Prologue of "Beyond The Inspiration"

Assalamualaikum wbt to all of you. I just want to share here. Now, I am reading Beyond The Inspiration.. Need to finish in 3 days but the days that given by abah to me is over..so, i must finish it before i go home next week..


Maybe you're just daydreaming..!
It seems that you and all friends of yours
living in the world of fantasy!,wake up, see the reality!
you can't denied the reality!

Maybe it is right,
that one's who abandon reality is a daydreamer.
But who abandon their God because of reality
is worse than daydreamer!

If an obedience to Allah and His Messenger
makes me called a fool, than i rather called a fool
than to abandon Allah and His Messenger

After all, I definitely not  daydreaming
but I am dreaming a day that definitely came
the day that today reality doesn't matter
because I have Allah and Rasulullah's promises!

by: Felix Y. Siauw

A few FACTS, habits and GOALS for A Princess like Me

Okeyh, straight to the point. No introduction for today's entry because it's all about ME!. Hee.

I have been tagged by this cute girl, Hashira Yusoff. Sorry for being late to write about this, Shira (her name same just like my nickname.) Some girls always love pink especially her. But, I am not the one of the girls which love pink. ^_^


1) Tersebutlah kisah, di zaman dahulukala,...

Ada seorang puteri solehah (insyaAllah, berusaha ke arahnya) yang lahir hasil pernikahan 2 insan yang direstui kebersamaanya. Si puteri Bersyukur menjadi puteri buat ummi dan abah yang sentiasa menjadi Raja dan Permaisuri dalam hidup ini. *Tetibe lak rasa sedih.

2) Oleh kerana rasa bersyukur yang tak terhingga itu, maka si puteri telah lahir dengan 2 batang gigi.:D Maka kerjanya bila sudah besar sedikit adalah menggigit orang. Sekarang pun masih suka menggigit, gigit makanan:P

3) Si puteri tidak keseorangan di istana beratap zink dan berdinding bata tersebut. Si Raja dan Permaisuri juga telah memberi si puteri comel teman bermain seramai 6 orang iaitu 4 puteri pelbagai jenis rupa dan perwatakan serta 2 putera yang kacak dan berani. Alhamdulillah, si puteri telah menjadi seorang gadis pingitan dan membesar bersama 6 orang teman ini sehinggalah sekarang.

4) Sebelum meningkat remaja, si puteri memang suka berkawan dengan kanak-kanak lelaki dan berpakaian seluar pendek serta berambut pendek. Sikat rambutpun mesti ke belakang. Si puteri juga sering bermain 'seek and hide' di padang ragut rumput. Sampaikan wujudlah parut di pipi sang puteri sehinggalah sekarang. :">

5) Untuk menjadi seorang puteri luar biasa, maka menjadi pandai dan bijak harus dijadikan keutamaan. Dengan itu, Raja dan Permaisuri dengan rasa tanggungjawab menghantar si puteri ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan sebanyak-banyaknya. Dari tadika hinggalah ke Menara Gading yang berdinding konkrit. *Hee. Terlalu banyak rumah belajar yang diduduki. Dari yang 1 tingkat hinggalah 5 tingkat, dari yang kecil hinggalah besar. Dipendekkan cerita, selalu berpindah randah dengan sekolah. *Hee lagi.

6) Kerana si puteri dilahirkan dalam keluarga yang penuh sakinah wa mawaddah wa rahmah, melaksanakan kehidupan Islam dalam setiap aspek kehidupan amatlah didahulukan. Apabila dikatakan Allah itu SATU, Rasul kita SATU, Kitab kita SATU dan Kiblat kita SATU, maka melakukan sunnah yang WAJIB menjadi keutamaan. Dan sunnah itu adalah berDAKWAH. *InsyaAllah.

7) Sebagai seorang puteri adalah mesti untuk si puteri kena tahu memasak. Sebab si puteri memang suka sangat makan sampailah tak ingat bila berat badan dah naik. *Hahahaha. TAPI kadang-kadang si puteri nih malas. Biasalah kan, jiwa muda belia remaja lagi, memang perangai suka malas-malas. Malas sikit je pun. Kawan si puteri pernah berkata, "sekarang bolehlah malas nak masak. Nanti kalau dah berdua, bolehlah masak gilir-gilir kot." Nasihat yang sungguh tulus daripada seorang sahabat. *terharu.


8) Si puteri juga sangat suka akan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi bila si puteri sudah menjadi seorang mama 1 tahun 1 bulan 28 hari yang lalu buat si kecil Megat Ilham. Lagipun, si puteri memang sudah menjadi seorang kakak yang baik dan penyayang buat 2 orang gadis cilik yang comel, Aisyah Sakinah dan Hajar Liyana sejak 6 dan 4 tahun yang lalu. Juga menjadi pengasuh yang ala kadar buat si cerdik, Akilah Zahra 5 tahun yang lalu.


9) Si puteri merupakan seorang yang sangat pandai menunggang kuda motor dan memandu kereta lembu yang manual dan automatik. Kata Raja selaku ayahanda puteri, kena tahu dua-dua baru senang :P

10) Untuk menjadi puteri luar biasa, si puteri amat tidak suka PINK. Pink is sinonim to a girl but not sinonim to me. Why? Sebab si puteri membesar bukan dengan anak patung barbie yang segalanya merah jambu. Si puteri membesar dengan kuda tunggangan basikal LERUN dan si puteri suka menunggangnya. *Hehehehe. Dan sampai sekarang, si puteri masih suka akan basikal walaupun si puteri tidak dibenarkan naik oleh orang-orang berlesen.

11) Si puteri juga seorang puteri yang amat menggemari coklat. Terutamanya coklat yang ada bertih nasi *betul ke ek? dan berperisa oren bukan strawberi. Contohnya Safari, Top, Tango, Sweetkiss dan seangkatan dengannya. Alaaa, coklat yang murah-murah jek. 


12) Memandangkan kehidupan di istana dahulu kala memakai pakaian yang labuh-labuh, maka si puteri  memakai jubah dan abaya. Bukan kerana ikut-ikutan *terutamanya masa sekarang tapi kerana si puteri ikut hukum syarak. Si puteri ada membaca tentang dalil-dalil berkenaan dengan pemakaian seorang muslimah. Antaranya : Firman-firman Allah SWT:

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung (khimar) ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya.(Surah An-Nur ayat 31)

Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka.” (Surah Al-Ahzab ayat 59)

Ummu ‘Athiyah pernah bertutur demikian: "Rasullullah saw memerintahkan kami – baik ia budak wanita, wanita haid, ataupun wanita perawan – agar keluar (menuju lapangan) pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi para wanita yang sedang haid diperintahkan untuk menjauhi dari tempat solat, namun tetap menyaksikan kebaikan dan seruan atas kaum muslim. Aku lantas berkata, “Ya Rasulullah, salah seorang diantara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah pun menjawab, “Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya.

13) Sekarang ini, si puteri mempunyai satu hobi baru iaitu shopping. Bukan sebarang shopping tapi online shopping. Rupanya si puteri memang celik IT.:P Si puteri selalu shopping jubah, abaya dan beg. Pernah jugak si puteri terima pemberian set barangan kemas bersalutkan perak jenama AVON pemberian Kakchik. Istimewa diterbangkan dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

14) Sungguhpun si puteri tidak meminati PINK, tidak bermakna si puteri tidak sukakan Teddy Bear. Si puteri amat suka akan bear yang boleh dipeluk-peluk. Semenjak mendapat Winnie THE POOH daripada ibunda si puteri sebagai hadiah untuk PMR, si puteri berhasrat untuk mengumpul bear. Maka, sekarang ini si puteri sudah memiliki 5-6 bear pelbagai jenis dan saiz. Terbaru dari Aussie, a coala bear. :D


15) Walaupun cerita fiksyen dan animasi Disney & Pixar adalah cerita karut, tapi itu menjadi kegemaran si puteri. Maka, kesemua siri Harry Potter telah ditonton di 'panggung istana' si puteri. Segala cerita animasi Disney & Pixar juga telah ditonton dan yang terbaru ditonton adalah UP. So, permintaan si puteri :-> kepada sesiapa yang ada animasi bukan anime ye, bolehlah share. Sharing is Caring okeyh. ;)

16) Memandangkan si puteri suka cerita animasi, tentunya si puteri seorang yang sangat comel.:P Benar. Apabila si puteri ke sekolah bondanya untuk menghantar sesuatu semalam, salah seorang anak murid bersuara, "ini anak ustazah ya?" Si puteri hanya mengangguk dan tersenyum. Budak perempuan itu berkata lagi, "Comelnyeeeee.." "Cantiknyaeeeeeeeeee" "Comelnyeeeeeee" Katanya diulang-ulang bersama teman-temannya yang lain. Si puteri merah muka kerana malu dengan kata-kata itu. Sudah terbukti bukan? :D

17) Si puteri juga suka berposing. Makanya, apabila si puteri keluar ke mana-mana, si puteri akan mengambil gambar dengan kamera hp Sony Ericsson jek. Walaupun si puteri nih suka tengok cerita dongeng Barbie, tapi si puteri belum mampu untuk membeli Nikon D90. Hee.

18) Si puteri sangat suka watak kucing dalam SHREK tapi realitinya si puteri alah dengan kucing. Alah di sini bukan akan bersin apabila bertemu kucing tetapi tak suka kucing, bukan membenci kucing. Jadinya, apabila kucing berada dekat dengan si puteri, si puteri akan menjauhkan diri. Hee.

19) Tanggal 26hb JUN 2010, ayanda permaisuri merangkap Atuk puteri kembali ke rahmatullah. Arwah pergi menemui Ilahi dengan meninggalkan Nenenda seorang diri, anakandanya 4 orang beserta pasangan dan cucundanya yang seramai 21 orang serta seorang cicit iaitu Megat Ilham.


20) Si puteri suka bersahabat. Tiada kata untuk sahabatnya itu, hanya senyuman cukup membuatkan si puteri bahagia. Buat pembaca cerita si puteri ini, ini nasihat si puteri sebab sahabatnya juga begini. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Wafer kasih sayang oleh sahabat si puteri.

21) Oleh kerana si puteri suka bersahabat, maka si puteri suka BW. Hee. Sehinggakan dapat anugerah BW 2010 from Dark Rose. Tak caye? Sila tengok sidebar si puteri.

22) Si puteri's favourite number is 5. 5 is ANGAH. 5 is SHIRA. 5 is BELOG. 5 is ILHAM. FIVE is .........

23) Pesanan buat pembaca cerita si puteri ini, “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah..." [TMQ as-Saf (61):14]. "Sila baca di sini ye", kata si puteri. ;)

24) Akhir sekali, si puteri sentiasa berdoa agar si puteri menjadi anak yang solehah, bakal isteri yang solehah dan taat perintah Allah dan Rasul sepertimana doanya di dalam setiap pergerakan solat untuk 5 waktu sehari semalam.

25) Rupanya bukan senang nak bercerita tentang diri sendiri ye dengan berlatar belakangkan penceritaan seorang puteri raja dahulu kala. Penat betul memikirkan ayat-ayat yang sesuai walaupun takdelah susah mana. Fuhh.. Selesai.



SATU Dihalang, SEJUTA yang Akan Diadakan


hizbut-tahrirhizbut-tahrirSeminar terbuka Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) siri jelajah Malaysia 2010 peringkat negeri Pahang yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Dagangan Mahkota pada hari Sabtu 30 Oktober lepas terpaksa dibatalkan. Seminar yang bertemakan “Kembalikan Khilafah Selamatkan Dunia” itu dibatalkan di saat-saat akhir kerana pihak premis telah menarik balik kebenaran secara tiba-tiba pada petang Jumaat sebelumnya walaupun kebenaran bertulis secara hitam putih telah pun diberi lebih kurang sebulan sebelumnya dan kesemua bayaran telah pun dijelaskan.

Kami dimaklumkan oleh pihak premis bahawa mereka diarahkan oleh unit Cawangan Khas (SB) PDRM untuk membatalkan seminar ini. Kami telah berusaha untuk berunding dengan pihak premis, namun gagal. Jawapan yang kami terima ialah “ini adalah keputusan pengurus besar” manakala apabila kami meminta untuk berjumpa dengan pengurus besar, dia tidak ada di pejabat dan tidak dapat dihubungi.

Walaupun pihak premis memberi beberapa alasan lain yang tidak munasabah, namun apa yang nyata sebenarnya ialah pembatalan ini dibuat kerana adanya desakan dari pihak PDRM yang menyatakan bahawa seminar ini tidak mendapat permit. Walhal sesungguhnya seminar ini diadakan di tempat tertutup yang mana mengikut undang-undang Malaysia tidak memerlukan sebarang permit. Walaupun kami telah menjelaskan perkara ini kepada pihak premis, namun mereka tetap tidak menerimanya.

Nampakya pihak premis telah tunduk kepada arahan PDRM walaupun arahan PDRM adalah bertentangan dengan undang-undang, malah arahan PDRM ini sebenarnya bertentangan dengan Islam kerana mereka sebenarnya cuba menghalang pihak kami dari menyampaikan Islam.

Seminggu sebelumnya, pihak SB telah menahan salah seorang anggota HTM di Masjid Negeri, Kuantan kerana ‘kesalahan’ menyebarkan flyers yang mengandungi iklan seminar. Satu hal yang bertentangan dengan undang-undang dan langsung tidak masuk akal apabila sebaran flyers (iklan) pun dikatakan kesalahan! Anggota kami turut dikasari semasa ditahan dan apabila anggota kami mengingatkan mereka bahawa apa yang kami lakukan tidak bersalahan dengan undang-undang dan kerja kami adalah untuk menyampaikan Islam yang mana kewajipan yang sama terkena ke atas mereka, namun mereka menjawab “kami (SB) hanya mengikut arahan orang atas”.

Pada hari seminar tersebut, pintu dewan telah dikunci dan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk. Presiden dan Timbalan Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman dan Ustaz Umar Husien yang masing-masing sepatutnya menjadi ahli panel dalam seminar tersebut hadir seawal 8 pagi bersama beberapa orang petugas seminar yang hanya mampu berdiri di luar dewan dan melayan orang ramai yang berdatangan. Mereka yang hadir meluahkan rasa hampa dan kecewa dengan tindakan polis dan pihak premis yang membatalkan seminar ini. Sekitar 10 orang anggota polis lengkap beruniform telah ditugaskan ke sana. Juga, sekitar 6-8 SB turut kelihatan berkeliaran dan ada  yang mengambil gambar dan video secara sembunyi-sembunyi.

Tiada kata-kata yang dapat kami luahkan bagi menggambarkan sikap para SB/PDRM ini terhadap perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini. Maha Suci Allah yang telah menjelaskan sikap mereka terhadap agamaNya,

“Dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘Marilah berhukum kepada apa yang diturunkan oleh Allah dan Rasul(Nya)’ nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu” [TMQ An-Nisa (5):61].

Tidak kiralah siapa ketua mereka yang memberikan arahan, baik dari kalangan pegawai atasan polis, ketua polis sendiri, mahupun menteri atau perdana menteri sekalipun, nampaknya dengan sedikit kuasa yang ada pada mereka di dunia ini, sungguh berani mereka menghalang usaha menegakkan agama Allah. Ya, mereka boleh menunjukkan kuasa dan kesombongan di dunia fana ini, namun demi Allah, di akhirat nanti akan rugilah mereka dan akan celakalah mereka serta akan menyesallah mereka dengan apa yang mereka lakukan ini. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan melepaskan mereka mahupun ketua mereka dari azabNya. Inilah janji Allah. Allah SWT berfirman, 

“Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong (yang menjadi pemimpinnya), ‘Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindar daripada kami sedikit dari azab Allah?’ Mereka (pemimpin) menjawab, ‘Kalaulah Allah memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja bagi kita, sama ada kita mengeluh atau kita bersabar, sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari azab Allah)” 
 [TMQ Ibrahim (14):21].

“Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya), ‘Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah’. Dan mereka berkata lagi, ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!" [Al-Ahzab (33):66-68].

Walaupun mereka dapat menghalang kami dari mengadakan seminar ini, namun demi Allah, kita semua yakin bahawa mereka sekali-kali tidak akan dapat menghalang agama Allah dari ditegakkan.

Insya Allah, kami akan berusaha untuk mengadakan lagi seminar ini dalam masa terdekat. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha hamba-hambaNya yang ikhlas untuk menegakkan agamaNya.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf kepada mereka yang telah hadir ke seminar tersebut.

HIZBUT TAHRIR MALAYSIA (HTM)
22 Zulkaedah 1431H
30 Oktober 2010
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat