Ramadhan Datang Lagi!!




Ramadhan Datang Lagi!! Apakah persediaan kita kali ini? Adakah kita cukup bersedia menghadapinya? Atau seperti tahun-tahun yang sudah?

Ramadhan merupakan salah satu syiar yang menyatukan kaum Muslimin dari ufuk barat hingga ufuk timur dunia. Dan Ramadhan seharusnya mengingatkan kita bahawa puasa kita adalah satu, ibadat kita adalah satu, kiblat kita adalah satu, agama kita adalah satu, kitab kita adalah satu, Rasul kita adalah satu dan Tuhan kita adalah Satu. Juga, kita seharusnya ingat bahawa Negara kita adalah satu! Umat Islam adalah umpama tubuh yang satu. Itulah pesan Junjungan Besar kita, Muhammad SAW.

Bersempena bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menjadikannya sebagai bulan untuk kita meraih kemenangan, bukan sahaja di dalam ibadah puasa malah di dalam perjuangan kita untuk menegakkan kembali Khilafah, sebuah institusi yang suatu ketika dahulu membawa rahmat ke seluruh alam. Marilah kita berkorban jiwa dan raga bagi memastikan agama Allah dapat ditegakkan kembali dan sekali gus menggantikan sistem sekular yang membelenggu kita selama ini. Insya Allah, sesungguhnya kejayaan pasti akan bersama mereka yang bertakwa dan ikhlas di dalam menegakkan deenullah.

p/s: Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terakhir umat Islam tanpa 'ibu'.

4 comments:

  1. mksd p/s kamu ape??
    tnpe 'ibu'??
    mntk pnjlsn..=)

    ReplyDelete
  2. Sya[E}.....

    welcome to my blog..
    Baru sekarang kamu nak drop a comment??? =D

    well, 'ibu' di sini adalah Negara (Daulah) yang akan melindungi umat Islam daripada pihak kuffar agar kemuliaan Islam ditinggikan kembali..
    InsyaAllah..

    Kamu fahamkah?? Kalau ngak faham, boleh kita perjelaskan lagi.. ;)

    ReplyDelete
  3. artikel yg mmberi erti dan mendalam makna buat org yg sensitif dan peka..
    insyaallah,kita sama2 menunggu akan terbentuknya kembali sistem khilafah yg sekian lama musnah dengan meningkatkan ilmu-ilmu ukhrawi dan juga duniawi dlm diri serta dakwah yg berterusan...

    ReplyDelete
  4. syukran leena,
    insyaAllah..
    Marilah kita sama2 berusaha ke arah itu agar ianya tertegak kembali..
    Ameen..

    Allahuakbar!!

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat