Best sangat ke Tutti Frutti tuh?

Assalamualaikum wbt rakan-rakan blogger, hanya maaf yang mampu dipinta. Sungguh lama rasanya blog tidak diupdate. Saya ingin menulis tentang persiapan sebelum seseorang melangkah ke alam rumah tangga. Tetapi setiap kali saya ingin menulis, buku rujukan berada di tingkat atas. Untuk mengelakkan tertangguhnya lagi blog ini dari diupdate, maka saya update tentang makan. =)



Ini bukti yang saya berada di Tutti Frutti. Warna hitam banyak-banyak nih, mesin yogurt ais krim. Banyak perisa, ada 8 kesemuanya kalau tak silap saya. Saya ambil 4 perisa - Vanilla, Original TF, Vanilla dan Raspaberri/Berri. Almaklumlah, macam jakun sikit kan.


Ini aksesori ais krim pula. Saya ambil buah-buahan mahal - strawberi kegemaran saya dan kiwi kesukaan saya. Ingat nak ambillah juga longan, tapi dah selalu makan.


Ada juga aksesori ais krim yang menjadi kegemaran kanak-kanak seperti honey star, cookies, jelly dsb.


Saya hanya perasan akan ini setelah saya mengambil semua yang saya nak. Huhuhu. Tak sangka walaupun saya dah tahu sangat mahal. Tapi saya suka gabungan warna-warna untuk tempat makan seperti TF ini. Sangat ceria seceria mentari pagi. =)


Nah! Inilah harganya. Mujur ambil satu cup untuk bertiga. Kalau tak, malu juga den. Hee.


Jeng..jeng.. jeng.. Inilah yogurt ais krim saya.

Sebagai kenang-kenangan di hari tua dan supaya tidak makan lagi di TF! Hehehe. Siapa yang nak rasa, silalah pergi. Saya lebih suka ais krim  NESTLE LA CREMERIA. Paling mahal pun lebih kurang RM10. Dah kenyang sangat-sangat kalau makan sorang-sorang. :D

7 comments:

  1. Sedap xshira?slalu tgk mkn, mcm teringin jgk...

    ReplyDelete
  2. wahh...sedapnyaa, tingin nak makan :))

    ReplyDelete
  3. kalo mkn berdua nti mesty tak kenyang2 kan..hehe ;)

    ReplyDelete
  4. ita, sedap tuh sedap lah.. tapi rasa pun lebih kurang sama mcm ais krim lain..

    minta kat hasben.. mesti dia belikan.. =)

    ReplyDelete
  5. syahbinar shuib,

    kalau teringin, cepat2 pergi TF yang berdekatan anda.. :)

    ReplyDelete
  6. sha,

    amboi2, perli nampak.. hehehe..

    kalau berdua tak makan nih dah.. makan je aiskrim yg ada kat pasaraya.. lagi jimat.. hee

    ReplyDelete
  7. teringin juga nak mkn TF ni sbb ni bukan sebarang aikrim tapi mak oii mahalnya.. ^___^

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat