Tag!!

Ada lagi tag untuk saya, nie yang kedua. Tag yang ni daripada kak Jie. Bila jawab tag nie berkenaan diri sendiri, so inilah jawapan saya seadanya. =)

1) Nama timangan anda?
Setakat nie saya mempunyai banyak nama. Anda nak tahu yang mana satu? Yang pertama ke, yang kedua ke atau yang terakhir? Tapi yang pasti, anda semua kenal dengan nama saya yang satu nie, wanita mustanir a.k.a wm. kan..kan..kan..

2) Anda seorang yang...?
Dilahirkan menjadi perempuan. Hee. But the most important thing, i am the one who seeking for mardhatillah, insyaAllah..

3) Insan yang teristimewa?
Insan yang teristimewa? Erm.. siapa ye? Tentunya..jeng..jeng.. SECRET!!

4) Lagu kesukaan?
Nur Kasih-Inteam, lagu tema Sailormoon, dan..... banyak lagi.. hee

5) Makanan kesukaan anda?
Masakan kelantan, western food and ice-cream+ chocolate

6) Sikap yang membuatkan ana stress?
Jangan stress. So, no stress.

7) Warna kegemaran anda?
Black and white, dan.........

8) Benda yang mesti ada dalam beg?
Perlu ke diberitahu? Kalau diberitahu, nanti orang tahu. So, jagalah keselamatan barang anda. Awas, pencuri dan pemeluk saku ada di sekeliling anda!!

9) Kali terakhir anda menangis?
Not to share. FULL STOP.. syukran..

10) Tag untuk 6 rakan anda
Khas untuk sahabat-sahabat Kau Teman Kau Sahabat :
Sya[E]
Dizara
Lina
Aida (KMPk)
Ukhti Ainul
Mia Arisya

Motivasi Untuk Diriku & Para Da'ie


Semalam saya baca lagi buku, "Pesan-pesan Menggugah untuk Pengemban Dakwah". Dalam buku tuh banyak yang saya highlight ayat-ayat. Ayat-ayat motivasi agar saya sentiasa ingat bahawa saya mempunyai banyak tanggugjawab yang belum saya sempurnakan. Biarpun saya dah lama dalam HT, tapi persoalan-persoalannya menyentap jantungku.

Dalam bab 14 (Jumlah besar, aktiviti minimum) muka surat 69 & 70.

Setiap Muslim hendaknya bertanya kepada dirinya sendiri setiap waktu : Sudah berapa orang yang diberi hidayah oleh Allah SWT melaluinya dirinya? Sudah berapa desa yang ia kunjungi untuk berdakwah ke jalanNya? Apakah ia sudah mendakwahi sanak saudara, tetanggan dan orang tuanya ataukah belum? Apakah ia sudah berusaha mengayunkan langkahnya untuk memahami Islam sekaligus mengamalakannya untuk Islam? Sudah berapa banyak ia berinfak di jalan Allah ini? Sudah berapa keluarga yang mendapat cubaan yang ia bantu baik dengan tenaga mahupun harta, baik secara kebendaan mahupun kata-kata semangat? Sudah berapa banyak keluarga para syuhada yang ia penuhi keperluannya?

Berapa malam telah ia habiskan untuk memikirkan perjuangan Islam secara umum atau di kotanya atau di kampungnya secara khusus, atau di kota atau kampung tetangganya? Sudah berapa kali ia melakukan amar makruf nahi mungkar di kota atau di desanya? Sudah berapa kali ia memerangi musuh-musuh Islam dan mengalahkan mereka? Sudah berapa kali ia bereaksi untuk membela hukum-hukum Allah serta kaum Muslim berikut darah dan kehormatan mereka? Sudah berapa kali ia menziarahi orang sakit atau mendakwahkan Islam kepadanya? Sudah berapa kali ia mendamaikan pihak-pihak yang bertikai? Sudah berapa kali ia mengunjungi saudara seagama sekaligus mendakwahkannya? Dan pertanyaan-pertanyan yang lain yang perlu diajukan kepada diri kita dari semasa ke semasa.

p/s: moga saya bisa menjawab segala persoalan yang diutarakan. InsyaAllah.

Ramadhan Datang Lagi!!




Ramadhan Datang Lagi!! Apakah persediaan kita kali ini? Adakah kita cukup bersedia menghadapinya? Atau seperti tahun-tahun yang sudah?

Ramadhan merupakan salah satu syiar yang menyatukan kaum Muslimin dari ufuk barat hingga ufuk timur dunia. Dan Ramadhan seharusnya mengingatkan kita bahawa puasa kita adalah satu, ibadat kita adalah satu, kiblat kita adalah satu, agama kita adalah satu, kitab kita adalah satu, Rasul kita adalah satu dan Tuhan kita adalah Satu. Juga, kita seharusnya ingat bahawa Negara kita adalah satu! Umat Islam adalah umpama tubuh yang satu. Itulah pesan Junjungan Besar kita, Muhammad SAW.

Bersempena bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menjadikannya sebagai bulan untuk kita meraih kemenangan, bukan sahaja di dalam ibadah puasa malah di dalam perjuangan kita untuk menegakkan kembali Khilafah, sebuah institusi yang suatu ketika dahulu membawa rahmat ke seluruh alam. Marilah kita berkorban jiwa dan raga bagi memastikan agama Allah dapat ditegakkan kembali dan sekali gus menggantikan sistem sekular yang membelenggu kita selama ini. Insya Allah, sesungguhnya kejayaan pasti akan bersama mereka yang bertakwa dan ikhlas di dalam menegakkan deenullah.

p/s: Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terakhir umat Islam tanpa 'ibu'.

Halawatul Ukhwah '09 : Kem Ramadhan Siswi




Nota:

Ceramah 1: Robot-robot Kapitalis (Merungkai makna hidup Muslim)
Ceramah 2: Mahasiswa dan Politik – Halatuju dakwah Islam
Kuliah: Muslim Ramadhan @ Muslim Kaffah

Terbuka kepada Muslimah sahaja.

Sila hubungi AJK-AJK yg disenaraikan di dalam pamplet program untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

Quran Diturunkan Untuk Apa?

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Qari Iraq, Usama Abdullah dan qariah Malaysia, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman masing-masing muncul juara majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-51 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. (Utusan Malaysia)

Apakah tujuan utama penurunan Quran? Adakah untuk dipertandingkan setiap tahun? Atau untuk dibaca sebagai halwa telinga pada majlis-majlis tertentu? Atau untuk dipelajari hanya sekadar maklumat semata-mata? Atau untuk apa sebenarnya al-Quran itu diturunkan? Di sinilah pemahaman yang benar terhadap al-Quran perlu ada di dalam pemikiran setiap dari kita umat Islam hari ini - tidak kiralah samada rakyat biasa mahupun para pemimpin. Setiap dari kita mempunyai kewajiban terhadap al-Quran. Kita wajib mempelajarinya, memahaminya dan melaksanakan isi kandungannya.

Sebagai seorang Muslim kita perlu menyedari bahawa al-Quran yang ada di dalam dada-dada kita, yang tersimpan di rumah-rumah kita dan yang tersusun rapi di masjid-masjid perumahan dan kampung-kampung adalah merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk kepada manusia. ”Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. ” [TMQ Al Baqarah (2) :185]. Persoalannya kini ialah - apakah kita hari ini, samada pihak individu, masyarakat mahupun negara telah menjadikan al-Quran sebagai petunjuk untuk mengatur kehidupan kita pada hari ini? Dalam konteks individu, mungkin masih ramai umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk di dalam kehidupan mereka walaupun ramai juga yang telah tersasar kehidupan mereka dari petunjuk al-Quran. Namun ini jauh berbeza dengan kehidupan masyarakat dan negara! Faktanya kita dapat melihat bagaimana di kalangan para pemimpin negara yang berkuasa hari ini, mereka tidak lupa menganjurkan pertandingan tilawah setiap tahun, tetapi malangnya mereka lupa dan tidak berusaha malahan sering memberikan alasan yang pelbagai untuk tidak menerapkan isi kandungan ajaran al-Quran yang menjadi kewajiban atas bahu-bahu mereka. Apakah ini sebahagian dari golongan yang diadukan oleh Rasulullah SAW kepada Allah SWT seperti mana yang difirmankan olehNya di dalam al-Quran?

” Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". [TMQ Al Furqaan (25) : 30]. Untuk itu wahai para penguasa umat Islam! Apakah kamu hanya berbangga menjadi penganjur dan pemenang pertandingan tilawah al-Quran, tetapi kamu langsung tidak berusaha untuk menerapkan al-Quran di dalam kehidupan bernegara pada hari ini sedangkan inilah yang diwajibkan bagi kamu? Ingatlah firman Allah SWT ”Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. [TMQ Al Maa-idah (5) : 44]. ”Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [TMQ Al Maa-idah (5) : 45]. ”Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [TMQ Al Maa-idah (5) : 47].

Di manakah kedudukan kamu kini wahai para pemimpin negara?

Adakah Wanita Sejahtera?


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, berakhir juga kuliah untuk hari ini. Bermula jam 9 pagi hinggalah jam 4 petang. Dah lama rasanya tidak menulis di sini. Seperti biasa, saya menjadi semakin sibuk dengan kuliah. (Macamlah orang lain tiada kuliah, huhu.)

Kelas petang bermula pukul 2, Praktikal Farmakologi. Praktikal tersebut adalah untuk menilai dadah analgesik ke atas tikus. Sebenarnya, praktikal tadi tiada kaitan dengan tajuk entri tapi saya sekadar ingin memberikan gambaran realiti bahawa wanita itu terdedah kepada bahaya yang menjadikan wanita itu tidak sejahtera. Banyak faktor yang menyumbang kepada ketidaksejahteraan wanita itu.

Apakah makna sejahtera bagi kaum hawa? Kesejahteraan dan kebahagiaan yang layak bagi seorang wanita muslimah ialah apabila dapat mencapai keredhaan Allah SWT. Adakah sistem yang ada sekarang (baca: sekular) memberi jaminan kesejahteraan kepada wanita? Hanya sistem Islam semata-mata yang menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan wanita. Ini dibuktikan dengan penjelasan ringkas tentang status wanita di dalam tamadun-tamadun lain sebelum ini di mana wanita diletakkan pada kasta yang rendah dan terhina. (Seperti di dalam tayangan dia atas) Ini berbeza dengan Islam yang secara de facto memuliakan wanita serta tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita kecuali pada tingkat ketakwaannya. Bayak realiti semasa yanga dapat kita lihat berlaku di dalam masyarakat kita hari ini. Isu-isu seperti keganasan rumahtangga, ‘gantung tak bertali’, masalah ragut yang melibatkan wanita, rogol dan sumbang mahram, eksploitasi wanita, serta isu-isu yang menyekat pelaksaan hukum-hukum syarak khas bagi muslimat (contoh: larangan menutup aurat dan sekatan untuk bekerja dengan alasan yang tidak munasabah.

Ulasan lanjut : Insyirah Ameer

Mata Pelajaran Sejarah Yang Aku Pelajari

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, dapat juga saya menulis hari ini setelah lama tidak menulis apa-apa. Bukannya tidak mahu menulis tetapi tiada kesempatan dan juga idea yang kadang-kadang kekeringan. =)

Entri saya kali ini adalah entri yang biasa-biasa sahaja, bukan entri yang berat. Sekadar untuk membuka minda para pelawat dan juga pembaca yang sering mengunjungi blog saya ini, insyaAllah. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan, para pembaca dan siapa sahaja yang sudi menziarah pondok saya yang tak seberapa ini.

Apakah anda tahu apa itu sejarah? Mengikut wikipedia Bahasa Melayu, sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau.

Pernahkah anda berfikir ketika di zaman sekolah (bagi sesiapa yang telah melepasi zaman sekolah), mengapakah kita belajar sejarah? Apakah kita perlu belajar sejarah selama lima tahun di sekolah menengah adalah untuk mendapat A di dalam PMR dan SPM? Atau ada sebab lain mengapa kita perlu belajar sejarah? Mengapa mata pelajaran sejarah dijadikan subjek teras di sekolah? Pernahkah anda berfikiran seperti itu? Saya pernah berfikiran seperti itu ketika saya berada di tingkatan 2. Apabila masuk tingkatan 4, saya menggemari mata pelajaran sejarah kerana cikgu yang mengajarnya dan juga kerana sejarah tingkatan 4 adalah sejarah dunia. Saya paling tidak menggemari sejarah Malaysia ketika itu, saya pun tidak pasti kenapa.

Di sini saya ingin tekankan sejarah tingkatan 4 dan juga tingkatan 5. Sejarah tingkatan 1 hingga 3 tidak perlulah saya ulas memandangkan sejarah tingkatan 4 dan 5 telah mencakupi keseluruhannya, insyaAllah.

Saya tidak pasti sukatan pelajaran terbaru untuk subjek Sejarah, tapi saya akan ulas berdasarkan sukatan yang saya pelajari beberapa tahun lalu. Bab 1 hingga Bab 10 menerangkan tentang Tamadun awal manusia, Kemunculan Islam di Mekah, Pembentukan Kerajaan Islam di Madinah, Kerajaan (baca: Khilafah) Islam yang lainnya (Khulafa ar-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah), Islam di Asia Tenggara, Perkembangan di Eropah dan juga Dasar British dan Kesannya terhadap ekonomi Negara.

Apakah yang anda belajar dan saya belajar tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara? Bukankah kita telah 'diajar' dan belajar bahawasanya penyebaran agama Islam dilakukan oleh pedagang-pedagang Arab? Benarkan, kerana Asia Tenggara merupakan pusat tumpuan masyarakat dan pusat perkembangan ekonomi dan ilmu. Inilah yang 'diajarkan' kepada kita ketika di tingkatan 5, kan. Tapi kalau kita fikir-fikir balikkan, kenapa pedagang-pedagang Arab tersebut yang menyebarkan Islam?? Takkan mereka memang nak sebarkan Islam? Atau anda fikir ada 'sesuatu' yang menyuruh mereka? Apakah sesuatu itu? Mungkin ketika ini anda berasa malas untuk berfikir mengapa, apakah dan sebagainya terhadap persoalan saya. Tapi serius saya katakan semuanya ada kaitannya. Bagaimana subjek Sejarah yang kita belajar itu kebanyakannya telah diputar belitkan oleh Barat. Anda tahu mengapa?? Kerana mereka hanya ingin kita tahu apa yang patut kita tahu. Yang selebihnya fakta sejarah telah disembunyikan barat untuk kepentingan mereka. Kita hanya akan tahu fakta sejarah yang sebenar apabila kita mengkaji dengan lebih lanjut.

Sebenarnya kalau nak diikutkan memang panjang entri ini. Tapi saya akan sambung lagi di lain masa. Sekarang ini saya kesuntukan waktu untuk menulis entri. Tambahan pula, esok saya ada seminar muslimat Hizbut Tahrir di PKNS, Bangi. Kepada para muslimah jemputlah datang ke sana. Kedatangan anda amatlah dialu-alukan. ;-) Untuk keterangan lanjut, rujuk entri saya bertarikh 21hb Julai 2009..

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat