Pemandu Kereta Kurang Beretika

Setelah 4 tahun mempunyai lesen kereta, 2 tahun kebelakangan ini adalah kerap memandu sendiri. Banyak kerenah pemandu yang dapat dilihat. Samada di tengah-tengah bandar ataupun di jalan-jalan kampungan. Walaupun belum mempunyai kereta sendiri, tetapi sudah beberapa jenis kereta sudah dipandu. Dari kereta buatan Malaysia sehingga kereta import. Semuanya orang yang punya. Hehehe. Jadi, dapatlah bezakan kesedapan memandu dan kehebatan memakai kereta yang sangat bagus seperti Peugeot dan Honda (kira macam test drive untuk beli kereta akan datang).

Ok, Mari saya tanyakan beberapa soalan. Berapa kerap anda menggunakan signal kereta untuk belok ke kiri atau ke kanan? Jarang-jarang? Kadang-kadang? Atau hanya bila perlu sahaja? Bagi saya, setiap kali hendak belok HARUS menggunakan signal. Mengapa? Ketidakprihatinan anda tentang perkara itu boleh mengundang bahaya kepada pemandu lain terutamanya penunggang motosikal. Melalui pemerhatian saya sepanjang memandu samada semasa sesak atau lenggang, pemandu kereta mewah seperti Toyota dan Honda biasanya kurang menggunakan signal. Agaknya mereka ingat mereka kereta besar, boleh lanyak kereta biasa-biasa je kot. Hon sekali sekala puas hati juga. Tapi itu juga etika yang tidak bagus ya.

Kalau bab traffic light seperti gambar di bawah ini, mesti ramai yang sakit hati kan?

sumber gambar: facebook
Saya juga pernah buat. Itupun sebab tersilap jalan. Mungkin hal itu boleh dimaafkan tapi kalau selalu? Siapa tahu. Ada juga sesetengah kereta yang berhenti ketika lampu merah, berhenti di laluan yang salah. Lebih-lebih lagi kalau penunggang motosikal selalu berhenti di laluan tersebut. Sebab kadang-kadang lampu hijau menyala masanya adalah lain untuk terus dan belok. Sekiranya kereta ingin terus berhenti di laluan belok manakala motosikal ingin belok berhenti di laluan belok, tidakkah itu membahayakan penunggang motosikal tersebut? Lebih-lebih jika motosikal tiba ketika lampu hijau terus baru sahaja menyala. Don't be too selfish, young man.

Sebagai kesimpulan, signal harus digunakan setiap kali ingin ubah laluan, mesti tahu laluan mana yang perlu dilalui, berhenti dan sebagainya serta kurangkan menggunakan hon ya. Guna bila keadaan genting sahaja. Jangan guna ketika marah atau sakit hati. Assalamualaikum.

Salam Lebaran dari Shira & Suami

Assalamualaikum,

Salam 11 Syawal 1433H. Saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Taqabbal allahu minna wa minkum Eid Mubarak. Semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Mudah-mudahan Allah SWT menerima amalan kita selama sebulan Ramadhan di mana segala ibadah pahalanya digandakan. InsyaAllah.

Alhamdulillah, tahun pertama saya beraya sebagai isteri dan masih berdua. Raya pertama di rumah ibu bapa saya dan malamnya terus ke rumah mertua di selatan. Setelah hampir 10 tahun tidak melakukan aktiviti ziarah-menziarahi sanak saudara, maka pernikahan hampir berusia setahun ini memaknakan silaturahim kekeluargaan. Ya Allah! Betapa Kau Maha Penyayang. Betapa silaturahim yang diputuskan tidak lama dulu diganti dengan keluarga baru yang benar-benar memahami erti tali persaudaraan. Kita manusia, manusia adalah insan yang lemah. Malah, manusia sering berbuat dosa dan kadang-kadang 'lupa' bertaubat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka." (TQS Muhammad [47]: 22-23).

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan
hubungan kekeluargaan.”
(Hadits riwayat Muslim).

Kepada insan yang dirindui dari jauh (saudara ya), Selamat Pengantin Baru, Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair buat pasangan baru Uda dan suami. Semoga Allah redha. Ameen.



Peringatan bersama khususnya untuk diriku ini : - "Lazimkanlah dirimu dengan istikharah tatkala ingin membuat keputusan agar Allah redha, lazimkanlah dirimu dengan tahajud tatkala ingin mendapatkan kekuatan agar Allah sentiasa menguatkan, lazimkanlah dirimu dengan solat hajat tatkala menginginkan agar Allah memakbulkan mengkut redha & izinNya." (sahabat 2012) .

New Experience with New Things

Assalamualaikum,
 
Lama rasanya tidak menulis tentang kehidupan dan pengalaman.. Alhamdullillah, sudah malam ke-18 Ramadhan umat Islam di seluruh dunia berpuasa.. Sudah 3 hari juga saya ditemani 'girlfreind' yang sangat memahami keperluan gadget saya..

Pertama kali dalam hidup saya memiliki teman berjalan selembut bantal kekabu untuk dibaringkan dan direbahkan ke bumi, insyaallah.. Rasanya saya akan selalu update 'kot' blog ini tapi hanya yang simple sahaja agar blog ini tidak bersawang..

Owh ya! Mohon doa teman-teman yang membaca tailan pendek saya ini agar segalanya dimudahkan. Sekiranya benar, insyaallah akan dikhabarkan kelak. Doakan saya ya. ;-)

Nota: saja try update guna smartphone. B-) 

Salam sayang..

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat