanan dan ahli sekutu Silvio Berlusconi) mencadangkan perundangan dituju pada pengharaman penutupan wajah di Itali.

Dr. Nazreen Nawaz, wakil Media Muslimat Hizbut-Tahrir Britain memberi kenyataan:

“Sheikh Tantawi bukanlah orang yang asing dalam memukul gendang mengikut irama kerajaan sekular Barat. Antara perkara yang telah dilakukan termasuklah menyokong pengharaman tudung di Perancis, menasihati perempuan-perempuan Muslim untuk membuka tudung mereka dalam memenuhi kehendak undang-undang, serta bersalaman dengan Presiden Israel Shimon Peres – seorang penyembelih yang mana tangannya berlumuran dengan darah ribuan rakyat Palestin.

“Berlatarbelakangkan kerajaan Eropah yang sedang berusaha untuk mencantas kebangkitan Islam dalam masyarakat mereka dan memaksa untuk menerapkan nilai-nilai Barat melalui undang-undang seperti pengharaman tudung dan purdah, kata-katanya telah dijadikan sebagai hujah dalam agenda mereka. Tambahan pula, kenyataannya yang mutakhir ini telah menyediakan bantuan kepada propaganda peperangan kerajaan Barat terhadap Islam dan pakaian wanita Muslim. Oleh itu, daripada dia menyuruh para remaja Muslim untuk menanggalkan tudung mereka, adalah lebih baik dia menyorokkan wajahnya yang memalukan”.

alt “Dia menunjukkan kemarahan terhadap wanita yang berpurdah tetapi langsung tidak menghiraukan kebenaran kerajaan yang diberikan kepada para pengunjung wanita untuk berarak separuh bogel di dalam pusat percutian di Mesir. Dia mempergunakan Islam untuk berhujah bahawa wanita Muslim mestilah membuka wajah mereka tetapi mendiamkan diri terhadap pemerintahan sekular rejim Mubarak yang zalim yang cuba sedaya upaya dalam menyingkirkan Islam dari masyarakat, termasuk memenjara dan menyeksa sesiapa yang menyeru kepada pemerintahan Islam”.

alt “Tantawi dan orang yang seumpama dengannya adalah orang-orang yang bersedia untuk memberi khidmat apabila dibayar, yang menawarkan perkhidmatan memberi fatwa atas permintaan dalam menandatangani dan bersetuju tanpa sebarang persoalan terhadap tindakan pemerintahan autokratik dan kerajaan Barat, dia tidak mempunyai kewibawaan di kalangan umat Islam. Maka para pemimpin Barat tidak sepatutnya diperbodohkan dengan mempercayai bahawa perintah daripada ulamak kerajaan sebegini akan dapat meyakinkan kaum Muslimin untuk beralih arah daripada pegangan kepercayaan Islam yang kuat kepada menerapkan nilai-nilai yang korup, cacat dan rendah moral. Jika inilah harapan mereka, maka merekalah yang perlu membuka tudung daripada mata mereka dan bukannya wanita Muslim”.

Pendakwah Ikhlas atau Sekular??

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiga hari lalu, saya telah membaca sebuah akhbar tempatan. Tajuk yang saya baca tersebut agak memeranjatkan namun saya tidak hairan. Untuk berita penuh, sila klik sumber : [UM 3/10/2009]. Mengapa para pendakwah tidak dibenarkan mencampuradukkan ilmu agama dan politik? Bukankah Rasulullah dulu itu penyampai agama sekaligus pemimpin di Madinah? Jadi mengapa perlu diasingkan antara agama dan politik? Bukankah itu sekular namanya?

Wahai sahabat sekalin!!

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawasanya, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah akan apa-apa yang ada pada suatu kaum itu (nasib @ keadaan yang mulia atau hina) sehinggalah mereka sendiri yang berusaha mengubah akan apa yang ada pada diri (pemikiran @ persepsi) mereka” ( QS Ar Ra’du [13]:ayat 11)

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa tindakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) ini adalah suatu kesalahan yang membawa padah dan mengakibatkan umat Islam terus berada di dalam keadaan hina dan tertindas sampai bila-bila. Yang jelas, menyempitkan Islam hanya kepada ilmu agama (baca: ibadah khusus) akan hanya menjuruskan umat Islam ke dalam kejumudan. Mereka seolah-olah mahu umat terus berada di tahap pemikiran yang mundur kerana memisahkan agama dari kehidupan berpolitik dengan dalih tidak mahu umat Islam hidup berpecah belah kerana perbezaan fahaman politik.

Mereka menganggap bahawa dengan perbezaan ini, akan berlaku pecah belah yang akan mengakibatkan umat hancur dan mundur ke belakang serta ditinggalkan oleh bangsa-bangsa yang lebih maju. Namun hakikatnya, dengan meninggalkan aspek politik Islam (menjaga urusan umat) inilah, umat akan mundur. Sepatutnya kita perlu mengkaji Al-Quran dan As-Sunnah serta sejarah umat Islam di era kegemilangannya. Umat Islam pada ketika mengamalkan perintah Allah sebagaimana yang tertera dalam surah Al Imran [3], ayat 112 yang mafhumnya,

“Telah ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana sahaja mereka berada melainkan mereka menghubungkan tali dengan Allah dan juga menghubungkan tali dengan sesama manusia dan telah kembali mereka dengan mendapat kemurkaan dari Allah dan juga telah ditimpakan keatas mereka kemiskinan….”

Mereka tidak memisahkan kedua-dua aspek hablun minaa llah (agama) dan hablun minan-naas (mengatur kehidupan berpolitik). Hakikatnya, berpolitik di dalam Islam adalah satu keperluan dan kewajiban kepada kita sebagai umat Islam dalam mengamalkan perintah Allah dan mengikuti tuntunan Sunnah Rasul SAW. JAIPk sepatutnya menyeru agar umat Islam agar memahami Islam secara kaffah dan berusaha untuk kembali menegakkan Deen Allah ini secara keseluruhan – aspek ibadah dan politiknya. Saranan inilah sebenarnya yang akan menjauhkan umat dari perpecahan!

Wallahu’alam

Dunia Kehabisan Minyak!!!



Benarkah dunia kini kehabisan minyak?? Satu persoalan yang saya kira melanda pemikiran insan-insan yang berfikir. Kerana saya juga begitu. Namun, kehadiran saya untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mengasahkan tsaqafah Islam yang telah dibina di dalam diri saya ke suatu pembentangan intelektual, telah membuka minda saya seluas-luasnya. Banyak ilmu yang telah saya peroleh begitu juga dengan teori Peak Oil berkenaan kegunaan minyak.

Pernah anda merasa takut sekiranya minyak memang benar lenyap dari muka bumi ini?? Takkan tak ada jalan lain, kan??

Sesungguhnya sahabat-sabahat, dunia kehabisan minyak adalah suatu mitos!!! Sebelum kita meneliti satu persatu mengapa saya mengatakan bahawa ia adalah mitos, mari kita imbas beberapa fakta dan juga sejarahnya. (Sekiranya ada sebarang kesilapan dalam maklumat yang saya sajikan ini, harap dibetulkan ye. Tq.)

Ketika ini antara cabaran paling getir yang perlu ditangani dunia ialah krisis tenaga dan minyak merupakan tenaga yang sangat diperlukan. Sejak bermulanya Revolusi Industri di Britain pada abad ke-18 hinggalah ke hari ini, tenaga yang menggerakkan pembangunan dan pertumbuhan dunia ialah bahan api fosil yang terdiri daripada minyak, gas, dan arang. Ketiga-tiga sumber bahan api fosil ini dikategorikan sebagai 'non-renewable energy' ataupun bahan api yang tidak boleh diperbaharui semula.

Oleh kerana sifat bahan api ini sangat terhad dan tidak boleh dicipta dengan mudah, percaturan isu sumber tenaga dunia sangat bergantung ke atas bahan api fosil ini. Jelas ini memberi impak yang cukup besar ke atas ekonomi, sosial dan seterusnya menetukan halatuju politik dunia. Ada ilmuan mengatakan, sesiapa yang dapat menguasai minyak maka dia dapat menguasai politik dunia.

Sejarah Minyak

Pertama kali dijumpai di Pensilvania oleh Kolonel Edwind Drak pada tahun 1858. Pada 1867 Rockefeler mendirikan perusahaan Standar Oil untuk memproduksi minyak. Awal abad 20 barat mula memerhati komoditi berharga ini di negeri timur terutamanya di negera-negara teluk. Inggeris yang mula-mula menguasai minyak di wilayah teluk.

Amerika memang cuba mendapatkan konsensi minyak daripada kerajaan Khilafah pada tahun 1913 tetapi tidak berjaya. Namun setelah kejatuhan Turki Uthmaniyyah 1924, Amerika telah mendapat konsesi minyak pada 1933 selama 66 tahun. Dan berakhir pada tahun 1999.

Petroleum (minyak batu, dari bahasa Greek petra – batu dan oleum – minyak) merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam. Istilah "petroleum" pertama kali digunakan di dalam karya bertajuk De Natura Fossilium, diterbitkan pada tahun 1546 oleh seorang pakar mineralogi berbangsa Jerman bernama Georg Bauer, juga dikenali sebagai Georgius Agricola. Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain. Sebab itulah Amerika ingin sangat akan minyak ini.



Sebelum kita kaji mitos ini, kita lihat dulu OPEC. Seperti yang diketahui OPEC merupakan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum Exporting Countries). Ia dipaksa ditubuhkan oleh Inggeris. Ini kerana ketika itu Inggeris telah mempunyai pesaing iaitu Amerika. Ia terdiri daripada negara Algeria, Indonesia, Iran, Iraq, Kuwait, Libya, Nigeria, Qatar, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu dan Venezuela; sejak 1965, ibupejabat antarabangsa terletak di Vienna, Austria.

Kedudukan negara pengeluar petroleum berdasarkan jumlah produksi adalah Arab Saudi (OPEC), Amerika Syarikat, Rusia, Iran (OPEC), Mexico, China, Norway, Kanada, Emiriah Arab Bersatu (OPEC), Venezuela (OPEC), United Kingdom, Kuwait (OPEC) dan Nigeria (OPEC). (Sumber : Statistik Energy dari AS,2003) Tapi kedudukan ini tidak banyak lari dari kedudukan pada tahun 2008.

Jika kedudukan negara pengeluar petroleum berdasarkan jumlah eksport Arab Saudi (OPEC), Rusia, Norway, Iran (OPEC), Emiriah Arab Bersatu (OPEC),Venezuela (OPEC), Kuwait (OPEC), Nigeria (OPEC), Mexico, Algeria (OPEC) dan Libya (OPEC). Amerika di kedudukan mana? Kenapa Amerika tidak tersenarai di dalam kedudukan negara pengeluar petroleum berdasarkan jumlah eksport? Ini kerana Amerika sangat memerlukan minyak.

Kedudukan negara pengeluar petroleum yang paling terkini.

PARIS 11 Jun – Rusia merupakan pengeluar minyak terbesar dunia dalam suku pertama 2008, menghasilkan 9.5 juta tong sehari, lebih tinggi daripada Arab Saudi yang mengeluarkan 9.2 juta tong sehari. Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam satu laporan semalam meletakkan Amerika Syarikat sebagai pengeluar minyak ketiga terbesar dengan 5.1 juta tong sehari, diikuti Iran dengan 4.0 juta tong. China berada di tempat kelima dengan pengeluaran 3.8 juta tong sehari. - AFP (Sumber : Utusan Online,11 Jun 2008)

Kita lihat bagaimana Amerika menjadikan isu minyak ini sebagai momokan kepada kita.

"We have a serious problem. America is addicted to oil." (George Bush, State of the Union Address, January 2006.)

Ini pula pandangan-pandangan bagaimana minyak itu amat penting kepada dunia sehinggakan penguasaan sesebuah negara terhadap minyak mampu menentukan halatuju politik dunia.

"Dunia dahagakan minyak. Siapa yang menguasai sumber ini, dia yang mencaturkan dunia," (Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib.)

‘‘Pada pandangan saya, perkara yang berlaku ini adalah satu yang kritikal kepada anak cucu kita. Sumber (minyak dan gas) semakin berkurangan,’’ kata beliau. (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican.)

Teori Peak Oil oleh Marion King Hubert (1956).

"The term Peak Oil refers to the maximum rate of the production of oil in any area under consideration, recognising that it is a finite natural resource, subject to depletion." - Colin Campbell.

Teori ini mengajukan pandangan bahawa pada satu jangka masa pengeluaran hasil bahan bakar petroleum berkembang tinggi hingga sampai ke satu puncak. Sesudah sampai ke puncak ini maka pengeluaran bahan bakar ini akan terus menurun berkurangan.

Dan inilah 6 perkataan yang dimomokkan oleh barat. "WE ARE RUNNING OUT OF ENERGY" Peak Oil is real, and imminent!

Ramalan yang dibuat oleh teori ini adalah Mesir: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966 Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003,New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987,Syria: 1996 ,Tobago: 1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Dan Malaysia bilakah? Jika mengikut teori ini, Malaysia akan sampai kemuncaknya adalah pada 2013. Dan Amerika yang paling takut kerana dia akan mencapai peak oil dulu.

Kesan teori peak oil adalah kenaikan harga minyak. Pada 1970, harga minyak mula ada krisis. Jika kita lihat pada tahun lepas, kenaikan harga minyak yang paling dahsyat. -Paul Joseph Watson & Alex Jones, October 12 2005- Peak oil is a scam designed to create artificial scarcity and jack up prices while giving the state an excuse to invade our lives and order us to sacrifice our hard-earned living standards.

Realitinya..

Dunia kehabisan minyak adalah alasan barat untuk menutupi kerakusannya. Sebab tadi kita dah maklum akan America is addicted to oil. Ketika beberapa negara mulai panik mencari minyak, maka terbukalah pekung barat dalam hal penggunaan minyak ini. Dunia Barat telah menggunakan 50% dari sumber daya alam terpenting abad ke 21, tapi hanya mengeluarkan kurang dari 25% saja. Kerakusan Barat ini jauh melampaui kebutuhan Cina dan India terhadap tenaga. Sebab itu nampak rakus akan Amerika perlunya minyak ini. Tetapi Amerika menuding jari kepada negara-negara membangun seperti India dan Cina.

Ketika penggunaan AS meningkat, maka kompetisi untuk merebutkan sumber tenaga akan semakin ketat. Ini yang menyebabkan tanah dunia Islam semakin penting, terutama Iraq, untuk diduduki demi minyak. Sekarang Amerika telah mula ke arah Iran. Kerana apa? Kerana kedudukan Iran sebagai pengeluar minyak.

Minyak memang terhad keran ia tidak boleh diperbaharui. Namun hakikatnya, kadar penemuan minyak dunia terus bertambah! Data USGS menunjukkan jumlah rizab minyak yang cukup besar. Contoh: China starts building next phase of oil reserve. Cina telah mendapat telaga-telaga baru minyak dan ini menjadikan Amerika semakin takut.

BEIJING (Reuters) - China has started building 5.4 million cubic metres of oil tanks at Dushanzi in Xinjiang in its far west as part of the second phase of strategic oil reserves, official Xinhua. News agency reported on Thursday. The project will cost 2.65 billion yuan ($390 million) and will start with a first phase of 3 million cubic metres, which is due to be finished by July 2011, Xinhua said, citing officials speaking at the startup ceremony.

Peningkatan teknologi membolehkan eksplorasi dan pengeluaran dijalankan dengan lebih efisien. Terdapat juga sumber alternatif baru yang boleh didapati seperti bioteknologi. Ada satu artikel yang menyatakan, Amerika bagaimana ia cuba menyerang negara-negara yang menggunakan minyak sawit sebagai sumber tenaga. Amerika telah membuat satu lagi propaganda lain mengenai penggunaan sumber tenaga alternatif. Jadi, mengapa Amerika melakukan sedemikian? Jika kita teliti, geografi bumi Amerika itu bagaimana. Adakah ianya subur? Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai hasil bumi yang melimpah ruah dan juga tanah-tanah yang subur. Amerika amat takut sekiranya negara-negara di kawasan timur dapat menguasai ekonomi. Jadi pelbagai propaganda dilakukan untuk menyekat keadaan itu daripada berlaku.

Para analisis dan ahli akademik dalam bidang sumber tenaga sewajarnya telah beralih arah ke satu bentuk penyelesaian yang lebih bersifat kesinambungan iaitu kearah sumber tenaga alternatif yang boleh diproses semula. Antara jenis sumber tenaga boleh dijana semula ialah angin, ombak, nuklear dan biofuel.

Propaganda barat ini semuanya ada kaitan dengan GEOPOLITIK.

1.Cabaran dari Rusia. Rusia merupakan salah satu negara pengeluar gas dan minyak. Dalam pertengahan 2008, Rusia telah menjadi pengeluar pertama dunia. EU kini didominasi oleh Rusia. Rusia berjaya merampas negara Asia Tengah dari pengaruh AS. AS bimbang akan pengaruh Rusia ini, terutama dengan prospek Rusia sebagai salah satu pengeluar utama minyak dunia.

2. Kepentingan Timur Tengah
  • 61% rizab minyak dunia ada di Timur Tengah.
  • AS import 3 juta tong sehari dari Timur Tengah.
  • Timur Tengah merupakan kawasan yang paling tidak stabil di dunia hari ini.
  • Amerika akan terus menghalakan polisi luarnya ke Timur Tengah bagi memastikan bekalan minyak tidak terlepas.
  • AS bimbang Islam berdiri semulakerana kebanyakan negara-negara pengeluar minyak adalah negeri umat Islam. Maka Amerika akan terus memegang kawasan ini dan menghalang kebangkitan Islam.
  • Selama ini masih berlaku, harga minyak akan terus bergantung kepada suasana geopolitik Timur Tengah.
Ada sebuah laporan Rumah Putih pada Mei 2001 yang digelar sebagai Genei Report (laporan sulit). "Pada masa depan, persediaan minyak didatangkan dari negara-negara teluk." Clair, seorang ahli akademik Amerika. Katanya, penarik utama untuk cadangan minyak adalah Iraq. Ada dua daya penarik mengapa Iraq dijadikan sasaran. Pertama, hanya Iraq yang layak menjadi cadangan minyak setelah Arab Saudi. Kedua, sebahagian besar telaga-telaga minyak di Arab Saudi telah diterokai sedangkan Iraq masih mempunyai wilayah minyak yang luas. Telaga-telaga ini lebih besar dari telaga-telaga di Alaska dan Afrika.

3.Cabaran dari Timur. Barat terutamanya AS menghadapi ancaman perkembangan ekonomi dan penguasaan sumber dari China dan India. Contohnya pemanasan global. Amerika menuduh puncanya

F. William Engdahl, pengikut setia Peak Oil Theory. Namun, dia jugalah yang membuka pekung tentang teori peak oil. Keluk yang ditunjukkan oleh teori mencapai tahap puncak bukan kerana ladang minyak di Amerika semakin berkurangan. Keluk mencapai puncak kerana Shell, Mobil, Texaco dan syarikat gergasi lain yang bekerjasama dengan Saudi Amarco sedang membanjiri pasaran dengan import harga yang murah. Menyebabkan syarikat tempatan di Amerika menutup ladang-ladang minyak mereka.

Wall Street Journal baru-baru ini memberitahu bahawa pedagang minyak mentah berkata, pasaran sedang 'menderita' bekalan yang terlalu banyak, bukannya terlalu sedikit! Jadi kita ini memang telah ditipu oleh kepentingan Amerika.

Ketika ini populasi dunia adalah 6.7 bilion orang dan ia dianggarkan mencecah sehingga 8 bilion pada tahun 2050. Ini bermakna manusia akan lebih bergantung kepada minyak dan dengan penemuan baru yang terhad, ia memberi gambaran bahawa dunia terpaksa menghadapi satu cabaran besar untuk mencari sumber tenaga alternatif. Jadi jangan takut wahai sahabat-sahabatku kerana bumi Allah SWT ini luas. Banyak sumber-sumber yang boleh kita perolehi.

Kembalilah kepada wang emas.Sebenarnya dunia kehabisan minyak ini adalah momokan dan propaganda barat sahaja. Penggunaan berlebihan dunia Barat secara amnya dan AS secara khususnyalah yang melahirkan krisis ini! Merekalah yang menyebabkan krisis turun naik minyak ini melanda dunia. As sebenarnya berada dalam kondisi krisis: 1) Ekonomi. Kenapa krisis ekonomi? Ini kerana Amerika mempunyai banyak hutang. (Laporan ekonomi tahun 2007). Ekonominya juga tidak stabil kerana terpaksa mengeluarkan wang untuk peperangan. Kedudukan dolar US juga tidak stabil sehinggakan ada yang ingin menggunakan wang emas. Ada mengatakan bahawa duit kertas dolar yang berwarna hijau itu sebenarnya lebih murah nilainya dari tisu tandas. 2) Ancaman dari negara-negara pengeluar minyak.

Itulah sebenarnya mengapa isu dunia kehabisan minyak timbul. Ia merupakan propaganda barat semata-mata. Semoga sahabat-sahabat mendapat pencerahan tentang isu global ini.

Wallahu'alam.

Pakailah Jilbab Wahai Saudariku!!!

Jilbab itu maksudnya ialah Jubah. Maka berdasarkan ayat 59, surah Al-Ahzab :

"Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukminin, hulurkanlah jilbab ke atas tubuh mereka(jalabibihinna), supaya MEREKA LEBIH MUDAH DIKENALI (sbg perempuan muslim) dan AGAR MEREKA TIDAK DIGANGGU."

Maka selain dari memakai tudung, Jilbab juga adalah satu lagi kewajipan bagi muslimah yang beriman. Seringkali disalahfahami oleh kebanyakan orang, bahawa Jilbab itu ialah Tudung. Sedangkan di dalam surah An-Nur itu, tudung disebut sebagai Khumur (jama' bg khimar). Jilbab merupakan suatu yang berbeza dengan khimar.

Adapun bagi orang yang mempelajari bahasa Arab, mereka akan mendapati bahawa Jilbab itu bukanlah Tudung. Jilbab itu adalah pakaian luar yang menutupi pakaian harian yang berupa terusan, tidak terpotong-potong sehingga ke mata kaki. Senang cerita, dalam bahasa Melayu, Jilbab itu ialah Jubah yang dipakai diatas baju biasa di rumah. Maka apabila disebut Jilbab, maka secara automatik harus memakai 2 lapis baju. Di bahagian bawah Jubah, boleh jadi seseorang memakai baju kurung, ataupun, baju dan seluar. Asalkan di lapis luar yang kedua itu, Jubah dipakai.

Jilbab adalah satu kewajipan bagi muslimah beriman,

Hadith yang dituturkan oleh Ummu ‘Athiyah yang menerangkan secara tegas tentang kewajiban wanita untuk mengenakan pakaian luar (jilbab) di atas pakaian seharian sekiranya hendak keluar rumah. Ketika itu, Ummu ‘Athiyah berkata kepada Rasul saw “Salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah saw kemudian memerintahkan agar saudaranya meminjamkan jilbabnya yang dapat dikenakan di atas pakaian sehariannya. Jika saudaranya tidak meminjamkannya, samada ia tidak mampu meminjam atau tidak diberi pinjam, maka dia tidak boleh keluar rumah kerana tidak mempunyai pakaian seperti yang telah disyariaatkan. Ini adalah indikasi yang menunjukkan bahawa perintah mengenakan jilbab bagi kaum wanita yang ingin keluar rumah adalah wajib. Dengan kata lain, wanita wajib mengenakan jilbab di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Sebaliknya jika ia tidak mengenakan jilbab, ia tidak boleh keluar rumah.

Dengan yang demikian jelaslah bahawa wanita wajib mengenakan jilbab atau pakaian luas di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Jika ia tidak memilikinya sedangkan ia ingin keluar, hendaklah ia meminjamnya daripada saudaranya atau wanita muslimah siapa saja yang bersedia meminjamkannya. Jika tidak ada yang meminjamkannya, ia tidak boleh keluar rumah sehinggalah dia mendapat pakaian tersebut. Jika ia keluar rumah tanpa mengenakan jilbab yang terdampar hingga ke bawah, beerti ia tetap dipandang berdosa, walaupun pakaian sehariannya telah menutupi seluruh auratnya. Sebab seorang wanita wajib mengenakan jilbab yang terdampar ke bawah hingga menutupi kedua kakinya. Menyalahi ketentuan ini dipandang berdosa di sisi Allah Swt.

Sebenarnya, ramai di antara para muslimah yang mengetahui kewajipan memakai Jilbab ini. Namun, ada di antara mereka yang berlengah-lengah dari memakai pakaian berupa jilbab ini kerana tidak ada peraturan yang mewajibkan mereka untuk memakainya, dan jika mereka tidak memakainya, maka mereka akan didenda! Hakikatnya, orang ramai hanya takut untuk tidak memakai tali pinggang, dan topi keledar, namun perintah Allah yang sudah terang lagi nyata ini dilanggar!

Hanya ada satu saja jawapan keatas masalah ini. Pertama, perlunya keTAQWAan pada diri setiap inidividu, agar mereka menjadi muslim yang benar-benar takut pada Allah, dan yang kedua, di sinilah kita melihat bahawa perlunya ada sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan Syariat untuk mengawal pemakaian kaum perempuan di dalam wilayah Daulah Khilafah. InsyaALLLAH, Islam akan menang kembali dan ini merupakan janji Allah saudariku!

Selamat Hari Raya



Bila Ramadhan menjelma
Kita pun menyambut bulan puasa
Dengan penuh kesedaran
Serta keinsafan kita puasa
Syukur pada Yang Maha Esa
Di atas segala pemberian Nya

Kini syawal pun menjelma
Kita bergembira meraikannya
Dengan pakaian yang indah
Di dalam suasana sungguh meriah
Zakat fitrah jangan di lupa
Tanda kita bersaudara
Insan yang mulia

Di… dalam suasana takbir bergema
Kita bersyukur
Di… atas rahmat Nya
Dengan segala puji bagi Nya
Insaflah kita di hari raya
Hari mulia
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat