Setelah 4 tahun mempunyai lesen kereta, 2 tahun kebelakangan ini adalah kerap memandu sendiri. Banyak kerenah pemandu yang dapat dilihat. Samada di tengah-tengah bandar ataupun di jalan-jalan kampungan. Walaupun belum mempunyai kereta sendiri, tetapi sudah beberapa jenis kereta sudah dipandu. Dari kereta buatan Malaysia sehingga kereta import. Semuanya orang yang punya. Hehehe. Jadi, dapatlah bezakan kesedapan memandu dan kehebatan memakai kereta yang sangat bagus seperti Peugeot dan Honda (kira macam test drive untuk beli kereta akan datang).
Ok, Mari saya tanyakan beberapa soalan. Berapa kerap anda menggunakan signal kereta untuk belok ke kiri atau ke kanan? Jarang-jarang? Kadang-kadang? Atau hanya bila perlu sahaja? Bagi saya, setiap kali hendak belok HARUS menggunakan signal. Mengapa? Ketidakprihatinan anda tentang perkara itu boleh mengundang bahaya kepada pemandu lain terutamanya penunggang motosikal. Melalui pemerhatian saya sepanjang memandu samada semasa sesak atau lenggang, pemandu kereta mewah seperti Toyota dan Honda biasanya kurang menggunakan signal. Agaknya mereka ingat mereka kereta besar, boleh lanyak kereta biasa-biasa je kot. Hon sekali sekala puas hati juga. Tapi itu juga etika yang tidak bagus ya.
Kalau bab traffic light seperti gambar di bawah ini, mesti ramai yang sakit hati kan?
|
sumber gambar: facebook |
Saya juga pernah buat. Itupun sebab tersilap jalan. Mungkin hal itu boleh dimaafkan tapi kalau selalu? Siapa tahu. Ada juga sesetengah kereta yang berhenti ketika lampu merah, berhenti di laluan yang salah. Lebih-lebih lagi kalau penunggang motosikal selalu berhenti di laluan tersebut. Sebab kadang-kadang lampu hijau menyala masanya adalah lain untuk terus dan belok. Sekiranya kereta ingin terus berhenti di laluan belok manakala motosikal ingin belok berhenti di laluan belok, tidakkah itu membahayakan penunggang motosikal tersebut? Lebih-lebih jika motosikal tiba ketika lampu hijau terus baru sahaja menyala. Don't be too selfish, young man.
Sebagai kesimpulan, signal harus digunakan setiap kali ingin ubah laluan, mesti tahu laluan mana yang perlu dilalui, berhenti dan sebagainya serta kurangkan menggunakan hon ya. Guna bila keadaan genting sahaja. Jangan guna ketika marah atau sakit hati. Assalamualaikum.