Adakah Wanita Sejahtera?


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, berakhir juga kuliah untuk hari ini. Bermula jam 9 pagi hinggalah jam 4 petang. Dah lama rasanya tidak menulis di sini. Seperti biasa, saya menjadi semakin sibuk dengan kuliah. (Macamlah orang lain tiada kuliah, huhu.)

Kelas petang bermula pukul 2, Praktikal Farmakologi. Praktikal tersebut adalah untuk menilai dadah analgesik ke atas tikus. Sebenarnya, praktikal tadi tiada kaitan dengan tajuk entri tapi saya sekadar ingin memberikan gambaran realiti bahawa wanita itu terdedah kepada bahaya yang menjadikan wanita itu tidak sejahtera. Banyak faktor yang menyumbang kepada ketidaksejahteraan wanita itu.

Apakah makna sejahtera bagi kaum hawa? Kesejahteraan dan kebahagiaan yang layak bagi seorang wanita muslimah ialah apabila dapat mencapai keredhaan Allah SWT. Adakah sistem yang ada sekarang (baca: sekular) memberi jaminan kesejahteraan kepada wanita? Hanya sistem Islam semata-mata yang menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan wanita. Ini dibuktikan dengan penjelasan ringkas tentang status wanita di dalam tamadun-tamadun lain sebelum ini di mana wanita diletakkan pada kasta yang rendah dan terhina. (Seperti di dalam tayangan dia atas) Ini berbeza dengan Islam yang secara de facto memuliakan wanita serta tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita kecuali pada tingkat ketakwaannya. Bayak realiti semasa yanga dapat kita lihat berlaku di dalam masyarakat kita hari ini. Isu-isu seperti keganasan rumahtangga, ‘gantung tak bertali’, masalah ragut yang melibatkan wanita, rogol dan sumbang mahram, eksploitasi wanita, serta isu-isu yang menyekat pelaksaan hukum-hukum syarak khas bagi muslimat (contoh: larangan menutup aurat dan sekatan untuk bekerja dengan alasan yang tidak munasabah.

Ulasan lanjut : Insyirah Ameer

4 comments:

  1. Assalamualaikum,
    dalam dunia kapitalis nih wanita dieksploitasi demi keuntungan sesetengah pihak.Bayangkan iklan2 yg memaparkan wanita berpakaian seksi semakin kerap ditelevision apatah lagi dengan drama2 melayu sekarang ni yang menyebabkan ana mengucap panjang bila melihatkan gelagat pelakon2nya yang xsegan silu mendedahkan aurat.siap ada member ana sorang kata "perghh kalau aku dapat nih".
    Nah inilah yang menyebabkan kes rogol dan seks bebas berleluasa.Pernah ana baca suatu artikel drpd JIL yang mengatakan org pakai tudung pun dirogol juga.Masyaallah sesungguhnya menutup aurat itu adalah perintah Allah.

    ReplyDelete
  2. kotakhati to Wanita Mustanir :-

    Assalamualaikum ukhti WM,
    Iya,ana setuju dengan enti yang mengatakan hanya Islam yang menjamin 100% kesejahteraan wanita,tuntutan menutup aurat wajib dilakukan oleh kesemua muslimat,kes-kes yang seperti enti cakpkan tadi semakin meruncing bukan sejak sekrang,tetapi sejak dari dulu lagi,yang bertudung pun turut menjadi mangsa,MasyAllah..

    Sistem kapitalis (sekular) yang diamalkan sekarang memang tidak akan menjamin kesejahteraan wanita muslimah,lagi-lagi ada antara dasar-dasarnya yang merendahkan martabat kaum wanita itu sendiri.

    Ana juga setuju dengan pendapat enti..
    Semua manusia adalah sama disisi Allah,yang membezakannya adalah TAKWA..

    Waallhualam bisshawaf~

    ReplyDelete
  3. Salam. lama tak drop comment sini.
    Amat bersetuju. Opportunist tak kira lelaki wanita mengambil kesempatan atas sifat wanita dan keadaan fizikal. Namun kadang2 terdapat wanita sendiri yang abuse diri mereka sendiri terutama di barat(Mungkin kerana budaya mereka). Apa pun kerana kurangnya nilai Islam dalam kehidupan sosial. Malaysia pun dah semakin bergerak jauh dari ciri2 kehidupan sosial muslim.

    oh anda belajr dimana, pembedah tikus?

    ReplyDelete
  4. Samurouh,
    Waalaikumussalam,

    iya, anta benar.
    wanita di dunia kapitalis dieksploitasi habis2an utk keuntangan semata-mata.
    Iklan2 di tv, majalah atau di mana2 juga seperti disengajakan memaparkan wanita berpakaian seksi.
    Filem2 dan drama2 melayu sekarang ni mengalahkan barat dalam berpakaian dan beraksi.
    Jadi, tidak hairanlah andai kes rogol dan yg seangkatannya meningkat saban tahun.

    Wallahua'lam.

    ..................................

    kotakhati
    Waalaikumussalam ukhti kotakhati,
    afwan sebab ana baru dapat membls komen anti masa ni.

    Syukran ukhti kerana memberi komen.

    Iya, ada antara dasar-dasar yang digubal merendahkan martabat kaum wanita. Ini tidak lain tidak bukan adalah kerana tidak diterapkannya hukum Allah swt. Maka lahirlah golongan feminisme untuk memperjuangkan hak wanita. Sedangkan, di dalam Islam, hak2 wanita sangat dijamin dan kesejahteraan mereka terpelihara. Namun, masih ada umat Islam terutamanya muslimah yang tidak 'celik' akan kemuliaan Islam itu.

    Waallhualam.

    ...................................

    Hai reverie,

    ke manakah kamu menghilang?? hikhikhik..

    Wslm, iya kerana kamu menghilang maka kamu not drop comment here.. =D..

    Membedah tikus?? Saya tdk membedah tikus tapi hanya menjalankan uji kaji dadah ke atasnya. =)

    Anda mahu belajarkah??

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat