Inilah antara soalan-soalan yang sering diajukan abah buat saya. Ya Allah! Monolog saya selepas ditanyai abah, "mampukah aku?"
Sudah masuk bulan September. Hanya mengira detik hari dan waktu. Semakin hampir. Semakin kaku. Semakin risau. Semakin berdebar. Dan pastinya, semakin takut. Lantas, membaca sebuah buku untuk mengisi persoalan-persoalan di atas. Bukan semuanya terjawab, namun melegakan hati buat sementara. InsyaAllah.
Ikatan pernikahan di sisi Allah merupakan ikatan yang sangat serius. Allah mensifati ikatan pernikahan itu sebagai perjanjian yang kuat (mitsaqan ghalizhan). Allah berfirman :
"Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat." (TQS an-Nisa'[4]:21)
Untuk menyambut ikatan pernikahan, seseorang perlu melakukan persiapan yang sebaik-baiknya iaitu persiapan maksimum sesuai dengan kemampuannya.
entri 3hb September 2011. huhuhu.
bersambung...
baarakallah. semoga berjaya mengharungi bahtera rumah tangga :)
ReplyDeletesemoga dapat 'ramai rezeki' :p
selamat pengantin baru shahira...=)
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSelamat menempuh alam yang baru, timba pengalaman baru...belajar benda baru.. :)
InsyaAllah, bersama2 kesusahan itu ada kesenangan..
p/s: Best tau kahwin! :P
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteIkatan perjanjian berat tersebut juga akan dituntut oleh Allah SWT diakhirat kelak bersandarkan asas perkahwinan dlm Islam dari segi Istinbat Hukm Usul AlFiqh iaitu Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗSekiranya mereka berdua ingin berkahwin, sesungguhnya beratsanka Kami bahawa mereka berdua (mesti) menegakkan hukum Allah.
Sebab itu Allah SWT istilahkan dlm perkahwinan ini sebagai dzon sahaja iaitu tidak semesti melalui perkahwinan (seperti Imam Syafie dan Imam Nawawi rh. alaihuma). Tetapi sekiranya mereka melalui alam perkahwinan, pastikan kedua2nya dpt beriman dgn hukum dan kalimah Allah SWT. Surah Al`Araaf:157 الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ ۚ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Wallahualam
p/s Selamat Menempuh Alam Perniqahan. Barakallu fikuma.
persoalan itu akan hilang ble adik sudah bernikah..percaya lah..dulu ms sblm kawin, syaitan dok rasuk byk ...perkahwinan tu suatu perkara yg indah...percayalah dik..
ReplyDeleteteruskan saja..rugi x kahwin awal..hehe
selamat melangkah ke alam perkahwinan :)
ReplyDelete