Tiada lafaz selain Alhamdulillah yang mampu diucapkan ketika ini. Segala pengalaman, suka duka, dan segala masa yang diperuntukkan, semoga berbalas. Hanya mampu berdoa akan Allah SWT mudahkan segalanya. Ameen.
Selesai 3 paper final exam minggu lepas, thesis's result presentation on Monday and today, VIVA. Sekarang cuma tinggal buat pembetulan disertasi berdasarkan komen pemeriksa dan perbincangan dengan penyelia. Ada masa beberapa hari sebelum lupa segala komen-komen yang diberikan. Jadi kena sedaya upaya menyiapkan pembetulan disertasi sebelum berpindah rumah.
Apa yang saya rasa ketika keluar sahaja dari bilik VIVA? Lega! Itu suatu perasaan yang pasti setelah semalam berhempas pulas membaca segala pengetahuan yang berkaitan. Apa lagi? Sangat terujuga dan yang pasti saya sangat berterima kasih kepada pemeriksa saya yang sangat baik hati dan juga membimbing. Dulu, ketika kenal pemeriksa nih, rasa macam takut-takut je. Hari sangat teruja hendak bersua dan berbual mesra dengannya. Allah makbulkan doaku ketika aku meminta supaya Dia melembutkan hati pemeriksa tesisku ini. Terima kasih ya Allah! (Ikut ayat Nabila dalam sinetron Mutiara Hati. Hiks.)
Orang yang harus dimaklumkan tentang kelegaan ini adalah suami, abah dan umi. Juga makcik ku yang sentiasa dekat di mata juga dekat di hati. Alhamdulillah. Bila sms dihantar kepada mereka, terus dapat panggilan daripada Abah. Antara isi yang ditanya, buat tak solat tahajjud? Jawabku, buat. Kedengaran suara kepuasan kudengar kerana mendengar kata orang tua. Apa yang diperhatikan, sebagai seorang anak, kita wajiblah mentaati kedua orang tua dalam apa juga keadaan selain yang memaksiati Allah.
Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh kasihan, sungguh kasihan, sungguh kasihan.” Salah seorang sahabat bertanya, “Siapa yang kasihan, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang sempat berjumpa dengan orang tuanya, kedua-duanya, atau salah seorang di antara keduanya, saat umur mereka sudah menua, namun tidak bisa membuatnya masuk Syurga.” (Riwayat Muslim)
Beliau juga pernah bersabda:
“Orang tua adalah ‘pintu pertengahan’ menuju Syurga. Bila engkau mahu, silakan engkau pelihara. Bila tidak mahu, silakan untuk tidak mempedulikannya.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, dan beliau berkomentar, “Hadits ini shahih.” Riwayat ini juga dinyatakan shahih, oleh Al-Albani.) Menurut para ulama, erti ‘pintu pertengahan’, yakni pintu terbaik.
Sebab tuh, walaupun sudah bersuami doa untuk orang tua tidak pernah dilupakan, insyaAllah. Setiap kali usai solat, doa ini tidak pernah lekang dari bibir untuk diucapkan, “Wahai Tuhanku, sayangilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (Al-Isra’ [17]: 24)
Anda pula bagaimana?
Bagi saya sendiri, doa orang tua yang paling utama di samping usaha dan kerja buat kita. Tanpa doa mereka, seakan tiada keberkatan dalam kejayaan. Buat teman-teman, doakan kejayaan saya ya. Tinggal satu semester sahaja lagi untuk dihabiskan. Kemuadian, tiba masa untuk berbakti kepada kedua orang tua. InsyaAllah.
PuncakLara,18-01-2012
(Tarikh keramat VIVA)
(Tarikh keramat VIVA)
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)